Ruhanie Ahmad
Rejim keselamatan dunia dan keselamatan sesebuah negara sentiasa melalui evolusi. Oleh sebab itu soal keselamatan negara mutakhir ini sewajarnya tidak lagi berasaskan rasional pemikiran era Perang Dingin (PD) yang ditentukan oleh pertimbangan antara peperangan dan keamanan. Sebaliknya, keselamatan negara yang kontemporari wajar berpaksikan kepada lima faktor utama, iaitu keselamatan militari, keselamatan politik, keselamatan ekonomi, keselamatan masyarakat dan keselamatan alam sekitar.
Demikian pendapat kritikal beberapa sarjana keselamatan, termasuk Barry Buzan, Ken Booth serta lain-lainnya, terutama sekali mereka yang memperjuangkan aliran pemikiran Copenhagen Peace Research Institute atau COPRI.
Menurut Buzan (1991:19), keselamatan militari menjurus kepada kemampuan ketenteraan dalam konteks ofensif dan defensif. Keselamatan politik merangkumi keupayaan organizational sesebuah negara, sistem kerajaannya dan ideologi yang melegitimasikan kerajaan berkenaan. Keselamatan ekonomi melibatkan akses kepada sumber-sumber, kewangan dan pasaran yang diperlukan untuk memelihara satu tahap kebajikan dan kuasa yang sewajarnya di sesebuah negara. Keselamatan masyarakat mengenai kemampanan pola tradisional bahasa, kebudayaan dan agama serta identiti dan adat resam dalam suatu keadaan yang melalui evolusi. Keselamatan alam sekitar mengenai pemuliharaan biosphere lokal dan planetary yang diperlukan oleh manusia.
Berdasarkan komponen keselamatan negara yang kontemporari seperti di atas, wajar diwujudkan satu sistem kajian impak keselamatan (KIK) bagi mana-mana projek penting kerajaan, terutamanya di lokasi yang strategik, termasuk di kawasan perbatasan negara.
Sebagai permulaan, wajar dilakukan KIK terhadap cadangan projek Jambatan Ketiga di perbatasan Malaysia-Singapura. Kajian KIK ini penting untuk memastikan secara terperinci bahawa projek berkenaan memenuhi seluruh aspek keselamatan di atas. Jangan sampai kemudian hari kelak projek ini menjejaskan keupayaan militari, politik, ekonomi, masyarakat dan alam sekitar Malaysia.
Kajian ini juga amat penting untuk mengelakkan sebarang implikasi kepada keselamatan negara seluruhnya. Ini kerana Malaysia sudah pun mempunyai precedent mengenai ancaman keselamatan kepada satu projek besar di sempadan Singapura.
Contohnya: Kota Iskandar, the sprawling new (Johore) state administrative capital in Nusajaya, faces a major security risk as it is located near a Singapore firing range. The range, inside the Sarimbun Camp, is operated by the Singapore Armed Forces and involves the use of a live ammunition from tanks and aircraft including helicopter gunships.There have been instances when the explosions at the range have caused vibrations on the Malaysian side less than 2km away (The Star 21.5. 2009).
Contoh di atas sukar untuk dipastikan akibat kesilapan siapa -- Malaysia atau Singapura. Perbincangan mengenainya hanya akan jadi sesuatu yang akademik. Tetapi, ancaman seperti ini pasti boleh dielakkan jika ianya adalah kesilapan Malaysia. Dan ancaman ini juga pasti boleh dijadikan isu dua-hala jika sebelum ibu negeri Johor itu dibina, apa yang kini wujud di Singapura itu memang belum lagi wujud.
Demikianlah contoh mengenai kepentingan KIK. Ia sangat penting untuk dilakukan bagi cadangan projek Jambatan Ketiga. Ini kerana projek tersebut masih dalam peringkat kajian. Tetapi, mungkin juga lebih bermanfaat besar jika Malaysia langsung ketepikan projek ersebut, lebih-lebih lagi bila DYMM Sultan Johor sendiri pun tidak bersetuju dengan cadangan berkenaan. DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU!

11 comments:
KERAJAAN PERPADUAN WADAH UTAMA MENYATU-PADUKAN MELAYU/ISLAM
Berita dari blog Cina Islam : Cuma 10 wakil PAS tandatangan tolak 'kerajaan perpaduan'.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dalam 10 orang wakil PAS itu sebenar nya separuh daripada nya berjiwa PKR.
