Wednesday, April 02, 2008

Delegasi Bekas Ahli Parlimen Akan Desak Abdullah Letak Jawatan?

PRU12 sudah berlalu. Taufan dan gelora yang mengiringi keputusannya kelihatan mula reda. Tetapi, arus bawahnya masih terus menggelegak. Keadaan ini dipercayai tidak akan tenang selagi Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi belum mengundurkan diri sebagai Perdana Menteri secara berhemah, segera, aman dan sukarela.

Lantaran itulah sentiasa terdapat usaha ke arah perletakan jawatan Abdullah. Hari ini, 2 April 2008, sekumpulan bekas Ahli Parlimen Malaysia, termasuklah sebilangan besar mantan menteri sejak era Tun Razak Hussein, berhimpun di Memorial Tun Hussein Onn, Kuala Lumpur, untuk mencapai keputusan mengirimkan satu delegasi menemui Abdullah dalam tempoh terdekat ini.

Delegasi tersebut akan membawa mandat daripada kumpulan berkenaan yang meminta dan mendesak Abdullah mengosongkan jawatan Perdana Menteri dengan seberapa segera demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

Semalam, kira-kira 3,000 rakyat jelata, majoritinya ahli UMNO dari seluruh negara telah berpusu-pusu datang ke Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, untuk mengikuti Forum UMNO Pasca PRU12.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberikan ucaptama di majlis berkenaan. Panelis forum pula terdiri daripada mantan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Khir Toyo, Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir dan Ahli Parlimen Baru Pahat, Datuk Dr. Fuad Zarkashi.

Tun Mahathir dan seluruh anggota panel berpendapat, sekarang adalah masanya untuk mereformasikan UMNO secara ikhlas dan jujur. Usaha ini perlu dijalankan secara bijaksana dan bukannya atas dorongan emosi.

Sementara itu, saya memohon jutaan maaf kepada para pengunjung blog ini kerana kebelakangan ini saya tidak mampu melayani setiap komen anda secara peribadi. Ini bukan kerana saya penat, lelah atau putus asa terhadap perkembangan mutakhir. Sebaliknya, kerana saya sedang menumpukan sepenuh tenaga dan minda untuk menjalankan kajian ringkas terhadap PRU12 bagi menyiapkan satu buku mengenainya.

Secara umumnya, buku ini akan menjejakki Abdullah sejak hari pertama beliau jadi Perdana Menteri pada 31 Oktober 2003, hinggalah ke hari beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri sesudah PRU12 baru-baru ini.

Anda yang sudi menyumbangkan idea kepada buku ini saya dahului dengan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih. Insya Allah, buku ini akan berada dalam pasaran selewat-lewatnya pada minggu ketiga bulan ini. – Ruhanie Ahmad

27 comments:

Detguaq said...

Salam Bro Ron,

Saya adalah antara yg hadir dlm forum berkenaan. Apa yang saya mushkilkan sangat ialah mengenai kononnya org2 Johor menolak jambatan indah. Betulkah begitu? Bila pula masanya rakyat Johor mengundi untuk pembatalannya sehingga keluar kenyataan dari DSAAB?

mn said...

A.kum Datuk,

Ok Datuk, berikut saya turunkan data-data yang berhubung kait dengan PM:

1. Kulit lain hati lain - Saya merasa sungguh terkilan bila jangkaan awal beliau akan menjadi seorang PM yang terbaik akhirnya bukan terbaik tetapi terburuk sekali.

sebagai seorang anak kepada Ulamak Kepala Batas yang termashur dan back ground pula dalam Pengajian Islam, amat sukar sekali untuk saya mempercayai bahawa pembawaan Pak Lah adalah seperti yang kita lihat pada hari ini.

2. Kesilapan besarnya - Ialah memperkenalkan 'Islam Hadhari'. Sepatutnya beliau tidak perlu menimbulkan isu itu. Ia bukan sekadar membantu beliau tetapi merosakan lagi dirinya dan persepsi umat Islam di Malaysia.

3. Hangat-hangat tahi ayam - Masih segar semasa beliau mula-mula berkuasa dimana tindakan yang mengejutkan apabila mendakwa Tan Sri Kasitah Gadam dan Tan Sri eric Chia. Selepas itu terus senyap tiada lagi tangkapan keatas 'Jerung' yang terlibat dengan rasuah. Disebaliknya keluarga dan kroninya dilihat mengamalkan amalan rasuah yang paling dahsyat diwaktu ini.

4. Tidak percaya pada diri sendiri - Terlalu bergantung kepada orang lain dalam membuat sesuatu keputusan.

5. Takut pada bayang Mahathir - Tidak dinafikan bayang-bayang Mahathir sentiasa mengikut dirinya sama ada dalam Parti mahupun dalam Kerajaan. Ini menjadikan dirinya dan kerajaannya tidak bermaya.

6. Pengganti Endon - Yang lepas biarlah lepas. Kenapa tidak memilih pengganti seorang wanita Melayu yang ada nilai-nilai Agama dan budaya Melayu.

7. Faktor KJ - Sepatutnya beliau yang mengawal KJ dan bukan KJ yang mengawal dirinya. Tidak salah jika KJ hendak membina kerjaya politiknya tetapi jangan libatkan PM. Berdiri dan berjalanlah dengan kaki sendiri.

Walaubagaimanapun PM ada juga kebaikannya:

1. Lebih bebas bersuara
2. Dasar pertaniannya banyak membantu orang Melayu menjadi pengusaha dan peniaga produk pertanian dan makanan.
3. Kenaikan gaji kakitangan kerajaan yang tertingi dalam sejarah. Tetapi punah dan musnah sekelip mata apabila kenaikan harga barang yang semakin menjadi-jadi. Dimana kerajaan langsung tidak boleh berbuat apa-apa.

Itu sahaja daripada saya Datuk. Selamat menyunting, menyusun dan menerbit.

