Ruhanie Ahmad
Keselamatan rejim BN sedang terancam. Inilah persepsi umum di kalangan rakyat biasa Malaysia mutakhir ini. Sukar untuk dipastikan sama ada ini adalah realiti. Tetapi, persepsi berperanan besar dalam politik.
Persepsi ini muncul berdasarkan pelbagai indikator politik dalaman BN dan luaran BN serta dinamikanya. Antaranya adalah seperti berikut:
Pemuda UMNO
Sayap penting UMNO ini didakwa sebagai lemah dan gagal memahami aspirasi sebenar Melayu dalam kerangka politik kontemporari. Perang mulut antara Ketua Pemuda UMNO Malaysia dengan PERKASA dikatakan sebagai menyebabkan ramai lagi orang Melayu berasa kecewa dengan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Sayap ini juga dikatakan sebagai kehilangan idealism dalam perjuangannya membela orang Melayu. Seluruh persepsi ini wajar ditangkis secara berhemah dan segera. Pastinya Ketua Pemuda UMNO Malaysia cukup berwibawa untuk bertindak secara positif dan efektif dalam konteks ini.
Karenah MCA
Persepsi segolongan orang Melayu terhadap MCA amat negatif. Mereka beranggapan suara MCA mutakhir ini seolah-olah hampir senada suara parti pembangkang Chinese-based. Kenyataan provokatif Lee Kuan Yew terhadap Malaysia tempohari disifatkan sebagai indikator dan manifestasi kepada kecelaruan permuafakatan komponen bukan Melayu dalam BN ini. Lantaran itu, wujud segolongan orang Melayu bimbang akan kemenangan BN di kerusi-kerusi DUN dan Parlimen yang mempunyai 51 peratus majoriti pengundi bukan Melayu. Bagaimanakah persepsi ini mahu dimansuhkan sebelum PRU13 kelak?
Warga Perkhidmatan Awam
Jika ditinjau kembali posting awal dalam siri ini, terbukti bahawa warga perkhidmatan awam sama-sama berperanan penting dalam mempertahankan keselamatan rejim negaranya. Oleh sebab itu tidak wujud dictum bahawa kononnya mereka perlu bersikap neutral. Dalam konteks ini, persepsi umum menyatakan bahawa warga perkhidmatan awam perlu sama-sama berusaha untuk menjamin kemenangan BN dalam PRU13. Lantas, apakah usaha yang akan dilaksanakan?
Orang Besar BN
Paling serius lagi, ada persepsi mengatakan bahawa segelintir Orang Besar BN sendiri kononnya sudah hilang keyakinan terhadap kemenangan BN dalam PRU13. Mereka kini didakwa sebagai sibuk menyiap-sediakan langkah-langkah menyelamatkan tengkok dan tembolok masing-masing. Persepsi ini meluas, tetapi mungkin juga fitnah dan dakyah semata-mata. Tetapi, jika inilah realitinya, apakah cara untuk mengatasinya?
Gelagat Menteri
Kini wujud persepsi negatif terhadap gelagat segelintir Menteri. Kenyataan-kenyataan mereka boleh jadi bagaikan nila setitik yang akan merosakkan susu sebelanga. Segelintir Timbalan Menteri juga dikatakan tergolong dalam kategori ini. Gelagat mereka bukan sahaja menyebabkan segolongan rakyat jadi marah, malahan menyebabkan segolongan warga perkhidmatan awam hilang hormat kepada individu terbabit dan parti yang diwakilinya.
Ibu Pejabat UMNO Malaysia
Orang UMNO ramai beranggapan bahawa pengurusan Ibu Pejabat UMNO masa ini disamakan dengan pengurusan korporat. Ahli-ahli yang berkunjung untuk berurusan terpaksa mengisi borang dan sebagainya. Di samping itu terdapat seorang bos tertentu dikatakan bertindak lebih semberono dan menyebabkan kemarahan ahli-ahli UMNO serta melemahkan morale kakitangan Ibu Pejabat UMNO. Soalnya, adakah ini hakikat dan bila agaknya punca kekalutan ini mahu diatasi?
