Monday, July 20, 2009

Al-Fatehah buat Kapten Yusof Ahmad @ the Ancient Mariner

Saya baru berkesempatan membaca beberapa posting sahabat-sahabat yang terpapar di Penggabung Suara. Antara posting yang memeranjatkan adalah kepulangan blogger Kapten Yusof Ahmad @ the Ancient Mariner, ke rahmatullah malam semalam. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir sewaktu di dalam tidur.

Saya mengenali Allahyarham sejak mula berblogging mulai pertengahan 2006. Antara sesi perbualan saya yang terpanjang dengan Allahyarham adalah di salah satu pertemuan Mee Rebus di kediaman Maria Samad di Kelana Jaya. (Lama saya tidak menghadiri sesi ini kerana sibuk dengan pengajian di UKM sejak enam bulan lalu).

Perjuangan Allahyarham menerusi blogging amat dihargai. Semoga roh Allahyarham sentiasa menerima rahmat daripada Allah SWT dan sentiasa berada dalam kategori golongan yang soleh. Al-Fatehah! – Ruhanie Ahmad.

2 comments:

Anonymous said...

hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....

mat lanai said...

semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..amin ya rabbal alamin,baru2 ini juga rakyat malaysia kehilangan salah seorang pejuang kemerdekaan yang kian dilupakan umpama berlian yang hilang sinarnya..semoga roh pejuang itu yakni allayarham lon bin chin ditempatkan jua dikalangan orang2 yg beriman...alfatihah...
http://matlanai.blogspot.com/2009/07/al-fatihah.html