Tuesday, June 09, 2009

Melayu memang amat rindu kepada perpaduan

Ruhanie Ahmad

Gagasan kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh PAS adalah inisiatif optimistik. Ini kerana perpaduan siasah Melayu adalah teras kepada kemantapan siasah negara. Bila siasah Melayu kembali intim, bagai aur dengan tebing, lenyaplah kelompok oportunis yang selama ini melukut di tepi gantang atau menangguk di air keruh.

Hati pemimpin besar UMNO dan PAS kini hampir bertaut untuk merealisasikan gagasan ini. Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, bersikap terbuka terhadap gagasan berkenaan. Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula menegaskan, partinya tidak akan menutup pintu rundingan dengan mana-mana pihak kerana ia merupakan satu tuntutan dalam Islam (Utusan Malaysia 8.6.2009).

Hadi juga yakin gagasan tersebut mampu menyelesaikan masalah negara. Katanya, gagasan ini juga adalah untuk kebaikan kita semua yang sekarang begitu rapuh dari segi perpaduan (Utusan Malaysia 6.6.2009).

Lantaran itu, gagasan ini wajar disokong oleh orang Melayu yang memang amat merindui perpaduan tulen lagi abadi. Sokongan ini penting. Survival bangsa Melayu hanya dapat dikekalkan jika wujud kesatuan hati di antara sesama Melayu. Bangsa Melayu juga hanya boleh terselamat jika kuat. Dan, hanyalah boleh kuat jika bersatupadu (Datuk Onn Jaafar, 1.3.1946).

Oleh sebab itu, seluruh orang Melayu wajar juga mengiringi usaha merealisasikan gagasan ini dengan jutaan doa dan harapan. Cendikiawan Melayu perlu membantu proses mengartikulasikan gagasan ini dari segi roh, jiwa, semangat, falsafah dan formatnya.

Pihak-pihak yang berhasrat untuk membangkang, insaflah bahawa gagasan ini adalah demi kepentingan Melayu yang kebelakangan ini diprovokasikan kesabarannya dan dihiris jiwanya oleh sesetengan elemen bukan Melayu.

Kekuatan sesuatu bangsa bergantung kepada perpaduan. Kesediaan pemimpin parti-parti politik Melayu untuk bertemu dan bermusyawarah sudah lama ditunggu setelah pertarungan politik menjerumuskan masyarakat Melayu di negara ini ke gaung perpecahan yang membimbangkan (Mustapa Mohamed 2001:73).

Gagasan kerajaan perpaduan ini masih samar-samar. UMNO dan PAS, dengan bantuan intelektual Melayu, perlu menghalusi seluruh kaedah, konsep dan teori yang serasi. Mereka wajar merujuk kepada al-Quran dan Sunnah Nabi. Mereka juga boleh melakukan kajian perbandingan berasaskan apa juga pandangan yang merujuk kepada gabungan serta kerjasama politik di seluruh dunia.

Banyak ruang yang perlu diterokai dan banyak aspek yang perlu didihalusi oleh UMNO dan PAS. Proses ini memerlukan kebijaksanaan dan kesabaran paling maksimum.

Pertama, adakah kerajaan perpaduan ini bermatlamat untuk melakukan satu koreksi total terhadap segala kepincangan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri supaya relevan dengan tuntunan zaman mutakhir ini?

Kedua, adakah kerajaan pepaduan ini bertujuan untuk mendorong UMNO dan PAS supaya menjadi lebih dedikated, fokus dan sensitif kepada permasalahan pribumi Malaysia dalam konteks kemajmukan masyarakat Malaysia hari ini?

Ketiga, adakah penubuhan kerajaan perpaduan ini memerlukan satu emansipasi serta perubahan struktur yang radikal dalam organisasi UMNO dan PAS? Mungkinkah konsep kerajaan berkenaan memerlukan UMNO dan PAS dibubar dan dijelmakan semula menerusi satu wadah, imej, fokus, keutamaan, aspirasi, falsafah serta kombinasi aktor perjuangan yang baru?

Keempat, adakah kerajaan perpaduan ini merupakan kerajaan gabungan yang longgar atau satu ikatan yang erat seperti yang diamalkan oleh BN sejak 1 Julai 1974?

Kelima, bagaimanakah reaksi komponen bukan Melayu dalam BN mengenai gagasan ini? Bagaimana pula respons rakan seperjuangan PAS dalam PR mengenai gagasan yang sama?

Selain itu, wajar dipersetujui bentuk-bentuk manfaat, faedah dan ganjaran untuk semua pihak terbabit. Ini bukan soal remeh. Pengalaman di beberapa negara tertentu, soal-soal inilah yang lazimnya mencetuskan perbalahan antara komponen sesuatu gabungan sehingga menyebabkan keretakan dan perpecahan.

