Ruhanie Ahmad
Rasuah boleh meruntuhkan negara. Rasuah juga boleh menjejaskan pembangunan nasional. Oleh sebab itulah Kerajaan Malaysia sentiasa berusaha untuk membanteras rasuah menerusi pelbagai pendekatan administratif, termasuklah peningkatan kecekapan warga perkhidmatan awam, penguatkuasaan undang-undang, pengamalan prosidur operasi, dan menerusi pelaksanaan mekanisme trasparensi..
Ini semua dilakukan kerana kepimpinan negara berpendapat bahawa rasuah adalah gejala yang wujud daripada ketidakcekapan warga perkhidmatan awam. Oleh sebab itu lahir andaian bahawa kecekapan sesuatu pentadbiran awam boleh dijadikan indikator kepada tahap minimanya rasuah di sesebuah negara. Program dan dasar anti-rasuah juga diandaikan boleh dijadikan pendekatan tunggal untuk membanteras jenayah tersebut.
Tetapi, adakah ini benar? Adakah benar bahawa perkhidmatan awam yang cekap akan terbebas daripada amalan rasuah? Jika ini benar, pastinya perkhidmatan awam Malaysia hari ini sudah terbebas daripada rasuah. Ini kerana Kerajaan Malaysia sentiasa melaksanakan pelbagai program dan strategi membanteras rasuah. Pada waktu yang sama, wujud pula pelbagai agensi dan mekanisme untuk memantau dan menghapuskan rasuah.
Siri ini mempertikaikan andaian sedemikian rupa. Ia akan membuktikan andaian bahawa pentadbiran awam yang cekap adalah bebas dari rasuah adalah andaian yang meleset.
Perkhidmatan Awam
Sebelum itu, fahami maksud perkhidmatan awam. Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan mendefinisikan perkhidmatan awam sebagai Angkatan Tentera, Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-Undang, Perkhidmatan Awam Am Persekutuan, Pasukan Polis, Perkhidmatan Awam Bersama, Perkhidmatan Awam Negeri, dan Perkhidmatan Pelajaran.
Ahmad Atory Hussain (1983:1) mendifinisikan perkhidmatan awam secara umumnya sebagai “organisasi yang mengurus manusia dan benda-benda untuk mencapai tujuan-tujuan kerajaan.” Dimock et al. (1983:5) menyifatkan pentadbiran awam ”sebagai satu operasi pengeluaran barangan dan perkhidmatan untuk memenuhi kehendak rakyat.”
Milakovich dan Gordon (1995:6) pula menegaskan, ”pentadbiran awam adalah segala proses, organisasi, dan individu yang terlibat dalam perlaksanaan undang-undang dan peraturan yang diputuskan atau dikeluarkan oleh badan perundangan, eksekutif dan kehakiman, di samping terlibat dalam proses penggubalan undang-undang dan peraturan yang berkenaan.”
Definisi Rasuah
Selanjutnya, kenali pula apa itu rasuah. Jenayah rasuah di Malaysia tidak diberikan perspektif perundangan yang serius seperti jenayah pengedaran serta penyeludupan dadah yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati.
Sebaliknya, rasuah di Malaysia hanya tertakluk kepada Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009; Ordinan 22 Darurat 1970 berkaitan rasuah; Akta Kastam 1967 (Disemak 1980) berkaitan rasuah (167); Kanun Keseksaan (Akta 574); Akta kesalahan pilihanraya berkaitan rasuah(2009); dan Akta pengubahan wang haram 2001 berkaitan rasuah.
Namun begitu, siri ini hanya akan menghuraikan rasuah takrifan SPRM dan definisi umum oleh kalangan tempatan dan antarabangsa.
