Thursday, April 09, 2009

HARAPAN RAKYAT KEPADA NAJIB DAN KABINETNYA

Hari ini Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dijangka mengumumkan senarai jemaah menterinya (kabinet) yang baru. Saya tidak berminat untuk mengulas siapa yang perlu digugurkan daripada senarai lama atau siapa pula yang harus dirangkumkan ke dalam barisan yang baru. Ini adalah hak Perdana Menteri untuk memuktamadkannya.

Bagaimanapun, saya cuma menyampaikan harapan rakyat jelata dengan secara umum. Pertama, singkirkan mana-mana pihak yang terbabit dalam rasuah atau disyaki terlibat dengan rasuah. Jika seseorang itu sudah didapati salah akibat rasuah dalam politik, SPRM wajar menyiasat kes individu berkenaan dengan lebih rinci dan mendalam. Individu seperti ini juga wajar dikeluarkan daripada barisan kabinet yang baru.

Kedua, memang wajar untuk pihak kerajaan memperkecilkan semula jumlah kementeriannya. Tetapi, warga kampus, baik segolongan pensyarah atau pelajar, sangat-sangat berharap semoga Kementerian Pendidikan Tinggi tidak digabungkan semula dengan Kementerian Pelajaran. Moga-moga, kementerian yang antara lainnya bertanggungjawab terhadap tadika tidak akan dicantumkan semula dengan kementerian yang bertanggungjawab terhadap IPTA, kata mereka.

Ketiga, mereka yang tewas dalam pertandingan Majlis Tertinggi UMNO baru-baru ini wajar dikeluarkan daripada senarai. Tetapi, mereka yang menang pula tidak semuanya perlu dipertimbangkan memasuki kabinet yang baru. Maksudnya, mereka yang langsung tidak bertanding apa-apa jawatan baru-baru ini juga wajar dipertimbangkan asalkan individu-individu ini mempunyai keikhlasan, keprihatinan dan komitmen mendalam terhadap perjuangan agama, bangsa dan negara.

Akhir sekali, rakyat jelata memohon agar seluruh anggota kabinet Malaysia yang baru, termasuk Najib, wajar insaf untuk tidak mengulangi kebobrokan kerajaan dan parti akibat permainan politik isteri, anak, menantu, adik-beradik, besan, ipar, duai dan kroni. Elemen-elemen asing seperti yang daripada hujung Tambak Johor juga wajar diharamkan daripada memunculkan wajah atau jari-jari mereka di mana-mana. Pendek kata, jangan sekali-kali libatkan mereka dalam pengurusan kerajaan dan parti.

Selamat maju jaya dan Kepada Allah Berserah. – Ruhanie Ahmad

18 comments:

Hawaii five -O said...

salam

nampaknya MCA masih lagi bersikap Yahudi, minta itu minta ini, biar pun lebih separuh MCA kalah pada pilihanraya lepas. La ni nak mintak TPM untuk org cina pulak, come lah sedarlah diri sikit, dah byk MCA kaut hasil bumi Malaysia ni... patutnya MCA yg kena analisis mereka sendiri kenapa MCA ditolak kaum cina....

Bg saya if TPM cina dilantik, x payahlah lagi undi MCa, pada PRU akan datang sbb makin lama makin tamak dan langsung x beri apa2 manafaat pada org melayu....

Sure nanti MCA akan hilang smua kerusi di JOhor di hal ini berlaku...dan seterusnya satu Malaysia juga Mca akan hilang undi....

Siaplah undi protes akan datang akan terus lenyapkan BN jika masih lagi x nak dengar cakap rakyat

EQUILIBRIUM said...

hawaii,

fikiran hang tak lari dari tipikal melayu amno. hang cakap org cina tolak mca semata2 sbb mca ka? hang kena byk membaca dan berfikir secara mendalam.

org cina tolak mca sbb amno. org india tolak mic sbb amno. apa sbb2 itu hang kena tengok dgn mata hati. baca di blog2 bukan amno. bukan hanta baca utusan meloya dan tengok tv3suku saja.

kalau hang hanya mendapat maklumat dari media haprak amno memang betoi la apa yg hang cakap dan fikir tu. tapi sbb utama kenapa org cina dan india tolak mca dan mic hang tak akan tahu.