Dalam hal ini, UMNO, PAS dan BN wajar menyetujui prinsip-prinsip pembahagian kuasa di antara mereka. Contohnya, tidakkah PAS layak diberikan kerusi Timbalan Perdana Menteri Kedua? Kementerian manakah yang akan dikendalikan oleh menteri penuh daripada PAS?

Mungkinkah komponen BN akan mengizinkan UMNO dan PAS berperanan utama dalam mewujudkan pelbagai dasar sosio-ekonomi yang affirmatif dan lebih berorientasikan syara’? Apa pula ciri-ciri keseimbangan yang akan diwujudkan untuk mencerminkan kemajmukan Malaysia dalam konteks ini?

Sebagai strategi tempoh sederhana dan jangka panjang, UMNO dan PAS juga wajar mengemukakan satu blue-print bersama mengenai sosialisasi dan integrasi siasah bagi seluruh anggota mereka di peringkat akar umbi. Ini adalah untuk meleburkan sikap permusuhan siasah yang wujud selama ini supaya semangat ukhwah yang baru boleh ditransformasikan menjadi tenaga perjuangan yang jitu demi Islam dan Melayu.

Semua pandangan di atas hanyalah satu hipotesis. Bagaimanapun, ianya adalah berdasarkan observation peribadi saya terhadap kegagalan gabungan UMNO dan PAS dalam BN sebelum ini.

Contohnya, antara faktor utama yang menggagalkan perpaduan UMNO-PAS dalam BN sebelum ini adalah percakaran siasah yang wujud daripada rasa tidak puas hati mengenai pembahagian kerusi dalam sesuatu pilihan raya umum, pembahagian kerusi dalam kabinet, pembahagian jawatan di peringkat negeri dan daerah, serta petembungan sefera (spherre) pengaruh politik di peringkat akar umbi.

Oleh itu, soal pengaruh politik dan soal manfaat, faedah dan ganjaran ini wajar dihalusi secara tuntas dan rinci. Soal-soal strategik membabitkan orientasi, fokus serta falsafah BN yang baru juga perlu dibereskan secara telus dan jujur.

Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara saudara kamu (yang bertelengkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat (Al-Qur’an, Al-Hujuraat 49:10).

30 comments:

Ferdaos Mohamed said...

Salam Datuk,

"Bersatu Teguh bercerai roboh" .....
Berpadulah bangsaku demi kesejahteraan dan tamadun bangsa yang sentiasa utuh dan dihormati..
Kami rakyat bawahan memerlukan kepimpinan teguh demi masa depan yang lebih baik...
Pimpinlah rakyat ini dan kami tetap merindui kepimpinan yang sejati.. Oooh Melayu, janganlah layu !!!
Apa untungnya bercakaran, berkokok riuh sekampong berpolitik ..akhirnya kampung tergadai.
Ingat.." Anak muda main api, terbakar dirinya sendiri..airmata darah bercampur keringat..bumi dipijak milik orang "

yes said...

Perpaduan memanglah sesuatu yang baik, tetapi bagaimanakah aku dapat memujuk hatiku agar menerima perpaduan.

Aku telah melihat sendiri bagaimana UMNO memperlakukan kerajaan PR di Perak. Aku dengar sendiri bagaimana kerajaan persekutuan menidakkan hak ADUN ADUN lawan nya dan membenarkan saja perlakuan ADUN Barisan contoh istana Zakaria. Aku menyaksikan sendiri bagaimana TV3 dan TV1 mencerca PR.

Bahlol lah aku atau ahli ahli Pas yang lain jika ingin juga akan perpaduan jika sekiranya UMNO terus seperti sekarang. Jika mereka berubah itu bukan lah sesuatu yang tidak mungkin. Tetapi berubahlah dulu, barulah kemungkinan rumbungan merisik akan di hantar.

Itu pun hanya kemungkina. Jika ada yang lain kenapa harus menghantar pinangan kepada yang telah tercalar?

Rantong said...

Jika perpaduan ini boleh disatukan, sayalah org pertama yg akan buat sujud syukur... hidup Islam & Melayu..

View Profile: Rantong™

wira said...

Datuk Ron,

Memang kita amat rindu kepada perpaduan. Tidak dapat disangkal lagi. Ingat apa terjadi kepada sebuah pulau dimana dahulunya hak kita termaktub didalam perlembagaannya. Tetapi telah dihakiskan dan terus dikuburkan. Kita tidak mahu terjadi semacam itu. Maka ingat dan berwaspada.

Kita perlu cekap dan rajin menjalankan apa apa amal ibadah mengharapkan kebahagian didunia dan juga diakhirat.

Bersainglah kita dengan cekap, saksama dan beramanah, supaya kita akan terserlah sebagai bangsa yang cukup baik dari segi akhlak dan berbudi bahasa sesama kawan kawan.

