Ruhanie Ahmad
Pada 17 Disember 2008, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dipetik oleh pelbagai media perdana tanahair sebagai berkata bahawa misi terakhirnya sebagai Perdana Menteri “adalah untuk meredakan ketegangan kaum dan agama di negara pelbagai etnik ini.”
Abdullah juga berkata bahawa beliau sedang memikirkan cara untuk mengawal isu hubungan kaum dan ketegangan agama di Malaysia.
Kenyataan Abdullah ini mencerminkan keprihatinannya terhadap kerukunan, kemuafakatan dan keharmonian hidup rakyat Malaysia yang multi-entik, agama dan budaya serta taraf ekonomi mereka yang berbeza-beza.
Tetapi, akan tertunaikah hasrat murni Abdullah ini dalam tempoh tiga bulan daripada sekarang? Persoalannya begitu kerana masalah ketegangan kaum tidak boleh diselesaikan secara terburu-buru, secara adhok dan secara jangka pendek. Ia memerlukan satu pendekatan yang teliti, berhemah, komprehensif dan jangka panjang.
Tetapi, jika masalah yang dimaksudkan oleh Abdullah bukannya ketegangan kaum, tetapi masalah segelintir manusia daripada sesetengah kaum tertentu yang celupar, biadab, terlanjur dan kurang ajar, mungkin juga Abdullah mampu menyelesaikannya dalam tempoh terdekat.
Keceluparan
Jadi, benarkah Malaysia sedang dilanda masalah ketegangan kaum? Bukankah negara ini sedang digugat oleh kesan kebiadapan, keceluparan, kekurangajaran dan keterlanjuran segelintir individu daripada sesetengah kaum tertentu yang berusaha memulihkan wadah serta imej politik masing-masing? Dan, bukankah segolongan daripada individu ini merupakan pemimpin dalam parti komponen Barisan Nasional (BN)?
Pada waktu yang sama, bukankah kebiadapan, keceluparan, kekurangajaran dan keterlanjuran ini juga wujud di kalangan segelintir pemimpin parti-parti tertentu yang kini menguasai Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Perak dan Selangor?
Mengambilkira perkembangan-perkembangan di atas, bukankah kedua-duanya terjadi kerana kerajaan pimpinan Abdullah adalah lemah, BN sedang bersengketa, UMNO yang jadi induk BN pula sedang dilanda masalah kepimpinan serta ghairah dengan pesta rebutan jawatan?
Jadi, mustahilkah kedua-dua perkembangan di atas terjadi jika kerajaan, BN dan UMNO tidak dilanda krisis keyakinan dan krisis kepimpinan? Dan, bukankah kedua-dua krisis ini juga yang sebenarnya menyebabkan pihak kerajaan, BN dan UMNO seolah-olah gagal bertindak secara ofensif, pre-emtif, berkesan, berhemah dan bijaksana terhadap pihak-pihak yang celupar, kurang ajar, terlanjur dan biadab?
Jika Abdullah sanggup memberikan jawapan ikhlas dan jujur kepada seluruh soalan di atas, saya yakin beliau mampu menyelesaikan masalah anggota sesetengah kaum tertentu yang kini celupar, kurang ajar, terlanjur dan biadab. Masalah yang dicetuskan oleh individu yang berada dalam BN ini wajar ditangani dan diselesaikan menerusi mekanisme dalaman BN sendiri.
Sarkas Media
Dayausaha ini boleh dilaksanakan dengan segera jika Abdullah sedia untuk berbuat demikian. Syaratnya, lakukanlah secara tegas, ikhlas, tertutup dan tanpa sebarang proses sarkas media yang akan membuka ruang untuk perang mulut dan polemik sehingga mengeruhkan suasana dan menyebabkan banyak pihak terkeliru terhadap soal yang pokok dan isu sampingannya.
Dalam konteks ini, hakikat kesetiakawanan BN perlu dititikberatkan. Setiap komponen BN mesti kembali kepada kemuafakatan perjuangan.
Sebarang usaha komponen BN untuk memenangi semula pengaruh yang terhakis dalam PRU12 wajar dilakukan secara pintar.
Bukannya menerusi pendekatan popular seperti mengungkit-ungkit isu yang memprovokasikan sensitiviti orang Melayu, memperlekehkan pelbagai Fasal yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan menodai Rukunegara.
