Sunday, January 10, 2010

Keselamatan Negara Malaysia

Ruhanie Ahmad

Tahun 2009 menyaksikan beberapa polemik yang boleh menjejaskan keselamatan nasional. Contohnya, polemik mengenai taraf bukan bumiputera, status Melayu dan peribumi dalam Perlembagaan Pesekutuan, soal kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, dan isu Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Kemunculan polemik ini menandakan transformasi pemikiran segolongan rakyat Malaysia terhadap status jatidiri atau identiti mereka, khususnya identiti Melayu-Bumiputera berbanding bukan Bumiputera di era merdeka.

Transformasi ini memang lumrah akibat peredaran zaman dan evolusi persepsi masyarakat. Tetapi, ianya jelas menafikan soal jatidiri rakyat Malaysia yang telah dibina secara perlembagaan di mana penggubalan serta kelulusannya adalah berasaskan persetujuan pejuang kemerdekan yang multi-etnik, budaya, agama, sejarah dan latarbelakang ekonomi.

Oleh itu, pelbagai kelompok elit – politik, agama, sosial, budaya atau ekonomi – yang berjuang merobah status jatidiri komunitinya di negara ini wajar menyedari aspek-aspek sejarah, agama, budaya dan lain-lainnya untuk menghindari perilaku serta kenyataan mereka mencetuskan masalah keselamatan nasional di Malaysia.

Hakikatnya demikian kerana soal keselamatan nasional di sesebuah negara plural yang muda dan membangun seperti di Malaysia wajar dianalisis berdasarkan wisdom dan permuafakatan pejuang kemedekaan negara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kini rakyat pelbagai etnik memang berhak membicarakan pembinaan jatidiri masing-masing serta boleh menyuarakan desakan demi desakan termasuk yang sensitif dan mencanggahi beberapa peruntukan teras dalam Perlembagaan Persekutuan.

Tetapi, janganlah proses pembinaan jatidiri ini meminggirkan sama sekali prinsip-prinsip perpaduan nasional, ketahanan nasional dan keselamatan nasional atau boleh mencetuskan masalah keselamatan nasional.

Ini kerana prinsip-prinsip keselamatan nasional di negara maju yang sebenarnya American-centric tidak boleh dijadikan asas kepada pensekuritisasian keselamatan nasional di Malaysia.

Ini juga sebab core-values atau nilai teras dan referent object atau objek rujukan keselamatan di negara muda dan membangun seperti di Malaysia adalah amat berbeza dengan nilai teras, objek rujukan dan proses pensekuritisasian di negara maju.

Hakikatnya demikian kerana keselamatan nasional di negara maju hanya difokus daripada konteks ancaman luaran sahaja.

Nota: jutaan maaf kerana blog ini tidak dikemaskinikan sekian lamanya akibat pelbagai konstrains teknikal dan peribadi.

24 comments:

zeme said...

Salam Datuk,

Selamat kembali kerana saban kali menjenguk blog Datuk agak sudah lama tiada posting terbaru daripada Datuk.

Hari ini dan saat ini, negara Malaysia yang pernah terkenal dengan rakyat yang berbudi bahasa, sopan santun dan saling menghormati antara satu sama lain tanpa mengira bangsa, budaya, agama dan fahaman telah dikejutkan dengan anasir yang boleh mencetuskan keharmonian dan keselamatan negara.

Isu terbaru berkaitan penggunaan kalimah suci "Allah" yang telah dicabar dan dibenarkan digunapakai sehingga mencetuskan ketidaksenangan penganut agama Islam jelas telah menganggu gugat kesejahteraan negara. Bermain dengan api kecil sekiranya tidak berhati-hati dan dibendung dari awal bisa mencetuskan api yang marak seterusnya membakar keharmonian negara Malaysia.

Saya berpendapat peristiwa ini tidak akan berlaku sekiranya pelbagai pihak mengambil sikap bertanggungjawab dalam menghormati isu apa jua berkaitan agama. Isu ini mungkin lanjutan kesan kepada status perlembagaan yang terlalu mudah memberi "muka" untuk sebarang permasalahan berkaitan agama di bawa hadap ke Mahkamah. Apabila isu berkaitan dan menyentuh agama di bawa ke Mahkamah, bermakna status agama itu sendiri telah dipersoalkan dan dipertikaikan kewibawaan serta kesuciannya wahal perlembagaan telah jelas menjelaskan dan menyatakan bahawa Islam adalah agama rasmi negara Malaysia dan juga mesti menghormati agama-agama lain. Jadi kenapa perlu bermain dengan api dengan mempertikaian isu agama ini sehingga dibicarakan ke Mahkamah?

