Thursday, April 17, 2008

SUARA MUHYIDDIN (1):

KEKALAHAN BN DI PRU12
MUSIBAH CUKUP BAHAYA

Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, kini menerima fokus warga UMNO, orang Melayu dan rakyat Malaysia. Ini kerana beliau bersuara lantang dan kritis terhadap senario siasah Malaysia di era pasca PRU12.

Dengan izin Muhyiddin, saya sirikan kandungan wawancara beliau dengan Mingguan Malaysia 13 April 2008, untuk kita ambil iktibar sebagai garis panduan kita bertindak dan berjuang demi agama, bangsa dan negara.

Dalam siri ini ayuh kita berikan pandangan masing-masing sama ada kita setuju dengan Muhyiddin bahawa kekalahan BN dalam PRU12 adalah satu “musibah yang amat membimbangkan dan cukup bahaya.”

Adakah kita juga setuju bahawa kekalahan tersebut juga adalah “isyarat bahawa rakyat tidak puas hati dengan BN” dan sebab itulah mereka “menunjukkan kemarahan melalui peti-peti undi.”

Kenyataan penuh Muhyiddin kepada Mingguan Malaysia mengenai hakikat kekalahan ini adalah seperti berikut:

MINGGUAN: Bagaimana Tan Sri melihat pencapaian UMNO dan BN dalam pilihan raya kali ini?

MUHYIDDIN: Kita mencapai keputusan yang kurang baik kerana di peringkat Parlimen, Barisan Nasional (BN) hanya menguasai 140 kerusi. Di negeri-negeri pula, banyak kawasan yang dimenangi dengan majoriti agak rendah atau terus kalah. BN kalah teruk di Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Di Kelantan prestasi BN bertambah buruk. Di beberapa negeri seperti Negeri Sembilan, BN menguasai 20 kerusi negeri, pembangkang 15. Di Johor walaupun ia dikenali sebagai kubu kuat UMNO, buat pertama kali dalam sejarah ia ditembusi pembangkang.

Walaupun kita bersyukur kerana masih berkuasa di peringkat Parlimen, tetapi dalam keadaan tidak mempunyai majoriti dua pertiga, ia adalah kemerosotan paling besar dalam sejarah BN. Ini kerana dua pertiga adalah bagi menunjukkan kekuatan.

Biarpun Perdana Menteri menyatakan kita masih menang dengan simple majority, tetapi ia meletakkan kita dalam keadaan tidak kukuh. Semua ini musibah yang amat membimbangkan dan cukup bahaya. Ia isyarat bahawa rakyat tidak puas hati dengan BN dan menunjukkan kemarahan melalui peti-peti undi.

Nota: Suara Muhyiddin siri kedua akan menghuraikan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi musibah berkenaan kekalahan ini.

22 comments:

tinta laser said...

Salam Datuk,

Merujuk kepada petikan wawancara TSMY tersebut....berdasarkan renungan dan pandangan ikhlas saya sebagai rakyatbiasa adalah seperti berikut.

