Ruhanie Ahmad
Dua berita di bawah ini merupakan perkembangan yang amat menarik kepada rakyat Malaysia, terutamanya majoriti warga Johor dan kepada blog ini. Sebabnya kerana blog ini adalah antara yang sangat kritikal terhadap keputusan mendadak pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi membatalkan projek Jambatan Bengkok yang dirancangkan dalam era kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad, dengan alasan yang sukar untuk dirasionalkan oleh mereka yang berfikiran strategik.
Lantaran itulah saya menerbitkan buku Mahathir Menyinga untuk mendokumentasikan kenyataan-kenyataan para pemimpin Malaysia dan Singapura, termasuk Tun Abdullah, yang positif sebelum projek berkenaan dibatalkan. (Bagaimanapun, jutaan maaf kerana buku yang diPDFkan dan terpapar ikonnya di sidebar blog ini sudah tidak dapat diakses secara digital akibat masalah teknikal.)
Tindakan Tun Abdullah membatalkan projek berkenaan menjadi kontroversi politik. Ia mencetuskan perang dingin antara Tun Mahathir dan penyokongnya terhadap pentadbiran Tun Abdullah; menyebabkan warga Johor kecewa; dan bertambah marah apabila tidak lama selepas itu diwujudkan pula projek Iskandar Malaysia yang disifatkan oleh sebilangan besar warga Johor sebagai penggadaian kedaulatan Malaysia dan bumi Johor Darul Takzim kepada sebuah negara di seberang Selat Teberau yang sememangnya amat dahagakan tanah.
Akibatnya, kemarahan warga Johor pun diterjemahkan dalam bentuk undi rosak dalam PRU12 pada 2008. Oleh sebab itulah jumlah undi rosak dalam PRU12 yang terbesar sekali datangnya daripada pengundi Johor. Hakikat ini dihuraikan secara terperinci oleh blogger Amir Hamzah Mohamad---sahabat saya di Parlimen Parit Sulong---dalam blog Segalanya Mungkin seperti berikut http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com/2009/05/undi-rosak-tertinggi-di-johor-apa.html

Oleh itu, semoga Datuk Seri Najib Tun Razak yang berminda strategik akan mengkaji semula saranan Baginda Sultan Johor secara positif. Gunakanlah hubungan baik Malaysia-Singapura mutakhir ini untuk menyakin Republik Pulau berkenaan bahawa pembinaan jambatan baru bagi menggantikan Tambak Johor yang usang adalah demi manfaat dan kepentingan bersama.
Sultan mahu jambatan ganti Tambak Johor
JOHOR BAHRU 26 Jun - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini mahu Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan semula rancangan asal pembinaan jambatan menggantikan Tambak Johor.
Sultan Ibrahim bertitah, usaha menaik taraf Tambak Johor dengan membina jambatan tersebut amat penting bagi institusi Kesultanan Johor dan sentiasa ditunggu-tunggu oleh rakyat negeri ini sejak dahulu.
"Saya yakin seluruh rakyat Johor berasa gembira dengan terbinanya bangunan JB Sentral yang serba lengkap dan indah ini, namun masih terdapat kekurangan dan kecacatannya apabila komponen utamanya iaitu jambatan masih belum dilaksanakan hingga hari ini.
"Sekali lagi, saya ingin menyeru kerajaan Persekutuan agar dapat mempertimbangkan rancangan asal pembinaan jambatan yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Johor," titah baginda.---Mingguan Malaysia 27 Jun 2010.
Kerajaan kaji semula ganti jambatan
KUANTAN 26 Jun - Kerajaan akan mengkaji semula rancangan asal pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung cadangan yang dititahkan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini.
"Kita akan kaji," katanya ringkas kepada pemberita selepas merasmikan program Mengukuh Wadah Memperkasakan Ummah anjuran Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) di sini hari ini.---Mingguan Malaysia 27 Jun 2010.

9 comments:
Salam bro,
Sebenarnya rakyat Johor tak kecewa pun jambatan bengkok dibatalkan malah suka yg teramat sgt. Hanya umno yg berkepentingan saja yg marah sebab pulus tak masuk.
Sebenarnya soal tambak Johor senang aje, kalau Singapore tak setuju dibuat jambatan baru yg lurus supaya air laut Selat Tebrau dapat mengalir dgn baik, rombohkan aje tambak disebelah kita dan yg bahagian Singapore biarkan jadi macam jeti ditengah2 Selat Tebrau.
Yg bodoh sgt kenapa Mahathir dan konco2 dia nak sgt jambatan bengkok, kenapa? Kalau Singapore tak nak apasal kita macam hidung tak macung pipi tersorong2??
Sekarang ni CIQ baru di JB yg telah hampir siap dah jadi macam gajah putih. Yg pelik projek ni nilainya berbillion ringgit tapi perancangan hancur. Jalan keluar masuk ke Singapore melalui CIQ ni serupa macam ular berbelit2 dan sempet. memang membazir betul.
Projek Iskandar Malaysia (IM) setakad ini nampak mendatangkan kebaikan kpd JB kerana banyak infrastruktur diperbaiki dan upgraded spt jalan2 dan sungai2. Jadi dgn adanya IM dapatlah rakyat JB menikmati jalan2 dan flyovers baru yg melancarkan lalu lintas di JB. Sungai2 pun didalamkan dan dibesarkan utk elak banjir. Ini merupakan perkembangan yg baik buat rakyat Johor.
