Friday, May 29, 2009

Satu sekolah untuk semua

Ruhanie Ahmad

Saya tidak mengenali blogger Kijang Emas dan siapakah tuan punya blog Demi Negara (DN). Tetapi saya hormati keikhlasan dan dedikasi kedua-dua entiti siber ini kerana melancarkan kempen satu sekolah untuk semua demi satu bahasa, satu bangsa, satu negara.

Pelancaran kempen berjiwa besar ini menjadi manifestasi kepada satu fenomena baru di alam siber, iaitu kemunculan masyarakat sivil menerusi internet. Dan, oleh kerana kempen ini dilaksanakan menggunakan blog, maka usaha murni ini juga melambangkan kepelbagaian kegunaan media komunikasi baru ini kepada masyarakat.

Minggu lalu saya melayari blog DN dan cuba meninggalkan komen mengenai kempen yang diperjuangkannya. Tetapi, mungkin kerana saya hanya seorang blogger dengan ilmu ICT yang terhad, nampaknya hanya perkataan kuda-kepang sahaja yang tercatat di dalam ratusan komen mengenai kempen berkenaan. Oleh itu, anggaplah ini komen rasmi untuk menandakan sokongan saya kepada kempen tersebut.

Hakikat tersirat yang dimanifestasikan menerusi kempen ini adalah cukup beranika tafsirannya. Antaranya seperti berikut:

Satu: Kempen ini menandakan awal mulanya kebangkitan suara warga Malaysia yang non-partisan dan non-political terhadap destini negara-bangsanya di hari muka.

Dua: Kempen ini menandakan bahawa penggilapan serta penonjolan identiti oleh sesetengah pihak di negara ini menerusi pembinaan satu imagined society yang menguasai jiwa mereka selama ini adalah suatu tindakan yang disanggah oleh majoriti warga Malaysia.

Tiga: Kempen ini memandakan kemunculan iltizam baru ke arah pembinaan negara-bangsa menerusi satu wadah tunggal, iaitu menerusi pendidikan. Iltizam ini sedang mencari legitimasi serta dukungan daripada kita semua.

Empat: Kempen ini adalah isyarat pertama kepada pihak-pihak oportunis, rasis, cauvisis dan ekstremis yang mendakwa diri mereka adalah juara etnik di Malaysia supaya mereka insaf bahawa permainan politik kuasa mereka selama ini mesti segera diberhentikan kalau mahu mengelakkan pertembungan etnik dan identiti yang mungkin fatal kepada kita semua di masa depan.

Lima: Kempen ini perlu menginsafkan kerajaan bahawa strategi memberikan betis dan peha kepada puak-puak yang sedang pushing the limit of our tolerance pada hari ini adalah strategi yang kaunter-produktif dan berbahaya.

Enam: Kempen ini perlu dipandang serius oleh pemerintah supaya mereka insaf betapa malangnya Malaysia jika perjuangan etnik yang mempersoal, mempertikai, mempolemik dan mempolitikkan seluruh peruntukan strategik dalam Perlembagaan Persekutuan serta dasar-dasar affirmatif yang lahir daripada semangat Perlembagaan berkenaan menjurus ke arah konflik etnik yang akan menggegarkan suasana di hari muka.

Tujuh: Semoga kempen ini berjaya merintis pembinaan negara-bangsa Malaysia yang benar-benar bersatupadu tanpa sebarang hiprokrasi dan kepalsuan total.

Akhir kata, renungkanlah beberapa pendapat Tun Dr Mahathir dalam Dilema Melayu seperti berikut:

Di tempat-tempat lain di Asia Tenggara orang Cina sudah tinggal lama seperti lamanya rnereka tinggal di Malaysia. Tetapi di mana-mana pun, mereka tidak pernah mendakwa ataupun diterima sebagai penduduk peribumi negara berkenaan (Mahathir, 1982:150).

[nota: buku Dilema Melayu boleh dibaca menerusi Blog Pemuda Malaysia. Untuk membacanya, sila klik pada ikon buku Dilema Melayu di sidebar blog ini.]