Rakyat telah bertukar menjadi 'jauhari' yang kenal mana kaca dan mana intan. Pengalaman bersama BN yang dulunya Parti Perikatan telah banyak mengajar rakyat jelata betapa BN yang diketuai oleh bangsa kita Melayu..(???)menodai, menghina, 'merompak', menggadai, 'menjual' pusaka bangsa MELAYU dengan sewenang2nya dengan katakunci 'Melayu lemah', 'Melayu mudah lupa', 'Melayu rasuah', 'Melayu .........macam2 lagi kata hina demi kelangsungan perpaduan Nasional. MELAYU bangsa yang diperjuangkan UMNO sendiri dituntut dengan pelbagai permintaan semenjak daripada sebelum merdeka hinggalah hampir 51 tahun merdeka, bangsa Melayu sering menjadi mangsa kerakusan bangsa lain dan sekelompok bangsa sendiri di atas nama 'KEADILAN NASIONAL'. Dan apa pula yang kita minta daripada MEREKA atas pengorbanan bangsa Melayu ini? Lihatlah betapa banyaknya orang Melayu kena berkorban daripada perkongsian negara hinggalah hak2 yang dulu penah seia sekata dijanjikan atas dasar Kontrak Sosial turut mahu dirampas dan ada yang sedang dalam proses rampasan yang 'kelihatannya' diterajui oleh sebuah parti yang kononnya berjuang untuk Melayu tetapi pula seolah2 'mengkhianati' bangsanya sendiri. Contoh: Kuasa Raja2 Melayu terhakis...siapa yang mendalanginya???, Bahasa Melayu makin terhakis termasuklah JAWI sehingga ramai yang tidak mampu membaca JAWI yang merupakan asas huruf2 Al QUran bagi mereka yang beragama Islam...siapa yang mendalanginya????....Cubaaan untuk mengadakan Waktu persekelohan daripada 8.00 pagi hingga 4 ptg tetapi alhamdulillah kerana tentangan hebat sebahagian orang2 bawahan UMNO daripada Johor yang menyedari sistem ini akan menyebabkan terkuburnya sistem pendidikan Agama terutamanya di Johor...siapa mendalanginya???....pihak yang mencanangkan tentang keburukan HUDUD secara aggresif bukan dalam bentuk serta kefahaman sebenar sebagaimana disarankan oleh Islam yang mungkin menyebabkan secara tanpa sedar mereka yang sama2 bersetuju jika tidak berhati2 dari segi niat, perbuatan atau pertcakapan menafikan atau menghina akan keadilan HUKUM yang ditetapkan ALLAH bukan sahaja boleh terjejas akidah mereka. Ini malah turut telah menyebabkan agama lain turut mengkritik Islam secara tidak langsung yang dianuti oleh majoriti orang Melayu...siapa yang mendalanginya????....
Ini hanya sekelumit catatan pedih yang turut dirasakan oleh oleh bangsa Melayu termasuk saya ini di Bumi Malaysia yang tercinta ini.
'Musibah dan bahaya'yang dinyatakan itu perlu dinilai dari segi makna dan fungsinya. Adakah ia hanya mahu dilihat dari segi mussibah dan bahaya yang akan dihadapi oleh BN dalam kebarangkalian kehilangan kuasa pada pilihanraya akan datang? Atau adakah ia dimaksudkan musibah dan bahaya kepada bangsa Melayu?
Kalau ditilik pandang dengan rekod UMNO yang banyak menganaktirikan bangsa sendiri tetapi 'saling menyayangi sesama kalangan sendiri', tentulah jika sikap dan budaya ini dikekalkan dikalangan pemimpin UMNO, maka adalah lebih besar musibahnya dan bahayanya mereka terhadap punca kehilangan bangsa Melayu di bumi sendiri berbanding hilangnya UMNO daripada kelompok bangsa Melayu.
Saya bercakap atas dasar pengalam yang sedikit berkenalan dengan pemimpin UMNO kecil2an di cawangan dan mungkin bahagian yang begitu terkehadapan dalam menangani isu kepentingan mencari kekayaan sendiri menggunakan kedudukan yang ada berbanding memperjuangkan isu yang sedang membelenggu bangsa sendiri.
Dan mungkin juga 'musibah dan bahaya' ini adalah pembalasan Allah kepada kita semua Umat Islam Melayu yang melakukan kezaliman kepada agama sendiri dengan meminggirkan usaha2 bagi memakmurkan jiwa2 pemuda Melayu dengan Islam. Yakinlah pemuda-pemuda yang taat kepada agama pasti akan menjadi benteng hadapan negara jika menghadapi ancaman musuh kerana Islam menuntut umatnya bermati2an mempertahankan ibu pertiwinya daripada dicabuli oleh musuh-musuh dan penderhaka. Islam juga melarang sekeras-kerasnya perbuatan menderhaka kepada negara dan pemerintah yang 'adil dan taat menjalankan perintah Allah'. Tetapi jiwa pemuda-pemuda yang kosong agama, apabila diseru kepada keseronokan maka berbondonglah mendatang,namun, apabila diminta berkorban untuk negara maka bertempiaran larilah ia kerana jiwa yang jauh daripada agama akan kosong daripada sifat berkorban untuk negara kerana Allah.
Kalau nak cerita boleh panjang lebar lagi...tapi cukuplah. Saya rasa kita sama2lah berfikir sebenarnya yang pemimpin UMNO risaukan tentang kemaslahatn bangsa Melayu ke...atau...kedudukan golongan pemimpin UMNO? Kalau nak ceritakan musibah dan bahaya...rasanya...lama dah bangsa Melayu berada dihujung tanduk dek tindak tanduk pemimpin UMNO sendiri. Sedih rasanya terpaksa menulis sebegini......teringin menulis kehebatan perwira Melayu masa kini (dalam sejarah banyaklah)...nampaknya setakat ni hanya mampu menyimpan harapan sahaja....Fikir-fikirkanlah dan belajarlah mencermin serta mengakui kelemahan diri.
Saya tidak ada niat lain melainkan mengharapkan kesejahteraan Umat Islam Melayu agar terus menerajui kepimpinan negara tetapi persoalannya adakah semua ada sekarang ini mampu menjalankan amanah yang diberi.
Maafkan saya atas emosi ini dan terlalu panjang ulasannya. Terpulanglah kepada budibicara Datuk untuk siarkan atau tidak. Sekurang2nya Datuk telah membaca dan itu sudah lebih dari cukup buat saya.
Wallhua'lam
Tinta Laser

su-kj said...

A.kum Datuk,

1. Tan Sri, Adakah kekalahan BN dalam PRU-12 yang lalu merupakan satu 'musibah besar' atau satu 'hikmah besar'?

2. Adakah selama ini BN/UMNO berfikir mereka akan kekal memerintah Malaysia hingga hari kiamat?

3. Adakah BN/UMNO berfikir bahawa mereka tidak boleh tewas atau kalah dalam setiap PRU yang diadakan dari masa ke semasa?

http://www.penyokong-kj.blogspot.com

Zainal A. Kasim said...

Datuk,

Sudah terang lagi bersuluh. Sememangnya rakyat marah. kalau tak marah tak akan berlaku perubhan yang mendadak sebegini. kesilapan paling besar ialah kegagalan mengatasi masalah "persepsi" dan ianya masih berlaku sehingga kini.

Terlalu banyak wayang kulit. Luar cakap lain, dalam cakap lain.

Kepada pemimpin Melayu, saya cuma ingin bertanya: Siapakah yang anda sayang dan lebih sayang? Tepuk dada tanya selera.

http://c-bok.blogspot.com

Fikir Tajam said...

Salam hormat Datuk Ron,

Syabas kepada Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin atas sikap terbuka dan kebertanggungjawaban yang dizahirkan secara jelas dan berani. Hari ini ramai pembesar UMNO (meminjam kata Datuk Kadir Jasin) yang langsung tidak berjatidiri. Tidak punya kredibiliti dan sahsiah diri yang teguh lagi berani berterus-terang dan berpijak di bumi nan nyata cuba memahami realiti lontaran nurani Rakyat terbanyak.

Syabas Tan Sri. Rakyat khususnya ahli-ahli UMNO tabik hormat malah mensanjungi para pembesar dan pemimpin yang BERANI BERKATA BENAR, senantiasa meletakkan keutamaan perjuangan untuk kesejahteraan dan kemakmuran Rakyat dan tradisi murni membela nasib bangsa, agama dan tanahair.

