Thursday, July 24, 2008

ADA UMNO CAWANGAN TOLAK ABDULLAH?

Di bawah ini saya siarkan sepenuhnya e-mail daripada Tuan Haji Mustapa Bin Haji Mohd Said, Naib Ketua UMNO Cawangan Ayer Keroh, Bahagian Bukit Katil, Melaka, serta dua komen - satu daripada Saudara Besarsiam dan satu lagi daripada Hairul AS, untuk tatapan seluruh pegunjung blog ini. – Ruhanie Ahmad

Datuk, sebenarnya pada Persidangan UMNO Cawangan Ayer Keroh (cawangan saya) tanggal 19 Julai 2008, satu usul telah dibahaskan dan telah diterima sebulat suara meminta Pak Lah melepaskan jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia, dan tidak lagi bertanding sebagai Presiden UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO bulan Disember 2008 nanti.

Usul ini telah dimajukan kepada pihak UMNO Bahagian Bukit Katil, Melaka, yang mana Ketua Bahagiannya ialah YAB Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam.

Malangnya, tidak ada satu berita pun mengenai usul yang telah diluluskan itu keluar dalam akhbar-akhbar tempatan. Kami rasa, usul Cawangan kami akan dicampakkan ke dalam bakul sampah sahaja oleh UMNO Bahagian Bukit Katil.

Sekian, terima kasih.

Iklas daripada
Hj Mustapa Bin Hj Mohd Said
Naib Ketua
UMNO Cawangan Ayer Keroh
Melaka

Komen Berasiam: Selain 32 cawangan di Gua Musang yang meluluskan usul, sebuah cawangan di Pandan Selangor juga telah meluluskan usul yang senada, mencalonkan selain Pak Lah sebagai Presiden. Usul cawangan di Pandan bukanlah usul tergempar, tetapi usul bertulis yang dimuatkan dalam kertas persidangan.

Komen Hairul AS: UMNO Bahagian Pandan juga tidak akan mencalonkan AAB sebagai Presiden Parti.

22 comments:

Unknown said...

mintak jasa baik datuk untuk tolong turun menyelematkan UMNO kerana datuk masih ada pengaruh dan kredibiliti.
Mungkin Datuk boleh compile semua cawangan yang tidak menyokong atau tidak mahu AAB dan/atau Najib menjadi PM/TPM.
Kalau dapat black&white kita bagi pada lawyer dan kemudian kita survey dan banci dan forward ke MT ke atau buat pengumuman terbuka.
Cara ini mungkin dapat mengejutkan AAB secara direct.
Kalau nak lawyer, saya mungkin boleh tolong.

Unknown said...

"kita melihat pada cawangan yang menolak Pak Lah.bagaimana pula cawangan yang menerima Pak Lah?

alaa...biasa la tu.ada yang suka dan ada yang tak suka.ini lumrah kehidupan.cuma harapnya semua yang membuat usul tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak."

Unknown said...

Tidak apa yang perlu dikomenkan sangat. Akan tetapi yang nyata sekarang ini terdapat perpecahan di dalam parti UMNO sendiri. Ada yang percaya dengan kepimpinan AAB, ada yang tidak, malah ada yang berada di situasi tengah-tengah atas sebab-sebab yang tertentu. Tapi apa yang pasti parti UMNO perlu bertahan daripada dilemahkan oleh parti-parti pembangkang yang terdiri darida 2 pakatan, PR.

Slyders said...

Kalau Ali Rustanm nak bakul sampahkan usul tulen ahli parti dari akar umbi... sudah sampai masanya beliau dengan pak lah di bakul sampahkan. Pemimpin mcm ini hanya merosakkan UMNO.

mn said...

A.kum Datuk,

Saya setuju dengan kenyataan Datuk Nazri Aziz.."Kenapa UMNO harus takut dengan pemimpin-pemimpin muda" ??

Teddy said...

Dato'

Saya tidak hairan jika melihat puak-puak tertentu terutama pembesar UMNO melakukan coup de'etat ke atas golongan young turks yang mahukan perubahan.

saya tertanya sendiri.. apakah peringkat cawangan tiada kuasa langsung dan apakah keputusan berkaitan parti hanya ditentukan oleh pengerusi perhungan negeri yang boleh mengaku membawa aspirasi akar umbi?

ALI MAIDIN said...

Kalau berita hal umno pun akhbar tutup, inikan pula berita bukan umno ye. Bilalah agaknya akhbar nak bebas dari budaya mengampu. Nasib ada blog tuan melepas geram.

www.sokongpr.blogspot.com

Unknown said...

Dalam mana-mana parti pun sama je. Tak kira PAS, UMNO, PKR, DAP dan sebagainya. Takde apa yang nak dihairankan. Cuma perkara ini harus diambil berat oleh pemimpin UMNO dengan hati-hati kerana pihak pembangkang tunggu peluang untuk ambil kesempatan dari kelemahan parti.

