Monday, April 21, 2008

Kad Merah Sudah Pun Diberi
Abdullah Enggan Undur Diri?

Rakyat sudah memberikan “kad merah” kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menerusi PRU12. Ini bermakna, rakyat mahukan Abdullah mengundurkan diri daripada gelanggang siasah tanahair.

Tapi, Abdullah bertahan kerana kononnya beliau mendapat sokongan daripada pemimpin UMNO dan BN. Sebab itulah Abdullah mengatakan beliau tidak akan berundur kerana “tiada tekanan” untuk bertindak sedemikian.

Nah. Sekarang apa sudah jadi? Rakyat kian marah dan kecewa. Menteri seperti Nazri pula kian membakar kemarahan dan kekecewaan tersebut.

Berikut, bacalah sendiri laporan Utusan Malaysia seperti di bawah ini:

Ahli UMNO berhak tentukan kedudukan PM

PUTRAJAYA 20 April - Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata beliau tidak pernah meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan meskipun sebelum ini ada mengeluarkan kenyataan tentang perlunya perubahan dalam kepimpinan parti itu.

Beliau bagaimanapun menegaskan, ahli UMNO mempunyai hak untuk menentukan kedudukan Perdana Menteri kerana Abdullah dipilih menduduki jawatan itu berdasarkan keputusan ahli-ahli UMNO yang memilihnya untuk menjadi Presiden parti.

"Soal Perdana Menteri dipilih oleh rakyat, mengikut pandangan saya yang tidak cerdik, itu adalah tidak tepat.

"Abdullah sebenarnya dipilih oleh ahli UMNO yang memilih beliau sebagai Presiden parti dan mengikut konvensyen, sebagai Pengerusi BN beliau dipilih sebagai Perdana Menteri.

"Usah didebatkan soal ini kerana apapun Abdullah datang dari UMNO dan kepada UMNO ia (kedudukannya) harus kembali," kata Muhyiddin ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar hari ini yang memetik Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mempersoal kan hak UMNO untuk menafikan kemahuan rakyat yang inginkan Abdullah menjadi Perdana Menteri seperti yang ditunjukkan pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

Mohamed Nazri membidas segelintir pemimpin UMNO termasuk yang bertaraf menteri kerana tidak putus-putus menyarankan Abdullah berundur dan menyifatkan mereka sebagai 'kurang cerdik'.

Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, pandangannya mengenai isu peralihan kuasa dalam wawancara dan kenyataan kepada media sebelum ini lahir daripada rasa cinta dan sayang kepada UMNO serta bangsa Melayu.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0421&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm

8 comments:

Berita dari gunung said...

Bila Nazri Aziz berkata begitu, sebenarnya dia sudah tergelincir dari landasan sebenar.

Hidup yang terasing di kota, turun sekali-sekala untuk merasmikan majlis itu dan ini, menjadikan Nazri terperangkap sedemikian rupa.

Nazri Aziz boleh kalau terdaya berjalan kaki dari rumah kerumah mulai dari pekan Kuak hingga ke kilang simen dan sudi bertanya orang-orang disana apa pandangan mereka terhadap Abdullah Badawi.

Beliau juga boleh berbincang dari hati ke hati dengan Jamal Nasir mengenai fenomena ini. Dia juga boleh bertanya Hamzah Zain, jika tidak malu. Jangan lupa pakai baju melayu dan kain pelikat dalam kunjungan rumah kerumah. Tinggal kereta besar di kota, dan pinjam saja motosikal orang Kati.

Tentu Nazri berpuas hati, kerana nescaya terbukti bahawa bukan seorang dua yang "kurang cerdik" dalam soal ini.

Nazri terlalu lama tinggal bawah ketiak Perdana Menteri dan lupa kenapa orang pulang kekampung tanpa upah untuk mengundi. Perak sudah kalah. Padang Rengas pun bukan menang kesemuanya. UMNO kini nyawa-nyawa ikan.

Todd said...

Datuk Ron,

Saya masih tidak faham mengapa Pak Lah masih berdegil walaupun petunjuk dari rakyat sudah cukup jelas mahukan beliau berundur dan terus menghabiskan masa beliau dengan tidur lena di rumah. Dalam keadaan ini menyebabkan UMNO menjadi kucar kacir dan ini menguntungkan Anwar dan sekutunya untuk terus mara.