Ironisnya kebanyakan para pembesar negara hari ini bagaikan telah dikasi. Tiada gigi. Tiada harga diri. Lihat saja bagaimana mereka begitu BINGAI, TONGONG, BENGONG dengan menyalak saban waktu mengIYAkan apa saja yang terpacul dari Memanda Menteri. Mereka telah hilang upaya berfikir, jumud, keliru malah lebih naif daripada itu tidak dapat membezakan yang hak dan yang bathil. Tidak lagi mengenal kaca dan merjan. demi survival diri sendiri dan lingkungan mereka tergamak MENELAN AIRMATA RAKYAT!. Jentaka apakah ini? Apakah Rakyat khususnya ahli-ahli UMNO dilihat/dinilai sebegitu naif/dungu/zero IQ?. Tidakkah ledakan teknologi ICT telah mengecilkan jurang informasi di kalangan seluruh warga global? Apakah para pembesar masih termangu tidak kehaluan hilang arah hilang peta hilang pedoman? Sedangkan anak-anak desa terpencil waima mereka yang sejak sekian lama terpinggir, disisihkan dan dilupakan turut merasakan ledakan maklumat tanpa batasan geografi dengan hanya sentuhan di hujung jari? Ya.. ternyata media konvensional - cetak dan elektronik tidak lagi upaya menangani arus perubahan ini! Percayalah. Rakyat terutamanya generasi muda tidak lagi terkongkong oleh putar belit (spin) pihak media yang ditunggangi oleh para pengkhianat seperti Kali!

Lihatlah bagaimana Ali Rustam yang begitu PERASAN dirinya hebat. Sekonyongnya membuka blog tapi tak punya ruang untuk pengunjung memberi komen dan reaksi. Terlalu DEFENSIVE! Malah lebih teruk daripada itu tidak memahami sama sekali konsep blog yang sebenar di mana perbincangan sepatutnya berlaku dua hala. Ini tidak Ali Rustam menyangkakan dengan menidakkan hak pengunjung untuk memberi sebarang komen maka dia merasa selamat. Lawak apakah ini? Siapa mahu mengunjungi blog yang beruapa dakyah sehala? Barangkali Ali Rustam ini komunis agaknya.

Ali Rustam dan Adnan Yaakob merupakan antara pembesar UMNO yang begitu TAKSUB dan HAIRAN DIRI. Mereka begitu hairan akan diri sendiri. Melihat diri cukup hebat orang lain keparat. Sedangkan setiap tutur kata yang terlontar jelas menampakkan kebobrokkan mereka. Kedangkalan ilmu mereka meskipun Ali Rustam begitu sebok mewar-warkan ijazah luar kampusnya di laman blog. Sila kunjungi dan tafsirlah sendiri: www.mohdalirustam.blogspot.com

Ali Rustam ini yang berfikiran kerani LLN ini saban hari menyalak "pelancongan! pelancongan!". BANGSAT! Sebok memekik macam apek jual result 4D sedangkan Parlimen Kota Melaka DAP sapu. DUN Kota Laksamana, DUN Kesidang, DUN Bachang, DUN Banda Hilir semua DAP kuasai. Mana nak taruh muka. Wakil MCA hanya menang di kawasan majoriti Melayu: Gan Tian Loo (anak Gan Boon Leong) di DUN Duyung dan Lai Meng Chong DUN Machap. Kalau tak kerana undi Melayu UMNO yang begitu setia dan sayangkan parti keramat ini jangan harap mereka boleh menang.

Jelaslah bahawa masyarakat Cina Melaka menolak keras gaya kepimpinan Ali Rustam yang gilakan nama - World Heritage City, Melaka Maju 2010. HAPRAK! Melaka sama sekali tak layak dianugerahkan bandaraya warisan dunia sebab:

1. Pelabuhan utama yang menjadi saksi kedatangan pedagang India, China, Arab dan dari serata dunia, penjajah Portugis, Belanda, Inggeris telah ditimbus dan dikambus oleh Inggeris dan Rahim Tamby Chik. Inggeris menambak Dataaran Pahlawan jadikan padang bola dan ragbi. Rahim Tamby Chik tambak lagi besarkan lagi daratan bangunkan Mahkota Parade dan mahkota Century Hotel. Ali Rustam kambus lagi jadi pulau Melaka sekangkang cuma dari Melaka Raya yang juga dikambus. Mana ada lagi bekas pelabuhan Melaka yang terkenal dan hebat di suatu ketika dulu? Lihatlah kesan tinggalan kota Santiago di lereng tepi Dataran Pahlawan. Anda kan temui sisa fossil di sebelah bawahnya sewaktu pembinaan dataran Pahlawan dulu. Kini semuanya dikambus nak tutup bukti yang di situ dulunya adalah laut! Ali Rustam cuba tipu UNESCO. Dia ingat dengan pasang besi kiri-kanan Sungai Melaka maka dah hebat sangatlah! DOSA BESAR Inggeris, Rahim Tamby Chik dan Ali Rustam ialah bila mereka MENGKAMBUS PELABUHAN MELAKA! MENUTUP SEJARAH SEBENAR NEGERI MELAKA! Bagaimana kita nak fahamkan kepada generasi hari ini dan akan datang bahawa di situ sebenarnya adalah pelabuhan Melaka? Bahawa di pintu kota Santiago iaitu di A FAMOSA itu sebenarnya adalah gigi air laut yang menyimbah pantai suatu ketika dulu?

2. Melaka tak layak bergelar Bandar Warisan Dunia kerana telah MENGHALAU PARA NELAYAN KOTA MELAKA yang semenjak sekian lama memudiki Sungai Melaka mencari rezeki di dada laut Selat Melaka. Kini mereka dicampakkan ke Muara Sungai Duyung. Suasana sebenar (the real view of Melaka River) telah diHAPUSKAN oleh Ali Rustam! Betapa zalimnya Ali Rustam menidakkan hak para nelayan yang turun-temurun menaikkan ikan dan khazanah laut Selat Melaka untuk santapan Raja, dan Rakyat jelata akhirnya dinafikan hak sama sekali untuk melabuhkan bot dan sampan mereka? Apa punya bangang Ali Rustam tak terfikir sama sekali bahawa panorama nelayan pulang menangkap ikan adalah detik-detik yang begitu harmonis di bawah lembayung senja membelah arus Sungai Melaka. UNESCO perlu meneliti perihal onar Ali Rustam ini!