SPRM mentakrifkan rasuah sebagai ”wang, derma, alang, pinjaman, fi, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain; apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa sifat; apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman, obligasi atau liabiliti lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya; apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan atau peratusan; apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau benda berharga; apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, seperti perlindungan daripada apa-apa penalti atau ketakupayaan yang di kenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa-apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah, sama ada atau tidak sudah dimulakan, dan termasuk penggunaan atau menahan diri daripada menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau kewajipan rasmi; dan apa-apa tawaran, akujanji atau janji, sama ada bersyarat atau tidak bersyarat, untuk memberikan suapan mengikut pengertian mana-mana perenggan (a) hingga (f) yang terdahulu.”
Demikianlah definisi rasuah oleh SPRM---berjela-jela dan sukar untuk difahami oleh rakyat biasa. Tetapi, begitulah takrifan rasuah secara undang-undangnya.
Dalam bahasa yang mudah, Mahathir Mohamad (1980:180-181) menegaskan, “umumnya rasuah ditafsirkan sebagai pemberian saguhati kepada seseorang yang berkuasa supaya menyalahgunakan kuasa dan memilih kasih dalam tindakannya.” Pada waktu yang sama, “penyalahgunaan wang kerajaan sudah tentu patut dianggap rasuah sama seperti penyalahgunaan kuasa.”
Syed Hussein Alatas (1995:vii) mendefinisikan rasuah sebagai ”dengan sengaja melakukan kesalahan atau melalaikan tugas yang diketahui sebagai kewajipan, atau tanpa hak menggunakan kekuasaan, dengan tujuan memperolehi keuntungan yang sedikit sebanyak bersifat peribadi.” Beiau juga menghuraikan tujuh kategori rasuah---transaktif, extortif, investif, neopostik, defensif, autogenik, dan suportif.
Bernveniste (1997:113) menyatakan, ”rasuah adalah perilaku yang melanggar undang-undang, regulasi dan peraturan yang lazimnya dilakukan secara rahsia. Rasuah juga adalah penyalahgunaan kuasa dan mandat awam untuk memperolehi keuntungan kewangan dan material.”
Klitgaard (2001:31) mendefinisikan rasuah sebagai ”tingkah laku yang menyimpang dari tugas-tugas rasmi sebuah jabatan negara kerana keuntungan status atau wang yang menyangkut peribadi (perseorangan, keluarga dekat, kelompok sendiri); atau melanggar atura-aturan pelaksanaan beberapa tingkah laku peribadi.”
Fethi Ben Jomma Ahmed (2005:26-27) pula menghuraikan bahawa rasuah atau disebut dalam Quran dan Sunnah sebagai fasad, adalah melibatkan sifat-sifat murni termasuk kemuliaan, reformasi, istiqamah, dan amanah.
Kepada saya, rasuah adalah pendapatan, ganjaran, atau faedah kewangan dan bukan kewangan yang diperolehi oleh seseorang individu yang berkuasa menerusi amalan haram, amalan mengkhianati mandat rakyat, dan mengkhianati mandat negara. Amalan seperti ini mesti dikategorikan sebagai amalan yang melanggar nilai-nilai teras keselamatan nasional.
Impak Rasuah
Definisi pentadbiran awam seperti di atas membuktikan betapa pentingnya perkhidmatan tersebut kepada Kerajaan Malaysia kerana keseluruhannya membabitkan hal ehwal ketenteraan, pertahanan dan keselamatan; urusan pembangunan insan; serta tanggungjawab pelaksanaan dasar pembangunan ekonomi serta kesejahteraan rakyat. Oleh sebab itu INTAN (1991:831) menegaskan bahawa “perkhidmatan awam adalah tunggak yang dapat menentukan jatuh bangunnya sesebuah negara.”
Definisi rasuah di atas pula mengilustrasikan impak pengkhianatan kepada negara menerusi rasuah. Lantaran itu jika segolongan warga perkhidmatan awam adalah pengamal rasuah, dan sesetengah pemimpin kerajaan juga adalah penerima rasuah, impaknya pasti mengancam keselamatan negara, menggerhanakan masa depan generasi muda di bidang pendidikan dalam dunia yang kompetatif, dan memudaratkan kelangsungan ekonomi dan rakyat dalam era globalisasi dan liberalisasi yang mencabar.