Lebih lama Pak Lah kekal di kerusi keramat ini, makin maralah tentera Pakatan Rakyat. UMNO memerlukan nafas baru. Kenyataan pimpinan UMNO sendiri seperti Tan Sri Mahyuddin sendiri telah memberi isyarat jelas. Malah hasil pertemuan beliau dengan Badan Perhubungan Johor juga memberi gambaran yang lebih jelas. Pimpinan di peingkat bahagian seperti Dr Puad, Aziz Sapian dan Aziz Kaprawi terang-terang mahukan Peralihan kuasa dengan kadar segera. Apa lagi isyarat yang Pak Lah nantikan???

nakhoda said...

Saya setuju dengan Datuk. Abdullah ni kenapa tak faham-faham tuntutan rakyat? Kita dah kata undurlah, kenapa dia masih nak jugak jadi PM? Pemimpin macam ni apa kita nak buat?

Apa kata kalau sempena harijadi UMNO pada 11 Mei ni seluruh orang UMNO kirim mesej pada dia supaya dia undur secara terhormat. Kita buat ni secara berhemah dan bersopan santun. Kita hantar surat ke Ibupejabat UMNO. Kita kirim e-mail, kita kirim SMS, kita buat usul, atau kita book iklan dalam akhbar. Kalau akhbar perdana tak mau, kita guna media alternatif. MACAM MANA? Ok tak kalau kita ambik pendekatan ni?

politica said...

Nazri memang celupar mulut. Tan Sri Muhyiddin selaku Naib Presiden UMNO pun dia tak hormat. Orang macam ni pun Dollah peliahara lagi. Dia ni yang orang kata sokong bawa rebah!!!

Saya harap, Muhyiddin tak usah pedulikan Nazri. Jalan terus apa yang baik untuk negara. Orang macam Nazri kita akan mandikan dia bila sampai masanya biat sampai dia basah kuyup dan menggigil keseorangan. Waktu tu baru dia tau, kepala dia kecik ke besar. Waktu tu baru dia insaf yang kita orang UMNO bukan pak turut atau kaki bodek macam dia.

Saya harap Muhyiddin teruskan usaha. Jangan bimbang orang tak sokong. Kami sokong Muhyiddin buat kerja demi negara.

wankamar said...

10 tahun dahulu saya ada terbaca yang nazri akan bersara dari politik dalam masa 2 tahun... Pak Lah pun macam tu la agaknye..

Udah Kabor said...

Assalam'kum.w.b.t.

Udah kabor, tapi orang kata depa semua tu, 'Ketegaq Biji', ade faham ka? Penuh dengan sifat kesombongan, riak, ego dan takpa.

Sombongnye sampai tak mau bersalam, kalu salam pun terpaksa dan muka paling ke lain.

Riaknya bukan kepalang, dulu-dulu kempen naik gerek atau moto kapcai saja, la paling lekeh pun merces, pastu parking nak depan khemah, tak lih nak jalan jauh sikit pun.

Egonya tarak tanding dah, aku lah yang bijaksini!!! dan terror, tak main lah dengan pandangan dan pendapat orang bawah, kampong, orang muda.

Sikap takpa, tu lah yang la ni tinggai celepa, nasib baik tak hilang kesemua.

Lepas tu, dah di kabor, kita bukan nak menongkat langit, takat jadi ADUN 2 ke 3 panggal cukup lah tu. Alasan takdan nak melaksanakan dasar atau projek projek setempat. 12 tahun tak cukup kah? Dasar di gubal dan projek ditetapkan setiap kali pembentangan belanjawan tahunan atau setiap 5RM. Jadi apa payah nya! Yang nak melaksanakan nya, Jabatan-Jabatan Kerajaan yang di pertanggongjawabkan.Bukan Duit YB, bukan agensi YB.

