Thursday, April 10, 2008

Abdullah Diminta Berundur

Majoriti pemimpin UMNO peringkat bahagian di Kedah sependapat bahawa kekalahan teruk BN dalam PRU12, termasuk di Kedah, adalah angkara kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Khairy Jamaluddin selaku menantu Abdullah juga turut menyumbang kepada kekalahan berkenaan.

Oleh itu, hampir keseluruhan pemimpin UMNO Kedah menggesa Abdullah untuk segera mengundurkan diri sebagai Perdana Menteri, pengerusi BN dan Presiden UMNO. Khairy juga didesak meninggalkan UMNO dengan serta merta.

Pendapat dan gesaan di atas disuarakan oleh majoriti kepimpinan UMNO Kedah peringkat bahagian dalam satu majlis tertutup dengan delegasi UMNO Malaysia pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, di Kelab Cinta Sayang, Sungai Perani. Kedah, padi tadi. (10 April 2008)

Kepimpinan UMNO yang hadir juga mencadangkan supaya Najib diberikan mandat jadi Perdana Menteri dengan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang turut menyertai delegasi berkenaan, sebagai Timbalannya. Saranan ini menerima tepukan gemuruh daripada hadirin.

Perkembangan di Kedah ini mencerminkan realiti sentimen sebenar anggota dan pemimpin UMNO akar umbi pasca PRU12 di seluruh negara. Malangnya, Abdullah yang terus berada dalam state of denial tidak mahu menerima hakikat ini. Sebab itulah Abdullah kini dalam proses memburu pihak-pihak yang kononnya mensabotaj UMNO dan BN sehingga kononnya menyebabkan BN kalah teruk dalam PRU12.

Lantaran itu, wajarlah kepimpinan UMNO peringkat akar umbi terus bersuara dengan lantang, jelas dan nyata seperti apa yang disuarakan oleh kepimpinan peringkat bahagian UMNO Kedah hari ini.

Fikir-fikirkanlah. Bulan depan UMNO akan merayakan harijadinya yang 62 tahun. Mungkinkah sempena hari berkenaan semua pimpin dan ahli UMNO akar umbi di seluruh negara akan memberitahu Abdullah bahawa masanya sudah tiba untuk beliau berundur secara terhormat daripada persada kekuasaan negara dan kepimpinan parti? – Ruhanie Ahmad

[Nota: Saya memohon jutaan maaf kerana dalam tempoh hampir seminggu ini saya tidak membuat apa-apa posting dalam blog ini. Ramai pengunjung yang bertanya, adakah saya tidak sihat atau sedang berhadapan dengan aral yang besar. Jawabnya: Alhamdulillah, saya sihat walafiat. Tetapi, kini saya sedang di peringkat akhir “pertapaan” untuk menyiapkan buku terbaru saya berjodol Angkara Dolah Badawi yang gambar kulitnya terpapar di side-bar blog ini. Buku ini adalah analisa saya mengenai PRU12. Insya Allah ia akan berada dalam pasaran pada minggu ketiga April 2008. – Ruhanie Ahmad]

27 comments:

ipanna said...

bulan julai ni saya balik malaysia, first thing to do is to buy this book.. to show my support to datuk.. kt support PR la plak datuk.. bley tak?

straycat's strut said...

Glad to see u back. I am just worried that after a while, you will re-appear hugging and kissing and crying and apologizing to Pak Lah...

Nah, I dont think so.

pek percubaan said...

bila datuk nak masuk parti pas or whatever?

pek percubaan said...

saya akan cuba cari buku tu

Unknown said...

Salam,

Eh Ruhanie x dapat jemputan mcm sangkelembai ke...dgrnya diberi RM1 million. X perlu le susah2 tulis buku...

Unknown said...

Salam Dato ,

Saya berada dalam dewan dari mula hingga tamat,apa yang dapat saya simpulkan ialah UMNO Kedah tidak lagi mempunyaai keyakinan terhadap kepimpinan PAK LAH dan Mahadir Khalid,mereka inilah angkara kekalahan kedah.Mereka rata rata berpendapat PAK LAH dan mantan MB Kedah adalah pengkhianat paling besar di malaysia.

spycatcher03 said...

