Sunday, November 23, 2008

TEKAN PEMIMPIN UMNO HAPUS RASUAH

KUALA LUMPUR 22 Nov. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menggesa orang Melayu memberi tekanan kepada pemimpin-pemimpin UMNO untuk menghapuskan rasuah yang telah menjadi budaya dalam parti itu sekarang.

Dr. Mahathir berkata, orang Melayu perlu menggunakan segala saluran yang ada dan tidak harus berhenti walaupun apa yang diluahkan tidak mendapat tempat di dalam media.

''Gerakan untuk menekan para pemimpin dan ahli-ahli UMNO untuk menolak mereka yang menggunakan wang bagi mendapat jawatan tinggi di dalam parti perlu dilakukan dari sekarang.

''Sekiranya tidak dilakukan, pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti, orang Melayu akan melihat UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan ditolak pengundi kerana meletakkan para pemimpin yang mengamalkan rasuah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai Siri Wacana Gapena V bertajuk Dilema Melayu anjuran Gapena di sini hari ini.

Mengulas lanjut mengenai budaya rasuah dalam UMNO, Dr. Mahathir mendakwa, pada masa ini, bukan sahaja calon-calon bagi jawatan tertinggi dalam parti menawarkan rasuah, tetapi perwakilan juga berani meminta wang.

Katanya, ada perwakilan yang tanpa berselindung menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada calon-calon untuk jumlah yang diminta dan nombor akaun bank sekiranya ingin mendapat undi daripada mereka.

''Calon-calon juga secara terbuka menggunakan wang kerajaan seperti mengadakan rumah terbuka bagi mendapatkan pencalonan, malah perwakilan juga telah dijanjikan kontrak daripada kementerian sekiranya memilih mereka semasa pemilihan nanti," katanya.

Tegas beliau, sekiranya orang Melayu berdiam diri dan tidak mahu menyuarakan pandangan mereka, ia seolah-olah bersetuju dengan amalan rasuah yang berlaku di dalam UMNO.

Katanya lagi, gerakan menghapuskan rasuah di dalam UMNO perlu dibuat dari luar kerana para pemimpin parti itu dilihat tidak mahu bertindak bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Beliau menegaskan, usaha menghapuskan rasuah di dalam parti itu perlu dibuat secara terbuka bagi memastikan gejala tersebut dapat dihapuskan dengan sepenuhnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1123&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm

25 comments:

ChengHo said...

Penyakit UMNO bertambah kronik
Pemimpin UMNO menapikan ujudnya Rasuah Politik yg berluasa ini
Self denying ini adalah simtom kepada kehancuran Rakyat bertambah meluat terutama gulungan muda
Kalau Tok Najib tidak mengambil tindakan UMNO akan hancur dan Rakyat akan tolak UMNO di PRU 13

Tok Najib ada masa 3 bulan lagi untuk merubah budaya UMNO yg sakit ini setakat ini tak nampak lagi usaha beliau kearah itu

Lama kelamaan Rakyat akan mempersoalkan conviction Tok Najib untuk mengubat UMNO
formula '70 tidak bolih diguna pakai sekarang ini
UMNo perlu diberi Shocking treatment perlu ubat yg mengejutkan untuk pemulihan kalau tidak orang UMNO akan syok sendiri tetapi Rakyat menolak UMNO.

Berita dari gunung said...

Dalam bisnes, MARKETING ada peranan yang sangat besar. Untuk kontrak yang besar, MELOBI adalah teknik marketing yang mengerikan.

Tidak ada beza dengan jawatan dalam UMNO.Jawatan bermaksud FUTURE EARNING. Kempen politik adalah Pelaburan untuk pulangan besar masa depan. Wang dan janji wang memang senang dikira, manakala manifesto perjuangan pula sangat abstrak untuk sebahagian kita.

