Saturday, July 09, 2011

BERSIH: ANALISIS AWAL PASCA-DEMONSTRASI

Ruhanie Ahmad


Pengenalan

Tindakan mana-mana individu atau pertubuhan menuntut perjalanan pilihan raya yang mereka sifatkan sebagai lebih demokratik adalah tidak salah (rujuk Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan). Janji awal mereka untuk mencapai matlamatnya secara aman juga adalah selaras dengan undang-undang negara.

Tetapi, apabila pencapaian matlamat mereka dilakukan menerusi provokasi terhadap undang-undang, pasukan keselamatan, ketenteraman awam dan kelangsungan negara, maka tindakan menghalalkan cara ini adalah tidak wajar sama sekali (rujuk Perkara 10(2)(b) Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 29(2) Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948).

Pada waktu yang sama, apabila individu atau pertubuhan terbabit yang pada awalnya menafikan penglibatan politik parti-parti tertentu, tetapi pada saat-saat akhir terbukti bahawa penglibatan itu adalah benar dan sahih, maka tuntutan individu atau pertubuhan tersebut tidak boleh dikatakan sebagai tanpa campur tangan politik, sebaliknya satu tindakan yang cukup politikal.

Lebih serius lagi, jika tuntutan individu atau pertubuhan terbabit dipercayai dibiayai oleh sesetengah organisasi asing yang berkait rapat dengan dasar campur tangan sesebuah negara tertentu di dalam urusan dalaman negara lain, maka tuntutan individu atau pertubuhan berkenaan adalah foreign-motivated yang matlamatnya adalah tidak positif.

Bersih dan Pakatan Rakyat

Berasaskan pengenalan di atas, cuba kita kaji tuntutan dan tindakan Bersih mutakhir ini. Di peringkat awal, pertubuhan berkenaan menafikan penglibatan politik Pakatan Rakyat. Tetapi, hari ini pengerusi pertubuhan itu mengadakan sidang medianya dengan di apit oleh Penasihat PKR dan juga DAP, dua parti utama dalam Pakatan Rakyat (rujuk http://mesintaipburuk.blogspot.com/
9 Julai 2011). Tidakkah ini bermakna bahawa pertubuhan itu sebenarnya dijadikan perkakas oleh kedua-dua parti politik berkenaan?

Begitu juga dengan penglibatan sebilangan besar pemimpin PAS dalam demonstrasi itu hari ini (rujuk Harakahdaily 9 Julai 2011). Tidakkah ini jelas membuktikan bahawa pertubuhan tersebut turut mendapat dukungan kuat daripada PAS, satu lagi keluarga Pakatan Rakyat.

Menurut laporan akhbar dan blog, dalam demonstrasi hari ini dijeritkan perkataan yang mencerminkan bahawa tindakan itu adalah sama seperti demonstrasi reformasi pada tahun 1998 yang dilaksanakan untuk mencerca dan menumbangkan kerajaan BN (rujuk http://mesintaipburuk.blogspot.com/ 9 Julai 2011).

Jika ini benar, adakah demonstrasi hari ini mengenai tuntutan supaya diadakan proses pilihan raya yang lebih bersih ikut ukuran pertubuhan berkenaan, ataupun satu demonstrasi politik yang dirancang supaya menimbulkan kesan di Malaysia seperti apa yang terjadi di Asia Barat mutakhir ini?

Jika ini benar, tidakkah boleh dianggap bahawa tuntutan mengenai pilihan raya itu hanya satu alasan untuk menganjurkan demonstrasi yang matlamat tersirat, rencam, dan utamanya, adalah untuk menimbulkan chaos, keadaan tindak menentu dan sekali gus menjejaskan kestabilan negara?

Memprovokasi Polis

Dalam demonstrasi hari ini terdapat segolongan pesertanya, termasuk pemimpin utama PAS, yang ditahan oleh pihak pasukan keselamatan. Tindakan seperti ini sudah pastinya terjadi sebab yang terbabit melanggar undang-undang dan mencanggahi perintah mahkamah (rujuk Malaysiakini 8 Julai 2011 jam 12.27 tengahari).

Tetapi, apabila PAS pula mengeluarkan kata-dua (lebih tepat jika disifatkan sebagai ugutan) mengatakan bahawa mereka yang ditahan perlu dibebaskan dalam tempoh 24 jam, jika tidak beratus ribu akan berdemonstrasi di Ibu Pejabat Polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur (rujuk Harakahdaily 9 Julai 2011 4.50 petang), tidakkah ini bermakna bahawa matlamat tersurat organisasi penganjur demonstrasi itu sudah menjadi sekunder, sementara matlamat rencam dan tersirat parti-parti politik yang turut mendukungnya pula kini menjadi prima?

