Tuesday, May 03, 2011

GADDAFI DAN PERANG TEROR

Ruhanie Ahmad

Al-Qaeda dan Osama bin Laden adalah elemen utama yang mencetuskan perang teror di Afghanistan, seluruh Asia Tenggara dan Iraq mulai Oktober 2001, setelah tragedi 911 di Amerika Syarikat (AS).

Akibat tragedi 911 meletuslah peperangan jenis baru---peperangan antara global superpower dengan faceless non-state actor. Akibat perang teror, dunia pun meninggalkan era pasca-Perang Dingin dan memasuki era pasca-911. Dalam era pasca-911 AS menghalalkan tenteranya melancarkan serangan pre-emptif ke atas mana-mana negara yang disyakki memberikan bantuan, perlindungan atau berkonspirasi dengan pengoperator terorisme baru.

Kesemua ini terjadi disebabkan AS terlalu yakin bahawa Al-Qaeda pimpinan Osama bin Laden adalah organisasi yang meranapkan WTC di New York dan memusnahkan sebahagian Ibupejabat Pentagon di Washington DC pada 11 September 2001, dan sekaligus menghancur-leburkan ego AS sebagai superpower dunia di abad ke-21.

Anehnya, kesemua ini terjadi walaupun AS tidak melakukan siasatan menyeluruh dan terperinci terhadap tragedi 911, dan walaupun tragedi 911 juga sentiasa dipertikaikan oleh segolongan rakyat AS, termasuk oleh golongan profsional di bidang kejuruteraan, pencegahan api, penerbangan dan perisikan.

Dalam konteks ini AS hanya mewujudkan 911 Commission selepas tiga tahun perang teror berlaku. Laporan 911 Commission ini juga dipertikaikan oleh banyak pihak di AS sehingga terdapat beberapa individu yang menyuarakan rasa tidak puas hati mereka mengenai tragedi 911 kini hilang atau terbunuh secara mistri.

Berikutan tragedi 911, AS dan sekutu-sekutunya pun melancarkan peperangan ultra-moden di Afghanistan dan Iraq, dan satu Low Intensiti Conflict---operasi saraf---di Asia Tenggara, khususnya di Pulau Basilan, selatan Filipina.

Seluruh episod perang teror ini penuh misteri, keanehan dan paradoks. Osama bin Laden diburu di Afghanistan sehingga negara itu jadi padang jarak padang tekukur dan mengalami regime change. Tetapi, sesudah 10 tahun Afghanistan diperangi dan dijajah, Osama akhirnya di bunuh di Pakistan.

Iraq dituduh memiliki senjata pemusnah---WMD. Tetapi, setelah AS membelanjakan beratus juta dollar, WMD tidak ditemui, Presiden Saddam Hussein mati dibunuh di taligantung, Iraq pula terus dijajah hingga ke hari ini. Hans Blix daripada IAEA pun hairan mengenai perkara ini.

Aktiviti keganasan di Asia Tenggara banyak terjadi di Indonesia---bom di Bali dan bom di Jakarta. Jadi, adalah aneh bila AS mendeklarasikan seluruh Asia Tenggara sebagai lawang kedua perang teror.

Sesudah itu, AS hanya mengerahkan tenteranya berpangkalan di selatan Filipina kononnya untuk menghapuskan Kumpulan Abu Sayyaf (KAS), sedangkan Maria Ressa dalam bukunya mendapati bahawa pelbagai maklumat perisikan daripada AS dan Asia Tenggara mengatakan bahawa MILF adalah kumpulan yang seharusnya dibanteras di wilayah tersebut.

Oleh itu, adakah perang teror sebenar-benarnya satu peperangan untuk menghapuskan terorisme baru yang didakwa sebagai dilakukan oleh kelompok muslim militan? Mustahilkah perang teror sebenarnya hanya topeng kepada strategi besar AS di Asia---Asia Barat, Asia Tengah, Asia Selatan, Asia Tenggara dan Asia Timur?

