Sunday, February 08, 2009

KENYATAAN KARPAL SINGH: APA REAKSI PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA DAN PAKATAN MUDA PKR?

Bernama hari ini memetik dua kenyataan Karpal Singh yang seolah-olah memprovokasi Pergerakan Pemuda UMNO Tanjong dan Balik Pulau serta Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR).

SILA BACA DI:

19 comments:

red rooster said...

Askm Datuk Ron,
Satu lagi perlu ditanya... kpd Pemuda PAS, setelah sekali lagi Karpal menunjukkan true colournya (termasuk berkaitan Hudud), sesuaikah lagi dijadikan rakan se Pakatan? Mungkin org2 PAS pun lepas ni disuruh bertaubat...

Unknown said...

Walaupun lompat parti tidak menjadi kesalahan dari segi undang-undang tetapi ia tidak sepatutnya boleh menyebabkan parti pembangkang mengambil alih kuasa secara automatik. Kalau pengambilan kuasa secara automatik ini dibenarkan maka kerja kita tidak ada lain melainkan sentiasa mengusahakan ADUN-ADUN melompat parti sahaja.
Akhirnya tahun ini mungkin BN dapat kuasa, tahun depan bertukar ke PR pula, bergantung kepada keaktifan katak-katak dalam negeri tersebut.
Oleh itu cara yang lebih bermaruah, selain dari membenarkan ADUN melompat parti, Menteri Besar hanya boleh dilucutkan hanya melalui undi tidak percaya ahli dewan atau MB sendiri yang sukarela letak jawatan.
Pengambilan kuasa secara automatik melalui lompat parti seharusnya tidak dibenarkan.

burungjantan said...

saya tengok suasana politik negara, khususnya di negeri perak adalah semua terlibat, semua mendapat untung.

Tetapi balaci-balaci yang di hadapan ialah melayu baik dari PAS mahupun UMNO. Orang-orang ini lah yang banyak cakap, banyak buat repot polis dan banyak demontrasi, termasuk yang perempuan-perempuan.

Namun yang DAP ke, MCA ke, setengah PKR, MIC ke langsung tak nampak batang hidung. Cuma nampak dia orang ini pada majlis-majlis dan salam-salam sahaja.

Kenapa jadi begini?

Al-Yasar said...

Salam,

Karpal Singh hendak mengambil tindakan undang-undang. Hadapi sahajalah dengan undang-undang juga.

Bukankankah negara kita ada undang-undang?

Cuma saya tidak tahu adakah tindakan undang-undang boleh diambil ke atas orang yang dikatakan "menderhaka"?

anakmalaya said...

Karpal sergah anwar adalah perkara biasa bagi yang mengenali Karpal. Kematangan PR amat luar biasa. Mereka boleh bergaduh, bertengkar tetapi matlamat perjuangan tetap dihormati. Mereka telah jauh meninggalkan kepompong perkauman dan perbezaan agama. Anwar nampak rasional dan dapat menerima kritik dari luar mahupun dalam. Dia tidak melenting atau melatah. Ini mengingkatkan kita apabila mahathir menegur paklah, umno panik dan lintang pukang. PR adalah parti masa depan.

mie said...

Karpal dah tunjuk belang dia...

Unknown said...

Tepat sekali soalan apa reaksi Pergerakan Pemuda UMNO? Reaksi mereka dalam situasi kini terlalu lembab. Lihat saja reaksi ketua pemuda, Hisham, di Johore Baru sabtu lepas? So pathetic! Pembesar Pemuda sibuk dengan berpolitik dalaman terutama dengan pemilihan umno. Sad case! Memang sah apa yang disebut oleh Tengku Rithaudeen...tutup saja sayap ni semua!

Mika Angel-0 said...

Apakah tindakan warga DUN Jepalang boleh kita berbangga dengannya, yakni meminta-minta wakil rakyat mereka yang keluar parti mengundur diri? apakah tidak ada siasatan menyeluruh kenapa dia bertindak keluar parti?

apa dorongannya berbuat begitu sama dengan dorongan membunuh model mongolia?

nagagua said...

ayah saya seorang tentera berperang dengan komunis ramai kawan kawan baik nya mati tapi mereka tak dapat pun hak tanah 999 tahun. oh ini keadilan tuhan bagi rakyat perak.. daulat tuanku

Mika Angel-0 said...

