Wednesday, April 23, 2008

Isu Pengganti Abdullah Badawi:
Mahathir Betul Atau Najib Salah?

Ruhanie Ahmad

Tun Dr Mahathir Mohamad dipetik oleh media tempatan sebagai berkata, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak harus jadi Perdana Menteri kerana tidak berani mendedahkan sebab sebenar kekalahan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) baru-baru ini.

Soalnya di sini ialah: adakah pendapat Mahathir menerusi kenyataan seperti di atas itu salah?

Sebagai reaksi, Najib pula dipetik oleh media perdana sebagai berkata, beliau bukannya pak turut, tidak berani, atau penakut. Sebaliknya, beliau “berpegang kepada prinsip bahawa cara yang terbaik ialah beliau melalui proses penyerahan kuasa yang tersusun dan terhormat.”

Maka, adakah pendirian Najib seperti yang tercermin menerusi kenyataan di atas itu benar?

Berasaskan dua persoalan di atas, rungkailah senario politik Malaysia di era pasca PRU12. Tanyalah diri sendiri soalan-soalan berikut:

Luar Biasa

Satu: Adakah kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri pada ketika ini didukung sepenuhnya oleh aspirasi rakyat menerusi PRU12?

Dua: Tidakkah keputusan PRU12 membawa maksud bahawa sokongan majoriti rakyat terhadap Abdullah ketika ini tidak sama seperti di era sesudah PRU11 dan sebelum PRU12?

Tiga: Adakah siasah BN ketika ini berada dalam keadaan biasa atau luar biasa?

Empat: Adakah status quo kekuasaan BN sesudah PRU12 masih tetap sama seperti di era sebelum PRU12?

Lima: Adakah BN dalam tempoh pasca PRU12 ini masih menguasai seluruh kerajaan negeri, melainkan Kelantan, seperti sesudah PRU11?

Enam: Bukankah BN dalam Dewan Rakyat pada ketika ini tidak lagi mempunyai majoriti yang besar, sebaliknya hanya memperolehi majoriti yang amat tipis?

Tujuh: Bukankah undi popular yang diperolehi BN menerusi PRU12 merosot secara drastik kepada 48 peratus sahaja sesudah 8 Mac 2008?

Darurat

Daripada rungkaian kepada seluruh persoalan di atas, terbuktilah BN hari ini bukannya BN semalam, senario politik hari ini bukannya senario empat tahun lalu, Abdullah hari ini tidak lagi menikmati keyakinan penuh rakyat jelata seperti di era sebelum dan sesudah PRU11.

Ini ertinya BN adalah dalam keadaan kritikal, terkepung, lemas dan perlu diperkasakan semula dengan seberapa segera.

Lebih tepat lagi, ini bererti BN yang seolah-olah berada dalam situasi darurat pada ketika ini mestilah segera diselamatkan. Dan, Najib adalah pemimpin yang dituntut mengetuai tugas dan tanggungjawab ini.

Jadi, jika kehadiran Abdullah selaku Perdana Menteri terbukti lebih menyukarkan usaha-usaha menyelamat dan memperkasakan BN, tidakkah sudah sampai masa dan ketikanya untuk Najib bertindak secara tegas, berani, decisive dan fokus untuk menggagaskan arah dan bentuk perjuangan yang pragmatik, menyeluruh, berkesan dan memanfaatkan agama, bangsa dan tanahair?

Prinsip

Lantas, Najib perlu tepuk dada dan tanya selera, kenapakah beliau enggan bertindak? Najib juga mesti bertanyakan dirinya sendiri, perlukah beliau terus berselindung di sebalik retorika yang beliau “berpegang kepada prinsip bahawa cara yang terbaik ialah untuk beliau melalui proses penyerahan kuasa yang tersusun dan terhormat”?

Rakyat jelata memang tidak pernah mempersoalkan sama ada Najib seorang pak turut, penakut atau tidak berani. Rakyat cuma menuntut Najib selaku orang nombor dua dalam kerajaan, BN dan UMNO, segera bertindak memberikan kepimpinan dalam situasi darurat pada ketika ini.

Keengganan Najib untuk bertindak bererti Najib memang memilih untuk “play safe.” Ini boleh juga ditakrifkan yang Najib seolah-olah tergamak membiarkan kerajaan, BN dan UMNO terus berada dalam keadaan lemah dan terumbang-ambing.

Jadi, bagaimana agaknya jika Najib yang dilihat sebagai asyik memilih jalan selamat dalam mencaturkan politik dirinya ini dijadikan penyebab rakyat jelata, khususnya warga UMNO, untuk menolak beliau bersama-sama dengan Abdullah keluar daripada gelanggang perjuangan siasah perdana tanahair?

Tidakkah Malaysia, BN dan UMNO akan kerugian? Tidakkah Najib sendiri akan tertutup peluang untuk jadi Perdana Menteri, Pengerusi BN dan Presiden UMNO?

Peralihan

Lantaran itu, Najib semestinya tergugah daripada mimpinya. Najib semestinya insaf bahawa kerajaan, BN dan UMNO memerlukan kepimpinannya untuk menyelamatkan segala-galanya demi agama, bangsa dan tanahair.

Lantaran itu juga, apa yang telah disuarakan oleh Mahathir adalah benar. Dan, Najib tersilap besar senandainya beliau terus beranggapan bahawa proses peralihan kuasa yang dijanjikan oleh Abdullah adalah cepat dan singkat.

Najib mempunyai pilihan dan Najib mempunyai peluang untuk menyelamatkan kerajaan, BN dan UMNO. Jika beliau enggan bertindak sekarang, peluang itu tidak akan menanti beliau buat selama-lamanya.

Insaflah. Kepimpinan Najib dinanti-nantikan oleh rakyat jelata pada ketika ini. Insaflah. Keberanian Najib menyelamatkan suasana pastinya akan disokong penuh oleh rakyat jelata yang kini memang terbukti sudah hilang keyakinan terhadap Abdullah.

Dalam keadaan darurat kita memerlukan seorang “Jebat” untuk memimpin perjuangan yang berhemah, bersopan-santun dan bijaksana. Tetapi, keadaan darurat juga mesti ditangani dengan mindset yang berlandaskan kepentingan serta survival agama, bangsa dan tanahair. Bukannya mindset dalam keadaan selesa demi kepentingan diri yang singkat dan sempit! – Disiarkan dalam tabloid Sinar Harian

41 comments:

mn said...

A.kum Datuk,

1. Dr. Mahathir adalah 'Mufti Besar' parti Umno.

2. Jika Mufti dah kata Datuk Najib tak layak jadi PM, maka betulah tu.

3. Dalam keadaan sekarang Datuk Najib nak bertindak macam mana. Adakah dia perlu ke rumah Pak Lah dan kunci pintu pagar supaya Pak Lah tak boleh keluar rumah? Nak tak nak dia kena tunggu jugalah 16-20 Dec 2008! Itu pun jika panjang umur Umno.

http://www.penyokong-kj.blogspot.com

Fikir Tajam said...

Salam hormat Datuk Ron,

Dalam kaedah penyelesaian masalah pendekatan tunggu dan lihat amatlah tidak sesuai dan pasif sekali. Bukalah mana-mana buku pengurusan baik daripada Edward de Bono, Lakatos, mahupun Peter Drucker.

Seorang pengurus/ketua yang baik dan bijak pasti tidak akan berjudi tentang masa. Faktor membuat keputusan yang cepat (quick decision) lagi berani (brave) dan bijak (smart) begiti mempengaruhi kelangsungan sesebuah entiti perniagaan mahupun organisasi.

Jika kita telusuri pemikiran para filsuf semenjak daripada zaman Yunani lagi hinggalah ke era kegemilangan saintis dan ilmuan Islam di Cordova, Andalusia (Sepanyol) pasti kita temui hujah dan bicara yang menyentuh secara langsung tentang perihal tindakan dalam suatu mandala masa yang singkat/suntuk. Kupaslah modus ponen, serta segenap segi berpencak mantiq yang dihuraikan oleh Socrates, Omar Khayyam, mahupun khazanah pemikiran emas tinggalan Raja Ali Haji dalam syaer 17 beliau - pasti kita temui akan kebenarannya.

Datuk Seri Najib ternyata bermain-main dengan faktur masa yang sememangnya diketahui khalayak tidak akan memihak beliau jika terus saja berpendirian 'defensive' dan 'passive' begitu. Rakyat terbanyak khususnya ahli-ahli UMNO sendiri tidak terungkap rasa dan terzahir kata akan perihal-laku DS Najib yang terlalu menyerah pada nuansa politik semasa di tangan Abdullah. Nasib kita, kitalah yang tentukan. jangan biarkan orang lain yang menentukannya!