Shade said...

Apabila UMNO banyak kehilangan kursi dlm PRU12 barulah mereka terhegeh-hegeh dengan idea perpaduan.Sikap penipu UMNO telah begitu ketara setelah merasa diri mereka kuat dgn sombong menendang PAS keluar dari BN.Sudahlah UMNO.. janganlah perpaduan melayu pula hendak dijadikan alasan untuk menjerat PAS..kerana pemimpin melayu UMNO tak ubah seperti penyamun yg meminta nyawa setelah dibelasah...Biarkan PR dengan agenda tersendiri utk memajukan negara dgn memusnahkan kaedah penipuan dan kerosakan yg dilakukan oleh UMNO. Adalah lebih baik org melayu menjadikan parti PAS sebagai alternatif daripada bersekongkol dgn UMNO supaya mereka berada dilandasan yg betul terutama dari segi aqidah serta kemajuan dunia dan akhirat.

Mika Angel-0 said...

(not just another c&p job):

Di Ambalat Airnya Tenang
(jangan sangka tiada buaya obama)

Thai Muslims Want Stern Action On Gunmen
By D. Arul Rajoo

BANGKOK, June 9 (Bernama) -- Thai Muslims want the government to take swift action to nab gunmen who attacked a mosque and killed at least 10 people during a prayer session in Cho-Airong district, Narathiwat, Monday night.

Narathiwat Member of Parliament Najmuddin Umar said it was the worst incident in the restive southern Thailand.

"There has never been a shooting in a mosque. This is God's house...this is cruel and the government must answer to the people," he said when contacted while visiting the Kampung Air Paya mosque where the incident took place around 8pm.

Asked about rumours that government forces were involved in the shooting, Najmuddin said it was up to the government to investigate and tell the truth to the people.

"The villagers are too frightened to talk. Some say the Buddhists want to take revenge because a Buddhist rubber tapper was shot dead in a nearby village...the government must investigate," he said.

According to a villager who declined to be named, there were 24 people inside the mosque, mostly elderly people attending a praying session led by a tabligh group from a nearby village.

Suddenly two masked men entered by the backlane near the rubber plantation and shot at random hitting 22 people, he said.

The Imam of the mosque, Wan Dollah Wan Kamal, 62, and nine others died on the spot while 12 were injured. Most of the dead were locals who were praying at the back row, while the village head was also hospitalised after fainting.
It was the worst shooting incident at a mosque in the restive south. On April 28, 2004, 108 suspected insurgents were killed during clashes with security forces in the three southern provinces, including 32 inside the 300-year-old Krue Se Mosque in Pattani.
Prime Minister Abhisit Vejjajiva, who sought neighbour Malaysia's assistance to seek a solution to the conflict, had ordered his deputy in-charge of security, Suthep Thaugsuban, and army chief Gen Anupong Paochinda to fly to the south to deal with the situation.
Violence had increased in the past weeks in the three restive provinces.
On Sunday, two people were killed and 19 injured when insurgents attacked volunteer guards and detonated a car bomb in Jeringa district, Narathiwat, four days after two teachers, one of them in her eighth month of pregnancy, were shot dead in Chanae...
The Bangkok Post reported Monday that Democrat Party MP for Narathiwat, Jeh Aming Totayong had raised doubts over the latest bombing and shooting incidents, saying that they might not be the work of insurgents.
He told the daily that many members of parliament in the province was suspicious as such incidents were happening during the time the budget bill was about to be deliberated in parliament
.
-- BERNAMA

nota:

apa yang dikhuatiri adalah kebenaran ura-ura kononnya satu pasukan 'death squad' dalam militair Abisit yang sangat condong kepada Thaksin...di phuket sangat nyata bagi pemerhati militair kita keadaan ini...kalau diadakan dwi-kerakyatkan saperti yang disyorkan Abisit semasa lawatan hari Isnin lalu akan mengeruhkan lagi keadaan.

Namun kita berbicara tentang perpaduan...biarkan PAS bebas - dan pintu perbincangan senantiasa terbuka. Orang Islam itu bersaudara.

kenapa celcom dan tmnet sangat buruk melayan pelanggannya...satu malam sampai pagi ini kita tak boleh akses internet dan 'signal' pun selalu 'drop'.

(orang islam di atas muka bumi ini semuanya senasib saudara islam palestinnya)

PAS: I'm OK
UMNO: I'm OK
Setan: I not OK when PAS and UMNO are OK. Jom rasuk mangkuk ayun kaki baran mereka...

warongkopi56 said...