LESONGINDEK said...

Salam Dato Ron,

Semoga idea, saranan dan buah fikiran Dato Ron itu serupa dan serupa dengan apa yang ada dalam benak dan hati Pemilik Blog 1Malaysia. Ikhlas, berani dan tidak mudah beralah dengan tekanan. Fakta dan ispirasi rakyat menjadi teras.Retak tidak dibiarkan terbelah tapi cepat disimenkan.Dapat mengenal pasti dan bezakan mana depan pokok dan mana belakang pokok.

TK Wassalam.

tok janggut said...

Salam,

Tak nak komen ke pasal kekalahan BN di 2 bukit tu. Pak Lah dah letak jawatan, Khairi dah tak pi sana. Tapi kalah juga.

Mahahthir dan berkempen, Muhyiddin pun dah dilantik sebagai ketua kempen(2 0rang kesayangan Datuk) tapi kalah juga.

Kesimpulannya ialah bukan Pak Lah dan Khairilah penyebab kekalahan teruk BN dalam Pilihanraya Umum lalukan Datuk.

dd said...

Hawaii five-O,
dan tak kan parti komponen BN yang lain nak duduk diam kan? bayangkan jika contohnya MIC,SUPP dan PRS minta wakilnya jadi TPM juga? katakan permintaan MCA itu dipenuhilah.Apa akan jadi dengan BN?
aku ni bukan la orang BN dan juga bukan orang PR tapi aku hanyalah rakyat Malaysia yang miskin.

Hj.Mat said...

Salam

Sekiranya DS Najib mengikut apa yang dikehendaki oleh MCA maka BN pada PRU ke 13 tak taulah sama-sama kita tunggu dan lihat.
T/kaseh.
Hj Ahmad

Masmanja said...

Dato
Salam dari UAE. I believe banyak cadangan yang telah diberikan tentang kerajaan baru. Harapan kita Najib akan mengambil kira pandangan-pandangan ini yang semuanya hampir sama dan senada. Inilah sentimen-sentimen rakyat Malaysia yang perlu didengar oleh PM Najib. Harapan kita semua begitu tinggi dan diharap tidak dikecewakan oleh PM Najib.

MCA seperti hidup segan mati tak mahu. Jadi mereka mengambil kesempatan untuk bangkit dengan menggunakan isu sensitif yang mampu meraih sokongan golongan cina. Mereka seperti tidak mahu bekerjasama dengan UMNO tetapi masih menggunakan UMNO untuk mendapat tempat dan kuasa.

Lihat sahaja PRK Bukit Gantang, MCA tidak melaksanakan tugas mereka dengan berkesan, maka orang UMNO yang diperkuda bekerja bermati-matian dan apabila kalah UMNO dipersalahkan. Mana MCA? They are obselete dan tidak perlu diberi tempat hanya kerana kuota!

Seperti di syarikat-syarikat penguasaan Cina, mereka hanya akan bagi tempat kepada Melayu kalau kita perform. Jadi, dalam kerajaan, kita perlu gunakan konsep yang sama, jawatan kabinet diberi berdasarkan merit dan deliverables bukan kuota!

Ziarah76 said...

Kepada Allah, kita Berserah. Insya-Allah.

Unknown said...

salam,

moga-moga harapan rakyat marhean mendapat tempat di minda PM baru kita, membariskan anggota kabinet yang bersih dan berintegriti.

suara rakyat suara keramat

Ainur68 said...

salam...tumpang lalu.
Mmm... macammana nak mencari individu2 yang iklas yer? Ikhlas ni perkara hati, hanya Allah saja yang tahu. Malaikat pun tak tahu. Cuma saya percaya satu perkara sahaja...bagaimana hati perut DSN, begitulah barisan kabinetnya. Kalau bersih, bersihlah dia. Kalau tidak, lambat laun teserlah lah jua. Wallahualam.