Sebagai seorang yang pernah menjawat Menteri Pendidikan dan Menteri Pertahanan kami Rakyat amat tidak kesal sekali dengan sikap ketidakapa-apaan DS Najib dalam menangani kebejatan politik dan siasah negara semenjak 4 tahun kebelakangan ini. Bukalah mana-mana buku pedagogi dan ilmu pendidikan bagi meng'insan'kan manusia, pasti ditemui bahawa kepelbagaian pendekatan (approaches) dalam menangani kerencaman tabiat (trait) manusia/pelajar amat diperlukan dan dilaksanakan secara tuntas dan bijaksana. Adakalanya pendekatan psikologi dikira sesuai. Manakala ada sesetengah kasus (case) perlu ditangani dengan penuh tegas. Malah dalam ilmu pendidikan hubungan kekeluargaan Islam sendiri menyarankan yang suatu ketikanya kita perlu menggunakan rotan untuk membentuk akhlak dan adab isteri dan anak-anak kita. Tindakan ini mesti diambil daripada menularnya ketaktentuan sikap dan hala peribadi manusia.

Justeru apakah dengan bersikap tegar atas kononnya prinsip diri dan perjuangan maka DS Najib tergamak membiarkan kami Rakyat terus-terusan ditipu/diperlekehkan oleh para badut di seputar Abdullah? Lihat saja natijah daripada kedangkalan dan kedegilan DS Najib yang sebelumnya begitu mendapat kepercayaan dan sokongan ramai khususnya YB Tun Dr Mahathir akhirnya hilang rasa hormat/harapan massa.

DS Najib,
Renungkanlah! Bacalah syaer 17 Raja Ali Haji. Masuklah ke dalam diri..jauh-jauh..jauh...lalu bertanya.."apakah betul tindakan dan caraku ini?"

borhan said...

Najib bukanlah orangnya untuk menjadi PM. Dia lembek, penakut dan memilih jalan selamat. Orang Melayu tidak memerlukan orang seperti ini untuk memimpin mereka dalam era globisasi.saya harap ada pemimpin yang lebih tegas, kental jatidiri melayunya,tebal keislamannya dan tinggi maruahnya dapat nmenjadi pemimpin penganti AAB.saya rasa Muhiyiddin patut mengisi kekosongan ini....barulah orang seperti saya kembali kepada umno...

Unknown said...

Sebagai ahli UMNO terus terang saya katakan Dato Seri Najib tidak layak untuk menggantikan tempat Pak Lah.

Imej Najib tercemar. Ramai rakyat terpengaruh dengan tuduhan kononnya Najib terlibat dengan rasuah dan penglibatan Pengawal peribadinya juga turut terpalit kepada Najib.

Bagi kita ahli UMNO, kita boleh terima Najib tidak bersalah. Apa buktinya? melainkan mahkamah yang boleh putuskan bukan ahli yang menentukannya. Jika kita benar saman sahaja orang yang buat fitnah. Apa Najib berdiam diri kerana takut ?. Apa yang nak ditakutkan jika kita benar. " Berani kerana benar, takut kerana salah" ayuh samankan mereka.

Ada orang mengatakan jika Najib jadi PM, lebih teruk dari Pak Lah, oleh itu baiklah Pak Lah jadi PM. Sebagai penyokong UMNO dan ahli UMNO saya mencadangkan supaya YBM Tengku Razaliegh hendaklah dicalonkan untuk jawatan Presiden manakala YB TS Mahyudin dicalonkan untuk jawatan Timbalan Presiden.

UMNO boleh dimartabatkan kembali sekiranya Ku Li sebagai Perdana Menteri dan Mahyudin sebagai TPM.

straycat's strut said...

Timing is everything. And Time is what UMNO does not have. Any dumbo from kampong ulu will tell u that Badawi had overstayed and he must go. The sooner the better.

But the guy seems to be not only dumb but is also deaf to the rakyat's cries for his exit and too illiterate to understand the writing on the wall. Its just impossible for someone to be that dumb, deaf and illiterate UNLESS...

...we are the dumb ones? The longer he stays, the higher the possibility that UMNO will crumble and paves the way for DSAI and KJ... (Any comment Dato?)

Najib can hold on to loyalty and whatever "culture" he was talking about. Who wants to admit that he is a coward? There is always excuses.

I saw how TDM stood his ground on BBC hardtalk like he had always done before. That is what separates a man from the boys.

lamandau said...

Suatu persoalan yang amat relevan buat masa ini, Datuk. Kami ahli2 umno diperingkat bawahan juga ternanti2 bila 'jebat' dikalangan Umno akan menjelma ketika Umno sedang dalam keadan dharurat sedemikian rupa! Persoalan nya adakah ia DS Najib, atau pejuang lain yang akan tampil secara mendadak. Kalau diamati pergerakan DS Najib akhir2 ini tidak begitu meyakinkan untuk memnuhi ekspektasi kami sebagai penyelamat parti keramat kami! Beliau setakat ini hanya mengakur apa yang terkeluar dari mulut AAB, tidak kurang dan tidak lebih! Beliau nampaknya lebih selesa berada dalam zon penafian spt juga pemimpin2 Umno lain . Mungkin beliau dan lain2 pemimpin Umno yakin kepada 'stance' ini dan percaya Umno akan 'heal naturally'?

Sebenarnya Datuk sitkon (situasi dan kondisi) dewasa ini memerlukan seorang wira untuk menyelamat meruah UMNO dari terjerumus jauh kepada kehancuran. Saya rasa DS Najib bukan orangnya, mungkin konstrain2 tertentu yang menjadi penghadang bagi beliau bertindak secara lebih agresif. Pada mulanya saya tidak sedikit pun menaruh wasangka kemungkinan beliau terlibat dengan kes Altantuya yang perbicaraannya meleret2 sampai kita telah hilang minat!! Bagi saya 'seeing is believing". Kalau tiada bukti jangan kita simpan perangsangka terhadap sesiapa pun. Walaubagaimanapun, perkembangan mutakhir sekali lagi cuba mengaitkan DS Najib dengan kes ini membuat saya juga terpengaruh dengan insinuasi2 terhadap beliau kerana agak aneh juga Datuk, kes yang agak 'straight forward' memakan masa berbulan2. Persoalannya, adakah perjalanan kes ini dirancang sedemikian rupa agar dapat di jadikan sebagai suatu faktor untuk mengawal DS Najib agar tidak mengambil kesempatan menangguk di air keruh? "You fight me, I prolong the case and you'll be call to the stand " Begini lah kemungkinan dialog untuk mengecutkan DS Najib!!
Berkemungkinan juga DS Najib dibelanggu dengan masalah yang bolih dieksploitasikan olih orang lain, yang membuat beliau dilihat olih TDM sebagai penakut!

Kalau nak tunggu peralihan kuasa secara terhormat dan gentleman, bila? DS Najib ingat AAB senang2 nak serah kuasa , selagi kuncu2nya 'is not inplace and safe'!

DS Najib mungkin memilih untuk 'play safe' tetapi adakah pilihan ini "safe" dalam perkembangan terkini!! Sitkon untuk peralihan kuasa sudah ada , rakyat mahukan segera, adakah DS Najib masih skeptikal untuk bertindak? Mungkin Allah belum lagi berkenan!!!

Rafidi said...

Asmk...

Pak Lah didesak berundur demi kebertanggungjawabannya ke atas PRU12.
Apa kesalahannya? Adakah kerana ketidaktegasan dlm pentadbirannya, kelembapannya, campurtangan menantunya dan sebagainya ? Hampir tiada atau kurang complain daripada khalayak berkaitan korup atau sosialnya. tetapi bakal pengantinya bagaimana ?

Siapa pengantinya?
DS Najib : cuba semak persepsi masyarakat berkaitan komisen, persepsi berkaitan kes yg sedang dibicarakan, persepsi berkaitan kehidupan sosialnya dari muda hingga kini.

Ku Li : Team matenya ramai dah hilang. Kegemilangan dulu sukar diwujudkan kembali. Masanya sudah berlalu.

TS Muhyiddin : Paluan gendangnya sukar disambut kerana terlalu berkias. Mahu tapi malu (takut).

DS Anwar : Hancur, sebab terlalu rapuh dan barisan calon PKR yg ada kini main takat muat aje masa PRU dulu. Tak sangka boleh menang.

Kesimpulannya, inilah akibat daripada sistem pancung yang diamalkan dulu. Calon-calon yang berkaliber dan berkarisma dikuburkan sebelum sempat mempamerkan kehebatan. Masa kat IPT lagi dah ditampalkan mulut-mulut mereka. Tokoh-tokoh pejuang tulen yang ikhlas semuanya lari ke bidang selain politik sebab tak mahu bergelumbang dengan taktik kotor yang diamalkan. Orang yang ikhlas selalunya menjauhkan diri daripada unsur-unsur yang boleh menjuruskan kepada perselisihan dan pergaduhan. Tun DRM kata mereka ni pandai menyembunyikan kelemahan. Inilah corak pemimpin kita pada masa hadapan.

Letting the time pass me by said...

Assalamualaikum Datuk,

Dengan harga minyak yang melambung saya rasa kebanyakan rakyat akan lebih risau pasal periuk nasi drp risau pasal politik...

Dari segi post election, BN seolah-olah tak buat apa-apa pun. Mungkin mood rakyak memang mahu perubahan diperingkat tertinggi, tetapi ini takkan berlaku dalam jangka waktu terdekat...

Jika sebelum PRU, mungkin UMNO ade sebab yang kuat untuk berdiri 100% dibelakang Pak Lah,tetapi dengan kemerosotan teruk ini,apa UMNO mahu terus tenggelam?

