Saturday, April 05, 2008

Teks Pebuh Ucapan Tengku Razaleigh Hamzah Di Persidangan Perwakilan Khas UMNO Bahagian Gua Musang

Di bawah ini adalah teks ucapan penuh Tengku Razaleigh Hamzah. Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Kelantan, semasa merasmikan Persidangan Perwakilan Khas UMNO Bahagian Gua Musang, di Balai Rakyat, Bukit Cekati, Gua Musang, jam 10.00 pagi, Jumaat, 4 April 2008, bersamaan 27hb Rabiulawal 1429.

Teks ini dikirimkan kepada blog ini oleh seorang yang menggelarkan dirinya sebagai Pemerhati. Saya ucapkan jutaan terima kasih kepadanya. Setelah double check kesahihan teks ini dengan beberapa sahabat di Kelantan (hanya amalan biasa oleh seseorang wartawan), maka saya siarkan teks ini untuk diambil iktibar, pedoman dan tindakan oleh warga UMNO prihatin di seluruh tanah air.

Kepada Tengku Razaleigh, kita ucapkan selamat berjuang demi agama, bangsa dan tanah air. Mulai sekarang, kita juga wajar menyokong dan mendukung perjuangan yang beliau mulakan pada hari ini. – Ruhanie Ahmad

Kita bersyukur kepada Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah Izin-Nya, kita semua dapat bertemu di perjumpaan ini pada ketika kita sedang menghadapi pengalaman yang sangat pahit dan membimbangkan kita semua, iaitu pengalaman buruk yang dilalui oleh UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) yang baru lepas.

Sejak tertubuhnya UMNO pada 11 Mei 1946, parti kebangsaan Melayu ini tidak pernah tercabar begitu hebat dan teruk seperti yang berlaku padanya selepas PRU12.

UMNO lahir dari semangat perjuangan kebangsaan menentang muslihat dan gagasan British untuk menghapuskan kedaulatan bangsa Melayu, negeri Melayu dan raja Melayu di tanah air mereka sendiri.

Kita berjaya menumpaskan gagasan penjajah itu dan meneruskan perjuangan untuk menuntut kemerdekaan hanya dengan bersenjatakan semangat cinta kepada bangsa, agama, budaya dan tanah air.

Itulah agenda kebangsaan Melayu waktu itu dan itulah sumber kekuatan yang telah menyatukan bangsa Melayu sehingga kita akhirnya berjaya mencapai kemerdekaan tanpa terpaksa berperang kerana pihak British menyedari bahawa bangsa Melayu waktu itu mempunyai kekuatan sejarah dan warisan yang kuat, dan sukar ditentang.

Kekuatan UMNO itu terbukti dalam PRU pertama yang diadakan dalam tahun 1955. Parti Perikatan yang diterajui oleh UMNO dengan dukungan rakan-rakan dari MCA dan MIC mencapai kemenangan yang cemerlang. Daripada 52 kerusi Majlis Perundangan Persekutuan (sekarang Parlimen) yang ditandingi, Perikatan memenangi 51 kerusi dan menguasai lebih 2/3 atau hampir 95% kerusi Majlis Perundangan Persekutuan.

Yang penting kita ingatkan diri kita semula ialah, kerusi UMNO melebihi 2/3 kerusi Majlis Perundangan Persekutuan dengan memenangi 33 kerusi. Ini bererti bahawa kuasa politik Melayu pada waktu itu cukup kuat dan itulah salah satu asas ketuanan bangsa Melayu.

Malangnya kita tidak bertahan dan tidak mampu memperkukuhkan kedudukan itu dalam pilihan-pilihan raya berikutnya.

Empat puluh tahun kemudian, iaitu selepas PRU12 dalam tahun ini, UMNO jatuh tarafnya sebagai parti yang terkuat dan yang didukung oleh majoriti orang Melayu tiba-tiba jatuh menjadi parti yang kecil perwakilannya dalam Parlimen padahal parti ini adalah parti yang terbesar di negara ini, mempunyai 191 Bahagian di seluruh Malaysia dan jumlah anggotanya melebihi 3 juta orang.

UMNO cuma berjaya memenangi 78 buah kerusi Parlimen, menurun sebanyak 32 buah kerusi dari jumlah 110 buah kerusi yang dimenanginya dalam Pilihan Raya Umum Ke-11.

Hilang Kuasa

Yang memeranjatkan kita ialah, parti baru, iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) memenangi 31 kerusi Parlimen. Dalam tahun 2004 parti ini cuma mempunyai seorang ahli Parlimen. Daripada 31 ahli parlimen PKR itu, 18 ialah orang Melayu. PAS memenangi 23 kerusi. Dalam tahun 2004 parti ini mempunyai 6 orang ahli Parlimen sahaja.

Akibatnya, BN kehilangan kuasa majoriti 2/3 majoriti dalam Parlimen

Dua perkembangan lain yang tidak disangka-sangka oleh UMNO (tetapi mungkin tidak memeranjatkan orang lain) ialah pertama, jatuhnya empat buah negeri – Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang - ke tangan parti Pakatan Rakyat, iaitu gabungan parti PAS-PKR-DAP. PAS di Kelantan menjadi bertambah kuat.

Dan kedua, kalahnya banyak calon MCA, MIC dan Gerakan di tangan calon DAP dan PKR.

Itu petanda bahawa BN dan UMNO yang telah memerintah negara ini dengan tidak putus-putus sejak merdeka atau sejak tahun 1955 tidak lagi mendapat sokongan dan kepercayaan rakyat Malaysia dari semua kaum.

Berdasarkan statistik tentang kadar jumlah undi popular seluruh rakyat Malaysia, didapati bahawa hanya 48% sahaja daripada pengundi seluruh negara yang menyokong (mengundi) BN, manakala jumlah undi popular seluruh negara yang menyokong parti-parti lawan ialah 52%.

Jadi, mesej atau isyarat pengundi agak terang dan jelas: Mereka mahukan perubahan kerajaan. Mereka mahukan kerajaan yang lebih cekap, telus, bersih, beramanah, adil dan pro-rakyat tanpa mengira kaum.

Beberapa perkembangan yang berlaku sebelum PRU12 itu diadakan, memperkuatkan lagi ketidakyakinan rakyat terhadap keupayaan dan komitmen kerajaan BN untuk memerintah negara ini dengan cekap, bersih, amanah dan adil, untuk menyelesaikan masalah-masalah asas ekonomi, sosial, perumahan dan pendidikan rakyat miskin, untuk menghapuskan rasuah yang semakin menjadi-jadi di kalangan ‘orang atasan’ dan yang berkuasa, termasuk dari kalangan wakil rakyat sendiri.