Sesiapa jua yang engkar kepada pra-syarat di atas mestilah diadili secara tegas dan pantas oleh parti masing-masing. Jika mereka terus tidak peduli akan impak negatif daripada karenah mereka sendiri, individu-individu terbabit wajar dipertimbangkan untuk dipecat keahliannya daripada parti.
Singkirkan
Pandangan saya di atas adalah pandangan anggota masyarakat akar umbi. Kepada saya, mana-mana individu yang kini kurang ajar, biadab, celupar dan terlanjur sehingga boleh mencetuskan keresahan kaum dan perpaduan nasional adalah kelompok kadok naik junjung, kacang lupakan kulit, pelukut di tepi gantang, penangguk di air keroh atau gunting dalam lipatan.
Jika kelompok ini berkeras dan enggan diinsafkan untuk kembali kepada matlamat peaceful co-existence sesama rakyat yang multi-entik di negara ini, kelompok ini wajar disingkirkan daripada parti masing-masing buat selama-lamanya. Ketegasan seperti ini boleh dijadikan iktibar dan pengajaran kepada semua pihak di hari muka.
Pihak-pihak yang berada di luar BN pula wajar ditangani secara berhemah, bijaksana, terancang, co-ordinated dan berkesan menerusi gabungan dan penyatuan iltizam politik yang jitu di kalangan seluruh komponen BN di negeri-negeri terbabit.
Buktikan kepada kelompok ini bahawa BN masih merupakan satu force yang jitu dan berwibawa. Buktikan kepada mereka bahawa BN sentiasa prihatin kepada perpaduan dan keharmonian hidup bersama di antara seluruh rupa bangsa di Malaysia. Buktikan kepada mereka, apa yang mereka lakukan ditolak oleh majoriti rakyat Malaysia yang cintakan damai dan masa depan yang selamat dan makmur.
Falsafah
Dalam konteks ini, hayatilah falsafah dan maksud kata-kata bersatu teguh, bercerai roboh. Pastinya penghayatan dan kefahaman ini akan mencetuskan kekuatan yang tulen dan abadi. Ketulenan dan keabadian ini pula akan digeruni oleh pihak terbabit sehingga mereka tidak ada pilihan lain tetapi tunduk kepada tuntutan nasional yang menyanjung perpaduan negara pada setiap masa.
Semoga Abdullah dapat memainkan peranan menggemblengkan tenaga serta memperkasakan semula BN dengan seberapa segera. Moga-moga beliau juga akan memberikan kepimpinan yang tegas kepada seluruh komponen BN yang dituntut mendisiplinkan anggota masing-masing yang celupar, kurang ajar, biadab dan terlanjur dengan seberapa segera.
Akhir sekali, Abdullah perlulah perbetulkan seluruh kesilapan dan kelemahan beliau selama ini yang kebelakangan ini menyebabkan orang Melayu rasa dianak-tirikan oleh kerajaan.
Oleh itu, tak payahlah susah-susah kerajaan nak wujudkan undang-undang untuk menyelesaikan soal pergeseran serta keresahan rakyat jelata Malaysia. Apa yang diperlukan adalah keikhlasan, kebijaksanaan, ketegasan dan keberanian Abdullah untuk memberikan kepimpinan sewajarnya walaupun hanya mempunyai kira-kira tiga bulan sahaja sebelum bersara.
13 comments:
Sdr Ruhanie Ahmad,
Dengan Izin.
Should we even consider breeching the politcal question implied with this thought: Short of a martial law imposed on the nation can Abdullah have any chances of walking his talk.
Would that be a warped thought thunk as there is neither any credible iota of intelligence nor political will and neither is there courage for Abdullah to carry out his promises?
Let's not insult our intelligent by touching the fact and matter of honor in the person of Abdullah Ahmad Badawi. After all the rumors about him, there isn't anything good worth saying about his too long and languid tenure in office except he made us all lose our dream and hope of a better Malaysia with his simple act of a dreamless sleeps.
Abdullah is not realy complaining about the uneveness of the lantai is he?
And neither is Mohamad Najib Tun Abdul Razak.
Weak Prime Ministers; not that I am indicting him or just him alone as there are no candidate able to it the Prime Minister shoes left by Mahathir Mohamad.
