Friday, June 05, 2009

Selamat datang Lee Kuan Yew. Selamat berjuang Samy Vellu!

Ruhanie Ahmad

Lee Kuan Yew akan menjelajah Malaysia minggu depan. Beliau akan mengadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Perak dan Sultan Pahang. Beliau juga akan mengunjungi Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Seterusnya, beliau akan menemui Naib-Naib Presiden UMNO, Presiden MCA, Menteri Besar Selangor, Menteri Besar Perak, Menteri Besar Kelantan dan Ketua Menteri Pulau Pinang (The Malaysian Insider).

Semalam Samy Vellu mahu Awang Selamat dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan semata-mata kerana kolumnis itu menyiarkan semula kenyataan Tan Siew Sin mengenai fakta sejarah etnisiti di Malaysia (atikel Awang Selamat ini disiarkan dalam Mingguan Malaysia 31.5.2009).

Hari ini ada pemimpin pemuda MIC buat laporan polis terhadap Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, semata-mata kerana ayat ini: Bila orang Melayu membela hak Melayu, mereka kata perkauman, namun apabila mereka membela hak mereka dan ada kalanya menyinggung perasaan orang Melayu dan raja-raja Melayu, mereka tidak menganggapnya sebagai perkauman (Ibrahim Ali, Presiden Perkasa, Utusan Malaysia: 4.6.2009).

Secara kebetulan, antara rumusan posting saya malam tadi adalah kenyataan ini: Bila orang Melayu dan Bumiputera bertindak untuk menyuarakan kebenaran, tindakan itu cepat-cepat dilabelkan oleh sesetengah bukan Melayu sebagai tindakan rasis dan anti-perpaduan. Tetapi, bila sesetengah bukan Melayu mengungkit-ungkit, mengasak dan cuba menginjak-injak kedudukan Melayu pada hari ini, tidak ada siapa pula yang berani melabelkan tindakan segolongan bukan Melayu itu sebagai cauvinis dan rasis. Jika beginilah keadaannya, bilakah akan wujud perpaduan nasional yang tulin di Malaysia? Jika beginilah keadaannya, sampai bilakah orang Melayu dan Bumiputera akan menjadi mangsa label yang double-standard semata-mata kerana sebagai peribumi, orang Melayu dituntut supaya sentiasa bersabar dan bersikap amat toleran terhadap gelagat sesetengah bukan Melayu yang seolah-olah mahu mencabar kesebaran orang Melayu dan Bumiputera (Ruhanie Ahmad, Ketua Penerangan Perkasa, kuda-kepang: 3.6.2009).

Seterusnya, untuk renungan Samy Vellu, anak buahnya yang membuat aduan polis mengenai Ibrahim Ali, Lim Guan Eng yang diberitakan menyekat wartawan Utusan Malaysia daripada menghadiri satu sidang akhbar anjuran PKR di Pulau Pinang, Lim Kit Siang yang diberitakan sebagai memfitnahkan MARA kononnya kehabisan dana untuk membiayai biasiswa pelajar Bumiputera, orang kuat Gerakan yang nak bawa balik Chin Peng, dan lain-lainnya yang pada hujung tahun 2008 mengungkit-ungkit hal ehwal orang Melayu, saya paparkan di sini imbasan berita daripada Berita Harian 25 Jun 1965 seperti berikut:

KUALA LUMPUR, 24 JUN 1965 – Menteri Kerjayara, Pos dan Telekom, Datuk V.T Sambanthan, hari ini telah bertanyakan Lee Kuan Yew, Perdana Menteri Singapura, di negeri mana di dalam dunia ini bangsa-bangsa yang mendatang diterima baik menjadi warganegaranya beramai-ramai.

Beliau menegaskan bahawa hanya negara ini sahaja di dalam dunia ini telah memberi segala kemudahan kepada semua bangsa yang mendatang di sini menjadi warganegaranya.

Datuk Sambanthan berkata demikian di dalam Dewan Rakyat tadi ketika dewan mendebatkan titah ucapan Seri Paduka Yang Di Pertuan Agong.