Assalamua'laikum Datuk,

Petikan dari Utusan Malaysia,

"Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini mengulangi pendirian peribadinya untuk terus menolak cadangan mengadakan sebarang rundingan atau menubuhkan kerajaan perpaduan bersama UMNO."(Utusan malaysia 9 Jun 09)

"Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula menegaskan, partinya tidak akan menutup pintu rundingan dengan mana-mana pihak kerana ia merupakan satu tuntutan dalam Islam" (Utusan Malaysia 8.6.2009).

Pertama, apa yang saya petik diatas dari Utusan Malaysia 10 Jun 09, boleh mengambarkan salah satu sebab terhalangnya usaha menyatu padukan umat melayu. Adakah ia seiring dengan perengan akhir posting Datuk? Sikap beginilah yang ditakuti.

Kedua, bagi ahli ahli UMNO pun tunjuklah sikap terbuka dan janganlah mengungkit serta elak mencetus ketegangan yang akan mengagalkan usaha ini. Tidak ada yang lebih baik dan lebih mulia dari bersabar.

Ketiga, Usaha ini biarlah menjadi kehendak bersama tidak kira siapa yang mencetuskan idea ini. Apa yang mustahaknya adalah PERPADUAN UMAT MELAYU dahulu dan bolehlah diikuti dengan perpaduan dengan kaum kaum lain.

Teruskan Perpaduan Melayu


www.warongkopi56.blogspot.com

The Truth said...

Kerajaan perpaduan yang dicetuskan oleh president Pas Hj Hadi tidak dinafikan adalah satu gagasan yang akan memberi impak besar terhadap iklim politik Msia terutamanya orang2 Melayu. Pertanyaan disini adakah idea ini lahir dari cetusan atas kesedaran yang tulen tentang keperluan untuk mewujudkan perpaduan melayu atau hanya sekadar cetusan spontan yang timbul atas nama gimik politik.

Jangan dilupa Mursyidul am Pas Nik Aziz menentang keras idea ini secara peribadi dan semua maklum atas pengaruh beliau dalam menentukan hala tuju parti pas. Saya perpendapat buat masa ini adalah lebih sesuai jika Pas memperkukuhkan kedudukannya didalam pakatan pembangkang dan seterusnya menjadi peneraju utama dalam pakatan tersebut.

Perpaduan melayu masih akan berlaku selagi Pas memainkan peranan yang sewajarnya sebagai pembangkang yang berkelibar dan bertanggungjawab. Sebagai contoh Pas masih menyokong kuat dasar DEB dan menentang pandangan lain-lain parti dalam pakatan pembangkang. Pas boleh memainkan peranan sebagai check and balance bagi parti umno dan sebagai benteng pertahanan kedua orang-orang melayu sekiranya umno tersasar hala tuju seperti mana yang berlaku pada masa era Abdullah badawi.

AKU ANAK GURUN said...

Bukan dicadang oleh PAS pada asalnya oleh UMNO . salah fakta tu Dato'

tok iskandar said...

Perpaduan Melayu atau perpaduan Islam yang lebih penting?Totok UMNO mana reti bezakan mana yang lebih diutamakan.

Cuba baca bawah ni info yang tok ambik daripada wikipedia

Sebelum nak bela Sisters in Islam ni,eloklah korang semua baca info yang tok ambik daripada wikipedia.Dalam BI.Korang translate sendirilah

Amina Wadud
From Wikipedia, the free encyclopedia
Amina Wadud was born September 25, 1952 in Bethesda, Maryland. Her father was a Methodist minister and her mother descended from Muslim slaves of Arab, Berber and African ancestry dating back to the 8th Century. She is considered by many as a controversial Islamic feminist and scholar. She received her her B.S, from The University of Pennsylvania, between 1970 and 1975. In 1972 she pronounced shahadah and accepted Islam by choice, not knowing of her maternal ancestry. She received her M.A. in Near Eastern Studies and her Ph.D. in Arabic and Islamic Studies from the University of Michigan, in 1988. During graduate school, she studied advanced Arabic in Egypt at the American University in Cairo, she studied Qur’anic studies and tafsir at Cairo University, and took a course in Philosophy at Al-Azhar University.

She is currently visiting Scholar at the Starr King School of the Ministry, Berkeley CA. She achieved Full Professor of Islamic Studies at Virginia Commonwealth University (VCU) in Richmond, Virginia, in 2007. She is now retired from there as of 2008. She joined VCU after a three year contract as Assistant Professor at the International Islamic University Malaysia, between 1989 and 1993. Wadud’s research specialities include gender and Qur’anic studies. She wrote a book on the subject, Qur’an and Woman: Rereading the Sacred Text from a Woman’s Perspective. The first edition of the book, published by Fajar Bakti, an Oxford University Press Subsidiary in Malaysia while one of the founding members of Sisters in Islam in Malaysia continues to be used all over the world as a basic text for activists and academics alike.[citation needed] After publishing her first book, she spoke at universities, grass roots level, government and non-government forum at various gatherings throughout the United States, Jordan, South Africa, Southern Africa, Nigeria, Kenya, Nepal, Pakistan, Indonesia, Canada, Denmark, Norway, Belgium,Netherlands, United Kingdom, Sarajevo, Spain, Malaysia, France, Italy, and Germany.

