Ruhanie Ahmad
Dalam siri terawal ditegaskan bahawa keselamatan sesebuah rejim bergantung kepada perjuangan parti pemerintah, para menteri, pembantu-pembantunya, serta warga institusi negara, iaitu kakitangan awam di semua peringkat.
Jika salah satu komponen ini pincang, menyalahgunakan kuasa, atau bertindak semberono, impak negatifnya adalah kepada rejim yang akan diadili oleh para pengundi dalam Plihan Raya Umum (PRU).
Pegawai Menteri
Oleh itu, siri ini akan memfokus kepada karenah segelintir pegawai menteri atau para pegawai menteri besar BN yang bertindak berleluasa menyebabkan banyak pihak kecewa dengan sifat mereka.
Kekecewaan umum ini menyebabkan menteri mereka disumpah seranah oleh sesetengah rakyat jelata. Sumpah seranah ini juga pasti akan dijelmakan dalam bentuk undi protes dalam PRU.
Siri ini menyenaraikan beberapa kisah benar membabitkan beberapa pegawai menteri dan menteri besar BN. Nama mereka tidak akan disebut. Tetapi, kisah mereka adalah hakiki.
Satu: seorang pegawai khas seorang menteri telah menghantar surat kepada Kementerian Kewangan (MOF) dan memberikan arahan supaya MOF mengizinkan sebuah syarikat membekalkan satu barangan kepada satu agensi di bawah kementerian berkenaan menerusi kontrak secara runding terus untuk selama 15 tahun.
MOF pun menghubungi agensi terbabit untuk mendapatkan maklumat yang lebih sahih. Agensi terbabit terkejut besar kerana ianya bercadang untuk mendapatkan barangan tersebut secara tender terbuka. Tidakkah karenah seperti ini menyebabkan banyak pihak terkilan dengan kelompok pegawai khas seperti ini?
Dua: Seorang usahawan mengemukakan cadangan kepada sebuah kementerian untuk membekalkan sesuatu barangan kepada satu agensi di bawah kementerian tersebut. Tiba-tiba, usahawan tersebut mendapat tahu bahawa proposalnya disampaikan kepada agensi terbabit tetapi sesudah ditukar nama syarikatnya kepada satu syarikat lain yang tidak dikenali asal usulnya.

Amalan ini banyak diperkatakan dan pastinya menjadikan sesetengah usahawan kecewa dengan pihak yang menyalahgunakan kuasa seperti ini.
Tiga: Seorang usahawan memajukan permohonan sebidang tanah kepada seorang menteri besar menerusi seorang wanita yang nama ayahnya sama dengan nama ayah menteri besar terbabit.
Wanita tersebut telah mengambil wang sejumlah melebihi satu juta ringgit daripada usahawan berkenaan atas alasan untuk membayai majlis-majlis politik UMNO di negeri terbabit.
Kini wang sudah lesap, tanah tidak diperolehi, malahan wanita itu juga marah-marah apabila didesak untuk membereskan urusan permohonan tanah berkenaan.
Dalam kes ini nama menteri besar dijual secara borong oleh wanita berkenaan. Bagaimana jika kes ini jatuh ke tangan pembangkang yang sedang aktif menyediakan profile salahguna kuasa oleh pihak BN di seluruh negara?
Pokoknya, memang para menteri dan ramai pegawai menteri yang berprinsip dan sentiasa menjunjung nama baik rejim dan parti. Tetapi, tidakkah kes contoh di atas menjadi seperti akibat nila setitik, rosak susu sebelanga?
Menjual Nama
Karenah kedua adalah perbuatan segelintir orang parti dan pegawai parti menjual nama sesetengah menteri atau isterinya. Sebuah agensi kerajaan pernah memberikan kontrak secara tender runding terus kepada sekumpulan pegawai menteri atas cara ini.
Akibatnya, tender untuk kerja berkenaan baru siap kira-kira satu per lapan, wang beratus ribu sudah diberikan kepada kumpulan berkenaan, tetapi kerjanya terbengkalai dan terpaksa ditenderkan semula.
Ada juga pihak pegawai parti menggunakan nama isteri menteri tertentu untuk mendapatkan faedah diri sendiri. Tiada pihak berani mendapatkan kepastian daripada isteri menteri terbabit. Dengan itu, pegawai berkenaan pun mendapatkan habuan peribadi yang dihajatinya.
Sekali lagi, ini perbuatan yang boleh menyebabkan parti berkenaan rosak dan dibenci ramai. Bagaimana hendak dibetulkan karenah seperti ini?
