Friday, July 09, 2010

Kerajaan BN Dan Keselamatan Rejim: Siri Satu

Ruhanie Ahmad

Perkataan rejim mempunyai pelbagai definisi yang luas. Dari sudut yang negatif, rejim dedefinisikan sebagai sebuah kerajaan diktator yang memerintah secara represif atau menggunakan penindasan dan kekerasan.

Ia juga merujuk kepada satu kerajaan yang lemah yang mengukuhkan kedudukannya menerusi penipuan, pembohongan, manipulasi, penindasan, dan kekerasan.

Dari perspektif yang positif, rejim pula merujuk kepada suatu bentuk kerajaan, pemerintahan, sistem negara, atau sistem politik.

Kerajaan Malaysia bukannya diktator, tetapi mengamalkan sistem demokrasi. Kerajaan Malaysia juga tidak tergolong sebagai kerajaan yang lemah. Ringkasnya, Malaysia tidak pernah dikategorikan sebagai sebuah failed stated atau negara bobrok.

Definisi Rejim

Oleh sebab itu, siri ini mendefinisikan rejim sebagai parti politik yang diberikan mandat oleh rakyat jelatanya menerusi sistem pilihan raya untuk memerintah sesebuah negara dalam suatu tempoh tertentu yang ditetapkan oleh sistem kenegaraan terbabit.

Dalam konteks Malaysia, rejim yang dimaksudkan adalah Barisan Nasional (BN) yang dianggotai oleh pelbagai komponen dengan UMNO sebagai parti yang terbesar dan menjadi induk kepada komponen tersebut. Mandat pemerintahan ini diperbaharui setiap lima tahun sekali menerusi Pilihan Raya Umum (PRU).

Dalam konteks pemerintahan Malaysia mutakir ini, rejim yang dimaksudkan adalah kerajaan BN yang kini menjadi pemerintah di peringkat pusat dan menguasai kerajaan negeri Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sabah, dan Sarawak.

Keselamatan Rejim

Keselamatan adalah mengenai kelangsunan atau survival sesuatu entiti. Ia juga membabitkan inisiatif untuk menghapuskan ancaman kepada entiti berkenaan. Dalam konteks keselamatan rejim, ianya memfokus kepada survival rejim, kerajaan, atau pemerintah di sesebuah negara terbabit.

Keselamatan rejim juga membabitkan dayausaha untuk menghapuskan seluruh ancaman yang boleh menjejas atau memusnahkan survival serta destini rejim tersebut.

Buzan (1991:19) menegaskan, keselamatan politik (keselamatan rejim) adalah mengenai kestabilan organizational sesebuah negara, sistem pemerintahannya, dan juga ideologi yang memberikan legitimasi kepada negara dan pemerintah terbabit.

Ini bermakna bahawa keselamatan rejim adalah mengenai usaha menumpaskan seluruh ancaman kepada survival sesebuah parti politik yang menjadi paksi kepada pemerintahan di sesebuah negara. Dalam konteks Malaysia, hakikat ini menjurus kepada survival BN dan UMNO sebagai paksi utama kepada komponen BN.

Ancaman Rejim

Sementara itu, sasaran kepada ancaman-ancaman politik dihuraikan oleh Buzan (1991) seperti berikut:

Ancaman-ancaman politik adalah disasarkan kepada kestabilan organizational sesebuah negara. Matlamatnya pelbagai, termasuk desakan ke atas kerajaan mengenai sesuatu dasar menerusi penggulingan kerajaan terbabit; menggerakkan usaha pemisahan; atau menghuru-harakan sistem politik yang wujud sebelum sesuatu serangan ketenteraan. Idea negara (the idea of the state), terutamanya identiti nasional dan ideologinya, serta institusi negara, adalah sasaran kepada ancaman-ancaman politik. Oleh kerana negara adalah entiti politik, ancaman-ancaman politik amat ditakuti sama seperti ancaman ketenteraan. Keadaan ini lebih menonjol dalam sesebuah negara lemah. Namun begitu, walaupun sesebuah negara itu kuat dan powerful, ancaman-ancaman politik seharusnya ditakuti seperti ancaman militari (Buzan 1991:118-119).