Barangkali Khairy Jamaluddin sangat jujur dan naive bila beliau bertanya, banyak mana boleh belanja? , dalam berita the Star 20 November 2008 bertajuk "Khairy: Fix rules on bribery Umno"

Pembeli ada hak membeli produk yang terbaik tanpa rasa terganggu dengan kaedah marketing yang sangat mengumpan. Perwakilan juga ada hak malah ada tanggungjawab besar memilih pemimpin yang berkualiti serta sanggup berjuang untuk bangsa, agama dan negara.

Seladang said...

Dato Ron yang dihurmati.

PEMILIHAN UMNO 2008/2009:

Calon-calonnya ialah:
Mereka yang banyak menghulur duit!!!

ALI MAIDIN said...

Alahai, ketika Tun M jadi PM dan presiden Umnno mengapa tak hapuskan rasuah ni. lewat dah.

bat8 said...

Dato Ron

Entah mengapa saya tergelak besar membaca berita diatas. Teringat saya kepada pepatah orang tua kita : ibarat ketam mengajar anak berjalan.

Kita kita ikut sejarah UMNO dan UMNO(Baru), antara satu ciri yang membezakan keduanya adalah - politik wang adalah darah daging dan nyawa UMNO(Baru).

Politik wang dan budaya patronage sebagai ganjaran kepada kesetian membabi buta kepada pemimpin tertinggi.

Satu hakikat yang tidak dapat dinafikan bahawa politik wang atau rasuah politik subur dan menjadi budaya semasa UMNO(baru) ditubuh dan dipimpin oleh TDM. 20 tahun ( umur UMNO Baru) budaya ini tumbuh dan membesar.

Kalaulah masa 22 tahun itu diibarat usia pokok, bayangkan betapa besar dan kuatnya akarnya bertunjang didalam tanah.

Yang membuat saya tergelak terbahak-bahak membaca kenyataan diatas, seolah-olah TDM tidak mengakui bahawa budaya politik wang atau rasuah wang untuk membeli undi ini bukan tumbuh dan menjadi akar tunjang yang kuat hasil kepimpinanan.

Saya ketawa terbahak-bahak membaca kenyataan diatas, TDM ingin mengatakan bahawa politik wang atau rasuah beli ini hanya bermula dizaman AAB sahaja. Dia tiada peranan langsung.

Memang tidak dinafikan bahawa politik wang memuncak dizaman AAB. Ini adalah sebabkan oleh kepimpinan AAb yang lemah. Tetapi politik wang di zaman TDM juga hebat juga dan berakar umbi, membesar sepanjang pemerintahan TDM.

Kita akui kepimpinan dan tindakan tegas TDM dalam menangani pelbagai isu sepanjang pemerintahannya. Action was swift and total. Tetapi hairan, dalam menangani isu rasuah politik wang pada zamannya amat lemah dan seolah-olah macam buat secara sambil lewa sahaja.

Cuba banyangkan jika TDM mengambil tindakan tegas dan tanpa belas kasihan terhadap rasuah politik dalam UMNO(Baru) sebagaimana dia menangani isu DSAI, Tun Salleh abas, pindaan menghadkan imuniti raja-raja - gerenti politik wang dalam UMNO(Baru) dah lama hancur.

Untuk tujuan rekod, gejala rasuah dizaman TDM tidak terhad di dalam UMNO(Baru) sahaja. Hari ini, rasuah berlaku dipelbagai peringkat dan menjadi satu budaya malaysia.

So, Dato l think you of all ppl knows the situation l mentioned above but still trying to battle a loosing war with a pseudo hope that the war can be won. l rest my case....

bat8

slyderrose said...

Perasuah-rasuah inilah yg memainkan isu 'ketuanan melayu' demi mengekalkan kedudukan dan kuasa mereka. Kuasa bagi mereka bermakna mudah dapat projek yg membolihkan mendapat keuntungan untuk menambah kekayaan. Membantu rakyat bukan objective utama. Cukup memalukan orang melayu dan islam sendiri kalau mereka ini terus memimpin negara.

Syahir said...