3. Porta De Santiago (Kota Melaka) sebenarnya begitu besar lagi luas meliputi seluruh banda Melaka Lama. Jajarannya mencakupi ke seluruh pesisir Sungai Melaka di Banda Hilir hinggalah ke Bukit China. Lihatlah peta-peta yang terdapat di internet. Tetapi kota ini kini telah tenggelam dan berada di bawah tapak kaki kita bila kita bersiar-siar di kaki Bukit Melaka/St Paul. Langsung tiada sebarang usaha pihak berwajib daripada dulu hingga sekarang untuk menjejaki semula jajaran kota ini. Apakah bangunan baru yang terbina kini lebih berharga daripada warisan monumen sejarah dahulu kala? Tatkala Mesir begitu bangga dengan monumen Piramid dan Sphinx, Indonesia denagn Borobodurnya, Kemboja dengan Angkor Watnya, Mayan dan Aztec dengan piramid mereka sebaliknya Ali Rustam terus menimbus khazanah lama ini! UNESCO fikirkanlah kewajarannya!

Kamalkamal said...

Datuk,

Sehingga kini Kedah, Pulau Pinang, Johor, Perak dan Selangor telah menyatakan pendirian mereka yang mahukan Datuk Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatannya dan diserahkan kepada Datuk Najib dan Tan Sri Muhyiddin.

Di kalangan pembesar UMNO hanya Tan Sri Muhyiddin yang begitu berani dan berterus terang. Mungkin juga langkah ini adalah sebagai menghalang Tengku Razaleigh dari mencabar jawatan Presiden parti pada pemilihan akan datang.

Ada kalangan UMNO yang menyatakan sokongan kepada regu Tengku Razaleigh dan Muhyiddin untuk merebut jawatan presiden dan timbalan presiden dalam pemilihan Disember ini. Ada pula yang meramalkan Najib bersama Muhyiddin sebagai regu yang sesuai berdasarkan kedudukan mereka dalam parti ketika ini.

Kemungkinan perpecahan dalam parti sukar hendak dielakkan. Bila ada beberapa kem, akan wujud persaingan di kalangan mereka. Di peringkat bahagian ketika ini kempen telah bermula. Ahli UMNO seolah-olah lupa bahawa mereka baharu saja terkena bencana tsunami. Mereka begitu taksub untuk merebut jawatan dalam parti.

Bagi saya bencana tsunami baru-baru sepatutnya dijadikan hikmah untuk membetulkan parti bukannya berlumba-lumba merebut jawatan. Sekiranya metality ini tidak diubah, UMNO tak akan berubah, malah akan lebih parah.

Sewajarnya dalam keadaan politik UMNO yang kritikal ini, ahli UMNO bermula dari akar umbi mengunakan peluang pemilihan tahun ini memilih pemimpin yang benar-benar berwibawa dan mempunyai semangat juang yang tinggi bagi memulihkan UMNO dimata rakyat sebagai persediaan menghadapi PRU-ke13. Apakah ahli UMNO mampu mengenepikan kepentingan peribadi, politik wang dalam menghadapi pemilihan kali ini?

Keberanian Muhyiddin seharusnya dilihat dari sudut yang positif dalam memperbaiki UMNO yang semakin tenat, ditambah pula dengan kedegilan Presiden parti yang ingin bersemayam di Seri Perdana.

mengkuang said...

Dato'

Saya sangat bersetuju bahawa UMNO perlu bertindak segera. Pak Lah perlu meninggalkan kerusinya secepat mungkin. Tindakan pemulihan perlu dilakukan oleh orang lain bukannya Pak Lah.

Masaalahnya orang Johor saperti Dato' Shahrir dll perlu disedarkan. Cukup la politik ampu bodek ni. Beliau menyatakan 5% saja orang melayu kalih kepada pembangkang jadi apa nak susah, biarkan Pak Lah dengan agendanya. Dia lupa 5% itu lah yang menyebabkan UMNO kalah 30 kerusi Parlimen dan hampir 70 kerusi ADUN.
Kita faham la dia tak setuju dengan Tan Sri Mahyuddin.

Cabarannya setakatmana pemimpin UMNO khususnya yang duduk dalam MKT mahu berjuang dengan ikhlas tanpa kepentingan diri! kalau ahli MKT sayangkan parti, saya rasa soal peralihan kuasa ni senang dan amat cepat boleh dilakukan di sebalik empat dinding.

Kami di Kedah menyokong Tan Sri Mahyuddin!

Ahmad said...

Dulu semasa Tg Razaleigh buat EGM di gua musang dan meminta semua bahagian UMNO buat EGM disebabkan ketenatan akar umbi dan hala tuju UMNO, ia diperlekehkan .. tidak tenat katanya, akar umbi ok … hanya Gua Musang yg tahu apa dimaksudkan .. katanya lebih kurang. Sekarang …!!!?

Tidakkah ini menunujukkan Tg Razaleigh itu berpandangan lebih jauh dan pengamatan yg lebih tajam? Lebih prihatin, lebih berkempimpinan, lebih proaktif dan berani dari yg lain-lainya (dan tidak bermuka2 ..)… demi untuk UMNo, Melayu dan Malaysia?

Tg Razaleigh tampak lebih matang dan arif tentang gejala yang menimpa, tentang seriousness, urgency dan survival for relevancy untuk rakyat semua.

Ataupun Mahyudin meletakkan dirinya lebih penting dari UMNo (terpaksa bermuka2 sementara .. ) jadi hanya berani bersuara ke atas PM setelah mendengar desas desus kuat tentang ramai menyokongnya ke tempat teratas? Baru berani setelah menyaksikan dan mendengar sendiri jeritan akar umbi!!?

Walau macamana pun gandingan Tg Razaleigh sebagai PM dan Mahyudin sebagai naib PM akan membawa perubahan besar dalam UMNo dan BN … seterusnya Malaysia, untuk semua kaum .. bangsa Malaysia. 80:20 keatas Anwar Ibrahim and the gang.

Kalau Mahyudin sebagai PM … belum mampu melawan arus pengalaman dan aura Anwar Ibrahim. 40:60 rasanya.

Kalau Najib, lagi teruk … 30:70 .. mungkin kurang!

Apa yg dijuangkan oleh Anwar Ibrahim memang menarik untuk semua termasuk utk melayu. Tetapi kalau diteliti hasil EGM gua musang .. saya yakin ia jauh lebih menarik, padat dan padu .. tahniah Gua Musang!!