Di dalam ucapannya selama 45 minit, Datuk Sambanthan telah mengkecam hebat sikap Lee Kuan Yew yang memainkan peranan perkauman di sini untuk kepentingan diri sendiri.

Beliau menuduh Lee Kuan Yew cuba memainkan politik perkauman dengan mengatakan Kerajaan Melayu Pusat cuba menguasai Kerajaan Negeri.

Datuk Sambanthan telah bertanyakan Lee Kuan Yew di mana letaknya logik tuduhannya itu.

Katanya: “Jikalau sungguhlah dakwaan Lee Kuan Yew itu, memang bodohlah pemimpin-pemimpin Melayu di sini dalam tahun 1957 dahulu memberi segala kemudahan kepada bangsa-bangsa asing di sini menjadi warganegara di sini.

“Jika benar laungan-laungan Lee Kuan Yew itu bahawa Kerajaan Melayu Pusat hendak mengusai bangsa-bangsa lain, mengapa mereka membenarkan bangsa-bangsa asing itu dengan senang saja menjadi warganegara di sini”.

“Ini amat bodoh sekali kerana adanya lebih ramai bangsa-bangsa asing (khususnya Cina dan India) menjadi rakyat di sini, tentu sukar bagi orang-orang Melayu di sini hendak menguasai bangsa-bangsa lain itu.

“Jika benar mereka hendak menguasai bangsa-bangsa asing di sini, mereka denga mudah sahaja berbuat demikian dalam tahun 1957 dahulu dengan tidak memberi kemudahan untuk bangsa-bangsa asing menjadi warganegara.

Beliau menerangkan bahawa sungguhpun orang-orang Melayu telah bermurah hati menerima baik bangsa-bangsa asing, tetapi sekarang ini mereka itulah (Melayu) golongan bangsa yang termiskin sekali.

Datuk Sambanthan bertanya: “Siapa yang memiliki bandar-bandar dan gudang-gudang serta ladang-ladang di sini. Adakah gudang-gudang dan ladang-ladang ini dimiliki oleh orang-orang Melayu?” (Berita Harian: 25.6. 19650).

Hansard yang menjadi asas kepada kenyataan Sambanthan di atas pastinya masih tersimpan di pusat data Parlimen Malaysia. Kenyataan tersebut amat relevan kepada Samy Vellu, DAP dan kita semua, khususnya orang Melayu yang asyik dituduh sebagai perkauman, walaupun dalam menyatakan kebenaran mengenai sejarah etnisiti di tanah air ini. Fikir-fikikanlah!

25 comments:

-thethinker- said...

sekali lagi ,dato tidak berpegang kpd fakta. LKS menimbulkan persoalan mengapa biasiswa MARA tidak disampaikan kpd pelajar Melayu yg layak itu , adakah itu pun bersifat rasis ? Jika LKS menyebarkan pandangan bhw biasiswa tidak harus diberikan kpd mereka yg layak , itu barulah MASALAH besar !!

kudakepang said...

the thinker

Terima kasih. Saya tak kata LKS rasis. Harap semak semula apa saya tulis ok. Apa pun terima kasih dan salam takzim.

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie Ahmad,

Seberang Selat Teberau
(antara dua darjat barzakhnya)

Saya dan saya harap anda juga
kerana anda lahir di pulau indah
temasek, Bung - ucapkan selamat datang
kapada Bapak Lim Kuan Yew
ka Malaysia dan kita harap beliau
jangan terlalu selesa sahingga enggan mahu pulang ka Temasek - yok! Dan kami sarankan jangan cuba-cubalah angin Pulau Langkawi,
Mister Lee - mungkin teruja hati muda.

Persoalan saya di sini, mas,
ialah bagaimana mahu kenal cucu
Sunan Kalijogo dan apa kaitannya
dengan Laksamana Bentan?

antara melayu dan kufur apa bezanya?