Nanti tolong emailkan saya satu copy. Terima kasih Datuk.

http://www.penyokong-kj.blogspot.com

pak tam said...

salam semua...

sebenar org johor nak jambatan indah tu, sebab dah sesak dada tgk tambak johor tu, pencemaran laut sebab pengaliran air laut tersekat oleh tambak , dah naik loya kalau tengok kat situ, termasuk bau....sebenar dgn ada jambatan indah tu , kuranglah pencemaran laut dan kesesakan jalan di bandar johor....

Letting the time pass me by said...

Dulu semasa UMNO dibawah Mahathir, saya melihat UMNO sebagai sebuah parti yang hebat... Saya bukanlah seorang penyokong Mahathir atau peminat Mahathir, tetapi saya menghormati cara beliau bekerja...

Zaman beliau penuh dengan sensasi, cabaran oleh Ku Li, kes Tun Salleh Abas, UMNO diharamkan, kes Anwar, krisis kewangan dan pelbagai lagi.

Sekarang, saya melihat UMNO, merosot dengan agak drastik... Sebagai sebuah parti, jatuh bangun mestila bersama, tetapi tidak bermakna pemimpin terus memegang kuasa... Jika perlu pucuk pimpinan baru, atau perubahan baru, kena la buat...

Bayangkanla daripada majoriti parlimen 90% kini merosot kurang dari 2/3, ianya sememangnya sesuatu yang tidak terduga...

Apa yang akan berlaku kepada UMNO selepas ini? Saya rasa majoriti Rakyat Malaysia ingin melihat perubahan pimpinan yang lebih dinamik... Tetapi mampukah UMNO melakukannya?

Fikir Tajam said...

Salam hormat Datuk Ron,

Tahniah kerana berusaha gigih menggelintar maklumat dan mencerna minda bagi menghasilkan sebuah kajian sahsiah penuh kredibiliti.

Saya sanjung usaha murni Datuk lantaran negara kita hampir ketandusan pemikir yang sanggup berhempas pulas, bersengkang mata, membaca segala yang tersurat dan tersirat buat tatapan anak watan malah demi mengungkapkan sebuah analisis secara tuntas buat tanahair leluhur nan tercinta.

Barangkali ada baiknya para profesor di universiti turut sama merungkai segala permasalahan politik semasa yang mana secara langsungnya melibatkan masa depan generasi muda dan pewaris bangsa.

Apakah lantaran dek terimbau ganjaran gaji dan elaun yang agak lumayan maka menjumudkan pemikiran terbuka merentasi bidang melangkaui minda Rakyat biasa.

Tahniah sekali lagi Datuk atas usaha ini. Malah GAPENA sendiri hanya sekadar mampu melakar secebis ulasan oleh Sang Penditanya tanpa apa-apa wadah mahupun gagasan idea yang membina secara konkrit lagi realistik.

Hari ini terlalu ramai penulis yang 'melacurkan' tinta demi wang ringgit. Justeru tidaklah menghairankan karya picisan, novel tak ketentuhaluan membanjiri pasaran hinggakan Kementerian Pelajaran (Pendidikan) sendiri teruja untuk menggantikan bahan bacaan popular tersebut menggantikan karya para Sasterawan Negara yang tersohor lagi bertaburan budinya!

Para pembesar (meminjam kata Sdr Kadir Jasin) semakin dibelenggu sindrom penafian yang kronik malah lebih parah lagi menipu diri sendiri untuk menyedapkan rasa melegakan kepala. Masalah tidak ditelusuri pada akarnya. Mereka tetap tegar dengan pandangan dan fahaman jumud membenteng diri menghias peribadi dengan lembaran kepalsuan yang jelek lagi nyata.

Hari ini MKT UMNO telah dikuasai oleh elemen Mosad dan komunis. Gestapo ada di mana-mana. Kejatidirian tidak lagi diutama. Kelestarian kuasa dan kedudukan yang lebih utama. Anehnya 'manusia' sebegini masih memekikkan 'modal insan', 'integriti', malah 'mendengar rintihan Rakyat bawahan sana!'. Seloka apa hendak diberikan nama?

Rakyat telahpun mengungkapkan kata menzahirkan rasa. Memang kita bicara tanpa paramastera. Bahasa rakyat bahasa jiwa. Bahasa pembesar bahasa nafsu merajalela!

Hari ini berita Melaka FM merakamkan Ali Rustam yang masih terus-terusan menyalak mempertahankan kedudukan diri. Kononnya suara hati Rakyat yang ingin didengari daripada membincangkan soal kuota pencalonan meneraju MKT. Jelas terlihat wajah gerun bagi menghadapi realiti Disember ini. Siap kau Ali. Habiskan wang 400 juta untuk sungai sekangkang kera yang akhirnya dikuasai Betty DAP. Mana nak taruh muka pada Rakyat di ceruk desa Kuala Sungga, Ulu Seraja, Solok Gaung, Tambak Paya, dan banyak lagi. Melaka Maju 2010 hanya ilusi!

Berira RTM pagi hari ini, "Dolah tetap tak kan lari dari tanggungjawab". Lawak apa ini Dolah? Sejak bila pula kau kenal tanggungjawab?

Bertanggungjawabkah kau Dolah kalau:

1. Sebok menghias Seri Perdana sebelum memasukinya mencecah RM 20 juta. Macamlah kami Rakyat tak reti yang mangkuk tandas YB Tun kau tak sudi?

2. Meluru arahkan Datuk Seri Azmi Khalid memohon maaf hingga ke China sedangkan wanita ketuk ketampi bogel tu Melayu asli. What the shame!

3. Membiarkan Singapura memperkotak-katikkan Malaysia hinggakan nak bina jambatan di kawasan sendiri pun tak boleh. Apa punya bangsat balaci Dolah ni?

4. Tak pernah merundingkan harga air dengan Singapura sejak menjadi PM. Main golf dan makan durian ada lah..

5. Menyembah Singapura dan melibatkan Menteri mereka secara langsung dalam pembangunan WPI walhal kita bisa saja membangunkannya sendiri sebagaimana Cyberjaya, Putrajaya dan MSC. Pemikiran hamba abdi betul kau Dolah!

