Friday, April 11, 2008

UMNO Kedah Dan Pulau Pinang
Desak Abdullah Undurkan Diri

Majoriti bahagian UMNO di Kedah dan Pulau Pinang mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengundurkan diri daripada persada kekuasaan negara dan UMNO.

Hasrat ini disampaikan oleh mereka kepada delegasi kepimpinan UMNO Malaysia yang diketuai oleh Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dalam pertemuan tertutup di Kedah dan Pulau Pinang.

Dalam pertemuan di Sungai Petani, 7 bahagian UMNO mendesak Abdullah meletakkan jawatan, 2 bahagian menyokong Abdullah terus berkhidmat sebagai Perdana Menteri, 2 bahagian lagi berkecuali.

Di Pulau Pinang, 9 bahagian mendesak Abdullah mengundurkan diri, 1 bahagian – Tanjung - berkecuali dan 3 bahagian lagi – Kepala Batas (Bahagian Abdullah), Bukit Mertajam dan Nibong Tebal - menyokong Abdullah terus memimpin negara.

Sementara itu, seorang AJK UMNO Bahagian di Kedah yang menggunakan nama samaran AAH telah mengirimkan komen kepada blog ini pada jam 7.44 petang semalam mengenai pertemuan di Kedah seperti berikut:

Saya berada dalam dewan (perjumpaan di Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani, Kedah) dari mula hingga tamat. Apa yang dapat saya simpulkan ialah: UMNO Kedah tidak lagi mempunyaai keyakinan terhadap kepimpinan Abdullah dan Mahdzir Khalid. Mereka inilah angkara kekalahan Kedah (dalam PRU12). Mereka (para pemimpin UMNO Kedah) rata-rata berpendapat Abdullah dan mantan Menteri Besar Kedah adalah “pengkhianat” paling besar di Malaysia.

Calon Tanpa Restu

Sementara itu, Utusan Malaysia 11 April 2008, telah memetik Najib sebagai berkata seperti berikut:

SUNGAI PETANI 10 April – UMNO mengenal pasti masalah pemilihan calon yang tidak mendapat restu ketua-ketua UMNO bahagian adalah antara punca calon Barisan Nasional (BN) dikhianati pada pilihan raya umum lalu, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Perdana Menteri berkata, maklum balas yang diterima Jawatankuasa Pengurusan parti dengan pemimpin bahagian menunjukkan ramai di antara mereka melahirkan rasa kecewa kerana tidak dibawa berunding semasa pemilihan calon dibuat.

“Antara perkara pokok yang disuarakan ialah supaya pada masa akan datang, dalam pemilihan calon-calon bertanding, maka proses rundingan dengan bahagian dilakukan dengan cara lebih menyeluruh lagi.

“Kita menerima pandangan ini dan saya akan sampaikan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti nanti,’’ katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan parti bersama lebih 150 pemimpin Badan Perhubungan UMNO Kedah di sini hari ini.

Hadir pada majlis tertutup hampir tiga jam itu ialah kedua-dua Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Mohd. Ali Rustam. Turut serta Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Rafidah Aziz; Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Ketua Penerangan, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib; Ketua Puteri UMNO, Datuk Noraini Ahmad; Bendahari parti, Datuk Mohd. Azim Zabidi dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Luahan Perasaan

Najib menjelaskan, pertemuan Jawatankuasa Pengurusan parti dengan UMNO Kedah tersebut diadakan bagi membolehkan pemimpin bahagian meluahkan segala perasaan dan teguran untuk tujuan memulihkan semula parti..

“Pada masa yang sama, pandangan serta teguran yang dibangkitkan oleh mereka itu boleh dikumpulkan sebagai kesimpulan dan seterusnya diangkat untuk pertimbangan parti,’’ katanya.

Tegas Najib, beliau selaku Timbalan Presiden parti juga memberi jaminan akan memberikan pertimbangan ke atas segala cadangan tersebut untuk dilaksanakan sebaik mungkin.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, UMNO tidak akan mengambil tindakan sembarangan terhadap ahli-ahli parti hanya kerana mereka dituduh melakukan salah laku pada pilihan raya lalu.

Bagaimanapun, tegasnya, tindakan tersebut akan diambil setelah perkara tersebut benar-benar terbukti dan telah dirujuk kepada pengurusan parti terlebih dahulu.

“Kalau dalam soal salah laku semasa pilihan raya, mereka beri pandangan bahawa jangan sewenang- wenang ambil tindakan tanpa asas yang kukuh. Pertimbangan yang kita nak buat nanti, mestilah berdasarkan kepentingan parti pada keseluruhan,’’ jelasnya.

Buru Pensabotaj?

Sabtu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan masalah mensabotaj parti yang dilakukan oleh ahli UMNO pada pilihan raya umum lalu kepada Lembaga Disiplin parti untuk diambil tindakan.

Menurut Abdullah, perbuatan sabotaj tersebut menyebabkan sebanyak 14 kerusi Parlimen dan 22 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sebelum ini merupakan kawasan putih dan dijamin menang, turut terlepas ke tangan parti pembangkang.

Laporan analisis UMNO menunjukkan kemungkinan wujud perbuatan mensabotaj dalam kalangan penyokong dan ahli BN sendiri antaranya di negeri Kedah, Perak dan Selangor yang berjaya ditawan oleh pembangkang.

Komen: Apa yang tidak ditegaskan oleh Najib dalam berita di atas adalah: siapakah yang bertanggungjawab memutuskan calon-calon BN bagi PRU12.

Bagaimanapun, adalah rahsia umum bahawa individu itu adalah Khairy Jamaluddin. Menjelang PRU12, dia telah menjelajah ke sekurang-kurangnya 39 bahagian di seluruh negara untuk memperkenalkan calon pilihannya.

Pada waktu yang sama, fikir-fikirkanlah kenyataan mantan Menteri Penerangan dalam Utusan Malaysia 12 Mac 2008, dengan tajuk Cubaan Golongan Muda Ambil Alih Kepimpinan Gagal, seperti berikut:

Konspirasi Khairy?

KUALA LUMPUR 11 Mac 2008: Bekas Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin mendedahkan ada golongan muda telah membuat percubaan untuk mengambil alih kepimpinan negara secara terurus dan terancang melalui Pilihan Raya Umum Ke-12.

Bagaimanapun, menurut beliau, cubaan untuk membuat perubahan secara drastik tersebut gagal berikutan tsunami politik yang berlaku pada pilihan raya umum itu.

Zainuddin yang diminta menjelaskan dakwaannya itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut. Sebaliknya beliau meminta wartawan jangan membuat provokasi terhadapnya.

“Saya tidak akan jelaskan dengan lebih lanjut, biarlah pembaca (orang ramai) menilai sendiri kenyataan saya ini,” katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0312&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm

Dalam buku saya yang sedang dalam penerbitan berjodol Angkara Dolah Badawi, saya ulas kenyataan Zam di atas seperti berikut:

Siapakah golongan muda yang dimaksudkan dalam kenyataan ini? Adakah berita ini kait-mengait dengan kandungan buku The Toyol Code tulisan saya yang mendedahkan wujudnya konspirasi yang dipercayai dikepalai oleh Khairy, untuk menyediakan blueprint calon-calon PRU12? Dan, bilakah Abdullah akan menafikan kandungan berita di atas? – Ruhanie Ahmad

39 comments:

Hamizi Hamdan said...

kalau UMNO tak boleh menyisihkan dolah dan menantu emasnya dalam tahun ini, saya rasa kita dah boleh letak UMNO dalam muzium sahaja...

dan jika menjelang PRU13, dolah dan kj masih di tampuk kuasa... kita boleh lihat UMNO jadi pelawak sarkis di parlimen sebagai pembangkang... sekarang pun macam sarkis...

den said...