Her latest book, Inside the Gender Jihad: Women’s Reform in Islam, was published in 2006. It not only continues her Qur’anic analysis but also provides extensive details about her experiences as a Muslim, wife, mother, sister, scholar and activist

tok iskandar said...

Friday Prayer
Wadud was the subject of much debate and Muslim juristic discourse after leading a Friday prayer (salat) of over 100 male and female Muslims in the Episcopal Cathedral of St. John the Divine in New York on March 18, 2005, breaking with the tradition of having only male imams (prayer leaders). Three mosques had refused to host the service and the museum that had agreed to host it pulled out after a bomb threat. (The event was not the first time in the history of Islam that a woman had led the Friday prayer. See Women as imams for a discussion of the issue.)

In August 1994, Wadud delivered a Friday khutbah (sermon) on “Islam as Engaged Surrender” at the Claremont Main Road Mosque in Cape Town, South Africa. At the time, this was largely unheard of in the Muslim world. As a result, there were attempts in Virginia by some Muslims to have her removed from her position at Virginia Commonwealth University.

There has been objection and some support from Muslims around the world to Wadud’s imamate. In spite of the criticism, Wadud has continued her speaking engagements, and has continued to lead mixed-gender Friday prayer services. On October 28, 2005, following her talk at the International Congress on Islamic Feminism in Barcelona, Spain, she was invited to lead a congregation of about thirty people.

The majority of the Islamic community, whether laymen and Islamic scholars, are opposed to the idea of women leading mixed gender congregations, but allow women to lead women only.[1] However, some jurists, such as the Iranian Shi’i jurist Mohsen Kadivar have espoused her view on the permissibility of female imams. It must be clarified, however, that most Shi’is do not agree with Kadivar’s views.

P/S:Siapa Aminah Wadud ni?
Beliau antara pengasas Sisters in Islam selain zainah anwar
Pernah jadi imam solat jumaat dengan 100 makmum terdiri daripada lelaki dan wanita di Episcopal Cathedral of St. John the Divine di New York.

Kepada mereka yang waras dan cintakan Islam tidak akan sekali-kali membela Sisters in Islam ini.Pandangan SIS tentang hukum hudud,poligami dan aurat pula mengelirukan orang ramai.amat dikesali tokoh seperti dr mahathir dan lain lain lagi sanggup membela SIS ini.Elok disiasat juga ahli-ahli jawatankuasa atau ahli SIS ini.Sudah sampai masanya diharamkan SIS.PKR dan DAP sepatutnya tidak mudah menghentam PAS kerana ini berkaitan urusan agama Islam.Biarlah Majlis Fatwa Kebangsaan dan JAKIM buat keputusan kerana ini melibatkan kepentingan umat Islam.tok cadangkan sesiapa yang mengetahui tentang SIS,boleh kongsi di sini

bujey said...

nak bersatu??? bolehhhh. bubarkan parti korup umno tu...

tok iskandar said...

Dalam UMNOpun tak ada perpaduan.Macam-macam fraksi dan kem wujud.Ramai dah anggap UMNO ni parti pecah-belah Melayu.Dek kerana kuasa sanggup mencantas rakan sesama parti sehingga lahirnya S46 dan PKR.PAS pula ditubuhkan oleh ulama dalam umno setelah era 1960an,UMNO begitu galak menangkap tok guru pondok ke dalam ISA.

TG Nik Aziz menyertai PAS pada 1967
Selama ini apa yang UMNO perjuangkan untuk Melayu.Dah lebih 50 tahun memerintah tapi masih bercakap pasal air,api dan jalan raya.ada kampung yang tiada kemudahan bekalan air puluhan tahun lamanya.apa yang UMNO buat selama ini.

sekolah-sekolah banyak yang terbengkalai dan gagal disiapkan mengikut jadual.Berdasarkan laporan sinar harian,58 buah sekolah terbengkalai.26 buah sekolah terbengkalai itu diserahkan kepada sebuah kontraktor dengan nilai kontrak RM300 juta,bukti UMNO mengkayakan kroni dan gagal mengagihkan kekayaan negara secara adil dan saksama.Eloklah menteri pelajaran memulakan menyiasat sekolah-sekolah mana yang terbengkalai atau blok sekolah mana yang gagal disiapkan mengikut jadual.Bapak menteri boleh mulakan dengan Pahang kerana ini negeri PM kita.