Aktiviti Pembangkang
Ada pihak mendakwa bahawa kini terdapat sesetengah pihak yang kecewa dengan kerajaan sengaja membocorkan rahsia kepada pihak pembangkang.
Dakwaan seperti ini serius implikasinya. Walaupun pihak pembangkang memang sedang bercelaru, gaduh sama sendiri hinggakan baling-baling kerusi, apa akan jadi jika maklumat yang dibocorkan ini dijadikan senjata untuk mengkahis kredibiliti kerajaan? Siapa bertanggungjawab untuk menyekat aktiviti seperti ini?
Oleh itu, persoalan pokok untuk siri ini adalah, bagaimanakah seluruh karenah di atas akan diatasi oleh pihak pemerintah? Dan, siapakah yang bertanggungjawab untuk membanterasnya?
[Bersambung dalam siri keenam]
9 comments:
Salam Takzim,Bung.
Bagi menjamin keselamatan REJIM pemerintah, perkara perkara yang bung utarakan memanglah ada kebenaran nya.
SIKAP MENTERI DAN ORANG ORANG NYA:
Banyak terjadi menteri atau orang orang nya atau kedua dua nya banyak merosakkan reputasi REJIM, samada secara langsong atau tidak, secara ringan atau parah. Misalnya baru baru ini dalam ujian memandu yang diadakanoleh JPJ bagi kelompok kampung untuk orang yang berumur 45 tahun keatas, juru latih menegur seorang penunggang m/sikal wanita supaya membetukan pemakaian topi keledarnya. Perempuan itu menjawab "nak jaga rambut nya macam saorang menteri wanita yang memakai tudung tapi menjaga 'kecantikan' jambulnya. Pegawai JPJ itu jadi serba salah.
Itu satu contoh kechil sahaja.
MENJUAL NAMA MENTERI ATAU MENTERI BESAR:
Perkara seperti ini patut dielakkan sama sekali dan patut dicegah daripada berlaku. Tindakan awal patut dilakukan bagi mencegahnya. Tetapi kalau yang ampunya diri itu sendiri seolah olah mengalakan nya, pihak yang mahu mencegahnya pun tergamam !!
TINDAKAN PEMBANGKANG:
Kita sendiri yang sepatutnya mencegah. Jangan beri peluang untuk PEMBANGKANG menimbulkan perkara ini dengan cara kits senadiri membuat SELF CORRECTION.
Semuga ianya mendapat perhatian pihakpihak yang berkenaan. Kita hanya melakukan apa yang terdaya tetapi HIDAYAH itu hak mutlak ALLAH.
SESAT DI PERNGATAH JALAN KEMBALI SEMULA KEPANGKAL JALAN. JANGAN TUNGGU DIHUJUNG JALAN !!!!
APA PUN TINDAKAN PEMBANGKANG,KALAU KITA TAK MEMULAKAN PENYEBAB NYA TINDAKAN ITU TINGGAL TINDAKAN YANG SIA SIA SAHAJA.
Salam semua dan bertemu kembali.
1. Kalaulah menteri turun dengan meletakkan kesediaan bekerja bersama rakyat, itulah sebaik-baiknya, tetapi menteri sering turun memaksa rakyat bekerja untuknya.
2. Ada menteri mengusung pegawai-pegawainya apabila berpindah kementerian. Itu juga dipandang serong, apatah lagi jika pegawai agak keterlaluan dan rakusnya tidak berselindung.
3. Ada menteri dilihat tidak jujur, hinggakan rakyat percaya tindak tanduk mereka berkait rapat dengan memaksa polisi dan agenda yang selesa diterjemah dalam projek dan kontrak untuk dikaut licin. Rakyat bukan budak-budak yang buta dan bodoh.
4. Seorang pemandu teksi pernah berkata, zaman Nazri dulu permit teksi individu tak ada keluar, hanya permit consortium sahaja, tapi zaman Noh, sekurang-kurang ada juga borang boleh diisi, walau untuk dapat belum pasti. Disitu rakyat bina persepsi mudah. Seorang menteri yang baik dan seorang yang tidak baik.
5. Ada menteri yang membuat keputusan tanpa mengambilkira pandangan rakyatnya, tanpa ambil peduli apa akan jadi dihujung jalan, kerana fokus mereka adalah intermediate, demi projek dan kontrak. Tapi rakyat tahu musibah 5 tahun kedepan bila menteri sudah berhenti atau bertukar ganti. Tetapi berapa ramai rakyat sedia bertelagah dengan menteri dan pegawai-pegawainya.