Sdr,

Dalam dua komen saya yang terdahulu, ada disebutkan mengenai "keperluan" Najib untuk mengenepikan Paklah.

Sekarang sudah jelas isyarat dari Kedah yang meminta beliau sendiri merebut jawatan Presiden parti. Begitu juga nanti dinegeri-negeri lain yang akan beliau lawati.

Kedudukan Najib dengan tugas yang dipertanggungjawabkan keatasnya sekarang ini saya yakin akan memberi dua impak yang besar kepadanya.

Yang pertama beliau dapat bersemuka dengan ahli bawah dan mendengar sendiri luahan daripada kalbu mereka. Dimasa yang sama peringkat bawah akan menzahirkan harapan yang menggunung supaya beliau mengenepikan Paklah. Disudut ini beliau akan dapat menilai berapa besar saiz sokongan bahagian Umno terhadap dirinya sendiri dan terhadap Presiden parti.

Dari satu sudut yang satu lagi pula kemungkinan besar berlaku "backfire" terhadap Najib juga tidak boleh diketepikan. Jika dalam siri lawatan penerangan itu, pihak bawah berterusan melahirkan kebencian terhadap Paklah dan sentiasa memberi tekanan dan sokongan kepada Najib supaya mengenepikan Presiden, dan Paklah pula masih dengan pendirianya tidak mahu menerima kenyataan, dibimbangi akhirnya Najib akan dicurigai "ketulusan"nya dan mungkin dituduh berlaku curang kepada Paklah. Kemungkinan seterusnya pula ialah akan ada pula usaha-usaha pihak tertentu untuk "menghukum" Hajib pula.

Dalam situasi yang mendatang, Najib mempunyai masa dan peluang yang baik untuk menilai hati nurani ahli bawahan terhadap masaalah pokok Umno sekarang.

Setelah selesai missi penerangan nanti, Najib sudah tahu dengan tepat apa yang sepatutnya dlakukan. Jika dia masih "bermain selamat" lagi, sudah tentu, dengan hati gundah gulana, ahli-ahli terpaksa juga mengangkat Tengku Razaleigh.

Editor said...

Assalamualaikum Datuk,
Saya kira sudah sampai masanya kita orang melayu mengambil Islam sebagai jalan keluar daripada permasalahan kita. Tuhan sudah menunjuk jalan bahawa jika kita benar-benar menghayati Al-Quran dan sunnah, kita akan berjaya dunia dan akhirat. Memetik firman Tuhan: Jikalau satu penduduk satu negeri itu beriman dan bertaqwa, nescaya Tuhan limpahkan berkat daripada langit dan bumi. (Al-A'raaf:96)

mn said...

A.kum Datuk,

1. Itu lah padahnya jika Umno tidak membenarkan budaya ' pembangkang dalam rumah sendiri @Umno'.

2. Sebaik-baik teguran atau peringatan ialah sebelum berlakunya sesuatu keburukan. Jika bila dah berlaku baru nak tegur baru nak peringat ianya sudah terlewat.

3. Mungkin selama ini Umno fikir pembangkang mereka hanya PAS dan PKR. Sedangkan pembangkang dalam parti Umno itu sendiri lebih baik dari pembangkang diluar parti.

http://www.penyokong-kj.blogspot.com

Neo Jebat said...

Assalamualaikum Datuk,

Setelah dipaparkan baru saya jelas kerana saya cuma mendapat sedikit maklumat sahaja.

Tapi saya lebih tertunggu jika dapat keputusan mesyuarat yang sama bagi UMNO Sabah yang Pak Lah hadiri minggu lepas. Katanya lebih panas.

Pada posting saya yang lepas saya ade katakan sebilangan cawangan di Penang akan dibubarkan dan banner bukan sahaja di Weld Quay tapi di serata negeri Pulau Pinang.

Jadi bagi ahli UMNO saya harap gunakan kebijaksanaan untuk menganalisis dan menjalankan tanggungjawab anda. Bagi bukan ahli UMNO anda juga perlu menganalisis dan bagi cadangan yang membina bukan membinasa.

Adalah Abdullah Ahmad Badawi akan terus syok sendiri atau beliau akan ikut ke"gentlemen"an Tunku Abdul Rahman yang undur diri atas kebertanggungjawaban peristiwa PRU3 1969. Kalau Pak Lah step down, bagi saya, orang akan anggap Pak Lah negarawan, jika tidak orang akan anggap khianatwan.

malaysianforex said...

inilah perangai orang UMNO, kenapa baru sekarang menyuarakan rasa tidak puas hati kepada kepemimpinan parti..Cuba bayangkan seandainya UMNO menang dan menubuhkan kerajaan di Kedah selepas PRU 12, adakah orang-orang ini akan bersuara menyatakan ketidakpuasan hati mereka?...Sebagai ahli UMNO aku merasa malu dengan perangai orang yang seperti ini.

Gonzales said...

Datuk,

Di akhir comment, datuk tulis :
...akan menafikan kandungan berita di atas? – Ruhanie Ahmad...

Virus "Denial syndrome" akan melakukan segalanya.

Forex Trader said...

PAK DOLAH OH PAK DOLAH KU SAYANG

Assalamualaikum dan salam pejuangan,

Tertarik saya untuk menulis berikutan dengan kenyataan Pak Dolah kita nie. Dolah oh Dolah ku apa you dah buat pak dolah. Agak memalukan UMNO bila Pak Dolah cakap macam tu. Lagu mana nie Pak Dolah dendangkan nie. Lulur habis hati-hati orang UMNO dengar apa yang Pak Dolah cakap td.

Please Pak Dolah if you want to give reasons don't ever ever said something related to sabotage. Ini akan mengundang lagi haru biru. Orang UMNO sebenarnya nak kan jawapan yang lebih tepat dan jitu bukan dengan membuat andaian sabotaj atau menunding jari pada orang lain seperti TDM atau Ku Li. Kelantan Pak Dolah toksah kacau insyallah memang susah dah nak dapat balik kat UMNO. PAS dah sebati di Kelantan. Bila Pak Dolah kita nie cakap pasal Ku Li berderau darah saya. Apa taknya dijadikan Ku Li pulak dah Kambing Itam dalam kekalahan UMNO di Kelantan. Jangan marah orang UMNO semua, Kelantan adalah amat mustahil untuk dipatahkan oleh UMNO lebih-lebih lagi bila digunakan isu memburukkan Tok Guru di sana. Ini pantang tok nenek orang-orang Kelantan jangan disentuh keperibadian Tok Guru perkara nie tak akan dijadikan makan atau dedak untuk patahkan PAS di Kelantan. Makin kuat ada la. Itu kesilapan UMNO di Kelantan.

Kat Kedah, Perak, Penang dan Selangor lain isunya Pak Dolah bukan sabotag tuan. Nie faktor isu-isu berbangkit. Isu pemilihan Ahli Parlimen dan DUN yang tak dipersetujui oleh akar umbi jadi isu. Jangan lupa akar umbi dah bising awal-awal lagi masa penamaan calon Ahli Parlimen dan DUN bukan feveret akar umbi. Mana la tak lari ahli-ahli lain pangkah cap roket, cap bulan dan cap bulan gerhana. Itu satu isu. Isu paling besar tindakan kerajaan BN bawah kepimpinan Pak Dolah mengiakan kenaikkan harga barang domestik melampaui batas petrol, elektrik, astro, keperluan harian dan sebagainya sedangkan pendapatan bulanan kakitangan buruh nie kecil mana taknya berpaling tadah. Janji hanya tinggal janji.

