Wednesday, May 25, 2011

MCA PERLU DIDISIPLINKAN?

Ruhanie Ahmad


Realiti politik nasional Malaysia kontemporari mendapati MCA adalah antara komponen BN yang sedang terperangkap dengan krisis keyakinan yang serius. Sokongan pengundi Cina kepada parti ini dalam PRU12 adalah buktinya yang paling nyata.

Anehnya, sejak PRU12 pada 2008 hingga ke hari ini, MCA seolah-olah gagal mengatasi kemelut ini menerusi mekanisme dalaman yang berkesan.

Sebaliknya, MCA kelihatan seolah-olah cuba menggilap semula imejnya yang malap menerusi tindakan serta kenyataan yang boleh meretakkan kejituan BN seluruhnya.

Lebih spesifik lagi, sejak era pasca-PRU12, MCA nampaknya terus bertindak menerusi kenyataan yang sentiasa kontra kepada permuafakatan BN dan melukakan hati majoriti orang Melayu.

Terbaru sekali adalah kenyataan Datuk Seri Chua Soi Lek selaku Presiden MCA dan Datuk Dr. Wee Ka Siong selaku orang kuat parti yang kini menjadi Timbalan Menteri Pendidikan.

Dakwaan terbuka kedua-dua pemimpin MCA ini kononnya Kerajaan BN menyalahgunakan kuasanya dalam pengagihan biasiswa JPA adalah tidak produktif kepada permuafakatan BN, terutama sekali dalam suasana menjelang PRU13.

Tindakan kedua-dua individu ini adalah tidak beretika. Ianya menimbulkan pertanyaan berikut: apakah niat sebenar tindakan seperti ini, dan mengapakah MCA memilih tindakan sedemikian rupa?

Lantaran itu, kepimpinan tertinggi BN perlu bertindak tegas kepada kedua-dua individu ini. MCA perlu diingatkan bahawa tindakan seperti ini adalah kaunter-produktif kepada BN.

Lantas, MCA wajar didisiplinkan dengan serta merta. MCA juga wajar diberikan kata-dua yang tegas supaya seluruh kenyataan dan tindakannya yang menjejaskan permuafakatan BN diberhentikan dengan segera buat selama-lamanya.

9 comments:

Mohd said...

MCA sudah jadi tidak releven lagi dlm BN. MCA sentiasa berlumba dgn DAP utk mencaci dan mengkritik tindakan Kerajaan secara terbuka.
MCA ingat dgn berbuat begitu kaum Cina akan melihat bhw MCA mengambil berat dan memperjuangkan kepentingan kaum Cina dan akan menyokong dgn mengundi MCA di PRU13 nanti.
Maaflah, kita semua boleh lihat bhw kaum Cina hanya percaya kpd DAP utk menjaga kepentingan mereka. Kaum Cina beranggapan bhw MCA dan Gerakan adalah kaldai UMNO spt PAS dan PKR adalah anjing suruhan kpd DAP.
Sudah tibalah masanya, Najib hanya meletakkan calon2 MCA dan Gerakan di kawasan2 majoriti Cina shj di PRU13. Biar kita tengok dgn jelas kaum Cina menyokong siapa?

Shamsul Akmar said...

Biar kita jadi pembangkang asalkan tidak ditusuk duri dalam daging !

Anonymous said...

Adakah PERKASA juga perlu didisiplinkan?

Anonymous said...

Singkap Sejarah:
Dulu masa PPP dan Gerakan berebut nak tanding kerusi Parlimen Taiping, penyelsaiannya ialah PPP diberi Taiping, Gerakan diberi Grik dan UMNO hilang kerusi.
Sekarang:
Nak disiplinkan MCA pula... Mampukah UMNO bertindak? Kelakar juga posting ni????

kudakepang said...