6. Ada menteri yang membiarkan adik dan abang mereka berkeliaran mengetuk bilik, membawa cadangan, proposal dan permintaan, hinggakan rakyat rasa dipaksa menggadai integriti.
7. Malang sekali jika setpol menteri pernah terlibat dengan penipuan pemilihan UMNO bahagian. Tambah-tambah jika penipuan itu terserlah dalam media. Orang politik faham dan boleh terima, tetapi rakyat tidak selesa bermuka dua, lalu rakyat tidak lagi percaya sampai bila-bila. Sukar salahkan rakyat jika mereka percaya, jika begitulah setpol, begitu jugalah menterinya.
8. Malang jika pejabat menteri membahagikan rakyat dalam dua kategori, satu orang kita dan satu musuh kita. Tambah malang jika yang dimaksudkan orang kita adalah orang yang memudahkan orang menteri mengaut wang. Lebih malang lagi jika "musuh kita" itu adalah orang yang masih mahu berpijak dibumi nyata dan mengibar panji integriti.
9. Yang suka dengan tindak tanduk menteri dan pegawai-pegawainya hanya segelintir peniaga yang beruntung. Peniaga yang malang lari mengerumuni menteri dan pegawai menteri yang lain. Rakyat umum hanya nampak kerakusan. Mereka benci dan lari dari BN, walaupun mereka tahu parti lain belum pasti nilai integriti yang mampu dijunjung.
10. Walaupun saya merungkai pandangan yang agak negatif, itu hanyalah peringatan untuk menteri dan pegawai menteri memahami apa pandangan rakyat. Mereka boleh menidakkannya dan selamba berkata itu sekadar persepsi. Walhal persepsi yang terbina dalam minda rakyat, tanpa usaha menjernih kekeruhan dan masih rakus bermaharajalela, itulah yang dibawa rakyat ke peti undi pilihanraya.
11. Menteri dan pegawai menteri boleh berubah jika mahu, dan rakyat tiada masalah terus menerus mengundi BN sampai mati. Apa pun, dalam nada gembira masih ada menteri yang baik dan kental berwibawa, dikelilingi pegawai yang pandai dan teguh pendirian untuk bangsa, agama dan Negara.
Maaf dan Terima Kasih.
Salam semua dan bertemu kembali.
1. Kalaulah menteri turun dengan meletakkan kesediaan bekerja bersama rakyat, itulah sebaik-baiknya, tetapi menteri sering turun memaksa rakyat bekerja untuknya.
2. Ada menteri mengusung pegawai-pegawainya apabila berpindah kementerian. Itu juga dipandang serong, apatah lagi jika pegawai agak keterlaluan dan rakusnya tidak berselindung.
3. Ada menteri dilihat tidak jujur, hinggakan rakyat percaya tindak tanduk mereka berkait rapat dengan memaksa polisi dan agenda yang selesa diterjemah dalam projek dan kontrak untuk dikaut licin. Rakyat bukan budak-budak yang buta dan bodoh.
4. Seorang pemandu teksi pernah berkata, zaman Nazri dulu permit teksi individu tak ada keluar, hanya permit consortium sahaja, tapi zaman Noh, sekurang-kurang ada juga borang boleh diisi, walau untuk dapat belum pasti. Disitu rakyat bina persepsi mudah. Seorang menteri yang baik dan seorang yang tidak baik.
5. Ada menteri yang membuat keputusan tanpa mengambilkira pandangan rakyatnya, tanpa ambil peduli apa akan jadi dihujung jalan, kerana fokus mereka adalah intermediate, demi projek dan kontrak. Tapi rakyat tahu musibah 5 tahun kedepan bila menteri sudah berhenti atau bertukar ganti. Tetapi berapa ramai rakyat sedia bertelagah dengan menteri dan pegawai-pegawainya.
6. Ada menteri yang membiarkan adik dan abang mereka berkeliaran mengetuk bilik, membawa cadangan, proposal dan permintaan, hinggakan rakyat rasa dipaksa menggadai integriti
7. Malang sekali jika setpol menteri pernah terlibat dengan penipuan pemilihan UMNO bahagian. Tambah-tambah jika penipuan itu terserlah dalam media. Orang politik faham dan boleh terima, tetapi rakyat tidak selesa bermuka dua, lalu rakyat tidak lagi percaya sampai bila-bila. Sukar salahkan rakyat jika mereka percaya, jika begitulah setpol, begitu jugalah menterinya.