Kita sebut satu kes sahaja, iaitu kes yang berkaitan dengan ‘rakaman video Lingam’ yang didedahkan kepada Suruhanjaya yang dilantik untuk mendengar kes ini.

Segala cerita yang disampaikan kepada Suruhanjaya kes ini memperlihatkan kepada rakyat betapa korap dan lemahnya sistem pelantikan dan cara membuat keputusan mahkamah.

Bayangkan, seorang peguam bela dalam kes tertentu boleh menulis keputusan (judgement) mahkamah dan hakim yang berkenaan hanya membaca keputusan yang telah disediakan oleh peguam itu.

Bayangkan juga, para tauke atau tauke judi boleh ‘campur tangan’ dalam soal pelantikan hakim.

Malapetaka

Kes seperti ini tidak sahaja mengaibkan darjat hakim – hakim bangsa Melayu beragama Islam pula – tetapi ia dengan jelas memusnahkan kredibiliti kerajaan BN yang nampaknya membiarkan perkara-perkara yang buruk dan dahsyat itu berlaku terhadap sistem kehakiman negara. Orang akan takut untuk menghadapi mahkamah yang dikendalikan oleh hakim yang boleh dibeli.

Ada beberapa kes lain – ada yang masih belum selesai, iaitu masih dalam proses pembicaraan – yang juga tidak kurang besar pengaruhnya terhadap sentimen dan pola pemilihan rakyat dalam PRU12.

Tidak usah saya sebutkan kes-kes itu – saudara sekalian yang membaca surat khabar tentu mengetahuinya.

Apakah Respons Kita Terhadap Kemerosotan Kuasa Politik UMNO ini?

Sampai saat ini, setelah hampir sebulan UMNO dan BN mengalami ‘malapetaka’ politik yang dahsyat itu, tidak ada apa-apa tindakan yang diambil oleh pucuk pimpinan parti untuk membincangkan sebab-sebab mengapa ‘malapetaka’ itu berlaku pada UMNO dan BN.

Tidak ada usaha untuk mengajak para perwakilan UMNO dari semua peringkat – peringkat Bahagian dan Cawangan – untuk mengadakan proses muhasabah secara terbuka, secara kritis tetapi tenang.

Matang dan rasional, tidak beremosi, dari hati ke hati sesama anggota parti sendiri, membincangkan ‘masalah rumah’ sendiri ini, dan mencari jalan yang baik dan benar dengan tujuan untuk memperbaiki diri dan menghindari berlakunya kejadian yang lebih buruk lagi baik sekarang mahu pun dalam PRU akan datang.

Kita mendengar bermacam-macam reaksi, pandangan dan keluhan, kritik dan tuduh menuduh dari orang-orang perseorangan UMNO, yang paling banyak ialah dari beberapa orang pemimpin dan menteri UMNO.

Ada yang mengatakan bahawa kita sebenarnya tidak kalah, kita masih menang; ada yang berkata, ‘BN akan bangkit semula untuk menebus kekalahannya’; ada yang menyalahkan orang Melayu yang memilih parti lain, dan berkata orang Melayu itu ‘tidak mengenang jasa’ (tidak tahu saya ‘jasa siapa dan apa’); ada yang menyalahkan generasi muda Melayu kerana kononnya mereka ‘tidak faham perjuangan UMNO’ atau kerana mereka tidak mendapat berita, maklumat dan cerita yang sebenar tentang kerajaan, UMNO dan BN yang disiarkan dalam surat khabar arus perdana, tetapi membacanya dari blog-blog ‘anti kerajaan’ dan ‘anti UMNO’ dalam internet.

Jadi, nampaknya, kita masih mengekalkan fiil dan budaya lama, fiil tidak mahu memeriksa kesalahan dan kelemahan kita secara kolektif, secara rasional, bijak dan cerdik. Kita mencari kesalahan orang lain, kesalahan pengundi, kesalahan parti lawan.

Suara Rakyat

Para pemimpin parti – walaupun tidak semuanya – cuba menutup suara rakyat akar umbi UMNO, tidak mahu mendengar pandangan dan kritikan dan teguran mereka. Kita pergi ke sana ke mari menyebarkan propaganda dan dongeng bahawa parti akan rosak jikalau ahli akar umbi UMNO tidak menyerahkan segala masalah yang dihadapi oleh UMNO sekarang kepada pucuk pimpinan untuk ditangani dengan sebaik-baiknya – mereka diseru supaya memberikan kepercayaan kepada pucuk pimpinan.

Apakah mereka tidak sedar bahawa yang menjadi punca besar kelemahan UMNO yang membawa kepada malapetaka yang tersebut itu bukan rakyat akar umbi UMNO tetapi ialah kelemahan kepimpinan UMNO, ini termasuk para menteri UMNO, yang setengah-setengahnya tidak mempunyai rekod peribadi, moral dan budaya yang baik.

Merekalah yang tidak mahu UMNO berubah; merekalah yang mahu kepimpinan UMNO yang ada dikekalkan, jangan digantikan, jangan ditandingi.

Masalah UMNO bukan masalah beberapa orang yang berkepentingan sahaja, tetapi masalah bersama semua ahli UMNO. UMNO bukan kelab golongan elit, golongan hartawan dan peniaga, kelab ‘eksklusif’.

UMNO ialah parti politik kebangsaan Melayu. Tugasnya bukan untuk menjaga periuk nasi anggota atasannya tetapi untuk memperjuang, menegakkan, dan memperkukuh tiga tiang kekuatan bangsa Melayu, yang saya sebut tiang Alif, Ba, Ta: Alif bererti Agama, Ba bererti Bahasa, Budaya dan Bangsa, dan Ta bererti Tanah Air.

Apabila UMNO tidak lagi mempedulikan perjuangan Alif, Ba, Ta ini, yang merupakan perjuangan Melayu yang asas, yang fundamental, alamat UMNO akan kehilangan pedoman dan petunjuk daripada Allah dan akan ditinggalkan oleh bangsa Melayu.

Masalah kita sekarang ialah, bagaimanakah anggota UMNO sebahagian besarnya tidak akan lari meninggalkan kapal yang sedang rosak dan bila-bila masa boleh tenggelam kerana nakhodanya lemah, dan seringkali meninggalkan kemudi atau menyerahkannya kepada anak-anak kapalnya.

Anggaplah masalah yang kita hadapi itu sebagai darurat UMNO. Untuk menangani sesuatu darurat kita perlu bertindak segera sebelum darurat itu merebak dan merosakkan seluruh asas tamadun dan perjuangan UMNO yang telah dibina sejak tahun 1946.

