Friday, July 17, 2009

Bumiputera diidentitikan menerusi perlembagaan (1)

Ruhanie Ahmad

Identiti rakyat Malaysia yang terbahagi kepada bumiputera dan bukan bumiputera, atau pribumi dan bukan pribumi, adalah identiti yang dibina secara berperlembagaan. Pihak yang mempertikaikan hakikat ini adalah kelompok yang mempertikaikan Perlembagaan Persekutuan.

Kelompok yang mempertikaikan identiti ini adalah segelintir individu bukan bumiputera yang berusaha untuk membina identiti yang baru. Ada juga golongan bumiputera, terutamanya orang Melayu, yang apologis dan beranggapan bahawa perjuangan mempertahankan identiti bumiputera adalah perjuangan perkauman.

Kedua-dua kumpulan ini boleh disinonimkan dengan para pendukung konsep Malaysian Malaysia pada tahun 1964 atau disinonimkan dengan imperialis Inggeris yang memperjuangkan konsep Malayan Union pada tahun 1946.

Konsep Malaysian Malaysia diperjuangkan oleh sekelompok etnik Cina yang menjadi warganegara Malaysia. Konsep Malayan Union diperjuangkan oleh pihak penjajah Inggeris.

Kedua-dua konsep ini menjadikan Islam, Raja-Raja Melayu, orang Melayu, masyarakat bumiputera, Bahasa Melayu, dan lain-lain aspek sosio-ekonomi serta nilai dan budaya Melayu dan bumiputera sebagai sasarannya.

Ini bermakna konsep Malaysian Malaysia adalah disasarkan kepada orang Melayu dan bumiputera serta seluruh komponen identiti mereka. Usaha ini sama seperti yang cuba dilakukan oleh konsep Malayan Union.

Menurut Malik Munip (1981), jika konsep Malayan Union diperjuangkan oleh pihak kolonialis. Konsep Malaysian Malaysia pula diperjuangkan oleh sekelompok individu tempatan yang mempunyai kerangka pemikiran kolonialis.

Konsep Malaysian Malaysia pernah disinonimkan dengan Lee Kuan Yew, Perdana Menteri Singapura sewaktu republik itu menjadi sebahagian wilayah Malaysia mulai 16 September 1963 hingga 8 Ogos 1965.

Pada ketika itu Lee menjadi Setiausaha Agung PAP, parti politik yang diwujudkan di Singapura pada 21 November 1954. Menurut Lau (1998:22), PAP adalah parti politik berhaluan kiri yang mendukung fahaman sosialisme demokratik.

Vasil (1984:26) menjelaskan, PAP berhaluan kiri kerana anggotanya pada ketika itu adalah gabungan antara individu berpendidikan Inggeris yang mendukung aliran sosialisme demokratik dan kelompok berpendidikan Cina yang pro-komunis.

Chan (1976:10) pula menegaskan, perkembangan pesat PAP dalam tahun 1950-an adalah disebabkan oleh perikatannya dengan puak-puak komunis yang memberikan keupayaan di bidang organisasi dan mobilisasi politik. PAP terpaksa berhaluan kiri untuk memelihara barisan bersatunya dengan puak yang pro-komunis.

Oleh sebab itulah PAP pada ketika itu memperjuangkan supaya bahasa Cina dan bahasa Tamil diberikan status rasmi seperti bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. PAP juga mendesak kewujudan hak-hak kewarganegaraan yang sama bagi seluruh rakyat, tanpa mengira bangsa, bahasa dan agama (Vasil, 1984:30).

Matlamat perjuangan PAP pada ketika itu adalah serupa dengan objektif konsep Malaysian Malaysia. Ghazali Ismail (1990:11) menyatakan, intisari konsep Malaysian Malaysia adalah: seluruh rakyat, tanpa mengira bangsa, budaya dan agama, berhak memperolehi layanan yang sama, berhak menuntut hak yang sama, berhak menikmati apa jua keistimewaan yang sudah diberikan kepada orang-orang Melayu.

Ini bermakna, etnik bukan Melayu wajar mendapat status istimewa seperti orang Melayu (Perkara 153), agama mereka perlu diberikan taraf seperti Agama Islam yang menjadi agama rasmi Persekutuan (Perkara 3), dan bahasa Cina serta bahasa Tamil pula hendaklah diberikan taraf seperti Bahasa Melayu yang menjadi Bahasa Kebangsaan (Perkara 152).

Berasaskan huraian di atas, salahkah bagi orang Melayu dan bumiputera mempertahankan identiti mereka yang dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan? Wajarkah tindakan sesetengah bukan Melayu dan bukan bumiputera untuk meminta identiti mereka yang berasaskan kaum pendatang disamaratakan dengan identiti orang Melayu dan bumiputera? Tidakkah usaha seperti ini merupakan usaha mempertikaikan Perlembagaan Persekutuan?