Apa yang dimaksudkan menerusi huraian ini adalah: ancaman-ancaman politik boleh menyebabkan penggulingan sesebuah kerajaan; sasaran utamanya adalah identiti nasional, ideologi nasional, dan juga institusi negara; dan ancaman-ancaman ini sama impaknya seperti ancaman ketenteraan daripada sesebuah negara asing.

Dalam konteks Malaysia belum pernah berlaku sesuatu tindakan menggulingkan pemerintah menerusi rampasan kuasa. Tetapi, penggulingan kerajaan boleh terjadi menerusi PRU. Ini telah pun terjadi di beberapa negeri dalam PRU12.

Institusi Negara

Pada waktu yang sama, terminologi instutisi negara dalam konteks takrifan di atas adalah merujuk kepada seluruh jentera kerajaan merangkumi sektor legislatif atau pembikin undang-undang (Parlimen dan DUN); sektor eksekutif atau perkhidmatam awam serta agensi-agensi berkaitan kerajaan termasuk GLCs; dan juga sektor judisiri atau pengurus undang-undang, lebih khusus lagi Peguam Negara dan para hakim.

Oleh itu, adalah jelas di sini bahawa dalam menghujah soal keselamatan rejim, jangan sesiapa beranggapan bahawa seluruh jentera kerajaan ini tidak terlibat atau perlu berpeluk tubuh serta menjadi entiti yang non-partisan.

Hakikatnya demikian kerana sesebuah negara adalah didukung oleh ketiga-tiga institusi ini. Dan, oleh kerana idea negara adalah satu konsep politik dan konsep keselamatan, institusi negara tidak boleh memisahkan diri daripada terlibat untuk mempertahankan keselamatan negara dan juga keselamatan rejim yang memerintah negara berkenaan.

Fokus Analisis

Oleh sebab itu, persoalan pokok dalam siri ini adalah: apakah destini BN dalam PRU13? Jika dalam PRU12 BN kehilangan kuasa di beberapa negeri; hanya menang dengan majoriti dua kerusi di Negeri Sembilan; majoriti kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan dikuasai pembangkang; dan BN gagal merampas semula Kelantan yang dikuasai PAS sejak 1990; apakah BN mampu menguasai semula negeri-negeri yang dikuasai pembangkang, menambahkan majoritinya di Negeri Sembilan, serta mengekalkan prestasi serta kekuasaannya di lain-lain negeri yang diperintahnya pada hari ini, menerusi PRU13?

Persoalan ini akan dirungkai menerusi pendekatan berikut. Satu, analisis terhadap BN serta beberapa komponen utamanya; serta menyorot kredibaliti kepimpinan tertinggi BN dan sayap-sayap terpenting dalam komponen utama BN. Dua, merungkai prestasi dan sikap Ahli Parlimen serta DUN BN, perkhidmatan awam, dan judisiari, yang sewajarnya berperanan mengukuhkan institusi negara. Tiga, memperincikan dasar-dasar baru Kerajaan BN dan impaknya kepada sokongan rakyat jelata.

Persoalan ini penting dikaji kerana PRU13 dijangka pada 2013. Tetapi, ia juga boleh diadakan pada bila-bila masa berasaskan keputusan BN selaku parti pemerintah di peringkat pusat. Persoalan ini jadi lebih kritikal kerana BN telah dilanda tsunami siasah dalam PRU12. [Bersambung. Siri dua akan disiarkan pada Khamis depan.]

16 comments:

jebat said...

Bung,

Bunyinya macan REJIM POL POT jer,
Rejim BN di Malaysia, lama lagikah memerentah ??

Kami rakyat marhaen dah MUAK dengan PAK MENTERI (setengah nya)yang memanaskan kerusi empuk di pejabatnya.

Kami dah lagi muak denga ketelusan dasar kerajaan dibungkus dengan GUNI HITAN tak nampak apa pun.

Kami dah mula muak dengan keputusan kerajaan "YANG BELUM MUKTAMAD" kerana masih dalam kajian.

Sampai bila kajian itu? SETAHUN, SEABAB, ATAU SEKERUN ??

kudakepang said...

Saudara Jebat,

Syabas, ketajaman komen anda melambangkan nama anda, JEBAT. Ini yang saya nak dapatkan daripada pembaca blog ini.

Saya hampir sependapat dengan anda. Pada ketika ini rakyat Malaysia bukan tidak bersatupadu. Tetapi, ramai yang hilang keyakinan. Dalam bahasa JEBAT, MUAK!

