Thursday, June 25, 2009

Jambatan bengkok penting, jambatan ketiga tidak diperlukan....

Satu kesilapan besar era pemerintahan lalu adalah membatalkan projek Jambatan Bengkok bagi menggantikan Tambak Johor. Untuk membaca huraian mengenai isu ini sila baca buku Mahathir Menyinga yang dipaparkan di sidebar blog ini.

Antara kesilapan yang mungkin terjadi di hari-hari mendatang pula adalah jika kerajaan pada hari ini menyetujui cadangan jirannya untuk membina Jambatan Ketiga merentangi Selat Teberau bagi menghubungkan timur Johor dengan zon timur Singapura.

Banyak sebab-sebab strategik untuk menyokong hujah di atas. Antaranya adalah seperti yang dinyatakan oleh Datuk Abdul Halim Suleiman, ADUN BN-Puteri Wangsa, Johor, bahawa kerajaan wajar mengkaji semula cadangan pembinaan jambatan itu kerana terlalu banyak pintu keluar masuk dari Johor ke Singapura hingga boleh menimbulkan masalah daripada segi kawalan keselamatan (Utusan Malaysia 24.6.2009).

Minggu lalu, blog ini mencadangkan supaya kerajaan memerkenalkan kajian impak keselamatan negara bagi projek penting dan stategik di perbatasan tanah air seperti di sempadan Johor-Singapura.

Ini kerana soal keselamatan negara mutakhir ini tidak lagi wajar berasaskan rasional pemikiran era Perang Dingin (PD) yang ditentukan oleh pertimbangan antara peperangan dan keamanan. Sebaliknya, keselamatan negara yang kontemporari wajar berpaksikan kepada lima faktor utama, iaitu keselamatan militari, keselamatan politik, keselamatan ekonomi, keselamatan masyarakat dan keselamatan alam sekitar. Berdasarkan komponen keselamatan negara yang kontemporari ini, wajar diwujudkan satu sistem kajian impak keselamatan (KIK) bagi mana-mana projek penting kerajaan, terutamanya di lokasi yang strategik, termasuk di kawasan perbatasan negara. Sebagai permulaan, wajar dilakukan KIK terhadap cadangan projek Jambatan Ketiga di perbatasan Malaysia-Singapura. Kajian KIK ini penting untuk memastikan secara terperinci bahawa projek berkenaan memenuhi seluruh aspek keselamatan di atas. Jangan sampai kemudian hari kelak projek ini menjejaskan keupayaan militari, politik, ekonomi, masyarakat dan alam sekitar Malaysia. Kajian ini juga amat penting untuk mengelakkan sebarang implikasi kepada keselamatan negara seluruhnya. Ini kerana Malaysia sudah pun mempunyai precedent mengenai ancaman keselamatan kepada satu projek besar di sempadan Singapura (kuda-kepang 19.6.2009).

Kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin pastinya amat prihatin terhadap suara ADUN Johor dan saranan kuda-kepang seperti di atas. – Ruhanie Ahmad

12 comments:

ainas said...

jambatan kedua pun tak dak nak jambatan ketiga la konon. kalau cam ni la style najib tak tahula apa nasib bn pilihanraya akan datang

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie Ahmad,

UMNO Dan Tambak Johor
(dunia modern maju dan kaya iskandar)

Saya tidak gemar jambatan bengkok untuk menggantikan Tambak Johor walaupun kita amat memahamai tujuan dan kebaikannya jambatan bengkok itu.

Kita lebih gemarkan sistem terowong di bawah tanah di dasar selat Teberau kerana kita seharusnya memaparkan kepintaran kita juga menguasai teknologi terkini pengerudian bumi saperti sistem terowong di dasar Selat Inggeris Chunnel dan di kompleks kajian nuklear di Perancis yakni Hadron.

Saperti juga kita mahu air suci dan bersih yang lebih baik dari air keluaran Kerjaan Singapura dengan lebih murah di pasarkan di Singapura.

Kita orang, ahli UMNO boleh melakukan yang lebih dari LKY's PAP di Singapura demi bangsa, agama, dan negara.

24 Jun, 2009
23:55 PM
Kuota Dan Had Umur Antara Cadangan Pindaan Umno

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Penetapan "Hari Pemilihan Umno" dan menghapuskan sistem kuota adalah antara cadangan yang terkandung dalam draf cadangan konsep pemilihan dan pindaan Perlembagaan Umno.