Dan, patutkah wujud kelompok Melayu apologis yang beranggapan bahawa perjuangan mempertahankan identiti Melayu dan bumiputera adalah perjuangan perkauman, sementara perjuangan bukan Melayu dan bukan bumiputera yang mempertikaikan identiti Melayu dan bumiputera adalah tindakan yang selaras dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia sejagat?

Fikir-fikirkanlah! -- [bersambung dalam bahagian dua].

12 comments:

Pok Li said...

Datuk
saya bersetuju bahawa orang melayu sekarang sudah tiak kuat melayunya

pakbelalang said...

Dato' Ron,

Saya rasa kalau conflict atau pegeseran terus berlarutan mempertikaikan hak kaum masing-masing adalah lebeh elok rakyat menyerah balik hak mentadbir negara kepada raja. Kita berbalik kepada "absolute monarchy system" dimana segala urusan pentadbiran negara diuruskan oleh Majlis Raja-raja Melayu dan Yang Dipetuan Agong mempunyai kuasa mutlak untuk melantik Menteri-menteri dan pegawai kerajaan untuk menguruskan pentabiran negara.

Seperti mana di Brunei segala urusan negara adalah dalam kuasa hak mutlak Sultan Brunei.

I think parlimentary system is not working well in a multi-racial country like ours. It is messy when everybody is fighting for the right of their race. This system is really a mockery and does not augur well to make this country stable, secure and peaceful.Frankly, I am a staunch advocate of absolute monarchy system. Being a Johorean my state was the most modern state during the reign of Sultan Abu Bakar and Sultan Ibrahim.

zainal mohd jais said...

Dato',
Isu pokok punca kenapa ada keberanian untuk kurang ajar dan menuntut yang bukan-bukan ialah apabila Melayu Lemah. Ini berlaku tahun 1969, ini berlaku 1987, dan ini akan terus berlaku... Tetapi Melayu, terutama para pemimpin, tak mahu faham sejarah...
Sebagai bangsa teras yang masih survive dalam ekonomi dan pendidikan, kita tidak boleh lemah walau sedetik pun. Sedarlah wahai para pemimpin yang akan ditanya oleh generasi akan datang.., apa yang sudah anda lakukan?
(rujuk= diam-diamubi.blogspot.com)

Unknown said...

Dato',
Saya selalu mengikut blog ini.
Ternyata dalam Perlembagaan "Bahasa MELAYU" adalah Bahasa Kebangsaan (perkara 152. Jadi kenapa sekarang "Bahasa MALAYSIA" pula digunakan?

pakbelalang said...

1.Kadang kala saya bingung apa lagi orang Melayu nak dengan kerajaan BN.

2.Pada pendapat saya orang Melayu selama 50 tahun dah lebeh terbela hinggakan dah jadi naik lemak.

3.Kalau kita tak berjaya mencapai objektif DEB masaalahnya bukan kerajaan tapi Melayu itu sendiri dari semua lapisan.

3.Pelaksana DEB dan juga penerima dasar itu tidak memainkan peranan yang diharapkan.

4.Banyak penyelewengan dilakukan oleh orang Melayu sendiri dalam usaha untuk mencapai objektif DEB.

5. Takkanlah nak "makan nasi lemak free" (free lunch) atau dalam kata crude language "menenggek" sampai mati.

6. Usahalah sikit. Allah bagi kita tulang empat kerat dan akal yang sempurna untuk kita berusaha gigih lagi.

7.Cubalah jangan bergantung sepenuhnya kepada kerajaan.

8.Kita patut sentiasa bersyukur kepada Allah selalu dan berdoa supaya sentiasa dilimpahkan rahmat. Allah berfirman bahawa tidak akan berubah sesuatu golongan itu jika golongan itu sendiri tidak mahu berubah.

9.Cukuplah bermanja-manja dengan kerajaan sampai kita tak boleh nak berdiri sendiri sungguh pun umur dah lebeh "50 tahun" merdeka.

10. Takkan kita nak jadi orang tempang sampai mati dan menurun ke anak cucu pun tempang juga.

11. Saya fikir kalaulah parti Pakatan Rakyat ditakdirkan dapat memerentah negara kita saya rasa orang Melayu tidak mungkin akan dapat layanan istemewa seperti mana kerajaan BN memberikan masa kini.

12. Dasar Pakatan Rakyat tidak mungkin akan menggubal dasar ekonomi yang menyerupai DEB. Mereka akan berpandukan kepada dasar DAP yang kuat dengan prinsip Malaysian Malaysia dan meritocracynya.