TG Nik Aziz dalam ucapannya pada muktamar PAS baru-baru ini,membidas sikap kerajaan pusat UMNO yang menukarkan guru-guru cemerlang yang menyokong PAS ke pendalaman sebagai hukuman.Cikgu-cikgu UMNO malas dan kaki pontengpun boleh duduk di bandar dan cuti berminggu-minggu berkempen untuk UMNO dalam PRK.Siap boleh naik pangkat dan paling lekehpun dihantar ke PPD atau JPN.Seolah menjadi dasar menukar cikgu-cikgu aliran pembangkang ke kawasan pedalaman dan berdekad lamanya perkara ini berlaku.Boleh disifatkan sebagai kes buli dan pegawai-pegawai di kementerian pelajaran sekadar memejamkan mata dan memekakkan telinga.Barangkali arahan bos mereka.

PPSMI paling mengecewakan orang ramai.Muhyiddin boleh buat talian khas untuk mendapatkan komen orang ramai mengenai keputusan kerajaan mewajibkan subjek inggeris tapi tak berani pulak buat talian khas untuk PPSMI.Betapa hipokritnya UMNO.Kebajikan dan kepentingan anak bangsa tidak dihiraukan.tembolok sendiri jadi keutamaan

LeeSlimShady said...

perpadauan ape ke bende???

dulu masa dato asri jadi presiden UMNO dulu dah buat buat pun kerajaan perpaduan tapi UMNO punya jahat pergi terajang PAS keluar dari BN...

haa...sekarang nak ajak berpadu lak pulak?

Semut Api said...

Pungutan suara bertajuk “Adakah Perlu MCA Keluar BN?” dikeluarkan dari blog Ong Tee Keat
12/06/2009 5:37pm
ron,

KUALA LUMPUR 12 Jun — Satu pungutan suara bertajuk “Adakah Perlu MCA Keluar BN?” dalam laman blog Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat dalam versi Inggeris telah dikeluarkan hari ini bersama-sama dengan pungutan suara yang lain.

DIKELUARKAN SETELAH 'PROVING A SUBTLE POINT'? TAK SUBTLE. KEPADA YANG ANTI PERPADUAN, AKU AKAN MEMEGANG KAMU SEBAGAI PIHAK BERTANGGUNG JAWAB DALAM 10 TAHUN LAGI.

pakbelalang said...

Former Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) director-general Datuk Aziz Deraman said recent poltical developments had split the Malays.

He said the split became wider due to 'political arrogance' within parties or between parties and the people.

"The time has come for Malay political parties to find a new formula to strengthen Malay unity," he said in his paper 'The Malay World: Islam and the Malays in the Malay Archipelago.

comment:

Don't expect too much from the Malay political leaders to create anything good for the Malays.Literally, they are "deaf, blind and dumb". Sum mun buk mun um yun fahum laa yar jiuun !!
Malay political leaders are all failures. To be blunt they are simply haprak and HP6.

Mereka masih lagi terkapar-kapar, bingung dan meraba-raba ke hala mana mereka nak bawa bangsa Melayu.

Mengapa umat Melayu hingga kini tidak boleh bersatu? Kerana semua pemimpin Melayu hanya pandai main "politik kampong". Politik "kopiah putih" dan "songkok hitam" !! Mereka kurang pengetahuan global sebab mereka "goblok" !! Terimalah hakikat ini. Mereka sebenarnya tidak layak memimpin umat Melayu.

Melayu nak bersatu? Forget it. The Malays can never be united selagi sifat cemburu, dengki, iri hati, riak dan bodoh sombong bergelumang dilobok hati mereka.

Itulah sifat Melayu Asli yang tak boleh di kikis. Dah sebati dalam darah daging mereka.

Dato', do you still remember our school badge emblem? It states "Deeds Not Words". But unfortunately most of our Malay political leaders do not have that imbibed in their minds. What a pity!!

pakbelalang said...

The Muslims can never stay united because they don't follow the true teaching of Islam. Their minds have been manipulated by certain ulamak with their own interpretation of Islam. The Muslims must admit that the present form or version of their religion will keep them down and backward. This is proven in all Muslim countries of the world. The Muslims are a confused lot. They are doomed to fail in whatever endeavour.

Politically, in our country UMNO and PAS could never agree to anything to unite the ummah. Both parties fail to uplift the well being of the ummah. Leaders of both parties lack wisdom and common sense.

I think this country should have a woman as a Prime Minister like the Queen of Sheba who ruled the country well and provided her people with all their needs.

".. a woman ruling over them and provided with every requisite; and she has a magnificent throne" Surah 27:23

"She said: O chiefs! give me advice respecting my affair: I never decide an affair until you are in my presence" Surah 27:32

Fikirkanlah !!

pakbelalang said...

