Thursday, May 26, 2011

TIGA BERITA YANG PASTINYA MENYEMARAKKAN EMOSI




Ruhanie Ahmad




Di bawah ini saya paparkan tiga berita daripada Utusan Malaysia online supaya para pembaca dapat merasakan sendiri paradoks perasaan rakyat mengenainya. Paparan ini saya lakukan sebab mutakhir ini nampaknya hanya orang Melayu dan Bumiputra sahaja yang sentiasa diminta dan digesa supaya bersabar, beretika dan bersusila dalam reaksi mereka terhadap apa jua kenyataan dan tindakan yang disifatkan sebagai pencerobohan sosio-ekonomi, politik dan budaya, terutama sekali yang membabitkan Perlembagaan Persekutuan.

ISU LIBATKAN KAUM: JANGAN TERBAWA-BAWA DENGAN EMOSI

KUALA LUMPUR 25 Mei – Mana-mana pihak yang ingin mengutarakan sesuatu isu berbangkit melibatkan sesebuah kaum, diingatkan untuk tidak terbawa-bawa dengan emosi sebaliknya mengamalkan sifat kesederhanaan. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, sebarang pendekatan dalam memperjuangkan sesuatu isu perlu mengambil kira sensitiviti pelbagai masyarakat majmuk di negara ini.

Menurutnya, budaya berkonfrontasi seperti yang diamalkan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan dalam memperjuangkan kepentingan Melayu hingga mengancam kaum lain adalah sesuatu yang tidak wajar malah tidak diperlukan.

"Dalam landskap masyarakat majmuk Malaysia, kita kenalah lakukannya dalam satu kerangka yang boleh membawa kepada kestabilan, keamanan selain menjaga hubungan antara kaum.

"Yang penting, kita perlu pastikan bahawa cara kita berhujah mengenai sesuatu isu wajar dilakukan secara intelektual, rasional dan tidak membuatkan kaum-kaum lain di negara ini berasa tidak selesa,” katanya ketika ditemu ramah dalam Program Kerusi Panas, terbitan Bernama Radio24, semalam.—Bernama

KES SIMBAH CAT, GANTUNG KHINZIR DI HADAPAN GERAI DISIASAT

NIBONG TEBAL 25 Mei – Polis Pulau Pinang sedang menyiasat kejadian sebuah gerai cendol berdekatan Masjid Lama Sungai Bakap di sini yang disimbah cat merah dengan kepala khinzir digantung di hadapan gerai berkenaan.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, kejadian itu dipercayai berlaku awal hari ini dan disedari sekumpulan jemaah yang baru pulang selepas solat Subuh di masjid pada pukul 7 pagi. – Bernama

PRU: KENYATAAN DAP PERLIHAT PEMBANGKANG TIDAK YAKIN

IPOH 25 Mei – Pandangan DAP supaya semua negeri yang dikuasai pakatan DAP-PKR-Pas tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sekiranya pilihan raya umum (PRU) diadakan tahun ini menunjukkan parti berkenaan tidak yakin boleh mengekalkan kuasa di negeri berkenaan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, DAP sepatutnya menjadi sebuah parti politik yang bertanggungjawab seperti yang dilakukan oleh Pas yang mentadbir Kelantan sejak 1990 sehingga kini, dan Terengganu antara 1998-2004.

"Sebelum ini tidak ada masalah pun, bila pilihan raya umum nak diadakan, pembangkang yang mentadbir Kelantan, Terengganu tidak pernah timbulkan pun isu ini, seperti juga di Sabah satu ketika dulu... mereka ikut sahaja apabila Perdana Menteri umum pembubaran Parlimen,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Semalam, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, Jawatankuasa Eksekutif Pusat parti itu bersetuju supaya empat negeri yang dikuasai pakatan DAP-Parti Keadilan Rakyat-Pas iaitu Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan tidak membubarkan DUN masing-masing jika pilihan raya umum diadakan tahun ini. – Bernama

8 comments:

kluangman said...

Dalam hal yang sebegini kita tidak perlu layan sangat dengan emosi.

Suara KJ - agak2 Dato', siapa agaknya Melayu yang akan terpengaruh dengan cakapannya . Dia hanya membakar dirinya sendiri, berkorban untuk kaum lain, biarkan.

Apa yang berlaku di PP sepatutnya lebih merisaukan Lim Eng Guan untuk masadepan politiknya.