Kenapa mahu mencari alasan dicelah batu kalau sebab-sebab kekalahan tersebut dah terpampang didepan mata dan amat nyata...

Bagi saya, pemimpin UMNO yang ada agak sukar untuk mendapatkan kembali keyakinan Rakyat...

Orang Melayu kini sudah ada pejuang baru, sudah ada Dato' Seri Mohamad Nizar dan Ustaz Azizan disamping Tuan Guru Nik Aziz. Selangor pula sudah ade Tan Sri MB yang baru....

Apa Melayu perlu risau, DAP menang besar di Perak, tetapi MB masih orang Melayu...

Saya tak nampak pemimpin UMNO yang ade sekarang mampu memikat semula Melayu... Dengan keadaan ekonomi yang sukar,orang Melayu rasanya tidak akan terpengaruh lagi dgn umpan kekayaan yang hanya berlegar dikalangan pemimpin tertentu..

Jika UMNO mahu bersaing semula menjadi pejuang Melayu, saya rasa UMNO perlu proses revamp yang menyeluruh.....

PELADANG said...

Aku rasa umno ni dah masuk stok group bengap.Apa susah buang saja semua , pilih jelah sharir samad ke,muhammad hassan ke , khir toyo ke, zahid hamidi atau lain-lain lagi.Tak kkan pusing-pusing stok berkulat tu je dipilih dari datuk sampai ke cucu.Umno ni agaknya tak reti demokratik kot.Melinium ni orang tak tengok lagi dah keturunan , orang cari pemimpin yang berAKHLAK dan boleh bekerja untuk rakyat.Kuda kepang pun sama tak ada orang lain ke dlm otak tu layak jadi PM.Suruh Najib jadi Jebatlah (Musang berjanggut bolehlah).Balik2 suruh orang yang sama .Aku letih tengoklah,cerita harian ttg negara dah tak peduli,asyik sapa nak ganti sapa.Letih...letih...letih.PRU 13 nanti orang tak pilih UMNO jangan salahkan orang kampung.

rahin said...

Najid sepatutnya memikirkan masa depan politiknya .Dalam situasi sekarang Najid kena cermat mengatur langkah dan tangkas bertindak.Masa depan politik Najid untuk kepuncak tidak akan kesampaian sekiranya salah percaturan.Jika betul Najid hanya mengharapkan Paklah memberi laluan selepas Pemilihan Desember nanti berkemungkinan besar najid akan berputih mata.Apa akan jadi jika Najid hanya mepertahankan jawatan timbalan presiden dan dapat mengekalkan jawatanya itu manakala Paklah pertahankan jawatannya tapi mengalami kekalahan?.Apa akan jadi!.Suasana dalaman politik UMNO hari ini agak tidak menentu dimana sekiranya ada calun yang berkelibar yang akan menentang Paklah dalam pemilihan jawatan presiden nanti mungkin akan mendapat sokongan dan peluang untuk menang agak besar.Ramai berpendapat sekiranya laluan diberikan kepada najid lebih awal dengan Pak lah mengundurkan diri tanpa menpertahankan jawatan presiden peluang untuk najid menang jawatan presiden amat cerah dan mungkin tidak ada yang mencabarnya.Najid harus memikirkan kemungkinan ini bolih berlaku renugkanlah!!.

Orang biasa said...

salam Datuk,

Saya kira TDM betul dlm kenyataannya.
Masih berkira pasal hormat sedangkan UMNO semakin hilang kehormatannya..

Apa masalah DS Najib sebenarnya???
Tiada sokongan dlm UMNO? Diugut? Merasakan tiada kredibiliti??

Kalau lihat suasana sekarang... barah dlm UMNO makin parah.. masih lagi cakap segan silu.. masih guna media utk tukar cerita... exit plan dilihat bukan utk pulihkan UMNO tp jalan keluar/lepas diri oleh org yg merosakkan UMNO..dgn selesanya...tak ada kes yg tak tertutup... ahli umno bagai dah tak ada jawapan kepada tuduhan ahli lawan bahawa sanya pemimpin UMNO kaki rasuah...ibarat menanggung bangkai tapi menidakkan bila org lain terbau busuknya...

Najib pastinya terbeban dgn tugas yg amat berat jika ambil alih kuasa...kerosakan yg amat teruk mesti dibaiki..tak dapat rawat Kelantan, penyakit UMNO lebih parah utk diubati..mampukah dia dgn identitinya juga menjadi bualan rakyat...memang dia terpaksa fikir diri sendiri dulu..dah safe baru fikir pasal umno/melayu...

Pemuda Pelapis said...

Salam Dato',

Ini tugas penting yang perlu disegerakan dan bukan masanya lagi untuk dipandang "lekeh" jika benar Najib mahu bertanggungjawab.

Walau bagaimana pun, Najib cuma perlu menjadi sandaran sementara sahaja dalam tempoh peralihan kuasa dan kemudiannya kena akur kepada kehendak majoriti rakyat untuk memberi laluan kepada generasi baru disebabkan rakyat tidak nampak Umno dan BN mampu dipulihkan walaupun Najib naik takhta.

Kita semua tahu Najib adalah pemimpin yang banyak "skandal" dan demi mengukuhkan perjuangan, Najib bukan orangnya yang layak memikul tanggungjawab sebagai Presiden parti dan juga Perdana Menteri jika berpandukan kehendak situasi semasa yang sebenarnya.

Setiap patah ungkapan Tun Dr Mahathir dan setiap kali beliau bersuara, pasti ada sebab musababnya kerana mantan Perdana Menteri kita lebih mengenali siapa Najib yang sebenarnya. Luar dan dalam tentang Najib, ada dalam poket Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sehubungan dengan ulasan saya ini, saya ingin memperbetulkan sedikit kenyataan Dato' berikut ini:

"Rakyat jelata memang tidak pernah mempersoalkan sama ada Najib seorang pak turut, penakut atau tidak berani. Rakyat cuma menuntut Najib selaku orang nombor dua dalam kerajaan, BN dan UMNO, segera bertindak memberikan kepimpinan dalam situasi darurat pada ketika ini"

Minta maaf Dato', mungkin Dato' ada tertinggal sedikit berita-berita semasa kerana soal Najib sebagai "Pak Turut" atau "Yes Man" dah banyak kali juga Tun Dr Mahathir serta rakyat buka mulut, termasuklah saya sendiri.

Dato' boleh merujuk artikel penulisan saya di sini yang mengaitkan Najib secara langsung atau secara tidak langsung untuk membawa kita sama-sama berfikir di mana Najib?:

RUJUKAN PERTAMA - PEMUDA PELAPIS

RUJUKAN KEDUA - PEMUDA PELAPIS

RUJUKAN KETIGA - PEMUDA PELAPIS

RUJUKAN KEEMPAT - PEMUDA PELAPIS

RUJUKAN KELIMA - PEMUDA PELAPIS

Minta maaf sekali lagi Dato' kerana saya lebih suka berterus-terang dan juga bersikap lebih terbuka. Semoga bahan-bahan penulisan kita turut dapat dikongsikan bersama.

Wassalam!

PEMUDA PELAPIS - PEWARIS PERJUANGAN BANGSA

Madam Yana said...

Salam...Datuk.
Rasanya tak perlu Najib menggantikan Pak Lah kerana Umno sudah ketandusan pemimpin yang bersih. Apalah bezanya Najib dengan Pak Lah.Rakyat tau siapa di belakang kes Altantuya. Bukankah dulu Najib pernah digosipkan dengan artis wanita terkenal.Cukuplah sifat hidung belang Najib. Saya dapat gambarkan jika Najib menjadi PM, tentu adik2nya pula "berkuasa". Siapa tak kenal bos CIMB dan suami Nurjuma?! Ini belum ditambah dengan Puan Nyonya Mansur lagi. Rasanya datuk pun tau... Cukup2lah pemimpin UMNO mengaut kekayaan di bumi ini...
Daripada -MamaGlam-

Hawaii five -O said...

salam semua

sebenarnya UMNO sendiri telah mendidik ahli2 sendiri untuk patuh kepada pemimpin, umpama hang tuah, patuh setia biar pun tidak benar,

sindrom ini telah lama wujud, yang mana nak berkokok dah kena sembelih, kena masuk penjara tanpa sebab.

Banyak akta dan undang2 digunakan untuk menutup mulut bagi mereka yang nak jadi hang tuah....

sebab itulah dari dulu lagi UMNO sebenarnya telah menyekat suara ahli2nya sendiri bagi mengekalkan kuasa pembesar2 UMNO.

mungkin Datuk Ron boleh berkongsi pengalaman semasa berkuasa dahulu jika tidak keberatan

salam

tipulagi said...

Satu kesimpulan mudah yang boleh dibuat oleh Rakyat Malaysia adalah Najib memang "play safe". Dengan ini memang terbukti dia mempunyai liabiliti untuk dibawa jika dia memilih untuk menentang Dolah. Dan dia juga terlalu takut untuk menjadi Jebat kerana kisah Jebat akhirnya memakan diri sendiri.

http://tipulagi.blogspot.com

Money4Free said...

