Tuesday, December 09, 2008

NOTA PENGHUJUNG: MASALAH RASUAH AGENDA TERAKHIR ABDULAH

Ruhanie Ahmad

Minggu lalu saya siarkan siri posting mengenai usaha-usaha pembanterasan rasuah oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Kesimpulan kepada tulisan itu adalah: imej Mr. Clean Abdullah telah dimanipulasikan oleh segelintir pihak di sekelilingnya menerusi gagasan propaganda anti-rasuah yang amat ghairah. Gagasan propaganda anti-rasuah ini akhirnya dijadikan topeng oleh pihak berkenaan untuk melindungi karenah penyalahgunaan kuasa, neopotisme dan kronisme mereka yang tidak putus-putus disorot dan dibicarakan hingga ke hari ini.

Saya menerima komen pelbagai rupa terhadap siri tersebut. Ada yang merasa jelek dan loya tentang kisah-kisah membabitkan rasuah. Ada yang beranggapan saya siarkan siri itu untuk memperkecilkan perjuangan Abdullah. Ada yang kata, kenapa tidak disorot soal rasuah di era Tun Dr. Mahathir Mohamad. Tetapi, ada juga yang setuju dengan kesimpulan di atas.

Kepada semua pihak, ini jawapan saya. Isu pembanterasan rasuah amat terserlah di era awal kepimpinan Abdullah. Sebab itu rakyat jelata mengalu-alukannya dengan harapan tinggi melangit. Ini kerana pada ketika itu Abdullah dihadirkan ke persada kepimpinan negara dengan imej Mr. Clean. Imej itu pula diperkukuhkan lagi menerusi persepsi yang lahir daripada puisi Abdullah berjodol Aku Cari Damai Abadi.

Hakikat ini berbeza dengan Mahathir yang menerajui negara dengan imej Melayu Ultra. Mahathir juga berusaha memerangi rasuah dan kemungkaran lainnya menerusi slogan Kepimpinan Melalui Teladan serta Penerapan Nilai-Nilai Islam. Ini bermakna Mahathir bertindak menerusi pendekatan insani untuk mewujudkan sikap, nilai dan gaya hidup yang murni. Sebaliknya, Abdullah bertindak menerusi langkah perundangan dan kewujudan institusi anti-rasuah.

Pemupukan Jiwa

Dalam ertikata lain, Mahathir bertindak menentang rasuah menerusi pemupukan minda, roh dan jiwa yang disasarkan kepada seluruh rakyat jelata secara subtle. Abdullah pula bertindak memerangi rasuah menerusi kewujudan kerangka institusi dan ketegasan undang-undang yang direct kepada kumpulan sasar jenayah berkenaan.

Bagaimanapun, tindakan Abdullah penuh ironi dan kontradiksi. Gagasan anti-rasuah beliau yang bermula dengan gembar-gembor yang amat lantang kemudiannya sunyi sepi di pertangahan jalan. Bila sudah mengumumkan persaraannya, barulah Abdullah bersuara semula bahawa beliau memerlukan waktu untuk melaksanakan agenda anti-rasuahnya sehingga berjaya.

Dalam vacuum masa yang wujud di antara fasa kegembar-gemboran gagasan anti-rasuah Abdullah pada awal 2004 dengan kenyataannya mahu membereskan isu rasuah sebelum bersara, rakyat jelata disuguhkan pula dengan pelbagai dakwaan dan tuduhan neopotisme, kronisme dan penyalahgunaan kuasa yang dikatakan membabitkan Abdullah atau sesetengah anggota keluarganya.

Anehnya, segala dakwaan ini terus tinggal dakwaan hingga ke hari ini. Persepsi negatif yang timbul daripada dakwaan ini juga langsung tidak diperbetulkan. Negativiti ini pun menghakis keyakinan sekelompok rakyat jelata yang pada awalnya menggantungkan harapan tinggi kepada Abdullah dalam memerangi rasuah.

Manipulasi

Sebab itulah Abdullah kini ditempelak bila beliau berbicara mengenai anti-rasuah. Antara sebabnya adalah manipulasi, ironi dan kontradiksi di atas. Antara akibatnya, janji memerangi rasuah yang dimaktubkan dalam Manifesto BN bagi PRU11 pun langsung tidak dimaktubkan lagi, waimah sepatah kata pun, dalam Manifesto BN bagi PRU12.

Perkara ini benar, tetapi jadi politically incorrect, bila disuarakan secara hitam-putih. Ia jadi politically incorrect khususnya kepada pihak yang membuat kesimpulan minda berasaskan ketaksuban tanpa batas kepada Abdullah. Ia juga jadi politically incorrect kepada mereka yang wujud di persekitaran kepimpinan mutakhir atas motivasi wang dan ringgit, pangkat dan darjat, yang boleh digapai secara lumayan, mudah dan cepat.