Jangan percaya sangat umpan pembangkang untuk mengelak PRU tahun ini, sebenarnya mereka mungkin mengharapkan tahun ini kerana 'tone dan mood' rakyat tidak berapa menentu dan kerajaan didapati masih kurang sempurna dalam beberapa isu.

Juga kemungkinan, pembangkang secara mengejut akan membubarkan DUN pada tahun ini dalam keadaan BN belum cukup bersedia??

Anonymous said...

salam Dato, oarang Melayu yang sebegini patut nyahkan saja dari UMNO supaya UMNO sentiasa dipandang pembela Melayu. Bukan pengkianat bangsa.Jangan ada duri dalam danging!!!!!!Hidup pejuang bangsa.

Anonymous said...

WHAT I THINK ABOUT KJ

It would be a different perception if the essay on KJ is not by association of his relation with the former Prime Minister couple with his ambiguity and of being an ambitious young Malay lad .

Considering him an unfortunate one or rather accidental by his up bringing as a son of the soil , who practically lived and educated in the foreign environment has became KJ's shenanigan to most .

Put aside the reactionary acumen , I think , KJ is a proactive young lad who has a physiognomy of an ascribed young leader . His articulation of ideas and thoughts are worth for everyone attention and criticism . Nevertheless , the common understanding among many is that KJ has the prerequisite of a strenuous one accounted for leadership .

His setback is his ostentatious character . In taking a liberal stance on issue which summon for defense is undesirable to many conservatives .

He probably has overlooked and refrained in acknowledging the wisdom judgement which stipulated in article 3 of the Umno constitution . The meaning to everyone concern of being a Muslim and Malay in this Nation .

Anonymous said...

Selepas 54 tahun merdeka kenapa Melayu masih lemah? apa dah jadi?segala kekayaan harta benda seperti perniagaan ,rumah kedai,perumahan dsb di monopoli oleh bangsa lain...di manakah kekuatan orang Melayu adakah kerana ejaan ME atau menjadi LAYU...Melayu apabila di berikan projek di gadai/dijual untuk mendapatkan komisen,bila di beri saham di jual kerana mendapat keuntungan segera,disediakan rumah kos rendah di rembat oleh mereka yg berkedudukan dgn alasan tak habis di jual,tanah anugerah di jualkan kerana keuntunggan tinggi.di berikan tapak/lot kedai di Ali Babakan.tapi diri sendiri rela berniaga di tepi longkang secara haram...sekarang bila sudah merempat siap suruh Melayu jangan emosi/bersederhana.....dimanakah silap Melayu ???????

Mika Angel-0 said...

Bung Ruhanie,
Salaams

Paradoks PRU13
(telan panadol dan asprin kata che det)


Lim Guan Eng berkata, Jawatankuasa Eksekutif Pusat parti itu bersetuju supaya empat negeri yang dikuasai pakatan DAP-Parti Keadilan Rakyat-Pas iaitu Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan tidak membubarkan DUN masing-masing jika pilihan raya umum diadakan tahun ini.

Bagaikan buku bertemu ruas
begitulah Guan Eng bertemu Ruhanie

jebat said...

Salam Takzim Bung,

I reserved my comment,

Tahnk you.

blackmar said...

klu nk cerita siapa yg berhak bubarkan parlimen. maka jawapan sbnr bukanlah kerajaan yg sdia ada ( BN).
x fair n x square lngsung. dah le segala mcm kmenterian diguna utk bkempen, refree di beli, padang dibeli,.. masa utk game pun BN gak ke yg control.

hisshh.. ni bukan zaman rakyat bodoh yg boleh diperbodohkan lagi dgn artikel2 org2 yg pandai mcm saudara. entah2 saudara ni pon xtau pasal bab2 moral n etika dlm berpilihanraya ni.
ni aku nk bgtau... yg layak umumkan pembubaran adalah SPR dgn tidak perlu mndapat nasihat BN.
malangnya smua tu takkan berlaku selagi artikel2 saudara tak pernah nk mendidik rakyat tentang moral n etika politik di msia ni.
n satu lg... sape lah SPR tu di mata rakyat... hahaha

Jimmy said...

apa apa isu pun, isu perkauman tidak harus dijadikan sebagai taktik politik.
http://bit.ly/kuNAB3