Kita perlu mengadakan sidang muhasabah dengan segera, melibatkan perwakilan UMNO yang selama ini menjadi nadi dan tenaga raksasa dalam kelangsungan hidup UMNO selama 60 tahun, untuk membincangkan kelemahan dan kesalahan UMNO selama ini dan memikirkan visi baru UMNO untuk menghadapi masa depan yang lebih mencabar. Rakyat hari ini tidak sama lagi dengan rakyat 40 atau 30 tahun yang lepas.

Harapan mereka tidak sama lagi dengan harapan ibu bapa atau nenek mereka. UMNO perlu terus relevan dengan cita-cita, harapan dan tuntutan mereka.

Perkara Pokok

Saya hendak menyentuh tiga perkara pokok yang saya anggap menjadi punca kelemahan UMNO, terutama mulai tahun 1980-an sehingga akhirnya menyebabkan UMNO (dan BN) nyaris-nyaris terlungkup dalam PRU12.

Pertama: Musnahnya Demokrasi dalam UMNO. Ini bermula apabila Perlembagaan UMNO dipinda dengan memasukkan peraturan baru yang menetapkan syarat bahawa anggota parti yang hendak menandingi jawatan Presiden hendaklah mendapat pencalonan sebanyak 30% daripada Bahagian UMNO. Ini bererti calon itu perlu mendapat pencalonan daripada 58 Bahagian daripada jumlah 191 Bahagian UMNO.

Tujuannya kononnya ialah untuk mengelak supaya tidak sembarangan anggota parti sahaja, sesuka hatinya dan secara bermain-main akan mengemukakan dirinya sebagai calon Presiden atau jawatan-jawatan lain.

Saya tidak fikir anggota UMNO yang tahu diri dan berbudaya dengan sesuka hati sahaja akan mencabar Presiden UMNO, lebih-lebih lagi jikalau Presiden itu diketahui oleh semua anggota parti sebagai pemimpin yang baik, cekap, bijak, adil, bersih dan tegas.

Sebelum kuota itu diperkenalkan, UMNO pernah juga mengenakan peraturan, iaitu calon hendaklah mendapat pencalonan daripada dua bahagian sahaja. Ini ‘peraturan’ yang munasabah dan tidak terlalu ‘undemocratic’.

Parti yang wujud dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi tetapi tidak mengamalkan demokrasi dalam partinya sendiri, bagi saya, ini adalah amalan yang bercanggah dan luar biasa.

Parti yang tidak mengamalkan demokrasi bererti parti itu menyekat atau tidak menggalakkan tumbuhnya kecekapan dan kreativiti dalam parti itu; anggotanya tidak dibenarkan bersuara untuk menegur pimpinan parti, atau untuk memilih pemimpin yang lebih baik.

Orang tidak dibenarkan dan selalunya disekat malah digertak supaya jangan menentang atau menandingi pemimpin-pemimpin parti. Akibatnya parti menjadi beku.

Pembaharuan dan kemajuan parti bantut. Kita lebih seronok mempercayai bahawa parti tidak menghadapi apa-apa masalah, parti kita kuat, anggota parti bersatu, dan pelbagai persepsi diri sendiri yang diciptakan secara emosi dan retorik.

Orang lebih taat kepada pemimpin daripada kepada parti dan perjuangan parti. Rasuah politik akan dan memang sedang berlaku dalam parti sebagai cara untuk membeli undi atau untuk mengekalkan kedudukan pemimpin yang lemah.

Hak Ahli

Maka lahirlah banyak ‘pak turut’ dan ‘tukang ampu’ dalam parti yang secara tidak bermoral dan berprinsip akan sentiasa memuji dan membela pemimpin walaupun mereka tahu pemimpin itu lemah.

Inilah keadaan yang berlaku dalam UMNO hingga sekarang. Setiap kali menjelang pilihan parti, ada sahaja orang dan puak yang menyeru anggota parti supaya jawatan Presiden Parti, atau Timbalan Presiden, Ketua Wanita, atau Ketua Pemuda tidak ditandingi.
Sebenarnya mereka tidak berhak berbuat demikian. Memilih pemimpin parti dari peringkat Presiden hingga ke peringkat pemimpin akar umbi adalah hak anggota parti.

Jadi, untuk menyelamatkan UMNO dan menjadikannya parti politik kebangsaan Melayu ini terus relevan, cekap, kuat dan maju sepanjang zaman, demokrasi hendaklah dikembalikan dalam UMNO.

Saya mengesyorkan dua perubahan: Pertama, kuota yang ada itu dihapuskan dan kedua, parti hendaklah mengawal kerajaan.

Ahli UMNO yang memegang jawatan kerajaan tidak boleh lebih berkuasa dari parti. Partilah yang seharusnya mengawal, memantau dan menilai prestasi mereka. Jika mereka menjalankan dasar yang bertentangan dengan dasar parti, mereka boleh dipersoalkan oleh Majlis Tertinggi UMNO.

Logik cadangan ini mudah dan jelas: Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-Menteri dari UMNO tidak akan memegang jawatan itu sekiranya mereka tidak lebih dahulu dipilih oleh perwakilan UMNO sebagai Presiden dan Timbalan Presiden parti dan oleh rakyat sebagai ahli Parlimen.

Kalau Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO menggubal dan melaksanakan dasar yang boleh menjahanamkan Bahasa Melayu dan Agama Islam, maka dia mesti ditegur dan didisiplinkan oleh parti. UMNO perlu mewujudkan mekanisme yang sesuai dan cekap untuk melaksanakan sistem ‘parti mengawal kerajaan’ ini.

Kedua, Dasar dan Visi UMNO hendaklah merentas sempadan kaum, dan tidak dilihat sebagai parti untuk dan bagi pihak orang Melayu sahaja.

Parti Supraetnik

Dasar dan visi UMNO yang asal, iaitu yang berasaskan perjuangan Alif, Ba, Ta, seperti yang saya sebutkan tadi, tetap dipertahankan tetapi dalam soal untuk memajukan keadaan hidup ekonomi, sosial, pendidikan dan sebagainya untuk rakyat, UMNO hendaklah memprojekkan dirinya sebagai parti untuk kepentingan semua rakyat tidak kira kaum.

Kita mahu UMNO menjadi parti supraetnik, parti nasional, yang adil kepada rakyat tanpa mengira kaum tetapi tetap mempertahankan ‘visi tradisionalnya’: iaitu, mempertahankan tanah air (negara ini) daripada penjajahan politik, ekonomi, ideologi dan budaya orang asing atau kuasa asing, mempertahankan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara yang faedahnya ialah untuk negara, bukan untuk mana-mana kaum, dan mempertahankan Islam sebagai agama Persekutuan. Dasar dan perjuangan parti UMNO ini tidak menjejaskan hak dan kepentingan kaum lain.