APABILA POLITIK DIJADIKAN KERJAYA(SUMBER PENDAPATAN)

Semua harus mengakui hakikat, bahawa sistem politik di Malaysia terutamanya yang berkaitan dengan BN telah menghampiri secara perlahan lahan zaman keruntuhan.Ini kerana roh politik itu sendiri telah dicemari dengan sifat tamak dan haloba sebagai satu cara nombor wahid untuk menjana pendapatan dan kemewahan diri dan keluarga.
Politik yang sepatutnya bersih, telah dikotori oleh sifat tamak sebahagian besar dari poliTIKUS yang mendukung sistem politik.

Maka tidak hairanlah, segala macam laungan yang dilaungkan oleh poliTIKUS, hanya bersifat retorik semata.

Amat ketara sekali perbezaan yang terdapat diantara poliTIKUS di era sekarang, jika dibandingkan dengan politikus era dahulu.Ketulinan perjuangan yang dibawa oleh politikus dahulu, selari dengan apa yang mereka laung dan slogankan dengan segala perbuatan yang mereka lakukan.
Ini amat berbeza sekali dengan poliTIKUS zaman sekarang, dimana slogan dan laungan amat berbeza dengan tingkah laku dan perbuatan mereka.Sifat sifat ini amat ketara sekali di kalangan poliTIKUS yang mendukung kepimpinan BN.

Amat malang sekali, kerana sebahagian besar yang melanggar etika politik, adalah orang melayu yang menurut perlembagaan Malaysia adalah beragama Islam.Sejujurnya, adakah poliTIKUS Umno ini tidak mempelajari Islam dan mempraktikkan cara cara dan etika politik di dalam Islam? Sedangkan terlalu banyak contoh contoh pemimpin Islam dan cara cara poltik Islam yang boleh dikaji dan diamalkan untuk memastikan kesinambungan dan kemurnian politik itu dapat dipertahankan, dimana hasil dari kemurnian sistem poltik yang bersih dan indah dapat dinikmati oleh seluruh rakyat jelata tanpa mengira warna kulit dan bangsa.
Saya berpendapat dan menyakini bahawa sesiapa jua yang berminat untuk menceburkan diri didalam politik hendaklah menjauhkan diri mereka dari menjadi seorang peniaga atau usahawan.Usahawan dan ahli politik hendaklah dipisahkan sejauh yang mungkin untuk memastikan satu sistem politik yang murni dapat dilaksanakan di bumi Malaysia ini.Satu mekanisme yang jitu hendaklah dicari dan digunapakai supaya Malaysia dapat meyakinkan dan menjadi contoh kepada seluruh dunia.

Sekian.

BudakJB said...

Assalamualaikum Datuk,

Senario 1:
Lihatlah apa yang terjadi kepada Gerakan, apabila bekas timbalan setiausaha agong Gerakan, Datuk Lee Kah Choon, dengan rela hati keluar dari Gerakan, dek kerana jawatan di dalam satu syarikat milik kerajaan negeri.

Senario 2:
Lihatlah apa yang terjadi, apabila Anwar Ibrahim, sentiasa mewar-warkan bahawa tak kurang 30 MP Barisan Nasional akan melompat ke Pakatan Rakyat!.

Kesimpulan:
Tak mustahil senario 2 akan berlaku, terutama kepada MP bukan UMNO, apabila dijanjikan jawatan serta pangkat, mungkin menteri kabinet, apabila didepan mata sendiri, senario 1, telah berlaku. Apakah telah nazak nanti barulah Pak Lah (yang mengikut Mat Taib, mendapat sokongan majoriti Rakyat Malaysia untuk menjadi PM) akan terkapar-kapar memberikan tampok pemerintahan kepada yang layak?

Pak Lah sememangnya tiada pendirian. Semuanya diharapkan kepada penasihat-penasihat (4th floor kids), serta anak dan menantu. Because of that, jangan harapkan beliau akan letak jawatan dalam masa yang terdekat (kerana mereka-mereka ini masih tak puas hidup dengan kuasa!)

Anak Muda Johor said...

Salam hormat,

Mungkin Najib lebih selesa 'play safe' kerana berasa sudah terjamin untuk menjadi PM seterusnya, atau mungkin kerana berasa tidak kukuh kedudukannya?

Namun kita berbangga Muhyiddin telah berani bersuara sedikit sebanyak, juga tahniah buat Umno Batu Pahat kerana mengadakan EGM kedua selepas Gua Musang. Semoga suara akar umbi kembali berkumandamng untuk menentukan perjalanan Umno.

Berita dari gunung said...

Wajar, sekali sekala, kita jengah sejarah politik Najib dalam kemelut kepimpinan kini. Pada usia yang sangat muda, 23 tahun, Najib sudah menjadi Ahli Parlimen. Kini dengan usia 55 tahun, Najib bukan orang baru dalam politik negara.

Ketika berumur 32 tahun Najib sudah mula menimba pengalaman disebalik perlantikan portfolio menteri. Kini Najib berjawatan Timbalan Perdana Menteri.

Najib diuji pada tahun 1987, apabila beliau perlu memilih Team A atau Team B. Beliau menunggu hingga kesaat saat akhir sebelum memutuskan untuk menyokong kepimpinan semasa iaitu Dr Mahathir. Najib dan penyokongnya dilihat sebagai penyelamat kepada Dr Mahathir.

Ada orang berkata bahawa Najib main selamat (play safe). Tetapi ada juga yang melihat Najib sebagai orang yang sentiasa setia kepada kepimpinan semasa. Najib tidak dikenali sebagai orang yang menyimpan pisau belati dalam poket untuk menikam curi. Najib, adalah orang yang selalunya boleh diharap.

Selepas 20 tahun, Najib akan diuji sekali lagi. Bila beliau menyatakan bahawa beliau suka peralihan kuasa yang tersusun dan terhormat Najib memperlihatkan keunggulannya. A real gentleman. A real statesman.

Cuma kemelut hari ini jauh berbeza dari dulu. Dulu orang berebut jawatan. Kini kapal UMNO telah bocor dan hampir karam. Ramai orang percaya nakhoda kapal sudah tidak terdaya lagi, dan nakhoda baru sangat-sangat diperlukan.

Semua orang boleh karam sekali dengan kapal bocor, atau Najib secara berhemah mengambil alih tugas nakhoda. Rakyat Malaysia boleh faham dan tidak akan menuduh Najib sebagai pembelot atau belati dalam lipatan. Najib nescaya akan dikenang sebagai Negarawan Ulung, menyelamat kapal yang hampir karam.

Mengenali Najib berpuluh-puluh tahun, kita tahu beliau adalah pemimpin yang baik dan pintar. Tetapi kalaulah ada tali yang mengikat Najib dari bebas kedepan, itu tidak ramai yang tahu. Kita sekadar mampu meneka-neka saja.

Terima kasih

Syahrulmanan said...

Apa komen tentang Datuk Seri Anwar Ibrahim, rakyat dah bersedia menerima beliau jadi PM seterusnya?

Hamidi Lokman said...

Dalam UMNO sekarang siapakah yang layak untuk menggantikan Pak Lah jika beliau berundur, buat masa sekarang pilihan yang ada cumalah najib. Namun ada sesetengah pemerhati berpendapat bahawa najib akan dibebani oleh isu rosmah apabila beliau menjadi PM kelak. sama seperti pak lah yang dibebani oleh isu KJ. Ini hanyalah pendapat saya sahaja

zack said...

Monday, April 21, 2008
Forgive and forgivenes dalam isu ACA untuk siapa?
Perkembangan mutaakhir isu politik, ekonomi, sosial dan negara menarik minat pelabagai pihak. Dari Perlis sampailah ke wilayah Persekutuan Labuan. Terkini dari pengutip besi buruk dan kertas terpakai sampailah kepada tokoh korporat, intelek, politikus dan hampir seluruh rakyat malaysia amat tertarik dengan apa jua isu terkini pentadbiran dan politik negara. Perkembangan yang sihat bila rakyat tidak lagi berada dibawah tempurung UMNO yang meredhakan jiwa dan raga untuk diperintah sesuka hati oleh kerajaan BN.

Buletin TV3 21 April 2004 melapurkan Pak Lah berkata ACA (BPR) akan diletakkan di bawah satu suruhanjaya bebas bukan lagi di bawah SPA. Komen dari tokoh akademik dan korporat sempat dirakam dan dilapurkan. Antara komen yang menarik adalah dari tokoh korporat perbankan terkenal Datuk Nazir Tun Razak. Saya tidak pasti apakah rujukan yang kebetulan kepadanya atau sebagai backing atau sebagai maklumat intelek. Beliau memberi contoh kontroversi sebagai rujukan anti rasuah yang ditangani cara Hong Kong dan Singapura untuk diikuti Malaysia.