Al-Yasar said...

Kabinet Najib telah diumumkan.Mungkin apa yang dikatakan "harapan rakyat" sebahagiannya telah dapat dipenuhi?

burungjantan said...

Kebencian boleh bermula dari mana-mana, tetapi boleh mengambil iktibar dari kejadian yang pernah berlaku. Misalnya Ketua Pemuda UMNO.

Apa jadi apabila Tun Dr Mahathir melantik Menteri Pelajaran datangnya bukan dari wakil rakyat.

Apa jadi apabila Datuk Zahid Hamid tidak dilantik menteri apabila beliau menjadi ketua pemuda UMNO

Apa jadi apabila Tun Musa Hitam tidak menjadi Timbalan Presiden UMNO.

Apa jadi apabila Anwar Ibrahim dipecat.

Sekarang apa akan jadi apabila Khairy Jamaluddin tercicir dari senarai kabenet.

Kita akan melihat UMNO sudah dekat dengan liang lahat.

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie Ahmad,

Target Practice
(siapa menteri yang paling cepat naik dan turun pangkat?)

Najib Announces 28-member Cabinet

KUALA LUMPUR, April 9 (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak today announced a 28-member cabinet in 25 ministries which saw eight ministers dropped and seven new faces appointed.

Tan Sri Muhyiddin Yassin, who won the Umno deputy presidency in last month's party elections, is appointed Deputy Prime Minister and Education Minister.

Najib, who took his oath of office as the new prime minister on April 3, also retained the finance portfolio which he has held since Sept 19 last year following the portfolio swap between him and Tun Abdullah Ahmad Badawi at that time.

Najib's cabinet is slightly smaller than his predecessor's 32 ministers and 27 ministries.

Najib said that the new members of the administration were highly spirited and ready to serve.

"I am confident that all of them share the same commitment to spur the nation towards excellence.

"This is our line-up and our team which reflects Malaysia's plural society," he said when announcing the cabinet list at the Prime Minister's Department, which was carried live on national television.

The new cabinet also a reflection of the slogan "One Malaysia. People First. Performance Now" adopted by Najib's administration.

The eight dropped are Datuk Seri Syed Hamid Albar (Home), Datuk Seri Azalina Othman Said (Tourism), Senator Tan Sri Muhammad Muhammad Taib (Rural and Regional Development), Senator Datuk Amirsham A Aziz (Prime Minister's Department), Datuk Ong Ka Chuan (Housing and Local Government), Datuk Mohd Zin Mohamed (Works), Datuk Seri Zulhasnan Rafique (Federal Territories) and Datuk Shahrir Abdul Samad (Domestic Trade and Consumer Affairs) who had resigned.

The new faces includes Gerakan president Tan Sri Dr Koh Tsu Koon who is appointed Minister in the Prime Minister's Department in charge of Unity and Performance Management.

Malaysian Armed Forces' Religious Corp Director Maj-Gen Datuk Jamil Khir Baharom is also among the new faces, appointed Minister in the Prime Minister's Department in charge of Islamic Religious Affairs.

Other new faces are Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah who was appointed Second Finance Minister, Umno Wanita chief Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Women, Family and Community Development), Datuk Anifah Aman (Foreign) and Lembah Pantai Umno division chief Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Federal Territories).

MCA vice-president Datuk Kong Cho Ha who was previously the Deputy Finance Minister was promoted to a full ministership in charge of Housing and Local Government.

Of the seven new faces, four were made senators to pave the way for their cabinet appointments, namely Dr Koh, Jamil Khir, Shahrizat and Raja Nong Chik, all of whom were sworn in as members of the Dewan Negara this afternoon.

Seven ministers retained their respective portfolios namely Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Prime Minister's Department), Datuk Seri Ong Tee Keat (Transport), Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (Higher Education), Datuk Dr Maximus Ongkili (Science, Technology and Innovation), Datuk Douglas Unggah Embas (Natural Resources and Environment), Datuk Liow Tiong Lai (Health) and Datuk Dr S. Subramaniam (Human Resources).

