UMNO Mesti Kembali Jadi 'Parti Kampung'
KEPALA BATAS 20 April - UMNO mesti mengikis imej 'parti eksekutif' yang mula dikaitkan dengan parti itu, sebaliknya kembali menjadi 'parti kampung' dalam memperjuangkan isu-isu masyarakat bagi meraih semula sokongan setiap lapisan rakyat.
Lagi: http://puteramalaysia.blogspot.com
KEPALA BATAS 20 April - UMNO mesti mengikis imej 'parti eksekutif' yang mula dikaitkan dengan parti itu, sebaliknya kembali menjadi 'parti kampung' dalam memperjuangkan isu-isu masyarakat bagi meraih semula sokongan setiap lapisan rakyat.
Lagi: http://puteramalaysia.blogspot.com
5 comments:
Parti kampung? Lawak apa ni? Mana ada orang kampung nak sokong UMNO dah? Ramai yang dah cerdik. UMNO sebenarnya milik kebanyakan orang yang tak berpelajaran. Diulangi yang tak berpelajaran.
Lihat Exco di negeri-negeri yang dikuasai oleh PR kini. Ada peguam, ahli ekonomi, jurutera, pemilik ijazah dan lekeh-lekeh pun bekas guru tapi ada ijazah. Dulu ada Exco UMNO yang cuma ada SRP, ada Ahli Parlimen yang hanya ada SPM, bahasa Inggeris pun 'broken'.
Tupun jangan, bila ada pihak yang cadang supaya kembalikan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu, bangkang, hentak-hentak meja. Kononnya Bahasa Melayu tak boleh pergi jauh, bukan boleh jadi bahasa antarabangsa.
Tapi kalau nak tahu Bahasa Melayu dituturkan oleh tidak kurang 300 juta orang di seluruh dunia. Di BFSU (nak tahu ini apa dan di mana kena cari maklumat) dan juga di Rusia dan Japan khabarnya mereka sedang bersungguh-sungguh buat kajian mengenai Bahasa Melayu.
Sekarang ni ada seorang dan mungkin juga sebilangan warga Jepun sedang kaji Bahasa Melayu dan kesenian tradisi orang Melayu serta berupaya menggunakan Bahasa Melayu dengan begitu baik sekali.
Di Malaysia pula para pendokong UMNO bermati-matian berjuang nak menegakkan Bahasa Inggeris. Sayangnya lebih sedekad belajar di sekolah Bahasa Inggeris masih berterabur @ broken. Ada juga mereka yang bergelar mahasiswa tak boleh menguasai Bahasa Inggeris dengan baik.
Ini bukan cakap kosong. Saya juga tak begitu baik penguasaan Bahasa Inggeris dalam penulisan kecuali untuk bertutur sikit-siki. Dulu waktu jadi kakitangan sebuah bank ada pelajar datang buat praktikal. Bila saya terangkan dalam Bahasa Inggeris dia faham tapi tak boleh 'reply' dengan pertuturan, tapi nota dia dalam Bahasa Inggeris. Saya percaya kini dia sudah jadi pegawai di mana-mana.
Hairannya dulu Jepun berkuasa di Tanah Melayu tak sampai sedekad (1941 - 1945) orang Melayu boleh menguasai Bahasa Jepun. Ada yang boleh menyanyi lagu-lagu Jepun dengan baik. Tak terfikirkah nak kaji apa kaedah yang digunakan?
A.kum Datuk,
1. Setuju 110%. Sepatutnya inilah topik yang perlu diketengahkan lebih awal lagi. Bukan tuduh menuduh dan mengadakan rombongan pengantin itu.
2. Jika Umno mahu mendekati semula rakyat, maka 'Seluruh Umno' perlu mengubah cara kehidupan mereka dengan kembali ke zaman Tunku A.Rahman dan Tun Razak.
3. Itu bukan bererti kita mundur kebelakang tetapi kita kembali ke landasan asal yang sebenar. Untuk apa kita maju tetapi terkeluar dari landasan yang sebenar. Akhirnya nilai-nilai budaya Melayu juga turut hilang dan lenyap.
