Monday, December 15, 2008

SIRI SATU: PRK KUALA TERENGGANU: JONG PECAH, YU KENYANG, MUNGKINKAH RIBUT BERHENTI MELANDA?

Ruhanie Ahmad

Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari 2009 amat signifiken kepada seluruh parti yang bertanding - sama ada Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat (PKR). Ini kerana PRK tersebut akan jadi indikator kepada kekuatan kedua-dua pihak 10 bulan setelah berlalunya Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12.

Menerusi PRK Parlimen Kuala Terengganu, BN berusaha membuktikan relevensinya sebagai parti pemerintah. BN juga mencari kepastian sama ada kesetiakawanan di kalangan komponennya - terutama sekali MCA dan Gerakan - masih kukuh dan abadi, walaupun kedua-dua komponen ini menyebabkan BN dilanda ribut dalam cawan hingga ke hari ini.

PR pula mencari indikasi sama ada ia masih menerima sokongan rakyat setelah melakukan pelbagai tindakan yang melukakan hati sebilangan besar orang Melayu di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan di seluruh negara.

Lantaran itu, PRK Parlimen Kuala Terengganu yang membuka tirai siasah Malaysia bagi tahun 2009, adalah satu-satunya PRK yang tidak boleh dipandang enteng atau disambil-lewakan oleh semua pihak.

Lantaran itu juga, adalah tidak wajar bagi mana-mana pihak berkata bahawa BN akan berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu dalam PRK pada 17 Januari 2009, semata-mata berdasarkan rekod kemenangannya dalam PRU12 dan kerana “UMNO semakin kuat berbanding sebelum ini.”

Kenyataan seperti ini sudah pun disuarakan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Kemanan pada 2 Disember 2008, seperti berikut:

KEMAMAN 2 Dis. - Barisan Nasional (BN) yakin dapat mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada pilihan raya kecil kawasan itu nanti berdasarkan kejayaan yang dicapai pada Pilihan Raya Umum Ke-12 Mac lepas.

Pengerusi BN, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, tiada sebab untuk BN dan UMNO tewas pada pilihan raya itu nanti memandangkan UMNO semakin kuat berbanding sebelum ini.

Beliau percaya UMNO mempunyai undi yang mencukupi untuk membolehkan calon parti itu mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

"Kita telah menang dulu dan saya tidak melihat kenapa kita tidak boleh menang sekali lagi," ujarnya.

Pandangan optimis Abdullah seperti di atas pastinya disuarakan untuk menyemarakkan semangat juang BN. Jika itu niatnya, adalah dikhuatiri kenyataan itu akan memberikan isyarat yang salah kepada jentera BN seluruhnya.

Abdullah perlu jujur kepada realiti semasa. BN Terengganu yang memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu dalam PRU12 adalah BN dipimpin oleh Datuk Seri Idris Jusoh. BN Terengganu yang akan menghadapi PRK kali ini di bawah pimpinan Datuk Ahmad Said.

Perubahan Menteri Besar Terengganu sesudah PRU12 pada Mac 2008, tidak boleh dinafikan telah menyebabkan segolongan orang UMNO terguris hati dan memendam rasa. Tidakkah Abdullah mengambil faktor ini sewaktu menyatakan optimisme di atas?

Oleh itu, calon yang akan dipertandingkan dalam PRK Kuala Terengganu mestilah individu yang boleh menandingi wibawa Allahyarham Datuk Razali Ismail, Ahli Parlimen kawasan itu yang kembali ke rahmatullah pada 28 November 2008.

Calon itu juga mestilah diterima baik oleh pengundi setempat serta mampu memikat sokongan sebilangan besar orang UMNO kelompok Idris dan Admad. Calon itu juga sewajarnya disenangi oleh majoriti pengundi Cina.

Lantas, pertimbangkanlah semasak-masaknya, siapakah calon tersebut. Mungkinkah beliau Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, yang kini Timbalan Menteri Dalam Negeri dan pernah jadi Setiausaha Poliitik kepada Abdullah?

Mungkinkah calon itu Bendahari UMNO Terengganu, Datuk Roslan Awang Chik; bekas Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Che Mat Jusoh; atau Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Sabri Alwi?

Atau, mungkinkah calon itu adalah Zuber Embong, yang tidak aktif dalam politik, tetapi kini merupakan Ketua Sektor (Akademik) Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu? – [bersambung dalam siri dua]

11 comments:

Anonymous said...

salam datuk, ayah saya kirim salam pd datuk.

BN harus memilih calon yang amat sesuai kali ini. kerana pilihanraya kali ini sangat tough dan bukan mudah, BN hanya memenangi ratusan sahaja majoriti undi pilihanraya lepas. tapi jangan risau, jika anwar turun kempen untuk PR, kompem PAS kalah. hehehe

http://writtenbyhim.wordpress.com/

mn said...

Datuk,

1. Bagi saya jika calon lelaki biasanya banyak masalah. Jika tidak ada masalah, pihak lawan akan kaitkan dia dengan masalah tertentu.

2. Letakkan saja calon pilihan saya tu..Nordiana Shafie.

3. Jika calon wanita dipilih, saya fikir agak lebih mudah penyokong lawan dan pengundi atas pagar akan memberi sokongan kepada calon wanita ini.

4. Begitu juga mungkin perasaan kecewa dikalangan calon lelaki yang tidak terpilih sebagai calon agak berkurangan.

kudakepang said...