13. PKR memanglah tidak ada dasar langsung. Prinsipnya hanyalah untuk memertabatkan Anwar Ibrahim sahaja.

14. Sementara PAS taksub dengan Tok Gurunya dan sibuk dengan ceramah agamanya siang dan malam. Hal ekonomi langsung "LOPONG". Dia tahu kalau rakyat susah dia akan mengajak rakyat beramai-ramai sembahyang hajat di stadium minta doa restu dari Allah supaya dijauhkan dari mala petaka dan bala' tapi tak ada perancangan bagaimana nak memajukan ummah. Setakat sembahyang hajat je. Cukuplah tu dan tak payah buat apa-apa.

Jadi kesimpulannya wal hasil balik asal. Merempat dan merempitlah Melayu.

Melayu Oh Melayu !! Melayu jadi SHIIIT !!

tok iskandar said...

Takziah kepada kaum keluarga Teoh Beng Hock.Kematian mengejut beliau yang merupakan setiausaha politik exco Selangor,Ean Yong Hian Wah,telah menggemparkan seluruh rakyat di negara ini.

Menurut laporan laman web
malaysiakini.com,beliau terbunuh selepas dipercayai terjatuh di bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Plaza Masalam, Shah Alam.

Kini timbul pelbagai spekulasi sama ada beliau dibunuh ataupun membunuh diri?Apapun rakyat tertanya-tanya mengapa beliau ditahan begitu lama untuk disoal-siasat.Ramai yang mempersoalkan prosedur soal-siasat yang dilakukan oleh pegawai-pegawai SPRM.Laporan akhbar mendedahkan Teoh dipanggil memberikan keterangan oleh SPRM pada petang Rabu dan dibenarkan keluar dari ibu pejabat SPRM itu pada kira-kira 3.45 pagi semalam.

Satu lagi pertanyaan yang perlu dijawab oleh pihak SPRM,apakah ketika disoal-siasat,Teoh ditemani oleh peguambelanya.Di warung kopi dan gerai-gerai makan,orang ramai yang berang tertanya-tanya jika beliau membunuh diri,mengapa seluarnya koyak rabak?Mereka turut mempersoalkan layanan pegawai SPRM terhadap mendiang Teoh.Itu belum lagi persoalan sama ada beliau dibenarkan mandi,makan dan minum atau menukar pakaian.Tok bersetuju dengan kenyataan Naib Presiden PAS,Salahuddin Ayub,pelik setelah selesai disoal-siasat pada pukul 3.45 pagi,mendiang teoh meminta untuk berehat di pejabat SPRM.Kebiasaannya,sesiapa sahaja setelah disoal-siasat akan pulang ke rumah.

Kematian misteri mendiang Teoh telah menimbulkan pelbagai spekulasi dan menjadi rentetan siri-siri kematian misteri sebelum ini seperti kematian Kugan di dalam lokap.Sebelum kebimbangan dan ketakutan rakyat tercetus,eloklah satu suruhanjaya di raja ditubuhkan untuk menyiasat kematian mendiang Teoh seperti yang dicadangkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum rakyat hilang kepercayaan terhadap SPRM dan sebelum kredibilitinya tercemar,eloklah Suruhanjaya di Raja ditubuhkan segera bagi menyiasat kematian mendiang Teoh.

Kenapa Khir Toyo yang sedang menerima tekanan hebat daripada Pakatan Rakyat Selangor berhubung istana mewahnya yang dianggarkan RM24 juta dan mereka yang terlibat dalam skandal PKFZ tidak disoal-siasat seperti mendiang teoh.Demikian luahan rasa penyokong-penyokong Pakatan Rakyat.Mendiang Teoh adalah seorang warganegara Malaysia.PDRM perlu bersikap telus dan adil menyiasat kematian misterinya tanpa mengambil kira warna kulit,agama atau latar belakang politiknya.Itulah harapan kaum keluarga mendiang teoh dan kita semua berkongsi harapan yang sama.

Pegawai-pegawai SPRM yang telah terlibat menyoal-siasat mendiang Teoh,perlu ditahan reman untuk disoal-siasat oleh polis.Tok nasihatkan eloklah kerajaan BN akur dengan cadangan Pakatan rakyat supaya suruhanjaya di raja ditubuhkan untuk menyiasat kematian mendiang Teoh kerana rakyat tidak mahu lagi insiden mata lebam Anwar,kematian mengejut Kugan dalam lokap polis dan terkini kematian misteri mendiang Teoh di bangunan SPRM berulang lagi.

Jika kerajaan BN gagal berbuat demikian dan dilihat oleh rakyat cuba menyembunyikan sesuatu,percayalah saat-saat tumbangnya kerajaan BN semakin hampir.

