Friday, July 16, 2010

Kerajaan BN Dan Keselamatan Rejim: Siri Dua


Ruhanie Ahmad


Siri ini bertujuan merungkai masalah semasa BN serta beberapa komponen utamanya---UMNO, MCA, MIC. Ketiga-tiga parti ini adalah komponen parti pemerintah yang pernah menggerakkan perjuangan kemerdekaan Malaya menerusi Perikatan pada 1957.

Masalah BN yang paling ketara adalah politiking dalaman parti UMNO, MCA, dan MIC, serta politiking tiga penjuru MCA lawan UMNO dan MIC lawan UMNO. Ini bermakna UMNO sebagai parti induk BN kini menerima serangan daripada dua penjuru.

Politiking Dalaman

Puncanya bukan kerana UMNO tidak memperjuangkan bukan Melayu seperti dulu. Hakikatnya, UMNO sentiasa menjunjung tinggi matlamat perjuangannya untuk “mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan Hak-Hak Asasi Manusia dan Hak-Hak Orang Melayu dan Bumiputera (Fasal 3.6 Perlembagaan UMNO).

Punca sebenar kepada serangan ini adalah kerana MCA dan MIC dilanda proses politiking dalaman parti untuk membuktikan siapakah antara pemimpinnya yang kononnya benar-benar memerjuangkan aspirasi ahlinya dan etnik yang diwakilinya sehingga mereka tergamak untuk bersuara berasaskan racial line yang ekstrim.

Perkembangan ini terjadi atas tiga sebab khusus. Satu, kerana MCA yang mengalami kekalahan besar dalam PRU12 khuatir kehilangan pengaruh kepada DAP, dan kerana MIC yang megalami nasib yang sama, takut dihakis pengaruhnya oleh lain-lain entiti, waima entiti haram atau sah, yang vokal terhadap isu-isu kaum India.

Dua, MCA dan MIC yang juga dilanda krisis kredibiliti, tidak berani atau sengaja enggan bertegas untuk menjelaskan kepada ahli-ahlinya bahawa perkongsian kuasa menerusi BN adalah atas prinsip serta konsensus silam di mana UMNO adalah paksi kepada perjuangan politik negara.

Tiga, kerana MCA dan MIC melihat bahawa UMNO sebagai tulangbelakang BN seolah-olah dalam keadaan terdesak untuk memenangi PRU13 sehingga prinsip “sudah betis sediakan peha” seakan-akan menjadi landasan kepada seluruh layanannya kepada bukan Melayu mutakhir ini.

MCA-MIC Makin Eksploitatif

Perkembangan seperti ini menimbulkan dua implikasi. Satu, MCA dan MIC menjadi lebih eksploitatif dengan tuntutannya kepada UMNO, sementara UMNO pula jadi tersepit akibat bantahan Orang Melayu dan Bumiputera yang mahukan ianya bertegas dalam mempertahankan status quo etniki, terutama sekali mengenai hal-hal sosio-budaya dan ekonomi.

Ini semua menyebabkan proliferasi dan polirisasi sentimen perkauman antara rakyat multi keturunan. Dalam konteks ini, malangnya UMNO yang menjadi pihak yang tertuduh. MCA dan MIC pula bebas daripada sebarang kecaman.

UMNO terheret ke dalam situasi seperti ini kerana segolongan pemimpinnya di semua peringkat dan yang mewakili semua sayapnya, seolah-olah gagal untuk mengartikulasikan masalah sebenar yang dihadapi oleh BN. Dengan itu, mereka terus bungkem atau lebih serius lagi, terus menjadi pemerhati. Jika ada yang berani bersuara, suara itu pula menimbulkan paradoks---isu yang perlu dipertahan, dibangkangnya; isu yang perlu dibangkang pula, disokongnya tanpa mengambilkira keserasian tindakan itu dengan citarasa majoriti ahli UMNO!

Dilema Keselamatan Rejim

Dampak kepada semua ini adalah: BN dijebak dilema keselamatan rejim---dalam kesungguhannya untuk memenangi PRU13, rejim BN menjadi semakin destabilized; dalam kesungguhannya untuk mempertahan kuasanya, komponen BN sendiri yang membantu untuk melemahkan kuasa tersebut!