The new cabinet line-up also saw changes in the portfolio of 14 ministers.

Heading the list is Muhyiddin, who has moved to the Education Ministry from the International Trade and Industry Ministry.

Others are Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Finance to Prime Minister's Department), Tan Sri Bernard Dompok (Prime Minister's Department to Plantation Industries and Commodities), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Education to Home Ministry), Datuk Seri Dr Rais Yatim (Foreign Ministry to Information, Communications, Arts and Culture), and Datuk Peter Chin Fah Kui (Plantation Industries and Commodities to Energy, Green Technology and Water).

Also moving to new portfolios are Datuk Seri Shafie Apdal (Unity, Culture, Arts and Heritage to Rural and Regional Development), Datuk Mustapa Mohamed (Agriculture and Agro-based Industry to International Trade and Industry), Datuk Dr Ng Yen Yen (Women, Family and Community Development to Tourism), Datuk Noh Omar (Cooperatives and Entrepreneur Development to Agriculture and Agro-based Industry) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Prime Minister's Department to Defence), Datuk Shaziman Abu Mansor (Energy, Water and Communications to Works Ministry), Datuk Ahmad Shabery Cheek (Information to Youth and Sports) and Datuk Ismail Sabri Yaakob (Youth and Sports to Domestic Trade and Consumer Affairs).

The new cabinet also saw the restructuring of three ministries namely Information; Unity, Culture, Arts and Heritage; and Energy, Water and Communications.

The three have now been merged into two ministries namely the Energy, Green Technology and Water; and Information, Communications, Arts and Culture.

The prime minister also announced the appointment of 40 deputy ministers including two who were made senators.

They are MCA Wanita chief Datin Paduka Chew Mei Fun who was appointed Women, Family and Community Development Deputy Minister, and Umno Supreme Council member Datuk Dr Awang Adek Hussin who was appointed Finance Deputy Minister.

They were sworn in as senators this afternoon.

The previous administration has 37 deputy ministers.

Of the 40 deputy ministers, nine are new faces namely Jerlun Member of Parliament Datuk Mukhriz Tun Mahathir, who was appointed International Trade and Industry Deputy Minister, Puteri Umno chief Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (Health), Dr Mohd Puad Zarkashi (Education), Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin (Finance), Senator Heng Seai Kie (Information, Communications, Arts and Culture), Senator Datin Paduka Chew Mei Fun (Women, Family and Community Development), Datuk Lee Chee Leong (Foreign), Ahmad Maslan (Prime Minister's Department) and Datuk Razali Ibrahim (Youth and Sports).

The old faces are Datuk Liew Vui Keong (Prime Minister's Department), Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim (Prime Minister's Department), Datuk S. K. Devamany (Prime Minister's Department), Senator T. Murugiah (Prime Minister's Department), Datuk Chor Chee Heung (Finance), Datuk Wee Ka Siong (Education), Datuk Abdul Rahim Bakri (Transport), Datuk Robert Lau Hoi Chew (Transport), Datuk Hamzah Zainuddin (Plantation Industries and Commodities).

Datuk Wira Abu Seman Yusop (Home), Jelaing Mersat (Home), Datuk Joseph Salang Gandum (Information, Communications, Arts and Culture), Noriah Kasnon (Energy, Green Technology and Water), Datuk Hassan Malek (Rural and Regional Development), Datuk Joseph Entulu Belaun (Rural and Regional Development), Datuk Dr Hou Kok Chung (Higher Education).

Datuk Saifuddin Abdullah (Higher Education), Datuk Jacob Dungau Sagan (International Trade and Industry), Fadillah Yusof (Science, Technology and Innovation), Tan Sri Joseph Kurup (Natural Resources and Environment), Datuk Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib (Tourism), Datuk Johari Baharum (Agriculture and Agro-based Industry), Datuk Rohani Abdul Karim (Agriculture and Agro-based Industry), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (Defence), Datuk Yong Khoon Seng (Works).