Hishammuddin For Umno-pas Talks If ...

KOTA KINABALU, June 8 (Bernama) -- Umno Vice-President Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein said Monoday Umno and PAS should engage in talks to ensure the well-being of the people.

"The issue is unity. The current global challenges demand that we should not merely be politicking. Administration and development of the country are more important agendas.

comment:

Lets see how far this political rhetoric can go. As I said earlier, don't expect anything from the Muslim leaders, be it UMNO or PAS leaders. Leaders of both side just do not have the political will to unite the ummah.They have their own political agenda and vested interest. That's their first priority. They don't have the drive, desire and full commitment to really wanting to take care of the well being of their Muslim brothers. They don't imbibe the true teaching of the Quran. They (UMNO and PAS) interpret the Quran to suit their own political ideology to the extent that they are making the ummah confused and disunited with no positive direction to look forward.

The Muslims are doomed to fail dulu, kini dan selamanya !! Why?
Simply because their leaders lack the WISDOM AND COMMON SENSE !!

Many statements made by the leaders of both parties reflect their poor maturity of thoughts. They are way below the benchmark of true Muslim leaders. Some of them are just HAPRAK and HP6 !!

Mazaki said...

Salam Datuk,

Perpaduan hanya boleh dicapai jika rakyat Malaysia yang beragama Islam menghapuskan sikap benci dan dengki sesama bangsa sendiri. Ciri utama bangsa melayu ialah mempunyai agama dan budaya yang sama, iaitu Islam. Perpaduan boleh diusahakan jika semua kita takut kepada Allah dan yakin dengan perintahNya.Pemimpin-pemimpin parti politik yang terlibat dengan usaha mewujudkan Kerajaan perpaduan haruslah mengutamakan Islam dan bangsa melayu yang beragama Islam. Mungkin UMNO itu bermaksud "United Muslim National Organisation.

waribangsarbaru said...

bro ron, melayu hari ini tidak boleh terlalu bernostalgia sangat. perpaduan sekarang hanya diambilkira sebagai alat politik. petunjuk utama di dalam cetusan perpaduan apa atau siapa yang menguntungkan siapa.

olahan sejarah dan bahasa hanya menjadi madu mulut dan halwa telinga. selamat berjuang agar fenomena ini tidak kesampaian. Allah masih sayangkan orang melayu dengan adanya pejuang seperti bro....

Gedung Akal said...

Datuk,
Masalahnya sekarang berapa ramaikah ahli dan penyokong PAS sanggup terima yang UMNO satu parti yang JUJUR dan BAIK. Kalau pemimpin PAS sahaja yang terima UMNO sebagai BAIK dan JUJUR maka tunggulah saat kejatuhan mereka.

Tolong fahami premis ini:

Kerajaan Perpaduan hanya sesuai bagi politikus yang BAIK dan JUJUR.
UMNO bukan parti politik yang BAIK dan JUJUR kepada MELAYU, maka kerajaan PErpaduan antara PASdan UMNO adalah tidak sepatutnya berlaku!

tok iskandar said...

Sepatutnya komen pak belalang ni dibakulsampahkan kerana menghina kaum Melayu.setakat reti speaking me speak no english bukanlah pasport untuk kau kritik melayu.

Sudah pasti yang haprak dan spastik itu engkau Pak Belalang.Kalau kau ni Melayu,bolehlah dikategorikan sebagai melayu lupa diri.

daripada kau meracau kat sini eloklah kau bagi idea yang bernas bagaimana nak memajukan Melayu.ada gak faedahnya.

Muhyiddin begitu gah bercakap pasal kerajaan perpaduan.kalau benarlah kau ikhlas,eloklah kau reformasikan dulu kementerian pelajaran yang dah lama pecah-belah akibat perbezaan politik.

Tok tak heran mengapa PAS Kelantan terutamanya TG Nik Aziz menentang keras idea kerajaan perpaduan ini.Ramai yang tidak tahu UMNO yang menjatuhkan kerajaan PAS di Kelantan selepas PAS terpedaya menyertai BN atas pujuk rayu UMNO dan kemudian ditendang keluar BN.Lahir beberapa serpihan PAS seperti HAMIM,BERJASA dan ISLAH yang ditaja UMNO untuk pecah-belahkan PAS Kelantan.Selepas darurat diisytiharkan di Kelantan,barulah UMNO berjaya ambil alih kerajaan PAS Kelantan.