Turut termasuk dalam draf cadangan yang dipersetujui Jawatankuasa Teknikal Pindaan Perlembagaan Umno itu ialah mengenai had umur Ketua Puteri dan anggota pergerakan itu.

Draf cadangan yang disiarkan di laman web http://umno-online.com, dan turut mempelawa orang ramai memberi pandangan berhubung 10 cadangan yang dikemukakan itu, akan dibawa ke bengkel pindaan perlembagaan sebelum ke Jawatankuasa Induk untuk dibentang pada Perhimpunan Agung Umno Khas, Oktober ini.

Draf cadangan itu menyatakan satu hari akan ditetapkan sebagai "Hari Pemilihan Umno" oleh Jawatankuasa Pemilihan Umno setelah dipersetujui Majlis Tertinggi dan ia akan diadakan serentak di 191 Bahagian Umno...


Terima Kasih dan Salam Hormat

edi said...

datuk,

saya rakyat johor jati.
masa pemerintahan pak lah dulu saya mmmg marah gila sebab dibatalkan jambatan bengkok

sekarang nih bertambah marah lagi saya apabila jambatan bengkok masih tak diwujudkan tetapi jambatan ke 3 yang tak masuk akal pulak di cadangkan.

Sultan yang uzur pun masih boleh berfikir betul untuk kebaikan rakyatnya. DAULAT TUANKU !

datuk,

apa sudah jadi dgn PM2 malaysia nih?

maaf cakap la, mmg sekarang amat wajar kita bertukar pemerintah memandangkan semua pemimpin yang ada sudah kurang 'akal'nya. Tak mungkin kita akan dapat mencapai wawasan 2020. wawasan 2100 pun tak pasti lagi jika macam inilah mentaliti pemimpin kita.

tun Mahathir mmg tidak akan ada gantinya. 50% setaraf dengan tun pun rasanya tak ada seorg menteri yang layak sekarang ni.

datuk,

tolonglah berjuang utk rakyat johor terutamanya melayu johor yang semakin jauh ditolak kedalam hutan.

salam

Teratak Cahaya said...

Insya-Allah....semoga negeri Johor dan daerahku Batu Pahat semakin maju.....perbanyakkan lagi ruangan untuk orang-orang Melayu berniaga di Batu Pahat.

Unknown said...

Salam Datuk,

Saya agak hairan dan pelik berkenaan pengumuman DS Najib yang mahukan jambatan ketiga dibina di timur Johor,siapa yang menasihati DS Najib ? kemana perginya pakar pakar strategi, perisikan,perang, ancaman keselamatan,ekonomi dan politik di Jabatan Perdana Menteri,Kementerian Pertahanan bahagian perisikan dan cawangan khas PDRM.Sudahkah DS Najib diberi taklimat oleh Pengarah pengarah yang berpangkat JUSA dan Jenderal berkenaan bahayanya membinanya terlalu banyak jambatan atau D S Najib idak perlu mendengar nasihat mereka ?

Apa pun RAKYAT TIDAK MAHU JAMBATAN KETIGA YANG RAKYAT MAHU IALAH ROBOH TAMBAK JOHOR DAN BINA JAMBATAN LURUS ATAU JAMBATAN CANTIK.FULLSTOP !

tok iskandar said...

Kenapa nak bising-bising lagi pasal jambatan bengkok.pampasan wang telah diterima oleh Gerbang Perdana yang adik ipar mahathir ada penguasaan di dalam syarikat itu.

Selagi isu air dan KWSP pekerja Malaysia di Singapura gagal ditangani dengan baik,tiada gunanya apa-apa jambatan dibina.

Iskandar Malaysia juga hanya kepada pembangunan ekonomi semata-mata.Kita kena ingat pembangunan ekonomi tanpa menitikberatkan aspek keselamatan negara akan berdepan dengan risiko yang tinggi kepada rakyat Malaysia.

Hari ini cerita budak tingkat empat bergema lagi setelah najib berkira-kira nak lantik orangnya ke dalam Petronas yang turut dibantah oleh Mahathir.

Budak ini pulak gagal mematuhi perjanjian biasiswa dengan Petronas.sekarang pasal ada kabel nak jadi bos pulak.siapa tak bantah dan terbukti hari ini lembaga pengarah petronas menolak budak ni yang giat dalam syarikat Ethos yang suatu ketika dulu pernah dikaitkan dengan KJ.

mau tak risau Mahathir....apakah KJ dan Najib telah berdamai?jika benar tak lama lagi KJ jadi Menteri dan Mahathir putih mata melihatnya dengan penuh kekecewaan.