Dr Sid dan SUKJ

Jutaan terima kasih.

Dr. Sid, harap kirim salam kembali kepada ayah anda. kalau ada waktu sms saya di o16 3575003.

SUKJ, calon wanita mungkin jawapan yang tepat.

Salam takzim - Ruhanie Ahmad

Azuan wan said...

akm..datuk..
Persoalan saya...adakah idris jusoh akan memberi kerjasama atau membalas dendam kepada mat said.
2.Pru-12 bn menang adalah hasil usaha datuk idris,tapi beliau di tak dapat jadi MB.
3.kalau P/raya kali ni BN kalah ini akan memberi kesan kepada kepimpinan Mat said.

p/s pada saya tak kisah walaupon BN ke pas yang menang janji melayu.

dan kajang said...

As'kum Dato',

1. Mengikut rekod BN Trengganu sememangnya mencapai kejayaan cemerlang dalam PRU 12.Ini kerana ia telah berjaya mengekalkan majoriti 2/3.Kejayaan itu mungkin disebabkan beberapa faktor iaitu: a)Kepimpinan Dato' Idris Jusoh,bekas MB yang berjaya menyakinkan rakyat Trengganu; dan b)Rakyat Trengganu telah serik dangan kerajaan pimpinan parti Pas yang telah banyak merosakkan kerajaan negeri dulu.

2. Bagi PRK di K.Trengganu ini, kedua-dua faktor tempatan ini mungkin tidak relevan lagi sekarang.Ini kerana Dato'Idris Jusoh telah disingkirkan.Jadi faktor ini mungkin mempunyai 2 implikasi iaitu a)faktor kemenangan jika rakyat Trenggnu(khusnya pengundi K.T) telah mula menerima kepimpinan MB baru Dato' Mohd. Said atau b) faktor yang menyebab kekalahan jika pengundi K.T rasa Dato' Idris Jusoh yang mereka sokong selama ini telah di permainkan.Dalam keadaan ini besar kemungkinan pengundi akan membuat undi protes terhadap BN.Akibatnya BN akan kalah.

3. Sambil itu bagi faktor nasional, saya tidak fakir faktor penyerahan kuasa Pak Lah kepada DS Najib bulan Mac 2009 ini akan memberi kesan kepada PRK K.T.Ini kerana setakat ini rakyat tidak nampak kesungguhan Pak Lah dalam proses peralihan kuasa ini.Rakyat masih ragu2 tentang perkara ini akan berlaku.Kalau pun faktor nasional ini akan memberi kesan,ia lebih kepada memberi kekalahan kepada BN kecuali Pak Lah sendiri, sebelum hari pengundian ini mengumumkan tarikh sebenar beliau akan serah jawatan PM iaitu pada 31 Mac 2009 kepada DS Najib.Pada ketika itu barulah rakyat yakin akan berlaku perubahan pada pucuk kepimpinan dan justeru itu senario politik Malaysia akan berubah yang mana akan berpihak kepada kemenangan BN.Insyallah.

CUCU TOK KEDU said...

Sekarang sudah bermula usaha untuk memfitnah PAKATAN RAKYAT akan berpecah dan tidak sekata antara satu sama lain. Fitnah mula menjalar mengatakan pimpinan PAKATAN RAKYAT bertelagah. Mereka menunggu reaksi apakah yang akan dilakukan oleh pemnimpin PAKATAN RAKYAT. BN menunggu menunggu untuk menanggok di air keroh!

slyderrose said...

Kalau umno nak menang jangan benarkan pak lah dan najib berkempen kat KT. Jangan lupa kes natang tempohari. Orang melayu umno melawan ketuanan melayu sendiri. Cakap tak serupa.

kudakepang said...

Sahabat-sahabat sekalian,

Moga-moga BN sudi menjeguk dan mengkaji pandangan anda semua demi kemenangannya di PRL KT.

Sa;am takzim - Ruhanie Ahmad

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie Ahmad,

Calun Kita, Kata Yusuf!(muka jepun!)

Jangan kena baling kasut sudahlah! Pikir-pikirkan, Georgie Bushy, pandai dia elak kan, Kuda Kepang.

mad said...

kalau najib turn berkempen pasti bn kalah teruk. lagipun kekalahan bn merupakan rahmat kepada penduduk kuala trengganu

cakapsiang said...

Kalah adalah sesuatu yang terbaik bagi UMNO dan Najib kerana:

1. Calon itu bukan pilihan Najib, kalau menang dia akan menjadi timbalan menteri dan akan menjadi duri dalam daging.

ii. Apabila kalah, calon yang memberi masalah kepada UMNO itu mudah disingkirkan daripada senario politik UMNO di peringkat nasional dan di Terengganu sendiri

iii. Membuktikan AAB memang tidak releven lagi

iv. Memudahkan Najib untuk merombak semua orang-orang AAB yang kebanyakannya sudah tidak diterima rakyat.

v. Memberi gambaran jelas kepada perwakilan UMNO yang bersidang Mac ini siapa yang patut dipilih. Proxy AAB - jika hendak UMNO berkubur, atau calon lain yang boleh mengembalikan kegemilangan UMNO.

Sesungguhnya keputusan PRK KT memberi seribu satu messsage kepada ahli-ahli UMNO yang akan bersidang Mac ini. Jika mereka masih enak tidur diulek mimpi, mereka akan terkedu apabila bangun dari tidur! Pilihan di tangan mereka.