Saya mencadangkan suatu penggubalan perlembagaan di buat dengan kuasa YDP Agong bagi menwujudkan serta menguatkuasa menrizabkan apa jua bentuk entiti penggunaan yang melibatkan kesucian agama Islam atau agama-agama lain. Jangan hanya kerana kesan 1Malaysia kita beranggapan ia boleh diterjemahkan juga sebagai konsep 1Agama.

Saya berharap selepas ini bilamana penguatkuasaan perlembagaan di buat, tiada lagi pihak penerbitan seperti Herald akan membawa isu agama ke Mahkamah. Jika tidak, mungkin selepas ini ada pula pihak penerbitan yang membawa usul bicara di Mahkamah untuk mengunapakai kalimah suci bagi agama Buddha, Hindu dan sebagainya.

Wasalam.

man dego kg. bendera said...

Membakar gereja adalah satu kesalahan. Mengapa salahkan orang muslim ? Pihak gerajalah yg sengaja mencari pasal. Ketua orang muslim begitu baik sekali ada yg nak jadi jaga gereja ... memberi peruntukan membaiki geraja .. melawat geraja .. tapi tiada satu pun ketuanya yg memberi kata dua kpd pihak gereja tentang sikap mereklah yg menyebabkan pihak muslim bertindak.
PAS,UMNO sama saja. PKR dah tahudah ... bukan parti melayu.

iskandar said...

Asalamualaikum Datuk,

Memang polemik seperti ini menggusarkan hati rakyat.

Setiap orang yang mengaku sebagai rakyat Malaysia mesti bertanggungjawab ke atas taraf kerakyatan dan juga keselamatan negaranya.

Persoalannya kini adakah ini fenomena isu ancaman kepada corak pemerintahan Raja Berpelembagaan di Malaysia?

Apakah keegoaan jatidiri setiap bangsa itu akan dijulang tanpa memperdulikan maksud kerakyatannya sehingga bertujuan menghakiskan rasa hormat kepada Yang di-Pertuan Agong?

Kita bukan di negara republik. Kita sepatutnya bersyukur kerana mempunyai Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu yang menjadi payung kesejahteraan dan keharmonian kepada negara.

Tidakkah mereka berfikir bahawa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu itu punya hak juga tanggungjawab keatas Islam sebagaimana terkandung dalam Perlembagaan?

Tidakah mereka terfikir tentang akibat yang tersirat jika perkara berkaitan agama, bangsa dan negara apabila digugat?

Orang-orang terdahulu berunding membuat Perlembagaan negara demi kepentingan negara berbilang kaum di Malaysia ini. Jadi kenapa mereka perlu menunjukkan keberanian yang tidak bertempat dengan mencabar keputusan kerajaan yang melarang Herald menggunakan nama ALLAH sedangkan nama ALLAH digunakan oleh Islam selaku agama persekutuan?

Isunya bukan siapa berhak ke atas nama ALLAH. Kamu agama kamu dan aku agama aku.

Yang menjadi isu sebenarnya ialah kenapa bukan melayu sekarang terlalu lantang mencabar pelbagai perkara sensitif yang menjadi sensitiviti kaum Melayu tanpa melihat dahulu kepada Perlembagaan negara.

Sesungguhnya, masih terlalu ramai lagi rakyat Malaysia khususnya orang Melayu, masih meletakkan taat setia yang tidak berbelahbagi dan menjunjung kasih kepada Yang Mulia Raja-Raja Melayu di negara ini.

kudakepang said...

Saudara Zeme dan sahabat-sahabat lainnya. Pertama sekali terima kasih kerana terus mengikuti KK.

Keduanya, perkembangan di Malaysia hari ini adalah hasil transformasi persepsi serta pemikiran segolongan rakyat Malaysia tehadap jatidiri mereka berasaskan masyarakat khayalan atau imagined society mereka berasaskan realiti di negara asal nenek moyang masing-masing.

Proses pembinaan jatidiri atau identiti sesuatu etnik di negara plural seperti Malaysia wajib berasaskan Perlembagaan Pesekutuan yang telah memaktubkan struktur etnisiti Malaysia berasaskan realiti sejarah silam, bukannya berdasarkan khayalan dan impian.

Silapnya, kumpulan elit yang mempejuangkan pembinaan serta pengukukan etnisiti di Malaysia kini mengenepikan terus struktur kenegaraan dan kewarganegaraan yang termaktub dalam perlembagaan negara.

Tindakan seperti ini mengancam dan berbahaya kepada nilai teras yang wajib dipertahankan oleh kita semua, iaitu ketahanan, pepaduan, dan keselamatan nasional.