Impak total daripada amalan rasuah adalah, rakyat yang tidak berpendidikan akan terpinggir, pembangunan negara menjadi lembab, pasaran kerja profesional dikuasai oleh tenaga mahir asing, nikmat kemajuan ekonomi dimonopoli oleh pihak yang kaya raya, rakyat yang miskin pula dinafikan keselesaan hidup di tanah airnya sendiri. Fenomena ini boleh menyebabkan kerajaan kehilangan wibawa dan dan rakyat kehilangan keyakinan. Lantas proses demokrasi pun boleh jadi kucar-kacir akibat kemelut dan asymmetrik kuasa.
Inilah antara sebabnya penganalisis seperti Johnston (2005) memprovokasikan pemikiran warga jagat supaya memberikan perspektif baru kepada soal pembanterasan rasuah. Oleh sebab itu juga Jonhston (2005:42-46) membahagikan rasuah kepada empat kategori khusus supaya rasuah sistemik dapat dirincikan secara mendalam.
Pertama, rasuah mempengaruhi pasaran (influeance markets corruption) yang membabitkan pemimpin politik untuk memperolehi sumbangan secara sah atau sebaliknya.
Dua, rasuah kartel elit (elite cartel corruption) yang melibatkan sesetengah pihak dengan pelbagai sumber kuasa seperti tentera, birokrasi, perniagaan, dan parti politik.
Tiga, rasuah oligarki dan kelompok (oligarchy and clan corruption) yang menjurus kepada pertarungan antara segolongan pihak yang berkuasa dengan pihak yang berpengaruh untuk menggadaikan kuasa bagi memperolehi kekayaan peribadi.
Empat, rasuah tokoh rasmi (official mogul corruption) yang memfokus kepada sesetengah pihak yang mempunyai pertalian politik untuk menghalalkan jenayah rasuah.
Sementara itu, Williams (2007:197) yang menganalisis amalan rasuah sistemik pula menegaskan, mutakhir ini kelompok teroris antarabangsa serta penjanayah juga menjadikan rasuah sistemik sebagai instrumen penting bagi memudahkan pelaksanaan teorisme atau jenayah rentas sempadan.
Caiden et.al. (2001:245-246) pula menghuraikan peri mustahaknya diadakan pemikiran semula terhadap kod etika rasmi pentadbiran awam di seluruh dunia supaya rasuah sistemik dapat dibanteras secara berkesan dan menyeluruh.
Seterusnya, Johnson (1995:184) memperkenalkan konsep rasuah struktural sebagai rasuah yang disasarkan khusus kepada pemimpin tinggi sesebuah negara untuk memudahkan urusan perniagaan sesuatu syarikat multinsasional.
Perry (1997) pula menghuraikan secara terperinci soal rasuah politik dan impaknya kepada negara. Contohnya, Perry (1997:27) menyatakan bahawa gejala rasuah politik adalah sama seriusnya dengan ketagihan arak atau penyalahgunaan dadah.
Demikianlah takrifan perkhidmatan awam dan definisi rasuah oleh pelbagai agensi awam dan sarjana. Takrif dan definisi seperti ini menyebabkan majoriti rakyat agak kurang memahami impak rasuah kepada diri mereka, kepada masyarakat, dan kepada negara. [Siri kedua mengenai rasuah akan disiarkan Khamis depan.]

3 comments:
Assalamualaikum sahabat sekalian,
Semoga tulisan ini dibaca oleh kita semua dengan rasa insaf yang melampaui kepentingan diri.
Dalam amalan guaman, bagaikan telah menjadi satu tindakan yang diterima ramai perilaku "rasuah".