Kalau penyakit rakyat waktu ini adalah penyakit MUAK, maka penyakit ini yang mesti diatasi supaya rakyat tak jadi muntah-muntah, kata orang Johor, kena cika...

Dengan nada lebih serius, rakyat kehilangan keyakinan sejak era sebelum Najib, tetapi sesudah TDM. Penyakit ini tidak diubati. Ini yang mesti disedari oleh rejim hari ini. insya Allah isu ini akan saya huraikan dalam siri selanjutnya.

Salam takzim: Ruhanie Ahmad

Unknown said...

Salam perjuangan DATUK dan HANG JEBAT,

Komen anda tepat, kena bagi buku dengan ruas. DS Najib mungkin dinasihati oleh golongan yang terburu-buru nak promosikan ide baru menerusi 1Malaysia. Itu tak salah. Yang silapnya tagline 1Malaysia.

Sepatutnya tagline tu 1MALAYSIA: KEYAKINAN RAKYAT DIPULIHKAN, KELEMAHAN KERAJAAN DIMUSNAHKAN!!!

Saya kata gitu kerana soal kekalahan BN dalam beberapa negeri dalam PRU12 bukannya soal rakyat tak bersatu-padu. Macam Jebat kata, soal penyakit muak. Macam datuk kata, soal kehilangan keyakinan.

Ini soal roh, jiwa, sikap dan mentaliti. Ini soal dalam jasad dan sanubari rakyat. Anak Johor hilang keyakinan kerana soal Jambatan Indah dibatalkan. Rakyat Johor hilang keyakinan sebab dibukannya Iskandar Malaysia. Rakyat seluruh negara hilang keyakinan sebab skandal neopotisme ECM-LIBRA. Rakyat Malaysia hilang keyakinan sebab kehadiran budak-budak ARAS 4. Ini semua menyebabkan penyakit MUAK, macam Jebat kata…

Penyakit ini boleh diubati. Caranya, buka balik fail ECM-LIBRA. BIna semula Jambatan Indah. Kes-kes rasuah dibereskan. Menteri kalot, ganti. Kalau Melayu waktu nak PRU12 rasa dia orang macam dah jadi warganegara kelas kedua, cari jalan atasi persepsi ini. Gunakan jasabaik dan wisdom TDM untuk nasihati kita semua, nasihati rejim…

Tapi apa yang berlaku sebaliknya. ECM-LIBRA dibiarkan jadi duri dalam daging yang menyebabkan rejim hari ini terus dicurigai rakyat. Dua tiga kerat menteri kalot masih lagi disimpan dan terus melalut. Orang kena hokum politik wang masih terus jadi KP UMNO dan jadi KM Melaka. Ini semua menambahkan rakyat muak….

Saya syorkan UMNO dan rejim BN pantau komen dalam blog Datuk atas posting kali ni. Kaji dan bedah. Ini suara rakyat. Majoritinya suara Melayu….

Unknown said...

Saya cadangkan dalam siri selanjutnya Datuk huraikan pasal jentera Institusi negara yang Datuk tulis kali ini. Adakah ini termasuk warga sektor awam? Kalau benar, dia orang tak bolehlah kata dia orang tak nak masuk campur urusan politik negara. Cara dia orang cakap pun macam jijik je dengan BN.

Tapi , pada pendapat saya yang lulus sekolah atap ni, rasanya maksud Datuk memang jentera kerajaan dan GLC nya tak patut jadi pemerhati kepada politik BN. Ini yang dulu orang kata, PARTI MENGUASAI KERAJAAN. Betullah kalau rejim adalah parti yang memerintah, maka rejim tu, iaitu BN, mesti menguasai kerajaan.

Macam kata Allahyarham Senator Datuk Azman Atar, when you are in power, you must show that you are powerful. Otherwise, you are bloody fool ….

Renungkan kata-kata ini. Tapi jangan tunjuk powerful sampai rakyat dianggap bloody fool!!!!

Unknown said...

Dear Sir,
Welcome back to the blogging world and let me suggest this: In your next posting please analyze the affairs of Wee Ka Siong in PKFZ. I remember I read in one of the blogs on how he became instant rich and powerful. The blogger also wrote that he aimed to become the youngest MCA president. May be he is in the same group like KJ who aspires to become the youngest PM in Malaysia. Good luck Sir and regards.

politica said...

