Ruhanie Ahmad
Interdependensi politik PKR-DAP mutakhir ini disifatkan sebagai “konspirasi syaitan.” Demikian intisari kenyataan Zulkifli Noordin, Ahli Parlimen Bebas-Kulim-Bandar Baharu, dalam Utusan Malaysia, 30 Oktober 2010.
Kenyataan ini adalah huraian kepada kenyataan Zulkifli sewaktu membahaskan Barjet 2011, di Dewan Rakyat, pada 28 Oktober 2010, yang antara lainnya dipetik oleh Utusan Malaysia 29 Oktober 2010, seperti berikut:
Hubungan PKR dan DAP begitu rapat sehingga wujud satu perjanjian rahsia berhubung pegangan kuasa politik antara kedua-dua parti itu yang tidak diketahui oleh Pas. Melalui perjanjian rahsia itu DAP akan memiliki kuasa autonomi terhadap Pulau Pinang sekiranya pakatan pembangkang berjaya mengambil alih kerajaan Persekutuan. Jika pakatan pembangkang menang dan ambil alih kerajaan Persekutuan, DAP akan diberi kuasa autonomi di Pulau Pinang (Zulkifli Noordin dalam Utusan Malaysia 29.10.10).
Laporan Zulkifli dalam Utusan Malaysia 30 Oktober 2010 yang mendedahkan wujudnya “konspirasi syaitan” adalah susulan kepada kenyataan di atas. Selanjutnya, Zulkifli menegaskan seperti berikut:
Perjanjian rahsia antara PKR dengan DAP bukan suatu perkara yang boleh dianggap ‘main-main' kerana ia didalangi oleh kepimpinan tertinggi parti terbabit. Pendedahan ini dibuat kerana saya mahu ahli bawahan Pas dan PKR serta rakyat Malaysia tahu bahawa wujudnya 'perjanjian syaitan' melibatkan PKR dan DAP. Jangan nanti apabila perkara sudah berlaku baru hendak menyesal. Baru hendak kata tidak jangka semua itu akan berlaku (Zulkifli dalam Utusan Malaysia 30.10.10).
Demikianlah kisah intimasi dan interdependensi DAP-PKR. Interdependensi adalah tindakan saling-kebergantungan yang wujud dalam susunan sosial, politik, dan ekonomi. Interdependensi pelbagai jenisnya, termasklah interdependensi positif dan interdependensi negatif.
Interdependensi positif bercorak akomodatif, dipraktikkan menerusi konsep menang-menang dan berdasarkan prinsip kerjasama. Interdependensi negatif bercorak eksploitatif, diamalkan menerusi konsep persiangan dan berdasarkan prinsip survival.
Dalam konteks politik PKR-DAP mutakhir ini sukar untuk dipastikan corak interdependensinya. Tetapi, DAP memang seakan-akan berhajat sangat untuk mengkudakan PKR, dan PKR juga seolah-olah amat berniat untuk mengkudakan DAP.
Kedua-dua parti ini terlalu sangat bercita-cita untuk menerajui Kerajaan Malaysia. Oleh sebab itulah interdependensi PKR-DAP seolah-olah bercorak oportunistik, dilaksanakan menerusi konsep wenang-wenangan dan dibina atas prinsip citarasa.
Jika inilah realitinya, tidak salah jika saling-kebergantungan PKR-DAP dikategorikan sebagai interdependensi sembrono yang bercorak oporcunistik, diamalkan menerusi konsep sewenang-wenang dan berdasarkan prinsip citarasa.
Bagi memudahkan pembaca mentakrifkan posting di atas, saya senaraikan di bawah ini maksud kata-kata kuncinya, iaitu: konspirasi, autonomi, semberono, sewenang-wenang, dan citarasa, yang dipetik daripada Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan (1995) dan Kamus Besar Bahasa Indonesia (1995) seperti berikut:
Konspirasi: maksudnya “komplotan” (Kamus Besar Bahasa Indonesia 1995:521). Komplot pula ertinya “bersekongkol, bersubahat, bersepakat, berkongsi, bersekutu, bergabung, berkongkalikong” (Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan 1995:930).
Autonomi atau otonomi: maksudnya “pemerintahan sendiri” (Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan 1995:96); atau “pemerintahan sendiri; memiliki hak dan kekuasaan menentukan arah tindakannya sendiri (Kamus Besar Bahasa Indonesia 1995:709).
Sembrono: ertinya “tidak hati-hati; tidak difikirkan baik-baik; sembarangan” (Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan 1995:1667); atau “kurang hati-hati, tidak difikirkan baik-baik, gegabah, kurang sopan” (Kamus Besar Bahasa Indonesia 1995:905)
Sewenang-wenang: maksudnya “melakukan atau membuat sesuatu dengan sekehendak hati atau sesuka hati sahaja; dengan sembarangan; dengan tidak teliti; tidak dengan usul periksa (Kamus Besar bahasa Melayu Utusan 1995:2182); atau “dengan tidak mengindahkan hak orang lain; dengan semau-maunya; dengan kuasa sendiri (Kamus Besar bahasa Indonesia 1995:1128).
Citarasa: maknanya “perasaan hati (Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan 1995:363); atau “perasaan; perasaan hati (Kamus Besar Bahasa Indonesia 1995:191).
