KUALA LUMPUR 15 Jun – Perdana Menteri menegaskan bahawa gagasan 1 Malaysia adalah amat berbeza daripada konsep asimilasi yang diamalkan di negara lain, di mana identiti kaum-kaum etnik dilenyapkan bagi digantikan dengan satu identiti nasional baru.
Datuk Seri Najib Tun Razak juga berkata, konsep gagasan tersebut juga jauh berbeza daripada konsep Malaysian Malaysia parti pembangkang yang tidak bertunjangkan kepada Perlembagaan Persekutuan. – (Utusan, 15.06.2009 1:10pm)
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0615&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_04.htm
Dalam pertemuan dengan PERKASA di pejabatnya di Putrajaya, Jumaat lalu, Najib menyatakan dengan setegas-tegasnya bahawa Gagasan 1 Malaysia tidak akan menjejaskan status pribumi Malaysia dalam Perlembagaan Persekutuan, sama ada secara yang tersurat atau yang tersirat. Katanya lagi, 1 Malaysia juga bukannya Malaysian Malaysia.
Konsep Malaysian Malaysia adalah ciptaan Lee Kuan Yew. Setelah Singapura diusir keluar dari Malaysia pada 9 Ogos 1965, Lee Kuan Yew dipetik oleh Utusan Zaman, 15 Ogos 1965, seperti berikut:
Mereka juga berpendapat mereka boleh memberhentikan Malaysian Malaysia daripada tercapai sekiranya Singapura keluar dari Malaysia.
Kenyataan ini seolah-olah memberikan mesej kepada pemimpin dan rakyat Malaysia, bahawa walaupun PAP sudah terkeluar dari Malaysia, konsep Malaysian Malaysia akan diteruskan oleh proksinya di negara ini.
Proksi tersebut adalah DAP. Hakikat ini ditegaskan oleh Dewan Masyarakat Februari 1975, seperti berikut:
Sebenarnya, pemisahan Singapura dari Malaysia pada 8 Ogos 1965 itu sama sekali tidak menamatkan kempen Malaysian Malaysia. DAP yang lahir sebagai “anak PAP” hasil daripada pemisahan itu terus memperjuangkan matlamat PAP itu. DAP pun menyuarakan tuntutan hak-hak yang sama untuk masyarakat bukan Melayu di Malaysia.
Malaysian Malaysia yang diilhamkan oleh Lee Kuan Yew bermakna bahawa negara dan negeri tidaklah diidentitikan dengan keutamaan dan faedah-faedah satu komuniti atau bangsa sahaja
Berikut adalah kenyataan Tun Tan Siew Sin, ketika memidas konsep Malaysian Malaysia seperti yang dilaporkan oleh Utusan Melayu, 8 Julai 1965:
Tun Tan Siew Sin mengingatkan rakyat, khasnya orang-orang Cina, supaya sentiasa berhati-hati terhadap tindak-tanduk segolongan orang-orang Cina di negara ini yang berpura-pura menjadi ‘juara’ orang-orang Cina dengan menyuarakan tentangan hak-hak istimewa orang-orang Melayu. Orang-orang ini, berpura-pura untuk memperjuangkan nasib Malaysia tetapi pada hakikatnya, mereka ini adalah berusaha hendak menghancurkan Malaysia bagi kepentingan mereka sendiri. Kita tidak mahu jaguh-jaguh seperti ini yang bertujuan semata-mata untuk menimbulkan kacau-bilau dan pecah-belah bukan sahaja di kalangan orang-orang Cina, tetapi juga Malaysia seluruhnya.
Ini pula laporan Berita Harian 16 April 1969 yang memetik kenyataan seorang lagi pemimpin MCA, Khaw Kai Boh, mengenai konsep Malaysian Malaysia seperti berikut:
Sikap DAP yang anti-Melayu dengan sendirinya akan merosakkan kepentingan seluruh orang Cina di masa depan. Kalau DAP meneruskan dasarnya yang anti-Melayu itu tidak syak lagi huru-hara dan pergaduhan kaum akan berlaku di negara ini. Walaupun DAP tidak berterus-terang menyatakan anti-Melayu, tetapi rakyat faham dasar perjuangannya hendak menghapuskan Raja-Raja, hak orang-orang Melayu dan kecamannya terhadap MARA.