Mustahilkah bahawa seluruh medan tempur perang teror di Asia Barat, Asia Tengah dan Asia Tenggara sebenarnya merupakan strategic security transit points untuk menuju ke Iran dan juga China di hari muka, sebab Iran sangat digeruni oleh Israel dan China pula sangat dicemburui oleh AS.

Hujah dan persoalan ini relevan kepada peristiwa terbaru yang diumumkan oleh White House hari ini---iaitu berita mengenai Osama bin Laden yang dikatakan telah dibunuh oleh sepasukan elit tentera AS di Pakistan.

Tidak ada siapa mampu memastikan sama ada berita ini sahih atau sekadar propaganda strategik AS. Namun peristiwa ini menimbulkan beberapa persoalan berikut.

Pertama, adakah pembunuhan Osama bin Laden akan menamatkan perang teror anjuran AS di Afghanistan, seluruh Asia Tenggara dan juga Iraq?

Kedua, adakah peristiwa ini akan membolehkan AS mengundurkan seluruh bala tenteranya daripada Asia Tengah dan Asia Tenggara untuk membolehkan AS memulakan satu agenda militerisme barunya di Afrika Utara dengan Libya dan Gaddafi sebagai musuh utamanya?

3 comments:

Mika Angel-0 said...

Bung Ruhanie
Salaams

PIIGS! Economic Euphoria!
(price of gold)

Bagaimana NATO akan biaya 'satu agenda militerisme barunya di Afrika Utara dengan Libya dan Gaddafi sebagai musuh utamanya'?

Bilakah kita akan wajib meresmikan bandar baru-taman teknologi bagi orang jepun di Iskandar, Bung?

Apakah pendirian Malaysia dalam hal dendam kesumat NATO kepada dinasti keluarga Gaddafi dan apakah bicara Najib di New York nanti? Harus kah perlu ada duta baru kita di Washington yang dapat meyampaikan hikmah kepada Obama sebelum dia menjadi one-term president??

Salam Takzim

jebat said...

Salam takzim, Bung.

Jangan lah kita terikut-ikut pendapat BARAT mengenai OSAMA dan GADAPI,

Bila GADAPI menyerang rakyatnya yang memberontak, NATO masuk campur atsa sokongan OBAMA.

Tapi bila ISRAEL menyerang dan membunuh rakyat GAZZA, semuanya menyepi (ternasuk Malaysia)

Saya tidak menyokong semua kegiatan OSAMA dan GADAPI, tapi kita perlulah adil.

Kenapa kita menyalak semau nya bila kejadian itu berlaku di LIBIYA, dan kenapa kita MENIKUS bila berlaku di GAZZA dan PALASTINE?

Itu mengambarkan seolah-olah kita SEDARAH dengan ISRAEL. BANAR KAH??

Hanya suara sayup-sayup yang kedengaran dari Malaysia - Suara TUN Dr. Mahhathir....

Mana perginya suara lantang dari Malaysia !!!

Hilang lenyap di telan ANGIN BARAT!!

ADUHAI MALAYSIA !!!
MALAY SEE AHHH !!

Anonymous said...

Salam Dato'. Buat kesekian kalinya pihak barat berjaya dalam memperbodohkan umat Islam termasuklah kita di Malaysia. Bukan sedikit umat Islam di negara kita yang bersetuju dengan barat bahawa pemimin seperti Gaddafi, Osama Laden dan pemimpin seumpamanya adalah penjenayah lagi pengganas. Sebusuk-busuk Gaddafi atau Obama, mereka adalah orang Islam; tapi kita layan mereka lebih teruk dari orang kafir laknatullah. Dalam isu 'pengganas' ini Osama, Gaddafi dan seumpamanya bukan pengganas. Jika negara kita berkeadaan terdesak seperti itu, silap haribulan Tok Najib pun akan sokong pengebom berani mati atau dia sendiri jadi salah seorang pengebom tersebut. Dalam erti kata lain, Tok Najib juga boleh jadi 'pengganas'.