Nmun segala-galanya masih boleh diperbaiki dengan seberapa segera menerusi pelbagai pendekatan yang tegas dan komprehensif. Pertama, kepimpinan tertinggi BN terpaksa diinsafkan bahawa BN di beberapa negeri adalah parti pembangkang. Dalam situasi seperti ini seluruh pemimpin BN wajar begerak dan berjuang dengan psikologi darurat.

Psikologi Perang

Kedua, mereka terpaksalah bergerak dan berjuang dengan mentaliti untuk mengembalikan kuasa, glori, dan survival BN. Dalam situasi seperti ini, seluruh pemimpin BN kena berbincang dalam war-room situation di mana setiap gerakan dan keputusan perlu serius, precise, decisive, dan berkesan.

Ketiga, dalam situasi seperti ini juga, para jeneral yang uzur wajar dipaksa berundur ke bilik sakit atau dinasihati supaya bersara. Para leftenan yang tempeng dan cedera kembalikan mereka ke pangkuan keluarga dan berundur daripada politik.

Empat, jika sebelum ini tidak pernah dipost-mortemkan kekalahan BN dalam PRU12, ini kena dilakukan dengan seberapa segera. Hakikat getir kena ditelan, dan realiti negatif kena diterima dan dipositifkan dengan minda terbuka, ikhlas dan jujur.

Prosidur Operasi Seragam

Lima, jika terdapat seorang dua leftenen yang masih dalam servis, tetapi dicengkam krisis kredibiliti, leftenan-leftenan ini perlu diberikan kata dua---berundur atau segera diundurkan.

Enam, Ingatkan seluruh warga BN, bahawa Clausewitz---pakar strategi peperangan---pernah mengatakan bahawa “war is something in which the entire nation must take part.” Oleh itu, jika BN memang benar-benar mahu memerangi pembangkang, seluruh pemimpin dan warga BN mesti melibatkan diri. Tetapi, yang dibenarkan membabitkan diri hanyalah mereka yang tidak tempang, tidak cacat, dan tidak rendah kredibilitinya!

Tujuh, BN perlu menyediakan piawaian prosidur operasi atau standard operating procedure (SOP) yang rigid dan jelas kepada semua komponennya merangkumi seluruh arahan yang mesti dipatuhi dan larangan yang nesti dihindari, siap dengan apakah balasannya jika sesiapa bertindak sebaliknya.

Senarai war-room operation ini boleh dikembang mengikut kesesuaian dan kreativiti seluruh komponen BN, termasuklah menggerakkan bilik operasi di seluruh peringkat di serata pelusuk Negara mulai hari ini. Tetapi, the cardinal rule di sini adalah: laksanakan segala-galanya dengan senyap dan penuh kerahsiaan. [Bersambung. Siri tiga akan disiarkan pada Khamis depan.]

10 comments:

jebat said...

Bung,
Assalamuaikum,

Saya rasa puncanya adalah rasa tak cukup dari MCA dan MIC. Saperti kata bung, sudah diberikan betis mahukan peha. Adakah cukup sampai ke peha sahaja? Saya rasa tidak. Entah apa lagi di mintanya selepas itu.

Pemimpin UMNO pun salah.Terlalu memberi muka sangat kepada MCA dan MIC. Bertagaslah !! Kita dah alami keperitan ini dalam PR12 yang lalu. Taring-taring mereka tercabut. Kita perlu berfikir dan buat kajian semula. Kalau perlu Bubarkan BN tubuh parti baru.

Sebagai orang lama saya merasa amat sakit hati tentang gelagat pemimpin MCA dan MIC masa kini. Kalu mereka begitu BIARLAH. Cari ALTERNATIF lain. Bukan MCA sahaja mewakili orang Cina dan bukan MIC sahaja mewakili kaum India. Kita mistilah berani !!

Tak guna menjeritkan kepada Orang Melayu kita mesti berani berubah kalau kita sendiri takut berubah !!

Saya dan kawan kawan tua dan muda, tidak akan keluar mengundi selagi keadaan ini tidak berubah.

TAK KAN MELAYU HILANG DI DUNIA.

Amanda Eltiqaz said...

er...ingatkan psal kuda kepang btul td.hehe sori tersesat..huhu.

> kuda kepang

jebat said...

Bung,

SAYA MENUNGGU DENGAN SABAR SIRI TIGA !!

Unknown said...

dato'...