Rakyat nak kan sesuatu jalan penyelesaian bagi perkara-perkara pokok bukannya disogok dengan pembangunan yang belum jelas. Macam TDM dulu projek canang jer majlis pecah tanah jalan sekali. So orang ramai nampak hasil akan bermula.Itu bezanya TDM dan Pak Dolah.

Sebenarnya banyak faktor-faktor lain jadi peranan kenapa tumbangnya 5 negeri ini. Jangan cakap ler masalah family kroni dan MT UMNO yang suka angguk-angguk geleng-geleng. Ini lagi tak digemari oleh ahli UMNO jangan katakan ahli UMNO rakyat yang tak ada parti pun meluat rasa nak muntah tindakan majoriti atasan UMNO macam burung kakak tua nak pencen. Masing-masing nak jaga kedudukan. Hancur-hancur. Ingatkan dah dapat punca nak keluar dari tali terbelit. Nampaknya makin kusut dan bertambah berbelit-belit.

Harap Pak Dolah kita nie bagi ler input atau data yang elok sikit jangan takat nak lepas batuk ditangga nak lepas diri. Orang la nie dah tak buta atau bodoh. Makin dicakap tak rasional lagi cepat rakyat nie fikir logik atau tak alasan berkenaan. Nie mesti burung-burung kakak tua tertinggi UMNO nie dah bagi input nak lepas tengguk masing-masing. Silap-silap tengguk korang yang nak kena pulas nanti.

Kepada ahli-ahli UMNO get ready ler yer semua, nampaknya akan berlaku atlit jaguhan-jaguhan lompat sana sini tak lama lagi. Silap-silap haribulan yang melompat nie ramai sangat kerajaan BN nie tinggal nama jer. Akan melompat girang lah pihak yang nak memerintah. Isyarat Pak Dolah melawan dengan emosi akan membawa kepincangan amat hebat nanti. Tak tahu lah apa nak jadi nanti. Sama-sama kita tgk drama swasta maha kelam kabut nie.

Bertindaklah wahai saudara UMNO semua untuk kebaikan UMNO. Jangan sampai UMNO jadi tak relevan dah nanti. Sama seperti sejarah Kesultanan Melaka jer hanya tinggal nama dan sebab penyebab kepincangan dan kejatuhannya saja akan diperdendangkan.

Wallahualam.
mamupenang2020
http://mamupenang165.blogspot.com/

tinta laser said...

Datuk,

Setelah ditilik pandang akan isu UMNO ni. Kelihatannya seperti ahli UMNO ni kehilangan arah tuju. Dalam jutaan ahli UMNO, adakah cuma Najib sahaja ke yang berkebolehan untuk menggantikan AAB? Mana lagi jutaan ahli yang lain? Kalaulah begini r5upanya, setujulah saya denag Blogger hamizi bahawa selayaknya UMNO ni masuk aje dalam muzium. Ini kerana sudah tidak mampu lagi melahirkan pemimpin yang berwibawa dan diyakini ketelusan dan kebolehannya oleh seluruh rakyat jelata samada penyokong atau pembangkang. Dan jika ada antaranya yang mencadangkan pulak individu diluar UMNO, iaitu DSAI...adakah individu yang sanggup berbuat apa sahaja (dalam dan luar negara???) untuk menjadi peneraju negara ini wajar diberi penghormatan yang sebegitu rupa? Rasanya kita tidak ketandusan pemimpin Melayu yang berkebolehan dan berwibawa, cuma masalahnya ialah mereka ini kerap dipendam sehingga tak kelihatan kewujudannya bahana budaya bodek membodek dan taat membuta tuli pada pemimpin yang ada.

Orang biasa said...

Saya tak suka Pak Lah tapi lebih2 lagi KJ..tiba2 je muncul terus tunjuk lagak lebih sudu dari kuah...dpt jawatan timbalan pun bkn org pilih..

Pak Lah dan Khairi ibarat kala jengking..Pak Lah jd bahagian kepala., KJ jd bahagian ekor yg beracun.. kalau tak boleh kerat ekor yg beracun tu..terpaksalah ketuk kepala kala jengking tu..setengah orang bunuh terus kala jengking tu..kesian tp nak buat mcm mana.. ramai yg kena sengat.. rakyat dan termasuk org umno sendiri.. bukan kepala yg sengat tp ekor...

Pemuda Pelapis said...
This comment has been removed by the author.
antubiul said...

Dollah Badawai hanya mempunyai 2 pilihan sahaja. Pilih cara Jepun aka Kamikazee atau cara America aka demokrasi.
Cara Jepun kamikazee disini bukan lah bermaksud 'bunuh diri' tetapi lebih kepada kerelaan diri sendiri membunuh karier politik beliau. Caranya senang, mengaku bertangjawab dan mengaku message PRU12 adalah protest terhadap kepimpinan beliau. Kemudian letak jawatan secara terhormat dan pass the baton to Najib. Cara kedua cara America untuk orang yang stubbon seperti AAB. Caranya senang juga, mengaku bertangung jawab kemudian mulakan pembetulan dan biarkan demokrasi takes it place semasa pemilihan UMNO yang sepatutnya tidak di tunda. Pembetulan yang pertama seharus nys beliu memecat advisor beliau di fourth floor deikuti oleh KJ and the gang.Semoga AAB terbuka hati beliau hendak nya.

Rafidi said...

A. kum,

Orang UMNO ni takut tak bertempat. Kalau betul sayangkan parti, bangkitlah beri pencalonan kpd yg berkenan. Nanti bila dah dihantar sedikit upah, semua yg menentang senyap.
Usah dirisau tentang perselisihan, kerana pertentangan ini akan memantangkan kita. Pergaduhan dalaman bukan membawa apa-apa kemusnahan kecuali jika dibawa keluar (spt dulu). Kalau sekadar perselisihan dalaman tak ada apa punya.
Saya berharap, pemilihan nanti muncul sekali lagi tsunami perubahan. Biar semua calon-calon popular gulung tikar. Nanti muka-muka baru pula mengemudi parti. Skrg. lah masa yg paling sesuai utk. membersihkan parasit dalam UMNO. Biar UMNO sentiasa relevan dgn keadaan semasa. Budaya lama spt politik wang ini dibalas seperti yang diamalkan oleh rakyat kelantan tempoh hari. Semua duit yang ditawarkan tidak ditolak tetapi mengundi kepada mereka yg tidak menggunakan wang dlm pertandingan.
Kami rakyat ni dah naik risau dengan perkembangan Pakatan Rakyat. BN yang selama ini menaburkan bakti dan jasa dalam mengisi kemerdekaan selama 50 tahun dirosakkan dgn senang oleh beberapa org. pemimpin UMNO itu sendiri. Perbaikilah selagi ada masa yang diperuntukkan oleh rakyat untuk pemimpin UMNO. Bergeraklah dari sekarang. Mereka yang dipuncak tidak akan merasa sangat kesan kekalahan kerana dengan duit yang ada mereka boleh memiliki penginapan di mana-mana tempat atas muka bumi ini. Tapi bagi rakyat dan pemimpin kecil, ke mana harus mereka pergi jika tanah yang dipijak menjadi milik orang. Kesabaran pun ada batasnya. Dalam keadaan tertekan takut nanti rakyat terpaksa mengambil tindakan yang kurang waras. Pada waktu itu jgn. pula menyalahkan rakyat jika mereka menebuk lubang pada kapal yang sama-sama kita naiki ini. Jadilah wira untuk keadilan sejagat wahai ketua-ketua bahagian dan perwakilan yang akan ke perhimpuna nanti.

m r said...