Tindakan Tegas
Seluruh persepsi di atas penting untuk dihalusi dan dimansuhkan. Ini menuntut kepimpinan negara bertindak tegas terhadap kesemuanya. Jadikanlah impak persepsi terhadap kepimpinan pasca Najib dalam PRU12 sebagai pengajaran untuk membolehkan kepimpinan mutakhir ini bertindak menyelamatkan rejim BN dan kekuasaannya.
[Bersambung dalam siri kelima]

10 comments:
Salam Takzim Bung,
Selamat Hariraya Aidilfitri, Maaf zahir dan batin.
Mengenai keselamatan rejim, apakah gunanya kita memeningka kepala memikirkan nya ?
Rejim yang ada punya cerdik pandainya sendiri. Kadang kadang kerana mereka fikir mereka terlalu pandai lah terjadi begini. Mereka tidak menghargai pandangan orang lain kerana mereka bijak konon nya. Mereka lupa gergasi GOLIATH kalah dengan DAUD (David) yang kecil.
PEMUDA UMNO:
Selagi ahli ahli pemuda UMNO tak menyedari kesilapan mereke memilih pemimpin selagi itulah tidak akan ada 'kemajuan' dalam Pemuda UMNO.
KERENAH MCA:
Siapa yang memberi muka kepada MCA?. Kenapa kita tidak membiarkan saja MCA keluar dari BN. Banyak lagi parti kaum cina yang boleh menggantikan MCA. Soalnya kita berani atu tak benari.
WARGA PERKHIDMATAN AWAM:
Ksilapan besar BN tidak menghargai langsung khidmat kakitangan awam nya. Sebai contoh mereka tidak memberi bonus pada beberapa tahun kebelkangan ini. Perkara ini nampak kechil, tapi jangan lupa jumalh kakitangan awam yang ramai. Lebh ramai dari peneroka FELDA.
ORANG BESAR BN:
Apa nak di hairankan sikap mereka. Mereka kebanyakkan nya memang begitu. Mereka lupa dari mana asal mereka. Malah mereka fikir mereka terus menongkat langit walaupun BN roboh. Itulah sikap JITU mereka. Sikap begini termasuk juga sikap beberapa menteri dan pemimpin UMNO.
GELGAT MENTERI;
Ringkasnya mereka bagikan Kadok Naik Junjung.
IBU PEJABAT UMNO MALAYSIA:
Kakitangan IPUM dipilih oleh siapa ? sikap mereka menggambarkan sikap orang yang mamileh/melantik mereka.
TINDAKA TEGAS:
Apa maksud bung? Tegas baimana ?Macam tindakan yang diambil oleh KDN ?
Kesimpulannya: Kalau mereka tak mahu sedar - BIARKAN BIARKAN !!
SI LUNCAI TERJUN DENGAN LABU LABUNYA BIARKAN .. BIARKAN
Penolakan BN oleh sebahagian rakyat semasa PRU-12 lalu bukan kerana rakyat malaysia menolak politik perkauman, tetapi kerana faktor protes. Cuma pihak PR mengambil kesempatan untuk mengada-adakan alasan demi kepentingan mereka.
Ada banyak perkara yang menyebabkan protes berlaku. Berdasarkan faktor persekitaran yang dekat dengan saya. Perkara-perkara berikut boleh dijadikan ikhtibar:
1. Pemimpin politik peringkat cawangan dan bahagian termasuklah para ADUN mempergunakan kedudukan mereka untuk memperkayakan diri dan tanpa segan silu mendabik dada bahawa mereka seolah-olah "manusia terpilih".
2. Mereka yang rapat dengan pucuk pimpinan membolot segala kekayaan menerusi projek-projek yang diperolehi atas nama parti sehingga menafikan hak-hak orang lain untuk bersama-sama mencari rezeki.
3. Mereka hidup bermewah-mewah dengan rumah besar, kereta besar dan menjadikan poligami hobi dan trofi.
4. Mereka mengutamakan rasuah untuk memperolehi projek yang dihajati dan kebiasaannya wang akan ditaburkan kepada pegawai-pegawai kerajaan yang rasuah untuk memperolehi projek dan kepada orang-orang politik yang rapat dengan Exco atau Menteri. Apabila projek berjaya dimiliki, mereka akan mengikat pemimpin-pemimpin ini dengan wang dengan tujuan memperolehi projek lain pula.