LKY mengerti bahasa melayu
lenggok malaysia setelah ditawannya lidah orang melayu
serambi mekah - lidah tak bertulang

pakyeop said...

salam dato.

nampaknya tak dapat chin peng. Lee Kuan Yew pun jadi ler... tercapai juga hasrat pembangkang dan orang yang sewaktu dengannya. harap kena awasi juga , mana tau LKY menyelam sambil minum air dan makan mee singapore pulak kat malaysia, parah..

Semut Api said...

Teresa ni risau kebanjiran kaum pendatang ke Malaysia...


1) 16 Jun 2009 (Selasa)

YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Pelajaran menyatakan bilangan anak pelarian yang belajar di sekolah rendah dan sekolah menengah di negara kita dan prosedur memasuki sekolah tempatan. Memandangkan keturunan pelarian dan orang asing tanpa izin di negara kita ini semakin meningkat, macam manakah kerajaan menangani masalah pendidikan di kalangan keturunan orang asing tanpa izin dan pelarian tersebut?

The Truth said...

Sikap perkauman dan memainkan sentimen perkauman tidak dinafikan semakin ketara sejak akhir-akhir ini. Tetapi pada hakikatnya sentimen ini tidaklah merata pada setiap lapisan kaum tersebut. Sikap perkauman ini hanya menonjol pada pemimpin utama sahaja seperti Samy Vellu bagi kaum india, Lim Kit Siang bagi kaum cina. Majoriti yang menjadi pengikut pula tidak memiliki sikap tersebut melainkan sedikit yang termakan dengan segala macam hasutan dan provokasi pemimpin mereka.

Pemimpin seperti Samy Vellu mula memainkan isu perkauman semata-mata untuk memastikan survival politiknya meski pun telah maklum bahawa talian hayat politiknya sudah nyawa-nyawa ikan. Begitu juga lain-lain pemimpin memilih isu ini untuk menonjolkan ketokohan dan untuk mendapatkan sokongan kaum mereka.

Malangnya bagi kaum Melayu pula, pemimpin mereka mengambil sikap sambil lewa dan sikap tidak apa mungkin lanjutan dari sindrom era Abdullah badawi. Sepatutnya barisan pemimpin Melayu sekarang harus berani menengking ketua puak yang mula memainkan isu perkauman ini agar bau busuk ketua-ketua puak ini tidak terpalit kepada pengikut-pengikut mereka yang tidak berdosa itu.

Bagi orang Melayu pemimpin seperti Ibrahim Ali amat diperlukan pada waktu-waktu seperti ini. Orang seperti beliau sahaja yang mampu melumurkan asam garam dan segala rencah kunyit kepada pemimpin puak seperti Samy Vellu,LimKit Siang dan Karpal Singh agar segala bau hanyir dan busuk dapat dihilangkan dan dibuang daripada pemimpin-pemimpin puak yang berbau racist ini.

Alias Mohd Yusof said...

Biasa tu Dato' sebelum isu itu ditimbulkan oleh Hindraf lebih baik Samy Velu timbulkan dulu, semua nak jadi hero kaum mereka, semua nak cari political advantage. Jangan kita terlalu emosional dan ambil serious sangat, semua itu wayang saja.

Kenapa agaknya LKY nak melawat Malaysia dan jumpa pemimpin-pemimpin negara kita? Apakah ini masa sesuai untuk beliau menimbangkan Singapura bercantum dengan Malaysia semula, interesting juga ni. Malaysia dan Singapore adalah bersaudara dari segi rakyatnya, air dicincang takkan putus, biduk lalu kiambang kan bertaut juga. Macam Korea Utara dengan Korea Selatan juga.

warongkopi56 said...

Assalamua'laikum Datuk,

Kebenarannya, Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dan strategik dah sememangnya menjadi rebutan.Rebutan ini bukan hanya dari penduduk negara ini sahaja malah negara negara yang ada berkepentingan dirantau ini baik dari segi perdagangan mahu pun ketenteraan.

Selain itu, Malaysia masih di -iktiraf sebagai sebuah Negara Islam (buktinya anggota OIC). Sedekad atau lebih apakah pandangan masyarakat antarabangsa terhadap Islam sehingga jujungan kita Nabi SAW pun dihina. Ini semua adalah fakta yang intangible
yang mana walau pun masih boleh dibuktikan tetapi memerlukan banyak andaian atau implied terms.

