Wednesday, May 11, 2011

UMNO DALAM KEDEWASAAN USIANYA




Ruhanie Ahmad


UMNO adalah parti yang memerdekakan negara pada 1957. Ini bermakna bahawa perjuangan UMNO adalah untuk mengisi kemerdekaan dan mempertahankan kemerdekaan berdasarkan prinsip kasih dan sayang terhadap agama, bangsa dan tanah air.

Ini juga bermakna bahawa UMNO perlu memberikan keutamaan kepada Islam, bangsa Melayu dan Bumiputra serta kelangsungan negara.

Keutamaan ini wajar dititikberatkan walaupun sebagai tunggak pemerintahan negara yang majmuk, UMNO perlu bersikap adil kepada masyarakat lain yang keturunan mereka menjadi warganegara sewaktu negara dimerdekakan daripada penjajah British.

UMNO tidak akan terbabas dalam konteks perjuangan ini jika pemimpinnya di semua peringkat memahami maksud sebenar yang tersirat di sebalik kesemua peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai Islam, Bahasa Melayu, bangsa Melayu dan Bumiputra.

Hari ini UMNO berusia 65 tahun. Inilah waktu terbaik untuk UMNO mengkaji semula kekuatan dan kelemahannya mutakhir ini.

Pertama, kajilah sama ada benar kini wujud kalangan veteran yang jauh hati dengan UMNO, dianggap berfikiran kuno dan disifatkan sebagai sudah ketinggalan zaman.

Kedua, kajilah sama ada benar bahawa kini wujud sekumpulan pemimpin muda yang lebih menentingkan diri daripada parti dan menganggotai UMNO semata-mata untuk mencari kemewahan peribadi.

Ketiga, kajilah sama ada benar bahawa kini ramai profesional Melayu dan Bumiputra yang gagal menganggotai UMNO disebabkan mereka dihalang oleh ketua-ketua cawangan dan bahagian yang takut kedudukannya digugat oleh golongan muda terpelajar ini.

Keempat, kajilah sama ada benar kini wujud dakwaan kononnya UMNO disifatkan tidak lagi relevan untuk mewakili bangsa Melayu dan Bumiputra kerana matlamat perjuangan parti ini dikatakan jauh menyimpang daipada matlamat asalnya.

Sebenarnya, banyak lagi yang perlu dikaji oleh UMNO. Tetapi, empat perkara pokok di atas perlu diutamakan jika UMNO mahu terus kuat, mantap dan berwibawa.

9 comments:

Anonymous said...

Pernah dahulu timbul parti Semangat 46. Walaupun sekarang tidak ada lagi, semangat UMNO pada tahun 46 yang dibawa oleh Dato' Onn perlu diingati dan diterapkan semula kepada semua ahli UMNO kerana semangat itulah sebenarnya menjadi tujuan UMNO diwujudkan iaitu memertabatkan lagi orang melayu.

Semangat 46 ini tidak sepatutnya bercampur aduk dengan agenda kepentingan diri sendiri tetapi dengan ikhlas untuk meneruskan agenda orang melayu.

Sallam Orang Johor

EdisiMalaysia said...

Benarkah hanya Umno sahaja yang memperjuangkan kemerdekaan? Apakah parti-parti lain tidak memberi sumbangan dalam hal ini? Perlu diingat kebangkitan semangat nasionalisme pada masa dulu, tidak kira daripada United Malay National Organization (Umno) ataupun Parti Islam Semalaya (PAS), Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) yang ditaja oleh Datuk Onn Jaafar dan apa saja parti yang tumbuh di Tanah Melayu pada masa itu sememangnya bertujuan untuk menentang penjajah dan menuntut kemerdekaan.
Tidak ada mana-mana parti di Malaya pada masa itu yang mahu penjajah kekal di Tanah Melayu. Mungkin cara perjuangan mereka yang berbeza dan cara perjuangan inilah yang menarik rakyat untuk menyokong parti mereka. Justeru tidak relevan dikatakan bahawa hanya Umno yang kononnya memperjuangkan kemerdekaan Malaya.

Anonymous said...

kalau umno dalam kedewasaan usia dan kenapa belaku perebutan kuasa didalam umno sendiri?

Anonymous said...

Betul ke UMNO makin dewasa atau melepasi dewasa dan kini sudah tua. Banyak perkara yang UMNO buat macam ada tak kena. Isu harga barangan yang makin meningkat, sedangkan janji menteri UMNO, harga barang terkawal. Isu video seks dilayan dengan cara berbeza antara Chua Soi Lek dan Anwar, kematian Beng Hock dan Ahmad Sarbini, muka depan di Utusan Malaysia dan Suara Keadilan.

UMNO makin hilang rentak. MCA berani menyebut soal keistimewaan orang Melayu, MIC isu Interlok.Pemuda Gerakan berani tegur TPM semasa mengumumkan subjek sejarah sebagai teras.

Banyak hal, UMNO telah dilihat sebagai double standard dan mungkin tidak mampu bertahan lama.

Unggal said...