Too many cooks spoil the soup and too many captains will sink a ship as much as an Abdullah or his substitutes. How fast we are aping the Thais - do we want to, Abdullah?
Ketegangan kaum? It is not just a BN problem, Kuda Kepang; Abdullah is just playing with an empty possibility - it is the easiest thing he can do.
Terima Kasih
Hi Datuk
I am at a lost to Hindraf demands.
To me, they say they want a better life yet they hang on to Tamil schools.
For a community that consists of about 10 percent of the population, I say they have quite a loud voice.
Sadly, it's my assessment that Hindraf is another con job by a group of educated Indians to exploit the sentiments of the poor and uneducated.
If they are sincere about wanting progress, etc, then abolish the Tamil schools and send their children to national schools not political campaigns sponsored by PKR disguised as an NGO activity.
Can you take such ppl seriously?
On Chinese extremism, in my humble opinion, it's usually limited by the cari makan factor and has a practical facet to it. But among the younger generation, it's the same complaints of unfairness over scholarships, etc. I am trying to think of a way to open their minds up, maybe compulsory school tours to other parts of the country to understand Msia.
I hope the government takes harsh action against Hindraf for exploiting children for their selfish goals. I want to be no part of such extremism that sucks on sympathy.
What does Hindraf want from the greater community? Their leaders have betrayed them and it's something that they must resolved among themselves.
Saudara Ron,
Jawapannya mudah, sebab kita ada Pemimpin medicore,half past six,lemah dan pengecut menerajui Negara.
Terkini kita lihat bagaimana bodohnya keputusan yang dibuat oleh Pak Lah dan Najib berkenaan penjualan IJN kepada Sime Darby.
Keputusan ini mengundang kemarahan yang amat sangat oleh Rakyat dan ianya akan memberi peluang kepada Pembankang membelasah ORANG MELAYU 'how stupid a malay leader is'.
Persoalanya sampai bila melayu akan sabar menghadapi Pemimpin pemimpin begini.They have no humanitarian sense towards majority poor rakyat,they only care for themself and their cronies.
Kita beranggapan selepas Najib menang tanpa bertanding Presiden UMNO beliau akan menjadi Presiden yang baik setaraf Barrack Hussin Obama tetapi amat malang sekali beliau hanya jadi seorang pak turut dan pengecut untuk membuat keputusan menentang arus terutama sekali didalam isu isu perkauman.Dalam kes sekolah satu aliran beliau tidak langsung sokong cadangan Dato Mukhriz malah sokong untuk dikekalkan sekolah Jenis Kebangsaan.Apa jenis Pemimpin ni ? takut hendak berdepan dengan kaum Cina dan India yang kurang ajar.
Dalam kes IJN kenyataan Najib cukup mengelirukan dan tidak mencerminkan beliau seorang Pemimpin berjiwa rakyat.
UMNO akan hancur lebur jika Pemimpin begini terus menerajui Parti dan Kerajaan.Moga moga ALLAH selamatkan Negara kita, AMIN !
PakLah yg bertanggung membuka kotak Pandora dan memainkan dasar keterbukaan dan liberalisma ala PakLah . Inilah kesan besar yg akan mengambil masa untuk diubat .Malaysia memerlukan kepimpinan yg tegas dan penuh tanggung jawap ala Tun M dan ala LKY yg dinamik dan berdisplin . Beberapa kumpulan kechil berani mencabar kehendak majoriti di atas nama demokrasi .Demokrasi yg tidak berdisplin akan memporakpurandakan Malaysia
Kita mempunyai banyak contoh didunia ini dimana elemen disiplin diketepikan Rakyat menderita olih kerenah kumpulan kumpulan kechil .
Ada dua perkataan yang saya kutip dalam kapalterbang baru-baru ini. Bukan di kopitiam.
Macam selalu, orang rancak berbicara dimana-mana. Dalam interaksi rancak dua manusia, terkeluar dua perkataan; gelisah dan gugat.
Orang itu menyebut gelisah untuk memberi perspektif terhadap pembawakan politik Anwar dan gelisah itu juga membawa Anwar kelorong-lorong politik yang belum diteroka.