Saya tidak marah atau sedih kalau bangsa cina atau india melabelkang saya rasis, demi bangsa dan agama saya. tetapi yang amat menyedihkan lagi menjijikan apabila anak bangsa melayu dan terutama yang berasal dari kampung dan dari keluarga nelayan dan petani yang lupa daratan apabila mengecap sedikit kemewahan dan ada sedikit kedudukan, sudah menjadi kacang lupa kulit.

Sepatutnya golongan ini memikirkan apakah cara terbaik untuk memajukan bangsa sendiri dan bersyukur atas kurniaan illahi. Tetapi yang yang berlaku mereka sendiri memecah belahkan kaum sendiri dan bermaufakat dengan kaum kaum menhina kaum sendiri. Untuk apa? Sedikit kemewahan dan sanjungan. Apa lebih dari itu,mati jadi makan cacing dan disumpah oleh anak cucu kemudian hari,jika belum kiamat.

Walau pun nasi sudah menjadi bubur, Malaysia adalah diiktirafkan sebagai negara majmuk kerana terlalu sentimental apa yang masih boleh dilakukan? Jangan berputus asa dan bersatu umpama seberkas lidi susah untuk dipatahkan.

Saya yakin perasaan dan pemikiran saperti saya masih ada banyak lagi dinegara ini satukan kami. Hanya satu ingatan, IKHLAS kerana ALLAH dan Maruah Bnagsa.

Teruskan Perjuangan

www.warongkopi56.blogspot.com

fendy_ahmad said...

Salam,

The Thinker,

Kamu adalah golongan yang sealiran dengan Nizar Jalamaluddin, Angkatan Muda Keadilan dan Pemuda PAS sekarang yang cukup suka mengalih isu dan merasakan LKS itu adil kononnya.

Teliti sikit perjalanan politik LKS ini, jangan terpedaya dengan kata-katanya sejak tahun 2007 ke 2009 ini sahaja. LGE pun sama juga.

Nnyanyikan lagu SM SALIM pada golongan ini.. DULU LAIN, SEKARANG LAIN

Alizul said...

Saya tidak faham mengapa perlunya Lee Kuan Yew berjumpa dengan pemimpin-pemimpin parti komponen BN dan kerajaan-kerajaan negeri. Kalau PM dan TPM saja, itu mudah difaham. Kalau nak sampaikan sesuatu kepada parti2 komponen dan kerajaan2 negeri, lebih baik dan telus jika disampaikan melalui PM. Mungkinkah ada niat-niat tersirat di sebalik kunjungan LKY ini?

Juga, tidak banyak blogger yang menerbit dan memberi komen tentang hal ini. Yang saya dapati setakat ini hanyalah komen Politica di http://politica-net.blogspot.com.

Tok Kemuning said...

Buat renungan kita orang Melayu. Singapura asalnya milik siapa dan kini telah menjadi milik siapa. Manakala Pulau Batu Putih dulunya milik siapa dan kini sudah jadi milik siapa.

Ingat Tanah Melayu milik siapa dan sekiranya orang Melayu tidak bersatu apa boleh jadi pada Tanah Melayu ini.

ChengHo said...

Salahkan kpd sistem pendidikan Malaysia yg tidak mengajar fakta sejarah yg tepat, tambahan Malaysia punya sistem pendidikan National , china dan india .
Kalau di Amerika dan Eropah mereka memegang kuat kpd fakta sejarah dan perlembagaan . Jgn salahkan kpd kaum kaum lain ,salahkan kpd melayu yg buta sejarah dan ambil sikap tidak peduli dgn situasi semasa .Itulah akibatnya jika Melayu mengejar A tanpa penghayatan dan pemikiran kritis...

MoneyMatters@Nizam said...

Salam Dato,

Inilah akibat drpd Kaduk Sudah Naik Junjung. Jikalau benar mereka ingin diterima sebagai warganegara Malaysia kenapakah India dan Cina di sini masih lagi berkiblatkan negara India, China, Hongkong dalam semua aspek kehidupan.