Usaha Tun untuk menyelamatkan UMNO melalui pelbagai cara amat dialu-alukan. Jika Lembaga Disiplin UMNO tidak menunjukkan disiplin yang tinggi untuk menghapuskan POLITIK WANG, maka Tun akan dedahkan keparat2 perosak bangsa ini ke media umum!

Tun! I support u!

Tokmad Gasak said...

SAUDARA, rasuah dalam pemilihan kali ni amat JELAS DAN NYATA.

Dibuat dalam keadaan amat terbuka dan berani TANPA ada rasa sikap malu dan bersalah.

MAI kat tempat saya di PENDANG KEDAH. Perwakilan kata 'biasa laa bro' bila lagi nak belasah duit orang besaq ? KEPUTUSAN pun tunggang terbalik la. buat malu orang KEDAH saja !!

SEKARANG, bukan akar umbi yang akan MENGHANCURKAN parti, tapi pemimpin pemimpin besar yang TAMAK HALOBA, GILA KUASA.

NATIJAHNYA, menang sorak, kampung tergadai..nasib laa UMNO..

Hamdan said...

Datuk,

Dengan sistem mengundi yang ada sekarang, ruang untuk ber-rasuah terbentang luas. Bila ada ruang, peluang selalunya diambil dengan cepat oleh mereka yang berkepentingan dan berkemampuan. Halal dan haram tidak menjadi pertimbangan.

Zaman sekarang zaman siapa boleh beri banyak maka dapatlah apa yang dihajati. Tak guna bermadah. Tak guna berkonvensyen. Tak guna berbengkel. Berblog pun x mendatangkan faedah.Buat tetap buat kalau ruang itu masih ada.

Jadi jawapan kepada membenteras rasuah adalah satu, iaitu dengan menukar sistem pemilihan dari peringkat cawangan hingga ke peringkat perwakilan di Kuala Lumpur. Tak susah, hanya kita ramaikan jumlah pengundi yang akan membuat pemilihan itu.

Kalau diperingkat bahagian, buka pengundian kepada semua ahli di bahagian tersebut. Kalau kita hendak ketua yang lebih berwibawa di peringkat pusat, buka pengundian kepada semua ahli di semua bahagian. Democracy to the last member..kan bagus. UMNO pulak mengamalkan `democracy to the trusted few.' Dengan lain perkataan amalkan `law of large numbers or all members.'

Tetapi hendak menukar sistem mengundi bukan mudah. Orang yang berkuasa dan berkepentingan akan berusaha mengagalkan usaha ke arah keterbukaan mengundi ini. Macam PBB juga hendak menukar sistem mengundi di majlis keselamatan tetap mendapat veto dari USA.

Jadi apa yang patut kita dilakukan? Kita tekan pemimpin di peringkat atas atau majlis tertinggi supaya menukar sistem pengundian yang sekarang sangat memudaratkan semua.

bungaraya said...

Apa maksud Berita Dari Gunung berkata sedemikian rupa. Apakah hanya sekadar sindiran atau ianya sebenar adalah prinsip kehidupan. Yang menyamakan UMNO dengan sebuah Syarikat Perniagaan?
UMNO bukanlah badan Sendirian Berhad. Ia adalah sebuah badan Politik yang memperjuangan sesuatu yang sangat suci dan bermaruah. Badan politik yang memperjuangan sekumpulan bangsa, ugama dan sebuah negara merdeka. UMNO perjuang sejak sebelum merdeka hingga sekarang. UMNOlah yang bertanggungjawab memerdekakan negara Malaysia.
Dalam tempuh tersebut, Pemimpin UMNO sangat terbilang samada dalam maupun dipersadan antara bangsa. Kawan maupun lawan, segan dan menghormati UMNO seadanya.
Masalah marketing strategy, masalah tumbuk rusuk, dan segala pendekatan perniagaan tidak dapat diguna-pakai didalam UMNO.Ramai
Pemimpin UMNO sedar bahawa partinya itu kini dalam menghadapi masalah ramai ahli dan pemimpinnya berfikiran spt apa yang diungkitkan oleh Berita Dari Gunung. Cheng Ho silap jika mengatakan Pemimpin UMNO menafikan akan keujudan rasuah dalam dirinya.
Ketika ini, hatta Tun Mahathir telah menyatakan kerunsingannya dan menganjurkan akar umbi dan Pemimpin melayu 'menyerang' bukan sekadar 'berhujah semata'. Bukankah ini merupakan satu kesedaran dikalangan pemimpin UMNO?

