Wednesday, January 16, 2008

Abdullah Akan Beri Taklimat
4000 Pemimpin Pasal PRU12

Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dijangka memberi taklimat khas mengenai persiapan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 kepada kira-kira 4000 Ketua dan AJK UMNO Bahagian dari seluruh negara di PWTC pada jam 2.00 petang, 22 Januari 2008.

Sumber-sumber di Ibupejabat UMNO Malaysia memberitahu blog ini kemungkinan besar Abdullah akan menghuraikan beberapa isu penting berkaitan politik dan ekonomi negara.

Abdullah juga dipercayai akan menggesa kepimpinan UMNO di semua peringkat mengaktifkan jentera pilihan raya ke peringkat maksima dengan secepat mungkin.

Soal pemilihan calon dan kemungkinan segolongan muka lama akan digantikan oleh “darah muda” di peringkat Parlimen dan DUN juga dijangka menjadi topik taklimat berkenaan.

Sementara itu, blog ini juga menerima maklumat bahawa pada ketika ini terdapat ramai pemimpin bahagian yang mengambil sikap “tunggu dan lihat” mengenai siapakah yang akan dicalonkan di kawasan masing-masing sebelum menggerakkan jentera pilihanraya mereka.

Beberapa pemimpin peringkat negeri pula ada yang masih tertunggu-tunggu akan nasib masing-masing sama ada akan dicalonkan semula atau digugurkan menerusi PRU12.
Hakikat ini menyebabkan jentera pilihanraya di negeri-negeri berkenaan di katakan belum digerakkan ke peringkat maksima.

Beberapa pemerhati politik pula menyatakan, dalam PRU12 ini kedudukan UMNO di beberapa bahagian dan negeri dikatakan agak terumbang-ambing akibat soal calon dan juga pertukaran Menteri Besar.

1 comment:

kudakepang said...
This comment has been removed by the author.