Sejarah negara bebeza. Hong Kong yang dipajak dari China berada dibawah penjajahan British sehingga tahun1997. Sebagai contoh kisah benar sejarah Lee Rock salah seorang ketua Polis di Hong Kong yang difilemkan boleh menjelaskan kepada kita betapa suasana rasuah di Hong Kong ketika itu. Kebanyakan polis Hong Kong ketika itu menaungi kongosi gelap dan maksiat. Dengan kebijaksanaan Lee Rock dari anggota polis biasa dia dinaikkan pangkat kepada salah seorang pegawai Polis Hong Kong. Banyak kumpulan kongsi gelap dapat dikawalnya. Rasuah bermaharajalela ketika itu. Lee Rock menjadi Ketua Polis yang sangat kaya dan berpengaruh hasil dari sumber wang haram(wang perlindungan dan rasuah) yang dikongsi hampir keseluruhan anggota polis. Sehinggakan ada anggota polis sendiri dan kongsi gelap sanggup bergelandangan kerana mempertahankan Lee Rock yang menghalal dan mengawal aktiviti kongsi gelap. Tidak kurang juga persaingan dalaman sesama polis untuk menguasai kawalan ke atas kongsi gelap yang menguntungkan.

Apabila Pentadbiran Hong Kong semakin moden, berpengaruh dan kuat, anti pencegahan rasuah (ICAC) dikuatkuasakan pada tahun1974. Ramai ditangkap, diturunkan pangkat dan dinasihatkan berhenti. Ada juga rekod kesalahan dipadam dan pelakunya dimaafkan. Lee Rock sendiri telah bersara dan terlepas dari sebarang hukuman dan dikhabarkan berhijrah ke Kanada. Ini berlaku pada lewat tahun 60 an dan awal 70 an . Jika tindakan diambil ke atas korup yang terancang, ia akan memenjarakan hampir keseluruhan anggota polis dan sebahagian besar pentadbiran awamnya. Kepada sesiapa sahaja yang berkidmat di dalam perkhidmatan penjajah seperti di Hong Kong walau sedikit sebanyak pasti ada semangat kebangsaan. Ia tidak seratus peratus menguatkuasakan peraturan dengan menekan rakyat sendiri. Ini kerana perkhidmatan awam zaman penjajah berikrar taat setia bukan kepada bangsa dan tanahair tetapi kepada Queen of England. Segala hasil mahsyul Hong Kong adalah hasil negara England. Sudah pasti selain ketamakan dengan mengamalkan rasuah, ia juga bersifat menolong anak bangsa dan pentingkan sendiri sendiri. Walau matlamat tidak pernah menghalalkan cara.

Jika hendak dibandingkan senario Malaysia yang merdeka pada 1957, iannya amat berbeza. Pada awalnya pentadbiran negara dibantu oleh pegawai British. Sehinggalah melepasi tahap berdikari. Negara ditadbir oleh anak watan yang berkhidmat untuk agama, nusa dan bangsa.

Malaysia juga berdepan dengan isu rasuah yang meliputi orang awam, anggota penguatkuasa, pentadbiran awam dan rasuah politik serta pilihanraya.. Ketamakan berlaku sehingga sehingga halal dan haram tidak diperdulikan lagi. Sebarang salah laku korup untuk termolok sendiri, penyokong, pak turut dan sebagai modal untuk kaya. Rasuah juga boleh digunakan sebagai perangkap untuk meluaskan pengaruh dan kuasa yang akan membeli apa sahaja. Bila tidak bersih senanglah teluq dipegang orang (sebab itu ada ayat sinis jawatan menteri kabinet disyaratkan untuk yang tidak bersih sahaja layak satu ketika dulu). Oleh itu sebarang salah laku korup atas angin, atau bawah karpet tidak boleh dilepaskan begitu sahaja. Dalam erti kata lain apakah wajar forgive and forgivenes begitu sahaja. Mungkin jika diambil kira dari projek bantuan nak repair bumbung atau nak buat jamban oleh kerajaan sampailah ke projek mega ada diantaranya yang perlu disemak semula kerana ada sebahagiannya ketelusan sentiasa diperkatakan. Projek bangunan membina pejabat kerajaan yang banyak dan kerap runtuh bumbungnya, lebuhraya MRR 2yang retak kontraktor dilepaskan tanpa tindakan sebaliknya contra projek kononnya untuk tampung kos repair yang meragukan banyak pihak. Isu permit teksi beratus -ratus kepada sesebuah syarikat,saham untuk anak menantu, permit bas awam terlampau banyak kepada sesuatu syarikat, syarat tanah kerajaan buat istana peribadi, projek Klang, pembelian senjata untuk pertahanan negara terlampau mahal, kos projek pembinaan kerajaan yang meningkat mendadak berbanding kontrak asal, Perwaja dan macam-macam lagi.

Ada sedikit benarnya korup perlu forgive and forgiveness ini. Ada yang bersalah korup makan seorang dan nak lepas diri. Ada yang kongsi dan ada yang makan ramai-ramai serta ada yang terbudaya begitu kerana ikutan. Wang ditabur untuk membelai dan meraih pengikut untuk kekal ber kuasa secara tunggal dalam berpolitik dan memerintah negara . Adakah mereka yang terdorong kerana budaya khalayak perlu juga dihukum? Atau apakah memilih mangsa bilis sahaja dan melepaskan jerung dengan ada yang forgive and forgiveness.

Sebenarnya dalam kontek Malaysia siapakah yang terpilih atau tersenarai untuk forgive and forgiveness seperti yang dimaksudkan oleh Datuk Nazir di dalam mencontohi Hong Kong. Kita boleh bersetuju dengan cara-cara suruhanjaya anti rasuah di Hong kong dan Singapura yang terbukti berkesan tetapi bukannya fogive and forgiveness dengan melepaskan jerung yang besar begitu sahaja. Derita rakyat dengan kos sara hidup yang tinggi, hak yang dimanipulasi dalam keadaan ekonomi Negara lembab harus ditangani segera. Hapuskan RASUAH!

Posted by zack at 5:48 AM 0 comments Links to this post
www.survivalperjuangan.blogspot.com

Awang Degong said...

Salam Datuk,

Analisis saya mudah saja kalau kita tak berubah kita akan jadi dinasur...pupus. Dinasur pupus kerana tamak, satu ekor dinasor mahu makan 1 ekar tumbuhan setiap hari walaupun makhluk itu bertambah biak setiap hari sehingga sampai ketika sanggup makan makhluk sejenis. Biawak masih wujud sehingga kini kerana haiwan ini sanggup berubah, makan apa yang ada untuk terus hidup sebab ia pikir haiwan lain pun mahu hidup juga. Tapi kalau AAB hendak semua apa yang boleh jadi duit hingga sanggup meletakkan sebuah agensi kerajaan di bawah sebuah agensi swasta untuk urus sijil halal maka kita tunggu dan lihat sajalah apa yang akan terjadi...

Unknown said...

Lalu saya kupaskan kepada mereka satu persatu dengan jelas dan terperinci.

Di artikal yang ringkas ini saya perturunkan tafsiran saya mengenai "Teori RAHMAN" menurut pandangan saya untuk memperkuatkan semangat semua rakan-rakan reformis dan seluruh rakyat Malaysia yang mahu "Tumbangkan kezaliman tegakkan keadilan mempertahankan kebenaran" bahawa kita semakin hampir kepada kejayaan dan kemenangan.

APAKAH TAFSIRAN SAYA? Sila ikuti selanjutnya...

Cara mereka (orang UMNO) mentafsir 'RAHMAN' menggunakan huruf-huruf roman sedangkan 'RAHMAN' adalah bahasa Arab dan merupakan perkataan dalam Al-Quran. Ternyata sudah bahawa orang-orang UMNO ini amat buta dalam agama. Mana bisa satu kalimah Al-Quran bertulisan Arab diterjemah dalam tulisan rumi. Memang manusia di dalam UMNO adalah jenis manusia yang mengabaikan Al-Quran.

"RAHMAN" bukanlah ejaannya R.A.H.M.A.N tetapi di ambil sepenuhnya "AR-RAHMAN". Ia adalah bahasa Al-Quran, kalimah Allah swt maka mestilah ejaan Arabnya ialah "Alif", "Lam", "Ra", "Ha", "Mim", "Nun".

Lihat mana ada huruf "Alif" selepas "Mim". Jadi Abdullah Ahmad Badawi janganlah berangan-angan menjadi Perdana Menteri selepas Mahathir. Kalau pun awak jadi PM hanya seketika, kerana kamu tidak layak kerana "Alif" lain yang lebih layak menurut tafsiran Liang Lahad. Kamu cuma sekadar mengisi "kekosongan" sementara "Alif" lain mempersiapkan diri menjadi PM yang sebenarnya.

Rahman bererti "Pemurah" dan sememangnya negara kita lahir dari sifat Pemurah Allah swt. Kita menikmati kemewahan, kemakmuran, kekayaan, kekuasan adalah disebabkan oleh sifat Rahman Allah swt kepada hambanya.

Huruf-huruf Ar-RAHMAN untuk pemimpin UMNO seperti berikut, "Alif", "Lam" "Ra" adalah untuk dua orang Abd Rahman dan Abd Razak, "Ha" nama Hussein dan "Mim" nama Mahathir. "Nun" tidak ada nama bagi sesiapa pun selepas Mahathir. Kenapa pula? kerana "Nun" ianya bermakna "NAZAK". Iaitu UMNO yang sebelum ini diterajui oleh pemimpinnya sebagai pemerintah negara ini sudah NAZAK. Ia juga membawa makna 'tenat'. Umno menjadi tenat dan kemudiannya UMNO akan "MATI".