Hj.Mat said...

Jambatan ke tiga yang difikerkan cubalah fiker macam mana rakyat Malaysia yang kian bertambah dan hasil tanaman untuk makanan kita macam takok lama juga sebagai contoh kita tanah di sarawak luas lagi fiker macam mana nak hasilkan beras untuk makanan rakyat Malaysia sekarang boleh la Thailand dan ada dua tiga negera lagi sudi jual beras kepada kita, kalau mereka dah tak mau jual beras lagi pada kita seperti India apa macam? kita kalau tak import beras dari luar 3 bulan aja kebulorlah kita, itu yang patut difiker dulu dari jambatan,

nassury said...

Tak payah bengkok-bengkok. Lurus lagi baik. Mengapa dibengkokkan? Mengapa tunduk kepada singapura? Kita buat jambatan dalam negara kita. Apakah pembengkokan itu dan pembatalan jambatan itu menandakan Malaysia dijajah oleh Singapura. Kalau demikian, politikus Malaysia tak usah cakap tentang kemerdekaan.

pakteh adam said...

Datuk,

Harapan hanya tinggal harapan. Najib dan Mahyuddin satu lagi kesilapan kita.

Usul datang dari SIngapura dan terma juga disyaratkan oleh Singapura.

Kalau zaman Tun Dr M, dulu, penyelasaran didalam startegi pembangunan, tidak tergapai oleh pemikiran akan kekesanan pada jangka panjang. Ni... mangkuk berdua ni, usahkan perlaksanaan... cerita nak buat pun orang kampung cam saya dah agak, tak ada kesan +, yang jelas motive yang boleh di persoalkan kearah dollar dan cents.

Kalau cam tu, cadangkan je Pak Ngah Ludin jadi PM dan Mak Ngah Bedah jadi TPM. Dah tentu Islam dan Melayu, tak kan Hilang Di Dunia.!!!

Orang PAS mesti sokong cadangan ni!!! Pergh...

saji said...

Saya tetap dengan cadangan saya yang lalu tersiar dalam UTUSAN MALAYSIA iaitu cadangan supaya dibina terusan selebar Selat Johor yang mencantumkan Sungai Puali dengan Sungai Johor dengan kawasan percantumannya di utara Sekudai dan berdekatan dengan bandar lama Saleng Halt.

Tambak Johor bukan sahaja akan dikekalkan, malah di besarkan dan dipanjangkan jaraknya (dalam bentuk jejambat tertutup) hingga sampai ke tempat terusan tersebut bercantum iaitu sekitar Saleng Halt yang diakhiri dengan binaan Jambatan Bengkok yang kosnya telah dibayar itu serta dilengkapi dengan kompleks CIQ baru.

Tuk Aki said...

Ketika PM baru dilantik...

Di hati saya habislah orang melayu...
PM ni pro cina .. semasa jadi menteri pelajaran .... banyak kolej dan universiti orang cina diluluskan..

Nasib baik pada zaman Datuk Musa mewujudkan banyak kolej universiti milik kerajaan.

Dan hari ini terbukti dengan pemansuhan:-

1. Kementerian yang menjaga hak istemewa dan orang melayu.
2. Dihapuskan hak istemewa orang melayu/bumiputra dalam biasiswa kerajaan.
3. Dihapuskan pemilikan ekuiti 30% oleh bumiputra.

Saya mempunyai pengalaman bekerja dengan syarikat multi nasional yang diketuai dan dipunyai oleh bangsa cina ini.

Orang melayu jangan harap nak dapat apa-apa kecuali betul2 dia boleh dipergunakan untuk dapatkan keuntungan.

Orang melayu dah kalah teruk disebabkan oleh orang melayu sendiri.

Malaysia akan jadi seperti Singapore dan terlaksanalah konsep malaysia malaysia dalam konsep 1 malaysia.

Tahniah kepada pejuang-pejuang bangsa melayu.

Inilah yang anak cucu anda dapat dan jangan di masa akan datang anda akan diludahi oleh anak cucu sendiri

ahmadradziomar said...

Saya cadangkan Tun Dr Mahathir dilantik sebagai ketua untuk semua rundingan dengan Singapura.