Salam semua,

Kenapa perpecahan dlm Umno wujud - tidak menyokong kepimpinang sekarang. Jawapanya mudah..perwakilan atau ahli Umno nak menunjukkan mereka tidak minat `bos UMNO' sekarang.

Bukannya spt kata Bos Umno ini satu sabotaj - kalah PRU12.

Ini soal SUKA dan TIDAK SUKA itu saja...Jadi Bos Umno tu kena faham laa..maksud ahli dan rakyat amnya.

Kat situ clear..tak kan faham lagi kotttt.

Susah sangat ke nak lepas jadi Bos Umno dan Bos negara MALAYIA.. - tiada yg kekal, ingat 5 perkara sblm 5 perkara..mudah sgt mudah.

Antara kekalahan PRU12 protes golongan muda kerana kerajaan tidak prihatin - INI KSAH BENAR..ramai golongan muda marah..bukan isu kenaikan brg/minyak..PTPTN.

Patutlah DEB itu dihapuskan sebab mengayakan kroni UMNO... apa `MAMAT' tu buat pd TNB, mcm bapak dia punya syarikat... - Info terbaru dgr cite bekas Ahli Parlimen di Pahang beli tanah kat Mines RM30 juta..loan submit kat salah sebuah Bank kat Tman Tun. Pegawai bnk tu kata, mane cukup gaji dia, tapi dia yakinkan bank ada share RM20 juta. Gila x gila nak buat loan setahun...lepas tu byk gila duit mamat niii... (Wartawan sila korek isu ini, ke hang pun takut)

Isu PTPTN, mana hak pelajar melayu/bumiputera. Dulu ada biasiswa dan pinjaman JPA tanpa faedah...kini 3% sebulan, setahun 36%....kerjaan tak tolong pun buat peljar mcm ALONG . Duit gaji abis bayar hutang...

Tapi kroni yang kaya terus kaya...bile hapus DEB di PP nak dihapuskan...mula kontraktor UMNNO gelabah beruk...Sudahlah

Jadi, bukan ada sabotaj...memang kepimpinan lemah ditolak ahli, korup sana sini...banyak sgt penyamun dlm UMNO...

Ingat la..kalau kau kaya pun ko bukan boleh makan sampai 5 6 pinggan nasi..tetap sepinggan.



MALAYSIA KOPI TIAM

m r said...

Bukan nak sombong...

Umno gagal ditolak rakyat sebab BOS UMNO tak pandai nak jaga negera - `Kera di hutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan'

Pada suatu hari..saya sedang menunggu seseorang di lobi bangunan IBM baru kat One World sebelah TV3..

Kawan saya kata:`` Guard bangla kat sini belagak sini...''

Saya jawab:``Berlagak ia.. tak sedar diri menumpang di negara orang (MALYSIA..negara aku)..tak pe nanti aku ajar bangla ni.''

tiba2 guard bangla dtg kat kereta aku dan berkata:``En. sini takboleh tunggu..sini untuk VIP saja...

Aku jawab: Ala..come on laa sekejap ker kawan mau turun

Bangla: (nada keras)...tak bole laa sekejap ini VIP saja.

Aku balas: (nada marah/tengking) Woi..ini negara aku..kau jgn banyak bunyi pulak...kau tu pendatang..All MALAYSIAN people are VIP..so what???? Aku nak parking sini dan tunggu..Kau diam..pegi panggil bos kau sekarang!!!

Bangla tu diam bila kena marah..dia terkebil2..usha tak puas hati...

Aku memang tak sekali2 bagi can ngan warga asing yang berlagak mcm negara ini MAK BAPAK dia punya.

Moralnya: Kerajaan BN tak tegas menangani isu kemasukan warga asing membanjiri negara. Bukti lain, setiap kali raya KLCC, Dataran Merdeka jadi `milik mereka'....

Apalah nak jadi ngan Malaysia...majmuk-majmuk juga jgn smpai warga ASING boleh ada kerusi parlimen pulak!!!!

MALAYSIA KOPI TIAM

Unknown said...

Asmbth Dato'.

Izinkan saya untuk memberi pandangan berkenaan kekalahan BN dan lain-lain pandangan.cadangan yang perlu saya lontarkan di sini.

Sebenarnya banyak faktor kekalahan BN antaranya ialah:-

1. Kenaikan harga petrol/gas/TOL dan harga barang.

2. Pemimpin BN tidak ada mesra rakyat mereka merasakan seolah-olah kuasa yang ada pada mereka akan kekal.

3. Propaganda TV/Akhbar yang keterlaluan menyebabkan rakyat rasa bosan dan simpati kepada Pakatan Rakyat.

4. Isu video lingam, isu rasuah, isu kroni.

5. Tindakan polis ke atas demontrasi dan bertindak melulu menyebabkan rakyat berdendam kepada BN. Sikap membenci Anwar Ibrahim yang keterlaluan menimbulkan rasa simpati rakyat khususnya golongan muda kepada PKR.

6. UMNO dikatakan menguburkan tulisan jawi. Sedangkan orang-orang cina dan india mempertahankan tulisan mereka. Kini tulisan jawi hidup segan mati tak mahu angkara dasar UMNO.

7. Ketegasan UMNO mempertahankan pengajaran Bahasa Inggeris dalam matematik dan Sains telah mengecewakan orang-orang melayu. Kenapa pandangan cedikpandai melayu, UMNO ketepikan pandangan mereka?. Percayalah jika UMNO tidak mengambil langkah memartabatkan Bahasa Melayu dalam masa 10 tahun lagi kedudukan Bahasa Melayu akan terpinggir. Justeru itu rakyat mengharapkan kepada pembangkang khususnya PKR dan PAS yang akan menyelamatkan kedudukan Bahasa Melayu.

8. Hiburan yang melampau telah melalaikan masyarakat. Orang-orang Islam berpendapat UMNO tidak boleh diharapkan lagi kerana mengutamakan hiburan daripada melihatkan rakyatnya mendekati agama.

9. Gejala sosial terutamanya dikalangan anak-anak melayu tidak ada kesungguhan daripada pimpinan UMNO. Seolah-olah bagi UMNO biar anak-anak muda terdedah kepada gejala sosial asalkan mereka akan sokong BN. Jika mereka kuat agama nanti sokong PAS. " Ini tanggapan sesetengah pemimpin yang kurang matang".

10.UMNO dianggap parti hiburan. Kempen pun dipanggil artis. Jika tidak ada nyanyian dan karakoe tidak lengkap bagi UMNO.

11. Kempen menyerang Kelantan yang agak hebat dianggap UMNO menyerang kerajaan melayu. Sepatutnya UMNO beri tumpuan kepada Pulau Pinang kerana kedudukan orang melayu di Kelantan jauh lebih baik daripada orang melayu di Pulau Pinang. Rakyat dapat melihat sendiri keadaan di Kelantan tak sampai pun 8 jam kita boleh sampai di Kota Bharu untuk melihat keadaan sebenar. Apa yang digambarkan oleh media dianggap berbohong.

12. UMNO dianggap parti untuk golongan elit dan korporat. Dulu guru dan rakyat biasa kuat menyokong UMNO. Tetapi sekarang siapa yang banyak duit mudah memegang jawatan dalam UMNO.

13. Rakyat sekarang ramai yang cerdik. Mereka banyak membaca dan mendapat maklumat daripada internet dan blogger. Rakyat terpaksa membaca internet/blogger kerana tidak percaya lagi kepada media kerajaan yang dianggap sebagai alat propaganda kerajaan.

