Wednesday, February 14, 2007

The Toyol Code 2007
Bahagian Tiga:

Betulkah Anwar Dan Khairy
Memang Wujudkan Pakatan?
Oleh Ruhanie Ahmad

Segolongan rakyat Malaysia kebelakangan ini mempunyai satu persepesi kononnya Khairy Jamaluddin memwujudkan satu pakatan politik secara sulit dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Persepsi ini tersebar luas menerusi sembang-sembang internet dan juga sidang parlimen kedai kopi di seluruh negara. Ianya seolah-olah jadi satu hakikat yang benar dan nyata.

Siri The Toyol Code 2006 yang disiarkan oleh www.kuda-kepang.blogspot.com pun ada merujuk kepada persepsi ini. Contohnya, dalam siri tersebut, ‘toyol’ yang menghantar maklumat kepada saya menyatakan bahawa Youngman (Datuk Seri Anwar) dikatakan menasihati Budak Hantu (Khairy) dalam usaha menyediakan satu laporan komprehensif mengenai senarai calon-calon bagi Pilihan Raya Umum (PRU) KE-12.

Secara khususnya, ‘toyol’ berkenaan mengatakan bahawa “penasihat kepada pencipta lagu adalah Youngman.” Kalau anda masih ingat kod-kod yang sudah kita rungkai bersama dalam siri The Toyol Code 2006, “pencipta lagu” maksudnya penasihat kepada usaha menyediakan senarai calon bagi PRU k-12. Dan, “Youngman” adalah Datuk Seri Anwar.

Jadi, maksud sebenar kepada potongan mesej ‘toyol’ berkenaan seperti di atas adalah: Datuk Seri Anwar jadi penasihat kepada kerja-kerja menyiapkan laporan komprehensif mengenai senarai calon PRU ke-12.

Dilema
Saya fikirkan mesej ‘toyol’ seperti di atas sukar untuk diterima. Atau susah untuk dirasionalkan. Tetapi, saya tidak ada cara untuk meminta penjelasan. Ini kerana ‘toyol’ tersebut enggan menjawab sebarang pertanyaan yang saya kirimkan kepadanya menerusi sms. Dia juga langsung tidak mahu menjawab panggilan telefon daripada saya.

Saya pun berdiam diri dalam dilema. Pada waktu yang sama, tiada pula mana-mana pihak yang menafikan mesej ‘toyol’ berkenaan. Adakah ini bermakna mesej ‘toyol’ itu benar?

Tiba-tiba, pada pertengahan Disember 2006, ‘toyol’ yang sama mengirimkan satu lagi siri sms kepada saya. Dia macam dapat membaca dilemma saya. Mesejnya mengatakan bahawa Youngman tidak ada kaitan dengan Budak Hantu.

Saya hairan mengapakah ‘toyol’ itu menafikan mesejnya sendiri yang dikirimkan kepada saya sebelum ini? Adakah ‘toyol’ itu sebenarnya seorang daripada mereka yang pernah saya tanyakan, sama ada betul Khairy ada pakatan politik secara sulit dengan Datuk Seri Anwar? Adakah begitu hakikatnya?

Jadi, saya pun berteka-teki sendirian. Adakah mesej ‘toyol’ yang terbaru mengenai tiada wujudnya pakatan Khairy-Anwar ini satu propaganda atau satu realiti? Siapakah ‘toyol’ itu sebenar-benarnya?

Strategi
Kata mesej terbaru itu lagi, Youngman tak mau diperalatkan oleh Budak Hantu. Youngman akan tetap berjuang dalam parti Keadilan? Youngman akan menyusun strategi Keadilan untuk PRU ke-12.

Saya tidak memandang remeh info terbaru ini. Sebenarnya, saya lega dengan info tersebut. Sekurang-kurangnya, hujjah hati saya selama ini, bahawa mana mungkin Khairy berkomplot dengan Datuk Seri Anwar, terbukti betul. Sekurang-kurangnya info itu mungkin dapat memadamkan persepsi umum rakyat Malaysia, bahawa kononya Khairy-Anwar memang berkonspirasi.

Tetapi, bila saya melayari pelbagai lamanweb dan blogs tempatan, saya jadi keliru. Mana satu yang betul? Adakah anggapan bahawa pakatan politik secara sulit antara Khairy dengan Anwar itu betul?

Inilah yang jadi pokok persoalannya masa ini. Mana satu yang betul? Betulkah Khairy-Anwar tidak berkonspirasi? Atau, betulkah Khairy-Anwar memang berkonspirasi?

Hati saya berdebat pasal hal ini kerana kalau betul ada konspirasi antara mereka bedua, konspirasi itu pasti membawa implikasi kepada rentak dan tari dalam politik nasional Malaysia. Kalau tidak betul pun, tentunya ada kesan dan implikasi kepada politik Barisan Nasional (BN) dalam PRU ke-12.

Benar
Baiklah. Saya sekarang mahu menerima hakikat bahawa mesej ‘toyol’ yang terbaru mengenai tiadanya pakatan politik antara Khairy dan Datuk Seri Anwar ini sebagai hakikat yang benar.

Kalau benar, macam mana pula Datuk Seri Anwar, ketika ini kelihatan seolah-olah menjadikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, sebagai sasaran utamanya? Mengapakah Datuk Seri Mohd. Najib ketika ini dihentak dan disungkit secara bertubi-tubi oleh Datuk Seri Anwar dan kumpulannya?

Adakah serangan bertubi-tubi kepada Datuk Seri Mohd. Najib ini satu fenomena siasah yang natural? Mungkinkah ini hasil satu perancangan politik yang ditaja oleh sesuatu pihak tertentu, berasaskan kepada perkembangan semasa?

