Wednesday, March 23, 2011

VIDEO SKANDAL SEKS: MELENCONGKAN ISU DNA

Ruhanie Ahmad


Lewat pagi semalam, setelah tamat membaca posting dalam beberapa blogs serta laporan beberapa akhbar tempatan mengenai pendedahan video oleh Datuk T yang kononnya memaparkan skandal seks seorang pemimpin besar PKR, saya terus membuat rumusan bahawa tindakan tersebut adalah perbuatan reversed-psychology yang pre-meditated dengan tujuan prima berikut:

Satu: mewujudkan diversion atau lecongan untuk mematikan isu desakan umum terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyerahkan DNAnya kepada mahkamah.

Dua: mewujudkan persepsi umum bahawa video berkenaan adalah perbuatan musuh Anwar, musuh PKR dan musuh Pakatan Rakyat, terutamanya UMNO.

Tiga: mengerakkan simpati umum supaya Anwar disifatkan sebagai seorang insan yang kononnya sentiasa dirundung fitnah.

Empat: memulihkan imej PKR yang kini calar-balar bagi membolehkan PKR bersuara lantang dalam Pilihan Raya DUN Sarawak.

Percaturan seperti ini lazimnya dilakukan oleh sesuatu pihak yang mempunyai team penasihat yang pakar dalam bidang perang saraf dan operasi saraf.

Pendekatan seperti ini juga sering menjadi permainan implisit AS. Contohnya, untuk menghalalkan serangannya ke atas Iraq menerusi perang terorisme, AS mempropagandakan bahawa Presiden Saddam Hussein mempunyai WMD termasuk senjata kimia yang kononnya boleh menggugat keselamatan negara AS serta sekutunya di seluruh dunia.

Propaganda ini diulang-ulang mulai akhir 2001 sehingga awal 2003 sebelum AS menyerang Iraq. Walaupun team persenjataan AS dan IAEA yang membelanjakan ratusan juta USD tidak menemui sebarang WMD atau senjata kimia di Iraq, AS tetap menyerang negara tersebut sebab majoriti komuniti dunia sudah terpengaruh dengan propaganda bahawa Iraq adalah negara yang menaja terorisme.

Suatu ketika dulu, pernah seorang tokoh politik Malaysia menulis surat layang memburuk-burukkan dirinya sendiri semata-mata untuk membolehkan individu yang merebut salah satu jawatan tinggi dalam UMNO ini meraih simpati para perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO Malaysia.

Malam ini, setelah membaca kenyataan dua ahli Parlimen Bebas---Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Zulkifli Noordin---mengenai subjek yang sama, saya jadi lebih yakin bahawa rumusan mengenai tindakan pre-meditated seperti dihuraikan di atas adalah tidak meleset.

Banyak rasional boleh menyokong rumusan ini. Jika kita meneliti seluruh berita mengenai kes ini secara teliti, kita akan menemui rasionalnya. Jika kita membaca seluruh berita ini dan merangkumkannya ke dalam konteks perkembangan mutakhir mengenai desakan umum supaya Anwar menyerahkan DNAnya kepada mahkamah, rasionalnya akan menjadi jelas. Jika kita membaca keseluruhan berita berkenaan dan merangkumkannya pula ke dalam konteks kenyataan Zahrain dan Zulkifli, maka rasionalnya menjadi lebih jelas.

Kesimpulannya, politik Malaysia mutakhir ini, terutama sekali politik di kalangan sesetengah parti pembangkang adalah politik yang amat kotor---politik matlamat menghalalkan cara---politik yang sudah tidak lagi berpaksikan kepada norma serta amalan ketimuran yang menitikberatkan elemen budi bahasa dan tindakan berhemah.

9 comments:

Anonymous said...

ALLAH

zeme said...

Salam Dato',

Saya melihat situasi ini adalah suatu hikmah disebalik kejadian. Hikmah yang membolehkan secara rasional kita berfikir, menilai dan mengambil tindakan. Pertikaian yang mudah disini adalah mengenai pekara berikut.

1. Pertamanya, pihak berkuasa (merujuk kepada Kementerian Dalam Negeri & PDRM) agar lebih peka mengambil inisiatif menyiasat dan tindakan terhadap penayang video terbabit (merujuk kepada Dato T) yang jelas lagi terang menayangkan video lucah dikhalayak ramai. (Ini adalah kesalahan yang sudah termaktub dan boleh didakwa). Segala persoalan akan terjawab bila penayang disiasat.

2. Keduanya, mengikut kenyataan penayang video terbabit pelaku (merujuk kepada orang kena tuduh) melakukan hubungan dengan pelacur warga cina disebuah hotel yang beroperasi menawarkan perkhidmatan SPA. Jadi pihak berkuasa (merujuk kepada Polis, PBT, Kementerian Dalam Negeri) perlu menyiasat hotel mana yang menawarkan perkhidmatan ini sekali gus membanteras aktiviti pelacuran dikalangan warga asing dan tempatan.

3. Ketiganya, setelah pihak penayang disoal siat dan diambil tindakan, barulah kita dapat mengetahui kesahihan pelaku terbabit. Maka setelah mempunyai bukti segalanya, bolehlah kita mengambil tindakan mendakwa dan menghukum si pelaku terbabit.