14. Tekanan dan dasar menyisihkan negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat (PR) akan menyebabkan rasa simpati kepada PR. Tengoklah apa yang berlaku di Kelantan, semakin ditekan semakin kuat PAS. Jika BN tidak pandai menghormati keputusan rakyat, jangan terkejut dalam PRU-13 sudah tentu Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu, Sabah dan Sarawak tidak mustahil banyak lagi kerusi yang akan hilang.

15. Oleh itu untuk menyelamatkan UMNO berikut ialah cadangan saya dalam MT UMNO 2008/2010:-

Presiden: Dato Seri Najib Tun Razak. ( Saya ingin nasihatkan supaya Dato Najib sediakan saputangan dan sekalisekala kesatkan bibir mulut daripada air liur yang bebuih ketika berucap/berceramah. Datin Seri Rosmah boleh ambil perhatian. Ini teguran yang ikhlas dari saya. Tidak percaya lihatlah sendiri apabila DS Najib berucap selalu kelihatan air liur berbuih banyak keluar di bibir mulutnya. Harap maaf teguran membina ini)

Timbalan Presiden. Tan Sri Muhyudin Yasin.

Naib-Naib Presiden:-

Dato Hishamudin

Dato Zahid Hamidi

Dato Khir Toyor.

Ketua Pemuda: Dato Mukhriz Mahahtir.

Ketua Wanita: Dato Shariza

Setiausaha Agung sebaik-baiknya lantik Dato Jamaludin Jarjis. Tengku Adnan ramai akar umbi yang mempertikaikan beliau sebagai SU kerana penglibatan beliau dalam video lingam.

Sekian, terima kasih.

sham1010 said...

Assalamualaikum,,,

Saya memohon jasa baik Pak Lah meletak jawatan secara terhormat.. demi Agama Bangsa dan Tanahair yang tercinta. berilah laluan kepada orang yang lebih layak sebagai PM.. terima kasih kepada Pak Lah yang telah melaksanakan tugas sebagai PM selama ini.. moga Allah membalasnya.. wassalam

anakcikguchik

Wakmasnoor said...

When will be this book ANGKARA DOLLAH BADAWI comes out dear Datuk? I cant wait to have my hands on it.

Jangan jual mahal sangat la Datuk ya.

zazliah said...

Sdr Den,

Pada saya Najibpun sama teruk. Nanti bukan Najib yang berlagak PM tetapi Rosmah.

Untuk masa ini biarlah Pak Lah teruskan sebagai PM. Kita lihat saja apa yang akan dibuatnya untuk memulihkan keadaan

zazliah

Cucu Adam said...

Tiada yang menduga usaha menjatuhnya pemimpin suatu budaya di dalam UMNO, lebih-lebih lagi di dalam keadaan sekarang.

Hancurnya UMNO/BN telah lama diperkatakan dan sering diulang-ulang yang jatuhnya UMNO adalah daripada dalam UMNO itu sendiri. Nyata dan benar pandangan tersebut.

Sejak tsunami politik pada 8hb. March, yang lalu kita telah saksikan pergesaran dan pertengkaran di dalam UMNO, yang kian hari bertambah teruk dan buruk dan tidak nampah berkesudahan.

Kalaupun akhirnya Ahmad Badawi berundur secara paksa dan digantikan pula oleh siapa sekali pun, sukar bagi UMNO untuk kembali kuat seperti sediakala. Lihat sajalah Kelantan sekali terlepas sukar sekali bagi UMNO/BN untuk kembali berkuasa walaupun ikhtiar dilakukan, dan saya kira kesemua kelima negeri + satu (termasuklah Kelantan dan Wilayah Persekutuan KL) akan terus kekal diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Antara pemimpin yang bertanggung jawap keatas kehancuran UMNO/BN termasuklah Tun Dr Mathair dan anaknya, Ahmad Abdullah Badawi dan menantunya Khairy, Tengku Razaligh Hamzah serta ramai lagi pemimpin lain.

Siapa yang boleh menduga PKR yang sebelum PRU12 hanya mempunyai satu kerusi di Dewan Rakyat, dan setelah PRU12 muncul sebagai parti pembangkang terkuat dengan 31 kerusi di Dewan Rakyat.Suatu masa diketawa oleh UMNO dan diibaratkan sebagai parti nyamuk.

Malah kalau bukan cara penipuan yang dilakukan sepanjang pilihanraya ke12 serta sokongan yang tidak kenal malu oleh SPR, Polis dan media tempatan seperti RTM, TV3, Utusan, Berita Harian dan lain-lain BN/UMNO tidak mungkin berjaya memperolehi 180 kerusi di Dewan Rakyat.

Nasi sudah menjadi bubur dan Allah SWT sajalah yang mahu mengetahui kesudahannya, suatu mimpi yang ngeri buat UMNO/BN.

umno 4ever said...

asmkm wbt
datok n sidang pelayar,
mudah-mudahan pembaharuan yg kita impi dan cita-citakan akn jadi kenyataan, insyaallah.
sebelum ini pernah saya mghantar komen ke blog datok menyentuh mengenai pejuangan para wakil rakyat yang amat kabur fokusnya. pejuangan yg dilihat rakyat ialah pejuangan untuk diri,kerusi n money wakil rakyat tu sendiri n segala mcm spesies pentol n pecacai politik untuk membesarkn periuk n keraknya sekali.
peejuangan mereka ini telah dilihat menular sehingga ke cawangan-cawangan umno atas influen yb-yb 2 penggal umurnya.
yb-yb 2 penggal ini keleu diteliti, lebih byk gambar mereka tersiar di dada akhbar berbanding artis hiburan. Glamor sunggh mereka-mereka ini.
datok n pelayar sekalian,
adalah wajar bagi kita demi agama bangsa dan tanahair, membuat pembetulan hingga ke cawangan masing2 bagi memastikan org yg terpilih terdiri dari org yg betul2 mengisi masa bermuhasabah untuk agama bangsa dan tanahair.
mengisi masa di coffee house berfikir perkara rakyat,
mengisi masa berfikir untuk agama,
mengisi masa berfikir mengenai pendidikan anak-anak,
mengisi masa berfikir mengenai ekonomi bangsa,
ALANGKAH INDAHNYA.
(tiba-tiba je kepala ni berangan-angan ..)BAGUS JUGA KALAU SURAT LAYANG BOLEH DITERIMA PAKAI SEBAGAI ADUAN RASMI OLEH JAWATANKUASA DISIPLIN PARTI..BIAR YB-YB YG 24JAM MELOBI kat pusat TU tAK SENANG DUDUK.BIAR AKAR UMBI YG BERKUASA LEBIH SKIT

merantikota said...

Perhimpunan Perpaduan Melayu – Jangan Biarkan Kedaulatan Dan Ketuanan Melayu Tercabar


Saya amat terharu dan mengalir air mata tak disedari membasahi pipi di subuh hari apabila menonton berita saluran 502 yang melapurkan Perhimpunan NGO Melayu!

Rupa-pupaya Sdr Aziz Deraman terpanggil untuk Mengadakan Himpunan ini! Saya berdoa semuga Allah mengangkat Hajat ini!

Adakah Sdr Hassan Ali mesih macam dulu suka bertekak dalam Dom? Apabila saja orang lalu depan Dom dia memang tak ada suara lain yang kedengeran selain dari suara dia yang kerjanya bertekak dengan kawan-kawan menegakkan benag basahnya! Apa ni San? Sampai sekarang tak ubah-ubah lagi ke? Cuba ikut macam Aziz!