Tg Razaleigh selepas menyelamatkan UMNo dan menyelamatkan BN pada pilihanraya akan datang dgn majoriti besar pastinya, saya yakin akan melepaskan Presidenship and PMship kpd Mahyudin. Ku Li tak tamak.

Jangan disebabkab Tg Razaleigh bukan dikalangan ahli majlis tertinggi … maka usaha dan ketulusan beliau di ketepikan …. terasa tercabar mungkin atau lebih kepada klik masing2!!? EGO kan!!? Bukankah EGO antara punca besar UMNO dan BN ditolak rakyat…!!?

PUREHADHARIST said...

Salam Datuk,

Bagi saya, untuk memulihkan UMNO, Umno mesti jadi parti yang "popular" atau menjadi parti "populist" dengan meneliti apa yang rakyat terbanyak inginkan. Dalam waktu terdekat ini, jangan hanya bicara hal ehwal menawarkan diri untuk bertanding dalam pemilihan ddisember nanti! Rakyat dah meluat dan jenuh dengar pasal tu.

Kerajaan Negeri yang diperintah parti pembangkang sudah laju kehadapan dan terus menjadi popular. Apa penting menjadi popular? Mestilah sebab dalam sistem demokrasi, populariti penting. BN merosot prestasinya kerana sudah hilang popularitinya. Ke mana pergi populariti itu? Ia hilang disebabkan rakyat merasakan UMNO atau BN tidak dapat diharapkan lagi membela nasib mereka dan yang lebih penting lagi nasib Negara!

Apa salahnya Umno secara segera mengambil semua punca kekalahan dan mengatasinya secara segera termasuk menukar kepimpinan. Tetapi sebenarnya, ada satu perkara yang saya rasa jika dibuat, Pak Lah buat masa ini tidak perlu berundur dulu iaitu, mengakui bahawa KJ lah yang mempengaruhi segala keputusan pemerintah dan mulai saat ini, Pak Lah telah akur dan tidak lagi mendengar nasihat menantunya itu. Dalam keadaan ini, populariti Pak Lah akan naik dan UMNO akan sedikit pulih. Sebenarnya, kalau pun KJ tidak mempengaruhi Pak Lah, tetapi demi menjadi popular semula, kenyataan itu wajib dibuat juga walaupun ia mengorbankan populariti KJ sebab rakyat walau macamana pun tidak yakin KJ tidak campurtangan.

Isu-isu lain seperti harga minyak dsb juga perlu diambil perhatian. Tolong umumkan sesuatu yang rakyat mendapat manfaat secara langsung dan segera seperti menghapuskan saman ke,membuka semula skim biasiswa sepenuhnya kepada pelajar ipta, menganugerahkan tempat kediaman kepada rakyat termiskin dan macam-macam lagilah takkan itu pun Pak Lah tak boleh fikir.

Do something for the people!

MoDeraToR said...

semoga lebih ramai lagi pemimpin umno yg. Berani mcm. TMY. Kita harus percepatkan peralihan kuasa kpd. Najib...utk. Memulihkan semangat Umno

fairuz said...

Ketelusan para pemimpin BN menyatakan pandangan (seperti Muhyidddin) wajar dicontohi dan bukannya di kutuk oleh ahli BN sendiri semata2 menjaga para pemimpin lain..dan bukannye menjaga parti BN itu sendiri.

dokmat said...

Peralihan kuasa daripada Abdullah kepada Najib adalah bersamaan dgn peralihan FAKTOR YG MENYEBABKAN KEKALAHAN BN daripada:

1.KERAJAAN TIGA BERANAK (meminjam istilah Zaharin sang kelembai)

kepada:

1.ALTANTUYA
2.C4
3.ROSMAH KAKI MELARAM YG LAKINYA SURUH RAKYAT UBAH CARA HIDUP.
4.RAZAK BAGINDA
5.KOMISEN KAPAL SELAM
6.KOMISEN SUKHOI
7.SKANDAL SEKS
8.ZIANA ZAIN
9.DLL

Mengapa tidak Muhyiddin?

zigzax said...

Assalammualaikum,
Memang benar ia adalah satu musibah yg amat membimbangkan...tahniahlah kerana ramai dari pemimpin kita dah sedar bahawa ia merupakan satu musibah, tapi apa yg pemimpin kita telah buat utk mengatasinya?
Setakat bercakap? setakat mengeluh? Seseorang harus bertanggungjawab atas kekalahan dan musibah ini,dlm setiap perkara yg berlaku mesti ada seseorg yg dipertanggungjawabkan..Contohnya Kalau sesuatu masakan direstoran itu tidak sedap,siapa harus betanggungjwb? mesti lah chef atau tukang masak,takkanlah kita nak salahkan pelayan restoran pulak...
Jadi dlm kekalahan dan musibah ini PM paklah mesti bertanggungjwb!! jangan nak kata ahli umno yg sabotaj.Dlm PRU 2004 BN menang besar,dpt mandat besar,paklah kata dia betanggungjwb,kerja keras dia,oklah ,layaklah dia jadi PM,tp kali ni,kalah teruk,6 negeri dah pg kpd pembangkang,negeri dia sendiri pun kalah,takkan dia tak faham lagi apa yang harus dia buat?? Letaklah jawatan....takkan dia ni tak faham2,atau buat2 tak faham,buat2 pekak,buat2 bodoh...Rakyat dah tak suka,dah meluat,dah menyampah...
Jangan lah dok kata saya dpt sokongan besar,jangan lah dok mengarut kata ramai pemimpin umno masih sokong saya,itu pemimpin yg ada disekeliling dia yg dok bodek,dok ampu,dok kata YES all the time,tp akar umbi dah tak nak,akar umbi dah menyampah..Suara siapa yg lebih penting sekarang? suara pemimpin yg dok ampu yg jumlahnya kecil atau suara akarumbi yg amat besar gelombangnya ini.
Rakyat dah muak dengan gelagat pak lah,cakap pasal islam hadari,tp tak cermin diri sendiri dulu atas apa yg dia telah buat,isteri tak bertudung,anak pun mcm tu,pegang tangan artis wanita bukan islam dan bukan muhrim,suka cakap bohong pada rakyat,cakap syt anaknya SCOMI tak terlibat dlm projek dlm negeri,semua projek luar negeri,tp besoknya dlm paper kata SCOMI dpt projek di penang.Walaupun org kata itu isu kecik,isu remeh temeh,isu terpencil,tp impaknya tetap besar,masalah murtad tak dapat diatasi,masalah sosial lagi teruk, sebab dia dok chanang dia pemimpin islam hadari,pemimpin OIC,pemimpin islam ni mesti jujur dan bersih
Rakyat juga menyampah dgn menantunya KJ yg berlagak,sombong,angkuh,yg cuba nak tunjuk pandai dlm politik,tunjuk pandai dlm umno,malah tunjuk pandai dlm pentabiran kerajaan.
Paklah pun lambat utk buat keputusan dlm byk perkara,harga brg yg melambung naik,harga petrol yg naik,yg tertekan ialah rakyat,yg menderita ialah rakyat,bukan menteri yg susah,bukan keluarga dia yg susah, serta byk isu2 lain lagi.....
Jadi utk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap umno dan BN,untuk membuang musibah ini dari berpanjangan,Paklah mesti lah berundur dgn kadar yg segera tanpa dakwa dakwi lagi,tapi kalau nak musibah yg lebih buruk melanda pd masa akan datang atau pd PRU yg akan datang,paklah pekak kan lah telinga,jangan dengar suara rakyat,dan duduklah kat pejabat PM tu utkj 4-5 tahun lagi...dan tunggulah akibatnya.
Renung2kan dan selamat beramal.

