UMNO Parti Kampung
Guru Lawan Korporat
Lamandau
Memang betul apa yang diluahkan oleh Politica. Keadaan ini bertukar bila pintu keahlian UMNO dibuka seluas-luasnya kepada golongan korporat. Pengaruh guru semakin luntur gara-gara kegelojohan golongan baru ini yang menggunakan wang secara membujur lulu melintang patah!
Saingan yang diberikan oleh golongan korporat terhadap golongan guru juga melunturkan nilai-nilai “kampung” itu sendiri. Ini juga punca keruntuhan UMNO. Kalau ini berterusan, ahli-ahli UMNO masih dibuai dengan wang, dan kepimpinan seperti ini masih mencorak UMNO, saya kuat mempercayai bahawa UMNO akan lenyap di bumi bertuah ini menjelang 2020! - Lamandau: 7:29 AM
Baca komen sepenuhnya di http://puteramalaysia.blogspot.com
Guru Lawan Korporat
Lamandau
Memang betul apa yang diluahkan oleh Politica. Keadaan ini bertukar bila pintu keahlian UMNO dibuka seluas-luasnya kepada golongan korporat. Pengaruh guru semakin luntur gara-gara kegelojohan golongan baru ini yang menggunakan wang secara membujur lulu melintang patah!
Saingan yang diberikan oleh golongan korporat terhadap golongan guru juga melunturkan nilai-nilai “kampung” itu sendiri. Ini juga punca keruntuhan UMNO. Kalau ini berterusan, ahli-ahli UMNO masih dibuai dengan wang, dan kepimpinan seperti ini masih mencorak UMNO, saya kuat mempercayai bahawa UMNO akan lenyap di bumi bertuah ini menjelang 2020! - Lamandau: 7:29 AM
Baca komen sepenuhnya di http://puteramalaysia.blogspot.com
8 comments:
assalamualaikum.
Teringat peristiwa petang raya 10thn lalu. Pergi repair kereta jumpa bekas cikgu nak repair vw dia. Dia bebel yang vw buruk inilah yang bawa perwakilan ke KL dulu FOC dan banyak duit dia belanja. Kini katanya nak minta tanah buat tapak rumah pun dah disapu orang koprat(KEPARAT- tersirat). Saya kata kat dia saya pun nasib sama. Bila ada gotong-royong tak ada fulus geng saya kena pulun. Bila ada fulus geng ketua cawangan dapat pegang bungga manggar (Kes Allahyarham Tun Ghaffar datang kat Melaka). Lepas kes tu arwah mak saya halau tukang pungut yuran tahunan UNMO. Lepas 88 saya dan keluarga tak lagi jadi ahli UMNO. Rumah kami nak roboh x ada mata nampak, ada geng ketua dapat bantuan baiki rumah RM3,000 boleh topup lagi 7K.
dato yang dihormati,
harap dapat juga layari blog saya.
terima kasih.
Assalamu a'laikum dan salam sejahtera.
Menarik membaca dan meneliti hujah dan komen di blog ini. Saya lebih suka jika pemimpin tidak kira dari mana-mana parti berfikir tentang Negara Malaysia dan Rakyatnya dari kepentingan peribadi dan parti mereka. Saya terkilan setelah selesai pilihanraya dan dilanda "tsunami politik", barulah masing-masing sibuk tentang ketuanan melayu (konon) dan sebagainya. Apa sebenarnya motif golongan tersebut? Jawapannya adalah untuk survival parti UMNO. Mereka masih yakin dgn mitos, bahawa UMNO adalah melayu dan Melayu adalah UMNO. Jika mereka IKHLAS perjuangkan Melayu, sepatutnya mereka tidak ganggu Kelantan, malah memberikan peruntukan sama seperti mana mereka salurkan kepada negeri-negeri yang BN perintah. Bagi melalui kerajaan negeri dan biar mereka urus dengan cara mereka sendiri.
Saya cadangkan jika ada penulis politik yang berminat, mungkin mereka boleh mencari En. Abdul Hamid Bin Mohamad di Kampung Seberang Gajah, Bukit Rambai, Melaka selagi hayat beliau masih ada. Bagi saya, beliau adalah pejuang tulen tanpa mempunyai sebarang kepentingan peribadi. Usia menjangkau 80thn, namun masih mengikuti dengan setia perkembangan politik UMNO. Nyata beliau amat kecewa dengan situasi politik dan UMNO sekarang. Namun masih setia dan berharap agar UMNO dapat berubah. Banyak cerita yang mungkin boleh dicungkil dari beliau (harap beliau masih ingat perjuangan beliau semasa zaman British-Jepun sebagai tentera yang pernah ditahan oleh tentera Jepun, dipaksa minum air sabun dan dipijak selepas itu). Harap pengalaman dan pandangan beliau tidak berkubur sekiranya usianya tidak panjang.