Awas Datuk ada penembak bloggers on the loose! Just being tamed by Pak Lah di Sbh! His mission will be to engage bloggers who post negative things about Pak lah!!!

MatKodiang said...

Semasa berada di Brisbane baru-baru ini,saya terdengar iklan radio anti-merokok kerajaan Queensland. Kata-kata iklan ini ada kaitan secara tidak langsung dengan tajuk posting Dato' kali ini. Ia berbunyi begini, "to quit is hard, but not to quit is harder". Ketika mendengarnya saya terus teringat dekat PM kita. Memang sukar bagi PM untuk berundur. Namun hidupnya akan menjadi lebih memeningkan dan tak keruan jika beliau tidak mahu berundur dengan baik. Contohilah Michael Schummacher,pemandu F1 yang tersohor yang sanggup berundur ketika berada dipuncak kegemilangannya.

Apa pun, terpulanglah kepada PM kita. Dia lebih mengetahui apa yang terpendam di benak hatinya mengapa begitu sukar melepaskan jawatan PM tu. Kepada Dato' Ron,tahniah di atas kelahiran buku baru.....

Shahrulmd said...

Assalamualaikum Datuk, what is your reaction on Sang Kelembai move to support Pak lah? I hope Datuk will remain as what you are now.. Insyallah UMNO will bounce back with new leader.

Ben Walat said...

Maaf la Datuk, anda sendiri berada dalam keadaan "state of denial" ... bila pulak UMNO yang keahlian pertamanya (001) Tun Mahathir berusia 62 tahun?

tinta laser said...

Datuk,
Kalau sebelum ini saya ada menyatakan pandangan berkenaan isu semasa melibatkan UMNO, dan Raja2 Melayu. Maka, sayugia dimaklumkan bahawa pandangan itu tidak menunjukkan bahawa saya menyalahkan kepimpinan UMNO semasa sahaja. Apa yang penting dan perlu disedari oleh semua pemimpin dan bekas pemimpin UMNO, bahawa mereka sebenarnya TERLIBAT SAMA secara langsung atau tidak langsung dalam polemik yang sedang melanda. Untuk itu ingin saya mengingatkan kepada individu yang begitu pandai mengatakan 'Melayu Mudah Lupa'dan menjadikannya begitu popular supaya TIDAK BUAT-BUAT LUPA perbuatan mereka semasa BERKUASA suatu ketika dulu. Janganlah pandai menyalahkan kepimpinan sekarang sahaja yang sememangnya bersalah pun tetapi perlulah mencermin diri mereka juga agar kerosakan yang wujud sekarang ini yang juga berpunca daripada 'Dia' atau 'Mereka' tidak sekadar dipikul oleh AAB sahaja. Rakyat yang tidak 'BUTA', 'PEKAK' mahupun 'DUNGU' sememangnya faham akan situasi ini. Ini tidak juga bermakna PEMBANGKANG yang sedang selesa menguasai beberapa negeri akan terlepas daripada pandangan mata dan penilaian kami. Kuasa yang diterima oleh mereka, pada pandangan saya bukanlah bermakna Mereka cukup berkuasa untuk membuat apa saja tetapi sebagai eksperimen rakyat terhadap sejauhmana kata janji mereka boleh dipegang atau adakah mereka sama sahaja dengan parti politik perdana yang semakin kelam ditelan mendung. Saya percaya sekiranya kedua2 alternatif barisan parti ini tidak mampu memahami dan mendukung aspirasi rakyat, maka jangan TERKEJUT jika rakyat mencari alternatif lain yang tidak ada kaitan dengan kedua2nya. Rakyat semakin muak dengan pelbagai isu yang melanda. Adakah Ahli dan parti politik dilahirkan dan dilantik demi melahirkan negara yang aman, damai dan makmur. Atau mereka hadir sekadar ingin sama2 berebut-rebut mendapatkan bahagian masing2 dalam memamah harta rakyat dan negara. Jangan ingat, dengan memburukkan seseorang maka yang lainnya akan terselamat dan diterima dengan mudah. Kerana terpalitnya seekor kerbau dengan lumpur, maka kawan2nya yang lain akan tetap terpalit juga. Adakah berbeza antara mereka, kerana LUMPUR TETAP LUMPUR.