Imej UMNO selama beberapa tahun kebelakangan ini dapat kita bahagikan kepada tiga jenis:

Pertama, imejnya kepada orang Melayu ialah: UMNO tidak lagi memperjuangkan hak-hak yang menjadi warisan bangsa Melayu sejak dahulu kala. UMNO dilihat sebagai parti yang tidak lagi mempedulikan Bahasa Melayu, budaya Melayu dan ekonomi rakyat Melayu yang miskin. Ini memarahkan orang Melayu.

Di samping ini orang Melayu juga mula risau dan khuatir melihat kurangnya komitmen UMNO untuk mempertahankan martabat dan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu. Institusi Raja-Raja Melayu ialah institusi yang tertua di Tanah Melayu dengan usianya melebihi 700 tahun dan institusi inilah yang menjadi salah satu penyelamat tamadun Melayu walaupun kita dicabar oleh tiga kuasa Barat, iaitu Portugis, Belanda dan British. Negeri Melayu dan kedaulatan Melayu kekal sampai sekarang kerana adanya institusi ini sebagai penyelamat bangsa.

Imej kedua ialah: imej UMNO di mata orang bukan Melayu, iaitu, mereka menganggap UMNO ialah parti untuk kepentingan orang Melayu, tidak untuk kepentingan kaum lain; UMNO dianggotai oleh orang Melayu yang ‘fanatik Melayu’, suka menjulang keris apabila memarahkan kaum lain, entah apalah sebabnya.

Imej UMNO yang ketiga ialah: imejnya sebagai parti yang menggalakkan rasuah politik atau parti ‘orang kaya’ di atas dan parti orang miskin di bawah, parti yang korap, parti yang berkeliaran dengan buaya-buaya darat dan yu-yu laut yang tidak segan silu menyapu dan menelan segala projek dan kontrak kerajaan dan hak rakyat miskin tidak kira kaum. Imej ini dibenci oleh semua kaum, tidak sahaja orang Melayu tetapi juga oleh kaum bukan Melayu.

UMNO mesti mengubah atau kalau perlu membersihkan ketiga-tiga imej yang buruk itu. UMNO mesti dipercayai bukan sahaja oleh orang Melayu tetapi juga oleh orang bukan Melayu.

Dalam PRU12, kita lihat ada orang dari kaum India dan kaum Cina, misalnya, mengibarkan dan menjunjung bendera PAS, dan mereka mengundi calon PAS di kawasan kuat UMNO.

Mengapa? Apakah kerana mereka sudah dipukau atau di-Islamkan oleh orang PAS? Tidak. Mereka berbuat demikian kerana mereka percaya bahawa PAS, berdasarkan prinsip Islam, lebih adil daripada UMNO terhadap kaum bukan Islam.

Mereka berkata orang PAS takut kepada Tuhan; jadi mereka takut hendak bercakap bohong atau melakukan dosa kepada makhluk Allah, tidak kira bangsa dan agama. Mereka berkata, Tok Guru Nik Aziz jauh lebih baik, bersih dan amanah daripada kebanyakan pemimpin UMNO Kelantan.

Cabaran Semasa

Inilah cabaran yang dihadapi oleh UMNO hari ini. UMNO terpaksa menjadi parti yang boleh dipercayai oleh semua kaum. UMNO terpaksa menyaingi parti baru seperti PKR yang dilihat oleh semua kaum – termasuk orang Melayu generasi baru – sebagai parti yang dasarnya ialah keadilan kepada semua rakyat berdasarkan keadaan dan keperluan asas mereka.

Ketiga: perangai dan kelakuan budaya, moral dan akhlak orang UMNO perlu diadabkan.

Kita perhatikan dalam kempen PRU12, kelakuan beberapa calon UMNO tidak beradab. Mereka sombong, bercakap besar, riak, dan suka menabik dada. Seorang calon Parlimen UMNO memberitahu media bahawa matlamat dia ialah untuk memastikan lawannya hilang deposit.

Calon ini mengalami kekalahan teruk, diajar oleh pengundi Melayu. Di Kelantan kita dengar bagaimana seorang calon Parlimen yang dekat dengan kuasa atasan di K.L memaki hamun dan menggunakan kata-kata biadab terhadap PAS, khususnya terhadap Datuk Nik Aziz, MB Kelantan.

Bahkan seluruh jentera UMNO digerakkan untuk melancarkan semacam ‘perang salib’ terhadap PAS, gayanya seperti perang yang dilakukan oleh Bush terhadap negara Islam.

Saya faham, PAS ialah parti lawan UMNO tetapi bukan itulah caranya orang Melayu-Islam cuba mengalahkan pihak lawan sesama bangsa dan sesama agama.

Kita adalah bangsa yang berbudaya, beragama Islam, beradab. Orang Melayu – bahkan orang bukan Melayu dan bukan Islam pun – meluat dan menyampah dengan fiil dan kelakuan sombong bongkak itu. Kita tidak diajarkan cara bagaimana hendak memikat hati pihak lawan. Kita seolah-olah menggunakan budaya dan taktik samseng.

Akhirnya, kita kalah – kalah lebih teruk daripada dalam tahun 2004, bukan kerana dasar UMNO tidak baik tetapi kerana orang UMNO itu yang tidak baik, dan merekalah yang merosakkan imej parti.

Saya rasa kelakuan yang semakin biadab itu timbul daripada beberapa sebab, antaranya dapat kita sebut:

(a) kerana terlalu yakin pada kekuatan parti – dan tidak nampak apakah kelemahannya – lalu orang-orang seperti itu berasa megah, berani bercakap besar dan memberi tahu pengundi ‘Aku akan menjadi Menteri Besar’ atau akan menjadi menteri jika dipilih;

Jahil Budaya

(b) ekonomi pasaran atau ekonomi kapitalisme sudah menjadi alat politik UMNO untuk memperkayakan orang-orang tertentu dalam UMNO untuk kepentingan kepimpinan, tidak untuk kepentingan rakyat dan anggota akar umbi UMNO. Jiwa dan roh Melayu orang UMNO mulai digantikan dengan ‘roh perut’. Wang menjadi alat permainan politik dan kuasa dalam UMNO.

Jadi, untuk menyelamatkan UMNO, kita kena buang segala anggota UMNO di atas itu yang jahat, yang korap, yang tidak berbudaya dan berakhlak tinggi, dan yang tidak bijaksana.

Ada orang boleh jadi geliga otaknya, lulusan dari Oxford, Harvard dan sebagainya, tetapi tidak bijak, tidak pandai, tidak cerdik budaya. Orang ini tidak layak diangkat oleh UMNO untuk menjadi pemimpin mereka.