A.kum Datuk,
1. Rasanya tak sempat 2020.
2. Bila Umno dimonopoli oleh korporat yang menjadikan 'kopiah putih' tak diterima oleh Umno.
3. Sebab jika pakai kopiah putih, tak boleh lagi nak rasuah, nak scandal dan nak menipu.
http://www.penyokong-kj.blogspot.com
Datuk Ron,
Sikap mementingkan poket ini terlalu berleluasa di kalangan ahli-ahli UMNO dan ini semakin menjadi-jadi mutakhir ini. Sikap inilah yang menjadikan prinsip dan semangat perjuangn semakin luntur. Budaya ini perlu dikikis demi memelihara kepentingan agama, bangsa dan tanahair.
Disebabkan sikap inilah parti kita hancur pada hari ini. Ahli-ahli mudah diperalat dengan wang ringgit. Budaya kotor yang disemaikan semasa zaman kegemilangan Anwar dalam UMNO ini telah menular pada parti komponen yang lain. Lihat sajalah bagaimana pemimpin Gerakan mudah sahaja di pujuk oleh KM Pulau Pinang dengan hanya menawarkan jawatan bergaji. Tidak hairanlah dalam beberapa hari lagi ada pula pemimpin UMNO menyertai pentadbiran Pakatan Rakyat.
Pimpinan UMNO pada hari ini harus mencari jalan bagi membendung penularan budaya ini. Anwar dengan yakin dan mudah sahaja mengatakan akan ada Ahli Parlimen BN akan menyertai beliau kerana budaya kotor ini mudah memperdaya ahli kita. Harap tindakan diambil bagimenjaga dan memulihara parti keramat kita.
Kuasa dan Wang sering berkait. Demokrasi yang dianuti kini memberi ruang pergantungan kuasa dan wang.
Hinggakan kita tidak tahu dimana ia bermula. Wang adalah "cengkeram" untuk kuasa selanjutnya. Kuasa pula adalah "jaminan" untuk wang selanjutnya. Ia terlalu berkait rapat dan erat.
Ada juga yang kata, bahawa PAS bebas dari gejala ini semua. Tidak semestinya. Orang PAS mungkin tidak bercerita habis, tetapi Ibrahim Ali sempat melihat betapa kuasa sudah hampir menjadikan penyakit itu berjangkit kepada PAS. Gelojoh ADUN melobi jawatan Exco sudah mula kelihatan.
Saranan supaya nilai kampung atau nilai murni diterapkan dan dijadikan panduan, pendoman dan pegangan, adalah bertepatan dan sangat wajar! Tentu akan ada yang akan kata, pulang ke pangkal jalan, pegang pada Islam.
Terima kasih.
Assalamualaikum Dato'.
Teringat kisah arwah ayah saya (Dato' Raja Mahmud / bekas seorang guru) yang menjadi wakil rakyat DUN Limbongan(Dari Umno rampas kuasa dari zaman kejatuhan Asri hingga wujudnya Semangat 46)/(+-20tahun). Jarak rumah saya dari pekan Pasir Puteh +- 5 km.(maknanya kalau berkereta memakan masa +- 5 ke 7 minit). Tapi apa yg berlaku jika saya bersama ayah saya untuk ke pekan tersebut ialah saya terpaksa menggambil masa 20 ke 30 minit. Saya(waktu itu berumur 13 tahun) sentisa mengeluh melihat telatah arwah ayah saya yang akan berhenti setiap kali melihat ada orang sedang menunggu bas untuk ke pekan atau ke kampung sebelah... Beliau akan berhenti untuk menanyakan orang tersebut ingin ke mana / ingin menumpang kereta kami ???... Itulah rutin harian arwah ayah saya sebelum ke pejabat EXCO atau untuk ke pekan....
Di kampung kami menjelang pilihanraya tak pernah tergantung walau sekeping poster parti pembangkang.. Bukan kat kampung kami tak ada pembangkang(malah lebih 1/4 dari penduduk kampung adalah pembangkang). Cukup pelik kan..???
Semasa perpecahan umno gn s46, nama arwah ayah saya tak tersenarai kerana dicantas oleh geng2 yang sudah pandai bermain politik wang. Walaupun dipaksa oleh rakyat untuk bertanding atas tiket bebas namun arwah menolak atas dasar kepentingan parti. Tak sampai setahun calon yang mencantas arwah memegang title YB s46 ia melompat parti(apb ditawarkan AP kereta mewah oleh BN)....
Begitulah kisah yang ingin saya kongsikan mengenai politik 15 @ 20 tahun dahulu hingga sekarang…….
sdr ayamlagam,
assalamualaikum, Siapa tak kenal che gu Raja Mahmud. Saya percaya sdr bangga berbapakan beliau!! Ini lah contoh perjuangan orang2 Umno dulu, meletak kepentingan rakyat dan parti diatas segala2nya!
Sama2 kita sedekah kan alfatihah kepada allahyarham, Alfatihah.....
Post a Comment