4. Dengan ini 'Seluruh Umno' perlu berubah dari segi pakaian mereka, kenderaan mereka, rumah mereka, makanan mereka dan pergaulan mereka.
4. Set golf perlu diketepikan dulu. Kena main sepak raga bulat semula. Nak cantik lagi ajak rakyat main tuju tin atau polis sentri...kau cari aku...aku cari kau. Kau tembak aku...aku tembak kau. Lepas itu semua sekali mati habis..!
http://www.penyokong-kj.blogspot.com
Ada kewajaran untuk melihat spektrum ahli UMNO dari yang muda hingga ke yang tua. Adalah menarik untuk dihalusi siapakah mereka ini.
Mungkin sesuatu yang baik jika komposisi perwakilan mencerminkan kepelbagaian ahli-ahli UMNO. Buat masa ini komposisi tidak mencerminkan spektrum ahli.
Oleh yang demikian ada suara-suara yang tidak dapat diketengahkan. Maka akhirnya kekal lah Perhimpunan sebagai wadah untuk berseloka, menghunus keris, dan majlis memuji kepimpinan secara keterlaluan.
Walaupun begitu, demokrasi dalam UMNO ada memberi ruang untuk proses pemilihan menjadi perwakilan. Tetapi proses itu adalah demokrasi yang buta kerana komposisi dan spektrum ahli bukan kriteria.
Tidak salah dalam kita bergerak kedepan, sekali sekala kita lihat semula untuk siapa UMNO itu, dan siapa pula yang kita jangka akan memangkah UMNO/BN setiap PRU.
50 tahun lalu, sejarah menunjukkan betapa UMNO yang merupakan parti Melayu menjadi tonggak kekuatan negara. Pada era itu, mustahil UMNO dan rakan-rakannya iaitu Barisan Nasional (BN) akan tewas di mana-mana negeri kecuali Kelantan atau Terengganu. Di kedua-dua negeri di pantai timur itu, pertukaran kerajaan negeri antara UMNO kemudian Pas, adalah satu elemen biasa. Dan kini apabila UMNO merampas semula Terengganu daripada Pas pada pilihan raya umum 2004, tiada orang yang terperanjat. Ini disebabkan, ia bukan satu perkara yang baru.
50 tahun akan datang, lima negeri jatuh serentak. Dalam pilihan raaya akan datang sekiranya UMNO atau BN berjaya merampas kembali
lima negeri tersebut kemudian pilihan raya aka datang lagi, Pakatan Rakyat pula memerintah. Rakyat tidak menganggap ia mengejutkan tetapi biasa. Ini disebabkan ia pernah berlaku dan bukan benda baru.
Yang dianggap mustahil ketika ini ialah Pakatan Rakyat tidak boleh memerintah negara kecuali BN.
Ini disebabkan sejarah menunjukkan Malaysia tidak pernah diperintah oleh kerajaan selain BN.
Bagaimanapun, sekiranya Pakatan Rakyat berjaya merampas tampuk pemerintahan, pada masa-masa akan datang, senario ini sudah dianggap biasa.
Lihat insiden tsunami, tidak hairan dan ambil peduli sekiranya fenomena itu berulang lagi.
Mesejnya jaga-jaga dalam sejarah 50 tahun akan datang. Ia mungkin tidak baik untuk UMNO dan BN. Sejarah 50 tahun akan datang mungkin milik Pakatan Rakyat.
isunya bukan zaman skrg atau zaman dulu.. tapi niat dan keikhlasan di hati ..
isu kg, bandar atau istana sekalipun, kalau hati dah cinta dunia lebih dari ingat kepada Tuhan..maka jadilah apa yang berlaku hari ini..
seeloknya setiap cawangan umno diwajibkan buat kelas fardu ain dan tasawuf bagi betulkan balik amalan dan hati masing-masing..
buatlah apa pun, kalau amalan tak sempurna, hati dan diasuh.. pi mai pi mai tang tu aja la .. mungkin ini kot yg dimaksudkan UMNO kena kembali jadi parti kampung ??
Post a Comment