Mereka tahu bahawa PKR akan musnah jika 'Kerajaan Perpaduan' benar2 dapat diujudkan. Begitu juga dengan DAP. DAP akan kembali lemah seperti dahulu.
Jika DAP lemah, dengan sendirinya kaum cina dan india terpaksa mengikut menyokong 'Kerajaan Perpaduan yang berteraskan politik melayu/Islam sepenuh nya.
Orang melayu/Islam harus sedar, kuasa memerintah oleh melayu/Islam akan musnah jika berpecah dalam politik. Contohnya apa yang sedang berlaku sekarang.
Kaum cina dan india sudah bersatu dalam DAP, kaum melayu/Islam berpecah dan sudah menampak kan kelemahannya dari segi kuasa memerintah.
Suara kaum cina dan india semakin lantang untuk menghapuskan hak2 kaum melayu. Mereka juga sudah berani menuntut perkara2 yang akan merugikan kaum melayu/islam.
Sedarlah sebelum terlambat.
Pemimpin2 UMNO mungkin sudah sedar segala kesilapan nya dan sudah berubah.
Mengapa kita tidak berani mencuba 'Kerajaan Perpaduan' ?
Tahniah kudakepang.. suatu statement yg membuka minda supaya kerajaan tidak lagi lalai dalam menangani aspek keselamatan seperti yg saudara cadangkan.
Assalamua'laikum Datuk,
Satu argument yang mantap keatas 5 faktor yang menyumbang kepada keselamatan sesebuah negara. Saya percaya dengan penglibatan Tuanku Sultan adalah diharap kajian itu dibuat dan dibincangkan secara terperinci dan bukan sekadar to impress Paduka Tuanku.
Adalah disyorkan semasa penjelasan dan "findings" dipersembahkan beberapa penasihat hadir bersama.
On the first place siapa cetuskan cadangan ini dan apakah permasaalahan bagi jambatan yang kedua itu disambung kembali. Apa yang tak viable-nya atau berpolitik dan ambil cerita nak ambil hati, tetapi the need of the alternative bridge is indispensable?
Salam
www.warongkopi56.blogspot.com
Sdr Ruhanie Ahmad,
Betul kah kita memerlukan fakta sebelum boleh dikaji dengan puas projek penting dan strategik?
Saya mahu cadangan terowong bawah tanah yang menggantikan Tambak Johor dikaji dan iteliti dan diluluskan EPU dan PM sendiri dan sistem solar bagi mejana letrik dibangunkan dengan serious.
Terima Kasih dan Salam Takzim
Saya sokong saranan DYMM Sultan Johor. Jangan buat jambatan baru. Kita mau Tambak Johor diroboh dan digantikan jambatan baru. Ini bukan soal nak selongkar kelemahan PM dulu. Ini soal maruah kita dan kedaulatan kita semua. Daulat Tuanku!
Saya yakin pihak keselamatan Malaysia akan baca tulisan Datuk kali ini. Dengan jiran tetangga, kita perlu baik, tapi penting juga sentiasa cemuru dan waspada. Dengan Singapura, kita kena lebih hati-hati sebab dia orang ini sentiasa berjiwa kiasu.
Salam Datuk. Ini cadangan baik. Pemimpin kita perlu kaji cadangan ini. Harap huraikan lebih lanjut menerusi akhbar supaya dibaca oleh banyak pihak. Syabas.
Idea kerajaan perpaduan jelas talian hayat kepada UMNO.Inilah persepsi rata-rata penyokong PR.
Seorang penganalisis ekonomi meramalkan idea ini sangat penting bagi kerajaan pusat BN yang memerlukan kestabilan politik untuk menarik pelabur-pelabur asing.Jika gagal akan mengundang kemelesetan ekonomi yang lebih parah.
Kelompok besar Melayu sudah tidak meyakini UMNO mampu memperjuangkan nasib mereka dan PAS dan PKR telah menjadi pilihan wadah politik mereka menggantikan UMNO.
Masakan tidak kegagalan UMNO dalam menangani pelbagai seperti isu PPSMI yang turut diakui oleh TPM,Iskandar,kegawatan ekonomi,skandal PKFZ,bumbung stadium runtuh,skandal rasuah RM 3juta MRR2,kerajaan perpaduan hinggalah kepada isu remeh mengurangkan subjek SPM kepada 10 telah menimbulkan keraguan kepada orang Melayu terhadap kredibiliti UMNO.
