Sunday, April 03, 2011

RASUAH SISTEMIK DAN JENAYAH RENTAS SEMPADAN JRS

Ruhanie Ahmad



Rasuah di Malaysia sudah sampai ke tahap sistemik. Hakikat ini dibuktikan oleh kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2 April 2011 bahawa wang yang “dianggarkan RM108 bilion yang sepatutnya menjadi pendapatan negara setiap tahun lesap dan lebih RM10 bilion lagi dipindahkan secara haram ke luar negara.”


Rasuah sistemik ini pula jelas melibatkan pengoperator Jenayah Rentas Sempadan (JRS). Hakikat ini dimanifestasikan menerusi kejayaan SPRM memberkas “62 pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) kerana terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram serta pelbagai kesalahan lain.”


Perkembangan ini pastinya memeranjatkan warga Malaysia. Tetapi, hakikatnya ialah, JRS dan rasuah sistemik adalah sentiasa kait-mengait. Lebih spesifik lagi, rasuah sistemik adalah satu daripada ciri-ciri utama kepada JRS.


Oleh sebab itulah rasuah sistemik dianalisis oleh beberapa sarjana antarabangsa sejak awal 1990-an, iaitu bersamaan dengan proses globalisasi serta ledakan teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT. Hakikatnya demikian sebab JRS yang dulunya hanya beroperasi secara serantau, kini sudah bercorak global berikutan proses globalisasi dan ledakan ICT.


Oleh sebab itulah juga para sarjana kini mengkategorikan rasuah jenis ini sebagai ancaman keselamatan bukan tradisional yang boleh menggugat kesejahteraan serta keselamatan nasional sesebuah negara.


Rasuah sistemik adalah amalan lazim para pengoperator JRS untuk memudahkan operasi mereka secara serantau atau global. Rasuah ini majoritinya disasarkan kepada warga sektor awam---daripada penggubal undang-undang, penguatkuasa undang-undang dan pentadbir undang-undang. Amalan ini berleluasa di beberapa negara Amerika Latin.


Seterusnya, JRS pula bukan hanya membabitkan pemindahan wang secara haram. Hakikatnya, JRS melibatkan multi-bentuk jenayah yang merangkumi penyeludupan dadah, penyeludupan senjata---termasuk senjata pemusnah atau WMD---penyeludupan manusia, pemerdagangan manusia dan lain-lainnya. Lebih serius lagi, rasuah sistemik dan JRS kini mula bersinergi dengan kegiatan terorisme baru.


Oleh itu, semoga pihak SPRM akan memperluaskan skop operasi mereka bukan sahaja difokuskan kepada JKDM malahan lain-lain agensi penguatkuasaan undang-undang yang bersangkutan dengan darat, laut dan udara.


Cadangan ini dikemukakan sebab mutakhir ini terdapat desas-desus yang mendakwa bahawa JRS dan rasuah sistemik dikatakan sedang terlalu menjadi-jadi di beberapa pintu masuk maritim Malaysia---pelabuhan awam dan juga swasta---termasuk di pengkalan milik syarikat yang mengendalikan perdagangan tukar barang atau barter trade.


Lebih menggemparkan lagi, ada juga tuduhan mengatakan bahawa rasuah sistemik dan JRS di kawasan maritim Malaysia, kini dikatakan membabitkan kegiatan pemerdagangan dan penyeludupan manusia ke destinasi antarabangsa.


Pihak SPRM juga perlu memantau kegiatan rasuah sistemik dan JRS menerusi lapanganterbang. Ini disebabkan sesetengah pegawai penguatkuasa undang-undang Malaysia dipercayai sudah mempunyai rangkaian antarabangsa dalam konteks memudahkan orang asing tanpa dokumen terbang pulang dari Malaysia ke destinasi masing-masing.


Rasuah dalam konteks ini dikatakan cukup besar jumlahnya sebab wang berkenaan perlu dikongsikan dengan segolongan pegawai penguatkuasa di pintu masuk negara asing yang dalam rangkaian JRS di peringkat serantau atau global.


Kesimpulannya, rasuah sistemik dan JRS kini mengancam kesejahteraan dan keselamatan nasional Malaysia. Kedua-dua jenis jenayah ini akan terus bermaharajalela jika kerajaan tidak mensekuritassaikan kedua-duanya sebagai ancaman keselamatan negara.


Oleh sebab itu, sementara kerajaan perlu berbangga dengan kejayaan SPRM dalam konteks ini, kerajaan juga perlu segera menggubal atau meminda undang-undang sedia ada supaya JRS dan rasuah sistemik disekuritisasikan sebagai ancaman negara di mana hukumannya juga perlu setimpal dengan intensiti jenayaah berkenaan.

7 comments:

jebat said...

Salam takzim, bung,

Usaha membenteras rasuah ini harus berterusan. Jangan hanya Hangat angat tahi ayam.

DAN JANGAN MEMILIH BULU.

Semuga berjaya !!!
SYBASY SPRM !!

Anonymous said...

Salam Datuk,

Mengapa SPRM tidak menyiasat pegawai2 bekerja di Pelabuhan Malaysia? Adakah mereka tidak sedar di pelabuhan pintu utama perdagangan manusia?