Orang itu juga menyebut "gugat" kerana politik dan suasana dalam Parlimen ada ciri gugat menggugat. Wakil rakyat jarang berhujah untuk bertemu dengan titik-titik yang lebih baik tetapi sering menggugat suasana dan kredibiliti.
Gerakan licik dan nakal yang ditunjukkan sekarang, sangat-sangat bahaya kerana bertujuan meluntur sayang kepada negara dan mengajak rakyat berhijrah ke jalanraya menjaja rasa benci dan tidak percaya.
Katanya, stail-stail itu tidak membawa kebaikan walaupun ahli politik beroleh lonjakan publisiti dan kepuasan palsu.
Greece boleh hancur dengan jolokan jahat dari pembangkang. Anak-anak muda hanya proksi-proksi malang yang ada adrenalin berlebihan. Yang merancang, duduk dibelakang siap dengan wang, harapan dan mengutip sisa-sisa habuan perang.
Kalau rakyat masih boleh bersentuh bahu, itu maknanya ketegangan kaum adalah artificial.
Namun setengah kaum makin celupar sekarang. Hindraf telah melakar konsep "gasak dan minta". Perancang belakang mereka tahu bahawa yang menentu kejayaan dalam suasana majoriti pilihanraya yang kecil, berada ditangan kumpulan minoriti.
Edifice raksasa yang dibina di kawasan Gombak/Batu Cave baru-baru adalah manifestasi kepada permainan ketegangan kaum dan siapa sebenar ketua mereka.
Memang ramai sanggup jadi proksi untuk secebis harapan dan upah. Rentak politik sekarang mengarah kepada Revolusi sedangkan yang perlu untuk negara ini ialah Evolusi.
Permainan sedemikian juga kita difahamkan ingin dibawa ke Sarawak. Vultures dari semenanjung berkeliaran mengesan bangkai-bangkai busuk. Burung kenyalang diyakini masih kekal dalam jiwa rakyat, segak dan anggun. Pehin Sri adalah insan cerdas untuk masyarakat Sarawak.
Biasiswa yang beliau perolehi sekitar akhir tahun 50'an untuk belajar diluar negara bersama tiga yang lain dari bumi kenyalang, adalah petunjuk jelas Pehin Sri bukan manusia malang yang opurtunis tetapi bijak dan cerdas.
Pehin Sri adalah tonggak kepada masyarakat berbilang kaum di Bumi Kenyalang. Jangan ada sesiapa bermain dengan api bangsa di sana sebab padahnya nanti adalah mala petaka.
Moga kita dapat hidup aman dan damai dalam masyarakat berbilang kaum.
Terima kasih.
Tanggungjawab yg pertama sekali adalah menghapuskan amalan politik wang.
Rakyat sudah muak dengan mentaliti BN yg mengejar jawatan, kekayaan dan kuasa
yang tidak di-imbangi dengan tanggungjawab terhadap rakyat
label flip flop Abdullah menunjukkan bahawa keputusan keputusan yg dibuat bukan lah dari hasil pemikiran dan pertimbangannya sendiri
ini memberi satu bayangan yg dia mendengar "nasihat" orang lain yg mungkin beragenda tersendiri
seorang yang dipilih menjadi pemimpin harus lah mendengar pendapat seberapa ramai pakar pakar dlm berbagai bidang
namun diakhir pertimbangan, pemimpin yang berjatidiri harus lah membuat keputusannya sendiri yang berlandaskan kebijaksanaan setelah timbangan yang mendalam
jika ia hanya membiarkan sekumpulan "penasihat" membuat keputusan, pehak lain yang tidak diminta pandangan akan memberontak
ini yang melahirkan "flip flop policy" yg memberi satu image kelemahan
maka pehak pembangkang akan sentiasa mengambil kesempatan
Dato, my dua kupang worth...
The racial problems deepened because of two things; the economy was bad in the last 5 years and as you said it, weak leadership.
It does not matter how or which angle you want to look at it, the root cause will always be pointed to the failure of one man - Abdullah hj Ahmad.
If Pak Lah is sincere in wanting to see a better malaysia, then he should just get out from his state of denial and get rid of Abdullah Hj Ahmad now or yesterday but definitely not tomorrow.
Enough lah...