Akhir sekali, ikutilah kenyataan bekas Presiden MCA, Datuk Lee San Choon, dalam Berita Harian 15 November 1982, juga mengenai Malaysian Malaysia seperti berikut:
DAP cuba mewujudkan perpecahan dan suasana yang tidak harmoni di antara kaum di negara ini menerusi perisytiharan “yang paling jahat” menentang dasar kerakyatan, kebudayaan dan Bahasa Malaysia. Saya tidak pernah terjumpa mana-mana parti lain seperti DAP yang begitu oportunistik dan tidak jujur dalam mengeksploitasi dasar kerajaan dalam bidang-bidang itu.
Berdasarkan kenyataan Najib mengenai 1 Malaysia serta kenyataan-kenyataan Tan Siew Sin, Khaw Kai Boh dan Lee San Choon yang membidas konsep Malaysian Malaysia, terbuktilah bahawa Gagasan 1 Malaysia bukannya sama dengan Konsep Malaysian Malaysia.
Maka, wajarlah kita semua bebaskan diri masing-masing daripada propaganda bahawa Gagasan 1 Malaysia adalah sinonim dengan Konsep Malaysian Malaysia. – Ruhanie Ahmad

11 comments:
Salam Datuk,
saya ada melihat dan mendengar bual bicara bersama Datuk di Astro Awani.Saya tertarik dengan perjalanan hidup Datuk tentang bagaimana Datuk terlibat dalam politik.
Tentang One Malaysia,secara peribadi saya rasa agak susah untuk merealisasikan hasrat sebegini selagi timbul syak wasangka antara satu kaum dengan kaum yang lain.
Perkara begini memang susah untuk dielakkan.Hanya mulut kata percaya tapi jauh di dasar hati masih ragu-ragu dengan keikhlasan pihak lain untuk bekerjasama.
Minta maaf jika Datuk rasa pandangan saya ini naif tapi inilah pandangan peribadi saya.
Salam Datuk,
Dah nak 52 tahun Malaysia Merdeka, perpaduan menjadi tunjang kemakmuran Negara kita. Kalau KPI menjadi ukuran YAB Perdana Menteri, apakah pencapaiannya setakat ini? Tak usah jauh fikiran kita melayang menyatakan perlu semua kaum bersatu, cuma bagi pihak kita perlu pergi ke asas dulu, dahulukan satu melayu.. 1Melayu yang hingga kini kita mimpikan supaya ianya berpadu... daulatkan bangsa ini semoga 1 Malaysia tidak akan menjadi cita cita yang tidak akan kesampaian...
Maaf Datuk...saya menulis ikut pandangan saya yang mungkin tak matang sejarah negara.
Secara mudahnya apakah dia Malaysian Malaysia yang hendak dilaksanakan oleh Lee Kuan Yew itu samalah seperti yang kita lihat di Singapura hari ini. LKY hanya dapat melaksanakan Malaysian Malaysia itu di Singapura sahaja.
Rasanya tidak teruk sangat konsep yang hendak beliau laksanakan. Mungkin masyarakat Melayu Singapura rasa macam sedikit terpinggir kerana mereka bukan merupakan golongan majoriti di sana. Apapun orang Melayu di sana hidup agak selesa juga malah ramai yang lebih kaya dari orang Melayu di Malaysia sendiri.
Kadang2 kita ini seperti takut dengan hantu yang kita reka sendiri.
We should have a Menteri Besar of Johore resembling Lee Kuan Yew's brain, if Johore state wants to compete with Singapore economically.
Johore must have a Menteri Besar whose vision is like LKY. A Menteri Besar who is NOT obsess with "ghazal" "joget zapin" and "kuda kepang" or makanan "mee rebus and mee bandung" !! kah, kah, kah !!