First Thing First bentuk Kerajaan bukan nak tebas laman Masjid ( yalah gotong-royong tebas rumput kan tak banyak modal!) Tapi apa dia buat? Cari tanah tegakkan Kandang! Kandang Kambing ke?........Lembu ke?...........Kerbau ke?.........Ya.........Kandang Kerbau Pendek! Dah lah San jangan merapu lagi........ taubatlah umur pun dah patut cari tanah diar!

Dulu bukan ke ada orang kata Orang Badawi Malaysia bela Kerbau Pendek? Itu orang kata Hassan Ali memang kaki rapu! Kalau Bekas Boss mengata orang......anak buahpun kenalah pegang doktrin tu! Itulah kata orang < Moyok....mondok> Sekarang sendiri buat keputusan bela Kerbau Pendek! Ikut Syariat ke keutamaan ini? Keutamaannya Bela Kerbau Pendeklah........ bukanke Hukum Hudud yang patut di tegakkan?

Bercakap pasal ugama ini memang senang........siapa pun boleh mengistiharkan diri sebagai lebih halim atau lebih warak. Tapi....... dengan keputusan begini jelaslah macam tak belajar agama! Sepatutnya Hassan Ali dan yang lainnya letak jawatan, bantah cadangan ini! Kalau dulu di Sekolah, kalau ada orang mencadangkan supaya Hassan Ali bela Kerbau Pendek tentulah dia melenting dan maki hamun pencadang itu, betul tak San? Apa sekarang dah ada Perubahan Paradigma ke? Inilah paradigma Kehendak Menghahalkan Cara!

Untuk jawapan ini saya halakan persoalan ini kepada Sdr Aziz Deraman dan Sdr Badri Dasuki! Tahniah kepada Sdr Aziz kerana bersusah-payah menjayakan Himpunan NGO Melayu ini! Syabas Sdr!

Maknanya Sdr Aziz tidak rela anak Bangsa Kita menari-menri di hadapan para pelancong! Teruskanlah usaha Sdr InsaAllah Langit Merahmati usaha Sdr!

Jangan Biarkan Kedaulatan Dan Ketuanan Melayu Tercabar!

Pemuda Pelapis said...

Salam Dato',

Pertama kali cuba menyatakan sedikit pandangan di blog ini.

Mengikut kenyataan Najib soal "CALON TANPA RESTU" itu bukan perkara baru tetapi isu lapuk sejak dulu lagi. Kan... kita semua juga tahu istilahnya sebagai "CALON PARACHUTE" sejak 2 penggal kebelakangan ni.

Kenapa baru kini nak ambil berat setelah separuh nyawa? Dulu akar umbi dah pernah tegur tapi buat tak reti... buat-buat tuli... buat-buat pekak badak...

Akibatnya apa sudah jadi? Dulu pernah ke Najib dan Pak Lah nak ambil peduli semua ni? Rasa-rasa sempat lagi ke nak rawat? Atau dah merasa terdesak sangat-sangat?

Enough is enough!

PEMUDA PELAPIS - PEWARIS PERJUANGAN BANGSA

Berita dari gunung said...

Dato Ron,

Exit Plan yang baik sangat-sangat dialukan. Bukan senang untuk JK Pengurusan UMNO menyusun plan yang baik, kecuali Abdullah Badawi cakap terang-terang kepada Jawatankuasa tersebut. Cakap samar-samar kepada reporter "Saya bukan nak jadi PM selama-lamanya" bukan mandat untuk Exit Plan dirangka.

UMNO tidak ada sejarah yang memperlihatkan barisan baru melanyak barisan lama. Apabila Abdullah berundur adalah diharapkan beliau tidak dilondeh depan khalayak ramai.

Senario itu hanya ada di Filipina saja. Indonesia juga mencuba, tetapi masih ada pemimpin sana yang tidak tergamak berbuat begitu.

Dulu, Anwar Ibrahim cuba buat begitu. Zahid Hamidi adalah pelaung utama battle cry "nepotisma, kronisma" Tidak dinafikan waktu itu gelombang menolak pemimpin cukup kuat melanda Asia Tenggara dengan merudumnya ekonomi.

Anwar Ibrahim hingga kini dilihat sebagai pemimpin yang ingin naik dengan stail, dan sejarah juga memperlihatkan kenaikan beliau keatas dengan merentap ramai kebawah. Espionage bagi pihak US juga dilabelkan keatas beliau dari dulu hingga kini.

Diharapkan Najib, Muhyiddin dan Tengku Razaleigh tidak tergamak untuk melondeh Abdullah Badawi semau-maunya bila Abdullah turun. Kalaupun sukar untuk memberi penghormatan kepada Tun Mahathir yang sangat kritikal, cubalah juga untuk Abdullah.

Jangan kita cemarkan sejarah negara dengan stail Anwar Ibrahim.

Terima kasih.

m r said...

Semua pemimpin Umno berkata, mereka akan dengar cakap akar umbi untuk membuat perubahan dlm Umno/bertanding jawatan/memulihkan BN....

Inilah kata akar umbi itu, segera buat peralihan kuasa dlm UMNO!!

- MALAYSIA KOPI TIAM

Kamalkamal said...

Datuk,

Walau apa pun bentuk perjumpaan yang diadakan oleh Pengurusan Tertinggi UMNO dengan barisan kepimpinan bahagian dan akar umbi, jawapan yang mereka akan terima adalah sama...mohon Datuk Abdullah Ahmad Badawi berudur.

Yang menghairankan mengapa AAB terlalu berdegil dan sukar untuk berpijak dibumi yang nyata. Sekiranya ini permintaan dan isyarat dari ahli UMNO akar umbi, AAB perlu akur.

Sekiranya UMNO ingin terus berada dipersada politik tanahair, mereka perlu berubah dari segi cara pemikiran dan tindakan. Sikap ego yang tak bertempat di kalangan pemimpin mesti dibuang. Pemimpin yang berwibawa adalah pemimpin yang selalu bersama rakyat bukannya empat atau lima tahun sekali.

Dimasa ini juga saya lihat telah bermulanya kempen untuk menghadapi pemilihan UMNO peringkat Cawangan dan Bahagian. Apa yang dikesalkan, dalam keadaan UMNO yang kritikal ini ahli-ahli masih lagi menggunakan kaedah lama dalam kempen masing-masing. Apakah ahli UMNO akar umbi ini lupa bahawa lima negeri telah jatuh ditangan pembangkang. Sepatutnya mereka mesti berubah...berubah dalam ertikata sebenarnya. Pilih kepimpinan yang benar-benar berwibawa, dan berkempen untuk melakukan perubahan, agar akar UMNO dapat diberi nafas baru bermula dari peringkat Cawangan lagi, kemudian dikembangkan ke Bahagaian dan seterusnya ke peringkat Pusat.

Unggal said...

Salam Datuk..
UMNO Johor macamana..?..sekejap sokong sekejap sekejap tidak..? munkin UMNO Johor mudah dibeli dengan matawang Singapura utk WPI, Sungai Seget, jambatan 'bengkok' yang dibayar pampasan kerana tak dilaksanakan..dan lain-lain..? Maaf Datuk... saya pun orang Johor oops...Muar..!! to be exact...!
Ikhlas dari saya
Ex-roomate di Muar Hostel (60's)

Hang-Jebat said...