SAYA AMAT BERSETUJU DENGAN DATUK...SEMEMANGNYA MASALAH PERKAUMAN YANG DIWAR-WARKAN SEKARANG NIE ADALAH MASALAH PERKAUMAN SEGELINTIR INDIVIDU TERTENTU TERUTAMA AHLI POLITIK YANG MEMPUNYAI AGENDA POLITIK PERIBADI TERTENTU...
bila orang melayu cakap lebih sikit dan bila didesak oleh bangsa asing terus saja dipecat. bila bangsa asing celupar, tak seorang pun orang melayu yang boleh mendesak sehingga mereka dipecat tetapi sekurang2nya mint maaf tapi tak seorang pun yg minta maaf.
Dari sudut ini kita boleh tahu tahap kekuatan orang melayu berpolitik! Ada double standard dan macam2 yang saduara boleh fikirkan sendiri. Jangan dok layu wahai orang melayu..sikit sikit nak minta maaf sikit sikit nak mintak maaf. Dari situ kelemahan orang melayu telah dipergunakan dan diperkotakkatikkan oleh bangsa asing. sedarlah sikit....Jangan sampai Melayu tak relevan lagi kat Malaysia, baru nak menyesal.
Dengan hormat Datuk Ron,
Isu yang Datuk ingin bangkitkan itu tidak semudah difikirkan dan dilaksanakan dalam masa 3 atau 6 atau pun 12 bulan. Oleh kerana perubahan dasar pelajaran yang dimulakan mulai tahun 1970, kesilapan kerana tidak ramai yang pandai bertutur bahasa inggeris seperti datuk nenek kita dahulu dipertikaikan dan masyarakat malaysia berjumlah lebih dari 25 juta berinterakasi dalam bahasa Malaysia jika dibandingkan denga bahasa Indonesia yang dituturkan oleh lebih dari 300 juta rakyatnya.
Oleh itu, sebagai pemimpin atau ingin menjadi pemimpin yang baik dan tidak setengah bijak, sebelum bertindak berfikir dahulu biar lambat sedikit. Saya amat sedih jika perkara seperti institusi kebanggaan negara seperti IJN diswastakan. Kenapa pemimpin kita tidak berfikir panjang. Jika mantan PM kita membuat komen tidak setuju, saya sebagai rakyat dan pengundi akar umbi sedih.
Kita tidak berubah dalam pemikiran kita. Tidak lama lagi tahun baru hijrah akan datang. Laungan hirjah akan berkumandang tetapi kita pada hakikatnya tidak berubah. Saya kecewa dan sedih.
Ini memang masalah mulut individu juga. Tak payah nak kata daripada pemimpin BN je. Pembangkang pun sama je. Kadang2 isunya kecil je, tapi bila dipusingkan sikit terus bunyi macam perkauman. Tak pakai otak, semata2 politik, sanggup buat apa je.
Pada pendapat saya jangan tuduh AAB yang penyebab masalah. Maslah ini telah diwujudkan oleh TDM tetapi seperti biasa ex-PM pandai menuduh orang lain dan berpura-pura berlakon kononys dia itu negarawan. Because of TDM negara sudah hilang haluan.
Salam Sejahtera Datuk..
Tun M adalah seorang negarawan terulung Malaysia. Mungkin 1000 tahun lagi pun Malaysia tidak akan dapat seorang lagi seperti Tun M. Saya kesal kerana setelah beliau bersara, segala jasanya seolah-olah dilupakan. Beliau seperti disisihkan oleh mereka-meraka dahulunya bekerja dibawah Tun M. Pada pengamatan saya, orang-orang UMNO sendiri yang bersikap biadap dan tidak kenang budi Tun M. Bukan semua orang UMNO tetapi segelintir (KAKI BODEK). Mereka ini akan sanjung mereka yang berkuasa, tetapi menghina bila kuasa tiada. Mungkin Pak Lah juga akan menerima nasib yang sama. Sama-samalah kita lihat. Orang seperti inilah yang perlu disingkirkan dalam UMNO kerana terang-terangan menyemai sikap buruk yang terlampau. Dan satu lagi, Pak Lah adalah orang yang bertanggungjawab penuh bila banyak suara-suara sumbang mempertikaikan KETUANAN MELAYU kerana sikap terbuka beliau. Pak Lah yang merosakkan semuanya.
Sekian
Post a Comment