Last updated: February 5, 2009 10:22pm
1,000-Acre Gaming Project Seeks Investor, Operator
By Katie Hinderer

OUARZAZATE, MOROCCO-Developers of a gaming mixed-use project, set to break ground this year, are looking for an investor and operating partner. Société d’Aménagement et de Valorisation de Ouarzazate (SAVO) won a concession from the Moroccan government to build on a 1,000-acre plot just miles from the Ouarzazate International Airport. SAVO is a joint venture of three companies, Palmeraie development, Actif-Invest and Thomas & Piron International.

The project is slated to be the largest gaming location in Morocco, with competition coming from six, small casinos. The largest current gaming establishment has 200 gaming machines and 31 table games, according to project brochure from CB Richard Ellis Global Gaming Group, the company responsible for finding the investor.

In addition to casinos, SAVO plans to build six themed hotels, containing more than 3,000 beds as well as three residential villages spread throughout the property to create 3,500 beds. Additionally, there will be a convention and conference center, outdoor movie theatre, Museum of Cinema, golf course and aquapark.

“They expect to break ground this year with expectations for the first hotel to open in 2011,” says Gino Vincent, associate with CBRE. “With such a large scale project, it will take several years for the project to be fully completed.” He estimates the gaming component will cost about $350 million, and cannot put a price tag on the whole project as plans have not yet been finalized.

CBRE has been looking for an investor for this project for about seven months now. “The tight capital markets have impacted the gaming industry from investing in new developments,” Vincent tells GlobeSt.com. “The challenging economy that has reduced profits for gaming companies has also made it difficult for companies to invest. In response to these challenges our clients recently asked us to identify high caliber gaming companies that would be interested in managing the gaming operations.”

To date several gaming companies have approached CBRE about the project but no one has yet signed on the dotted line. Vincent says every company they have spoken with expresses concern about the economy. “We think it would be very difficult for any company to make a first international investment today, but many gaming companies see international markets as the future,” he says. “This is a prime investment for a gaming company that wants to control the Western European gaming customer. The low tax rate provides an extraordinary opportunity for a gaming company to compete favorably with existing European facilities.”

The Moroccan government, a constitutional monarchy, crowned its king six years ago. Since taking office, “He has acted in a manner that suggests real estate and economic development is the best way for his country to prosper,” Vincent says. “As a result of his philosophy and policies there are numerous development projects underway throughout Morocco. The government is committed to increasing tourism and foreign investment and has implemented several programs to stimulate Morocco’s economy. As a result, Morocco’s economy is growing and not receding like much of the world is.”

SAVO needs to keep a controlling interest in the project, since it won the government concession. But the joint venture can sell a 33% portion in the project now, or sell 100% of the gaming portion when construction completes.



sebagai reaksi Pemuda UMNO harus
meperjuangkan kemelayuan mereka di mana-mana sahaja; melayu cerdik belagak cerdik dan melayu yang kurang cerdik pun berlagak cerdik-cerdik belalang.

Mika Angel-0 said...

February 09, 2009 13:12 PM

Bukit Gantang MP From PAS Passed Away

IPOH, Feb 9 (Bernama) -- Member of Parliament of Bukit Gantang Perak, Roslan Shaharum from PAS died today, PAS Secretary General Datuk Kamaruddin Jaafar confirmed.
-Bernama


adakah pakatan rakyat sokongan besar rakyat lagi, Kuda Kepang?

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Bernama memetik Karpal sebagai “mengingatkan mana-mana pihak yang membuat laporan polis terhadapnya berhubung tindakannya mahu memfailkan saman terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, supaya bersedia dengan apa juga akibatnya.” Katanya: “jangan main-main dengan saya.” Kenyataan ini merujuk kepada laporan polis yang dibuat oleh Pergerakan Pemuda UMNO Tanjong dan Balik Pulau. Apakah tindakan Pemuda UMNO?