5. Mereka sentiasa memberikan alasan bahawa mereka memerlukan projek ini untuk matlamat politik. Kononnya, mereka sentisa menyumbang kepada parti, kepada pengundi, kepada pengikut mereka sedangkan rakyat nampak dengan jelas bahawa peratusan yang mereka "dermakan" adalah terlalu kecil untuk dibandingkan dengan keuntungan peribadi.
6. Mereka sentiasa beranggapan bahawa rakyat atau pengundi tidak pandai berfikir dan tidak memerlukan wang untuk hidup. Keutamaan mereka dalam berpolitik sudah jauh menyimpang dari matlamat asal manusia berpolitik. Mereka tidak bertindak sebagai wakil rakyat jelata selayak-layaknya.
Walau apapun, saya masih percayakan BN dan perubahan perlu dilakukan untuk membersihkan jiwa para pemimpin BN pada semua peringkat bagi memastikan rakyat@pengundi sudi menerima BN kembali.
BN perlu menyingkirkan pemimpin-pemimpin yang sombong, bongkak, lupa diri, tamak, berdengki dan rendah moral.
Apakata BN mulakan dengan kepimpinan di Pulau Pinang terutama sekali di Seberang Perai, diikuti dengan Kedah, Perak dan Selangor.
Bersedialah untuk menghadapi PRU-13.
pada pandangan saya umno sekarang sudah bersendirian dlm kerajaan rakan2 bn sudah tiada. kepimpinan umno juga mula memualkan para penyokong. suara melayu yg mempertahankan melayu mengikut perlembagaan dikata rasis sedangkan bangsa lain benar2 rasis tidak dibendung pemimpin melayu bisu seribu bahasa, saya tidak heran sekiranya pada pru13 umno akan jadi pembangkang. sekian.
YBhg Datuk selamat hari raya dan salam 1Malaysia.
Tulisan Datuk memang bagus dan sesuai apabila perjuangan kita sudah selesai. Namun apalah gunanya pendapat ilmiah yang hanya sesuai untuk mendapatkan ijazah kedoktoran.
Beberapa perkara penting telah berlaku yang mesti ditangani dengan bijak dan tegas oleh semua orang yang sayangkan UMNO dan perjuangan orang melayu, terutamanya pakar-pakar yang telah mempunyai pengalaman dan berani seperti YBhg Datuk. Ramai ahli politik orang kita yang baru namun tidak berani dan bercakap berselindung.
Kita mesti tegas dan tunjukkan sokongan kita supaya PRU13 akan datang nanti akan menjadi tanda kesedaran jitu orang orang kita.
Sdr Ruhanie ahmad,
Salaams
Salam Syawal Latif.
Apa nak di risaukan, bung. Bukan kah Pak Presiden - Bro Najib! - akan tetap Presiden dalam apa keadaan sekali pun melainkan keadaan serupa di mana memanda sultan harus orang baru yang lebih sehat melaksanakan tugas dan contoh melayu yang baik tersaksi kita berlaku di Kelantan Darul-Naim.
Bermakna apa?
Obama hansem, dan kita setuju akan bantu saudara kita barak husin ini menagani islamophobia seantero dunia. Terima kasih Dato Seri Mohd Najib.
Keselamatan Regim BN terancam, betul. Regim UMNO? No way. Ini semua terima kasih kepada Bang Jib seorang anak yang pintar and bagus didikan dan menghormati orang tua-tua saperti bapa kita Tun Dr Mahathir.
Memandang ke ufuk yang dekat malam hari menjelang buat Kit Siang, dan cerah-cerah dhuha buat anaknya Guan Eng yang bersama-sama saudara-saudari melayu contoh, mereka mula mencuri hati kaumnya persis kata-kata anda, bung.
Bukankan itu cerita BN? Atu
cerita Blue print Transformai Nasional di mana akan siap sebelum 2013? Tanya orang Sarawaklah kita.
Dalam keadaan dunia mengalami 'double dip' recession apalah sangat nak dirisaukan pertembongan jentera kawalan keaman masyarakat dan para pendemonstrasi upahan? Bukan kah ini dunia democrasi?
Orang Melayu hanya di Semenanjung dan ada kalanyanya Bangkok sunyi-sepi jalan-jalanrayanya bersebabkan 'curfew' mereka akan teringat.