ni aleq laa said...

ni apa ni main tekan2 nii, mat tyson tak suka laa mcm nii.

Mat tyson kata zaman aljub dulu tak ada main tekan2 gini.

Anak Pantai Merdeka said...

Salam Datuk,

Rasuah dalam UMNO merupakan barah yang sukar di ubati. Barah ni kalau dibiarkan akan menghancurkan UMNO.

Saya cadangkan kepada para calon yang bertanding kalau nak bagi zakat, bagilah pada yang layak dan apabila cukup haul bukannya masa pemilihan.

Unknown said...

Salam Bro

Kita WAJIB kembali ke jalan yang benar.UMNO perlu di ISLAM kan....

Unknown said...

Dr.Mahathir berkata-kata seolah-olah semasa dia menjadi PM dan Presiden UMNO dulu perkara sebegini tidak pernah wujud.walhal semua orang tahu dari dulu benda ini sudah ada tetapi mengapa sekarang dia begitu lantang bersuara dalam hal ini.

mungkin kerana dia bukan lagi ahli UMNO maka dengan itu dia berani bersuara?.

tapi memang benar politik wang begitu runcing dalam UMNO.70% dari aduan yang diterima adalah disahkan benar dan selebihnya hanyalah fitnah.

70% dari 900 aduan adalah banyak.jika angka 70% itu tidak dikurangkan maka mungkin ia akan bertambah-tambah lagi.

Musallam said...

Salam,

Sebenarnya saya tidak meletakkan harapan yang tinggi bahawa pemimpin UMNO sekarang, khasnya pucuk pimpinannya, akan mampu menghapuskan rasuah dalam parti itu.

Saya pernah menyatakan dalam posting yang terdahulu, jika pucuk pemimpin UMNO mempunyai komitmen yang tinggi untuk menghapuskan rasuah, mereka mungkin boleh mengarahkan BPR dan Jawatankuasa Disiplin UMNO supaya bertindak tegas dan tanpa pandang bulu dalam menjalankan tugas mereka.

Akan tetapi, jika pucuk pimpinan UMNO tidak mempunyai kemahuan dan komitmen yang tinggi dan tidak ada kemampuan untuk bertindak, saya rasa tidak ada sesiapa yang boleh kita harapkan lagi.

Kita boleh menyeru supaya para perwakilan UMNO menolak pemimpin yang melalukan rasuah, tapi berapa orangkah yang akan mendengar seruan itu?

zainal mokhtar said...

Hari ini ditv saya lihat Najib kata sukar nak basmi politik wang dan Hishamuddin kata politik wang tidak seburuk yang dikatakan sekarang. Saya kata kedua-dua pemimpin ini tidak ada kemahuan poltik walau pun ditahap membuat pendirian tegas mengenai politik wang dalam UMNO. Bagaimana nak bertindak kalau begitu ? Teruslah berpeluk tubuh dan jangan benteras rasuah politik. Saya saorang tidak akan mengundi calon UMNO dimasa akan datang, dan akan pastikan kaum keluarga saya dan semua kenalan saya yang mahu mendengar hujjah saya juga berbuat sedemikian !

Tok Kemuning said...

Para pengundi dan bakal pengundi tdak kira samada melayu, cina, india maupun kaum kaum yang lain sedang memerhatikan gelagat para pemimpin UMNO. Yang pastinya daripada pemerhatian ini mereka akan membuat keputusan. Walaupun PRU13 masih lagi 4 tahun kehadapan jangan terperanjat gelagat para pemimpin kita hari ini mereka jadikan sebahagian daripada pertimbangan mereka apabila tiba masa mereka untuk membuat keputusan nanti.