Mengapa? Sebabnya mereka tidak mempunyai ‘roh atau semangat Melayu’ yang cukup dalam dadanya, tidak bijak, tidak pandai bercakap dan berhujah dengan rakyat.
Mereka mungkin layak menjadi penyelidik akademik, tetapi tidak layak menjadi pemimpin bagi bangsa Melayu-Islam yang mempunyai nilai-nilai ketimurannya yang tersendiri, yang perlu difahami oleh sesiapa yang hendak menjadi pemimpin orang Melayu.

Mungkin banyak lagi perkara yang perlu dibincangkan oleh UMNO yang menjadi punca kelemahan UMNO. Kita tidak boleh menyerahkan semua perkara ini kepada beberapa orang pemimpin sahaja untuk memikirkannya.

Mereka boleh jadi tidak mempunyai ‘feed-back’ yang cukup, yang benar, yang ikhlas dari bawah, dari anggota akar umbi UMNO, untuk mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku dalam UMNO yang menyebabkan parti nyaris-nyaris tersungkur dalam PRU12.

Inilah sebabnya mengapa saya menggesa supaya Perhimpunan Agung Khas itu diadakan sebelum Perhimpunan Agung UMNO diadakan. Kita tidak mahu nanti perwakilan yang datang ke persidangan pemilihan itu datang seperti fiil lama, tidak mengetahui apakah kelemahan dan masalah UMNO, lalu mereka memilih atau disuruh memilih calon-calon yang sama, yang lemah untuk memimpin parti. Kalau begitu gayanya, saya khuatir kita akan mengalami malapetaka yang lebih buruk lagi.

41 comments:

abah said...

dato..
sy nak bertanya psl surat sulit ni...link ni

http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=11920#347178

adakah surat tersebut adalah betul??

amat mendukacitakan sekiranya ia betul2 benar...

shahbandarmalakat said...

ALIF, BA, TA. Menjadi perjuangan UMNO kata KuLi.

Saya berasa bersyukur kerana Datuk dah buat komitment nak bersama berjuang dengan KuLi seperti Tahun 1987.

Masa tu Pak Lah bersama kita team B
Waktu tu Pak Lah tak mahu ketinggalan nak ikut Rais konon .Bercakap di Kuala Trenggunu waktu tu Rais ‘bakar jambatan’.Pak Lah masa tu Masih Menteri Pertahanan pun mahu bercakap juga . Dia pun mahu bagi kata kata semangat kepada KuLi.
Kata Pak Lah “ kalau ikut undang undang tentera, KuLi kalau berundur hukumnya tembak.” (Waktu tu KuLi lawan Tun M). Sebenarnya siapa patut di tembak.

Dah lama faham perangai Pak Lah .
Bila kalah Pak Lah di lucutkan menteri oleh Tun M. Dia mengelabah. Maklum perniagaan keluarga /tender tender mindef terjejas.
Pak lah terus menyembah Tun M. di lantik semula jadi menteri oleh Tun M.

Dia menang Naib president pasal orang BTN bilang kepa semua orang Pak Lah "orang baik"

Memang tak ada tokok yang lain semacam KuLi.

Orang orang muda memang tak tahu jasa KuLi sebab jasanya tak ada orang nak high lightkan .Memang ada yang tak kenal pun.

Saya sudah terangkan sebanyak sedikit jasa Kuli dalam dua tulisan dalam blog saya.
http://siraltalmustaqim.blogspot.com/2008/03/tengku-razaleigh-tokok-negara-yang-di.html
dan
http://siraltalmustaqim.blogspot.com/2008/03/tengku-razaleigh-tokok-negara-yang-di.html

sedutan drp tulisan pertama.

[Munkin semua tahu bangunan PWTC dimana Ibu Pejabat UMNO terletak..dan semua tahu PWTC itu hak milik UMNO. Tapi berapa orang yang tahu bagai mana Bangunan PWTC di dirikan dan di atas tanah siapa Bangunan itu di dirikan?

Tahu ke anak anak muda ini siapa kah pengasas dan CEO pertama PETRONAS?

Tahukah mereka siapa yang menubuhkan PNB dan Amanah Saham National dan atas idea siapa?

Siapa yang bertungkus lumus membentuk Pernas dan Pernas Edar dan rangkaian bisnes nya? (Pernas Edar yang membantu perniaga dan kontraktor bumiputra, sekarang dah hancur dah..)

Siapa yang terlibat melulus dan menubuhkan Bank Simpanan National (mulanya hanya simpanan di Pejabat Pos)?

.


Rasanya banyak tak tahu bahawa Tengku pernah menjadi Ketua Bank Bumi dan Chairman Bank Pembangunan Dunia ( Pemilihan di buat melalui undi dan Beliau menang dalam undian tersebut).

Mungkin anak muda kini tak tahu Tengku pernah memegang Menteri Kewangan di mana waktu itu ringgit Malaysia sama kuat dengan Singapore..?

(tambahan baru:barang murah; harga kereta waktu tu tahun 1976-78 ,kereta jepun rm 10,000/Volvo rm 15000/merc rm 24000)

Saya amat yakin pada KuLi dan masih percaya khidmatnya akan diperlukan juga ahkirnya nanti..


Pada pandangan saya, Tengku nak jadi pemimpin bukan untuk mengejar kekayaan peribadi macam pemimpin lain.

Kekayaan bukan lagi satu idaman pada Tengku .Beliau sudah lama sampai kesitu.. Bagi beliau, dapat berjasa kepada nusa dan bangsa dan kalau di izin tuhan untuk membuat sesuatu lonjakan yang spectacular untuk jangka masa yang lama effectnya pada bangsanya .

Kalau dapat di lakukan ini, satu kepuasan yang tak terhingga bagi beliau. Itu saja …
Wassalam

anisbaiduri said...

kawe sokong kuli!!!
kawe sokong KULI!!!
tapi kawe tok say jadi 'kuli'

nazari said...

terus berjuang ku li untuk agama, bangsa dan tanah air...we support you ku li merawat UMNO, apa yang ku li ucap tu semuanya betul. KJ telah menghentam Pas di kelantan..sepatutnya KJ tak perlu campur tangan di Kelantan.
sokong ku li tanding presiden UMNO.Ku LI dia bersih tak skandal.

OrAnG KaMpUnG said...

Ku Li telah menggugat kedudukan Pak Lah...www.politictoday.com

Letting the time pass me by said...

Sememangnya UMNO tidak boleh memandang mudah situasi politik sekarang... Apa yang kita lihat, sokongan terhadap UMNO semakin berkurangan....

Ada terdapat banyak beza antara Pemimpin Melayu yang memperjuangkan Melayu dan pemimpin Melayu yang memperjuangkan kepentingan diri...

Amat malang bagi orang Melayu kini, apabila kebanyakan pemimpin UMNO lebih dilihat sebagai lebih mementingkan harta menimbun, kereta mewah dan kuasa mereka daripada kebajikan orang Melayu...