nanang said...

Salam Dato,
PRU12 memang satu musibah bagi BN. Tapi saya lebih bimbang mengenai nasib orang melayu. Meskipun bilangan ahli parlimen melayu bertambah dari 120 pada PRU11 ke 121 tapi mereka bukan dalam satu `pakatan' yang boleh bekerjasama bagi membela nasib orang melayu.
Umpama menang sorak tapi kampong tergadai.
UMNO masih relevan. Yang tak relevan mungkin pemikiran dan hala tuju mereka yang diberi tanggungjawab untuk memimpin UMNO.

Hang-Jebat said...

Tuan Hamba,

Hamba dapat merasakan TSMY telahpun mengikut pesanan Mufti Perlis untuk bertaubat Nasuha. Semoga Allah SWT menerima taubatnya. Amin.
Jelas sekali, TSMY telah bangun dari tidur. TSMY telahpun menyuarakan suara akar umbi parti. Tidak dinafikan sememang ahli parti berasa kurang senang dengan keadaan sekarang. Ini dapat dirasai dengan tindak tanduk pemimpin utama parti yang bagai dicucuk hidungnya. Oleh siapa? Tuan Hamba pun tahu. Walaubagaimanapun, bukan rakyat atau ahli parti untuk dipertanggungjawabkan. Bukan rakyat yang membatalkan Projek Jambatan Bengkok. Bukan rakyat yang gagal mengawal harga barang runcit. Kini adakah mereka sedar dan insaf serta mahu bertaubat? Sebab itu Hamba puji TSMY berani dengan nada lantang untuk UMNO bertukar pucuk kepimpinan. Walaupun hamba tau penggantinya juga mempunyai banyak sejarah hitam. Tapi, insya-allah rakyat boleh beri beliau peluang untuk bertaubat. Sedangkan Nabi Ampunkan ummatnya. Inikan saudara se-Islam kita memohan ampun dan maaf kepada rakyat di atas salah laku mereka sebelum ini. Rakyat akan beri peluang beliau untuk mencorakkan agenda melayu bersatu. Rakyat akan beri peluang beliau meng'integrasikan' nasional. Beliau adalah pemimpin untuk Malaysia. Bukan hanya bapa mertua atau bapa kandung anak-anaknya. Beliau adalah Ketua Negara dalam berlembangaan untuk Malaysia merangkumi Semenanjung, Sabah dan Serawak. Beliau Pemimpin untuk Bangsa Melayu, Cina, India, Iban, Bidayuh, Kadazan, dll. Wajib bagi beliau memastikan semua rakyat mendapat hak yang telah diperakui dalam perlembagaan negara.
Jebat berdoa moga-moga dibukakan hati mereka untuk betul betul insaf dan bertaubat nasuha. Insya-Allah, tiada lagi rakyat "penderhaka" atau "penentang" di masa akan datang.

Khairul said...

TSMY sedang kempen untuk jawatan TPM...itu saja.
Dalam umno semua orang boleh cakap dan pandai bercakap. Malangnya tak jumpa orang yang boleh buat...aku letih dengan RETORIKA.

pak tam said...

salam semua,

rakyat sebenarnya dah bijak, dah faham keadaan semasa yang berlaku.
Sebenarnya Bn dibawah pimpinan Abdullah Badwi dan pembesarnya tidak pernah menghargai undi yang telah diberikan pada PRU11. Hanya mereka tahu, bagaimana mahu mengekalkan kedudukan masing2 dengan menghalalkan apa cara sekali pun untuk berkuasa.

salam ta'zim

Pinggan Expert said...

Satu ulasan yang dipetik dari blog http://radzijidin.wordpress.com/

Muhyiddin Membakar Dirinya Untuk UMNO

Selepas temuramah Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Utusan Malaysia disiarkan hari Ahad lalu [lihat disini], pelbagai reaksi dari pemimpin pelbagai peringkat diterima. Ada yang bersetuju, ada yang tidak, ada yang menyindir, ada yang memandir.

Apa yang menjadi tumpuan tentang komen beliau agar peralihan kuasa didalam UMNO dibuat secepat mungkin. Ada yang menyatakan Muhyiddin tidak sepatutnya berkata demikian. Tidak kurang juga yang menyatakan Muhyiddin menyusun langkah untuk bertanding jawatan lebih tinggi. Biasalah pengulas politik, setiap yang keluar dari mulut seseorang itu akan cuba diulas dari pelbagai perspektif. Maka keluarlah seribu satu analisa mengapa Muhyiddin berbuat demikian.