OLeh itu, seluruh isu yang menjejaskan nilai-nilai teras ini perlu ditamatkan. Pihak yang mengenepikan nilai-nilai teras ini mesti ditentang secara berhemah dan intelektuil. Dan, dan pemerintah pula wajar bertindak tegas untuk meleraikan keterlanjuran pihak yang sedang berusaha mengukuhkan identiti mereka secara melanggarkan peruntukan-peruntukan kritikal dan penting dalam Perlembaqgaan Persekutuan.

Pokoknya, pembinaan jatidiri yang diperjuangkan oleh kelompok minoriti jangan berasaskan retoika dan emosi.

Jika tidak, keterlanjuran ini akan berterusan, nilai-nilai teras nasional akan terjejas dan perbalahan etnik akan meledakkan musibah yang parah dan panjang.

Rhino Rin said...

Salam Datuk;

Mudah-mudahan Datuk sentiasa dalam kesihatan dan keluasan.

Panglima Perang Cyber said...

Salam Dato..

saya dalam misi membina hubungan dengan blogger otai seperti dato..

saya sebelum ni terlalu sibuk membina blog dan juga rangkaian blog hingga tidak berkesempatan mengunjungi dan memberi komen di blog hebat seperti blog dato ini.

harap kita dapat berbalas kunjungan sesama kita dan menghormati pendirian dan pandangan each other.

harap tulisan kita lebih tajam dari pena.

selamat kembali dato...

kudakepang said...

Rhino Rin dan Panglima Perang Cyber,

1. Terima kasih.
2. Kunjung mengunjungi antara kita akan saya lakukan, tapi bila terluang waktu dan kesempatan.
3. Selamat berjuang.

Salam takzim: Ruhanie Ahmad

az_man_nn said...

salam datuk...tu yg masalahnya umno x teguh sangat mempejuang martabat melayu..terlalu tolak ansur...untuk kepentingan pemimpin sendiri...or melayu sekarang boleh diibarat kan telan mati mak..luah mati bapak..pasal umno ni..bykkan dakyah atau kempen untuk melayu bersatu..seperti memboikot perniagaan yg tidak menguntungkan melayu..cuba datuk fikir..siapakah yg tidak menggunakan kebangsaan seperti proton,celcom dll..melayu mesti diajar cara -cara memboikot...

ed said...

salam dato
bukankah jatidiri itu subjektif? mana ada jatidiri untuk negara yang merangkumi berbagai kaum? dato mencampur aduk jatidiri dengan identiti.
rethoric dan emosi adalah cara yang berkesan menyedarkan pemegang kuasa yang lalai, membudayakan korupsi dan menjatidirikan kuasa.

Shamsul Yunos said...

I do wonder why Anwar thinks the 'fabricated' evidence would embarrass him or his family

since when is a lie told about you embarrassing

read it http://marahku.blogspot.com/2010/02/why-is-lie-embarrassing.html

Shamsul Yunos said...

Malaysian MP tells Australia to join the human race before criticising others

read this EXCLUSIVE HERE

http://marahku.blogspot.com/2010/02/malaysian-mp-australia-should-join.html

pemuda melayu said...

assalamualaikum.. dato setelah lama x mendengar perkembanagan tentang dato baru kini saya dapat mengetahui tentang dato
disini saya ingin bertanya dato apakah pandangan & pendapat dato mengenai pendekatan satu malaysia rakyat di dahulu kan pencapaian di utama kan

Mika Angel-0 said...

Bung Ruhanie,

Berapa Punya Lama Daa

Apa pentingnya Malaysia pada dunia?
Apa pentingnya Iraq pada dunia?
Apa pentingnya Iran pada dunia?
Apa pentingnya Gaza dan Tebing Barat pada Dunia?

polemik, polemik, polemik
polemik umno bagaimana?
polemik mca bagaimana?
polemik istana bagaimana?
polemik ulama bagaimana?

orang mentertawa si-pujangga
melepas batuk di tangga

Salam Takzim

Mika Angel-0 said...

Bung Ruhanie Ahmad,

When We Were Kings
(me, we)

I have a target and a dateline
you have a date and a lifeline

Salam Takzim

one day after 10th of march
is not ides

Abdul Karim Pendek said...

Salam.

Negara ini dibina dengan darah dan keringat nenek moyang kita yang kemudiannya diwariskan kepada kita untuk kita mngecapinya.

Perubahan yang berlaku sepatutnya berteraskan kepada pengukuhan tunjang bangsa melayu seperti yang termaktub di dalam perlembagaan.