Maaf Datuk sekiranya luahan rasa saya agak panjang lebar, tetapi itulah apa yang saya percaya tersemat dalam hati dan jiwa sebahagian besar rakyat jelata. Kami melihat bagaimana begitu gelojohnya ahli2 politik kerajaan mahupun pembangkang memainkan pelbagai isu demi meraih satu undi daripada kami. Setakat ini kami masih menaruh harapan, janganlah sampai nanti tiada lagi harapan yang mampu kami beri kepada mereka2 ini....Mohon keikhlasan Datuk untuk memaparkan luahan hati saya ini. Semoga difahami oleh para pemimpin politik sama ada PRO KERAJAAn MAJORITI atau pun PEMBANGKANG.

m r said...

v
Umno secara terang membenarkan pemilihan kali ini menggunakan wang (politik wang)...katanya, takan nak berkempen nak makan angin dan telan air liur (rujuk Utusan Malaysia).

Ini menunjukkan yg ada kuasa dan beruit akan terus mempengaruhi perwakilan ketika mereka berkempen....

Jika amalan ini diteruskan..Yang berduit spt `ehem2' pasti akan muda untuk mendapat Jawatan tertentu dlm parti, jika perwakilan lemah kerana dibeli dgn wang ringgit untuk memberi undi...

Kesannya, memang buruk sebab rasuah sekali lagi x dpt dibendung.
pemilihan x adil dan membuatkan RAKYAT semakin jauh dngn UMNO - meluat ulang perangai lama.

Sekarang ni, dah pun ada kaki2 melobi calon untuk menjadi org tengah membayar kpd perwakilan...Ini perkara benar dlm umno...Bagi tukang membawa beg `james bond' inilah masa untuk membuat segera - Alahai sampai bila nak berubah

MALAYSIA KOPI TIAM

m r said...

DTk Seri Najib disaran supaya berani meletakan penderian untuk menjadi PM..dan Mahyudin Yasin TPM..

m r said...

Untuk jawatan ketua pemuda umno..biar ada peruebutan..baru best..Kalau menang tanpa bertanding
alamat...org bawah Yesss boss je la.. Sampai bila nak maju.

Takut ada hadnya, anak jantan kena berani.

- MALAYSIA KOPI TIAM

Anim said...

Dear Dato,
Saya suka baca komen2 dato dan bila seminggu dato tak update blog, risau pula ..takut another 'sang kelembai'. Alhamdullillah tidak.

shahbandarmalakat said...

Akum.Saya pun turut tertanya tanya pasal penyepian datuk.

masalah nya Datuk ada kalangan orang Umno kini yg menerajui cawangan pun dari gulungan dua kali lima dengan pucuk pimpinan di atas. mereka merebut jawatan di peringkat cawangan pun atas cita cita mahu kaya tak mahu ketinggalan sekurang kurangnya dapat naik perahu menghampiri kapal lanun lanun di atas tu,bagi dia orang ni dapat cempiras pun ok.

Asas penubuhan UMNO baru ni dah tersalah.

Jadi tak hairan lah bila ada cawangan yang di kuasai oleh orang orang yang lakunya tak ubah macam geng star.

kalau boleh Umno nak di bersihkan dari bawah sampai atas.

Pemilihan baru mesti di buat .Ahli mesti jujur memilih pemimpin yang iklas berjuang di peringkat cawangan masing masing.

Dari situ lah akan kita perolehi pemimpin yang bernas.

Sekarang ini UMNO di perlekehkan. Orang di luar sana bercakap kita tak perlu lagi party berasaskan perkaumanan (race based parti atau politik).