Satu lagi factor yang menyebabkan rakyat hilang keyakinan terhadap BN masa ini adalah soal racism atau perkauman. UMNO sepatutnya memberikan kata dua kepada komponennya yang akhir-akhir ini menjuarai isu perkauman dan etnisiti. Dia orang jadi ligat sebab orang UMNO cakap ikut suka hari saja. Mereka sepatutnya tidak bersikap reaktif, tetapi proaktif dan bijaksana.

Dalam hal ini, Pemuda UMNO contohnya, asyik menyerang individu seperti Ibrahim Ali yang berjuang untuk memperkasakan Melayu dan Bumiputera. KP UMNO menyerang Ibrahim Ali dan memihak kepada pihak rasis.

Kawan-kawan saya cakap memang betul. Kenapa sekarang ada komponen BN yang bersuara rasis? Kenapa di zaman TDM mereka senyap menikus? Sebabnya, TDM bijak menagaplikasikan doktrin Michiavelli bila perlu. Menggunakan prinsip Michiavelli bukan mengamalkan sikap dictator. Tetapi, Michiavelli menggunakannya untuk negara dan bangsanya.

Kerajaan BN sekarang terperangkap dengan soal racism ini sebab dalam keadaan lemah ia mahukan sokongan semua rakyat termasuk bukan Melayu. Dengan terlalu memberikan muka kepada bukan Melayu, orang Bumiputera kecik hati dan jauh hati.

Malangnya mana suara dari UMNO? Mana suara KP UMNO yang lulus Oxford atau Cambridge? Mana taring mereka? Kalau zaman Allahyarham Tan Sri Syed Jaffar Al-bar dengan ginger gropnya, atau zaman Allahyarham Dato’ Harun Idris dengan pressure groupnya, tentu semuanya senyap macam tikus. Hari ini, KP UMNO tibia Perkasa, tuduh presidennya gedebe, sokong pihak rasis! Apa sudah jadi?

Bila orang Melayu Pulau Pinang tunjuk perasaan semalam, di mana suara KP UMNO? Kenapa sepi? Soal tuduhan kontrektor tak bayar pekerja Istana Negara baru di Damansara dibelanya. Rakyat Melayu Pulau Pinang yang ditindas DAP kenapa tak dibela habis-habisan?

Pokoknya begini. Waktu ini, apa yang terjadi dan kian menjadi-jadi, adalah akibat kelemahan UMNO dan sayap-sayapnya yang tersalah target dalam perjuangannya. Betulkan perkara ini dan saya yakin sedikit demi sedikit semangat dan keyakinan Bumiputera akan kembali bersama BN.

kudakepang said...

Putera Bentan, Nakhoda, Cina, dan Politica. Jutaan terima kasih atas komen yang ikhlas.

Banyak pandangan anda dan juga Jebat akan saya rangkumkan dalam siri akan datang dengan research yang lebih mendalam.

Setakat ini saya tertarik dengan komen Putera Bentan yang mengatakan tagline 1MALAYSIA sepatutnya berbunyi: 1MALAYSIA KEYAKINAN RAKYAT DIPULIHKAN, KELEMAHAN KERAJAAN DIMUSNAHKAN.

Salam takzim: Ruhanie Ahmad

Unknown said...

Terbukti DS Najib dan TS Muhyiddin memang mahukan warga UMNO dan BN bekerja keras untuk memelihara keselamatan rejim BN dalam PRU13. Tiap-tiap hari mereka bercakap mengenainya. Tapi orang UMNO faham ke? Atau mereka asyik melengker kekenyangan bagai ular sawa.

Seperti Datuk tulis dalam komen, memang betul pada PRU12 yang hilang adalah keyakinan rakyat, tepat lagi keyakinan pengundi Melayu. Kalau pengundi bukan Melayu, kita tak hairan. Majoriti mereka gunakan undi untuk niaga atau memenuhi kepentingan besar mereka sama ada dalam tuntutan sosial atau dalam tuntutan ekonomi. Sebab tu sokongan ikut angin mereka macam lalang.

