Ruhanie Ahmad
Di Kedah mutakhir ini kononnya tercetus satu psywar atau perang saraf yang menggunakan analogi sikap ular tedung dan ular kapak.
Psywar ini jauh berbeza dengan huraian Niccolo Machiavelli mengenai singa dan serigala dalam karyanya the Pricne kerana Machiavelli mengeluarkan analoginya untuk memotivasikan kepimpinan negara dalam menjaga kelangsungannya.
Tetapi, perang saraf di Kedah ini mempunyai matlamat yang sama dengan kisah singa dan serigala ala-Machiavelli. Perang saraf ini dipercayai adalah satu daripada strategi PAS Kedah untuk mempertahankan kelangsungannya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 13 kelak.
Ular tedong bila ditiupkan serunai dengan irama yang lunak dan merdu akan membangkitkan kepalanya yang seperti senduk, kemudiannya menghembus-hembus, tetapi jarang sekali mematuk peniup serunai berkenaan.
Ular kapak tidak boleh dijinakkan oleh mana-mana peniup serunai. Ia juga sering bertindak seolah-olah mematikan dirinya. Tetapi, bila dipijak oleh binatang buas atau manusia, dia terus bingkas mematuk si pemijak tersebut dengan bisanya yang boleh membawa maut.
Perang saraf ala-ular kapak ini kononnya sudah diketahui umum di Kedah pada hari ini. Ianya dikatakan ditujukan khusus kepada kalangan ADUN BN, terutamanya UMNO.
Menerusi doktrin ini PAS Kedah dikatakan cuba menyebarkan mesej perang safar bahawa ADUN BN jangan cuba-cuba menggugatnya tanpa usul periksa.
Jika mereka berbuat demikian, pentadbiran Negreri Kedah di bawah PAS dikatakan akan berindak seperti ular kapak yang dipijak (walaupun secara ak sengaja) oleh binatang buas atau manusia. Ia akan terus mematuk sipemijaknya dengan bisanya yang boleh menyebabkan nahas.
Inilah kisah yang berlegar di kedai-kedai kopi di Kedah sekarang. Benar atau tidak, sukar untuk dipastikan. Namun begitu, sumber-sumber memberitahu saya baru-baru ini, kononnya wujud sesetengah kalangan yang memang gentar dengan psywar ini.
Tetapi, ada juga sahabat-sahabat memberitahu saya bahawa majoriti pihak UMNO tidak gentar dengan perang saraf ini. Mereka terus bekerja keras untuk menebus kekalahan BN di Kedah menerusi PRU13.
Kata mereka, jika karenah beberapa ‘panglima perang’ atau warlords di kalangan mereka dapat dihapuskan, dan semua pihak bekerja keras sebagai satu pasukan yang komited, peluang BN menebus Kedah adalah tidak mustahil.
Dalam pada itu, ada juga sahabat-sahabat berkata, BN Kedah perlu menganalisis tindak-tanduk serta gerak-geri Menteri Besar Kedah yang dikatakan sentiasa merendah diri dan pintar memikat hati orang BN menerusi pendekatan ala-kampungan, walaupun dikatakan sehingga menyebabkan sesetengah kalangan PAS berasa kecil hati.
Pada waktu yang sama, Menteri Besar Kedah mutakhir ini adalah seorang yang tidak jauh bezanya dengan kalangan BN. Beliau dikatakan sering memberikan sidang media dalam bahasa Inggeris yang fasih, tidak berjubah malahan selalu berkemeja siap dengan cufflings, dan pernah menghadiri majlis rasmi dengan berpakaian monkey jacket siap dengan bow-tie.
Demikian ole-ole yang saya bawa pulang dari Kedah baru-baru ini. Kisah di atas mungkin kecil, tetapi inilah realitinya di Kedah sekarang. Menteri Besarnya boleh disorong ke tengah dan di heret ke tepi---bertindak serba boleh untuk menawan hati orang UMNO, MCA serta masyarakat Siam yang menjadi sumber kekuatan BN di era pra PRU 12.