6. Memperkenalkan Islam Hadhari yang kononnya bisa membawa kesejahteraan buat Rakyat malah dunia seluruhnya. Pembohongan apa kau bawa ni Dolah? Kalu benar kau hebat, Islam Hadhari kau tu hebat membawa rahmat pasti PU baru ni sapu habis semua kerusi. Ni terbalik pulak. Fikir-fikirkanlah. Atau Tuhan utus saja kau sebagai nabi buat umat manusia. Tapi lihatlah lain yang dikata lain yang dikota.

7. Mengurus negara secara 'lasser-fair', tunggang-langgang, kerap cakap berulang-ulang, memberi kepercayaan kepada pengkhianat seperti Kalimullah menguasai media memutarbelit fakta dan berita.

8. Merelakan anak menantu dan rakan niaga mereka, Patrick Lim berleluasa mengganyang khazanah negara, melanyak habis-habisan wang ehsan RM 1.2 bilion setahun selama kau berkuasa. Apa punya gila kau ni Dolah?

9. Asyik menyalak, "pertanian itu perniagaan" tapi rata-rata kawasan kampung baik di Rembau mahupun di Kepala Batas Hotak kau sendiri masih penuh semak samun. Berbeza jauh sekali tatkala Allahyarham Tun Razak melancarkan Bumi Hijau dulu kesannya merata sampai ke ceruk-ceruk kampung orang bertani.

10. Melengking suara melontarkan puisi "ku cari damai abadi" sedangkan:

a) tatkala Rakyat Johor ditimpa bencana banjir yang dahsyat kau masih sempat berpoya-poya di atas kapal mewah dengan Todt dan Michelle (Todt sendiri yg mengesahkan dalam Star tempohari).

b) atas kapasiti apa kau adakan pesta Soirre Merdeka 50 tahun di Seri Perdana dengan jemputan muzik Jazz khas dari Amerika? Siap dengan artis dan para elitis? Merdeka apa yg kau banggakan bangsat!

c) d) e) dan banyak lagi tak tertulis di sini.

Begitu juga 11, 12, 13,... infinity.

umno 4ever said...

su-kj
cuba pergi mencari realiti, dasar pertanian yg dipuji anda itu.
a.rakyat brapa
b.yb brapa
c.yb brapa
d.yb brapa
mega projek utk bumiputra?btul ke bumi?

goJiRa said...

hari ini PM bersuara lagi..

"Tiada hasrat letak jawatan.
Rakyat telah berikan Mandat.
Kita telah menang besar dalam
pilihanraya."

Adakah dia masih bermimpi?

Zainal A. Kasim said...

Datuk,

Masalahnya Datuk, yang banyak bercakap dan mendesak sekarang ni adalah orang-orang tua (maaf ya..) dan orang-orang pencen.

Bila orang-orang tua dan pencen bercakap - mereka anggap tak relevan. Jangan-jangan masa "dia orang" berbincang kat MT tu, dia orang cakap "orang-orang tua dan pencen" ni dah nyanyuk.

Orang-orang muda pula, bila bercakap banyak kat dalam blog je kecuali Datuk Mukhriz la...

Yang eloknya, pemimpin-pemimpin muda dan separuh muda kat dalam MT tu kena menyatakan pendirian mereka secara telus - bukannya buat statement "politik" dan statement "selamat" macam Najib.

Pak Lah tak faham statement "Politik" dan statement "selamat".

addin said...

Salam kpd Dato,
Piece of advice. "Wise men learn from othermans mistake, fool out of his own"
S'moga success selalu

Anonymous said...

Salam Datuk Ron,

Sesungguhnya apa yang saya jangkakan berlaku telah pun berlaku, "The Damage is done and cannot be undone", untuk mengelakkan petaka terhadap keseluruhannya, He (Dollah) have to go, unconditionally. Dont worryLah about the rakyat, the rakyat will liberate this country from half past six leadershipLah! We, the rakyat know how to find the right leader, we’ve given you a chance but you’ve outperforms, failed!! Enough is enough, we the rakyat will not allow our sacred mandate been manipulated by your greedy family and cronies! This country not belong to you and your family....its belong to rakyat!

Inilah akibatnya Dollah dah lupa wasiat ibunya; "jangan lupa orang bawah", siapa orang bawah? is the rakyat and the grassroots! Dan bahana lagi, bila Dollah intro Hadhari! mengapa perlu ditambah hadhari pada Islam? Islam tu Islam lah...dari dulu hingga ke akhirnya adalah Islam. Zaman kegemilangan Islam sampai meluaskan syiarnya hingga ke Asia, Eropah dan Russia, tak pakai nama Hadhari pun tapi diiktiraf sebagai suatu kuasa besar pada waktu itu! Ini dah letak hadhari pulak, jadilah macam Akbar Agong yang cipta agama Din Illahi, lihat apa jadi kerajaannya? Runtuh dan punah...jadi fikir-fikirkanlah. Dahlah Dollah sendiri keliru lagi mengelirukan rakyat! Confused can literally lead to lost! Na u’zubillah.

Salam Perjuangan

nightcaller said...

Salam Datuk..

Bangsa Melayu memang lambat bertindak hinggakan untuk membuat satu2 tindakan perlu bermesyuaratlah, menubuhkah suruhanjayalah, melantik jawantankuasalah dsb....

Begitu juga dengan tindakan bekas ahli2 parlimen UMNO yang Datuk dedakan bertemu di memorial Tun Hussein Onn masih memikirkan untuk menghantar satu rombongan bertemu PM dalam masa yang terdekat...agak2nya bila masa yang terdekat? Selepas AGM UMNO?

Seharusnya mereka lebih agresif dan proaktif dalam menangani masaalah yang menimpa UMNO dan bukannya bertindak reaktif kepada suasana sekarang.

Nampaknya, seluruh jentera pendongkong nasionalisma Melayu masih dalam keadaan terkejut dan terkapai2 hinggakan masih belum bertemu punca kegagalan parti tersebut dalam PRU lalu.

Dan untuk menambahkan kerumitan serta kekusutan yang ada, keadaan BN yang kini bergantung nasib kepada MP2 dari Sabah dan Sarawak mendedahkan BN (UMNO) kepada segala kemungkinan termasuk tersungkur di hari2 awal parlimen.