Tuan Hamba,
Jebat ingin bertanya, baru baru ini Jebat surf di wikipedia. Kata mereka, Tunku Abdul Rahman adalah Bapa Kemerdekaan, Tun Razak Bapa Pembangunan, Tun Hussin Bapa Perpaduan, dan Tun Mahathir Bapa Pemodenan, tetapi hamba berasa hairan, sejak bila DS Abdullah jadi Bapa Pembangunan Insan?
Agak2 pegang bahu dan berpeluk dengan wanita bukan muhrim adalah contoh akhlak islam Hadhari.
Mohon penjelasan Tuan Hamba, golongan muda seperti Jebat malu berimam kan Imam Hadhari ni. Dengan orang kampung boleh lah ditunjukkan gambar beliau mengimamkan solat dan bertahmid sempena aidilfitri. Kalau kalau tv3, RTM, berita harian dan utusan melayu siarkan gambar gambar ini, Hamba rasa dah lama tutup cawangan UMNO di kampung kampung tuh.
Sian kan UMNO. Dulu orang kata UMNO ni parti kampung, tapi mereka tidak prihatin perasaan orang kampung.Orang kampung memang tak pandai bukak blog,. Apa pun pelan persaraan DS Abdullah memang Jebat tunggu tunggu kan. Cuma betul ke DS Najib nak jadi next PM. Jebat takut bini dia yang sebenarnya PM.
Apa agaknya gelaran PM ke-6 nanti. "BINI NOMBOR DUAKU".

Pusat Kegiatan Guru Benut said...

Komen 'aku' budak mentah dalam politik,
Aku mula tahu tentang politik semenjak naik ke tingkatan satu..lepas aku sering ikut pakcik2 aku pergi tgk kempen2 dan perjumpaan pemimpin bersama rakyat yang dulu kerap diadakan. Semenjak dari itu aku mula ikut cerita-cerita politik ni sehingga sekarang...khususnya dalam UMNO. Aku tak kisah parti lain...kerana parti lain aku tgk lebih cakap dari buat, lbh bising dari senyap, Lbh kepada kehendak peribadi...dan tak der contoh yang boleh dijadikan kebanggaan...
Tapi...sekarang ni....
aku tgk benda tu dah ada kat pemimpin umno yang ada sekarang ni....tak kira lah MT ke hinggalah ke peringkat cawangan dan bahagian...Aku tgk dia orang ni bila dah dapat sokongan mulalah lupa diri....macam2 dia org buat untuk diri sendiri...mcm projek utk kroni, buat kerja lepas dibodek, cakap macam tak ader pengetahuan macam kes harga minyak, harga makanan, inflasi dan kemajuan org melayu dalam bidang ekonomi, pendidikan dan lain-lain.... Sepatutnya dia org duduk pikir macam mana nak bantu naik dan betulkan org melayu...bukan beri alasan yang sangat bodoh...org melayu sekarang ni dah ramai yang berpendidikan...dah rami yang bergelar Dr. Ir. dan macam-macam lagi... Dia orang ni dah lama berpikir dengan cakap-cakap pemimpin melayu yang sememangnya disokong dengan ketokohan....dah lah aku rasa dah cukup kut...aku rasa ko rang dah paham agaknyer apa yang aku nak sampaikan....kesimpulan - tukar pemimpin UMNO yang tak der pendidikan tu dengan org yang ader pendidikan...zaman sekarang tokoh ader tapi pendidikan takder.... takder guna nya....

the indie story said...

Dengan Izin dan Budi Bicara Tuan Punya Blog yang dikasihi,

Foto-Foto Terkini "PERHIMPUNAN RAKSASA RAKYAT DI DEWAN SULTAN SULAIMAN", KG. BARU, KL. Tarikh:14hb. April / Masa: 8.30pm - 10.30pm (Sejarah Tercipta!)

Foto-Foto Eksklusif Hanya Daripada

theindiestory.blogspot.com

CHECK IT OUT! tq

sniper said...

Dah LAH .. kalau LAH badawi turun pun, ganti dgn Najib al-tantuya..

pi mai pi mai tang tu jugak.. lagi sakan aktiviti mengebom guna C4 lepas ni..

kalau che det dan dolah main sumbat ISA, mai najib, nanti semua rosmah suruh bom ..jadi ala-ala iraq dan afghan la semua ..

m r said...

Hampir 3 jam aku duduk berbincang mengenai politik tanah air....akhirnya ada jawapanya mudah bagi UMNO untuk terus berkuasa dberkuasa atau PKR = Pakatan Rakyat terus berkuasa.

Kedua fomula dan teori ini memang akan menyakinkan rakyat untuk kedua parti ini...

Jika saya beri pd UMNO pasti umno berjaya..dan JIKA diberi pada PKR pkr juga pasti berjaya..

Ini bukan cerita kosong atau rekaan..ia satu teori yg cukup berkesan...

Dan aku tak tau bagaimana `THINK TANK' lain berfikir...



Tetapi saya tidak mahu mendedahkannya lagi.. ketua UMNO dan ketua PKR kini sedang bersaing untuk terus menjadi PM...siapa cepat dia dapat!! Tetapi bagaimana ya kalian (UMNO/PKR) dan mengetaui teori ini....

Itulah kebijaksanaan dan akal diberi pada tuhan...

Jadi saya mahu buka idea/strategi/teori ini kepada mereka yang bminat....untuk menjadi ahli PEJUANG POLITIK YG HEBAT...

Walaupun Umno marah kpd Anwar Ibrahim...kita kena akui dia antara PEMIMPIN YG HEBAT...

untuk mengetahui teori hebat ini emel kpd trustfd@gmail.com

Unknown said...

beberapa pantun empat kerat untuk ahli UMNO yang disayangi.

Kedai emas ada jual cincin,
Namun kami tak mampu beli,
Tiba Masa Pak Lah Pencen,
Berikan peluang kepada Ku Li.

Rakyat Kelantan orang berdikari,
Usah diragu Ku Li Tawarkan Khidmat,
Agar UMNO terus berdiri,
Ku li adalah pilihan kita yang paling tepat.

Khairi sukakan santan,
Abdullah sukakan buah pinang,
Usah dikata kenapa tak tawan Kelantan,
DAP sudah miliki Pulau Pinang.

Dulu Pak Lah,
Sekarang Ku Li,
Dulu rakyat gelisah,
Sekarang rakyat Puji.

Lubang kubur sudah digali,
Kini hanya tinggal dua nisan sahaja,
Apa lagi hendak dicari,
Kenapa takut hendak bersuara.

Akhir kalam, semoga ahli UMNO seluruh Malaysia memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada bakal Presiden yang baru iaitu YBM Tengku Razaleigh Hamzah. Usah ragu dengan tawaran beliau kerana kita perlukan dia...

http://pandangankita.blogmas.com

drshamsulAnwar said...

Are we there yet ?? hhhmmmmm

mofbar said...

Lepas godek-godek arkib lama berkaitan "The Toyol Code", tertanya-tanya jugak la :

"Adakah semua ni sebahagian dari rancangan yg dikupas dalam Toyol Code tu?"

Unknown said...

Salam Datuk,

Pada saya, kalaupun Pak Lah berjaya ditumbangkan, UMNO tetap berpenyakit. Wang sudah sebati menjadi darah dan daging UMNO. Mereka jijik dengan babi di Selangor tapi tidak pernah jijik dengan politik wang. Kalaupun UMNO ditakdirkan Allah berkubur selama-lamanya dalam PRU13, usah disalahkan pihak lawan, salahkan diri sendiri yang telah sekian lama "kotor". Namakan sesiapa jua, baik Najib, Muhyidin, Ku Li, Mukhriz atau Tun Mahathir, selagi pemimpin tidak serius mengamalkan al-Quran dan al-Hadis dalam kepimpinan mereka, sehebat mana pun mereka pasti gagal kerana tiada keberkatan dalam pimpinan.