UMNO bukanlah seperti yang dislogankan oleh pengikutnya "dulu, kini dan selamanya". Bagi hamba Allah yang memahami Tauhid dan kejadian makhluk maka sudah cukup yakin UMNO adalah bersifat 'baharu' seperti kita juga. UMNO bukan 'qodim'. Setiap yang bersifat baharu sudah pasti ada awal dan ada akhirnya. Kata-kata di dalam sebuah kitab lama "Awal bermulanya kita, TIADA, khudrat Allah swt menjadikan, ADA, tetapi akhirnya TIADA. Kita inilah yang tiada. Maka Allah swt jualah yang ada."

Oleh itu kalimah "UMNO: Dulu, Kini dan Selamanya)" itu adalah sesuatu tanggapan bahawa UMNO bersifat "Qodim" dan ini bertentangan dengan ajaran Islam yang mengatakan hanya Allah swt sahaja yang bersifat Qodim. Kalimah slogan UMNO ini sudah cukup menjadikan orang syirikkan Allah swt. Oleh itu apabila kita berjumpa orang-orang UMNO yang mengatakan atau lekatkan sticker "UMNO: Dulu kini dan Selamanya". Yakinlah secara tidak sedar mereka telah mensekutukan Allah swt.

Dosa yang tidak diampunkan oleh Allah swt adalah dosa orang yang mensyirikkanNya.

Oleh kerana UMNO bersifat 'baharu' maka dia pastinya akan musnah. Berbalik kepada teori "rahman" ini iaitu selepas "Mim" maka "Nun" akan menjelma yang membawa maksud NAZAK. Memandangkan keadaan terkini, UMNO hari ini memang nyata UMNO cukup NAZAK. Maka tidak mustahil setiap yang nazak pasti akan mati.

Habis selepas UMNO siapa pula akan ambil alih negara ini?

Ar-Rahman adalah sifat 'Pemurah' Allah swt yang Maha Agong, Maha Kaya, Maha Bijaksana lagi Maha Perencana yang Terbaik. Atas sifat Ar-Rahman inilah maka kita dikurniakan oleh Allah swt dengan rezki yang melimpah, kemakmuran, kekayaan, kesenangan, kesihatan, kejayaan dan lain-lain lagi. Anugerah yang kita terima ini disalurkan oleh Allah swt kerana tiga pemimpin yang terdahulu yang menaburkan benih dan menanam usaha yang murni.

Tunku Abdul Rahman membuat pelantar atau 'tapak usaha' bagi penggantinya memulakan benih-benih kemakmuran dan kejayaan. Kemudiannya Tun Abdul Razak sebagai pengganti mengusahakan benih kejayaan atas nama pembangunan negara. Tanah-tanah baru diteroka dan ditanam dengan berbagai tanaman 'bumi hijau', perut bumi dikaji untuk diketahui isi khazanahnya, laut diselami untuk menggeledah kekayaannya dan berbagai lagi. Impian Tun Razak hanya satu iaitu supaya rakyat mendapat manfaatnya.

Ketika Datuk Hussein Onn mengambil alih teraju negara segala 'benih kejayaan' yang ditinggalkan oleh Tun Razak belum lagi berbuah dengan lebat. Kalau ada pun hasilnya baru sekadar berbunga dan berputik. Hasil dari 'benih kejayaan' yang ditinggalkan oleh Tun Razak tidak sempat dipetik oleh Datuk Hussein Onn kerana dia meletakkan jawatan akibat tekanan Timbalannya.

Ini seumpama nenek yang menanam di dusun durian. Dia dan anaknya tidak sempat memakan dan memetik hasil tetapi sebaliknya cucunya yang akan puas memakan buahnya, menjual berbakul-bakul dan akhirnya hidup bermewah.

Maka begitu jugalah dengan Mahathir. Dia tidak payah berusaha keras. Apabila sahaja dia memegang teraju pemerintahan segala 'benih-benih kejayaan' yang diusahakan oleh Tun Razak telah membuahkan hasil. Mahathir hanya memetik dan membelanjakannya saja. Dia hanya perlu menyediakan lori. Sebab itu di zaman Mahathir, rakyat merasa sedikit kesenangan kerana semua asas kesenangan telah diusahakan oleh Tun Razak dahulu.

Ketika Mahathir mengambil alih kuasa, Felda mengeluarkan kelapa sawit dan getah, Petronas semakin melimpah ditumpahi minyak, anak-anak Melayu sudah pun pandai menulis dan membaca, kelas dewasa telah berjaya membasmi masyarakat buta huruf, mereka yang keluar negara di zaman Tun dan Datuk Hussein mula balik menabur bakti. Ini cukup memudahkan Mahathir mengutip hasil dan bermewah dengan hasil itu.

Inilah sifat Rahman Allah swt yang kasih kepada kita rakyat Malaysia. Oleh itu Mahathir jangan mendabik dada kononnya kejayaan Malaysia hari ini atas usaha dan kegigihannya. Kemewahan Malaysia di zaman Mahathir sebenarnya adalah ditetapkan atas perancangan Allah swt kerana usaha gigih pemimpin yang terdahulu. Allah swt mentakdirkan "Mim" itu adalah MUNAFAAT. Dan MUNAFAAT ini untuk rakyat MALAYSIA kerana Tunku meletakkan Islam agama rasmi Malaysia.

Bermakna "Mim", MUNAFAAT untuk MALAYSIA, majoriti rakyatnya MUSLIM beragam Islam yang menurut sejarah mula bertapak di MELAKA. Sejarah Islam itu berkembang di MADINAH selepas berhijrah dari MEKAH yang dibawa oleh Nabi MUHAMMAD saw. Lihatlah betapa banyaknya huruf "Mim" pada perkataan yang dinyatakan di atas. Inilah betul-betul RAHMAT Allah swt yang mentakdirkan untuk kita. Kejayaan kita bukan kerana Mahathir tetapi kerana adanya RAHMAT Allah swt.

Kita kembali kepada 'Teori Rahman' selepas "Mim" akan berganti oleh "Nun". NAZAK. UMNO menjadi NAZAK selepas Mahathir jatuh atau dijatuhkan. Sudah jelas sekarang pengganti Mahathir bukanlah mampu dibawa oleh orang di dalam UMNO lagi. Kenapa pula?

Teori RAHMAN sudah berakhir selepas Mahathir. Oleh itu siapa pula yang mengambil alih teraju negara? Mari kita kembali kepada perkataan yang teratas sekali di dalam Kitab Suci Al-Quran Nul Karim iaitu "BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM". 'Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani'.

Seperti yang saya nyatakan di artikal saya sebelum ini di laman-laman web pro reformasi bahawa abad ini adalah abab kebangkitan Islam sedunia dan rantau Asia Tenggara. Ini bermaksud abad ini adalah zaman orang MUKMIN mentadbir negara dengan penuh adil dan kasih sayang kerana orang Mukmin sentiasa taat kepada perintah Allah swt dan akan berusaha menjadikan dirinya hamba Allah.

Kasih sayang adalah sifat AR-RAHIM Allah swt seperti yang dilafazkan di hujung kalimah Bismillah...

Kalimah AR-RAHIM bermula dengan huruf "Alif". Ini membawa maksud selepas Teori Rahman iaitu berakhirnya Mahathir, UMNO mati. Nazak dan Noktah "Nun".

AR-RAHIM pula muncul. Rakyat bangun menuntut dilaksanakan "Alif" petama iaitu ISLAH (reformasi). Mereka mahukan kerajaan yang adil yang IHSAN kepada rakyat. Negara yang AMAN pemimpin yang IKHLAS.

Kemudian keseluruhan rakyat mahukan ISLAM ditegakkan kerana ISLAM adalah agama ALLAH bagi orang yang berIMAN.

Cuba lihat betapa banyak "Alif" yang muncul pada maksud kalimah AR-RAHIM ini. Antaranya ialah ISLAH, IHSAN, AMAN, IKHLAS, ISLAM, ALLAH dan IMAN. Inilah tuntutan kehendak rakyat Malaysia kepada pemimpin pengganti selepas Mahathir nanti.

Kalau kita lihat kepada tuntutan-tuntutan ini maka nama seperti Abdullah Badawi tidak mampu memikul apatah lagi melaksanakan tuntutan rakyat ini. Walau pun Abdullah Badawi juga mempunyai "Alif" (jika betul Alif) pada namanya tetapi "Alif" yang dia miliki tidak berupaya membawa kehendak rakyat Malaysia. Itulah sebabnya di awal tadi telah saya nyatakan bahawa Abdullah Badawi kalau pun menjadi pengganti Mahathir tetapi duduknya hanya seketika. Lagipun Abdullah bukan "Alif" mungkin dia "A'in".

Maka kalau Abdullah naik pun dia hanya duduk sementara menunggu "Alif" yang sebenar mempersiapkan diri untuk menjadi pemimpin yang sebenar-benarnya, yang menjadi pemimpin atas Izin, keHendak dan Redha Allah swt. Abdullah Badawi akan akan duduk sementara kerana dialah yang akan menguruskan pengkebumian UMNO yang kini Nazak.