Kita terlalu memberi ruang kepada komuniti lain kerana dibuai oleh retorika yang yang dilaung-laungkan mereka untuk menuntut keadilan. Kita khayal kerana termakan candu yang disajikan mereka yang akhirnya akan menjadikan anak cucu kita tetamu dirumah sendiri.

Silap kita juga, kerana lalai dan leka dengan kuasa yang ada, lupa kepada Melayu yang memberikan kita kuasa.Kesempatan ini diambil oleh komuniti lain yang bertopengkan keadilan, kesaksamaan, kesamarataan yang hanya menguntungkan segelintir tetapi akan memusnahkan majoriti.

Perbaikilah diri kita dan saya percaya orang melayu akan berbondong bondong kembali demi kepentingan anak cucu mereka.

Percayalah, jika kuasa ini terlepas, anak cucu kitalah yang akan menanggung sengsaranya. Janganlah terlalu memberi ruang kepada komuniti lain yang akhirnya akan memijak kepentingan dan hak kita.Janganlah kita seperti Pak Pandir yang menang sorak tapi kampungnya tergadai.

Wassalam.

ChengHo said...

Kita punya KDN yg bertanggung jawab menjaga keselamatan negara, tetapi Menteri KDN sudah menjadi MENTERI AMARAN yg hanya berani memberi amaran tanpa susulan mengikut perlembagaan dan undang undang negara .

Mika Angel-0 said...

Bung Ruhanie Ahmad
Salam

Tuan Hj Amir Hassan dari Perlis nun kecil hati YBhg Datuk Ruhanie masih sibuk-sibuk, seolah-olah tidak ingat kawan.

Saya hanya maklum Bung rajin-rajin belajar.

Harapan kami Perkasa berwacana-wacanaan yang segak dan tertib.

Sukses, Bung.

Salam Takzim.


ps. nak baca juga posting ini. kerana takut-takut debat Perkasa mirip ianya. terima kasih.

Mika Angel-0 said...

Bung Ruhanie Ahmad
Salam

Octopuses React to Predators and Prey on TV
(Susan Cosier's)

Alhamdulillah.
Tuan Hj Amir Hassan dari Perlis nun kecil hati YBhg Datuk Ruhanie masih sibuk-sibuk, seolah-olah tidak ingat kawan.

Saya hanya maklum Bung rajin-rajin belajar.

Harapan kami Perkasa berwacana-wacanaan yang segak dan tertib.

Sukses, Bung.

Salam Takzim.


ps. harus baca juga posting ini hingga faham kerana takut-takut debat Perkasa mirip ianya. terima kasih.

Mika Angel-0 said...

April 9hb, 2010

Kuda Kepang,
jumaat
harinya cerah, selepas hujan
bulan empat, april bernama
bulan melayu, mampir bersinar

Kuda Kepang...
kuda kepang

alahai
waduh-waduh...

Di Mana Kan Ku Cari Ganti

Hendak ku nangis
Tiada berair mata
Hendak ku senyum
Tiada siapa nak teman
Kalaulah nasib
Sudah tersurat
Begini hebat
Apa nak buat

Di mana kan ku cari ganti
Serupa dengan mu
Tak sanggup ku berpisah
Dan perhati patah, hidup gelisah

Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggalkan sendirian
Tiada berteman dalam kesepian

Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada bergema
Keluhan hatiku membawa derita
Kini kau jua tak kunjung jelma

Di mana kan ku cari ganti
Mungkinkah di syurga
Untuk kawan berduka
Menangis bersama, selama-lamanya

Phazli said...

Jalan penyelesaian yang mutlak adalah berbalik kepada Islam. Saya sokong dan percaya kepada sistem pemerintahan Khalifah. Mungkin ramai yang tidak menyetujui kerana demi menjaga kepentingan sendiri.

Shamsul Yunos said...

Is police investigation into Aminul Rashid's death hampered by tainted statemetns

read all about it at
http://marahku.blogspot.com/2010/05/is-police-investigation-in-aminur.html

life is not a fairy tale dude said...

Terdapat banyak juga ancaman dalam negara kita sendiri dari orang yang hipokrit.

Contoh paling jelas PAS yang sanggup jual nama Allah pada Kristian.

Race based politics exists

shahbandarmalakat said...

salam Datuk..amat bersetuju...

Tasbih Alam said...

Salam Dato..


saya dalam misi membina hubungan dengan blogger otai seperti Dato..

saya sebelum ni terlalu sibuk membina blog akan tetapi tidak membina rangkaian blog . Kini saya akan mengunjungi dan cuba memberi komen di blog hebat seperti blog Dato ini.

harap kita dapat berbalas kunjungan sesama kita dan menghormati pendirian dan pandangan each other.

harap tulisan kita lebih tajam dari pena.