Tiong Dan Bung Mokhtar
Pimpin BNBBC Parlimen?
Anggota Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing, dilantik sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC). Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin, pula sebagai Timbalan Pengerusi.
Tahniah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Anda telah membuat pilihan yang tepat kerana kedua-dua Ahli Parlimen ini memang mempunyai rekod yang cemerlang! – Ruhanie Ahmad
Pimpin BNBBC Parlimen?
Anggota Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing, dilantik sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC). Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin, pula sebagai Timbalan Pengerusi.
Tahniah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Anda telah membuat pilihan yang tepat kerana kedua-dua Ahli Parlimen ini memang mempunyai rekod yang cemerlang! – Ruhanie Ahmad
9 comments:
Seronok le YB Bong Mokhtar, dah lah dapat habuan semasa PM mengadakan pertemuan dgn AP Sabah kemarin, kini dilantik sebagai Timb Pengurusi BNBBC pula!! Bertuah jadi orang yang suka sergah orang atasan secara melulu ni,Datuk! Rasa nak sesuatu dari Musa Aman , dia gertak Musa Aman. Nak seuatu dari PM gertak PM. Saya ingat budak tgkt 4 tahu hal ini.
Tiada demokrasi ke dalam BNBBC? pakai 'point' sistem aje!!!
tiada mp lain dr sabah selain bung mukhtar?
adakah tandus sgt bn dgn mp yg berkaliber?
Datuk,
I know both Datuk Seri Tiong and Datuk Bung Mokhtar Raden. Both of them are of two extreme ends. Tiong can't speak fluent Malay, Bung can't speak good English. Tiong seldoms participate in the Dewan Rakyat debate and Bung always talks through his nose. Both are not articulate enough to lead the BNBBC. Worst still, Tiong is also believed to have been involved in the PKFZ scandal. I feel sorry for both of them and also sorry for the government. Both of these guys will only become the laughing stock of the opposition. Good luck Pak Lah.
Datuk,
Saya mintak kepastian. Bukankah Bung Mukhtar ni YB yang kecoh-kecoh pasal soal "bocor" waktu bahas dalam Dewan Rakyat tahun sudah? YB macam ni yang Pak Lah lantik orang No. 2 BNBBC? Hancur BN!!!! Credibaliti zero!!!!
Sir, correction to my earlier comment about Datuk Seri Tiong and Datuk Bung Mokhtar.
To my mind, both Tiong and Bung will only become a laughing stock to the oposition. How can the opposition respect them if Tiong only knows how to ask soalan asal and Bung only knows how to mencelah?
About the proposed post-mortem to be conducted by Tan Sri Muhyiddin, may I suggest that it is also being done at the BN level. I mean, BN should order its component members to conduct post-mortem at their respective party level first and then each of them present their findings and recommendations at the BN level. If this can't be done, I think a bit difficult to restore the people's confidence in BN in the 13GE.
Orang BBC dulu-dulu hebat. Ada Shahidan, ada Ron, ada JJ ada Shahril. Orang-orang ni semua pembangkang respect. Baru-baru ni Raja Bola dari Perak pimpin BBC. Opposition tak respect dia. Kali ni Tiong dengan Bung "bocor" pulak jaga BBC waktu jumlah pembangkang besar. Saya bimbang, dua-dua YB ni terkencing kena balun pembangkang. Tak payah Kit Siang bantai dia orang, Norizzah atau Mahfuz pun cukup. Tentu gelabah habis dua-dua ayam sabung si Dollah ni.
Kalau pergi konfrens international lagi teruk. Dua-dua orang kuat BBC ni tau cuma makan angin aje. Orang pergi konfrens untuk naikkan imej MP Malaysia dan nama negara, dia orang ni pergi konfrens cuma makan tidur je....
Apalah si Dollah jadi macam ni? Banyak lagi MP BN yang ada kredibiliti. Nur Jazlan boleh, Razali boleh, Dr. Puad boleh, KJ boleh, Radzi boleh, Azmi pun boleh, tapi si Dollah pilih Tiong dengan Bung. Pasal nak jaga hati orang Sabah dan Sarawak kononnya. Tapi maruah BN dan nama baik negara diketepikan. Mana prioriti anda wahai si Dollah? Kalau dah hilang fokus kan baik ikut cakap rakyat, BERSARA!!!!!
Saya masih ingat Tun Musa Hitam cerita pasal UMNO parti kampung. Dia cakap waktu itu, kita jangan lupa yang UMNO asalnya di kampung-kampung. Jadi dia mintak kita semua hayati semangat dan ciri-ciri kampung yang sentiasa segara dan relevan dengan zaman. Contohnya, orang kampung penuh dengan permuafakatan, penuh dengan sikap kerjasama, bertolak-ansur, jujur, ikhlas dan sentiasa penuh dengan kesetiakawanan.
Itu yang Musa Hitam mintak orang UMNO hayati. Ciri-ciri, sikap, semangat dan nilai-nilai itu yang perlu dihayati sepanjang masa dalam perjuangan. Bukan macam hari ini. Masuk UMNO bayar satu ringgit dah mula mintak lesen kontrektor kelas F. Kejar YB sana kejar YB sini. Lepas tu beli kayu golf untuk gesel bahu dengan DO, SU majlis daerah atau engineer JKR. Dapat duit, berftanding AJK guna duit untuk kontrek. Main politik wang, tabur sana tabur sini. Bila menang, sibuk nak cari banyak lagi guit kerana 3 tahun lagi nak guna duit beli undi, mungkin untuk tanding Ketua Pemuda, Naib Ketua, Timbalan Ketua atau Ketua Bahagian. Ni yang bikin UMNO rosak. UMNO digunakan sebagai sijil atau ijazah untuk cari wang dan lepas dalam UMNO main politik wang untuk dapat jawatan. Sapa saja dia langgar kerana dia ingat duit dia lebih besar dari kesetiakawanan, permuafakatan atau kejujuran dan keikhlasan dalam perjuangan.
Kesan gandaan kepada sikap bulldozer macam ni yang bikin UMNO ranap punah ranah. Tak cukup duit sendiri, duit tokey babi pun dia orang sapu. Sebab tu macam kes babi di Selangor yang tengah kecoh waktu ni, salah seorang shareholders syarikat ternak babi babi tu adalah bekas YB UMNO. Apa nak jadi? Tak percaya, pergilah cari sapa bekas YB UMNO di kawasan Morib tu. Tanya dia betul tak dia ada saham dalam syarikat ternak babi? Pasal apa dia sampai sesat macam tu? Pasal nak duit. Untuk apa? Pasal dia nak guna duit untuk kekalkan kedudukan dan kuasanya. Sekarang? Dengan kuasa ALLAH SWT, terlingkup dia... Mudah-mudahan ini semua jadi pengajaran kepada kita semua. Itu pun kalau masih ada orang UMNO yang nak hayati semula sifat kekampungan UMNO di abad ke-21 ini!!!!
I made comments about this. Siapa yang sabotaj UMNO. Ketua cawangan, bahagian, termasuk Dolah sendiri.
Please visit my blog:
http://selangortoday.wordpress.com/2008/04/10/siapa-sabotaj-umno/
Post a Comment