Anehnya, yang hilang keyakinan adalah pengundi Melayu. Ada banyak faktor terjadinya hal ini. Satu daripadanya adalah gelagat ketua bahagian yang lupa daratan. Ada juga ketua perhubungan negeri bertindak macam orang kaya baru, sampaikan boleh sewa jet untuk bawa kroni bersantai di luar negara. Lepas itu ada juga orang UMNO yang jelas terlalu mewah hidup mereka di luar kemampuan. Baru jadi wakil rakyat satu penggal dah rumah tiga buah dan kereta menjalar-jalar. Ini semua dipandang oleh pengundi. Sebab itu UMNO kena ada kod disiplin yang ketat.

Orang BN juga mesti didisplinkan. Jangan ikut sukas-suka hati buat statement guris hati Melayu. Ingat, majoriti menteri bukan Melayu survive di kawasan majoriti Melayu. Kalau mereka tanding di kawasan majoriti bukan Melayu sure dah lama lengkup. DS Najib kena peringatkan pihak-pihak ini. Kalau mereka tak berhenti guris hati Melayu, kita pencenkan mereka dan kawasan tu digantikan dengan calon Melayu. DS Najib kena tegas dan berani. Kami akan sokong.

politica said...

Datuk, posting ini saya pinjam muat turun daripada blogger OutSyed The Box. Harap Datuk ulas dalam siri tulisan Datuk akan datang.

YB Wee Choo Keong Refuses To Give Up
By Syed Akbar Ali

There were more verbal jousts in Parliament yesterday. YB Wee Choo Keong is going all out on the poor level of investigation and prosecution of widely publicised cases involving VIPs and other folks in positions of authority.

In Parliament yesterday YB Wee has again raised the issue of a Political Secretary found with millions of Ringgit in an apartment plus the fact that 48 'safety boxes' were also found in his home. YB Wee asked in Parliament if those 48 safety boxes were used to store toilet paper? And where is the prosecution of the case? Another cover up?

He also raised the controversy surrounding the SC chairwoman and allegations about the involvement of her husband with various unsavoury characters as well as unsavoury episodes, in particular the case of ECM Libra which involves the corrupt Slumberjack's equally corrupt and corrupting SIL.

I must say that the issue of the SC chairwoman was first raised by the pro UMNO Blog 'Another Brick In The Wall'. You can read the latest expose by ABITW here.

Here are some excerpts from YB Wee Choo Keong's speech in Parliament yesterday from the Hansard records :

i. Saya memberikan contoh bahawa dalam kes penyiasatan ataupun penahanan seorang setiausaha politik kepada bekas Menteri Kewangan II Tasek Gelugor, di mana rumahnya ada 48 safety boxes. Untuk apa 48 safety boxes? Memang itu untuk simpan wang rasuah bukan wang, toilet paper. Kalau dia ada 48 safety boxesbosnya mungkin ada more than hundred. Itu satu bagaimanakah sampai sekarang beliau tidak dituduh di mahkamah. Sudah tujuh bulan siasatan masih dijalankan.

ii. Securities Commission saya telah bangkit juga, suami kepada Tan Sri Zarinah Securities Commission terlibat dengan macam-macam kes, itu Avenue Capital dengan ECM Libra satu outfitTingkat 4 dan MyEG Services Berhad, Tat Sang Berhad, TENCO Berhad, Lityan Berhad dan projek Shah Alam Hospital Projek. Ini terlibat dengan Datuk Azizan suaminya.

iii. Badan-badan penguatkuasaan seperti MACC, Securities Commission khasnya kes yang khas Hasbie Satar ini bekas Yang Berhormat Menteri Kewangan II ini, dan siasatan terhadap Yang Berhormat Tasek Gelugor sendiri dengan Tan Sri Zarinah, itu Pengerusi SC suaminya Datuk Azizan.

iv. Mahkamah yang first class tetapi penguatkuasaan kita, badan-badan penguatkuasaan seperti MACC, Securities Commission yang tidak baik, tidak baik melaksanakan kerjanya tidak baik. Hendak tutupkan kes seperti Hasbie dan Tan Sri Zarina ini.

v. Namun kalau tidak ada badan-badan penguat kuasa ini tidak bawakan kes, tidak heret tertuduhcorporate crook ini seperti Dato’ Ishak Ismail kepada mahkamah, suami Pengerusi SC ini ke mahkamah, bagaimana mahkamah hendak bicara? Jadi tidak ada kes la

Another pro UMNO Blogger Parpukari also has written about this issue at his Blog here.