Memang lah suara sumbang ini datangnya daripada orang yang berkepentingan untuk bawa Malaysia jadi negara republik akhirnya.

Dan amat dukacita sekali orang orang melayu mula termakan gula gula ini dan menyokongnya idea ini.

Ada yang berfikiran kenapa perlu berlindung di sebalik bangsa? kata mereka yang utama dalam dunia ini Ilmu, bila kita sudah mempunyai ilmu kita tak perlu nak berselindung di sebalik bangsa.

Hujah mereka, orang yang berselindung pada bangsa menunjukan orang itu unsecured dan lemah.

Mereka ini lupa dari mana datang nya mereka dan mereka tak nampak negera mana yang tak pentingkan bangsanya.Dinegeri china dan India sendiri mengutamakan bangsa mereka dan mereka tak bersedia menerima bangsa lain kenegeri mereka.

Saya walaupun belum lagi menyertai UMNO tapi Melayu saya tetap Melayu Melaka dan akan teruskan mempertahankan hak Melayu yang kita warisi yang masih ada walau pun sedikit sangat yang tinggal.

Kalau Umno di Kedah hendak kan najib yang ambil alih maknanya mereka tak berjiwa besar dan orang ini tak dapat menilai intan ke kaca.
Dalam banyak orang Melayu di malaysia hanya Najib seorang saja yang dia orang nampak?

Saya rasa Datuk lebih baik dari Najib.wassallam

HELICONIA said...

not the time for embuhLAH anymore

:)

mn said...

1. Jika Pak Lah berundur, jelaslah PM ke-6 sama ada Najib atau Anwar.

2. Faktor masa dan keadaan akan menentukan siapa diantara mereka yang layak menjadi PM Malaysia ke-6

3. Pada kaca mata su-kj, berdasarkan kedudukan politik terkini, Anwar akan menjadi PM ke-6
http://www.penyokong-kj.blogspot.com

Kerajaan Rakyat said...

Salam Dato'
Tahniah atas kegigihan menyiapkan buku terbaru. Semoga buku itu nanti bakal menjadi makanan minda rakyat Malaysia, Melayu khasnya.

umno 4ever said...

SUARA KETUa PEMUDA UMNO TENGGARA.
yg bhg datuk,
saya merasakan bahawa suara ketua pemuda umno tenggara seperti yg tersiar di akhbar harian bahasa melayu hari ini yg kononnya mewakili 148 ahli umno tenggara adalah satu keputusan yg kurang tepat.antara persoalan yg bermain dibenak saya ialah
1.adakah beliau mengambil rekod kedatangan tetamu kerumah beliau?
2.adakah pungutan pendapat tentang pendirian mengenai hal tersebut dilakukan dengan adil bg setiap yg hadir?(adakah itu suara mereka)
3.adakah 148 org itu mewakili majoriti akar umbi di bhgn tenggara?
4.adakah 148 org itu telah diberi segala info secara telus tentang duduk perkara yg sebenarnya sebelum keputusan secara kolektif itu dibuat?
5.adakah 148 org ahli itu benar2 peka dengan realiti politik sekarang ini(mereka sedar tak kita cuma dapat 48%?)
6.adakah yg hadir itu dijemput secara selektif sahaja?
7.kenapa beliau yg berjawatan ketua pemuda melangkaui sempadan pemuda dengan menyuarakan sekali suara ketua cawanga? kan bagus kalau beliau membuat rumah terbuka hari selepas pilihanRAYA untuk pemuda!!

luaskanmata said...

Amww Datuk dan sahabat sekalian.

Dalam situasi sebegini molek kalau kita tengok-tengokkan sejarah bilamana Saidina Abu Bakr mengambil ali tampuk pemerintahan sebagai khalifah pertama setelah kewafatan Rasul Allah S.A.W.