THE PUREHADHARIST said...

ANWAR IBRAHIM - JELMAAN ISLAM LIBERAL ? - BAKAL PM MALAYSIA ?

( MEMPUNYAI RENUNGAN MATA YANG HAMPIR SAMA DENGAN SALMAN RUSHDIENAMUN DIHARAP TIDAK MEMPUNYAI "WORLD VIEW" YANG SAMA - NAUZUBILLAH !



KENYATAAN-KENYATAAN ANWAR YANG PERLU KITA TELITI MAKSUDNYA.


1. ANWAR IBRAHIM KATA, SALMAN ADALAH "PROFOUND WRITER" BERERTI PENULIS YANG MEMPUNYAI PENGETAHUAN YANG MENDALAM. (Apakah karya Syaitannya itu juga berdasarkan pengetahuan yang mendalam, ANWAR ? )



2. " Let us look at Egypt, for example, who is the great beneficiary of
American aid, second to Israel." ( KEKAGUMAN ANWAR KEPADA "BOSS"NYA...MUNGKIN)



3. "To my mind, it is essential because again, in my limited
experience, with the Islamic Party, we were known to be strong
advocates of Islamic law, even an Islamic state. Now, Islamic state
is no longer on the agenda". ( NEGARA ISLAM BUKAN LAGI AGENDA ANWAR MUNGKIN BERSETUJU DENGAN SAYA KERANA BELUM MENCUKUPI SYARAT - APAKAH PAS BERSETUJU? BAGAIMANA AGAKNYA MASADEPAN PAKATAN RAKYAT? )



4. " AMERICA REMAINS THE STRONGEST VOICE FOR FREEDOM TODAY " . ( ADUH ! ANWAR ! MENGAPA TERSASAR JAUHNYA PEMIKIRAN KAMU).


wahai golongan ANWARIST ! kami perlu penjelasan atas kenyataan-kenyataan ini.

Untuk PAS , hati-hati dalam meniti kemenangan ini.



Satu Pertanyaan, " BUDAYA KAGUM KE ATAS BARAT DAN AMERIKA INI NAMPAKNYA BUKAN SAHAJA MENIMPA ORANG AWAM DAN ANAK MUDA NAMUN PEMIMPIN-PEMIMPIN ISLAM JUGA, TIDAK PELIK KALAU PALESTIN MASIH DIKEROYOK DAN SEANTERO DUNIA HANYA MELIHAT SAHAJA, pertanyaannya, Di mana silapnya?
SIKAP KITA TERHADAP AMERIKA PERLU JELAS. JANGAN BERMAIN KATA DAN "PLAY SAFE" DENGAN AMERIKA. KITA HARUS TERIMA AMERIKA-ZIONIS, ZIONIS-AMERIKA. MESTI ADA TAWALLA DAN JUGA TABARRA...BERSAMA ISLAM DAN MUSLIMIN DALAM MASA YANG SAMA MENYATAKAN PERMUSUHAN KE ATAS MUSUH ISLAM DAN MUSLIMIN.
BERUNDING DENGAN AMERIKA ADALAH SIA-SIA !
WAHAI PEMIMPIN-PEMIMPIN ISLAM TERMASUK MALAYSIA ! PELIHARALAH NEGARA MASING-MASING DARI DICENGKAMI OLEH PENGARUH AMERIKA !
HIDUPKAN SEMANGAT PATRIOTISME AGAMA , BANGSA DAN NEGARA.

KITA KENA HATI-HATI JUGA DENGAN LULUSAN LUAR NEGERI YANG TIDAK PERNAH SEKOLAH DI DALAM NEGERI. TAKUT BERADA DI DALAM PROGRAM RECRUITING SEBAGAI KADER-KADER CIA...MUNGKIN KJ TIDAK TERMASUK DAN TIDAK SEPERTI ANWAR. DIA CUMA URUSKAN PASPOT ANWAR AJE DULU...OOOPS...

kaki bull doze said...

Salam Datuk,
Menurut permerhatian saya,UMNO tak lah kalah teruk sangat,dan BN tidak akan kehilangan 2/3 majority jika MCA,MIC dan Gerakan tidak kalah kerusi-kerusi DUN dan Parliment mereka.Isu politik perkauman di dlm PRU ke 12 sudah terlalu banyak diulas dan saya rasa tidak perlulah saya membuat ulasan mengenainya.Juga tentang isu nasional yang sudah jelak diperkatakan oleh rakyat seperti kenaikan harga petrol,barang keperluan,kronisme,isu KJ dan banyak lagi.Saya tak nafikan memang UMNO perlukan perubahan dalam menagani masalah ini untuk terus relevan yang juga telah banyak diperkatakan.Kalau orang yang berada didalam kesusahan melampau kerana ketiadaan wang,kesempitan wang;apa yang diperlukan oleh orang ini ialah mengira duit di poketnya untuk berbuat sesuatu dan bukannya menyibuk tentang berapakah duit yang ada di poket orang lain(maksud saya duit di poket orang yg berduit).Inilah pemikiran "out of the box" yang perlu difikirkan oleh orang Melayu/UMNO iaitu fikirkan tentang kelemahan diri sendiri dan perbaiki kelemahan itu dari menyibok tentang urusan PKR la,DAP ke atau PAS.PKR ke,DAP ke atau PAS (PAS ada bagus sikit sebab dia orang agak konsisten)bukan la bagus sangat untuk dirisaukan,pada saya dia orang sementara je...dan kita semua patut "sit down and relax" tengok je apa yang dia orang nak buat dengan janji-janji dia orang tu.Kita bagi dia orang peluang memerintah di 5 negeri tu, janganlah melayu ni cepat melatah dan mengelabah tak tentu pasal tentang ketuanan melayu la.Kita orang ni rakyat biasa dah bosan dengan denial,salah menyalah la,dan entah apa-apa lagi yang pemimpin UMNO/Melayu sogokkan sekian kali di akbar arus perdana.Ini bukanlah bermakna saya menyokong pembangkang,tetapi saya menyokong sesiapa saja yang dapat menolong kami ni rakyat biasa yang mangkin lapar sedangkan orang politik cuma boleh cakap "rakyat harus berkorban" dan "subsidi itu dan ini sudah tidak dapat lagi di tampung oleh kerajaan.Ini apa ni..Apalah maknanya petrol naik katakan 30 sen kepada mereka-mereka yang ada kekayaan 30 ke,40 ke,400 juta ringgit berbanding rakyat yang berpendapatan RM 2-3,000 sebulan.Apa perasaan mereka-mereka ni yang ada rumah besar bernilai RM 20juta ke terhadap rakyat biasa yang hendak beli rumah teres RM 80,000 tetapi perlukan pinjaman di mana pihak bank perlukan macam-macam dokumen macam la semua rakyat Malaysia ni teruk sangat tak mampu bayar pinjaman rumah(kekadang tu dokumen entah macam-macam tak masuk lagi dengan penjamin).Kita orang rakyat biasa dah bosan,kau orang ada rumah berjuta ringgit sedangkan kita ni nak dapatkan pinjaman rumah kecil separuh nak mati melalui kesusahan ini.Tolonglah perbetulkan kesilapan-kesilapan ini,kekayaan negara ni untuk dikongsi bersama rakyat tak kira bangsa dan agama.Ini lah pemikiran "out of the box" yang mesti dilihat oleh pemimpin kita.Salam

damakracun said...

UMNO perlu direformasi, tetap relevan jika kena caranya..