Monday, March 21, 2011

PENGGANTI TAIB MAHMUD: SATU TEKA-TEKI YANG AMAT SUKAR

Oleh Ruhanie Ahmad


Pehin Seri Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang memimpin Sarawak sejak 1981 sudah pasti akan bersara sebagai Ketua Menteri setelah ditemui penggantinya yang sesuai dalam tempoh peralihan kuasa selepas Pilihan Raya DUN bulan depan.

Ini bermakna Tan Sri Taib akan terus memimpin Sarawak buat beberapa ketika setelah PRDUN berkenaan sebelum bakal penggantinya dipilih dan dimuktamadkan oleh BN Pusat. Ini dilakukan untuk mengelakkan perebutan kuasa dan untuk memantapkan politik BN di negeri tersebut.

Persoalannya sekarang, siapakah bakal pengganti berkenaan? Apakah kriteria khusus yang diutamakan? Dan, adakah individu tersebut perlu dimunculkan daripada suku Melanau?

Ketika ini dinamika politik BN Sarawak lebih berpaksikan kepada tiga persoalan ini. Sejak dua tiga hari lalu sudah ada beberapa representasi disuarakan. Ada pihak yang mahukan Tan Sri Adenan Satem. Ada pihak lain yang melobi untuk Datuk Abang Johari Tun Haji Openg. Tidak kurang juga kumpulan yang cuba menlonjakkan nama Datuk Awang Tengah.

Seluruh nama di atas dikenali ramai di Sarawak. Mereka adalah tokoh-tokoh kepimpinan PBB sejak beberapa tahun yang lalu dan mempunyai jawatan dalam Kabinet Negeri..

Pun begitu, ada juga spekulasi mengatakan bahawa terdapat satu lagi nama yang kini tersenarai sebagai bakal pengganti Tan Sri Taib. Setakat ini individu berkenaan hanya dikategorikan sebagai calon “yang tidak disangka-sangka.”

Kesimpulannya, bakal pengganti Tan Sri Taib kini menjadi satu teka-teki yang cukup sukar untuk dirungkai. Bagaimanapun, siapakah individu ini, apakah kesitimewaannya, dan adakah beliau juga daripada suku Melanau? Jawapannya mungkin sudah diketahui oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan juga Tan Sri Taib.

2 comments:

Anonymous said...

Saya dah tahu. Datuk Effendy Narawi
Comfirm:- Tiara dibelakangnya /Rosmah dibelakang Najib. Pilihanan terbaik tapi kena ingat , Party Snap masih terkuat dari segi kewangan serta peminatnya.Tidak hiaranlah pemimpin Dayak dari PBB/SPDP/SUPP dan J.masin akan sokong Snap. Percayalah tumbang BN tidak akan terjejas ketakbilan politik Sarawak dan Sarawak akan lebih maju lagi pada 2012 nanti.

free force said...

asalam saudarankupang ,,,, Apakah taib kali ini bisa mempertahan kerajaan bn di swak??? Tidak ada satu yg mustahil berlaku kini dlm pilihan raya dun ini kerajaan swak akan tumbang ??? Apakah taib masih mampu untuk mencari penganti, atau sekadar menjadi bahan sejarah shj ??Sekira pilihan raya ini betul2 adil dan telus,,,,taib akan menjadi cm yg sangat kurap,,,sudah tentu dia akan lari dari swak ??? Sudah tentu hakim2 akan menjatuhkan hukum yg setimpal dgn segasla kesalahan laku selama 30 tahun di bawah kerajaan bn taib. Hanya rakyat yg akan menentu kecuntdang nya taib dan kerajaan yg kurap kali ini.