Kesimpulannya, doktrin ala-ular kapak di Kedah hanya sekadar perang saraf, BN Kedah, khususnya UMNO, perlu mengukuhkan saf serta jemaah perjuangan mereka, seluruh warlords UMNO perlu segera berdamai, dan kesemua lapisan kepimpinan BN juga perlu mendampingi rakyat secara kampungan dengan ikhlas dan jujur. Jika ini sedang dilakukan, ianya perlu ditingatkan sehingga rakyat jelata, khususnya golongan atas pagar, kembali tertawan dengan BN dalam PRU 13.

4 comments:
sdra,
rasa saya,sbg rakyat n kedah,memang betul seperti apa yang sdra tulis di atas.dalamkalangan orang umno setempat pun mengakui hakikat bahawa ds azizan begitu orangnya.dalam sembang saya dgn kawan-kawan dari kalangan umno,seolah-olah tak kisah kalau beliau jd mb.walaupn menyokong umno,kerap menimbulkan masalah dan rasa tak puas hati atas tindakan-tindakan yang dilakukan oleh mb terdahulu.itu belum lagi dihitung sikap,percakapan dan cara berkomunikasi dgn rakyat.omno dan calun mb umno ada tugas sgt berat utk mengembirakan ahli dan rakyat kedah jika memikirkan akan jawatan mb lagi
pklemand
Dengar risik-risiknya dalam PRU 13 ini, bukan saja Kedah, malah Kelantan pun akan jatuh ke tangan BN. Entahlah. Hujahnya, "depa" dah dok terlalu lama, maka sampai masa ganti yang baru pulak !
Apa yang berlaku di Kelantan apabila para pemimpin UMNO chah keting dan bercakaran sesama sendiri hingga ke hari ini selepas 22 tahun, Kelantan masih di tangan PAS, ia akan terjadi juga di Kedah dan di Selangor.
Kegilaan masing2 untuk menjadi MB jika menang memakan diri kerana mereka seumpama ketam di dalam bakul, jika ada yang berjaya sampai ke atas, pasti ada yang menariknya ke bawah semula - aku tak dapat biaq hang putih mata, baru padan muka kita. Inilah sikap yang tidak dapat dielakkan di Kedah, Kelantan dan Selangor.
Bagaiamanapun di Kelantan, dengan imej Nik Aziz yang sudah tak berapa molek tambahan dengan keuzurannya serta ada sedikit perpaduan di kalangan pemimpin UMNO, ada satu harapan untu menawan semula Kelantan.
Apapun biarlah Kedah terus di bawah PAS untuk beberapa penggal lagi dan kesempatan ini membolehkan beberapa otai UMNO Kedah sekarang berundur dan digantikan dengan generasi baru yang lebih segar.
UMNO harus memberi lebih perhatian untuk menawan semula Penang dan menjadi Ketua Menteri di sana. Penduduk cina Penang sendiri lebih gemar berketuamenterikan UMNO dari MCA atau Gerakan.
Sdr KLUANGMAN,
Hidup Gerakan! Hidup MCA
(panggilan pulau mutiara song-song)
UMNO harus memberi lebih perhatian untuk menawan semula Penang dan menjadi Ketua Menteri di sana. Penduduk cina Penang sendiri lebih gemar berketuamenterikan UMNO dari MCA atau Gerakan.
Silalah datang tengok-tengok pulau mutiara yang tenggelam ini mana tahu nanti benar pengamatan anda situasi politik di sini.
Pertanyaan: boleh bertahankah hantu 'Arab Spring' hidup dengan ular-ular baik tedung kapak tibanya nanti PRU13 memandangkan kalau-kalau jelma ular cintamani itu sememang adalah cerita Melayu UMNO Tanjung yang faham falasfah Barisan Nasional yakni Ketua Menteri tetap bukan orang UMNO walaupun bukan UMNO menang 1 kerusi. Ada paham? Atau hanya test line?
Salaam Ramadan Mubarak
Post a Comment