8. Malang jika pejabat menteri membahagikan rakyat dalam dua kategori, satu orang kita dan satu musuh kita. Tambah malang jika yang dimaksudkan orang kita adalah orang yang memudahkan orang menteri mengaut wang. Lebih malang lagi jika "musuh kita" itu adalah orang yang masih mahu berpijak dibumi nyata dan mengibar panji integriti.
9. Yang suka dengan tindak tanduk menteri dan pegawai-pegawainya hanya segelintir peniaga yang beruntung. Peniaga yang malang lari mengerumuni menteri dan pegawai menteri yang lain. Rakyat umum hanya nampak kerakusan. Mereka benci dan lari dari BN, walaupun mereka tahu parti lain belum pasti nilai integriti yang mampu dijunjung.
10. Walaupun saya merungkai pandangan yang agak negatif, itu hanyalah peringatan untuk menteri dan pegawai menteri memahami apa pandangan rakyat. Mereka boleh menidakkannya dan selamba berkata itu sekadar persepsi. Walhal persepsi yang terbina dalam minda rakyat, tanpa usaha menjernih kekeruhan dan masih rakus bermaharajalela, itulah yang dibawa rakyat ke peti undi pilihanraya.
11. Menteri dan pegawai menteri boleh berubah jika mahu, dan rakyat tiada masalah terus menerus mengundi BN sampai mati. Apa pun, dalam nada gembira masih ada menteri yang baik dan kental berwibawa, dikelilingi pegawai yang pandai dan teguh pendirian untuk bangsa, agama dan Negara.
Maaf dan Terima Kasih.
Salam semua dan ketemu kembali.
1. Kalaulah menteri turun dengan kesediaan bekerja bersama rakyat, itulah sebaik-baiknya,tetapi menteri sering turun memaksa rakyat bekerja untuknya.
2. Ada menteri mengusung pegawai-pegawainya bila bertukar kementerian.Itu juga dipandang serong, apatah lagi jika pegawai agak keterlaluan dan rakusnya tidak berselindung.
3. Ada menteri dilihat tidak jujur, andainya rakyat nampak tindak tanduk mereka berkait rapat dengan paksaan polisi dan agenda yang selesa diterjemah dalam projek dan kontrak untuk dikaut licin. Rakyat tidak semestinya buta dan bodoh.
4. Seorang pemandu teksi pernah berkata, zaman Nazri dulu permit teksi individu tak ada keluar,hanya untuk konsortium sahaja, tapi zaman Noh sekurang-kurangnya ada borang boleh diisi, walau untuk dapat belum pasti. Disitu rakyat bina persepsi mudah, seorang menteri baik dan seorang menteri yang tidak baik.
5. Ada menteri buat keputusan tanpa ambil kira pandangan rakyat, tanpa ambil peduli apa jadi dihujung sana, kerana fokus mereka adalah "immediate" demi projek dan kontrak, demi rakan dan taulan. Tapi rakyat tahu musibah 5 tahun kedepan, bila menteri sudah berhenti atau bertukar ganti. Berapa ramai sedia bertelagah sama menteri dan pegawainya?
6. Ada menteri yang biarkan adik dan abang mereka berkeliaran mengetuk pintu, membawa cadangan, proposal dan permintaan, hingga rakyat dipaksa menggadai integriti.
7. Malang sekali jika setpol menteri pernah terlibat dalam penipuan pemilihan Umno bahagian. Tambah-tambah jika penipuan terserlah dalam media. Orang politik faham dan boleh terima, tapi rakyat tidak selesa bermuka dua, lalu rakyat tidak lagi percaya sampai bila-bila. Sukar salahkan rakyat jika mereka percaya, "jika begitulah setpol, begitu jugalah menterinya."
8. Malang jika pejabat menteri membahagikan rakyat dalam 2 kategori, satu orang kita dan satu musuh kita. Tambah malang jika yang dimaksudkan "orang kita" adalah orang yang mempermudahkan orang menteri mengaut wang. Lebih malang lagi jika yang dimaksudkan "musuh kita" adalah orang yang masih mahu berpijak dibumi nyata dan mengibar panji integriti. Yang dianggap musuh mungkin penyokong Umno.
9. Yang suka dengan tindak tanduk menteri dan pegawai-pegawainya cuma segelintir peniaga yang beruntung. Peniaga yang malang lari mengerumuni menteri dan pegawai yang lain. Rakyat umum hanya nampak kerakusan, lalu lari dari BN, walau tahu parti lain belum pasti nilai integriti dijunjung tinggi.