Datuk Ron,
Tak usah lah risau tentang keselamatan rejim bn ini.
Jikalau kehendak Allah rejim ini hancur maka tiada siapa orang pun yang boleh menyelamatkan nya.
Rejim ntr ini, pada sayalah, tiada agenda melayu, tiada agenda islam. Rejim ini hanya untuk melayu liberal seperti najib sendiri, seperti nazir, seperti nazri dll.
Najib mesti dijatuhkan sebelum melayu dan islam binasa di negeri ini.
Orang bebas/independentman
(Gelagat Menteri).
Ketemu kembali. Saya suka sentuh tajuk ini kerana mereka adalah ikon kecil kepimpinan UMNO. Ramai menteri serius dengan looking good factor. Oleh yang demikian sejumlah wang dilempar untuk media stunt.
Selalu timbul dalam media, dengan senyuman segak bukan penentu things are good. Sekadar looking good sahaja. Tetapi wang perlu dikorbankan, dan bukan sedikit. Kalau wang mereka sendiri, itu tidak menjadi hal. Ini tidak!
Setengah budak menteri macam naik tocang. Berebutkan pelanggan, seolah promoter di pasar raya. Cuma untuk "sesampul dua" dengan surat kuning sekeping dua. Keghairahan mereka memeningkan dan menyusahkan. Dulu orang komplen tentang budak aras 4. Sekarang budak budak seperti itu ada di celah ketiak hampir semua menteri.
Orang pun jadi keliru mereka ini ghairah untuk perut sendiri atau perut siapa?. Masa-masa mereka gagal, cepat mereka salahkan orang yang tidak berdosa dan tersengih dibelakang wajah menteri looking good.
Lama kelamaan, orang samakan menteri dengan budak-budak itu. Orang tidak dapat bezakan kehendak menteri atau kehendak budak menteri.
Kita boleh minta mereka berdiri macam orang salah dan buat pengecaman.... Nescaya tidak ada yang terkecuali.
Orang jadi susah hati dan keliru. Menteri dan budak menteri campur tangan hal pentadbiran bukan cerita dongeng lagi. Semua orang seolah lapar.
Bila ramai orang sangsi dengan kejujuran, orang akan lari. Apatah lagi kalau menteri dan budak menteri cepat melatah dan suka sembelih scapegoat.
Sudah ketara sekarang, mereka tidak peduli tentang asal usul Umno, menjaga melayu dan masa depannya. Perjuangan setengah menteri dan budak menteri sudah hampir terpesung. Kenapa rakyat mesti mengundi UMNO dan BN dalam senario gelagat menteri seperti ini?
(Kita mungkin bermimpi menganggap semua menteri macam ahli parlimen Jeli. Dia orang baik dari dying breed}.
Datuk RON
Selamat riroyo
njalok ngapuro seng akeh akeh
dah lama x nmpk datuk ruhanie kt tv...datuk mesti force diri masuk politik semula...
http://mencandat.blogspot.com/
Sahabat-sahabat yang dihormati.
Siri keselamatan rejim ini bukan tulisan untuk ijazah saya. Sekadar untuk membuka mata dan jiwa pihak berkenaan. Jika anda tidak berapa senang dengannya, jutaan maaft saya pohonkan.
Bab yang mendakwa YAB PM sebagai Melayu Liberal hanya satu persepsi kerana dalam banyak majlis, termasuk di majlis internasionsal, YAB PM sentiasa menyatakan bahawa kepimpinan beliau memang sentiasa prihatin terhadap Melayu dan Bumiputera.
Biarpun begitu mengapa hanya mendakwa YAB PM sebagai Melayu Liberal? Bagaimana dengan Melayu PKR? Perlembagaan Negara pun nak dimansuhkan. Apa label untuk kelompok ini? Pejuang Melayu dan Bumiputera? Bagaimana dengan sesetengah orang besar PEMUDA UMNO MALAYSIA apabila dengan bangganya mengumpat bangsa sendiri di khalayak majlis internasional? Apa kategori Melayu serupa ini? Kera dapat bunga? Kacang lupakan kulit?
Renungkanlah....
Salam takzim---Ruhanie Ahmad
Post a Comment