Jadi apa yg diminta oleh Kebawah Duli Sultan Johor ialah serupa dgn permintaan Almarhum sebuah jambatan supaya air laut di Selat dapat mengalir dan memudahkan dan mempercepatkan laluan dan hubungan antara timur dan barat negeri Johor.
Saudara Sufee, terima kasih. Pandangan anda mungkin benar mengenai bukan semua rakyat Johor kecewa, melainkan UMNO.
Tetapi, adalah meleset jika dikatakan UMNO kecewa sebab tak dapat kontrak daripada projek tersebut.
Mengenai IM, saya tetap berbeza pendapat dengan anda. Tetapi kerana ianya sudah terjadi, moga-moga Malaysia sentiasa berwaspada pada setiap masa dan sepanjang zaman. Perkembangan berabad akan datang perlu diramal dan disediakan penyelesaiannya.
Satu lagi, dan paling penting, adalah tidak manis (ini bahasa saya yang paling lembut) untuk anda menyifatkan Tun Mahathir sebagai "bodoh". Saya harap anda tidak keberatan untuk menarik balik perkataan ini menerusi komen susulan ke blog ini. Hakikatnya, Tun Mahathir cukup berjasa kepada kita semua..
Salam takzim: Ruhanie Ahmad.
sufee aje yang tak ada jasa kepada negara..buat kecoh 1Malaysia adalah..Jasa Tun M tetap kita kenang. Kalau tak 1 Dunia tak kenal mana malaysia...satu lagi pas Pkr dan dap jealous tak dapat projek kot????
saya berpendapat saudara yang komen tadi mungkin bukan rakyat johor atau mungkin tidak dapat melihat dengan lebih jauh akan kepentingan jambatan tersebut.saya yang tidak bersekolah tinggi ini pun nampak kelebihan yang akan malaysia ada jika jambatan tersebut diadakan.sayang kita dah kurang berfikir dan malas.teruskan pembinaan tersebut kerana denyut nadi tersebut akan terasa hingga ke kuala lumpur.
Salam bro,
Saya tetap mengatakan cadangan membina jambatan bengkok adalah satu idea yg bodoh dan tak masuk akal. Sesiapa yg terlibat dalam idea bodoh ini adalah mereka yg terencat akal. Saya berkata demikian kerana alasan berikut yg jujur dan ikhlas
1. Pertama2 kali kenapa mesti buat bengkok??
2. Kalau jawapannya disebabkan Singapore tak setuju kenapa mesti diteruskan?
3. Kalau kita nak memperbaiki kualiti air laut Selat Tebrau dan mewujudkan laluan air yg cepat antara timur dan barat Johor tetapi pihak di seberang sana tak setuju atas sebab2 semua pun tahu, maka robohkan aje tambak di bahagian Malaysia, abis citer, kan mudah dan belanja pun tak sampai 1 billion.
Kenapa kerajaan BN sanggup menghabiskan duit rakyat dgn keje2 yg tak masuk akal hanya kerana kepentingan individu tertentu. Fikirlah bro kamu semua orang islam yg menanggung amanah dan setiap perbuatan kamu di dunia ini akan dipersoalkan dihadapan Allah. Tak takut ke??
Bro sufee,
salam,
Memang pun bodoh orang tua kedah tu!
dreaming the impossible dream
orang melayu baghal dari aloq setaq
dreaming the impossible muslim dream
tapi bro sufee kita handal,
not me to tie your sandal
no, bro sufee, as you shall see
nothing in life is for free
bro sufee,
do you dare dream the impossible dream?
bro sufee,
die for king and country and yet die a muslim?
what a sufi i will be when Mahathir is with me.
salam takzim
Saudara Sufee
Saya tidak akan berkata apa-apa lagi mengenai kedangkalan minda anda. Saya serahkan komen anda kepada sekalian pengunjung untuk menilainya.
Terima kasih Bung Mika kerana dalam irama puitis membidas sufee. Juga kepada Orang Kampung dan Amir.
Kepada saya Jambatan yang dicadangkan oleh Tun Mahathir ini banyak nilai strategiknya...
Salam takzim: Ruhanie Ahmad
Johor Bahru antara bandaraya yang masih selamat tidak di tawan Pakatan di PRU 2008. Kerajaan Johor masih tersenyum lebar dengan anggapan JB masih kubu kuat BN. Namun senario PRU13 mungkin berubah. Setelah sekian lama, apakah kubu akan menjadi kubur BN. Lihatlah kesesakan di Bandar JHB. Dari Skudai ke JHB sahaja makan masa 1 jam lebih. Semasa perasmian MP Pasir Gudang, MB umumkan Lebuhraya Pasir Gudang akan dinaiktaraf kepada 6 lorong. Tolong ambil kalkulator, sudah berapa ribu orang MAUT di pusara lebuhraya pasir gudang? Dengan jalan yang kejap kembang kejap kecut? Jika YB Sahrir tidak bertanding lagi di PRU13, maka ramalan hamba Parlimen Johor Bahru dan Tebrau bakal bertukar tangan.
salam bro sufee
u tahu tak apa yang u cerita,jambatan itu bangus untuk menjana ekonomi negara,Tun Dr. Mahadir pandai bayangkan u senang ni oleh kerana siapa, Tun mahadir yang membawaekonomi malaysia melonjak.
Post a Comment