Para pemimpin parti boleh mengkaburkan mata ahli UMNO dengan berbagai cara dan kebanyakkan ahli masih sabar menghadapi mereka. Tetapi para pengundi dan bakal pengundi agak sukar dikaburi. Mereka tidak punyai sebarang kepentingan dalam parti. Jadi apabila mereka membuat keputusan dalam pilihanraya kelak keputusan mereka lebih tegas dan sanggup menolak tanpa mengambil kira parti yang calun anggotai. Para pengundi di fasa kedua Wawasan 2020 ini lebih sedar dan pintar.

Sudah banyak tanda tanda yang wujud bermula dari PRU12 supaya UMNO di "re-engineer" bagi menghadapi para pengundi di PRU13 pula tetapi setelah 8 bulan PRU12 berlalu tiada apa apa yang munasabah terjadi pada re-engineering parti UMNO.

Secara saintifik telah timbul tanda tanda yang menunjukkan UMNO perlu dengan serious re-engineer parti tetapi masih tiada sebarang tanda para pemimpin kita sanggup melaksanakannya.

Para pemimpin kita masih ingin mengekalkan status quo. Mereka akan terus mengekalkan status quo ini selagi angin perubahan diakar umbi masih upaya mereka tangani.

Sanggup kah para pemimpin parti menghapuskan sistem kuota, menghadkan bilangan jawatan yang dipegang dan menyerahkan hak mengundi pada setiap ahli UMNO walaupun sekiranya ianya dapat menyelesaikan 80% daripada masalah utama parti.

pakhashim said...

Bapa Borek Anak Rintik........Apa BEZA!!!!!!

Akmal Hisham Abdul Rahim said...

Salam Datuk Ron.

Saya sebenarnya menhormati Tun Mahathir. Tidak dapat menafikan bahawa beliau banyak membangunkan negara ini.

Cuma dalam masa yang sama saya melihat tingkah laku Tun agak janggal sebagai seorang Negarawan, Nasionalis dan pejuang bangsa Melayu.

Saya merujuk kepada isu bahasa Melayu. Tun sendiri yang laksanakan dasar PPSMI dan pada seminar anjuran GAPENA baru-baru ini, Tun dengan tegas mengatakan bahawa PPSMI perlu diteruskan.

Saya terbaca komen Prof. Awang Sariyan dan Kumpulan Prihatin. Mungkin Dato Ron boleh komen sedikit dalam entri blog masa depan.

www.prihatin.net

http://prihatin.net/index.php?option=com_content&view=article&id=74:ulasan-pandangan-tun-mahathir-tentang-ppsmi&catid=10:ole-ole-dari-beijing&Itemid=12

add said...

Salam Akmal Hisham Abdul Rahim;

Sebenarnya anda masih belum bijak bermain "politik kaum". Sebenarnya PPSMI adalah wadah untuk kita orang melayu boleh menerokai dunia dimasa akan datang... Kaum cina dan Keling amat menentang dasar PPSMI ialah kerana pemimpin mereka tahu sekiranya PPSMI dijalankan kaum -kaum mereka ni akan kecundang dalam peperiksaan umum . Tetapi jika dibandingkan dengan pencapaian kaum melayu jauh beza nya kaum melayu kita berada dihadapan. Ini yang kaum lain takut. Bila melayu boleh menguasai Inggeris dalam mat & Sc maka kaum melayu ada advantage untuk bersaing diperingkat global/glokal.
Bukan strategi jangka pendek tetapi untuk suatu jangka masa panjang. Memanglah Gapena memperjuangakan bahasa melayu. Macam kita la dalam Islam ; Imam al Shafei pernah menyebut " Kalau hendak berjaya didunia , carilah ilmu manakala kalau nak berjaya di akhirat, carilah ilmu"...

