Tuesday, April 22, 2008

Kontroversi Ternakan Babi
Dan UMNO Parti Kampung

Politica

Di bawah ini saya siarkan komen Politica mengenai isu UMNO sebagai parti kampung. Mudah-mudahan kita semua dapat iktibar daripada komen yang selamba dan pedas ini. – Ruhanie Ahmad

Saya masih ingat Tun Musa Hitam cerita pasal UMNO (sebagai) parti kampung. Dia cakap waktu itu, kita jangan lupa yang UMNO asalnya di kampung-kampung. Jadi, dia minta kita semua hayati semangat dan ciri-ciri kampung yang sentiasa segar dan relevan sepanjang zaman. Contohnya, orang kampung penuh dengan permuafakatan, penuh dengan sikap kerjasama, bertolak-ansur, jujur, ikhlas dan sentiasa penuh dengan kesetiakawanan.

Itu yang Musa Hitam minta orang UMNO hayati. Ciri-ciri, sikap, semangat dan nilai-nilai itu yang perlu dihayati sepanjang masa dalam perjuangan.

Bukan macam hari ini. Masuk UMNO, bayar satu ringgit, dah mula minta lesen kontrektor kelas F. Kejar YB sana, kejar YB sini. Lepas tu beli kayu golf untuk gesel bahu dengan DO, SU Majlis Daerah atau Engineer JKR.

Dah dapat duit, bertanding AJK (UMNO) guna duit (hasil kerja-kerja) kontrek. (Bertanding) main politik wang. Tabur sana, tabur sini. Bila menang, sibuk nak cari banyak lagi duit kerana tiga tahun lagi nak guna (banyak lagi) duit (untuk) beli undi, mungkin untuk tanding Ketua Pemuda, Naib Ketua, Timbalan Ketua atau Ketua Bahagian.

Ini yang bikin UMNO rosak. UMNO digunakan sebagai sijil atau ijazah untuk cari wang dan lepas (berada) dalam UMNO, main politik wang untuk dapat jawatan. (Individu seperti ini) sapa saja dia langgar kerana dia ingat duit dia lebih besar dari kesetiakawanan, permuafakatan atau kejujuran dan keikhlasan dalam perjuangan.

Kesan gandaan kepada sikap bulldozer macam ni yang bikin UMNO ranap, punah, ranah. Tak cukup duit sendiri, duit towkey babi pun dia orang sapu.

Sebab tu macam (kontroversi) kes (ternakan) babi di Selangor yang tengah kecoh waktu ni, salah seorang shareholders syarikat ternak babi itu (dipercayai) adalah bekas YB UMNO. Apa nak jadi? Tak percaya, pergilah cari sapa bekas YB UMNO di kawasan Morib tu. Tanya dia, betul tak dia ada saham dalam syarikat ternak babi?

Pasal apa dia sampai sesat macam tu? Pasal nak duit. Untuk apa? Pasal dia nak guna duit untuk kekalkan kedudukan dan kuasanya. Sekarang? Dengan kuasa ALLAH SWT, terlingkup dia.

Mudah-mudahan ini semua jadi pengajaran kepada kita semua. Itu pun kalau masih ada orang UMNO yang nak hayati semula sifat kekampungan UMNO di abad ke-21 ini! - Politica

10 comments:

ipanna said...

umno ternyata dah rosak dah..
jelas dan nyata kekudisan umno ini..
knp masih lagi bergelumang didalam lembah idealogi sesat ini?
apesalah berpindah parti yang lebih bersih, jelas dan nyata perjuangannya.. kalo ade kekurangan, apabila kt jadi ahli nanti, kt suarakan pandangan kt..
boleh tak??

lamandau said...