Akar Umbi said...

Menurut laporan SUKJ, Nazri Aziz berkata.. "Kenapa UMNO harus takut dengan pemimpin-pemimpin muda" ??

Masa dia dalam Pemuda, Nazri kata "Pemuda jangan takut buat salah dan tak perlu memohon maaf"

Kesimpulannya, dah tualah katakan.....

Badr said...

Dato' Ron,

Salam. Hanya ahli umno yang boleh dan mampu mengubah keadaan dan nasib masa depan politik umno. Yang bukan ahli umno, walau bagaimana briliant pun idea mereka, tak mampu dan tak ada upaya mengubah keadaan dan halatuju umno. Kerana itu, kita harap ahli umno perlu mempunyai keberanian dan kewarasan yang munasabah untuk melakukan anjakan paradigma, melakukan hijrah sikap dan pemikiran serta membulatkan niat dan tekad - untuk berubah. Selagi mereka masih "dalam selimut" lama, selagi itulah mereka tidak akan dapat mengelak dari menjadi "lembu sembelehan" pemimpin mereka setiap kali sampai "musim kenduri". Wallahua'lam.

Sang Rajuna said...

Agak menggembirakan ada juga ahli UMNO yang tidak mencalonkan Pak Lah sebagai presiden UMNO dalam mesyuarat agung di peringkat cawangan.

Tapi bagaimana pula di peringkat Bahagian?

Saya rasa kalau pemimpin di peringkat Bahagian ramai yang menyokong tindakan ini, mungkin usaha mengganti Pak Lah atau mempercepat proses peralihan kuasa itu lebih mudah terlaksana.

CUCU TOK KEDU said...

Dato Ron yang dihurmati.

Kon selalu sangat tertanya-tanya kenapa ahli-ahli UMNO masa sekarang ini amat takut untuk menyatakan yang benar jika pemimpin mereka bersalah? Rasanya Dato ada jawapan yang terperinci.

Ada yang berani tapi dibelakang2. Kenapa ahli UMNO tak memegang prinsip: Menegur bukan bererti benci. Pemimpin UMNO pun kenalah faham prinsip berparti!

http://rp-semantan.blogspot.com

CUCU TOK KEDU

slyderrose said...

Inilah masaalah besar kat Malaysia. Pemimpin tak mahu turun walaupun banyak buat silap dan tak mampu memerintah. Kalau di Jepun mudah aje..sikit buat silap,,sukarela letak jawatan. Beres. Maklum le kat negara kita ini pegang kuasa bermakna bolih buat duit. Kadang kita malu kenapa bangsa melayu begini dan Islam pulak itu. Macam mana kaum lain nak respect melayu dan islam? Dah itu gunakan media salahkan orang lain. Adakalanya buat fitnah tak kasi orang lain yg layak untuk menerajui negara. Pening. Kacau betul pemimpin melayu nie.

Letak aje jawatan. Kasi orang lain pulak. Kan dah cukup kaya. Apa hendak lagi?. Nak bantu rakyat?. Dah overdue. Dah lama memerintah tidak banyak perubahan. Sudahlah tu. Berhenti. Rehat. Jaga cucu. Atau duduk kat masjid atau surau buat amal ibadat banyak-banyak. Dok sibuk kununnya nak bantu rakyatlah. Kasi orang lain pulaklah. Boring betul aku dengan Pakl Lah. Tapi ahli umno pun penakut. Tak berani berkata benar. Cakap belakang-belakang aje. Depan Pak Lah...kelu lidah. Boring aku.

Kerajaan Rakyat said...

salam Datuk,

Kes seperti ini bukan kebetulan tetapi kebiasaan.

Bila sesuatu kerap dilakukan, ia menjadi budaya.

Salam takzim

Quantum Metal Consultant said...

Realitinya terlalu sedikit yang mengatakan tidak kepada Dolah, majoriti masih mahu dan mempertahankan Dolah tidak kira samada terpaksa, disuap atau apa sahaja alasan. Dalam politik, kotor atau bersih, minoriti kena terima keputusan majoriti.

Dalam keadaan Najib yang serba 'pondan' dan Muhyiddin serab 'bisu' belum nampak satu perubahan besar pada UMNO.

Tetapi harus diingat bahawa jika ada percaturan awal agak membahayakan juga kerana percaturan sedemikian awal awal lagi akan dipintas, dicantas dan digempur oleh pro Dolah.

Kita mengharapkan tindakan drastik dan 'corner baring' dapat dibuat di saat saat akhir permulaan mesyuarat agong bahagian dibuat oleh Najib dan Muhyiddin.