Selama 50 tahun UMNO menindas Melayu yang menyokong parti pembangkang tidak mudah dilupakan oleh mereka.Bagaimana pula kerajaan pusat hendak menjawab isu Memali yang mula ditimbulkan oleh generasi muda.ISA juga menjadi beban yang sukar ditanggung UMNO untuk menghadapi PR.
Mengapa disalahkan Anwar punca perpecahan Melayu sedangkan UMNO berantakan sebelum Anwar dilahirkan lagi.UMNO mendakwa memperjuangkan nasib bangsa Melayu dan agama Islam tapi dari tutur kata dan langkahnya tidak menggambarkan keikhlasan UMNO dan apa yang nyata hanyalah pendustaan dan pembohongan bagi orang-orang Melayu.
Apakah UMNO akan terus bertepuk tangan,menari sambil menyanyi di depan khalayak ramai sedangkan langkah dan tariannya semakin sumbang.Sebaliknya,lantai pula dipersalahkan kerana tidak rata.
Aku malu sebagai orang Johor tengok pemimpin pemimpin yang bengap dan bodoh dikotak katik dek cina singapore yang makan babi tu.Aku sokong sultan aku, sungguh pun dia dah tua tapi dia punya semangat keberanian dan say No tu idea Pak Jib.HIDUP dan selamat panjang umur Tuanku.
Mengapa mesti mengharapkan singapura dalam membangunkan Malaysia khususnya negeri Johor?Adakah kerajaan Malaysia kurang mampu mencari pelabur-pelabur lain selain Singapura dalam membantu membangun dan memajukan ekonomi Malaysia khusunya Johor?Sampai bila kerajaan Malaysia mahu mengharapkan Singapura dalam pembangunan negara khususnya dari aspek ekonomi?
Jadikan Iskandar Malaysia contoh terbaik dalam memastikan sebarang projek penting dan strategik selepas ini dinilai dan diteliti kesan jangka panjangnya dalam segenap aspek-jangan hanya memikirkan keuntungan jangka panjang tanpa memikirkan kesan jangka panjang dalam aspek lain terutama keselamatan.
Pesuruhjaya Tinggi British telah mula bersuara mendesak DUN Perak dibubarkan dan pilihanraya diadakan di Perak.
Bagi mereka yang dangkal fikirannya,kenyataan pesuruhjaya tinggi British ini sebagai keterlaluan,celupar dan cuba mencampuri urusan negara lain.
Bagi mereka yang rasional,kenyataan ini bakal merudumkan lagi ekonomi negara dan keraguan akan timbul sehingga pelabur asing menarik diri melabur di negara ini.
Kenapa pemimpin UMNO sekarang tidak berfikir dahulu sebelum bertindak dan akibatnya kesilapan yang dilakukan sukar untuk diperbaiki.Inilah pandangan majoriti rakyat Malaysia.Kegilaan dan kerakusan terhadap kuasa menjadikan pemimpin UMNO mula lupa diri dan hilang akal.
Ramai rakyat Malaysia sudah mula mempersoalkan kredibiliti Muhyiddin sebagai Menteri Pelajaran.
Kenyataan beliau agar subjek SPM dikurangkan kepada 10 dan nak import guru BI menjadi bahan gelak ketawa warga pendidik.Apakah hanya ini sahaja masalah besar di dalam kementerian pelajaran.
Ketika negara menghadapi kegawatan ekonomi dan masalah pengangguran yang semakin meningkat,Muhyiddin tergamak mengeluarkan kenyataan nak import guru BI.
Ini bukan sahaja merendah-rendahkan kebolehan para guru tetapi juga menidakkan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.
Pembangkang sekali lagi mendapat political mileage untuk berkempen di Manek Urai.
Masalah besar Kementerian Pelajaran bukan sahaja berkisar kepada isu PPSMI tetapi juga reformasi menyeluruh perlu dilakukan terhadap kementerian pelajaran dari peringkat sekolah hinggalah ke peringkat kementerian kerana sebahagian daripada mereka ini menerima kenaikan pangkat kerana menjadi ahli UMNO atau penyokong kuat UMNO sedangkan kebolehan dan prestasi macam hampas.
Inilah yang perlu dititikberatkan oleh menteri pelajaran yang juga TPM.Jika TPM boleh keluarkan kenyataan yang tidak sensitif dan prihatin terhadap nasib rakyat,apa lagi perlunya UMNO kepada mereka.
Lain kali fikirlah dulu sebelum berkata-kata.Kelak diri sendiri yang akan mendapat malu
Post a Comment