Memang betul apa yang diluahkan olih Politica. Itu memang realitinya dengan UMNO semenjak tahun 80an! Sebelum itu kalau kita masih ingat Umno di monopolikan olih golongan guru semenjak ia di tubuhkan lagi. Ketika itu juga, guru lah yang merupakan reservoir kepimpinan di segenap cerok kampung - mereka merupakan tempat masyarakat bergantung untuk mendapat kepimpinan. Ketika itu kita lihat dalam setiap PAU majoriti perwakilan nya adalah terdiri daripada guru! Mereka dengan secara sukarela meberi khidmat kepimpinan untuk mencatur dan mewarnai corak politik ketika itu. Tiada perkiraan wang dan juga tiada pertandingan sengit kerna semua hanya ingin menyumbang bakti dengan ikhlas dan jujur!
Sebab itu kalau kita lihat , sesiapa yang menjadi Menteri Pelajaran, sudah pasti akan menjadi pemimpin ulung!
Keadaan ini saya rasa muai bertukar apabila pintu keahlian Umno dibuka seluas2nya kepada golongan koprat yang dibawa masuk olih seorang hamba Allah(you know who)untuk membantunya mendapat tempat dalam politik UMNO. Pengaruh guru telah semakin hari semakin luntur gara2 kegelojohan golngan baru ini yang menggunakan wang secara membujur lulu melintang patah!! Pengaruh guru juga terhakis apabila sesaoran pemimpin telah mengeluarkan arahan ketat melarang guru2 kumpulan A berkecimpung dalam politik. Penglibatan guru2 kumpulan B dan bawah dibenarkan dengan permohonan bertulis. Keadaan ini telah membuat kumpulan yang satu masa dulu terkenal sebagai pelopor partai UMNO, 'chissed-off' dan tidak mahu melibatkan diri dengan politik UMNO.Keadaan ini telah menjadi advantage kepada parti pembangkang.
Saingan yang diberikan olih golongan koprat terhadap golongan guru begitu hebat yang juga telah melunturkan nilai2 'kampung' itu sendiri.
Golongan koprat ini kebanyakan nya menggunakan proksi atau membela 'hantu raya' untuk menjalankan usaha mencari pengaruh. Mereka ini jarang tinggal dibahagian nya dan menggunakan kuasa wang untuk mengekalkan pengaruhnya. Ini realitinya sekarang ,Datuk. Ini juga punca membawa kepada keruntuhan UMNO. Kalau keadaan ini berterusan,ahli2 UMNO masih dibuai dengan wang, dan kepimpinan spt ini masih mencorak UMNO, saya kuat mempercayai bahawa UMNO akan lenyap dibumi bertuah ini menjelang 2020!!
PRU 12 membuktikan rakyat telah mual dengan keadaan ini. Orang2 cina sudah mulai mencemuh UMNO dan pemimpin2nya. Orang2 India tidak lagi senada dengan UMNO. Kesemua perasaan ini telah diterjemahkan dalam bentuk undi! Mungkin PRU 13 akan melihat UMNO berada di kerusi pembangkan dalam parlimen!!!(God forbid)

sniper said...

niat dan keikhlasan menjadi kunci.

dalam suasana di Johor, saya rasa org PAS adalah yang paling ikhlas.

tolak suasana sebelum 2008..tak ada org yakin PAS boleh menang apa-apa kerusi di Johor secara 'anak jantan', bahkan orang kuat PAS sendiri pun tak yakin..

tapi mereka terus bekerja keras ?? Ini yg orang UMNO kena faham dan belajar..bahkan kalau menang kerusi sekalipun, Adun PAS juga tidak akan diberi kemudahan sebagaimana dinikmati Adun UMNO..

jadi apa sebab mereka nak bertanding ? kerana kuasa ?..tak ada pun.. kerana harta? .. tak dapat apa-apa tender/projek pun..

yang dapat ? penat, letih, kena kutuk dek umno, kena tindas ..

mn said...

A.kum Datuk,

1. Datuk, sebelum PRU-12 saya selalu menasihati kawan-kawan iaitu 'Jika nak kaya cepat masuk Umno. Tapi kalau nak jadi alim masuk Pas'.

2. Selepas PRU-12 pula, saya beritahu mereka..'Kalau nak kaya nak projek masuk Pas atau Pkr. Tapi kalau nak jadi insan yang baik selalu muhasabah diri masuk Umno'.

3. Kalau tak mahu masuk Umno, Pas dan Pkr ikut su-kj...kita tunggu peluang untuk hentam...kita hentam semua.

http://www.penyokong-kj.blogspot.com

udin said...