Dalam mencari ilmu perlu menempuh dunia inggeris tetapi dalam jati diri kita bahasa melayu tetap relevan sampai bila-bila.

Apabila kita menyebut "memanglah tidak dinafikan TUN ..... ini bermakna kita tidak menghargai pengorbanan dan strategi yang TUN lakukan kerana apa? kerana kita telah menuai nikmat yang diusaha dengan penat lelah oleh TUN dan kita sekarang berada dalam "zon selesa" (negara aman, dapat pendidikan tinggi,kerja gaji besar,rumah mewah,kereta mewah dan segala-galanya boleh dicapai dengan mudah).
Sememangnya apabila kita berada dalam zon selesa maka kita seharusnya bermuhasabah diri kita demi perjuangan orang melayu dan tanah air.
Kita jangan dok pikir sangat pasal pemimpin UMNO tu dapat projek itu ini, kaum cina tak pernah "cah keting" kaum sendiri kerana mereka bersatu hati...
Kita sebagai orang Islam perlu percaya kepada qada' dan qadar apabila pemimpin UMNO melakukan yang menyalahi landasan agama Islam maka klau bukan pemimpin itu sendiri kena balasan ,mungkin kepada keluarga?anak cucu,cicit, kita tk boleh nak meneka...ini adalah kerja ALLAH...

Kepada Zainal Mokhtar;
Saya minta jangan sekali-kali anda membuat pendirian BODOH demi kaum melayu... ingat kalau BN kalah presiden UMNO tak akan dapat jadi PM ,maka sudah jelas Melayu tak akan naik sampai bila -bila sehingga kiamat akan jadi melayu thailand dan melayu singapura..

Jemput ke laman blog saya.....untuk detail...

AFRAR YUNUS said...

salam dato
tun mengaku pula bahawa sistem kuota gagal membenteras rasuah didalam umno. rasuah dipasarkan dalam umno pada zaman tun lagi. ramai yang berkata lambakan rasuah dipasaran ini akan menjatuhkan harga, menurunkan nilai manusia dan akhirnya negara boleh dilelong. boleh jadikah seperti itu?

bat8 said...

Dato Ron

Bungaraya agaknya masih keliru dengan realiti yang ada. Mungkin beliau masih teringat dengan UMNO lama yang sudah 21 tahun telah berkubur dari dunia politik negara.

mungkin beliau terlupa suasana politik dalam tahun 1987 dan 1988 yang membawa kepada penubuhan parti baru iaitu UMNO(Baru).

Beliau mungkin terlepas pandang tentang wujudnya kuasa menteri dalam negeri ( masa tu disandang oleh TDM) untuk memulihkan UMNO lama yang diperuntukkan oleh akta pertubuhan yang menyebabkan UMNO lama dibatalkan pendaftarannya.

mungkin juga dia terlupa espisod bagaimana UMNO(Baru) ditubuhkan. Mengapa pendaftar pertubuhan memutuskan UMNO(Baru) adalah nama sebenar UMNO yang ada hari ini. Juga mengapa pendaftar memaklumkan bahawa UMNO dan UMNO(Baru) adalah dua pertubuhan yang berlainan, tidak ada sambung menyambung anatara satu sama lain.bagaimana pendaftar telah mengenakan syarat bahawa perkatan "BARU" mesti digunapakai oleh UMNO(Baru) yang ada bagi mengelak kekeliruan masyarakat.

Tak apalah jika bungaraya terkeliru kerana sebahagian besar orang melayu juga terkeliru dengan fakta-fakta diatas. akibatnya mereka tertipu dan selalu diperkudakan oleh pemimpin-pemimpin UMNO(Baru) untuk kepentingan peribadi mereka.

bat8

Mika Angel-0 said...
This comment has been removed by the author.
Mika Angel-0 said...
This comment has been removed by the author.
Mika Angel-0 said...
This comment has been removed by the author.