I think the PM is being quite daft if he just pretends not to hear all these complaints coming up from the pro UMNO Blogs.

The folks down at the grassroots are getting agitated and more unhappy. Ignore them at your own peril. Dont say that you did not know. - Posted by Syed Akbar Ali at 12:24:00 AM

politica said...

Ganggu sekali lagi Datuk. Yang ini sata muat turun sebahagian dari blog Akramsyah. Mungkin Datuk boleh kaji sebab GLC kan sebahagian daripada jentera Institusi Negara. Takkanlah Datuk tak sudi cuit-cuit bos lama Datuk, Tun Musa Hitam tu!!!!!

Wednesday, June 23, 2010
DS Najib Diancam Kredibiliti Kerajaannya Walau 'Mudah' Penyelesaiannya

Saya kehairanan apabila membaca serangan jurublog ke atas Datuk Mohd Bakke Salleh apabila perlantikannya sebagai CEO baru Sime Darby diumumkan. Pelbagai sebab diberi dan aneka alasan dipakai untuk membuktikan beliau tidak sesuai. Namun, apabila ditanya kawan-kenalan tua-muda dari sektor korporat serta kepimpinan politik, amnya Datuk Bakke digambarkan sebagai seorang yang berwibawa dan dihormati baik kerana pencapaiannya mahupun keperibadiannya!

Dari mana datangnya persepsi buruk ini? Pada hemah jurublog, imej pentadbiran ini terjejas kerana kegagalan kerajaan menghukum atau menangani dengan telus salah-laku, penyelewengan serta, lebih buruk lagi, prestasi lembap yang dipaparkan oleh lantikan-lantikan kerajaan ke kepimpinan GLC. Malah, ada pula pemimpin GLC yang dibiar berleluasa sesudah mengaut untung peribadi dan lari pada zaman Pak Lah dahulu.

Pasti akan ada yang terus menyatakan, bagaimana dengan pemecatan DS Ahmad Zubir Murshid dari Sime Darby tempohari? Tak teluskah? Jurublog berpendapat bahawa, bukan sahaja pemecatan beliau terlalu lewat, tambah pula tak cukup sekadar beliau sahaja dihukum! Lembaga Pengarah Sime Darby, termasuklah Pengerusinya, Tun Musa Hitam, semua patut menangguh padah sama kerana membenarkan keadaan melarat begitu lama di bawah DS Zubir!

Malangnya untuk pentadbiran DS Najib, Tun Musa Hitam diberi peluang untuk mengumumkan perlantikan Datuk Bakke! Pengumuman dilakukan sewaktu kewibawaan Tun Musa dalam memimpin Lembaga Pengarah Sime Darby masih dipersoalkan, sekaligus mencemarkan keputusan untuk melantik Datuk Bakke! Malah, kerajaan DS Najib akan mendapat lebih kredibiliti dengan mengumumkan perletakan jawatan Tun Musa dari Lembaga Pengarah Sime Darby pada masa itu!

Salah langkah seperti ini melaratkan suasana, tetapi punca hilangnya kepercayaan rakyat terhadap keputusan korprat kerajaan adalah dari salah-laku yang lepas, baik di arena pentadbiran amnya, tetapi berhubung-kait dengan pengurusan GLC. Skandal BII-Maybank di mana Khazanah 'tertipu' sehingga merugikan negara sambil memperkayakan Temasek serta individu tertentu di negara-negara jiran hanya satu contoh di mana salah-laku tak terhukum.

Lebih buruk lagi, rakyat yang juga merangkumi ahli dan prefesional di sektor korprat semakin mual melihat mereka-mereka yang terlibat menjahanamkan kewangan GLC, yakni kekayaan negara-bangsa, masih lagi berkedudukan, malah diberi ganjaran lagi!

Tak cukup sudah desakan hukuman dijalankan ke atas ikon-ikon korupsi untuk memulihkan kepercayaan rakyat kepada BN. Tak kiralah bertapa salahnya laku kerajaan Pakatan, tak pedulilah yang mungkin kes Datuk Norza Zakaria tak patut dibawa ke pengadilan sekalipun, kini Rakyat sudah mula menolak keputusan BAIK kerajaan, seperti perlantikan Datuk Bakke, kerana kewibawaan kerajaan BN semakin punah!