Kenapa sibuk sangat dengan hal babi... tak sedar ke harga daging lembu dgn kambing tempatan mahal... tak mampu rakyat jelata nak beli.. beli daging kerbau india mampulah... apelah salahnya kerajaan labur 100juta buat ladang ternakan lembu dan kambing kat Malaysia ni..lagi banyak faedahnya...boleh juga buat secara moden kan??? tak boleh??? buatlah lawatan ke kandang lembu dan kambing kat luar negara tu...tak payah buat lawatan kat kandang lembu kaki pendek tu...kuburkan aje koridor tipu2 rakyat tu...kita buat je koridor lembu dan kambing...lagi banyak faedahnya kepada rakyat jelata...PAS,DAP,Keadilan...bela lembu dan kambing lebih baik dan terpuji dari bela babi...maka...tok stapa...ape lagi...bukaklah koridor lembu dan kambing kat kelantan.... banyak faedahnya...

Kamalkamal said...

Datuk,

Memang benar apa yang dinyatakan oleh Politica. Apa yang dikesalkan walaupun UMNO agak kritikal ketika ini perkara sama juga masih dibawa dalam permulaan kempen pemilihan yang akan datang.

Kalau ada calun yang nak bertanding jawatan peringkat Bahagian, fulus mesti lebat baru dapat sokongan. Kalau calun yang menawarkan diri tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh, tawaran di pandang sepi. Maknanya politik masih berlegar dalam arena politik UMNO. Sampai bila ahli-ahli UMNO nak memilih pemimpin berasaskan wang bukan berdasarkan daya kepimpinan dan kewibawaan calun. Kalau amalan ini diterus UMNO hanya menunggu hari untuk ditalkinkan.

Salam Haziq said...

Email kpd Tan Sri M taib,

Saudara menyuruh memberi komen terhadap kementerian saudara, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta jabatan dan agensinya. Tapi malangnya, mula2 dah mengharu birukan rakyat.. Apa rasionalnyar saudara menubuhkan JPP.. Ini semakin memecah belahkan rakyat negeri. Sepatutnya saudara menasihati JKKK akan berkerja sama dengan kerajaan negeri yang baru… Ini tidak, seolah-olah ingin membalas kemenangan kpd kerajaan yang baru. Dah lah terpaksa pulak membayar gaji kpd JPP pulak, tak ker membazir… Ingat Tan Sri, rakyat sentiasa memandang tindak tanduk saudara… Kalau macam ni keputusan Tan Sri… insyallah PRU13 pihak BN akan menghadapi kekalahan lebih teruk…. Ini salah satu contoh…

Lagi satu Tan Sri sibuk ingin menyatu padukan orang Melayu, tindakan JPP tu menyatu padukan Melayu ker?????????. Yang terancam hanyalah orang2 UMNO, sila buat analisa, pada PRU12 (Parlimen) UMNO memenangi 78, PAS 23 dan PKR 20 (Melayu), total = 121. Pada PRU 11, UMNO=110,PAS=9, PKR=1, total 120. Tak tau ker Melayu dapat lebih 1 kerusi Parlimen. So, saper yg terancam..

Macamana agama dan syiar islam nak berkembang, sekolah2 agama rakyat seperti dianak tiri… Sepatutnyer diperkembangkan dan diperkasakan… Disinilah titik tolak untuk melahirkan modal insan yang berjaya.. Ini tidak konsert2 seperti sureheboh bersungguh2 diiklankan… Beranikah pemimpin dalam UMNO menegur or join sekali?

Ingatlah Tan Sri, perjuang kita didunia bukan semata-mata perjuangan bangsa semata-mata… Diakhirat nanti kita tidak akan ditanya pasal bangsa kita.. Yang ditanya adalah amalan dan perjuangan agama kita. Belum terlambat untuk mengembangkan syiar islam selagi hayat dikandung badan… Saya tau Tan Sri adalah hardcore UMNO.. tapi Allah lebih mengetahui segala2nyer…

Untuk pengetahuan Tan Sri, 2-3 hari terakhir sebelum pilihan raya, di surau2, persendirian hanya berdoa agar diberi kemenangan kepada parti yang memberikan keadilan, sbb kami tak mampu lagi utk menagkis serangan media2 perdana (cetak n elektronik)… alhamdulliah Allah makbulkan…

Diatas adalah sebahagian dari ribuan isu yg tak tertulis disini… Wasalam

tinta maya said...