Dalam konteks yang sama, tidakkah ini bermakna bahawa demonstrasi yang secara tersuratnya dikatakan akan dilakukan secara aman, sebenarnya dilakukan untuk memenuhi selera parti-parti politik tertentu untuk menmbangkan pemerintahan Barisan Nasional (BN) mutakhir secara jalanan?

Jika tidak, mengapakah sesetengah kalangan dalam pertubuhan itu dipercayai telah menyebarkan maklumat palsu yang memburuk-burukkan pasukan polis? (rujuk Bernama 9 Julai 2011 10.13 pagi dan Utusan Malaysia 9 Julai 2011 8.50 malam). Jika tidak, mengapakah segolongan pendemonstrasi sengaja merempoh kawalan polis?

Lantas, adakah tidak tepat jika diandaikan bahawa demonstrasi hari ini adalah bukan untuk menuntut perjalanan pilihan raya yang lebih demokratik, tetapi sengaja diadakan untuk menduga kesabaran polis, untuk mencerca kerajaan dan seterusnya untuk mendapatkan liputan media antarabangsa (rujuk Malaysiakita 9 Julai jam 5.33 petang) bagi menggambarkan kononnya Malaysia tidak demokratik?

Penglibatan Asing

Seterusnya, adalah tidak mustahil jika dikatakan bahawa demonstrasi pada hari ini adalah suatu tindakan yang dikendali dan dinasihati oleh segolongan tangan ghaib tertentu. Oleh sebab itulah dilaporkan beberapa hari lalu bahawa penganjur utama demonstrasi berkenaan telah menerima dana asing (rujuk Utusan Malaysia 3 Julai 2011).

Perkembangan seperti ini tidak boleh dikatakan sebagai tidak benar. Pada tahun 1998, seorang Naib Presiden sebuah negara tertentu terbukti telah menggunakan Sidang Kemuncak APEC di Kuala Lumpur untuk memberikan pujian dan galakan kepada pendemonstrasi reformasi pada ketika itu yang bermatlamat menumbangkan kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad secara jalanan (rujuk laporan BBC 18 November 1998 dan The New York Times 17 November 1998).

Perkembangan seperti ini juga tidak mustahil apabila selama ini diwar-warkan secara meluas bahawa segelintir individu yang terlibat dalam demonstrasi hari ini, sebenarnya mempunyai hubungan dan rangkaian dengan kelompok tertentu di peringkat internasional yang berniat serong terhadap Malaysia.

Perkembangan seperti ini juga tidak mustahil apabila di kalangan individu yang terlibat di sebalik demonstrasi hari ini adalah seorang Raja Muda politik yang mahu ditabalkan ke persada kekuasaan Malaysia untuk memudahkan apa jua strategi agung pihak yang sentiasa berselindung di sebalik tabir.

Kesimpulan

Tuntutan Bersih supaya pilihan raya umum dilaksanakan lebih demokratik (ikut ukuran Bersih) adalah tidak salah. Tetapi cara Bersih mencapai matlamat itu menerusi provokasi yang menjejaskan ketenteraman awam adalah tindakan yang tidak mengambilkira kepentingan nasional.

Matlamat asal dan awal demonstrasi Bersih pada hari ini---mendesak kerajaan merobah proses pilihan raya supaya dikatakan lebih demokratik---kini sudah menjadi matlamat sekunder. Matlamat prima demonstrasi Bersih pada hari ini tidak silap jika disifatkan sebagai usaha untuk mencetuskan kacau-bilau supaya wujud rantaian reaksi seperti di Asia Barat yang akhirnya menyebabkan beberapa kerajaan tumbang akibat gerakan jalanan.

5 comments:

jebat said...

Salam takzim, Bung,

"Bersih" ala PKR.
"Bersih"mengikut tkrif AMBIGA'

"Tak Bersih"megikut pendapat ramai.

"Tak Bersih" mengikut pendapat umum.

Bersihkah kita kalau kita mengacau ketenterman awam?

Bersihkah kita kalau kita sentiasa menyalahkan orang lain?

Inikah sikap yang dibawa oleh PEGUAM malaysia?