Pelbagai ujian dilalui. Selain berhadapan golongangolongan derhaka terdiri dari simurtad, . enggan bayar zakat dan kumpulan mengaku nabi, beliau berhadapan dengan pandangan-pandangan yang berbeza oleh sahabat-sahabatnya perihal menghadapi krisis.

Abu Bakr dengan beraninya dan ketegasan berlandaskan Al-Quran dan Sunnah membuat keputusan yang menjadi titik tolak penting dalam sejarah pembinaan tamadun Islam.

Demikianlah juga kepimpinan yang diwarisi oleh Saidina Ali.

Hanya keutuhan hati dan kefahaman yang mantap terhadap Islam mampu menjadikan seseorang pemimpin itu hebat.

Semoga mereka yang berkenaan fikir-fikirkanlah tanggungjawab yang diberikan dan amanah yang diserahkan. Ketidakupayaan memikul amanah boleh menjerumuskan ke lembah kebinasaan.

Datuk dan sahabat sekalian,

Sorrylah saya dicuit rasa untuk berbicara sedikit panjang bagi berkongsi pendapat dengan Datuk dan sahabat sekalian.

Dalam suasana seperti hari ini, pastinya akan ada harapan baru yang membuah mengimpikan satu keadaan yang lebih baik dan sejahtera bagi rakyat. Demikianlah bagi orang kurang upaya yang mengikuti perkembangan politik tanah air. Nak dikirakan siapa pun yang menerajui pucuk kepimpinan, antara harapan orang kurang upaya ialah nasib yang terus terbela.

Bukanlah bermakna apa yang ada pada hari ini cukup atau tidak cukup. Dengan perubahan yang ada dalam perkembangan politik, perubahan yang baik juga biarlah berlaku dalam konotasi masyarakat terhadap golongan orang kurang upaya.

Harap sahabat sekalian singgahlah di:

www.bprihatin.blogspot.com

bagi mengenali orang kurang upaya lebih rapat dan:

www.forexbmelayu.blogspot.com

mengenali keupayaan orang kurang upaya dalam usaha mengisi keperluan hidup.

Sekian, wasalam.

Zainal A. Kasim said...

Masalahnya Datuk..., cerita macam ni banyak yang keluar. Kejap kat Kelantan, kejap kat Johor, kini kat kedah pulak.

Tetapi cerita-cerita ni tak ada "kejantanannya" sebab bila kita check balik semuanya "menikus". Semunya tak berani nak bercakap secara berterus terang. Cakap kat belakang-belakang sahaja.

Yang berani cuma TDM (keseorangan) dan yang lain.....

Pondan....

http://c-bok.blogspot.com

Kamalkamal said...

Datuk,

Pada masa ini pilihan terbaik hanyalah Datuk Najib dan Tan Sri Muhyiddin. Ini mengikut "ranking" dalam parti apabila Datuk Abdullah Ahmad Badawi bersara. Mahukah AAB berundur????

Suara akar umbi perlu diteliti dan dihalusi kemudian baru buat keputusan yang muktamat.

Di Kedah, beberapa kawasan putih seperti Parlimen Sungai Petani, Merbuk, Kulim/Bandar Baru yang belum pernah dikuasai pembangkang sejak merdeka, kini menjadi kawasan pembangkang. Tentunya ahli UMNO akar umbi dan pemimpin Bahagian-bahagian berkenaan tahu puncanya.

Sebagai ahli UMNO dan pengundi di Parlimen Sungai Petani, sejak awal kempen lagi kita sudah rasakan bahawa Parlimen Sungai Petani akan berlaku tsunami. Gerakan secara senyap telah bermula apabila calun-calun diumumkan. Hampir 80 peratus warga UMNO tidak setuju dengan pemilihan calun. Maka hari ini PKR telah menguasai Sungai Petani dimana YBnya Sdr Johari Abdul adalah bekas Ahli Jawatan Kuasa UMNO Bahagian Sungai Petani sebelum beliau menyertai PKR.

Neo Jebat said...

Assalamualaikum Datuk,

Tahniah kerana wujud kembali di alam maya ini. Dah lama tunggu warkah Datuk ni akhirnya muncul. Rasa rindu pulak rasanya.