Sebab tu bila BN merosot teruk pun (tak kalah lagi, cuma merosot) UMNO belum mahu sedar,masing-masing masih lagi mengimpikan kerusi Menteri, dan bukan memikirkan nasib bangsa Melayu selepas ini...

Ini menyebabkan orang meayu mulai selesa dengan PAS, tambahan pula ada ahli Parlimen PAS yang pergi persidangan parlimen naik Motor aje....

Mungkin juga orang Melayu mula berpenapat, kita perlu menjadi bangsa Malaysia dan melupakan konsep Malaysia untuk Melayu...

Tai said...

Salam bahagia. Saya Tai Khai Eong seorang oku penglihatan dari Bayan Lepas Pulau Pinang.

Terima kasih kerana telah kirimkan text ini untuk dibaca oleh kawan-kawan semua.

Persoalannya sekarang, adakah ahli Umno akan bangkit atau masih takut-takut untuk bersuara? Jika ahli Umno masih takut dan teragak-agak untuk bersuara, pasti malapetaka akan menimpa Umno.

Harap ahli Umno akan berani bersuara kali ini untuk menyelamatkan parti Umno dan seterusnya BN.
Sekian.

umno 4ever said...

sebagai ahli umno biasa,saya kecewa dengan reaksi menteri penerangan yang di siarkan akhbar tempatan hari ini. mengecewakan. sebagai ahli parti yang berdaftar atas dasar cintakan agama bangsa tanah air dan parti saya kecewa dengan reaksi kepimpinan yang terlampau berpura-pura terhadap prestasi umno sekarang.
kena proaktif.
membetulkan keadaan tidak bermakna menderhaka.
memperbaiki bukan bermakna merosakkan.
persepsi awal saya terhadap menteri baru dilantik ini nampaknya sudah mula sedikit berubah.
sudah mula tampak mengecewakan.
suara ahli biasa umno jangan dipinggirkan.
percayalah..ahli umno biasa umno johor sudah mula dalam keadaan tidak selesa..ntah2 atas pagar.dulunya mereka ini solid sokongannya. tolonglah wahai pemimpin.
saya sayang parti.
tp parti macam tak sayang saya.
TAPI KALAU GANTI NAMA 'SAYA' DIGANTI 'KAMI'?

anak mamak said...

DAULAT TUANKU...DAULAT TUANKU...DAULAT TUANKU...TUANKU MERUPAKAN PAYUNG NEGARA...KETUA NEGARA..TIDAK AKAN SEKALI KALI KAMI BENARKAN TUANKU DI TENTANG...DAULAT TUANKU

mengkuang said...

A'kum Datuk,

Secara jujur saya tak fikir Ku Li tidak akan berjaya dengan cara ini. Pemimpin bahagian yang ada sekarang terlalu malas untuk berusaha mengadakan EGM.Faktor masa agak kritikal

jika dapat ahli MT yang sedia ada membuat usul tidak percaya lebih mudah. Ini pun agak sukar, faham-faham saja lah semua yang ada di situ semua nak cari makan.

Saya fikir masa yang ada patut ditumpukan supaya sebanyak mungkin UMNO bahagian mencalunkan Ku Li menjadi Presiden. Tumpuan patut dimulakan di Sabah dan di ikuti di Johor, Terengganu dan lain-lain negeri. Saya fikir kesan domino akan berlaku kali ini.

Moga usaha pembaharuan UMNO akan di buat kali ini, jika tidak UMNO akan terkubur dalam PRU 13 nanti.
Salam

Berita dari gunung said...

Tengku Razaleigh telah lama menjadi ahli Umno, malah lebih lama dari sebahagian pemimpin negara hari ini.

Bukan sedikit jasa yang telah beliau taburkan untuk UMNO, bangsa dan negara.

Suara beliau adalah suara orang berjasa. Bukan suara kecil seperti Nazri yang mungkin hari ini sudah dapat membezakan antara Kati dan Dacing.

Saranan Tengku Razaleigh wajar diberi perhatian oleh UMNO untuk kekal relevan.

Unknown said...

Sokongan daripada ahli akar umbi UMNO perlu diberikan kepada Ku Li untuk memperjuangkan kedaulatan dan 'kehormatan' parti yang telah semakin lebur dek budaya songsang yang dibawa ke dalam UMNO. Memang benar bagai dikata, budaya Oxford mahupun Harvard hanya indah pada theory sahaja, tapi tidak untuk diaplikasikan ke dalam budaya Melayu/UMNO. Apa yang menjadi persoalan sekarang ialah mahukah ahli2 UMNO menggunakan hak mereka? Beranikah mereka untuk menunjukkan ekspresi sebenar mereka terhadap kepimpinan parti?

Untuk pandangan selanjutnya, sila lawati
www.reen-ismail.blogspot.com

luaskanmata said...

Amww Datuk dan rakan2 sekalian.

Menarik juga tengok kebangkitan orang-orang UMNO untuk memulih kedudukan. Apa tidaknya, UMNO yang selama ini boleh dikatan mempunyai ahli yang sekadar berprinsipkan Yes Sir, telah mula mengubah haluan pendirian.

Cuma satu yang saya rasa Ku Li dan team yang inginkan perubahan, hati-hati dengan permainan dan helah Tun M. Bagi saya, Tun M bukanlah menyokong Ku Li secara peribadi. Selebihnya analisa sendirilah senario yang berlaku sejak dulu.

Ku Li seorang pakar kewangan terutamanya berkemahiran dalam global trade finance adalah individu yang kompiten dan berkemampuan menghadapi kenaikan harga minyak dan penurunan USD.

Ku Li tidak hairan dengan istilah hedging, forward, option dsb dalam pasaran modal yang kebanyakan pemimpin utama negara masih buta, lebih teruk dari sahabat kita "Sedingin Salju".

Buktinya mudah, macam mana MAS boleh terlingkup dalam keadaan pesaingnya terus meningkat dalam perniagaan yang sama.

Jangan dakwa pesaing mas agen yahudi dsb kalau tak faham pasaran keawangan.

Cukuplah tu, nanti meleret pula perihal trade finance which is my best topic to talk.

Sekian,

TERUSLAH DAULATKAN ISLAM.

Dr Mohamad Khir Toyo said...

assalamualaikum,

satu ucapan yg baik,saya setuju,umno tidak dilihat memperjuangkangkan orang melayu,pemimpin kita lebih bersikap apolegetik dlm banyak perkara,kadang kadang dilihat lebih mengalah,manakala bagi orang bukan melayu pula melihat umno parti fanatik,pemimpin umno perlu membetulkan kedua-dua persepsi ini.

Unknown said...