10 comments:

Unknown said...

Moga message satu sekolah untuk semua ini akan sampai merata ke semua lapisan masyarakat Malaysia dan insyallah akan menjadi agenda politik popular dan utama pada masa yang mendatang.

Anonymous said...

adakah dengan terbinanya sistem satu sekolah untuk semua, maka parti politik perkauman seperti UMNO, MCA, dan MIC bakal dikuburkan?

Anonymous said...

Salam,
Tuan/puan dipelawa untuk buat komen dalam blogs atau memberi idea yang berguna,walaupun fahaman berbeza,saya tidak kisah.
http://penpusaka.blogspot.com

mantra-indeeptots said...

Salam...

Tonite from 10 till 12, open forum on SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA. Esteemed bloggers will join to ans your questions... Dare to speak out loud and stop bickering behind the curtains... All are welcome to participate...

Pls log to my Facebook. Thank you.

Al-Yasar said...

Walaupun topik "satu sekolah untuk semua" agaknya boleh dihujahkan dari pelbagai aspek, tapi saya tidak yakin ia boleh dilaksanakan.

Bagi negara berbilang bangsa seperti Malaysia, yang jumlah kaum minoriti dengan kaum majoriti tidak jauh bezanya,konsep itu saya kira tidak realistik, dan tidak ada pemimpin yang mampu melaksanakannya, kecualilah dia seorang diktator yang sangat berkuasa.

Kalau kita terus berada di bawah sistem demokrasi, di mana undi orang bukan Melayu sangat diperlukan, konsep itu merupakan satu utopia saja, dan tidak mungkin menjadi kenyataan.

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie Ahmad,

Bung Mas Kuda Kepang, Sih!(Sesungguhnya memang diakui bahawa pembiakan seketu­runan tidaklah berleluasa di dalam masyarakat Melayu, namun tidak dapat dinafikan bahawa pembiakan begini adalah lebih kerap berlaku di kalangan masyarakat Melayu kalau dibanding­kan dengan kaum terbesar yang lain di Malaysia — iaitu masya­rakat Cina. Sebaliknya adat perkahwinan orang Cina meng­halang pembiakan seketurunan. Kalau begitu, memang wajar­lah dikatakan bahawa pembiakan seketurunan dan amalan kahwin paksa di kalangan orang-orang yang cacat telah menyebabkan peratus manusia yang gagal di kalangan orang Melayu lebih tinggi kalau dibandingkan dengan kaum-kaum lain)

hujan diluar gamak
baguslah begitu - alhamdulillah
hujan membawa panas malam cerah
cerita satu sekolah untuk semua
kisah pena mudah negarawan
kata-katanya
pemikrannya
hujan membawa pergi

sirnanya saperti kristal
sehebat bulan purnama dibumi melayu
dilema melayu - aku masuk sekolah, bung
gembiranya dia menceritakan
sambil kuda kepang tertawa
menggeleng-menggelengkan kepala

satu sekolah untuk mereka
cerita kampus langkawi
cerita anak-anak si-muslim
arifkan kami didikan mereka
cerita anak melayu mampu membela lagenda

langkawi ini jangan dicuba
jangan dinoda
jangan diperkosa
ditarah buminya dengan haloba

keindahan melayu setelah disumpah
tujuh keturunan jangan dicabar
dan kebenaran itu pasti
itulah yang kita cari, bung

kata ku kata-kata kita bersama
kata-kataku cerita indahnya ilmu
kampus langkawi untuk anak melayu
kampus langkawi untuk anak si-muslim
dan mereka yang jujur mengejar
janji-janji kitab

sebaik-baik umat itu adalah umat muhammad
nabiku muhammad sebaik-baik contoh

dan hujan pun reda diluar jendela
sekiranya dapat kita berterimakasih
buat shah alam dan madinah

anak melayu dan lagenda kita
cerita baru kota baru di langkawi
kota melaka yang baru kita dirikan
anak melayu dagangnya handal dan halal
saperti si-muslim al-amin

langkawi persinggahan cendiakiawan
muslim dan melayu - barakah tuhan
di bumi melayu ini semuanya
handal-handalan ikhlas membina
tamadun si-mahdi dan al-maseeh

Maksudnya memang nyata.
Kalau begitulah keadaannya
bagi seseorang individu, maka tentunya pengaruh keturunan juga
memainkan peranannya dalam per­kembangan
kelompok individu dalam sesuatu kaum.