MCA boleh terus berjuang dengan UMNO untuk menegakkan satu Bangsa Malaysia yang teguh dan bersatu padu. Perlu mengubah pendirian dan hala perjuangan bukan dengan mendesak BN mengurangkan keistimewaan Melayu, tetapi menumpukan kepada aspek kemajuan bersama yang diperjuang semenjak 1955. UMNO pula tak sepatutnya mengambil tindakan menyerah wang dan peruntukan kepada kaum cina setiap kali pilihanraya. Perlu ditekankan kepada MCA bahawa politik pihak pemerintah bukan harus mengikut rentak DAP yang berkempen mengikut asas perkauman. MCA jangan bergantung kepada kepercayaan bahawa kemerosotan sokongan cina kepada MCA ialah sebab mereka tidak memperjuangkan hak cina seperti DAP perjuangkan. MCA perlu berplatform kepada politik pembangunan bersama dengan UMNO. Politik perkauman DAP tidaq menjanjikan pemerintahan nasional yang stabil. Tidak mungkin DAP dapat memerintah dengan platform perkauman. BN ialah satu platform pembangunan negara yang yang mengambil kira semua lapisan masyarakat, dari segi kaum, jantina, umur, pendapatan, pendidikan, kemewahan, keselamatan, ekonomi dans ebagainya. Sekiranya MCA mengambil pendekatan DAP untuk mendapat sokongan rakyat kembali, nescaya BN akan tumbang.

Unknown said...

Kang...
Pemimpin UMNO mesti tegas...
hapuskan pengampu, perosak parti.
kembali kepada perjuangan asal kita.
hidup melayu_Islam.

Mika Angel-0 said...

Bung,

Kita kekurangan uswatun hasanah?

Kaum Cina ada Lim Guan Eng dan Chua Jui Meng. Apa pendapat anda mengenai kenyataan ini?

Selangor dalam kemelut pun banyak buruk kepada Khir Toyo dan rakan-rakannya.

Permainan Kerajaan Negeri Selangor berani...pecat orang kuat DAP kerana salahguna kuasa. Saya ingin bertanyanya anda, Bung, apakah tidak akan buruk image orang Melayu apabila, Pakatan membiarkankan anasir-anasir perosak dalam barisan mereka mereka relakan tindakan MACC dan berjaya di Makhkamah? Bak kata orang putih: The is a time for everything.

Perjuangan PAP di Temasek harus difahami, bukan begitu, Bung.

Salam takzim

Jali-jali said...

Tak dapek nak nolong, para kader-kader yang berintegriti dah diterajang atau dilondehkan dalam tahun 1998.

Faisal Noordin said...

Indonesia lagi bagus dari kita. Rakyatnya yg berkali2 ganda jumlahnya dari rakyat kita menggunakan satu bahasa. Kita di Malaysia, semasa banci ada kalangan org Cina yg tak tahu membaca bahasa Melayu. Sedarlah, bahawa formula UMNO sejak dari dulu sebenarnya memakan diri. Kepada org UMNO jgn hanya fikir diri sendiri. Nanti anak cucu akan merana. Tolonglah saya merayu agar tinggalkan MCA dan MIC.

Faisal Noordin said...

Tolonglah....UMNO mesti tinggalkan MCA dan MIC. Saya merayu supaya anak cucu kita dikemudian hari tidak merana. Cuba lihat disekeliling kita sekarang ini. Boleh dikatakan tiada satupun bidang yg org Melayu kuasai. Cina menguasai ekonomi. India nampaknya mula bersaing dan mungkin 5-10 tahun lagi mereka berada diatas kita. Tak sedarkah kita lagi. Dimana pemimpin UMNO yg boleh diharapkan? Apa gunanya negara kita menjadi negara maju sedangkan yg maju bangsa bukan Melayu! Renungkan!!!

Unknown said...

Salam Datok, saya sangat setuju dengan Mohd Faisal,di manakah pemimpin Umno.Tak bolehkah kita bngunkan bandar atau satu kawasan perniagaan khas untuk orang melayu,mengapa kita yang berkuasa tapi tidak menggunakan kuasa/ tidak mahu ,untuk membantu bangsa kita sendiri. sungguh pelik. Lihat MIC walaupun minoriti tapi dalam bandar KL tetap ada bandar untuk mereka,Mereka berjuang untuk bangsa bukan hanya untuk tombolok sediri,Malulah Wahai Pemimpin Melayu Islam,insaflah !!!!!