Justeru itu, adalah amat2 penting bagi bekas2 MP UMNO ini bertemu PM dengan segera membawa ultimatum supaya beliau berundur dengan baik tanpa perlu membincangkan "escape clause" dan "golden handshake" kerana sekiranya itu yang hendak diutamakan....kemungkinannya UMNO akan berada dalam situasi "Menang sorak, kampong tergadai"

Hingga ketemu lagi...Selamat malam M'sia...dimana jua kamu berada...

Anonymous said...

Salam Dato'

Abdullah Badawi tidak mempunyai jatidiri yang kukuh. Dia dikuasai oleh beberapa sifat yang ada dalam kebanyakkan orang Melayu khususnya:

1. Bangga diri. Dia terlalu sombong dan bangga diri dengan kemenangan besar yang diperolehi dalam pru-11

2. Lalai dan leka. Dia leka dengan sanjungan dan penghormati yang diberikan oleh rakyat pada peringkat awal pentadbirannya sebagai PM.

3. Bodoh sombong. Dia enggan mendengar dan menerima pandangan dan nasihat ahli umno dan rakyat terbanyak.

4. Tamak dan rakus. Dia terlalu rakus dalam mengumpul harta dan kekayaan dunia.

5. Tidak kenang budi. Abdullah Badawi adalah seorang yang tidak tahu menghargai budi dan jasa rakyat, lantaran dia mengkhianati amanah dan harapan rakyat yang diberikan dalam pru-11.

Aku + Dia = Kita

pakllang said...

Tan Sri Mat Tyson dipetik dilam NST bahawa kalau ditukar pak lah sekarang samalah seperti menukar peraturan dalam permainan bolasepak yang sedang rancak berlangsung.

saya terpanggil untuk memberi komen.

kerana cuba mempertahankan pak lah, Tan sri mat tyson tersilap fakta. Apa kehendak UMNO sekrang adalah untuk menukar team captain kerana dia tak perform bukannya nak tukar main game lain. bukankah hal ini adalah perkara biasa untuk pemain bolasepak diganti dalam konteks perbandingan pertandingan bolasepak yang cuba disamakan oleh Tan Sri Tyson dengan hal pentadbiran negara dan parti.

Perlu Tan Sri ingat coach dan pengurus pun boleh tukar mkasa tengah pertandingan. Masakan pula team captain tak boleh tukar. Perlu ingat kalau team dah tak bermain dengan baik maka peminat pun nanti akan lari dan sokong pasukan lain. Setakat nie saya masih die hard supporter team ini tapi mahukan perubahan.
Kami yg kecil nie sokong bukan sebab duit atau projek tapi sebab cinta kami pada parti dan sejarah UMNO.

Rafidi said...

A.kum,
Islam Hadhari pak lah. Sampai skrg saya blm faham. Saya bekas guru agama kat sekolah kerajaan (14 thn) tidak diberi penerangan. Bagaimana nak terang kpd org. lain? Yg pastinya kami golongan pendidik ini merupakan insan yg paling hampir dgn masyarakat.
Apa yg saya faham, Pak Lah perkenalkan Islam Hadhari kemudian beliau hantar cendikiawan islam utk dptkan ilmu kat asia barat. Lancar dulu kemudian baru buat kajian apa yg dilancarkan.
Apa yg saya nampak juga, Islam Hadhari ialah kontrak penerbitan dan pameran serta penganjuran. Tak lebih daripada itu.

Anonymous said...

Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi tidak jadikkan "public opinion" sebagai panduan utk dia mendengar suara hati rakyat. Ego beliau akhirnya membawa bencana besar pada Melayu & partai UMNO.

singajani blogspot said...

assalamualaikum wbt datuk,
saya berfikiran pak lah ni akan buat dunno jer apa yang orang lain cakap.betul lah kata orang datuk , amat sukar untuk melepaskan jawatan bila dah berada di tampuk kuasa pulak itu paling atas.Kalau dalam sebuah organisasi kecil kerajaan pun datuk lihat kalau bab merebut jawatan Ketua Pengarah bukan main banyak politik sampai gunakan semua saluran nak sambung kontrak inikan pula berada dipersada negara.berapa ramai antara kita yang sanggup berkorban melepas kan jawatan datuk.saya fikir banyak-banyaklah kita buat sembahyang hajat dan minta petunjuk dari Allah Swt semoga dengan keikhlasan kita negara dan umat kita akan selamat dan semoga allah melorongkan jalan kebenaran dan kebaikan.pada masa yang sama sama-sama keta membersihkan hati jiwa dan perasaan kita dan semoga kita tidak tergolong dari golongan yang lalai.Elakkan daripada terlibat dalam melakukan maksiat dan kerja sia-sia.Semoga atas usaha dan keikhlasan kita akan memberi manafaat kepada agama tercinta kita n,negara ini dan generasi kita kelak.
Wallahualam.

Anonymous said...

assalamualaikum datuk....
Ni saya nak tambah sikit kelemahan yang saya nampak pada Pak Lah diawal awal pemerintahannya dulu dan dari situ saya dah nampak dah akan kegagalan nya dimasa yang kita tengok kini.
Bila kita nak berpindah kerumah baru atau tempat baru,semestinya kita melakukan "clean up" pada keseluruhan rumah atau tempat kite.Itulah langkah pertama kita,kemudian barulah kita boleh buat kerja yang lain lain..bukan apa kita kena pastikan rumah kita bersih,,takde tikus,,bersih sebab kalau kotor nanti penyakit datang.
Point saya disini ialah masa Pak lah mangambil tampuk pemerintahan UMNO dari Mahathir dulu apa dia buat..Tak ke dia terfikir bahawa dikeliling nya adalah orang orang Dr Mahathir"and most of them could be his enemy...dan dia tidak menolak mereka ini dari pengurusanan nya.maksud saya disini bukan lah orang orang itu bertindak jahat pada nya tetapi sekurang kurangnya sebagai orang nombor satu di malaysia beliau mesti merancang dengan rapi pembangunan negara mesti memastikan cuma orang yang boleh bekerja dengannya sahaja yang boleh berada dalam top managementnya,tetapi beliau tidak melakukan itu..Saya harap datuk faham maksud saya dan dapat membantu sikit dalam penulisan buku datuk

shahbandarmalakat said...