CUCU TOK KEDU said...

Kalau ahli-ahli UMNO dah tak boleh tolak Pak Lah yang dah mengarut tu! Lebih baik ahli-ahli UMNO tolak UMNO ke dalam parit biar tenggelam untuk selama-lamanya!

M.Sulaiman (utohkacil) said...

As'kum Dato.

Dlm sejarah UMNO, mana ada ketua bahagian yg berani menentang ketua negeri.

Hitam kata ketua negeri maka hitam lah kata ketua bahagian. Kalau dulu ketua cawangan pun sama juga dgn ketua bahagian.

Kalau ada ketua bahagian yg berani buka mulut menentang, sah 'pendek rezeki'

Tetapi pada masa ini, ketua cawangan lebih berani. Tapi setakat cawangan saje.

Mana ada ketua bahagian yg sanggup kehilangan 'hak2 istemewa' mereka.

Ketua2 bahagian ini telah 'di bela dan di belai dgn baik dan penuh kasih sayang.'

Ketua2 bahagian pula akan membelai ketua2 cawangan pula.

Ahli2 mesyuarat pula di beri 'makan' kenyang untuk bermesyuarat.

Akhir keputusan nye: 'Pi mai pi mai, tang tu juge!'

MD said...

Dear Dato'

Biasalah - ada yang setuju, ada yang tidak. Biarlah cawangan dan bahagian menjalankan tugas mereka. Masa ni lah juga biasanya digunakan untuk mengumpul wang.

Tapi cuba tanya diri kita - berapa kerat-kah ahli umno (dari akar umbi sehingga ke presiden) yang betul-betul bekerja untuk Agama dan Bangsa tanpa mengira imbuhan? Dan yang tidak berdengki jika ahli lain mendapat habuan lebih banyak daripada apa yang kita dapat?

Tetapi perkara seperti ini telah merebak juga dalam parti-parti lain - Mungkin juga dalam parti pas (Sebagaimana terjadi dalam pemilihan peserta untuk Ladang Rakyat di Kelantan).

Apa dah jadi pada negara kita? Ada kecacatan dalam sistem pemilihan dan kepimpinan kita. Mungkinkah kita menuju kehancuran? Kalau tidak kerana duit minyak yang berjumlah ber-trillion ringgit, rakyat kita dah lama mengemis dan mengorek sampah untuk hidup - percayalah!

Check and balance, and accountability - dah tak betul.

Apa yang kita boleh buat dato'? Sudahkah terlambat? nasi dah jadi bubur?

Unknown said...

Dato'
Sedih terlalu sedih, perjuangan apa yang dibawa UMNO sekarang ni tak tau lah...Islam, Melayu dan negara ini semakin dipijak2 maruahnya. Seperti kata utohkecil...kalau nak harap ketua bahagian bersuara tentang kepimpinan PL, usah mimpilah...tangan dah terikat, mulut dah bersumbat....ketua cawangan apatah lagi...

Cuma saya merayu kepada ahli2 UMNO, bukalah mata, pandanglah wajah anak2 anda....adakah anda sanggup membiarkan anak and merempat di bumi sendiri hanya kerana "kasih" yang teramat kasih kepada PL...tindakan harus diambil segera.

PRU12...ahli2 UMNO sendiri menyatakan protes kepada PL dengan mengundi pembangkang....mengapa buat kerja bahaya begitu ? Jangan lagi kita berbuat kesilapan kali ke 2.... Wadah terbentang di cawangan dan bahagian...nyatakan pendirian anda di situ...tolak PL...buat usul undi tak percaya...

Jika kita usulkan DSNajib, Ku Li atau TSMuhyidin sebagai calun Presiden, saya percaya, ia akan hanya sia-sia, kerana MT UMNO telah memutuskan, kuota pemilihan telah ditetapkan...PL akan guna senjata ini di bahagian2, kerana itulah DSNajib terpaksa "menampar" UMNO Kg.Ibai yg mencalunkannya....

Kepada Naib Ketua Cawangan Ayer Keruh, jangan putus asa....teruskan perjuangan anda, tidak ada manusia yg akan dapat hidup menongkat langit !!!

Syahir said...

Usul cawangan USJ 2 mencadangkan Najib - Presiden dan Timbalan - Muhyiddin. USJ 2 under Kelana Jaya

Kikuri-hime said...

This is the aftermath of PRU12. Dlm parti sendiri pun dah berpecah belah. And then, they expect us, the people, to unite. To all the so-called 'leaders', WAKE UP AND SMELL THE REALITY!!!!!

Kikuri-hime said...

Salam, datuk.. tolongla buat ulasan pasal cadangan Pas suruh bubarkan Umno dan Pas dan bentuk satu parti baru. Saya nak dengar comment datuk on this matter. Thanks in advanced..