Itulah UMNO.Dulu,kini dan mungkin selama-lamanya kejam terhadap bangsa sendiri dek kerana perbezaan fahaman politik

faziz ar said...

salam datuk,
perpaduan apakah jika dikampung ada JKKN dan JKKP. Ada ketua kampung lantikan kerajaan negeri dan persekutuan lantik pulak ketua kampung persekutuan.. perpaduan apakah itu? rakyat semua tahu gerangan siapakah yang punya angkara.. tak payah lagi putar belit... maka jika dari mulut pemimpin UMNO ada ayat perpaduan maka itu adalah bullshit...belum lagi dikira siapa yang dapat kontrak hatta kontrak cuci parit..pun misti diambil kira kroni misti sapu.. kontraktor sokong pr jangan harap...

happysus said...

Sedarlah orang Melayu Semanjung. Anda telah berpecah 4.

UMNO
PKR
PAS
dan
Atas Pagar

Anda adalah tulang belakang negara ini. Saya Melayu Sarawak risau dengan perpecahan ini. Kini ada usaha menyatukan orang melayu.

Dengarlah, Terimalah, Insaflah, Janganlah berpecah,

kami di Sarawak tidak mampu untuk berpecah kalau pecah kami mati.

badok said...

Beri 3 sebab mengapa UMNO dan PAS perlu bersatu???..
Saya boleh berikan 30 sebab PAS tidak perlu bersatu dengan UMNO.

malaysianforex said...

Datuk...

Kenapa risau dan bimbang sangat dengan perpaduan melayu? kenapa tak risau dengan perpaduan umat Islam? Jangan taksub sangat dengan melayu sehingga lupa dengan Islam. Kalau teguhkan perpaduan Islam bukan saja Melayu(yang beragama islam) malah semua bangsa dan suku kaum yang beragama Islam akan berpadu...Ini sebenarnya yang mesti dicanangkan. bukan begitu Datuk? kenapa pemimpin kita malu dan kelu lidah untuk cakap perpaduan Islam...heran ya Datuk.

Semut Api said...

SINGAPORE Minister Mentor Lee Kuan Yew and Penang Chief Minister Lim Guan Eng’s first “meeting” actually took place in the washroom prior to their official meeting at Komtar, all Chinese dailies reported yesterday.

The encounter was a coincidence, Sin Chew daily said.

Lee, who was supposed to meet Lim at Komtar on Saturday noon, had arrived in Penang by a flight from Ipoh at 5.10pm on Friday and went straight to the E&O hotel where the Singapore entourage was staying.

Lim was having a closed-door meeting at the hotel that night and had left half way to go to the washroom.

Lee was already inside the gents then. Although Lim saw Lee, he did not greet him.

Lee left before Lim.

It was reported that one of Lee’s bodyguards stationed outside the gents recognised Lim but did not stop the Chief Minister from entering as he was walking quickly.

ONE NATION ONE LOVE said...

Salam semua,
kalau kau org pandai sangat carilah penyelesaian,bukan cari salah.Orang melayu/islam kalau duduk bersama,perkara pertama yang dibuatnya adalah "DIA ORANG AKAN AGREE TO DISAGREE".Kalau kau orang tak faham juga maksud aku ni memang sampai bila2 pun kau orang yang bahlol ni tak dapat selesai kan masalah melayu dan terus bercakaran.Dan mereka yang berkepentingan atas bangsa dan negara kita akan bersorak atas kebodohan kita ni.Maka moralnya atas apa alasan sekali pun "BERSATU LAH BANGSA KU,AKU MOHON SUNGGUH2 NI"kau org ni semuanya bijak pandai,ulamak pun ada tak kan lah dangkal dan ego sangat sampai bende ni kau orang tak boleh selesai,kalau ni kau tak boleh selesai jangan cerita lah nak jadi jaguh negara islam lain.

faba said...

Datuk..

1Malayasia hanyalah satu retorik semata-mata kerana setiap PM ada saja istilah dan benda yang ingin dipopularkannya untuk menjadikan dialah pelopornya (kononnya).

Ke mana sudah usaha menjadikan pertanian sebagai satu agenda negara yang dilaung-laungkan sehingga TS Muhyiddin dilantik Menteri Pertanian dulu...

Ke mana sudah Islam Hadhari yang diceramahkan oleh Ustaz,ustazah dan juga bapa-bapa politik dulu..

terkadang-kadang baik pemimpin kita tidak melaungkan slogan yang entah sejauh mana nanti diusahakannya...

dari dulu lagi sememangnya KEPENTINGAN RAKYATLAH YANG MESTI DIUTAMAKAN ITU YANG DINAMAKAN WAKIL RAKYAT.

Berapa tahun dah jadi pemimpin politik dan parti....apakah dulu takut...tepuk dada tanya IMAN

pakbelalang said...

Nak pendekkan cerita, it is a matter either both parties have the political will to set aside their strengths and weaknesses and their political differences for the sake of Malay unity. If they are not prepared to compromise then sampai pagi ayam berkokok pun hasilnya tak kemana. It is waste of time and unproductive. Syok sendiri sahaja!!