Komen di bawah ini telah diedit untuk mengelakkan sebarang masalah undang-undang. Harap maaf dan salam takzim --- Ruhanie Ahmad

1. Bedisiplin UMNO dulu… By Anonymous on MCA PERLU DIDISIPLINKAN? at 3:08 PM

2. MCA ni memang kaki sibuk.dia minta macam-macam. tak dapat dia minta, dah dapat minta lagi.tapi cara mereka berfikir lebih ke depan dari umno.umno ni sibuk kat takuk lama tu lah saja. kalau nak hidup lama umno kena ada anjakan paradigma yang besar.buangkan ranting, dahan dan batang buruk yang tak berguna. jadi lebih bertamadun.By borhan on MCA PERLU DIDISIPLINKAN? on 5/25/11

3. Pakatan dalam komponen BN sebenarnya sudah lemah dan hanya menunggu faktor tertentu sahaja untuk lerai. Kekecohan pasti berlaku semasa pengisian calon pilihanraya kelak dan akibatnya undi Melayu akan berpecah lagi, akan ada pertambahan ahli UMNO yang marah dan berpaling tadah bila UMNO asyik 'mengalah'. By kluangman on MCA PERLU DIDISIPLINKAN? on 5/25/11

Azli-Labis said...

1. Yes kpd disiplinkan ahli UMNO.
2. Yes juga kpd kesedaran SAPA MCA.

Anonymous said...

MCA perlu didisiplinkan... kalaupun benar MCA itu perlu didisiplinkan, adakah UMNO cukup berani 'pulas telinga' MCA...? Saya kira tidak lebih dari kenyataan media sahaja. Lepas tu senyap seribu bahasa seperti biasa dengan komen terakhir berbunyi..."masalah telah selesai".

Anonymous said...

Salam Dato.sepatutnya dah lama UMNO pertahankan kawasan majoriti Melayu, letak calon Melayu. inilah satu sebab orang Melayu dah marah dan bagi sokongan kepada parti lawan. Jangan korbankan hak kita kerana nak jaga hati kawan, tetapi kawan tak pernah pun kenang budi kita.Cuba minta perngorbanan dari kaum mereka, sedikitpun mereka tak akan bertolak ansur. Fikir-fikirkanlah Bangsa ku & dan pemimpin Melayu. Buat baik berpada-pada, jangan sampai kampong tergadai.!!!!

Anonymous said...

Bung Ruhanie,
Salaams

Ribut Dalam Cawan Teh
(China Awakening)

Pada fahaman saya yang mudah MCA memperjuangkan nasib kaum bangsa Tionghua sapertimana UMNO masih memperjuangkan hak orang Melayu di negara ini. Sekiranya MCA tidak melakukannya, maka ia tidaklah boleh dikatakan parti politik yang membela hak kaum Tionghua.

Barisan Nasional bukan monopoli UMNO dan orang melayu jangan cepat melatah. BN adalah wadah mereka juga kerana adanya budaya Barisan Nasional yang memupuk maufakat baik dari parti-parti komponen selepas peristiwa hitam Mei 13 1969.

Anda menyatakan MCA sedang terperangkap dengan krisis keyakinan yang serius dan sejak PRU12 pada 2008 hingga ke hari ini, MCA seolah-olah gagal mengatasi kemelut ini menerusi mekanisme dalaman yang berkesan

Persoalannya, sekiranya MCA perlu didisiplinkan, bagaimana mahu di laksanakanya; dan adakah orang UMNO mempunyai rancangan tunjuk-ajar atau panduan untuk MCA yang boleh dijayakakan agar MCA diterima dengan lebih baik oleh pengndi gen y kaum Tionghua?

Pada hemat saya, ini hanya retorik politik BN. Siapa berani disiplinkan MCA diketika gen y kaum cina sapertimana gen y di Timur tengah pun sudah jelak dengan peraturan lama yang tidak menguntungkan nasib dan maruah masyarakat mereka? Apakah mereka tidak pakar bertwitter saperti gen y melayu, Bung?

Hanya-senya apabila UMNO mampu membantu MCA dan parti komponen yang lain dalam menangani masaalah krisis keyakinan yang serius ini di saat itu baru boleh kita setuju tidak melulu membabi buta dalam tindakan mereka yang pro-Tionghua.

Apakah raja melaka dapat bertahan dulinya kalau bertembung tentera dari bumi tionghua yang sudah lagi tidak sabar dan mahu tegas bertambah kasar dan keras lagi menyatakan kawasan sekeliling Kepulauan Spratly itu pun tanahnya?

Salam Takzim