Boleh di katakan setiap pintu pelabuhan negara kita mudah menyeludup masuk dan keluar pendatang. Persoalan saya mengapa SPRM tidak memantau di kawasan tersebut.

Rasuah di Jabatan Kastam sudah lama belaku semenjak tahun 80am lagi. Pendek kata kesemua pintu masuk negara ini ada saja orang tengah bagi pihak kastam untuk mengutip ufti.

RASUAH MUSUH NEGARA DAN AGAMA

Anonymous said...

Syabas Datuk menyentuh pekara rasuah atau makan suap membawa maksud yang negatif kepada imej sesebuah negara. Kadar rasuah di negara ini sudah sampai tahap yang tinggi jika di bandingkan negara jiran Singapura. Baru sekarang media berani menyiarkan pelbagai kes melibatkan pegawai kerajaan berprofil tinggi.

Punca gejala rasuah sering dikaitkan dengan masalah ketelusan sistem pentadbiran kerajaan BN. Masyarakat menganggap rasuah ini bermaharajalela kerana kerajaan BN tidak memiliki satu sistem yang telus terutama pemberian tender menyebabkan ramai pegawai awam mengambil kesempatan mengambil wang secara haram ini. Ini menunjukkan masalah rasuah makin berleluasa apabila tiadanya satu ketelusan dalam sistem tadbiran awam negara kita.

Selain itu, rasuah kolar putih berlaku atas sikap masyarakat kita tidak peka dengan polemik masalah ini secara terperinci. Sesetengah masyarakat menganggap masalah rasuah merupakan asam garam kehidupan dalam pentadbiran kerajaan negara BN selama ini.

Apakah langkah kesungguhan SPRM untuk mengatasi masalah rasuah negara ini? Saya cadangkan tindakan tegas SPRM mendakwa semua pihak yang terlibat tanpa memilih parti politik dan pangkat pengamal rasuah memberi hukuman yang setimpal dan menakutkan mereka untuk melakukan jenayah ini.

PERANGI RASUAH TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA.

Bro.. PR/Sarawak

Anonymous said...

GEMPA BUMI DI MALAYSIA..NAMANYA RASUAH ...

BENCANA TSUNAMI DI MALAYSIA.. NAMANYA POLITIK..

PERHIMPUNAN AMAN
NAMANYA LU FIKIR SENDIRI...

Anonymous said...

Rasuah ada dimana-mana, bezanya kecil atau besar samada jabatan kerajaan atau swasta. Hanya kejujuran dan nawaitu staf yang diamanahkan sahaja boleh menyelesaikan masalah ini. Seandainya di negara ini tiada rasuah dalam pelbagai sektor, Malaysia telah mencapai status negara maju.

Kerugian wang rakyat akibat rasuah amat besar. Dalam sektor kerajaan banyak jabatan yang boleh dilibatkan dengan rasuah terutama yang berkaitan pintu masuk negara, penguatkuasa peraturan/undang, kelulusan sesuatu projek dan pelbagai lagi yang banyak mengundang unsur rasuah. Ini tidak termasuk lagi bab politik.

jebat said...

Salam Takzim,
Bung Rohanie & Para pengulas,

Saya baru teringat ,
PERDAGANGAN MANUSIA !!
KEMASUKAN PENDATANG HARAM !!!
TANGKAP DAN LEPAS !!

Perkara perkara ini patut di beri perhatian !!

TANGKAP DAN LEPAS:
Kenapa berlaku ??

Bukti tikad cukup kuat !!

Tidakkah diteliti dahulu sebeluam di tangkap ???

Ini menggambarkan kelemahan MACC itu sendiri.

AKIBAT NYA !!!

Rakyat kurang percaya kepada MACC - main sandiwara !!!

Tahukah MACC betpa peritnya orang yang di tangkap kemudian di lepaskan !!
Lapan hari dalam NERAKA DUNIA.

HALUSI SATU SATU KES SEBELUM BERTINDAK !!!

PENDATANG HARAM !!
Dengar khabar Maritim Malaysia begitu gah !!!

Rupanya INDAHKHABAR DARI RUPA !

Tahukah apa akibatnya ??
Rompakan danpechah rumah menjadi-jadi !!!

Siapa yang menggung rugi ?
RAKYAT MALASIA !!!
Mungkin ada pihak yang sekongkol dengan mereka !!
(Tanya penduduk Kampung Belukar Durian - Kota Tinggi. Perkara ini mungkan tidak di buat laporan kerana maraka sudah hilang kepercayaan kepada yang menerima laporan).

Ini-lah yang patut diberi perhatian oleh MACC/SPRM.

Bukannya bergerak dua tiga jam kemudian LELAP SEMULA .

Siasat siap yang berkaitan dengan ekmasukan pendatang HARAM ini ?

BANGUNLAH SPRM DAN BERI PERHATIAN PERKARA PERKARA INI !!

Jangan tunggu rakyat muak dan menerima akibatnya kemudian ialah Kerajaan yang dipilih rakyat.

SEKIAN.

Anonymous said...

Salam Datok,
Lihatlah sendiri rakaman bagaimana polis trafik menerima rasuah di http://www.youtube.com/watch?v=lbQ3E9pX9FU

Cuba tanya IGP, video ini benar tulenkah?

Terima Kasih