Undi tak percaya rakyat akan diberikan kepada setiap pemimpin BN dalam PRU yang akan datang dan mereka akan kecundang seorang demi seorang,percayalah.

ChengHo said...

Melayu sekarang pemakanan nya makan restauren mamak , mendengar lagu mendayu dayu ala padang pasir ,bertutur bahasa rojak melayu inggeris , nama nama mirip ke arah arab dan barat , apa yg tinggal lagi identiti Melayu?

pakbelalang said...

ChengHo,

Identiti Melayu yang tinggal hanya suka menyalahkan orang lain tapi dirinya sendiri tonggang terbalik, haprak dan HP6 !!

Bodoh sombong (arrogant) kononnya dialah lebeh bijak dari orang lain.

Inilah sikap semula jadi bangsa Melayu yang asli terutama sekali Melayu elite yang tak sedar diri dan lupa diri macam Si Tanggang. Sombong dan bongkak dan dah lupa daratan. Mereka seolah-olah macam nak balas dendam!! Mereka ini mengalami kejutan budaya. Bila mata baru celik sikit dah nak tunjuk lagaknya. Semua orang salah, dia sahaja yang betul !!

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie Ahmad,

Orang Berjaya Di Sanjung
(siapa melayu contoh di zaman ini)

Cuba kita tanya Pribumi Perkasa Negara bagaimana mahu menangani
kelompok Melayu apologis yang beranggapan bahawa perjuangan mempertahankan identiti Melayu dan bumiputera adalah perjuangan perkauman.

Mengapa anda masih panggil mereka Melayu dan bukannya kaum liberalis Malaysia?

Apa hebatnya orang dan adat Melayu dan orang bukan melayu dan adat bukan Melayu sekiranya payung negara pun tidak dapat menunjukkan contoh yang lunak ditiru dan dihayati?

YAHYA SAHRI said...

Salam,
1.Yang dikira Melayu ni apa, Orang dia ke, Bahasa dia ke, budaya dia ke atau adat resam dia.
2.Nilai mana yg perlu Melayu pertahankan.
3.Pandangan saya kalau kita nak jadikan Melayu satu perjuangan Nilainya apa, mesti ada strategi kerana ia perlawanan...kalau ada yang nak dipertahankan..mesti juga ada yang perlu ditambah baik..serta dibangunkan..
4.Seandainya kita hanya bertahan kita pasti akan roboh..strategi perang yang paling lemah adalah bertahan...nilai mana satu Melayu bagunkan..bahasa..budaya..warna kulit..ilmu ..atau apa...

pakbelalang said...

Abdullah: I would have abolished ISA
2009/07/20


PUTRAJAYA: Tun Abdullah Ahmad Badawi revealed yesterday that he would have abolished the Internal Security Act (ISA) if he has had more time during his term as prime minister.

Lauding Prime Minister Datuk Seri Najib Razak's move to review the act, Abdullah hoped the government would be able to introduce a new preventive detention system, which placed a limit on the scope of arrest and one that pleased the rakyat.

"During my term, I had other things to focus on.


comment:

Sorrylah Pak Lah. Don't give all kind of excuses only after you are no more a Prime Minister.

Semua orang boleh berkata begitu apabila dah tak ada kuasa.

What really you had done for 6 years as Prime Minister?.Nothing at all. Or maybe only one thing that you are proud of ie. ISLAM HADHARI !!

You said you had other things to focus. No, Pak Lah you did not focus on anything at all during your period. You were focusing more on your family affairs as if you and your family were suffering from cultural shock.

Please don't try to portray that you were really looking into the ISA issue and about to abolish it if you were to stay longer as Prime Minister. What an excuse !!!

pakbelalang said...

Model sentenced to whipping and fine for drinking beer


KUANTAN: The Syariah High Court here sentenced a model to a RM5,000 fine and six whippings after she pleaded guilty to consuming an alcoholic drink in public last year.

comment:

This sentence is rather harsh. The judge should use common sense. Personally, I feel it is illogical to impose such a very harsh sentence to a woman.

Adakah ini adil di sisi Allah. Adakah hukuman ini setimpal dengan dosa yang dilakukan oleh wanita ini.

Allah sentiasa menyayangi, mengasihani makhluknya dan pintu bertaubat sentiasa terbuka untuk diampunkan dosanya. Apa pulak sampai nak di rotan 6 kali sebatan kepada wanita yang lemah dari segi phyysicalnya.

I am against this kind of sentence. Gross stupidity !!!
Allah berikan kita akal untuk berfikir dan saya fikir hukuman yang dijatuhkan adalah kurang "WARAS".

What a shame to our Islamic religion!!