Berikut sebahagian dari pandangan saya yang telah saya postkan dalam blog saya ..Sekiranya boleh membantu untuk buku datuk…

http://siraltalmustaqim.blogspot.com/2008/03/kekalahan-bn-pru12.html




Apa punca orang tak yakin pada Paklah untuk terus lead the country..?

Kebolehan Paklah tu sendiri. kecekapan dia .bolehkah dia laksanakan apa yang di cakap..?dia faham ke apa yang dia cakap..?

Contoh dia bercakap pasal rasuah..nak tangkap orang yang rasuah selama dia jadi PM berapa orang yang sudah di tangkap dan di dakwa..oh sudah siasat tiada yang rasuah.. Betul ke tiada orang rasuah..?

Ujud pedatang haram begitu banyak.. bagaimana boleh terjadi macam ini orang boleh bolos.. mereka bebas berkerja tidak kena tangkap.. orang bangla ..pakistan buat jualan dengan mula mula berbasikal kemudian naik taraf pakai motor menjual kain dan perbagai..orang indon berniaga..masing masing ada permit?..Masakan boleh berlaku kalau orang tertentu tidak rasuah…

Contoh yang paling ketara kebolehan Pak lah dalam menangani parti. Ingat waktu pemilihan dulu.. Bahagian Gua musang dalam Mesyuarat Agung tahun itu di mana keputusan sebulat suara telah di ambil, memberi MANDAT supaya jawatan kuasa bahagian yang telah di pilih menamakan calun calun untuk ke pertandingan MKT..Tak dapat di pilih oleh Mesyuarat hari itu munkin kerana tak cukup masa. Tiada salah dan ini sah dari segi p;erlembagaan ..Perhimpunan agung boleh memberi apa apa saja MANDAT kepada Jawatan kuasa untuk di laksanakan kemudian oleh jawatan kuasa.. Tapi amat dukacita sekali Paklah telah membatalkan keputusan ini .Pencalunan itu tidak di terima .MT tak boleh terima ..aneh nya mesyuarat agung tersebut di terima! Kalau mesyuarat agung sah apa apa keputusan mesyuarat agung buat mesti lah sah juga.

Contoh selanjutnya berkaitan dengan parti…Datuk Ibrahim Ali di gugurkan sebagai Ketua Bahagian Pasir Mas dan diganti dengan Timbalan nya..walhal dia adalah Ketua yang sah dan yang telah di pilih oleh ahli dan term nya belum expired. Konon Pembahagian kawasan Baru Parliment..maka bahagian baru jadi kena lantik jawatan kuasa protem .

Sebenarnya hanya dua tiga cawangan yang di tambah dan bahagian tidak di pecah pun..Bererti Bahagian itu juga yang ujud. Apa kuasa President membubarkan Bahagian itu ?.Atas sebab apa di bubar dan di lantik Jawatan Kuasa Sementara (protem) untuk takbir Bahagian? Bukannya bahagian di pecah dua. Kalau pecah dua lain lah boleh di bubar dan bentuk jawatan kuasa sementara yang baru sehingga di daftar semula dan kemudian buat pemilihan baru untuk kedua dua Bahagian..

Kalau pecah dua sekali pun ..pembahagian itu sepatutnya di beri keutamaan kepada Ketua Bahagian dan Timbalan.Ketua Bahagian teraju satu Bahagian dan Timbalan teraju satu Bahagian lagi..Ini tidak,Pak Ibrahim di ketepikan begitu saja.Ini kesalahan Pak lah begitu glaring.

Datuk Ibrahim Ali adalah di pihak yang benar tapi betul ke cara Paklah menanganinya?

MOTO ERA PAKLAH yang di canangkan CERMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG..Ini hanya untuk bermegah ..Mencapai kecermelangan ok boleh di terima.. Gembilang dan terbilang untuk apa untuk kita bermegah dengan Negara lain…Ini tak di reda oleh Tuhan..

Islam Hadhari ! Adakah ini satu aliran Ugama baru ? kalau begitu satu lagi ajaran sesat? Kita semua tahu Islam hanya satu je iaitu Islam yang di bawa oleh Rasulullah s.w.t tiada yang lain. Sebenarnya amat berbahaya sekali, boleh menyesatkan akidah umat Islam. Tidakkah ini melanggar perlembangaan negara dan negeri negeri di mana kuasa mutlak dalam bab ugama Ialam di bawah kuasa DYMM Agung dan DYMM Sultan Sultan?

Seterus nyaPak Lah menjanjikan NEGARA yang SELAMAT, AMAN, MAKMUR…Selamat ke kita.?.hari hari ada anak hilang ..perempuan kena ragut… mayat orang di bunuh di temui hampir setiap hari ..rumah kena rompakkan bersenjata…SAYA DAN KELUARGA PERNAH KENA ..TINGKAP RUMAH DI UMPIR DAN MEREMPUK MASUK WAKTU JAM 3 PAGI ORANG SEDANG TIDUR....Parang di letak di tengkok..isteri dan anak di ikat…Selamat ke kita..?

Aman ke kita dalam keadaan sebegitu…Makmur..? siapa yang makmur..?

Pada tahun 1973 gaji graduan(fresh) dalam RM 1200-1400. harga gula 35sen sekati ,harga kereta baru buatan Jepun RM 8000-9000 , harga rumah terrace setingkat kat jalan Kelang lama RM 15,000 je .Tapi pada tahun 2008 gaji graduan (fresh) RM 2000.kereta kancil baru RM 35000..rumah flat sederhana RM 150,000. macam mana nak hidup dengan makmur.?

Apa sebenar berlaku ialah purchasing power kita menurun begitu dashat. Ringgit kita tak sekuat dulu.. pasalnya kita belanja lebih.. Projek kerajaan (mega projek ) di beri secara runding tiada penjimatan kos , no cost saving bagi projek yang tidak di tender..