Pemuda UMNO hari ini adalah Pemuda di zaman Hishamuddin. Hishamuddin mengamalkan politik selamat dan politik cari makan. Hishamuddin banyak bergantung dan bergayut dengan Najib. Kalau Najib tidak memberi lampu hijau, Hishamuddin tidak akan berbunyi. Arahan Najib kepada Hishamuddin dipanjangkan kepada Khairi Jamaluddin. Khairi yang terkenal dengan 'Panglima Lidah Hitam' tidak mungkin akan berdiam diri jika ada lampu hijau tambah-tambah lagi inilah masanya menunjukkan jaguhnya bagi kempen pemuda UMNO tidak lama lagi.

Dalam hal ini, Hishamuddin yang meminta maaf kerana mencium keris dahulu akan terus menyerahkan kepada Najib untuk menguruskan kemelut politik sekarang. Ini yang dikatakan politik selamat. Tidak ada penyerahan memorendam, demontrasi aman atau ucapan berapi-api daripada pemimpin Pemuda UMNO kerana mulut mereka telah terkunci!

Bernama memetik Karpal sebagai "menyifatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak memimpin parti itu kerana mempromosi budaya lompat parti.” Karpal juga mengecam Anwar kerana perbuatannya itu (mempromosikan budaya lompat parti). Apakah tindakan Angkatan Muda Keadilan?

Seperti Pemuda UMNO , Pemuda Keadilan atau Angkatan Muda Keadilan (AMK) juga tidak akan menentang Karpal. Suara AMK juga telah dikunci oleh Anwar Ibrahim. Kenyataan Anwar Ibrahim sendiri terhadap kenyataan Karpal begitu lunak, bersopan dan berhati-hati. Itu bukan gambaran sebenar Anwar, Anwar yang kita kenal adalah raja reformasi dan raja demontrasi bukannya Anwar yang layu dan monyok apabila berhadapan dengan Karpal.

Kalau Anwar pun lebih hormat kepada Karpal daripada DYMM Sultan Perak, apakah yang mampu di buat oleh AMK terhadap kenyataan Karpal itu. Anwar tidak mungkin akan membenarkan satu patah perkataan nista pun dilemparkan ke atas Karpal kecuali dia bersedia 'berperang' dengan Karpal.

Berperang dengan Karpal akan membawa Anwar kepada jalan penuh berliku. Segala peluru ada pada karpal. Sanggupkah Anwar jika Karpal akan meledakkan pelurunya berkaitan peristiwa-peristiwa 1998 dan ada kaitan dengan kesnya dengan SaifulBahri Azlan. Karpal adalah peguam bela Anwar 1998 dan peguam pemerhati bagi kes terbaru ini.

Sanggupkah AMK melihat idola, pemimpin agung dan pemimpin besarnya tersungkur bukan ditangan pemimpin UMNO tapi ditangan seorang tua yang sedang berkerusi roda sekarang ini.

Karpal mungkin sudah sampai ke penghujung kareer politiknya. Dia sudah tidak ada kepentingan lagi dalam DAP. Sebab itu 2 Lim anak beranak pun tidak terlepas daripada peluru berpandu Karpal.

Kesimpulannya Karpal tahu dia tidak akan diserang oleh kedua-dua sayap parti UMNO dan Keadilan ini. Rahsia Najib dan rahsia Anwar mungkin dalam tangan dan koceknya. Kedua-dua pemimpin Melayu ini sedang bersaing untuk ke Putrajaya. Karpal mungkin menjadi penghalangnya! Karpal berjaya mengunci mulut semua orang yang bermasalah.


Amir Hamzah
Batu Pahat.
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

mad said...

kenyataan karpal mengenai dsai dan pemimpin2 pr yg lain adalah pendapat peribadinya sendiri. dia ada hak meluahkan buah fikirannya walaupun ianya menentang pemimpin tertinggi pr. malah mana2 penyokong pr berhak meluahkan pendapat mereka terhadap pemimpin atasan. inilah yg kita mahu dalam sistem demokrasi, dimana majoriti rakyat yg sebenarnya berkuasa. jika pr menjadi kerajaan nanti diharap undang2 dapat digubal supaya seluruh rakyat malaysia dapat memilih sendiri siapa yg mereka mahu menjadi perdana menteri mereka utk memimpin negara, bukan cuma diputuskan oleh segelintir 2000 org dari sebuah parti yg racist.

gotahlantun said...

MANA PERGI PEGUAM NEGARA???.