Mungkin inilah masanya DS Najib menunjukkan kepimpinannya bukan sahaja sebagai penyatu-padu antara rakyat berbilang kaum, tetapi juga keberanian beliau mencantas lalang-lalang dan kulat yang kian mereputkan kewibawaan kerajaan beliau... sebelum terlambat...

Posted by Akhramsyah Muammar Ubaidah bin Sanusi at 6:30 PM
http://thoughtsintangents.blogspot.com/2010/06/ds-najib-diancam-kredibiliti.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+TangentsRestlessMusingsOfAMalayMind+%28Tangents%3A+Restless+Musings+Of+A+Malay+Mind%29

kudakepang said...

Saudara Politica, jutaan terima kasih.

Kiriman anda akan saya kaji. Bab Tun Musa Hitam, tak payahlah saya cuit-cuit.

Salam takzim: Ruhanie Ahmad

jebat said...

Bung & Kawan-kawan,

Saya menyanjung niatbaik dato' dan kawan-kawan untuk menkaji halehwal semasa. Cuma say nak ingatkan datuk (Bung Ruhanie)dan kawan kawan, BERINGATLAH !! Jangan sampai perkara itu "membakar diri" terutamanya kepada kawan-kawan yang masih ada kena mengena dengan kerajaan (REJIM) sekarang.

Untuk makluman kawan-kawan semua,
saya pesara swasta yang tidak terikat dengan kerajaan sekarang.

Sebenarnya saya saorang vetran UMNO dari zaman TUN SARDON JUBIR lagi. Tapi kini hati saya mula berubah. Perjuangan saya tetap sama. Untuk Negara, Orang Melayu dan Agama Islam.

Saya mengalungalukan pandangan saudara saudara semua. Semuga kita teruskan PERJUANGN kia dan BERHATI-HATI.

kudakepang said...

Saudara Jebat, jutaan terima kasih atas ingat untuk saya dan untuk kawan-kawan Blog KK ini.

Saya cukup setuju dengan pandangan anda selaku veteran pejuang dalam era Tun Sardon Jubir yang turut saya sanjung. Dalam perjuangan menegakkan kebenaran, kita terpaksi teliti, cermat, dan berhati-hati umpama menarik rambut dalam tepung---rambut biar berjaya dikeluarkan, tetapi muka kita pula jangan sampai bergelumang dengan tepung tersebut.

salam takzim: Ruhanie Ahmad

mike said...

salam..
masaalah utama dalam satu satu bangsa adalah penyatuan...dikaji kembali semua bangsa dari bani israil hinggalah bangsa yang MULIA iaitu melayu yg memecahkan adalah pemimpinnya...agak keras bukan..sebab itulah dinamakan pemimpin...memimpin rakyat menjadi satu...jika ini gagal..semuanya gagal waima sebaik mana pun laungan tag line .Kita mendapati terlalu hebat perpecahan yang kita hadapi,disisi kanan kita menghadapi perpecahan dari akibat politi dan tindakan "child politic" dari sisi kiri kita menghadapi perpecahan dr sudut agama yg mendatang pelbagai keterjemahan,dari depan kita menghadapi perpecahan penguasaan yang hakiki (persekutuan tanah melayu ie Malaysia) dari belakang kita menghadapi pelbagi kitol kitol yg ingin menggadai malaysia..terasa senak sebenarnya..ingin rasanya dihati kita bersatu sebagai melayu yang memimpin, bukan sekadar memimpin yang mudah diasak dengan kesatuan pimpinan dan mudah diugut dgn yg lain..kita Melayu yang Unggul..racist?
itulah fakta...

SPdotCom said...

Kekecohan Mesyauarat UMNO Bahagian Sungai Petani sila lawat http://www.youtube.com/watch?v=dSsMe5QrOAU
Dan
http://www.youtube.com/watch?v=oexxjbqnJpo
regards
Adam

Mika Angel-0 said...

Bung Ruhanie Ahmad,

Apakah anda rasa kemungkinan Mohd. Najib sambung lagi jadi PM setelah PRU13 dengan keputusannya yang seakan pada PRU12?

Apakah senario economi global membolehkan Malaysia isytihar Darurat?

Atau Mohd Najib ditangguhnya PRU13
sehingga akhir?


salam takzim