Saya rasa mereka yang berkenaan perlu belajar BAHASA MELAYU dari awal lagi. Beljar apa makna BERSIH dan dan erti KOTOR (tak bersih).

PUTIH ITU BERSIH !!
OTAK KAMU KUNING !!
Jangan bawa Kebudayaan KUning kedalam masyarakat MALAYSIA !!!

YB Dato' Abdul Rahman Dahlan said...

Tulisan yang bernas Datuk. Saya akan masukkan dalam blog saya. Terima kasih.

Ghab said...

Asalam...kum Datuk ,

~ Always aim at complete harmony of thought and word and deed. Always aim at purifying your thoughts and everything will be well ~ Mahatma Gandi

The colorful , graceful and peaceful demonstration was the march in the making for celebration , the event of justifying the ' therms ' of democracy .

Some Malaysian were conceived by taking to the street was an account that their freedom to prevail in the diversity of Malaysian Democracy . This is the spirit that Malaysian from all ethnics background and religion can claim Malaysia their home .

Malaysia is a democratic State and not a jungle State or the Mouseland either . We have laws that guaranteed to protect the citizen at large , a guarantee given for peace and harmony . Yet , without permit issued , everyone still can voice out with their feet of grievances through street demonstration . Indeed , this Malaysian rights is also guaranteed . Those who walked were brave Malaysian despite they knew they would be challenged and dispersed by water cannon and tear gas . Is was termed as brutality .

At the same time , they have made themselves a threat to the majority of peaceful loving Malaysian who smile no more . They have been made for by the politically ambitious activists who seek to create a Malaysia of their own interpretation and design . Where injustice of the election commission and so called crippled democracy were promoted over Malaysian values of tolerance .

Furthermore , the so called the peaceful walks of street demonstration to call for justice and they consciously knew that they be challenged . The avenue of persuasion was ignored and was democratically an non option .

The street protest must adamantly go on because to justified their constitutional rights and freedom . Besides , their rights to spread their ideologies are constitutional too excluding Communism . Collaterally , they knew well that the vast majority of Malaysian do not scrummed to their vision .

The fact of the matter , it was absolute for them to sow their discord and promote further diversity by their Bersih even though they knew that Malaysia identity is a formed on understanding and a sense of oneness despite the diversity .

This sense of oneness has been embraced and a firmed ideology professed by the majority Malaysians . It is alive and well despite the chauvinist , Islamic radicalism and the mental uprising of the new , new born Christian mentalities and the armchair foreign observers . Majority Malaysian has committed to protect and preserve this commitment of being one and united .

Our Prime Minister has spoken and has called for unity and stability under the expression of 1 Malaysia which is vital for preserving peace and harmony within society . It is an important message for cultivating community leaders to morally guide the people on the right path with peace and harmony in mind .

Political rights , religious rights and all rights stipulated in the Constitution must be protected in a harmonious and a democratic environment . If waver is given to radicalism , the society at large will be in peril .

kudakepang said...

Salam takzim,

Posting ini menerima banyak reaksi. Tetapi majoritinya yang tidak saya siarkan, hanya kecaman peribadi terhadap saya kerana mempertahankan kebenaran.

Apa yang saya tulis adalah pandangan saya demi masa depan semua. Oleh sebab itu, jangan kata saya bahlul atau kuno. Sebab pandangan kuno seperti saya inilah yang berjaya memerdeka serta membangunkan negara yang hanya baru 54 tahyn usiannya bukan seperti US yang jadi sanjungan sesetengah pihak yang berusia beratus tahun.

Lantas, jika kita menceburi media siber, hormtilah kepelbagaian pandangan dan pendirian sebab sejarah akan menjadi hakim siapa yang betul dan siapa yang tersilap.--- Ruhanie Ahmad

Anonymous said...

Sebenarnya Datuk, PR sengaja melibatkan diri dgn Bersih untuk 'whip-up the dwindling support of the masses due to many factors :- a)The present Govt have regain confidence from the people,
b) Member of PR have rebranded its party to the disgust of the old guards hence loosing quite substantial support,
And many more factors.However Bersih was also seen as a diversion tactics to the on going court cases. At the same time to instill hatred towards the Govt by provoking the Police to use extreme force . Cuma apa yang dikesali ialah kelembaban pihak polid dan AG mengambil tindakan untuk membawa mereka yang ditangkap kemuka pengadilan. Nampakny court order menghalang 91 penama menghadiri Bersih 'just a mockery'. salam Datuk. S/catcher.