10. Walaupun saya utarakan pandangan yang sangat negatif, ia sekadar peringatan buat menteri dan pegawainya memahami pandangan rakyat. Mereka boleh menidakkan, dan selamba berkata "itu hanya persepsi". Walhal persepsi yang terbina dalam minda rakyat, tanpa usaha menjernihkan kekeruhan, dan masih rakus bermaharajalela, itulah yang dibawa rakyat ke peti undi pilihanraya.
11. Menteri dan pegawai menteri boleh berubah jika mahu, dan rakyat tiada masalah terus menerus mengundi BN sampai mati. Apapun dalam nada gembira masih ada menteri baik dan kental berwibawa, dikelilingi pegawai yang pandai dan teguh pendirian demi bangsa, agama dan negara.
Maaf dan terima kasih
Salam Datuk,
Memang benar setiap pegawai menteri ada peranannya tersendiri dalam membantu atau menjatuhkan kredibiliti seseorang menteri atau kerajaan itu. Baik SETPOL, SUSK, SUS atau pegawai khas, mereka menjadi cermin kepada bos mereka sepatutnya.
Sebagaimana contoh yang Datuk berikan, hakikatnya setiap perlakuan baik ataupun buruk mereka ianya akan memberikan impak kepada kepimpinan kerajaan sekarang.
Memang tidak dinafikan, ada pegawai-pegawai menteri yang berkerja dengan jujur, tekun dan efektif. Saya pernah berurusan dengan seorang SUS kepada seorang menteri, beliau wajar dipuji kerana integritinya cukup tinggi setelah diuji. Walaupun usianya masih muda 30an, tetapi kematangan diri serta budi bahasanya dilihat amat membantu menaikkan imej menteri itu dan kerajaan amnya. Beliau ikhlas membantu juga bijak menangani sebarang situasi. Pendek kata, tepatlah kualiti orang yang menggalas jawatan itu dan saya amat berterima kasih kepada kerajaan, kerana ada pegawai menteri yang sedemikian rupa.
Sungguhpun begitu, di kementerian yang sama sesuatu yang amat berbeza jika dibandingkan dengan SETPOL menteri berkenaan. SETPOL yang merangkap Ketua Pemuda Bahagian itu cukup rendah kredibilitinya. Bukan sahaja sombong dan angkuh malah menghabiskan masa dengan golf saja sudah cukup memerahkan mata sesiapa yang melihatnya. Berjudi di padang golf menjadi kegilaannya secara tidak langsung mengabaikan program yang sepatutnya beliau lakukan. Bukannya salah bermain golf, tetapi ianya sangat mengundang persepsi negatif jika asyik 'berpolitik' di atas padang golf bersama tauke-tauke dan kawan-kawannya. Sepatutnya sebagai SETPOL beliau menjaga politik menterinya dan bukannya rakus bertindak sebagai broker projek untuk mengaut kekayaan diri.
Sebagai rakyat biasa, saya melihat dua karektor berbeza yang mana akhirnya akan mencorakkan sokongan rakyat kepada menteri dan kerajaan. Ini sebenarnya yang perlu dititikberatkan. Pemilihan yang tepat amat perlu bagi para menteri dalam memilih pegawai-pegawainya.
Saranan saya jika kerajaan BN ingin terus berkuasa, bersihkanlah dahulu para pegawai-pegawai yang mengundang bala ini. Gantikan segera agar ianya membantu membentuk kembali imej menteri dan kerajaan supaya ianya dihormati oleh rakyat. Di saat kedudukan kerajaan yang agak kurang selesa kini, adalah amat penting bagi PM agar memerhatikan bahawa setiap menterinya mempunyai pegawai-pegawai yang boleh membantu kerajaan bukannya makhluk yang boleh menghancurkan kerajaan menjelang PRU13 nanti. Tolonglah, jangan terantuk baru nak terngadah!
Sdr Ruhanie Ahmad
Salaams
WEWENANG?
(apa erti wewenang?)
apa kena mengena dengan tajuk?
wewenang!???
wenang (kata nama,)
Bahasa Asal :Jawa
Bersinonim dengan hak, kekuasaan, kekuatan, keupayaan, kemampuan, daya;,
Kata Terbitan : sewenang-wenang, bersewenang-wenang,
keseninambungan wewenang Muhyiddin? zero...
Post a Comment