semangat betul bila membaca komen-komen insan-insan maya.. secara halusnya saya dapat lihat komen-komen anda semua menunjukkan keprihatinan anda terhadap apa yang dihadapi oleh UMNO.. kehancuran umno, kekayaan umno, ketaksuban ahli-ahli umno, semuanya dinyatakan dengan terang dan jelas.. hmm tapi bila dah bercakap bab politik ni, kita bercakap tentang kuasa, bila bercakap tentang kuasa, ianya berkenaan keperluan untuk mendapatkan kuasa.. secara kasarnya memandangkan UMNO nie satu parti yang memonopoli dunia politik di malaysia maka semua org melihat kepada setiap kepincangan dan juga kelebihan yang dimiliki, tapi kekadang kita tak sedar kelebihan yang dimiliki oleh UMNO itu sendiri dinikmati oleh kita semua, manakala kepincangan dalam UMNO itu digunakan oleh insan-insan lain untuk merebut kuasa yang ada.. jadi apa bezanya antara UMNO dengan rakan parti lain yang bergelumang dalam pentas merebut kuasa ini? Jika kita melihat ramai org UMNO yg gila dan tamak, jadikan tu iktibar, bkn menghentam.. JIka kita kata ramai org umno kaya, ramai juga rakan parti lain yang kaya setelah keluar dari umno.. Jika umno itu tidak bagus, idealoginya sesat, maka parti yang wujud dr serpihan perpecahan umno juga dipenuhi dengan bekas-bekas ahli umno yang sesat juga idealoginya.. jika idealogi umno ini sesat, tak semestinya UMNO ini masih lagi mampu bertahan di usia 62 tahun ini.. Jangan kita asyik mendongak melihat pelangi yang indah, hinggakan kita terpercik lumpur ke muka sendiri.. Kelebihan dan Kekurangan itu adalah hakikat kehidupan.. Fikir-fikirkan la yer...

Wassini said...

Kepada En.Udin yang kukasihani (kerana tidak tahu lagi hal yang sebenar). En Udin kos kandang babi berteknologi tinggi adalah ditanggung dari duit penternak babi dan bukannya dari kerajaan negeri Selangor.

Ko ada jiran orang bukan Islam dan anjingnya selalu masuk dalam kawasan rumah ko. Jiran ko yang bukan Islam tu nak buat sangkar untuk kurung anjingnya DENGAN DUIT SENDIRI. Yang ko pulak gi pompang pompang macam kaldai kena sembelih apa kejadahnya??? Tak ke bingai nama nyer tu??? Anjing, anjing dia... sangkar pun pakai duit dia. Bila anjing dia kena kurung ko jugak yang senang sebab anjing dia tak masuk dalam kawasan rumah ko lagi.

zack said...

Sebenarnya melayu tidak lupa! Yang lupa hanya UMNO-UMNO yang sudah mangli kepartian tunggal yang mutlak.....dulu kini dan selamanya sudah tidak boleh pakai.

Dek terlupanya penting kepimpinan selain dari kerakusan mengekalkan kuasa secara secara diktator dalam kepimpinan UMNO terlupa dan melupakan pentingnya pelapis. Bukannya pemimipin yang tangkap muat. Orang aku, kroni aku, proksi aku atau siapa sahaja yang dipilih bukan kerana wibawanya sehingga berulang peristiwa Hang Nadim!

Mengapa Hang Tuah kesal membunuh
Hang Jebat? Apakah Hang Jebat berpuas hati kerana derhakanya?

Apakah selama ini UMNO melantik pemimpin yang bagaikan kaduk naik junjung atau Pak Pandir yang menang sorak kampung selalu tergadai macam apa yang sedang dan akan berlaku di WPI.

Atau apakah terlalu sibuk mencatur bergilir membahagikan kekayaan semsama gelagat hingga terlupa apa yang akan ditinggalkan kepada bangsa dan tanah air.

Hukuman yang patut diterima memang wajar. kalah dan hilang majoriti. Ini kerana semasa mereka diberi peluang gajah depan mata pun tak nampak. Bila sudah kehilangan jawatan pemimpin barulah sedar diri. segalanya akan jadi isu. Pengalaman JE dilupakan begitu sahaja. Projek diluluskan. Tapi kini berbunyi pula orang yang meludah ke muka sendiri. Itulah bila sudah desprated barulah guna akal. Jika tidak percayalah Malaysia akan jadi pengekspot babi terbesar dunia. Walau Seluas-luas negara China pun bercadang hendak menternak babi di Malaysia. Hebat bunyinya!