Friday, May 06, 2011

MELAYU JANGAN INGAT MEREKA SUDAH SELAMAT

Ruhanie Ahmad

Sewaktu hendak menyatupadukan Melayu pada tahun 1946, Dato Onn Jaffar berkata bahawa harapan beliau ialah: MAHU MELAYU BERSATUPADU BIAR JADI KUAT, SEBAB APABILA MELAYU KUAT, MEREKA AKAN SELAMAT.

Antara satu pesanan terakhir Tun Dr Mahathir Mohamad beberapa hari sebelum persaraannya ialah: MELAYU JANGAN FIKIR MEREKA SUDAH SELAMAT.

Saya tidak akan mentafsirkan kedua-dua kenyataan di atas sebab orang Melayu kini semuanya bijak pandai. Oleh itu, tafsirkanlah sendiri kenayataan-kenyataan di atas dalam konteks senario sosio-ekonomi dan politik Malaysia mutakhir dan tanya diri sendiri, ADAKAH MELAYU MEMANG SEBENAR-BENARNYA SELAMAT?

Selain itu, bacalah artikel dalam Utusan Malaysia yang berjodol: Jangan tunggu Melayu-Islam hancur, seperti berikut:

Cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar Pas keluar daripada pakatan pembangkang kerana DAP tidak memperjuangkan Islam adalah sesuatu yang wajar difikirkan kembali oleh pemimpin parti itu dengan sedalam-dalamnya.

Ia bukanlah perkara baru. Malah pemimpin Pas mengakui ia adalah sejarah. Tetapi sayangnya pemimpin Pas tidak memikirkan bahawa sejarahlah yang banyak memberikan pengajaran, kalau kita leka dengan perjuangan asal, kita akhirnya akan berada di landasan yang salah dan menunggu saat kehancurannya.

Ulasan Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya mengenai penyatuan antara UMNO dan Pas adalah sesuatu yang amat jelas membawa maksud bagi membangunkan semula kekuatan Melayu dan Islam.

Untuk membaca artikel selanjutnya oleh Datuk Aziz Jamaluddin Mhd Tahir selaku Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia ini silak akses:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0506&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm




6 comments:

Anonymous said...

Salam tuan,

Melayu kalau tak nak hancur balik semula pd ajaran islam yg betul iaitu dgn mengikut apa yg dituntut oleh quran dan hadis itu saja jalan penyelesaiannya. Melayu umeno kena betulkan semula akidah mereka sebelum nak bersatu dgn pas. Itu pun umeno tak boleh nak fikir pasal mereka dah buta hati sebab terlampau byk bergelumang dgn kemungkaran dan kebathilan.

Umeno lah yg membuat islam dan melayu hancur sehingga dipandang hina oleh kafir. Name it, rasuah, membunuh, merogol, fitnah lucah dan semua yg sejenisnya dah sebati dgn umeno.

Insaflah umeno bertakwalah pd Allah yg akan menjadi hakim di hari pembalasan nanti, apa helah kamu nak menepis soalan2 Allah? mana nak lari? Penyesalan ketika itu dah tak berguna dan neraka jahanamlah tempat kembali yg seeloknya bagi manusia spt kamu.

suis-media said...

dato karat
melayu akan bersatu padu apabila umnok di nyahkan dari muka bumi ini.punca sebenar melayu berpecah adalah di sebabkan parti karat yang bernama umnok ini.

Anonymous said...

Saudara,

Mengapa beban perpaduan orang melayu diletakkan pada PAS, saya rasa ini adalah tidak adil kerana PAS sudah pun dahulu masuk UMNO dan pergabungan ini gagal.

Sekiranya BN benar-benar menjalankan tugasnya dengan baik, orang melayu dan bukan melayu akan terus berpihak kepada BN.

Anonymous said...

pas, ni memang" bodo " dengan kafiak laknat yg nak hancurkan Islam boleh berbaik dengan saudara sendiri tak boleh nak berbaik, Fikirkanlah !!!!

suhaimi said...

Salam,
Demi peperpaduan Islam dan Melayu, bagaimana kalau UMNO, yang sudah terbukti gagal menyatupadukan Melayu dan Islam setelah 50 tahun, dibubarkan dan bergabung dengan PAS? Rasa saya inilah yang wajar sekali. Mengapa mind-set ini sukar diterima UMNO dan seluruh orang Melayu?

Dulu UMNO; kini dan selamanya ISLAM

Anonymous said...

Salam Dato'

Kalau ikut nasihat Utusan, kalau nak selamat, ikutlah perjuangan UMNO.

Kalau ikut nasihat ulama', jika mahu selamat, ikutlah jalan Allah dan Rasul.

Kalau nak selamat, lebih baik ikut nasihat Utusan atau nasihat ulama'...?

Minta maaf Dato' biarpun saya bukan penyokong PAS, tetapi saya sendiri tidak yakin dengan UMNO. Bagi saya, kedua-duanya tidak menjamin keselamatan umat Islam kerana masing-masing kacau-bilau. Bezanya hanyalah, satu puak ada banyak duit & kuasa, satu puak lagi sikit duit & kuasa.