Ahkir sekali cuba renungkan …Ini cerita benar..Baru ke DUBLIN bulan Oct atas urusan Convo anak.. ..Saya tak bawa suit (KOT) untuk di pakai di upacara tersebut.. anak saya kata, kena pakai formal.. nak tak nak saya pergi shopping kat pusat Bandar, beli yang paling murah dan dapat lah satu suit murah harga 60 uero satu pasang. Lepas itu balik naik bas dan turun kat rumah anak agak jauh dari pusat Bandar. Sampai sampai kat rumah terus tanya isteri di mana suit yang baru beli tadi sebab nak kena potong kaki seluar nya yang panjang sangat.. besuk hari convo.

Isteri saya cari tak jumpa, kemudian sedar benda itu tak ada kat rumah, mungkin tertinggal dalam bas. Anak saya tak ada di rumah waktu itu. Nasib baik ada anak saudara yang memang duduk bersama dengan anak di situ. Dia pun tolong telefon Syarikat Bas. Maka jawab pekerja di Syarikat bas tu, memang ada seorang penumpang dalam bas tersebut menyerahkan beg berisi barang kepada driver bas yanf di naiki tadi .. Pekerja tu kata jangan bimbang, beritahu nombor Bas stop dan tempat yang kami turun tadi.. Bagi masa sedikit dia akan hantar barang yang tertinggal itu dengan bas lain .Kami pun tunggu..Memang tak kecewa…Akhirnya kami dapat barang itu tanpa kami pergi ke syarikat bas..

Saya amat kagum sekali… DI MALAYSIA BOLEH KE?

Maka mari lah kita fakir bersama. Jangan sampai nasi menjadi bubur baru nak suruh tukar pemimpin..dah terlewat..

Sekain Wassalam SHAHBANDARMALAKAT ( baru menjalani operasi jantung (by- pass) pada 13 Feb 2008 hari di bubar parliment.

Tarikh 15 march 2008.

Unknown said...

Datuk,

Dalam pencarian damai abadi lalu Pak Lah mengilhamkan Islam Hadhari.

Saya bukanlah pandai sangat nak mengupas isu-isu Islam dengan mantap. Oleh itu, dalam bab Islam Hadhari ni, saya pernah berbicara dengan orang-orang yang tidak pernah lekang mengaji dan mengkaji ilmu agama. Malangnya saya dapati mereka pun tak faham dengan apa yang Pak Lah cuba buat.

Jadi, kalau orang yang sebegini pun tak faham, habis siapa yang faham...? KJ? Mat Rempit? Deris Jusoh? Mat Taib? Lim Guan Eng? George Bush? Siti Nurhaliza? Mawi?

Akhirnya saya telah buat keputusan bahawa ajaran Pak Lah ini lebih kurang macam ajaran Ayah Pin saja. Bezanya Pak Lah PM kerajaan Malaysia dan Ayah Pin PM kerajaan langit. Dua-dua bikin keliru umat Islam macam lagu M.Nasir "Tanya Sama Hud-Hud". Lebih baik saya mengaji ilmu Islam dengan ustaz-ustaz di masjid/surau tu - mudah difahami.

Malaysia Boleh! said...

Mugabe kalah nak lari ke Malaysia..
Pak Lah kalah nak lari ke Zimbabwe?

sniper said...

berkenaan analisis tu, mgkn dato boleh tengok juga analisis YB Salahuddin Ayub dalam buku terbitan beliau dengan tajuk Makkal Sakthi (dah terbit mggu lps dgn harga RM15) ..walaupun PAS, mgkn ada analisis beliau yang boleh dikaji dan dimanfaatkan (ala sama-sama org Johor pun)..

berkenaan bloggers su-kj tu, saya perhatikan dia ni tak ada pendirian.. hujah dia pun tak jelas .. nak kata UMNO pun tak, PAS pun tak ..kacang hantu DAP agaknya ..

wmt said...

Assalamualaikum Datuk Ron
Saya tak nak berbahas panjang, cuma amat2 bimbang melihat situasi politik tanahair hari ini. Di saat kkita umat Melayu Islam bergelut dg perbagai permasalahan, kaum lain begitu laju menyusun langkah mereka. Apa yang saya bimbangi, Umno hancur dek Pak Lah, Pas hancur dek kerenah extrem penyokong Hadi Awang, Melayu PKR hancur dek kereanh pemimpinnya yg tamak kuasa..

Redhuan D. Oon said...

Salam dan Syabas kepada pentadbiran Pak Lah hari ini yang jauh lebih terbuka dan berani daripada dulu. Kini kita boleh meluahkan buah fikiran yang lebih kritis dan kritikan yang lebih membina demi kesihatan sosio-politik tanah air.

Mengenai panggilan Dr. Mahathir itu saya mempunyai tafsiran sendiri di dalam blog saya http://padi-malaysia.blogspot.com

pemerhati said...

Salam Dato dan pembaca

Kawan baru teringat sewaktu menunaikan ummrah 1997, seorang insan tua berjubah tidak kenali tiba tiba mengatakan " Kamu percayalah pemerintahan negara kamu pasti menerima musibah apabila bangsa kamu mengangkat seorang lelaki keturunan yang membunuh umat Islam diangkat menjadi pemimpin negeri bersejarah"

Sambung katanya lagi " Percayalah.. percayalah.. percayalah.. pekara ini pasti berlaku dan Allah akan turunkan musibah banjir besar mengingatkan kepada bangsa kamu kerana mengangkat keturunan pembunuh umat Islam menjadi pemimpin"

Belum sempat kawan ingin bertanya, insan tua berjubah hilang dari pandangan di hadapan pintu Kaabah.

Kawan masih mencari jawapan adakah Tsunami yang berlaku ada kaitan dengan peringatan tersebut? Siapakah gerangan keturunan orang yang dimaksudkan oleh insan tua tersebut?

Sama sama kita renungkan dan fikirkan.

Salam Perjuangan Demi Kedaulatan Negara Tercinta.

DAULAT TUANKU.. DAULAT TUANKU.. DAULAT TUANKU..

Wakmasnoor said...

Merujuk kpd sdr red1.