4. Jelas dan nyata, penayangan video ini adalah berlandaskan motif politik dan suatu konspirasi. Jadi, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan sewajarnya kepada penayang, mereka yang bersuhabat dan pelaku.

Wasalam.

Anonymous said...

premis tak kukuh.. tak perlu kot nak lencongkan.. bahan bukti dah diterima balik oleh Mahkamah Tinggi.. lencong ya?

kudakepang said...

Saudara Zeme, salam takzim.

Moga-moga seluruh pihak yang anda sebutkan di sini peka terhadap pandangan anda. Bagaimanapun, ada seorang Hamba Allah telah mengirimkan reaksinya secara email kepada saya menerusi kata-kata yang seolah-olahnya beliau cuba menyekat kebebasan peribadi saya untuk menyuarakan pandangan saya mengenai kes ini.

Tetapi, saya akan terus memelihara kerahsiaan reaksi ini walaupun penulisnya tidak berani menggunakan identitinya yang sebenar.

Salam takzim: Ruhanie Ahmad

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato', in light of what happens today i.e. since siapa yg terlibat dalam video ni sudah pun di ketahui termasuklah siapa "Peter North" versi Melayu itu, adakah Dato' masih berpegang pada teori Dato' ini?
Atau mungkin ada yang saya terlepas, maklumlah saya duduk agak jauh dari berita terkini, maknanya adakah individu-individu yang mengaku terlibat itu sekarang sebenarnya PR sympathizer yang nak melencongkan isu DNA.

Anonymous said...

Datok Ron, Salam Ehsan. Saya meneliti satu demi satu episod yang menimpa orang melayu (islam) sejak zaman TDM, zaman kejatuhan DSAI, zaman kejatuhan DSAAB semuanya berpunca dari media yang amat tajam memainkan peranan. tetapi yang rugi orang melayu. Saya terpikir biarlah PAS,DAP,PKR,BN berlawan secara jantan tapi akhirnya Islam dan Rakyat untung.

Saya jugak merasakan ( berita terkini) T adalah TS A.Rahim Tambi cik , Datok Eskay dan Datok Shuib telah mengaku dia lah Datok T. Maka apakah untuk melumpuhkan Anwar dan jentera Partinya ini memberiakn kesan saiko kepada rakyat bahwa BN diambang kekalahan dalam PRU13?. Kalau tidak kenapa mereka (Ahli Besar dalam UMNO) secara2 tiba2 bertindak demikian. katakanlah bukan atas arahan UMNO Pusat tetapi percayakah rakyat?

Demi unuk membersihkan ini semua - POLIS mesti bertindak secara independent dan telus sekali.

Jadi andaian Datok isu ini untuk mengalihkan isu DNA sudan ternafi secara total.

Terus terang saya katakan banyak pemuda atau kawan2 yang saya ketemui sudah tidak menghiraukan semua ini katanya "ini bukan isu sekarang".. isu Rakyat harga barang naik, VSS syarikat, tiada projek baru, Kerajaan bayar lambat kpd kontraktor dsbnya.

Jadi apa pilihan kita Datok? Media perlu mematangkan dan mmempertajamkan minda rakyat.. kita bukan berada tahun 60an atau 70an. Umno/BN perlu anjakan selari dengan perseption rakyat. Lihat kenyatan TSARTC - Semata2 dendam lama!.

Wallahuaklam

Anonymous said...

mungkin juga benar apa yang dinyatakan oleh saudara kudakepang tentang isu penyelewengan DNA tersebut.tp tidak mustahil ianya adalah kebenaran yang ingin disampaikan oleh datuk T setelah anwar enggan membuat sumpahan laknat seperti yang dituntut oleh rakyat malaysia dan yang terbaru ialah isu DNA.apa2 pun biar lah anwar dengan prinsipnya sendiri.nak bagi, bagi.xnak bagi sudah lahh.sesungguhnya Allah maha mengetahui.kalau beliau benar,berbahagialah beliau di akhirat.tetapi jika beliau salah, ingatlah azab allah amat2 pedih.kalau nk diikutkan usianya.memang sudah senja yang amat.hanya menunggu malaikatul maut menjemput sahaja.terpulanglah kpd beliau.saya hanya ingin melihat malaysia aman dan selamat dari kacau bilau dan campur tgn asing seperti libya sekarang

Abdullah said...

Salam Dato',
Kita dizaman moden dan bermaklumat. Saya kira undi pun sepatutnya dari WWW saja. Tak perlu susah. Macam bayar incometax.
Ops..
Sekarang kes anaur ni dah jadi kes berat kerana melibatkan isu sex, sosial, lucah, undang-undang,politiking, dendamkesumat, sogokan, kelulusan projek ,letak jawatan, rasuah bla..

Anonymous said...

Wah eneng gambar wali9? seharusnya anda tau apa itu wali songo?(falsafah jowo) ingat siapa kita asal dari lemah (tanah)Yang benar tetaplah benar seperti cerita Nabi Yusuf.