Saya ada setuju dan ada yang setuju dengan kenyataan Datuk. Tapi yang penting, tidak semestinya kita kurang bersetuju dengan "orang atasan" kita kena quit UMNO.Saya rasa Datuk bukan dalam "state of denial" macam mamanda bendahara kita.Kita cuba berusaha untuk meluruskan kembali apa yang bengkok.

Anyway saya wish good luck atas penyiapan buku batu Datuk. Tak sabar nak tunggu buku tu di mana saya rasa buku pertama bagi analysis PRU12.

Neo Jebat said...

Assalamualaikum Datuk,

Tahniah kerana wujud kembali di alam maya ini. Dah lama tunggu warkah Datuk ni akhirnya muncul. Rasa rindu pulak rasanya.

Saya ada setuju dan ada yang setuju dengan kenyataan Datuk. Tapi yang penting, tidak semestinya kita kurang bersetuju dengan "orang atasan" kita kena quit UMNO.Saya rasa Datuk bukan dalam "state of denial" macam mamanda bendahara kita.Kita cuba berusaha untuk meluruskan kembali apa yang bengkok.

Anyway saya wish good luck atas penyiapan buku batu Datuk. Tak sabar nak tunggu buku tu di mana saya rasa buku pertama bagi analysis PRU12.

AMK Padang Serai said...

Carilah orang selain najib tun razak,sekirannya pak lah letak jawatan adakah ideal najib ambil alih?bagi saya cukup memeritkan apabila najib tun razak pula ambil alih tampuk pemerintahan.Harap selepas pak lah ada yang lebih baik dari NAJIB TUN RAZAK.

Conspiracy Theorist said...

As'km Dato Ron,

Saya rasa bab melantik Najib tu hanya lah sebagai caretaker sahaja i.e acting PM till UMNO Assembly je. Lepaih tu kita akan lihat pertandingan merebut jawatan Presiden dan TP juga semua lah jawatan yg ada, heheh..apo nak di kato,..(",)

Pendapat saya yg tak seberapa ini ialah jika kita nak reform UMNO kita bagi lah peluang pada YDM Ku Li dan timbalan nya(siapa?)..err...err... biaq lah org lain pikiaq, jam pulak otak ni,heheh..tapi I personally think DS Najib is not the person as it would be a vulnerable situation based on rumours of his(or wife) involvement in a controversial case which is under the worlds purview..
that leave us with Ali Rusty, Tuan Syed, Muhyiddin Yassin, sapa lagi arr...yg saya tau semua ni dah tak leh pakai, maaf la sebab tindak tanduk yg di tunjukan sebelum ni(5 tahun dah) membuktikan mereka2 ini 'Diehard' Yes man saja sampaikan tidak berani nak mempertahankan MARUAH PEMIMPIN MELAYU(Tun Dr.Daddy) sendiri..tst..tst..tst, sungguh menyedihkan dan memalukan( kalo Jepun dh komit 'HARA KIRI' dah, elloo tegoq2 la baie yg sombong(sebelum ni nak tenggelam dahh!) sampai sekarang saya rasa tak dak sorang pun yang menempelak tuduhan the revengeful and despiseable Baie kat Tun, dia berani kata ahli UMNO pun tak mau dah kat Tun (sedangkan TUN masih di hormati dan sanjungi di persada antarabangsa)Tun is STILL the MAN to be reckoned with, heheh..apo nak dikato...(",) renung2 dan pikiaq pikiaq laa KITA SEMUA... ini untuk semua Melayu sama ada PAS ka PKR ka, takkan sanggup tenguk Tun DR.Mahathir seorang Melayu di hina sebegitu rupa, malu la kita kat bangsa asing yg menghormati padanya sebagai a TRUE STATESMAN AND A GREAT LEADER FOR JUSTICE AND PEACE!... ciao all..heheh...apo nak di kato..TIME WILL TELL..(",)

SAY NO TO NWO!!