Jadi kalau bukan Abdullah Badawi maka "Alif" mana pula yang sebenarnya? Mari kita kembali lagi sekali kepada "Bismillahirrahmanirrahim". Berapa "Alif" yang ada dalam kalimah ini? Ada tiga (3) "Alif" bukan?

Kalau ada tiga "Alif" bermakna untuk tiga orang. Orang yang pertama Abdullah Badawi (kalau dia Alif lah: Alif pada namanya masih samar) hanya duduk sementara UMNO dikebumikan. Selepas UMNO dikuburkan oleh Abdullah Badawi maka Abdullah Badawi sendiri akan diturunkan dari kerusi Perdana Menteri. Selepas Abdullah Badawi diturunkan maka "Alif" kedua pula akan naik. "Alif kedua ini juga masih samar antara Alif dan 'Ain. Tapi tidak mengapa kerana dia juga bersifat sementara kerana "Alif" ke 3 iaitu "Alif" yang sebenar-benarnya masih di dalam proses untuk penyempurnaan haq.

Anda tentu bertanya siapakah "Alif" kedua itu? Maka jangan marahkan saya kalau saya katakan "Alif" kedua itu adalah AZIZAH. (Telahan saya berasaskan ejaan jawi Wan Azizah bermula Alif bukan "'Ain" yang dieja ruminya A'zizah).

Azizah juga naik menjadi PM hanya untuk sementara iaitu untuk menunggu selesai proses pilihanraya kecil salah satu kerusi parlimen yang dikosongkan untuk ANWAR IBRAHIM (ada dua "Alif" untuk Anwar dan Ibrahim). Selepas dua "Alif" ini ANWAR IBRAHIM menang mudah pilihanraya kecil parlimen maka berlakulah pertukaran kuasa yang sebenarnya.

"Alif" inilah yang mampu membawa Malaysia ke era yang lebih gemilang yang berteraskan kepada pedoman Al-Quran untuk memberikan kasih sayang (AR-RAHIM) kepada semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum atas tuntutan ISLAH, IHSAN, AMAN, IKHLAS, ISLAM, ALLAH dan IMAN. Lihat semuanya "Alif".

Maka itulah ANWAR IBRAHIM merasakan penderitaan, penyiksaan, kezaliman, aib dan maruahnya dijatuhkan sebegitu hebat kerana ketika pelaksanaan Teori AR-RAHMAN semua perkara yang melibatkan kasih sayang (AR-RAHIM) diabaikan oleh Mahathir.

Semuga apabila ANWAR IBRAHIM (dua Alif) menerajukan negara ini nanti, INSYAALLAH, semua yang telah menyimpang jauh dari kasih sayang Ar-Rahim akan diperbetulkan termasuklah dalam semua bidang dan institusi kerajaan yang kini dilacur dan diperkosakan oleh Mahathir.

Betapa institusi ini dilacur dan diperkosa oleh Mahathir, ANWAR IBRAHIM telah melihat sendiri dengan matanya, merasai perit dengan tubuhnya, memegang dengan tangannya, melangkah dengan kakinya, mendengar dengan telinganya, berbicara dengan lidahnya dan menghidu dengan hidungnya. Semuanya ini memerlukan ISLAH yang besar dan saya yakin ANWAR IBRAHIM mampu melaksanakannya di bawah payung BA (Barisan Alternatif). Alif juga.

Tanda-tanda nilai-nilai AR-RAHIM, kasih sayang dan perpaduan antara kaum di negara ini telah berbuah di dalam Barisan Alternatif sekarang. Walaupun UMNO cuba merosakkan nilai kasih sayang ini dengan berbagai cara namun ianya tetap gagal dan akan terus gagal.

Kasih sayang dan perpaduan hanya akan wujud dilaksanakan di dalam Barisan Alternatif (BA). Mereka boleh laksanakan kasih sayang itu kerana mereka bukan berfahaman perkauman. Kalau kita kaji semula, berani saya mengatakan bahawa dalam parti-parti komponen Barisan Alternatif (BA) seperti PAS, keADILan, DAP serta PRM tidak satu pun parti-parti itu berfahaman perkauman. Semua parti-parti ini mempunyai ahli-ahli dari berbagai kaum. Tidak seperti UMNO dengan Melayunya, MCA dengan Cinanya dan MIC dengan Indianya.

Saya berdoa ke hadrat Allah swt dengan berkat kekasihnya Nabi Muhammad saw agar menjadikan negara ini dipimpin oleh seorang manusia yang bersifat insan penuh kasih sayang, taat kepada perintahNya, taqwa pada Allah swt. Pemimpin yang penuh tawaduk, zuhud dan mementingkan kehendak rakyat lebih dari kepentingan dirinya sendiri. Amin.

Sekian saya mengupas Teori Rahman yang sentiasa menjadi bualan dan panduan orang-orang UMNO hingga hari ini.

"KEMBALIKAN HAK KEPADA YANG BERHAK"
"ANWAR IBRAHIM: ADA HAQ PADA PERJUANGAN MU"

LIANG LAHAD
22 Januari 2001

akaz said...

Salam Datuk,

Pada pandangan saya memang ada benarnya kenyataan massa yang DSN nie 'Pak Turut' atapun 'Yes Man' dan 'Play Safe' dalam politik beliau, Beliau tidak berani memperbetulkan apa yang salah dan silap berlaku dlm UMNO dan bersuara secara gentleman kepada Pak Lah. Keadaan ini memperlihatkan seperti ada sesuatu yang menahan DSN dari berbuat demikian. Hal ini berlaku berkemungkinan ada kaitan dengan perbicaraan kes bunuh Altantuya Mongolia menyebabkan DSN takut kalau2 siasatan menyeluruh yang dibuat semula atas arahan Pak Lah akan mengheret nama beliau dalam kes tersebut. Kita sedia maklum siasatan bunuh Altantuya Mongolia tidak dibuat secara menyeluruh. Kalau ini berlaku demam besar DSN. Kesimpulannya, DSN tidak layak menggantikan Pak Lah, maka yang lebih layak menggantikan Pak Lah, lain dan tidak bukan ialah TSMY. Sekian Wassalam.

abe MIE 'TERJAH' said...

semua cakap senang.... lebih senang dari makan nasi...ceritanya, anwar GAy naik jadi PM begini... anak bini ada dilantik..kalau datuk nenek dia masih ada, dia lantik juga jadi ahli parlime.. -pas nak buat hudud? boleh ke -PKR dan DAP tak ada masalah -bagaimana dengan raja dan sultan bagaimana? kalau dia tak suka anwar Gay jadi PM macam mana?-masa itu simpati ke atas anwar Gay manjadi sim- MATI

Unknown said...

lebih baik letak muhyiddin yasin je lah sebagai presiden umno. antara mereka yang berani face the facts bahawa faktor kekalahan teruk semasa pilihanraya yang lepas adalah kerana kelemahan kepimpinan pak lah, muhyiddin yasin lah yang paling senior. muhyiddin ni berani kerana benar, takut kerana salah. depa berani speak out. melalui keberanian depa, jelas nampak bahawa depa risau tentang masa depan umno. matanya tidak diabui oleh pangkat semata mata, muhyiddin ni conscience dia clear, dia ni berfikiran jauh ke depan.

najib pada pendapat saya memang berkebolehan, antara politician yang paling talented dan ada karisma, tapi saya sangat kecewa najib asyik bersetuju aja dengan pak lah. lepas pilihanraya najib masih berdolak dalih. sementara muhyiddin direct to the point, najib masih nak berlemah lembut. berlemah lembut dan beradab mesti kena pada masanya, ketika huru hara kita mesti direct to the point.

tapi jangan kita lupa, khairy dan pak lah has najib by the balls, kes altantunya tu boleh digunakan khairy dan pak lah untuk musnahkan karier politik najib. obvious sangat ada salah guna kuasa by najib dalam kes tersebut.

Waty.Sharizal said...