Salahkah kalau ada pihak-pihak tertentu beranggapan bahawa serangan Datuk Seri Anwar itu seolah-olah terangkum dalam suatu usaha tersusun untuk meminggirkan Datuk Seri Mohd. Najib daripada arus politik perdana?

Saya menimbulkan persoalan ini kerana dalam mesejnya pada pertengahan 2006, ‘toyol’ yang sama pun pernah menyatakan bahawa Datuk Seri Mohd. Najib mungkin dipinggirkan menerusi PRU ke-12.

Razak Baginda
Saya juga terdorong bertanyakan soal Datuk Seri Mohd. Najib ini kerana banyak pihak kini mempunyai pelbagai tafsiran dan huraian terhadap musibah yang sedang menimpa Datuk Razak Bagida. Sebilangan tafsiran dan huraian itu adalah negatif kepada Datuk Seri Mohd. Najib.

Sebagai pemerhati, saya berpendapat bahawa perkembangan seperti ini adalah tidak sihat. Ia boleh menjejaskan kesejahteraan politik Datuk Seri Mohd. Najib sendiri dan juga kesejahteraan BN dalam PRU ke-12 kelak.

Jadi, terserahlah kepada kita semua untuk mencari rasional sendiri kepada mesej ‘toyol’ yang mengatakan bahawa Khairy-Anwar tidak mempunyai apa-apa pakatan sulit untuk mencorak serta mewarnakan suasana siasah Malaysia mutakhir.

Saya sendiri beranggapan bahawa segala desas-desus atau persepsi umum mengenai wujudnya pakatan antara Khairy dan Datuk Seri Anwar adalah rempah ratus siasah yang sengaja dihidangkan kepada kita semua untuk merancakkan lagi lenggok dan tari pergerakan politik tanahair.

Bagaimanapun, demi negara tercinta ini, janganlah diizinkan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa itu melenakan kita semua sehingga kita jadi terpukau dan ngorok (pinjam bahasa Rocky’s Bru) sampai kita tidak sedarkan diri bila rumah kita digeledeh maling durjana!

6 comments:

Mika Angel-0 said...

tengok-tengoklah
menteri kewangan
kedua itu
menari.

indah lenggang-lenggoknya
sampai terkhayal parawista
maling dujana.

peace atau PIS
mainan bahaya

anwar bebas mencari
rezeki bersama
kawan-kawan yang
duduk semeja
tak ubah
the Last Supper.

sahabat gunung said...

Tidak kira sama-ada Anwar bersekongkol dengan siapa pun, aku yakin DSAI tidak akan mampu kembali kepada UMNO tanpa sokongan dari akar umbi.

spycatcher03 said...

Mika angel-O,
I think you should give better comment than this abstract posting. I can't grasp what you are trying to tell us. I'm sorry to point this out because some of the posting by Datuk Ron is very pertinent to our political well-being. Thanks

spycatcher03 said...

Mengapa secara tiba2 Toyol Datuk berubah sikap? Jangan2 kedudukan beliau telah dikompromikan? Kalau macam tu susah lah Datuk nak dapat maklumat yang betul dan tepat, apbila pemberi maklumat Datuk telah 'wavering'.
Saya amat bersetuju bahawa budak hitam dan the youngman ada pakatan dan 'deal' yang telah lama di buat, mungkin semasa budak hitam berada di oxford. Buat masa ini jangan kita terperangkap dengan lakonan dan sandiwara mereka berdua , both are good actors cuma youngman lebih verstile. Tetapi dalam keghairahan mereka berdua menjalankna aktiviti untuk memantapkan tapak kaki mereka diarena politik kebangsaan, kedua2 mereka telah menyerlahkan 'common objective' mereka secara terang2....menghentam Najib. Disini telah diperlihatkan kerakusan mereka untuk menjayakan kesepakatan yang telah dimetraikan.
AAB pada hemat saya memang "in the know' dan memberi restu, kalautidak masakan membebaskan youngman sebegitu mudah, sedangkan semua orang tau ujudnya 'political enemity' antara mereka berdua.
Kita sering di ingatkan bahawa petualang2 youngman masih ramai di kalangan UMNO dan kepimpinan tinggi UMNO! Amat senang jika youngman dibawa kembali dengan restu AAB. Sikap pemimpin UMNO yang di rasok fenomena 'geleng2, anguk2', memudahkan lagi usaha ini.
Politic is an art of possible, maka tidak hairanlah kalau sekarang lawan besok jadi kawan. Itu sudah lumrah bagi manusia yang tidak berpegangk kepada prinsip diri sendiri !
Bagi saya Datuk, youngman is not releven anymore to UMNO. Beliau telah menconteng arang kepada bangsanya sendiri. Saya amat yakin rakyat tidak akan memaafkanya, kalau tidak masakan PRU2004 hanya menang i kerusi parlimen !!!
Mungkin kawan yang lain yang sentiasa prihatin dgn blog Datuk akan memberi kupasan yang lebih bernas dalam isu ini..saya mohon.Salam

Mika Angel-0 said...

then try harder spycatcher!

jangan nanti tutup pula blog ron ini. main-main saja sajak ke puisi ke atau sampah macam yang ada saperti selalunya dari saya.

tahu jalan
tahu cara
tahu matlamat

kenal diri
kenal tuhan

jangan susah-susah,
don't worry! be happy!

'Dean's List' tu apa?
aku, cgpa 1.38
pasal itu la
lu orang pinteeerrr
macam kamu
dan lain-lain
susah mahu faham
orang macam saya

code MIKA ANGEL-O
is no michealangelo:
i m mika
and
i am angel zero
but mika was
and is the angel of war

wutever said...

politic is an art of possibility...wether DSAI got any "affair" with KJ or not...our priority is to remove the current half past six govt and replace it with a "kepedulian rakyat govt"...
second me?