LEBIH TERBUKA dan TERBUKA PANDANGAN adalah dua perkara berbeza. LEBIH TERBUKA tak bererti orang itu (PM Abdullah) berPANDANGAN TERBUKA. Kalau PM Abdullah seorang yang jujur dalam ayat LEBIH TERBUKA. HE SHOULD AND HAS ALREADY STEPPED DOWN. HE SHOULD HAD ALREADY LISTENED TO THE RAKYAT.

PM Abdullah sebenarnya MENUTUP PENERIMAAN SEMUA PANDANGAN. Cuma bila dia DAH NAMPAK ramai orang (termasuk pemimpin UMNO) mula buka mulut berani bersuara SEKARANG, BARULAH dia OVER-PROMOTING yang kononnya dia bersikap TERBUKA.

To me personally, THIS IS JUST ANOTHER CHAPTER OF TRYING TO FOOL THE RAKYAT. JUST LIKE ISLAM HADHARI. Yang tak masuk akal dan akhirnya SENYAP SEPI.

zGreat said...

warkahuntukpm.com.my sebuah portal yang disediakan kononnya untuk Pak Lah mendengar masalah rakyat hanyalah sebagai pusat pengumpulan aduan rakyat malaysia! Bukannya Pak Lah tengok pun aduan yang dibuat...diaorg cuma terima aduan dan foward kan kepada Kementerian yang berkenaan. kalau macam tu apa guna Biro Pengaduan Awam (BPA)?

nochan said...

Yang Berbahagia Dato’ Ruhainie

Saya mengambil peluang ini menyahut permintaan Dato menyuarakan tentang pimpinan PM yang menerajui Malaysia sekarang ini. Komen komen saya tanpa memberi tajuk kecil, kurang teratur serta tidak mengikut susunan adalah seperti berikut

01. Saya pernah berkerja dalam Kementerian Dalam Negeri samasa beliau mulai pegang jawatan Menteri Dalam Negeri bila Kementerian ini mula beroperasi di Putrajaya. Tiap bulan semua anggota Kementerian dikehendaki mendengar syarahan beliau di Dewan Utama. Yang saya ingat, saya dengar syarahan beliau hanya sebanyak 3 kali sahaja. Saya ponteng seterusnya. Ini ialah kerana syarahannya membosankan kerana beliau suka ‘mumble’ dan syiok sendiri sahaja. Yang mendengar betul cakapannya mungkin hanya 4 atau 5 barisan depan sahaja. Yang lain lebih rela bercakap cakap sama sendiri dengan menyebabkan dewan itu terdengar semacam ‘humming bees’. Pada mulanya saya salahkan mikrofon. Saya tersedar bukan kerana mikrofon bila saya dapat dengar dengan terang syarahan orang lain.
02. Bercakap dalam radio pun seakan serupa bila terdengar dalam radio kereta saya. Saya sedar yang PM bercakap bila disebutkan oleh juruhebah pada mula dan akhir di mana di tengah tengah cakapan tiada kedengaran apa apa.
03. Selama 4 tahun PM menerajui kerajaan, saya rasa macam Malaysia tiada ada PM sebenar kerana banyak sangat orang yang berlagak macam PM. Mungkin ini sebabnya beliau sering sebut ‘Saya Perdana Menteri’.
04. PM sekarang seorang yang angkoh. Terlampau banyak kali yang beliau sebut ‘Saya Perdana Menteri’. Yang saya sedar atau ingat PM dahulu jarang sekali sebut sedemikian. Mungkin ini bagai teguran kepada mereka yang berlagak seperti PM atau hendak mengesah serta meyakinkan dirinya PM Malaysia.
05. Beliau tidak menghormati orang lebih tua seperti yang berlaku ke atas Tun Dr Mahathir. Bila Tun Mahathir menyuara hendak bertemu dengannya, sebagai seorang yang pernah bertugas di bawahnya, beliau sepatutnya pergi menemui bekas bos, bukan sebaliknya. Hingga sekarang, beliau belum lagi menjawab sendiri satupun soalan yang ditonjolkan oleh bekas bosnya. Selama 4 tahun menjadi PM, saya tidak terbaca di mana mana pun yang beliau pernah mengunjungi Tun Mahathir melainkan semasa Tun di hospital. Tak kan sebuk sebagitu rupa hingga tidak ada masa langsung. Ini dengan tersendiri membukti beliau tidak mengenang budi orang yang telah menabur bakti
06. Membatalkan ‘jambatan bengkok’ tanpa memaklumkan kepada Dr Mahathir sendiri terlebih dahulu adalah suatu tindakan biadap kerana projek ini adalah satu satunya projek yang Dr Mahathir sangat perihatin. Siapapun akan berkecil hati jika terkena sedemikan rupa oleh anak didiknya. Sebab sebab pembatalan yang dimaklumkan kepada rakrat tidak dapat diterima akal kerana semuanya dimaklum tidak ada masaalah besar oleh perntadbiran dahulu serta awal pentadbiran Pak Lah.
07. Membenarkan menantu memegang jawatan Timbalan Ketua Pemuda UMNO adalah satu keputusan yang tidak bijak. Ini dengan sendirinya mengesahkan bahawa beliau ingin jawatan beliau diwarisi oleh ahli keluarga sendiri. Jika ini berlaku, ia bermakna UMNO akan berkubur. Akibat dari perkara ini, Rakyat sedia setuju dengan berita berita yang KJ adalah kuasa di belakang tabir.
08. Beliau tidak perihatin atas penderitaan rakyat seperti terbukti semasa banjir melanda Johor, kes Nurin kena colek/bunuh, kemalangan helikopter Nuri dan lain lain yang menyentuk naluri rakyat. Beliau mengutamakan keselesaan diri sendiri dari rakyat yang tertimpa malang.
09. Beliau membelanja jutaan ringgit mengubahsuai Seri Perdana yang masih baru. Selanjutnya, beberapa temasya pernah diadakan di bangunan itu yang pada ingatan saya tidak satu pun di antara 4 PM yang terdahulu pernah menganjur sedemikan semasa mereka berkuasa.
10. Manifesto pilihanraya terdahulu tidak satu pun dipenuhi. Semuanya janji janji kosong terutamanya tentang rasuah. Jika tindakan diambil dari mula, tidak mungkin Laporan Audit boleh menjadi seburuk yang dilaporkan. Apa sudah jadi kepada 18 kes ‘high profile’ yang disebut oleh Rais Yatim? Ini adalah sebagai satu tandatanya yang belum ada jawaban.
11. Kes Anwar Musa. Apa jadi kepada kereta mewah yang dirampas oleh BPR di halaman rumahnya. (Perkara ini disebar melalui berita suratkhabar Perdana) Bagaimana KSUnya sahaja yang didakwa bila ada orang besar dilepas bagitu sahaja.
12. Bagaimana orang yang pernah berbohong Bapak Mertua, berbohong dengan kelakuan yang beliau tidak faham Bahasa Inggeris, ditahan di Australia dengan jumlah wang yang banyak dijadikan Senator dan Ketua Penerangan UMNO. Ini membuktikan UMNO dan beliau sendiri perlu orang yang bijak berbohong serta berlakun menjadi Ketua Penerangannya!
13. Kes Video Lingam, Tun Fairuz serta Kehakiman tidak diselenggara dengan bijak sehingga boleh mencetuskan kontrovesi berpanjangan. Jika beliau seorang yang bijak, sudah lama kes kes ini berkubur bagitu sahaja tanpa mencetuskan apa apa reaksi negative.
14. Jurucakap PM iaitu Zam dan Nazri sama sama tidak sebijak seperti PM juga. Jawaban yang mereka beri dengan tersendiri memanjang, mendalam serta mengkerosotkan lagi kontroveri yang sedia ada. Jawaban mereka seakan akan merendahkan minda Rakyat.
15. Kontrobversi ECM Libra menunjukkan dengan tersendiri Pak Lah bukanlah seorang ‘Mister Clean’. Perkara ini samalah juga dengan ‘Food for Oil scandal’ yang melibatkan iparnya. Skandal penjualan ‘alat nukliar’ yang melibatkan anaknya tidak meyakini Rakyat yang perkara ini ‘above board’.
16. Tentang AP pula, nampak sangat Pak Lah tidak dapat mengawal Menteri bawahannya. Beliau membenarkan Rakyat dibohongi tanpa segan silu.