Sebab itulah pihak-pihak ini cepat-cepat membidaskan sesiapa jua yang membicarakan kisah Abdullah dan gagasan anti-rasuahnya secara tajam. Mereka gagal menerima hakikat bahawa pembicaraan seperti ini bukannya kontra kepada Abdullah atau pro kepada Mahathir.

Pihak-pihak ini juga enggan menerima realiti bahawa Abdullah kini merupakan Mr. Clean yang sentiasa dipertikaikan kesahihannya. Sebaliknya, Mahathir pula adalah Melayu Ultra yang kini diterima sebagai negarawan ulung.

Langit Dan Bumi

Beza antara Abdullah dan Mahathir bagaikan langit dan bumi. Walaupun Mahathir tidak gembar-gembor mengenai anti-rasuah, Indeks Persepsi Rasuah di era beliau tidaklah setinggi indeks di era Abdullah. Legasi kepimpinan beliau juga tetap pelbagai corak dan warnanya.

Meskipun Abdullah gembar-gembor memerangi rasuah, Indeks Persepsi Rasuah di era beliau terbukti kian meningkat. Sebab itulah hingga ke hari ini rakyat jelata masih menanti penghujung dan kejayaan kepada perjuangan Abdullah menentang rasuah. Jika kita sanggup berfikir secara waras, pasti kita mampu memperincikannya.

Kini Abdullah mempunyai masa kira-kita tiga bulan untuk membereskan perjuangannya membanteras rasuah. Moga-moga perjuangan ini akan jadi satu-satunya legasi Abdullah yang akan dikenang zaman berzaman!

9 comments:

wira said...

Salam Datuk Ron,

Terima kasih diatas wawancara masalah rasuah yang penuh bermakna itu. Namun hakikatnya adalah generasi sekarang lebih berilmu dan polimik politik dan isu-isu yang dipolitikkan seperti rasuah sudah tidak dapat tempat dihati rakyat terutama akar umbi.

Tidak perlu kita membandingkan mana-mana pemimpin. Bukanlah saya menyokong satu-satu pemimpin. Tetapi yang terserlah adalah bakti-bakti YABhg Tun Mahathir terhadap kedudukan rata-rata akar umbi yang telah meningkat walaupun tidak seperti yang diharapkan.

Ayuh teruskan agenda meningkatkan kedudukan akar umbi secara menyeluruh dunia dan akhirat; rohani dan jasad.

Pemimpin yang jelas tidak membantu semua akar umbi kearah kesejahteraan dunia dan akhirat tidak perlu diketengahkan. Tuntutlah dunia serta akhirat.

Saya masih memerlukan Umno memimpin rakyat kerana pengalamannya dan buatlah segala yang baik supaya ianya senantiasa relevan. Perjuangan menegakkan keimanan ini adalah panjang.

Berjuang dan terus berjuang, saya senantiasa menyokong biarlah sehingga 100 tahun akan datang untuk melahirkan perubahan.

ChengHo said...

Tragedi tanah runtuh di Bt Antara Bangsa perlu disiasat jika ada unsur unsur rasuah . PakLah punya masa 3 bulan untuk mengorek sebab sebab mengapa tragedi akibat pembangunan dilereng bukit ini yg sudah berulang kali terjadi.

nordin said...

Dato'
Saya setuju dengan komen Presiden Pas, biarlah Mr. Clean terus menjadi PM dan meneruskan agenda memerangi rasuahnya hingga selesai atau hingga pilihanraya akan datang daripada menyerahkan kuasa kepada Najib yang bakal memalukan negara dengan masaalah peribadi yang terus dipertikaikan serta amalan rasuahnya yang rakus bermaharajalela mencuri hasil negara.
Biarlah Najib menjadi PM setelah dibicarakan dan namanya dibersihkan dari segala masaalah yang sering diperkatakan seluruh rakyat Malaysia.

bungaraya said...