Shade said...

Kaum bukan melayu memandang sinis utk menerima "Satu sekolah untuk semua" kerana:-

1. Menteri2 UMNO/BN tidak menunjukkan kebijaksanaan dalam menentukan hala tuju sistem pendidikan terbaik didunia.

2. Sistem pendidikan selalu bertukar apabila menteri pendidikan bertukar. Itulah sebabnya sistem pendidikan sekarang seperti hilang halatuju.

3. Setelah sekian lama pelbagai sistem diperkenalkan tetapi gagal mencapai matlamat 'insan berilmu' tambahan pula prestasi universiti2 didalam negara yg merosot teruk diperingkat antarabangsa.

4. Pemimpin UMNO/BN bersikap hipokrit menyeru rakyat menerima sistem persekolahan diatas tetapi anak2 kaum keluarga mereka belajar disekolah persendirian didalam atau diluar negara.

5. Sikap guru2 dan kakitangan sekolah kerajaan kurang berdedikasi jika dibandingkan dgn sekolah persendirian cina..seperti Cikgu Shaari dlm filem Masam2 Manis lakunan Tan Sri P.Ramlee.

6. Berlaku banyak penyelewengan dan rasuah dipihak kementerian dimana penerima dan pemberi rasuah adalah dari kaum yg berbeza maka apa jua cadangan seperti diatas dipandang sinis oleh kaum bukan melayu.

6. "Satu sekolah utk semua" boleh dilaksanakan apabila sikap negatif kerajaan dan pentadbiran UMNO/BN dihapuskan segera kerana pandangan negatif kaum bukan melayu akan terus wujud jika dipaksa menukar sistem persekolahan daripada terbaik kepada yg kurang baik. Oleh itu kerajaan UMNO/BN perlu ditumbangkan terlebih dahulu.

shahbandarmalakat said...

Bukankah indon dah lama praktikan?Malah bahasa dan bangsa juga disatukan.Nama pun satu .baik cina india melayu jawa batak semua pakai nama indonesia.Rudi Hartona seorang bangsa Cina tapi nama Indo.
Result kita tenguk orang Autralia , America , jepun yg duduk sekejap kat indo fasih berbahasa Indo.Kita yang ketinggalan.warga negara sendiri tak tahu bahasa Kebangsaan

odeen said...

CADANGAN SEPERTI INI SAYA SANGAT SOKONG....KITA SENTIASA BERSIFAT PERKAUMAN KERANA SEJAK KECIL(DIBANGKU SEKOLAH) KITA SUDAH TERPISAH DENGAN BANGSA LAIN. SUSAH SENANG HANYA KITA RASAI DENGAN BANGSA SENDIRI SAHAJA SEBAB ITULAH KITA TIDAK AMBIL BERAT KEPADA BANGSA LAIN MAKA WUJUDLAH SIFAT PERKAUMAN.

KijangMas said...

Salam Sdr Dato' Ron. Terima kasih atas sokongan saudara. Ini memang saya jangka kerana blog kudakepang adalah antara wadah perintis perjuangan patriotis negara di alam siber.

Terima kasih juga atas keperwiraan saudara dalam diskusi Satu Sekolah Untuk Semua di TV1 tempuh hari. Semangat negarawan sebegini haruslah di tanam dalam hati sanubari setiap Anak Bangsa Malaysia sejati.

Saudara akan memainkan peranan penting dalam evolusi kandungan memo kepada TPM yang di huraikan di Demi Negara.

Salam perjuangan dari saya dan seluruh Komuniti Demi Negara.