Apa tindaknya, modus operandinya sebagaimana di bawah:
1. Untuk mendapatkan kes-kes tuntutan kemalangan, imbuhan diberi kepada kakitangan hospital termasuklah jururawat, atendan, bahkan doktor-doktor agar maklumat pesakit diperolehi secepat yang boleh.
Bagi memastikan kes-kes diperolehi, imbuhan seterusnya diberikan kepada anggota-anggota PDRM di mana laporan berkaitan kemalangan dibuat.
Amat sedikit mereka yang terlibat dengan kemalangan mendapatkan perkhidmatan peguam tanpa melalui "amalan " ini. Tentunya amat sedikit mereka yang terlibat dengan kemalangan mempunyai rakan atau sanak saudara dari kalangan peguam.
2. Demikian juga dalam kes-kes jenayah dan penyediaan dokumen perbankan. Raian yang secukupnya perlulah diadakan kepada anggota-anggota PDRM khususnya bahagian jenayah dan pegawai yang terlibat di bahagian perbankan bagi menyediakan dokumen guaman.
Semoga input ini dapatlah dijadikan bahan fikir bagaimana fenomenon ini diatasi jika difinisi rasuah menyentuh perilaku yang disebutkan.
Salam jihad!
Rasuah sebenarnya sudah berakar umbi dalam setiap peringkat organisasi pentadbiran kerajaan maupun swasta.Masalah ini diburukka lagi apabila mendapat penglibatan terus sesetengah ahli politik.
Kakitangan awam yang jujur akan terus dibeleneggu keadaan dan hanya mampu melihat tetapi tiada kekuatan untuk mencegah.
Mana2 jabatan kerajaan dan swasta yang terlibat dalam proses perolehan, kontrak, tender adalah bahagian yang paling ramai kakitangannya yang terlibat dalam rasuah. Perkara ini sering dinafikan tetapi itulah hakikat yang sebenarnya berlaku.
Secara kasarnya penampilan individu yang bertugas dibahagian ini jauh lebih mewah berbanding rakan sejawat dibahagian lain.
Sudah pasti kenyataan ini akan mengundang sindiran dan kecaman tetapi perkara pokok ialah hakikat sebenar yang berlaku hari ini. Hanya para kontraktor dan pembekal yang sentiasa berurusan boleh mengiakan perkara ini.
Bagi kontraktor dan pembekal perkara seperti ini bukanlah atas kehendak mereka sendiri tetapi berlaku kerana adanya "permintaan".
Kemampuan untuk memenuhi permintaan tersebut bakal memudahkan setiap urusan kerana kaki tangan yang terjerumus dalam kancah ini bakal menjadi "kerbau yang dicucuk hidung" yang akan membantu kelangsungan perniagaan mereka. Di suatu sudut lain kakitangan yang terlibat dalam masalah rasuah ini akan menjadi duri dalam daging penghancur dan perosak negara. Di mata mereka hanyalah wang, rasuah bukan sesuatu uang haram tetapi bagaikan sesuatu yang harus dan sunat dilakukan.
Begitulah keadaan rasuah dinegara ii, belum lagi bercakap soal jab. kastam, polis dan lain2 lagi.
Bung Ruhanie Ahmad,
Salaams
Check & Balance
(maruah insani)
Ini semua dilakukan kerana kepimpinan negara berpendapat bahawa rasuah adalah gejala yang wujud daripada ketidakcekapan warga perkhidmatan awam. Oleh sebab itu lahir andaian bahawa kecekapan sesuatu pentadbiran awam boleh dijadikan indikator kepada tahap minimanya rasuah di sesebuah negara... Ia akan membuktikan andaian bahawa pentadbiran awam yang cekap adalah bebas dari rasuah adalah andaian yang meleset
Sebutir delima genggam si-tupai
merak kayangan hingap menghampai
mengukur kecekapan matlamat tercapai
mengharap laba nan lebih tergapai
rasuah digendung seksa pun sampai
mati beranganlah kita impian tersepai
Post a Comment