Pokoknya Tun maupun Pak Lah sebagai pemimpin yang telah berusaha untuk memerangi rasuah.
Tun tidak berjaya dalam peperangan tersebut, bila mana rasuah tetap berterusan bermaharaja lela. Pak Lah diharapkan akan mencapai kejayaan meskipun kenampakannya juga kan menemui kegagalan yang serupa dengan Tun.
Kepada saya kesungguhan kedua pemimpin ini kurang mendapat kerjasama dari pemimpin yang lain dan juga kekitangan kerajaan.
Rasuah mungkin agaknya seperti juga dadah dan arak serta judi. Begitu sukar dibuang tabiat ini kepada yang sudah ketagih.
Disamping itu apakah dipersalahkan kepada pemimpin jika anda ketagih arak maupun judi. Anda sendiri tidak memiliki IMAN yang tinggi.
Dari alam persekolahan lagi kita telah diajar bahawa rasuah itu adalah hina dan haram. Jangan kita hampirinya. Apabila kita berada dialam pekerjaan, kita dipantau dan dikehendaki juga jangan mengamalkan rasuah. Agama kita juga tidak menghalalkan perbuatan tersebut. Kenapa kita lakukan juga?. Kenapa? Mesti ada sesuatu yang tidak kena dengan norma masyarakat zaman kini. Bukan hanya dinegara kita malah seluruh dunia.
Saya rasa jika yang mengamalkan rasuah tersebut, sekali ia mengamalkannya, ia mengalami kesakitan seperti kena tikam keris, sudah tentu ia akan serik dari mengamalkan perbuatan rasuah tersebut. Malangnya hukuman Allah SWT tidak bertanda.

straycat's strut said...

It is becoming a standard. Whenever Pak lah was under attack or scrutiny, the only defense from their camp will be either 1. Tun is worse or 2. It started from Tun's time.

The fact is, the difference between the two is, like you said, "seperti langit dan bumi." While we could safely say that Tun is a Negarawan, all of us would be struggling on what is Pak Lah. Tsu Koon gave him "bapa demokrasi?" I dont think the malays would agree with that because he defended everyone except the Malays.

Sorry to say, I even have a problem whether to look at him as "penentang rasuah" or "perasuah."

Yes Pak Lah, you are that bad...

mn said...

Datuk,

1. Datuk kata siri akhir, lepas tu ada pula nota penghujung. Kalau macam itu saya pun ada sikit lagi nota ringkas saya.

2. Nak tanya Datuk sikit, sepanjang Datuk terlibat dalam politik UMNO termasuklah menjadi Ahli Parlimen, Datuk terlibat tak dengan rasuah..tak kira lah banyak ka sikit ka?

3. Sepatutnya nota penghujung Datuk ini perlu 'declare' perkara berkenaan. Barulah kesimpulan topik ini nampak lebih menarik.

4. Akhir sekali, saya seronok kerana di mana sahaja blog yang saya buat kritikan pastinya ada orang akan buat serang balas pada kritikan saya. Ternyata kini ramai orang yang fobia dengan SUKJ.

http://suarasukj.blogspot.com

mad said...

saya setuju pak lah terus menjadi pm dan menyelesaikan agendanya utk memperkukuh sistem kehakiman dan membanteras rasuah.

Khairi Jalalluddin said...

Assalamulaiakum

Maaf, saya kurang setuju kenyataan Datuk. Hakikatnya di zaman PM sekarang ini banyak perubahan, ketelusan, dan banyak usaha ke arah itu. Suruhanjaya berkaitan rasuah juga akan ditubuhkan. Orang yang cemburu dengan usaha beliau biasanya akan mengaitkan dengan perkara-perkara yang negatif seperti ahli keluarga dan sebagainya. Kita lihat Nabi SAW sendiri mempunyai pak cik yang menentang Islam seperti Abu Jahal. Abu Talib yang menjaga Nabi juga mati dalam keadaan kafir. Apakah ini menjejaskan kredibiliti Nabi SAW sebagai pemimpin?.

pakhashim said...

Ini adalah musibah dari Allah kerana manusia semakin jauh dari menjalankan hukuman Allah. Baik zaman Tun mahu pun Pak Lah kedua-dua pemimpin ini gagal mengetengahkan Islam sebagai eplindung kepada semua permasalahan ini.

Zaman Tun, beliau lantang menyuarakan mengenai Islam diluar tetapi dimanakah pembagunan Islam di dalam negeri sendiri?? Mana ada kes di mana undang-undang Islam dipersenda......

Pak Lah pula memperkenalkan Islam versi baru yang lebih banyak keliru dan haru-biru.......

Persoalan rasuah telah disebut di dalam Al-Quran lebih daripada 1000 tahun yang lalu. Ianya bukan kes baru yang perlu dilihat melalui perspektif undang-undang baru. Dah lama dah..........

UMNO memperjuangkan Islam dan Melayu lebih daripada 50 tahun tapi hal2 rasuah tidak dapat dibendung hingga kini malah semakin terukk pula jadinya. Ke mana arah perjuangan UMNO selama ini kalau bukan hanya berlingkar sekitar projek2 besar dan WANG.....

Jangan buanh MASA lagi....Kembali kepada ISLAM yang syumul THEN selosai masalah..

K