Dato...kalau ikut umur purata rakyat malaysia, 65 tahun tu dah kira BONUS..!!!(istilah arwah bapak saya). Rasulullah wafat kalau tak silap at 62yo.. Maka maknanya nyawa UMNO dah dihujung tanduk..!!

kudakepang said...

Salam hormat dan salam takzim. Keempat-empat komen di bawah ini dikirimkan ke blog ini dengan mengandungi beberapa ayat yang jika disiarkan boleh membangkitkan implikasi undang-undang. Dengan itu, oleh kerana komen ini juga mengandngi beberapa iktibar, maka saya terpaksa edit bahagian yang sensitif dan menyiarkan bahagian yang boleh dijadikan cermin kepada UMNO.---Ruhanie Ahmad.

1. UMNO tak jaga Islam. Umno hanya jaga Mesjid dan Imam. By Anonymous on MELAYU JANGAN INGAT MEREKA SUDAH SELAMAT on 5/21/11

2. Salam, Ada juga komen yg diatas mengatakan seolah2 kononnya org cina memperjuangkan Kemerdekaan Tanah Melayu..? Cuba berikan aku satu org aje ataupun satu nama aje drp mana2 bangsa pendatang ni yg masuk penjara atau disiksa kerana memperjuangkan Kemerdekaan Tanah Melayu..? Ada..? Tak tahu dek untung...Dah dikasi taraf kerakyatan beramai2 tu dah kira nasib baik lah tu..! Takkan tak paham2 lagi..! By Anonymous on NYAWA DAN DARAH MELAYU MEMBUKTIKAN CHIN PENG BUKAN... on 5/17/11

3. Salam takzim, Bung Ruhanie, Pada pendapat saya UMNO makin tua dan menghampiri zaman NYANYOK !!! Carilah jawapan nya sendiri berdasarkan FAKTA dan BUKTI !!! Hanya orang yang mendekatkan diri kepada ALLAH terpelihara dari NYANYOK. Insya Allah !! By jebat on UMNO DALAM KEDEWASAAN USIANYA on 5/14/11

4. Salam tuan, Sepatutnya umneno pd usia 65 tahun menunjukkan kemantangan yg optimal setelah "berjuang"sekian lama pd era sebelum dan sesudah merdeka. Inilah harapan bangsa melayu islam berhajat melihat umeno berjuang menegakkan agama bukan soal bangsa yg sepatutnya telah dinobatkan dgn kukuh tanpa dipersoalkan lagi. By Anonymous on UMNO DALAM KEDEWASAAN USIANYA on 5/12/11

john silver said...

bro ron, saya setuju umno dah sampai ke peringkat tua. pemimpinnya bagaimana pula kerana ada yang masih bongkak, sombong dan tak sedar diri kerana hendak jawatan penting dalam umno bahagian hingga ke peringkat negeri. mereka lupa kepada amanah dan tanggungjawab kepada ahli-ahli dan para pengundi yang mana menjadi wakil rakyat. mereka fikir jawatan dalam umno itu harta pesaka emak bapak dia, boleh urus sesuka hati tanpa mengambilkira sensitiviti ahli-ahli dan pengundi. mereka akan sabotaj parti sekiranya tidak dipilih menjadi wakil rakyat.

kudakepang said...

Komen di bawah ini sudah diedit untuk mengelakkan sebarang masalah undang-undang. Maaf dan salam takzim --- Ruhanie Ahmad.

Betulkah UMNO yang memperjuangkan kemerdekaan. Mengapa almarhum alsyahid Tok Gajah,Datuk Bahaman,Datuk Dol Said,Tok Guru Peramu dan Yang terakhir sekali almarhum alsyahid Mat Kilau telah tercatit dalam buku sejarah warisan UMNO sebagai Pemberontak,Penyamun,Penjenayah.Mengapakah Pendeta Zaaba sbagai pakar ilmuan tidak menasihat kepala-kepala besar umno ketika itu bagi mensucikan mereka ini. By Anonymous on UMNO DALAM KEDEWASAAN USIANYA on 5/25/11

Mika Angel-0 said...

Bro Ruhanie,
Salaams

Life Is Komplikated, Kan, Bung?
(apalah salah zaaba dan pak hamka)

Melayu mudah lupa

Arab kalah perang dan Melayu pun kalah perang.
Arab kalah perang Palestin namanya.
Melayu kalah perang, Residen British namanya
Nasib baik, Malay Union taklah masyhur.

British datang semasa tamaddun Melayu belum celik dunia baru barat. Maafkan sultan membuat perjanjian dengan British rakyat yang menanggung. Raja tuanku, residen tuan gundeknya mem.

Apakah bila raja bikin perjanjian mahu dipecah amanah dan kata-kata yang diberi dan diterima?
Apa Melayu tiada maruah dan nilai hidup tamaddun?

Apakah Perjanjian Damai 1967 Timur Tengah patut dihormati lagi, bung; jangan pula Treaty Camp David 1993?

Kalau tak di beri pertunjuk oleh tuhan
manusia itu buta siratul-mustaqim
berlari di atasnya sebelum arif berjalan
janji pun tak di kota, amanah di perkosa

Melayu mudah lupa


Maaf dan Salam Takzim