Ini lah yang UDAH DI KABOR kepada depa, orang kampong meluat, orang muda menyampah dan orang yang berpelajaran guna pensil dan kertas undi. Nak habaq mai kat depa semua peringkat, baik cawangan ka, bahagian ka, perhubungan negeri ka, mahu pun ke peringkat majlis tertinggi. SEDAQ lah! dah berbuih duk habaq.

Langut atas, tengok yang berilmu dan alim, kita berlumba nak jadi macam tu; Jangan langut tengok orang kaya; Tunduk, tengok yang susah dan miskin. Jangan kita nak lawan dan berlumba jadi kaya, tapiii, entah dari mana dan apa punca nya, semua nak kita kaghaauuuu. Pastu bagi anak bini kaum kerabat, jadi darah daging.

Wassalam.12R'Akhir1429.10.00mlm.

tinta laser said...

Datuk,

Setelah sekian lama mengikuti perkembangan politik Melayu khususnya UMNO..Nampaknya orang politik kita ni sudah jauh melupakan falsafah kepimpinan politik dalam ruang lingkup masyarakat kita. Kita seharusnya berpegang kepada konsep bahawa sebagai pemimpin, apatah lagi politikus yang menduduki sesuatu jawatan itu atas dasar restu dan pilihan rakyat jelata....perlulah memahami hakikat bahawa mereka bekerja untuk rakyat. Sewajarnya apabila telah memegang tampuk kekuasaan, dasar2 yang dilaksanakan semestinyalah berdasarkan suara hati rakyat..dan bukannya suara kehendak sendiri atau kroni. Ini nampaknya sudah tidak lagi wujud pemimpin yang betul2 menjiwai suara nurani rakyat. Mereka hanya melihat rakyat sebagai mekanisma/alat untuk mengekalkan kuasa. Tetapi apabila kekuasaan telah diperolehi rakyat pula yang kena tunduk dan patuh terhadap mereka. Pernah saya terdengar ucapan berapi2 seorang wakil bahagian di satu mesyurat cawangan UMNO lama dahulu. Antara kata-kata yang diungkapkan ialah...'UMNO ini akar umbinya adalah orang-orang kebanyakan. Sehinggakan sekiranya ada ibu2 yang menumbuk lesung di dapur-dapur, maka bunyi lesung itu akan kedengaran di parlimen...' Begitulah retoriknya ucapan yang diberikan. Pastilah kenyataan ini tidak sama sekali benar...kerana pembesar suara telah dipancarkan ditepi telinga, namun masih ada pemimpin yang gagal mendengar suara hati rakyat. Orang Melayu tidak lagi memerlukan janji2 manis seperti dulu setiap kali pemilihan parti atau pun pilihanraya. Ini zaman sains dan teknologi, orang Melayu memerlukan para pemimpin yang mempunyai budaya gerak kerja yang jitu yang melambangkan suara rakyat, kehendak rakyat, kemahuan rakyat, dan restu rakyat. Jika ini gagal ditunjukkan dalam UMNO maka tidaklah perlu bersusah payah mencari punca kenepa UMNO tidak lagi diterima rakyat. Kerana jawapannya ada pada pemimpin-pemimpin sekarang ini daripa presiden sehinggalah ajk cawangan UMNO di seluruh negara. Orang Melayu tidak mampu untuk menanggung risiko menghadapi kehilangan kuasa disebabkan sekelompok orang Melayu yang kononnnya mewakili parti Melayu saling tuduh menuduh antara satu sama lain...yang akhirnya kesemua pihak terbongkar keburukan dan kelemahan masing2 sehinggakan nanti boleh menghilangkan keyakinan bukan Melayu terhadap kemampuan, kejujuran, dan karisma orang Melayu untuk memimpin negara kita sendiri. Bahawa diingat sekali kekuasaan jatuh ke tangan orang lain, maka mungkin ia akan terus berada di tangan mereka selama-lamanya. Mewngapakah kita perlu mementingkan diri hanya untuk kita yang umur pun tak pasti sehingga bila? Ingatlah anak cucu kita yang bakal kita wariskan negera yang tercinta ini atau mungkinkah tiada apa lagi yang dapat kita wariskan kelak.

Wallahua'lam

Tinta Laser

juakumno said...

umno perlu direformasi untuk kekal relevan...