Kawan pun orang Muo, sepatah kata Dato' Johan Jaafar (orang Muao juga) hampir semua Menteri Besar Johore dari orang "Muo" tapi kawan ingin tambah MB dari Muo belum dapat melahirkan Menteri Besar bertaraf LKY lagi. Mungkin Razali Ibrahim , budak kampong kawan dari Parit Jawa, the new and up coming potential Menteri Besar of Johore could do something better than the previous and current Menteri Besars.
Di USA masih lagi diklassifikasikan African American , Chinese American , Korean American , Japanese American ,Italian American,dll DiMalaysia tetap china Malaysia ,india Malaysia ,dll
Mulakan dahulu dgn bahasa Malaysia , sekarang ini bahasa malysia adalah bahasa rojak dari pelbagai bahasa pertuturan dimalaysia...
Datuk,
Selagi negara masih mengamalkan sistem politik berparti mengikut kaum agar sukar untuk menjayakan hasrat 1Malaysia. Setiap kali ada pilihanraya timbullah isu bangsa dan bagaimana hendak kita wujudkan 1Malaysia. Perpaduan hanya wujud bila ada kepercayaan satu sama lain. Kini perkara yang diperuntukan pada perlembagaan untuk kuam bumiputera, sosial kontrak yang dipersetujui oleh perjuang-perjuang kemerdekaan dipersoalkan. Hanya orang Melayu yang banyak bertolak ansur tetapi lain-lainnya mendesak. Bilakah dapat kita warga Malaysia dapat hidup tanpa mempersoalkan hak-hak kaum lain?
1Malaysia...
1. Satu idea yang baik
2. Tidak akan berjaya selagi BN menjadikan perkauman sebagai satu cara untuk memenangi PRU.
3. Hanya hangat-hangat taik ayam, akan lenyap apabila merasakan rakyat telah bersama BN(kononnya).
Kadang-kadang saya melihat ada kontradiksi dalam konsep Satu Malaysia. Najib nampaknya mahukan Satu Malaysia tetapi tidak mahu melenyapkan identiti etnik. Jika demikian yang akan wujud saya kira ialah "Tiga Malaysia",
bukan Satu Malaysia.
Saya kira konsep Satu Malaysia hanya akan benar-benar menjadi kenyataan, jika kita bersedia melupakan identiti etnik kita masing-masing.
Jika tidak, konsep itu mungkin hanya menjadi impian dan slogan, dan saya tidak nampak ia akan menjadi kenyataan.
I strongly believe in the absolute monarchy system. We should revert to this old Malay traditional absolute monarchy rule.This is the only way to make this country stable and united.
Our parliamentary system is DEAD. Make no mistake about it. Lately, you observe some of the wakil rakyat really behave literally like "monyet". They are really haprak and HP6!! Dah bodoh stupid. They don't deserve to be called Yang Berhormat but calling Yang Bercawat more likely to suit them !!
Hanya orang yuang "bercawat" sahaja yang berperangai bagaikan "monyet".
This "unity government" talk is all RUBBISH!. It is all political rhethoric. At the end of the day nothing will happen at all for sure.
As usual the Malay leaders are still talking about politics even when they know that the rakyat are struggling to make ends meet with the current uncertainty in the economic front.
Tolonglah !! We have to move forward and act fast to put our economy back in the right footing. We shouldn't be wasting our resources to continue arguing about politics.
Daulat Tuanku !!
salam Datuk,
boleh Datuk terangkan serba sedikit mengenai syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian pemisahan singapura dan apakah impak perjanjian tersebut kepada malaysia sehingga kini
hey kuda-kepang.blogspot.com blogger discovered your site via yahoo but it was hard to find and I see you could have more visitors because there are not so many comments yet. I have found site which offer to dramatically increase traffic to your site http://xrumerservice.org they claim they managed to get close to 1000 visitors/day using their services you could also get lot more targeted traffic from search engines as you have now. I used their services and got significantly more visitors to my website. Hope this helps :) They offer google website ranking seo jobs backlinks backlinks google Take care. Jay
Post a Comment