Senario politik sekarang menarik minat sesiapa sahaja dlam Malaysia sekarang. Samada seseorang itu mempunyai penglibatan secara atau tidak langsung dalam parti politik. Bagi saya, saya adalah lebih pada pemerhati dan menyelidik senario yang berlaku sekarang.
Ini membuatkan saya untuk menyingkap kembali apakah fungsi parti politik itu sendiri dalam Malaysia? Adakah ia berkepentingan untuk rakyat, parti itu sendiri atau individu yg menerajui parti. Mari kita renungkan kata kata Abraham Lincoln tentang Demokrasi yg menjadi teras sesebuah parti politik "Dari Rakyat dan Untuk Rakyat" Tapi adakah ini telah di perjuangkan atau dilaksanakan selama ini Di Malaysia oleh mana mana parti politik di Malaysia. Saya boleh katakan "Tidak ada"...... Ia lebih pada kepentingan peribadi bagi sesiapa yg menerintah demi nafsu unutk meraut segala yang ada untuk poket sendiri. Bagi saya jawatan yang pertama atau kedua tidak lah penting, yang pentingnya adakah dia boleh melaksanakan dengan penuh tangungjawab dan amanah pada skop bawah pemerintahannya. Apa yanag kita lihat sekarang pemimpin lebih pada "glamour, status dan kekayaan" yang entah dari mana datangnya tidak kita ketahui. Bila menyebut tentang kekayaan saya terus menjurus pada projek projek yg diberikan pada yang bukan haknya yang lebih utk "Kaya Sorang". Pernah ada ketika saya buat cerita pada seorang berbangsa Cina, saya berkata saya dapat projek. Dia terus menerajukan soalan - "U ahli UMNO ka?" Ini menunjukan parti politik yg sepatutnya memberi khidmat dan tidak bertunjangkan pada keuntungan telah terang terang menjadi parti keuntungan dari projek yg didapati dari kuasa yg diberi oleh rakyat. Sebagai Melayu saya malu dgn statement yg diberi oleh bangsa lain pada Melayu yg lebih menunding Melayu itu UMNO.
Bagi saya Allah itu maha berkuasa atas tiap tiap apa yang telah dijadikan. Saya tak nampak UMNO akan bertahan lama dengan apa yanag telah ia lalui sekarang dan ia adalah pengajaran dari Allah utk kita renungi. Allah tidak akan menzalimi hambanya sehingga dia menzalimi dirinya sendiri. Bagi saya sekarang UMNO telah lama menzalimi dirinya sendiri dari memilih pemimpin yang penuh tidak bertangungjawab dan ada pemimpin UMNO itu sendiri melakukan maksiat seperti satu perkara biasa. Itu belum lagi dimasukan dgn cerita pecah amanah, mengawal segala apa yg ada dibawahnya utk menjaga kepentingan diri sediri dan lain lain lagi. Tidak kah ada ahli UMNO yg betul punya hasrat utk memimpin, membentuk UMNO yg jujur dan betul berkhidmat pada rakyat. Kita perlukan pemimpin yg penuh dgn tangung jawap dan amanah. Dan ingat pemimpin yang tidak menjalankan tugas dengan seamanahnya akan di soal oleh Allah pada hari kemudian dan tangungjawap pemimpin itu adalah amat besar dari atas sampai ke bawah. Saya sebagai bangsa Melayu dan sayangkan bangsa saya tidak mahu melihat parti melayu ini akan terus layu dgn masalah masalah yg dihadapi sekarang dan akan dijajah dgn cara lain pada masa akan datang dan cuma tinggal nama. Fikirkanlah....

Wakmasnoor said...

Itulah masalahnya kalau sistem 'pertandingan' dalam pemilihan pucuk pimpinan tertinggi Umno, sudah tidak dipraktikkan lagi. Sifat keberanian, kesungguhan dan keyakinan untuk mencabar dan dicabar, demi mendapat mandat sejati pendukung2 Umno, sudah hampir tiada dikalangan pemimpin2 tertinggi Umno. Dan Najib dahpun dijangkiti sindrom sedemikian ini.

Harus diingat peringatan Tun Mahathir itu ada sebab musabab dan agenda yang tersendiri. Dan agenda ini akan dapat dilihat secara jelas lagi BERMULA OGOS 2008 ini.

Najib is really in deep shit and dilemma now. And i dont think the Power Transition (Peralihan Kuasa) as suggested will actually happens.

The wind is blowing strong from the south.Until then, i reserve my further comment.

m r said...

salam bro.. jika sesiapa berminat domain di bawah sila emel kpd trustfd@gmail.com

tq



http://drsheikhmuszaphar.blogspot.com/

http://drfaizkhaleed.blogspot.com/

http://daimzainuddin.blogspot.com/

http://tundaimzainuddin.blogspot.com/


http://faridridzuan.blogspot.com/

http://datukazalinasaid.blogspot.com/

http://azalinasaid.blogspot.com/

http://datukshazimanmansor.blogspot.com/

http://datoshazimanmansor.blogspot.com/

http://datukmukhrizmahathir.blogspot.com/

http://datuknorainiahmad.blogspot.com/

http://mahyuddinyassin.blogspot.com/

http://datukzahidhamidi.blogspot.com/

http://datukazimidaim.blogspot.com/

http://azimidaim.blogspot.com/

http://drraisyatim.blogspot.com/

http://manjaismail.blogspot.com/

http://hishamuddinaun.blogspot.com/

http://datoalirustam.blogspot.com/

http://najibabdulrazak.blogspot.com/

http://zaquanadha.blogspot.com/

http://aidilzafuan.blogspot.com/

Awang Degong said...

Salam Datuk

Yes agreed with views posted. Until now i couldn't comprehend why DSN is very reluctant to give a clear and strong message to AAB that he is no longer wanted as UMNO President and as the PM. I have the feeling that DSN knew very well that all his cards are in AAB's pocket, if that is so all the aces serves no point...no wonder la. Besides that DSN too is not the best candidadte to take over eventho he is number 2 in hierachy. Bla bla bla...Rosmah factor...this amazon is capable to create 'wonders'...to the extend that caused YDP to be in a very difficult position...i couldn't imagine what caused her not to attend her daughter wedding....and DSN followed suit. Datuk, can you imagine what would happen to a country if the empress is more powerful than the emperor...

umno 4ever said...

Askm Datuk,
Berita dari agendadaily mengenai kesediaan Datuk halimah sadique untuk idak mempertahankan jawata ketua bahagian tenggara adalah dirujuk.

disini saya memohon jasa baik datuk untuk mengkaji dilema kepimpinan umno di peringkat bahagian, yang mana kepimpinan bahagian seolah-olah sudah letih untuk berpoltiking.
apakah sebabnya?
adakah mereka telah letih untuk mendukung aspirasi rakyat?
adakah mereka telah letih diserang oleh politikus muda berumur 2 penggal yang hanya berpolitik 24jam sehari dengan terabainya perjuangan yang hak?
adakah kerana sudah tidak berdaya melayan kerenah adu domba segala macam pecacai politik yg sentiasa adu domba disetiap cawangan?
Bolleh tak datuk tolong perhati dan pantau-pantaukan yb-yb 1 dan 2 penggal ini mengenai duduk perjuangan mereka yang sebenarnya.
mcm dah parah.
rakyat menilai.
rakyat pun dah mula meluat.
nanti bila pak lah dah turun, rakyat tetap loya-loya,maklumlah yb-yb ni memng menjemukan.
UMNO ..DULU KINI DAN SELAMANYA.
tapi bila wakil rakyatnya kekal mcm yang ada sekarang ni..tkut jadi..
UMNO..DULU, KINI DAN TAK LAGI

damakracun said...

UMNO masih relevan..

damakracun said...

Salam Dato',
Perjuangan memartabatkan Umno perlu dipertingkatkan.
Keadaan yang penuh kecelaruan kini perlu dihadapi dengan penuh bijaksana agar segala perancangan dan perlaksanaan dapat diterjemahkan dengan sempurna dan menghasilkan suatu keputusan yang boleh menyemarakkan semangat ahli Umno yang masih terpinga-pinga kesan PRU13 baru-baru ini.

Awang Degong said...

AAB is not blind but his view is always been blocked by jokers like kj, nazri aziz, mike tyson (who once cheated a sultan, what more to ordinary people like me, sazmi miah, khalid nordin...bla bla even tho the writing on the wall is BIG and CLEAR.

Mat Dargo Sombrono said...

UMNO akan jadi "biawak hidup" selagi Pak Lah tak berundur dengan segera. Pak Lah memang tidak ada kemampuan untuk terus memperjuangkan nasib bangsanya. Beliau banyak khayal melayani keluarganya seolah-olah seluruh keluarganya mengalami "cultural shock" setelah mendapat status "First Family". Pak Lah dan keluarganya tidak dapat menggayakan statusnya sebagai "First Family" hinggakan beliau terlupa tentang tanggong jawabnya unutk berkhidmat dengan cemerlang.

Berita dari gunung said...

Apabila kes Razak Baginda kelihatan dibiar berlanjutan, ramai menjangka itulah tali yang mengekang Najib dari bebas kedepan.

Oleh itu,Judicial Reform dalam konteks ini akan dilihat sebagai usaha make-up saja.

lamandau said...

apa dah jadi dn Dtk? Sakit? Sibuk? diluar negeri? Last posting apr 23!!!

PulaiBistari said...

Rayuan Derma Pembinaan Rumah Allah. Layari http://pulaibistari.blogspot.com/
Terima kasih di atas sumbangan anda.

shaz said...

Peruntukan Perlembagaan KJ yang menjadi rujukan Pak Lah....or some morons behind him whispering supports and un-brilliant ideas?

I wonder what is he waiting for? The right moment for him to step down is now.
Perhaps he is afraid that the rakyat or in particular UMNO members will call him a coward? It's okay to become a coward than a killer Pak....
What else does he want?
Waiting for the son or son in law to make more money and secure giant contracts, which might still "in the process of evaluation"?
I used to have respects for this guy long time ago, but he truly is not the same person once he got to The Office.
And i hate his bloody Islam Hadhari. For God sake, it makes me puked watching those woman dancing and shoving their freaking butts on the day he launched his inaugural Hadhari in Trengganu.

Let it go Pak Lah.Go and rest your mind and soul cause i reckon it might need some rejuvenation. And perhaps spend some quality time with your wifey. She might need some undivided attention from you. Perhaps adding one more to you 2 anak?

AriffSMB said...

Jemputlah melawat laman blog http://suaramelayubaru.blogspot.com dan dipersilakan memberi sebarang komen anda...