Akhbar Utusan hari ini menyiarkan komen Muhyiddin bahawa beliau tiada niat untuk menentang Dato’ Seri Abdullah Abdullah bagi jawatan Presiden atau Dato’ Seri Najib bagi jawatn Timbalan Presiden UMNO [lihat disini] . Menurut beliau, dalam senario politik yang meruncing, kebenaran terpaksa dinyatakan untuk membangkitkan kesedaran orang Melayu. Menurutnya lagi, “Tiada motif politik, niat saya ikhlas dan bukan tujuan saya untuk bertanding lawan Presiden, Pak Lah atau bertanding lawan Timbalan Presiden, Datuk Seri Najib, itu bukan niat saya”. Beliau menegaskan “Saya melihat apabila diperlukan, dalam keadaan yang kritikal supaya Melayu tidak terjerumus masuk gaung sampai tak bangun lagi, saya perlu bercakap,”

Itulah ulasan Muhyiddin. Bagi beliau, walaupun pahit, kebenaran mesti dinyatakan sebelum ianya terlambat. Beliau hanya menyampaikan luahan akar-umbi. Kenyataan yang dibuat bukanlah satu kenyataan yang “digagahi” sebab-sebab tertentu.

Sekiranya lebih ramai pemimpin UMNO bersikap seperti Muhyiddin, InsyaAllah pemulihan UMNO akan lebih cepat dan sokongan rakyat kepada UMNO akan kembali. Tetapi, beranikah pemimpin-pemimpin lain menentang arus???

Sanggupkah pemimipin-pemimpin lain menjadi tidak popular pada pandangan Presiden UMNO. Sanggupkah mereka menyatakan kebenaran. Jika dilihat perkembangan setakat ini, tidak ramai yang berani. Masing-masing menjaga jawatan dan kedudukan masing-masing. Ialah, siapa sanggup terlepas jawatan Menteri, Ahli Parlimen, ADUN, jawatan-jawatan politik lain dan terlepas projek-projek berkaitan semata-mata berpegang kepada prinsip.

Diantara pendapat atau pendapatan, Muhyiddin memilih pendapat. Namun kebanyakkan pemimpin lain memilih pendapatan. Apapun, itu hak mereka. Rakyat akan menunjukkan hak mereka didalam pilihanraya akan datang!

nakhoda said...

Saya baca macam-macam komen mengenai Muhyiddin bila beliau menyuarakan kebenaran pasal UMNO yang kini lemah dan ranah.

Saya salute Muhyiddin. Beliau berani bersuara lantang menyatakan yang pahit dan getir kepada pucuk pimpinan UMNO ketika ini.

Kalau saya Najib atau Abdullah, tentu saya tersindir dengan kenyataan dan tindakan Muhyiddin. Kalau saya Najib atau Abdullah, tentu saya beri tugas secara rasmi supaya Muhyiddin mengetuai pasukan untuk mereformasikan UMNO.

Saya faham kenapa Najib tidak rasa tersindir. Anda tau sebabnya dan banyak pihak maklum akan sebab itu. Tapi, inikah cara orang No. 2 negara dan parti? Asyik nak play safe. Dalam keadaan rakyat dan warga UMNO mendesak Abdullah pergi, Najib diam diri. Kalau macam gitu, lebih baik Najib terus pergi sama-sama Abdullah.

Abdullah memang dah alah bisa tegal biasa dengan masalah dan hati nurani rakyat. Beliau memang dah jadi macam boneka. Siapa penggerak boneka ini saya tak pasti. Pokoknya Abdullah dah macam jadi patung hidup. Beliau tak sensitif kepada keadaan sekeliling, apatah lagi memahami hati nurani rakyat. Lebih cepat beliau undur diri, lebih cepat UMNO dan negara boleh di pulihkan.

Yang teruknya Muhyiddin. Beliau buat kenyataan, ada orang kata dia lebih sudu dari kuah. Beliau nak bertindak, ada orang kata beliau nak menunjuk-nunjuk. Dalam hal gitu, beliau pun ambil risiko. Bukan dari tindakan rakyat, tapi tindakan orang atasannya, termasuk Najib.

Kepada orang Melayu dan UMNO, apa yang Muhyiddin buat adalah yang sebetulnya perlu dilakukan. Kita orang UMNO sokong Muhyiddin. Silap-silap haribulan, kita mandikan Najib sama-sama dengan Abdullah. Biarlah Muhyiddin atau Tengku Razaleigh dengan Muhyiddin betulkan UMNO dan negara yang punah ranah. Dalam keadaan apa pun, Muhyiddin buat apa yang wajar. Kita semua kena sokong dan bersama-sama beliau betulkan UMNO!

ringgit said...

Yang pasti majoriti akan menang degan minoriti = itu fatkta yg benar

Belajar dari sejarah dari tamadun yang hebat.:

Bukan Brutus tak sayangkan Julius Caesar tapi lebih menyayangi Rome....

Marcus Junius Brutus Caepio (c.85-42): Roman politician, murderer of Gaius Julius Caesar and one of the last defenders of the republic.
Marcus Junius Brutus was born in or about 85 BCE, as the eldest son of a Roman politician with the same name, a man who never made it to the top. Father Brutus was killed in 78 by Gnaeus Pompey, a young general who was to become famous. The boy was educated by the half-brother of his mother Servilia, Marcus Porcius Cato, and later adopted by a relative of his mother, Quintus Servilius Caepio. To honor his adoptive father, the young man started to call himself Marcus Junius Brutus Caepio.


Begitu juga kisah...

Khalifah Khalid Al-Walid dilantik menjadi penglima perang ketika menganti Umar Al-Khatab... revolusi

Hebatnya Empayar Uthmaniyyah...akhirnya tumbang dan bangkit revolusi Kamal Altartuk


Kebangkitan revolusi Perancis..Napoleon Bonaparte yang amat hebat: Pengulingan sistem beraja Sepanyol oleh tentera Perancis yang diketuai Napoleon pada tahun 1808 memperkuatkan gerakan kemerdekaan di Amerika Selatan

Begitu juga reformasi Jerman diera Hitler (parti NAZI) yg dianggap hebat ketika itu..