Datuk, saya menulis semua butir di atas sebelum Pilihanraya 8 Mac 2008. Bila keputusan diterima pada pagi 9 Mac, nampaknya kelohan saya terbukti disahkan oleh Rakyat.

Pak Lah serta kerajaan agarnya lupa bahawa rahsia sebesar manapun tidak mungkin boleh disorok tanpa diketahui oleh Rakyat. Rakyat ada sahaja pertalian sahabat, keluarga ‘direct atau indirect’ dengan mereka yang berkerja dengan pihak berkuasa. Melalui talian ini banyak rahsia diketahui oleh rakyat biasa yang hanya dapat diatasi dengan maklumat yang official. Jika tidak, rahsia ini akan tersebar luas tanpa dapat dibendung.

Bila pilihanraya umum sudah dekat, saya tersedar bahawa Anwar Ibrahim sudah menjadi pilihan utama pada mata rakyat. Ini telah mengejutkan saya dengan menyebabkan saya terpaksa memberi undi saya kepada BN. Saya berfikir panjang tertang pilihan ini. Pada saya jika dibandingkan antara Pak Lah dan Anwar, Pak Lah adalah menjadi pilihan saya. Malangnya, pilihan saya tidak memberi kesan kerana rakyat sudah membuat keputusan muktamad.

Selepas saya meninggalkan KDN, saya pernah berbualkan dengan seorang yang pernah berpengalaman berkerja dengan Pak Lah dan TDM. Mengikut orang ini, semasa zaman TDM, fail fail yang dihantar kepada TDM, selalunya akan tiba kembali kepadanya keesokan hari bersama komen serta keputusan bertulis. Zaman Pak Lah pula, bezanya seperti langit dengan bumi. Fail fail tidak kembali ada kalanya sehingga 3 bulan. Untuk mengatasi masaalah ini, orang ini dengan sendiri akan masuk ke pejabat Pak Lah dengan mengenepikan queue bersama fail fail tertentu. Beliau akan brief Pak Lah tentang kandungan fail dan akan tulis sendiri keputusan yang diambil. Cara ini semua kerja kerajaan tidak lagi tergendala.

Selepas PU ke 12, saya mula meragui kewarasan Pak Lah sebagai PM serta ketua Negara bila perkara perkara ini berlaku:.

a. Antara yang menjadi tandatanya adalah mengapa beliau memilih Mat Taib sebagai Menterinya. Saya bingong memikirkan perkara basic seperti ini boleh berlaku. Beliau sering sebelum ini menasihati rakyat meninggal/mengenepikan ‘3rd world mentality’. Bila Mat Taib menjadi Menterinya, saya terpaksa bertanya, siapakan ‘hantu’ besar yang masih menggayut serta memegang kuat ‘3rd world mentality’. Dalam dunia ‘1st world’ perkara seperti ini telah berkubur sekian lama dan tidak mungkin ianya boleh bangun kembali.
b. Kontorversi pemilihan MB Perlis dan Terengganu, dengan tersendiri membuktikan Pak Lah tidak layak lagi meneruskan tugasnya sebagai PM. Kata katanya terhadap pilihannya tidak memberi erti langsung.
c. Pak Lah mengambil masa yang amat panjang untuk mengaku sebab sebab BN tidak mandapat restui Rakyat seperti masa lampau. Terhadnya kebijaksanaan minda Pak Lah dibuktikan dengan terang benderang sekarang ini.

Bila Pak Lah menjawab tuduhan tuduhan yang dilempar kepadanya, saya terkejut dengan cara ianya dicungkilkan. Ini membuktikan lagi kecetekan minda orang nombor 1 negara. Semua jawabannya senang sahaja dipatahkan oleh mereka yang tidak sehaluan seperti yang telah tersebar luas dalam blog blog tertertentu.