Kalau tuan lihat di dalam akhbar2 mereka, tulisan berunsur perkauman sgt menebal. Tetapi Melayu manakah yg berani menyanggahnya. Ditambah pula dgn PM kita yg lembik dan terlalu bersifat apologatik. Akhbar Tamil dah serupa akhbar Tamil Eelam.

Jikalau hak2 Melayu dan Bumi yg sudah terang2 terletak di dalam perlembagaan pun mereka berani mencabar, ditambah lagi dgn PM kita yg mengiakan apa yg diminta oleh golongan keturunan pendatang ini, jadi dimanakah MELAYU pada masa akan datang. Adakah kita ini RASIS?

Bagi saya, ini semua silap TUNKU yg telah memberikan kewarganegaraan secara percuma dahulu. Hendakkan merdeka dgn cara mudah. Malulah dgn bangsa Indo yg menerima kemerdekaan dgn cara tersendiri dan susah payah. Kerana itu jati diri mereka kuat dan tidak bersifat APOLOGATIK.

putera bentan said...

LKY ni nak apa? Buat-buat lawatan peribadi jump asana jumpa sini untuk apa? Sebagai anak Johor saya sentiasa curiga dengan pergerakan LKY ni. Malangnya, pemimpin kita ni macam kowtow je dengan dia. Apa nak jadi, apa nak jadi, tak kita khuatiri!!!!! Apa nak jadi, apa nak jadi, tak cemburu tetamu tandang ke mari!!!

azam said...

Lee Kuan Yew ni bukankah Bapak MALAYSIAN MALAYSIA? Sebab dia kan DAP gila-gila perjuangkan MALAYSIAN MALAYSIA sampai hari ini? Dalam keadaan Malaysia celaru dengan sentimen kaum waktu ni buat apa izin dia datang jelajah negeri kita? Sapa punya keputusan ni?

nakhoda said...

Sapa pun anak Johor jugak Datuk. Saya pun heran Lee Kuan Yew tiba-tiba je jelajah dari satu negeri ke satu negeri dan jumpa orang kuat-kuat PKR, DAP dan PAS. Kalau jumpa Najib dan Abang Din tak apa. Dia jumpa Ka Ting pun tak apa. Tapi kalau dah sampai jumpa naib-naib presiden UMNO buat apa? Kalau dah jumpa MB Selangor, MB Kelantan dan KM Penang BUAT APA? Zaman Pak Lah menteri Singapura boleh main-main kepala Pak Lah. Zaman Najib Lee Kuan Yew pulak jelajah Malaysia. Apa lah helah dia?

limado said...

Kita tunggu apa statement Lee Kuan Yew atau MB Selangor, MB Kelantan dan KM Pulau Pinang lepas jumpa Lee Kuan Yew. Lepas tu kita analisis kenyataan mereka. Kemudian tu baru kita tau apa hajat Lee Kuan Yew. Waktu ni biarlah dia pergi mana dia suka. Tapi kalau boleh kita semua alu-alukan dia kerana dia ni kan pencetus idea Malaysian Malaysia? Selamat Datang Lee Kuan Yew.

macho said...

Apa beza "malaysian malaysia" dengan "1Malaysia" yer?

Sandus said...

dato'saya rasa apa yg berlaku sekarang adalah hasil dari apa yg di tanam oleh pemimpin kita dehulu,kemarut sangat nak merdeka sampai apa yg di tuntut oleh penjajah beritish kita terima.ini kesalahan pemimpim fiudal umno dari dulu sempai sekarang tak banyak beza. selangkah demi selangkah kita bagi, depa selangkah demi selangkah depa kaut.tak lama kita jadi sama dgn pelastin, pelarian di serata dunia.sudah lah diutara siam dah telan negeri petani, di selatan pula berdiri tegak singapura yg sentiasa mengamcam malaysia dgn kerenah nya, besuk pm siam nak datang minta tulung kita kerjasama pakat2 tindas rakyat melayu petani. saya tak tahu pm kita baca ke sejarah kerajaan melayu petani? saya yakin banyak di kalangan kita tidak tahu bahwa orang petani adalah melayu jati,masih kuat dgn kemelayuan lebeh daripada kita.pada waktu yg sama lim kuan yew juga akan bertandang menziarahi kita. jadi dua pengapit akan mengepit kita.sedarilah pemimpim melayu kamu bertanggung jawab terhadap bangsakamu di dua negeri, kamu pemimpin umno yg bertangong terhadap kehilangan dua negeri di-utara dan selatan tanah melayu.