Kesimpulannya, pendedahan Zulkifli bermaksud PKR-DAP kini terbabit dalam satu “konspirasi syaitan” di mana PKR akan memberikan hak kepada DAP untuk memerintah Pulau Pinang secara autonomi atau secara “berkerajaan sendiri” yang bebas daripada arah-tuju kekuasaan pusat jika PKR menguasai pemerintah Kerajaan Persekutuan.
Blog ini mengkategorikan realiti ini sebagai realiti interdependensi semberono kerana konspirasi yang didedahkan oleh Zulkifli didakwa telah diputuskan secara rahsia oleh pucuk kepimpinan tertinggi PKR-DAP tanpa berhati-hati, ikut sesuka rasa hati sendiri, dan dengan tidak mengindahkan hak seluruh rakyat jelata Malaysia, termasuk hak Pas yang menjadi komponen Pakatan Rakyat.
Oleh itu, persoalan yang ingin saya ketengahkan untuk renungan rakyat Malaysia, termasuk Pas, ialah: adakah keputusan “konspirasi syaitan” yang didedahkan oleh Zulkifli pada 28 Oktober 2010, akan meliputi lain-lain negeri jika mereka dikuasai oleh DAP dalam PRU 13 kelak; dan, apa akan jadi kepada corak pemerintahan dan kekuasaan di Malaysia jika andaian ini menjadi kenyataan?
3 comments:
PAS terlalu bersangka baik terhadap PKR dan DAP seolah olah PAS juga mempunyai interpedensinya sendiri. Namun pemikiran dan corak gaya PAS dilihat ketinggalan tidak bersesuaian dengan PKR dan DAP yang mempunyai ideologi parti yang serupa sedangkan PAS mendakwa partinya membawa Islam dan Melayu yang selama ini turut terkandung dalam perjuangan UMNO.
PAS masih belum sedar akibat cita-citanya untuk menuju ke Putrajaya sedangkan tidak mungkin ia berlaku kerana gabungan PAS-PKR-DAP ibarat satu badan 3 kepala yang mempunyai hasrat yang berbeza. Jika merujuk pandangan Sallehudin Ayub yang merupakan Naib Presdiden PAS soal kemenangan merampas kerusi kerajaan akan difikirkan apa yang penting adalah menumbangkan kerajaan BN. Inilah yang akan berlaku di Pulau Pinang yang mana PAS dipinggirkan kerana pemikiran mereka tidak setanding dengan PKR dan DAP.
Sedarlah wahai PAS yang parti itu secara terang2an diperkudakan oleh DAP-PKR sedangkan ramaiahli PAS diperingkat akar umbi tidak menyukai penggabungan itu..
Salam Aidil Adha.
Bung dan Rakan rkan pembahas,
Pada hemah saya semakin nyata rakyat Malaysia memerlukan sebuah parti baru :
YANG 100% BERJIWA MALAYSIA.
YANG FAHAM DAN MENGHAYATI PERLEMBAGAAN MALAYSIA.
YANG MEHORMATI ISLAM SEBAGAI AGAMA RESMI TETAPI MENGHORMATI KEBEBASAN BERAGAMA.
YANG BERSIKAP "ANTI RASUAH" YANG SEBENAR BENAR NYA.
YANG BEKERJA UNTUK RAKYAT.
YANG TIDAK MENGAMALKAN "PILIH KRONI"
YANG BESIKAP ADIL DAN MENCONTOHI SIKAP SAYIDINA OMAR AL-KHATB.
YANG PUNYA PEMIMPIN BERSIKAP TEGAS DAN TIDAK DI PENGARUHI ORANG LAIN TERMASUK OLEH ISTERI ATAU ISTERI ISTERI NYA.
DAN LAIN-LAIN LAGI (Banyak yang perlu dibincangkan)
(sambungan)
Labuan's own institution of higher education is Universiti Malaysia Sabah Labuan International Campus,[4], a branch of Universiti Malaysia Sabah in Sepanggar Bay, Kota Kinabalu. Labuan also has a matriculation college, Kolej Matrikulasi Labuan, the only matriculation college in East Malaysia. Thus, all pre-university students from Sabah, Sarawak and Labuan will take their courses here.
(Labuan In The Wiki)
I live on an island that has seen better days and is drowning from developments on reclaim land. Penang Island is without a vison for a better tomorrow. I do not put the blame on Tn Guan Eng - Sdr. Ketua Menteri bukan Tan Sri atau Datuk Seri. He does not even have an AMN unlike P. Ramlee.
Labuan and Langkawi - that is where the real challenges lie in modern development of our pristine islands. While L is for learners and lembus on the road, Penang is a failure and would cost too much to bail it out with the same blindness of vision present. Some said that it will take an UMNO Ketua Menteri like Rustam of Melaka to make right what went so wrong on this Island of mine, Tun. Not the GLCs.
Perhaps these thoughts will still be with me when I listen to Charlie Rose entertaining with an hour with Erskine Bowles and Alan Simpson Co-chairs Of President Obama's Bipartisan Deficit Commission
Terima Kasih Dan Salam Hormat.
Post a Comment