Wednesday, March 23, 2011

JUTAAN MAAF!!!

Rahim Thamby Chik akui terlibat dedah video seks
KUALA LUMPUR 23 Mac - Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik hari ini berkata, beliau adalah antara tiga orang yang dikenali sebagai Datuk T yang terlibat mendedahkan video skandal seks melibatkan seorang pemimpin pembangkang.

Rahim dalam satu sidang akhbar di sini hari ini berkata, dua lagi individu itu adalah ahli perniagaan, Datuk Syazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim.

Beliau turut meminta supaya satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat ketulenan video itu.

Jelaskan, huruf T dipendekkan bagi perkataan Trio. – Utusan: 23.03.2011 5:42pm

Laporan di atas membuktikan posting blog ini awal pagi tadi meleset. Jutaan maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PKR, dan terima kasih kepada Hamba Allah yang menggunakan email grassroots yang menegur saya mengenai posting berkenaan.---Ruhanie Ahmad.

11 comments:

Li said...

Assalamualaikum,Tok.
Saya membaca sekali lalu posting ini dan posting yang dikaitkan melangkau satu posting.
Tok dulu MP Parit Sulong, kan? Selepas itu, ada `darah' arab `kerja' untuk kawasan itu pula, kan?
Saya pengundi di Yong Peng. Saya mengaku tak pernah mengundi BN sejak mula layak dan berdaftar.
2 perenggan di atas bukan tujuan asas saya tinggalkan komen untuk posting yang ini. Tujuan saya ialah, selepas Tok selesai solat dan zikir, semasa berdoa ada atau tidak masukkan doa mohon ditunjukkan yang salah itu sebagai salah, dan mohon juga ditunjukkan yang benar sebagai benar?

Anonymous said...

Saya jangka rakyat makin hilang kepercayaan pada UMNO. DSAI tu seorang sahaja. Ceritanya tak habis-habis dari 1998 hingga kini.

Hanya menyatakan cita-cita menjadi PM, beliau diasak sedemikian rupa. Mungkin cerita-cerita ini hanya sesuai bagi orang yang hanya menerima maklumat tanpa menganalisis.

Saya kagum dengan Kudakepang... rendah diri minta maaf kerana secara jelas Datuk tertipu golongan pemfitnah. Ini satu kes. Besar kemungkinan kes-kes lain juga direka dan diada-adakan juga.

Anonymous said...

alhamdulillah..ALLAH MAHA BERKUASA..aminn

Anonymous said...

Assalamualaikom
Tahniah kerana sanggup meminta maaf secara terbuka. Bukan senang kita nak bawa dosa terhadap mahkluk berbanding dosa terhadap Allah lebih2 lagi yang melibatkan fitnah. Sudah2 lah menyakiti diri dan keluarga DSAI. Mereka juga makhluk Allah yang ada perasaan. Cuba letak kita di tempat mereka. Kesiannya...lepas satu, satu yang mereka terima. Hidup kita tak lama, tak payah lah kita menggadai agama untuk yang sementara ini. Doa banyak2 moga kita diberi petunjuk. Kita tak bawa apa2 untuk ke kubur hanya sehelai kain putih...

Anonymous said...

Salam Dato', saya salah seorang anon yang komen posting Dato' yang lepas.
It's not easy to admit/apologize for one's mis-step.
It shows one's great character and personality. Sebagai warga Seri Medan, I am so proud of you.
Saya suka komen anon 12:09, semenjak 1998, pimpinan kita tak habis-habis dengan obsessionnya pada Anwar Ibrahim yang seorang itu. Ceritanya pulak tak habis-habis pasal sex; dah tak ada modal lain ke?
Rasanya kalau masa, human resource dan wang ringgit RAKYAT yang terpaksa dibazirkan atas obsession pada Anwar Ibrahim selama 13 tahun (tiga belas tahun sahaja) ini sebaliknya digunakan untuk kebajikan RAKYAT, mungkin kurang juga beban kehidupan yang kami tanggung ini.
Kalau kita jujur dan duduk merenung kembali hal obesession pada Anwar Ibrahim ini, rasa hairan pun ada. After 13 goddamn years, and for someone who supposedly have so much dirt on him, the authorities are still struggling. Bila nak habis ni? Maybe they should, apa orang kata, thinking outside the box? Start by slowly walking out of the porn shop.

Anonymous said...

Kebenaran makin teserlah dato. Muga dapat muhasabah siapa yg munafik sebenarnya.

Unknown said...

tak apa lah Dato', kita manusia biasa tak lepas dari salah dan silap. Nabi pun ada buat silap, tetapi kalau nabi tersilap, segera Tuhan menegur baginda.
Kadang-kadang kita terlalu taksub dengan kumpulan yang kita dokong, ditambah pula kita hanya membaca sumber dari satu pihak saja.
Untuk menjadikan kita lebih adil dalam membuat analisis dan komen, kenalah baca dari pelbagai sumber.

Anonymous said...

Memang pahit bila d buktikan bersalah tetapi orang yang tinggi akhlaknya saja yang mengaku kesilapannya. Syabas Dato'.

Anonymous said...

Abis kalau begitu nak diamkan ajer kesalahan yang dibuat oleh orang tu?..Bila buat salah jer kata umno buat fitnah..kalau pas tak bela dan pertahankan setengah mati hambaAllah ni rasanya dah lama dia insaf dan bertaubat. Bila masalah menimpa diri sendiri atas sebab yang dilakukan ketika dia tak ingat Tuhan terus katakan semua tu fitnah yang dibuat oleh UMNO...tak tahulah apa lagi petunjuk yang Allah nak berikan yang menunjukkan perkara ni sejak dari dulu lagi bukan fitnah dan konspirasi.. Wallakhuaklamm..

Muksa said...

Datuk,
sifat berani mngaku silap tu amat dipuji. harap jadikan pengajaran. kita org Islam bile terima berita2 fitnah macam tu yg kita tahu nawaitu nya semata2 utk dptkan political mileage seharusnya kite berfikir berpuluh kali sblm post kan berita tu di laman web ini.

bayangkan org yg baca berita yg Datuk tulis sblm nie , dia percaya dan tetiba selpas tu dipanggil Allah. Apa dia nak jawab bila disoal nanti....penyebar berita... Astagfirullah.

Anonymous said...

Kagum saya melihat dato memohon maaf secara terbuka..sifat yg xde dlm diri ahli UMNO lain..tahniah dato...