TAK TERLIBAT KAH DIA DALAM ISU KENEGARAAN??.

ChengHo said...

Karpal cakap jelas 'APA ITU PEMUDA UMNO'????
Hishammudin ternyata senyap sunyi tiada respon dan tidak menunjukkan kepimpinan yg sepatutnya di amanahkan kepada dia sebagai Ketua pemuda Umno sebagai 'defender of Islam , Malays and institution of raja raja ' Hishammudin sudah lama tidak bertaring sejak mengambil alih kepimpinan dari Zahid Hamidi lagi
Hishammudin adalah pemimpin lembik yg sesuai pada masa aman sahaja bukan 'crisis manager ' apatah lagi bukan seorang Jenderal semasa perang
Orang melayu masih terluka bila dia minta maaf pasal issue keris
Diatas kertas Hishammudin adalah seorang peguam sudah tentu dia bolih mengumpulkan kekuatan guaman nya untuk menghadapi Karpal
Setiap perwakialn Umno perlu menyoal Hishammuddin yg bakal bertanding Naib presiden .." where is Hishammuddin , please stand up "....

Unknown said...

Salam Datuk

"KAMI MAHU IDRIS, NATANG...!!!"

Jangan buat-buat lupa pula kata-kata 'manis' ini ye Datuk.

Unknown said...

Kononnya di Perak, PR menderhaka. Tapi di Terengganu dulu UMNO menderhaka juga. Sama aje 2x5 UMNO dengan yang lain-lain, kaki derhaka juga.

Kecelaruan di Perak ini yang membikinnya ialah Tok Najib dan kuncu-kuncunya. Jadi, kalau rakyat nak lepas geram, PRK di Perak dan di Kedah nanti, jangan undi BN. Senang cerita!

wira said...

Datuk Ron,

Saya sebagai rakyat biasa yang yakin tentang kedudukan DYMM Sultan Sultan dan amat kecewa ada rakyat yang biadap menyanggah titah Kebawah Duli Tuanku Sultan.

Orang sebegini memang tidak layak menjadi rakyat dinegara yang mempunyai raja berperlembagaan. Orang orang seperti ini yang mencari rezeki dinegara ini dan menjadi jutawan dinegeri ini dan berperangai biadap tidak layak menjadi rakyat dinegara yang bersultan.

Saya merasa hampa dan kecewa dan berdoa agar orang seperti ini dilaknat oleh Allah dan ditimpa bencana dan terus tidak boleh berjalan dan terus berperangai seperti orang gila.

Mika Angel-0 said...

Standard Chartered Biadap!
(bruce willis juga - tidak durhaka!)

Special Court Orders Tuanku Ja'afar To Pay US$1m To Bank
2008-10-15 15:48

PUTRAJAYA: The Special Court which was set up to hear cases involving royalty today ordered the Yang Dipertuan Besar of Negeri Sembilan, Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman, to pay US$1 million to Standard Chartered Bank Malaysia Berhad (SCBMB) after ruling that Tuanku Ja'afar has to honour the terms in a letter of credit.

Chief Justice Tun Abdul Hamid Mohamad, who sat with Chief Judge of Malaya Tan Sri Alaudin Mohd Sheriff, Chief Judge of Sabah and Sarawak Tan Sri Richard Malanjum, and Federal Court judges Datuk Arifin Zakaria and Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin unanimously allowed the bank's suit against the former king.

The court also dismissed Tuanku Ja'afar's counter-suit against the bank for a declaration that the bank was not entitled in law to uplift his fixed deposit to settle the sum of US$1 million...


Die Hard hero sees red over green project with Malaysian royalty
Friday, November 21, 2008


Mana penyokong Raja-raja melayu bila mereka diperlui oleh istana, Kuda Kepang?

Tuanku Sultan Perak tahulah apa yang baginda telah buat dan tahu siapa yang benar-benar menyokong baginda dan siapa yang ingin mencemar nama baik tuanku.

Apatah Tuanku Sultan Perak tidak boleh 'counter sue' Karpal Singh yang sudah mula tua pikun, Kuda Kepang.

sekiranya darurat diisytiharkan siapa untung? apakah boleh dikawal apabila terjadi provokasi dan emosi menguasai rasional minda?