Sekurang-kurangnya ada jugak orang dalam UMNO yang nak berubah....tapi takut-takut tak sempat....http://amnomore.blogspot.com/

Tai said...

Saya merasakan, kebanyakan orang yang jadi ahli Umno ni, kebanyakan mereka, mungkin tak baca sejarah tentang kewujudan Umno. mereka ni mungkin tak tau, betapa payahnya perjuangan orang melayu dan kaum-kaum lain semasa zaman british. Bagaimana Umno itu boleh wujud pada 1946.

Umur saya baru 33, tapi saya ada membaca kesemua sejarah itu. jadi, kalau siapa-siapa yang ada membaca dan memahami sejarah itu semua, pastinya akan merasakan bahawa tarikh 8 Mac yang lalu adalah suatu tarikh yang amat-amat malang sekali bagi Umno, MIC dan MCA.

Pada malam keputusan, saya menjadi seolah-olah di alam mimpi. Apakah benar, Umno gagal untuk mempertahankan Kedah, Perak dan Selangor? Ini termasuklah Penang. Rupanya, ini benar. Umno hampir tersungkur.

Mengapakah ini harus berlaku? Mungkin ramai yang beranggapan, ini kalah menang, adat pertandingan. Tapi bagi saya, Umno, sedang menuju kehancuran sekiranya mereka yang mengetahui sejarah kewujudan Umno ini tidak berbuat sesuatu.

Kepada mereka, adalah diharapkan, buatlah sesuatu. Dan kepada ahli-ahli yang nakkan perubahan, jangan takut. Kalau sayangkan Umno dan BN, buatlah. Beranikan diri dan bertekad dalam hati. Ingat, kalau hancur Umno, secara automatik, semuanya musnah. Tiada lagi MIC, MCA dan seterusnya, tiada lagi BN.

Lihatlah melayu di Singapura. mahukah anda semua menjadi begitu? Malaysia tidak boleh dibiarkan menjadi singapura kedua.

Saya ni orang cina. Tapi disebabkan saya membaca sejarah, saya faham apa yang berlaku. Jadi saya mintaklah ahli akar umbi Umno, jangan takut-takut lagi. Reformasikan Umno ke arah yang sepatutnya. Apakah anda semua tidak sayangkan Umno lagi?

Gonzales said...

Kurangnya pemimpin yang mempunyai "critical thinking". Mereka lebih senang menjadi "yes man" atau jadi pak turut supaya tak susah-susah nak fikirkan sesuatu perkara; yang paling penting bagi mereka adalah untuk memastikan periuk nasi yang lebih besar. Pemimpin seperti ini mestilah ditolak daripada kepimpinan.

MatKodiang said...

Salaam Datuk,
Seperti ramai lagi rakyat lain,saya juga mahu melihat perubahan terhadap pucuk kepimpinan UMNO dan negara.Pemimpin yang lemah tidak layak membimbing bangsa dan tanah airnya.Ucapan Ku Li banyak menyentuh sebab-sebab mengapa kita perlu kepada perubahan ini.Masanya telah sampai untuk kita membuat perubahan.

Cuma yang saya khuatirkan ialah bagaimana Datuk serta pemimpin seperti Ku Li atau sesiapa sahaja akan mengatasi gejala politik wang yang telah sebati di kalangan kebanyakan perwakilan UMNO.Perkara ini telahpun menjadi satu rahsia yang terbuka(open secret).Jika amalan ini tidak dibendung, sokongan akar umbi yang Ku Li terima,walau sebanyak mana sekalipun tidak akan bawa kemenangan mutlak kepada beliau.

Dalam percaturan ini,kita jangan sekali-kali memperkecilkan kemampuan KJ dalam pemilihan nanti.
Kita tahu menantu Pak Lah ketika ini hanya berdiam dan tidak memberi sebarang reaksi terhadap kekalahan UMNO sejak PRU 12 lalu.Namun saya percaya seseorang yang mempunyai cita-cita tinggi menggunung seperti KJ,tidak berdiam kosong sahaja.Saya percaya beliau ketika ini sedang mengatur strategi perangnya untuk menewaskan sesiapa sahaja yang akan berdepan dengannya termasuklah Mukhriz mahupun Khir Toyol.Malah beliau juga sedang mengatur strategi perangnya untuk memastikan bapa mertuanya juga akan menang dan mampu mengalahkan sesiapa sahaja dalam pemilihan kali ini termasuklah Ku Li sendiri sebab 'survival' politik beliau bergantung semata-mata kepada 'survival' kepimpinan Pak Lah.Tiada Pak Lah,tiadalah KJ.Harga politik yang dipikul Pak Lah terlalu besar buat KJ.Kali ini beliau perlu berjuang habis-habisan kerana inilah perang yang wajib dimenanginya dan bapa mertuanya.

Oleh itu,saya menyeru kepada Ku Li dan sesiapa sahaja yang mahu mencabar kumpulan Pak Lah dan KJ dalam pemilihan pucuk kepimpinan UMNO nanti,berhati-hatilah.Mereka mempunyai umpan dalam bentuk wang dan janji-janji besar dan sebagainya.Jika wang masih menjadi kesayangan dan kecintaan para perwakilan UMNO,saya yakin sesiapa sahaja akan sukar untuk menewaskan kepimpinan sekarang.Sebagai rakyat biasa,saya akan terus berdoa agar UMNO akan memilih dengan bijak sepertimana rakyat Malaysia telah memilih semasa PRU 12 lalu, InsyaAllah.

School Of Tots said...

Assalamualaikum, bagi saya Ku Li memberi sebuah ucapan yg relevan untuk mengajak semua rakyat khususnya ahli UMNO untuk berfikir dan bertindak bagi memperbetulkan segala kelemahan yg terserlah. Ku Li seorang tokoh yg hebat dan penuh berjasa semenjak zaman PM pertama lagi yg faham benar asam garam pahit manis perjuangan membela agama, bangsa & negara memang tokoh yg layak untuk mengejutkan dan menyedarkan UMNO dari tidur & make some sense. Usah bermimpi di siang hari, lakukan perubahan now. Saya menyokong penuh Ku Li mencabar Pak Lah dlm pemilihan presiden UMNO. Biar ahli semua membuat pilihan & Let the best man win !!

Berita dari gunung said...

Dato Ron.

Walaupun ramai pemimpin menyuarakan pandangan bahawa kini suara rakyat harus diteliti, namun kesungguhan setengahnya menghalang gesaan supaya Abdullah Badawi berundur amat mengecewakan.

Keadaan ini adalah lumrah. Seseorang mungkin dikritik, tetapi dia akan disokong oleh sebahagian yang lain. Akan ada pengikut setia dimana-mana.