Wee Jeck Seng (Youth and Sports), Senator Datuk Maznah Mazlan (Human Resources), Datuk Tan Lian Hoe (Domestic Trade and Consumer Affairs), Datuk Lajim Ukin (Housing and Local Government), Senator A. Kohilan Pillay (Foreign) and Datuk M. Saravanan (Federal Territories).

All the ministers and deputy ministers will take their oaths of office at the Istana Negara at 9.30am tomorrow.

Earlier Najib had an audience with the Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin at the Istana Terengganu here to obtain his consent on the new cabinet line-up.
-- BERNAMA


alhamdulillah.

mie said...

Salam,

Senarai Menteri kabinet baharu telah diketahui dan seperti yang dijangka isu KJ yang tak tersenarai akan mengundang kontroversi. Tapi pada pandangan saya PM yang mempunyai hak mutlak perlantikan Menteri kabinet sememangnya mempunyai agendanya yang tersendiri dengan memberikan portfolio Menteri Pelajaran kepada TSMY. Apa pun tak keterlaluan jika saya berpendapat setelah keadaan kembali reda maka portfolio keramat ini akan berpindah kepada yang sepatutnya. Apa kata Datuk?

pakbelalang said...

Khairy ready to assist Najib

MALACCA: “As Umno Youth head, I am ready to assist the Prime Minister (Datuk Seri Najib), whether within or outside the Government, and I feel the post is not important,” he told reporters after paying a courtesy call on Malacca Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam at Seri Bendahara here.

comment:

He went to see his "mentor" who is in the same boat as he is to exchange notes or maybe just to console each other.

Well, just too bad terpaksa gigit jari.

Itulah orang kata jangan main mercun tapi nak main juga. Nah, kan jari dah cedera kena letupan mercun.

Unknown said...

Dato, Kabinet ni tak banyak bezanya dgn kabinet dulu. Yang tak ada hanya menteri2 yg di katakan pro pak lah ajer. Ramai juga muka2 yang kalah dilantik. Ada yang terlepas hajat nak jadi Menteri Besar pun di lantik. Mukhriz yang kalah pun di lantik. Shahrizat yang kalah pun dapat balik kerusi menterinya. Hari ini saja ada 6 senator yang di lantik untuk membarisi kabinet. Kalau mereka dah jadi wakil rakyat, sudah pasti tak timbul keperluan kepada senator. Adakah wakil rakyat BN yang lain tu tak layak untuk menjadi ahli kabinet. Tak kan lah susah benar nak cari ahli BN yg layak jadi menteri..UMNO saja kan ada 3 juta ahli. Dari segi "bersih" belum tahu. Isu-isu dulu belum selesai lagi. Kalau kita nak yang bersih, orang yang melantik pun kena bersih. Saya rasa dalam blog banyak lagi isu-isunya

Ex-UMNO said...

Bagus juga UMNO tewas di dua Bukit.

Bayangkan kalau mereka menang, dah tentu 7 hari 7 malam mereka akan memekek lolong kegembiraan sambil mengutuk Pakatan Rakyat.

BN/UMNO sudah tewas di 4 - 0 dalam PRK selepas PRU12.

Adakah ini telah menandakan BN/UMNO sudah mula pulih?

Unknown said...

Pembentukan kabinet baru telahpun diumumkan. Ucapan tahniah kepada semua yang dilantik dan selamat menunaikan amanah yang dipertanggungjawabkan. Najib telah melakukan yang terbaik dalam konteks apa yang ada. Ada yang keluar, ada yang kekal,ada yang masuk, dan ada yang tak masuk. Tanggungjawab kabinet baru ini amat mencabar dan pelbagai isu yang perlu ditangani segera. Antaranya isu ekonomi, isu perpaduan, isu sosial, isu persepsi dan berbagai lagi. Berikan ruang dan peluang kepada mereka ini untuk menyempurnakan tugas mereka. Kemudian kita adili dan kita terjemahkan pada masa pilihanraya nanti.