Jadi kalau `THINK TANK" Umno dan PKR masih lembab untuk berfikir gugurlah dari kumpulan itu...

kudakepang said...

Di bawah ini saya siarkan komen daripada Kaki Bull Doze yang dikirimkan ke blog ini. Oleh kerana tanpa sebarang niat negatif, saya telah reject komen tersebut secara tak sengaja, saya siarkan semula komen itu untuk tatapan kita semua. Jutaan maaf kepada Kaki Bull Doze. – Ruhanie Ahmad.

Kaki Bulldoze: Menurut permerhatian saya, UMNO tak lah kalah teruk sangat dan BN tidak akan kehilangan 2/3 majority jika MCA, MIC dan Gerakan tidak kalah kerusi-kerusi DUN dan Parlimen mereka. Isu politik perkauman di dlm PRU12 sudah terlalu banyak diulas dan saya rasa tidak perlulah saya membuat ulasan mengenainya. Juga tentang isu nasional yang sudah jelak diperkatakan oleh rakyat seperti kenaikan harga petrol, barang keperluan, kronisme, isu KJ dan banyak lagi. Saya tak nafikan memang UMNO perlukan perubahan dalam menagani masalah ini untuk terus relevan yang juga telah banyak diperkatakan. Kalau orang yang berada di dalam kesusahan melampau kerana ketiadaan wang, kesempitan wang; apa yang diperlukan oleh orang ini ialah mengira duit di poketnya untuk berbuat sesuatu dan bukannya menyibuk tentang berapakah duit yang ada di poket orang lain (maksud saya duit di poket orang yg berduit). Inilah pemikiran "out of the box" yang perlu difikirkan oleh orang Melayu/UMNO iaitu fikirkan tentang kelemahan diri sendiri dan perbaiki kelemahan itu dari menyibok tentang urusan PKR la, DAP ke atau PAS. PKR ke, DAP ke atau PAS (PAS ada bagus sikit sebab dia orang agak konsisten) bukan la bagus sangat untuk dirisaukan, pada saya dia orang sementara je...dan kita semua patut "sit down and relax" tengok je apa yang dia orang nak buat dengan janji-janji dia orang tu. Kita bagi dia orang peluang memerintah di 5 negeri tu, janganlah melayu ni cepat melatah dan mengelabah tak tentu pasal tentang ketuanan melayu la. Kita orang ni rakyat biasa dah bosan dengan denial, salah menyalah la, dan entah apa-apa lagi yang pemimpin UMNO/Melayu sogokkan sekian kali di akbar arus perdana. Ini bukanlah bermakna saya menyokong pembangkang, tetapi saya menyokong sesiapa saja yang dapat menolong kami ni rakyat biasa yang mangkin lapar sedangkan orang politik cuma boleh cakap "rakyat harus berkorban" dan "subsidi itu dan ini sudah tidak dapat lagi di tampung oleh kerajaan. Ini apa ni.. Apalah maknanya petrol naik katakan 30 sen kepada mereka-mereka yang ada kekayaan 30 ke, 40 ke, 400 juta ringgit berbanding rakyat yang berpendapatan RM 2-3,000 sebulan. Apa perasaan mereka-mereka ni yang ada rumah besar bernilai RM 20 juta ke terhadap rakyat biasa yang hendak beli rumah teres RM 80,000 tetapi perlukan pinjaman di mana pihak bank perlukan macam-macam dokumen macam la semua rakyat Malaysia ni teruk sangat tak mampu bayar pinjaman rumah (kekadang tu dokumen entah macam-macam tak masuk lagi dengan penjamin). Kita orang rakyat biasa dah bosan, kau orang ada rumah berjuta ringgit sedangkan kita ni nak dapatkan pinjaman rumah kecil separuh nak mati melalui kesusahan ini. Tolonglah perbetulkan kesilapan-kesilapan ini, kekayaan negara ni untuk dikongsi bersama rakyat tak kira bangsa dan agama. Inilah pemikiran "out of the box" yang mesti dilihat oleh pemimpin kita. Salam - 5:34 PM

lamandau said...

Sudah banyak yang diperkatakan peyebab kekalahan besar BN dalam PRU 12. Semua pemimpin BN memang tahu dan sedar akan sebab-musababnya akan tetapi kerana sindrom ABS (asal bapa senang) begitu menebal dikalangan mereka maka tiada yang berani menemplak PM!!! Memang saya amat setuju rintihan TS Muhyiddin kekalahan PRU 12 sebagai “musibah yang amat membimbangkan dan cukup bahaya.”
Tetapi mengapa MT UMNO membiarkan pak lah dalam keadaan "state of denial" tanpa menegur atau memberikata dua (kalau berani!). Adakah luahan TS Muhhyiddin ini bergema juga dala dua mesyuarat MT yang lepas? Kalau dalam MT pun TS Muhyiddin bersuara sama, saya tabek dan respek!!

Saya juga mempunyai'toyol code' sendiri keatas kepimpinan negara , Datuk. Kalausaya ucapkan ini, mungkin TS Muhyiddin akan tahu id saya!! Beliau ialah Perdana Menteri kita dalam sedikit masa lagi!!!! Toyol code saya menceritakan bahawa DS N tidak mungkin akan capai idaman nya untuk menjadi PM. Nampaknya the coast is getting clearer for TS Muhyiddin. Saya akan cerita lebih lanjut , apabila kita jumpa, Datuk!!!

wira said...

Salam Datuk,

Memang musibah yang mempunyai hikmat jika kita sedar dan tidak sombong. Ini masanya kita merapatkan barisan dan perlu sembahayang istikharah untuk mendapatkan arahtuju. Komen Tok Guru Nik Aziz supaya UMNO, PAS dan PKR muhasabah sebagai satu tim adalah satu cadangan yang baik yang patut di cuba untuk menjaga martabat melayu.

Ikhlas dari kawan lama DIO