NAZIR said...

Dato'
Bagi saya, itulah padahnya apabila setiap kaum mempunyai partinya sendiri. UMNO = Melayu, MCA = Cina, MIC = India. Setiap kaum akan membela kaumnya sendiri. Maksud saya bukannya tidak baik membela bangsa sendiri tetapi, perasaan syak wasangka mereka terhadap bangsa lain itu perlu dihakis dalam diri.

Bagi saya Melayu, Cina, India, dan sebagainya tidak perlu takut tentang hak merekaDi Malaysia kerana sudah ada dalam perlembagaan.

www.kafesantai.blogspot.com

najmuddin said...

Apa jasa Lee Kuan Yew diterima mengadap YDP agung dan sultan sultan?

Jika beliau nak datang, datanglah sebagai rakyat biasa, beliau takda jasa apa apa pun di malaysia.

cmk said...

Salam Datuk,

Nampaknya bukan hanya Chin Peng, malah Lee Kuan Yew (LKY) pun ada kalangan kita yang haramkan pijak bumi Malaysia.

Pada saya, tiada masalah jika LKY nak lawat Malaysia sambil mengadap para pemimpin negara. Inilah masanya untuk para pemimpin kita 'basuh & belasah cukup-cukup' LKY secara berdepan. Ambil peluang ini dan 'sekolahkan' LKY agar dia insaf. Jangan pula LKY yang 'sekolahkan' para pemimpin kita.

Tapi hakikatnya, memang selama ini LKY sentiasa berjaya dalam permainan politik dengan Malaysia.

Semut Api said...

dato..

minta buat kajian mengenai jumlah MP atau ADUN cina dari pelbagai parti politik iaitu DAP, MCA, Gerakan, Parti di sarawak dan sabah... cuba semak jumlahnya berbanding mungkin 10, 20 atau 50 tahun dahulu... saja je buat kajian... saya tak ada capaian untuk data seperti ini...

malaysianforex said...

Perpaduan apa yang dirindukan...Kenapa tidak rindukan perpaduan Islam? Islam tidak mengira bangsa dan rupa. Islam melarang kita taksub kepada asabiah (semangat cintakan bangsa dan kaum yang berlebihan). Melayu rosak dan tidak berpadu disebabkan pemimpin yang ada tidak faham atau tidak mahu faham apa itu perpaduan sebenar yang dituntut oleh Islam. Yang pemimpin tahu hanyalah mempolitikkan bangsa. Ini yang membuatkan insan seperti saya bosan dan muak dengan pemimpin yang ada pada hari ini.

pakbelalang said...

We should have a Menteri Besar of Johore resembling the mind of Lee Kuan Yew if we want to compete with Singapore economically. A Menteri Besar whose vision is above LKY's mental capacity. A Menteri Besar who is not obsess with "ghazal" "joget zapin" and "kuda kepang" or makanan "mee rebus and mee bandung" !! kah, kah, kah !!

Kawan pun orang Mua"o", sepatah kata Dato' Johan Jaafar (orang Muao juga) hampir semua Menteri Besar Johore dari orang "Muao" tapi belum dapat melahirkan Menteri Besar bertaraf LKY lagi. Mungkin Razali Ibrahim , budak kampong saya Parit Jawa, the new and up coming potential Menteri Besar of Johore could do something better than the previous and current Menteri Besar.

Dato' dari Muao High kan? Kawan pun sama juga !!Deed Not Words !! kah, kah, kah !!