Tetapi isu ini bukan isu biasa atau remeh. Kerana suara rakyat adalah jelas menyebut tentang kelemahan kepimpinan tertinggi UMNO. Suara yang disangka sepi awalnya sebenarnya telah menjadikan peti undi amat panas dan menggelegak.

Sejarah UMNO, telah menyaksikan Tunku Abdul Rahman Putra alHaj dan Tun Hussein Onn mengundur diri. Pengunduran bukan perkara baru.

Yang terakhir dan masih dalam ingatan semua ialah kesedian Tun Mahathir berundur, yang menyaksikan tangisan beberapa pemimpin. Peristiwa itu juga memperlihatkan tindak-tanduk Abdullah sebagai Timbalan Presiden yang tidak anggun ketika beliau menjerit tidak mahu Tun berundur.

Gelagat Abdullah Badawi ketika-ketikanya menunjukan keadaan yang tidak selesa, dan kita yang memandang pun jadi tidak selesa.

Beberapa peristiwa kurang enak yang boleh saya pamerkan ialah:-

1. Strategi melancarkan SJER.
2. Strategi mengurus harga minyak dan kenaikan harga barang.
3. Strategi menangani kritikan Tun beberapa tahun yang lalu.
4. Strategi melambakan Malaysia dengan Koridor-koridor.
5. Strategi meletakkan ahli keluarga PM dalam persada negara.
6. Strategi membina keyakinan rakyat terhadap kepimpinan dan negara.
7. Strategi menterjemahkan Islam Hadhari, asalnya ialah penerapan konsep, akhirnya jadi liabiliti perbelanjaan berbilion dan Terengganu jadi padang jarak.
8. Strategi mengurus ketelusan dan keterbukaan yang akhirnya membuka pekung dan kelemahan tanpa ubat dan jawapan.

Beberapa tahun lalu adalah tempuh malang untuk Abdullah Badawi. Saya ingin ungkapkan keadaan ini dengan kenyataan bahawa Abdullah sebenarnya "misguided" dalam erti sebenarnya kepimpinan dan kenegaraan. Penasihat Abdullah wajar menyediakan laluan keluar yang selamat untuk beliau.

Terima kasih

Batigol said...

kawe sokong kerajaan yang menolak rasuah,nepotisme,kronisme dan meme yang lain..

zeme said...

Salam Datuk,

Intipati teks ucapan YBM Tengku jelas memperlihatkan pandangan ke hadapan YBM Tengku sebagai ahli parti yang sayangkan perjuangan UMNO sejak penubuhan 1946 lagi. Penekanan kepada 3 usul ucaptama bertepatan dengan konteks bagaimana menyuburkan kembali politik UMNO dan Malaysia kerana kekangan perluasan perjuangan adalah datang dari kelemahan pimpinan dan ahli parti sendiri yang tidak berani menyuarakan apa lagi memperjuangkan objektif sebenar penubuhan parti serta berlandaskan "win win situation" iaitu kelebihan kepada rakyat (maksudnya rakyat pendokong parti) dan kepada pihak parti (parti sebagai penaung rakyat).

Wasalam.

dzimba said...

Saya menyokong penuh iltizam dan semangat Ku LI utk buat perubahan dalam UMNO sepertimana yang dinyatakan oleh Tun Dr M dalam forum baru2 ini. Namun begitu harapan saya juga, agar budaya berbalas dendam kesumbat jgn diamalkan, sepertimana yang berlaku skrg.. masa ada jawatan yes yes,yes,yes dan puji melangit tp skrg semua tak betoi(ungkit cerita cerita lama untuk political mileage). Saya sebagai ahli umno rasa geli dan meluat dgn sikap pemimpin seperti ini. Bagi saya apa yang penting look forward
.. maaf Ku li

iklhlas dari saya.

Wakmasnoor said...

Ku Li (Tengku Razaleigh) is right. UMNO NEEDS TO CHANGE. Both its leaders (whoever it may be) and its swollen practices. More than that, UMNO should learned, NOW MORE THAN EVER, the very MEANING OF DEMOCRACY.

UMNO is clearly SEEN NOW, losing its very purpose in fighting and working for the BANGSA MELAYU. Its more like a SENDIRIAN BERHAD nowadays.

Years gone, UMNO dont know what CHANGES ARE and WHAT NEEDS TO BE CHANGED. UMNO IS GOING BACKWARD both in upholding the principle (and act) of democracy, and the support of majority Malay (in and out of UMNO). The current UMNO are all about LIVING WITHIN THE BOSS CIRCLE and SHARING THE PROFITS AMONG THAT ELITE NETWORKING. Its not about WADAH, MADAH PERJUANGAN lagi DAHH. And as much as they may bubbling about doing this and that for the Malays, their foolishness and guilts ATE THEM UP. Because the MALAY ARE FOOLS NO MORE.

http://100patahperkataan.blogspot.com

Malaysia Boleh! said...

Matlamat utama telah dilupakan dari perjuangan.

Apabila Alif - Allah ( Kerana Allah taala) tidak lagi menjadi nawaitu pendukung UMNO.

Maka jadilah

"Sahaja aku sokong UMNO kerana Kuasa yang boleh mendatangkan Duit kepadaku"

nazari said...

TENGKU RAZALEIGH HAMZAH

BIODATA

NAMA PENUH : Tengku Razaleigh bin Tengku Mohd. Hamzah

TARIKH & TEMPAT : 13 April, 1937
LAHIR Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

KELAYAKAN : Universiti: Queen’s University, Belfast,
AKADEMIK Ireland Utara dengan Ijazah B.Sc (Econ) 1959

Melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-
undang di Lincoln’s Inn, London, hingga 1961

Anugerah Doktor Kehormat Undang-undang
(LLD) oleh Queen’s University, Belfast,
Ireland Utara 1982


ANUGERAH : D.K. (Darjah Kerabat) - Kelantan 1978
S.P.M.K. (Kelantan) - 1967
P.S.M. (Persekutuan) - 1973
S.S.A.P. (Pahang) - 1980
S.P.M.S. (Selangor) - 1982

TERPILIH : Presiden Dewan Perniagaan dan Industri
Melayu Malaysia 1970 – 1976

Presiden Dewan Perniagaan dan Industri
Malaysia 1973 – 1976

Presiden ASEAN Chambers of Commerce
1975 – 1976

Pengerusi Asian Development Bank
1976 – 1977

Pengerusi Board of Governors, World Bank
dan International Monetary Fund 1977 – 1978

Pengerusi Bank Pembangunan Islam – 1978

PENGLIBATAN KORPORAT:
1965 - 70 Pengarah Eksekutif, Bank Bumiputra Malaysia Berhad

1970 - 74 Pengerusi PERNAS (Mengetuai Delegasi Perdagangan yang pertama ke Republik Rakyat China pada tahun 1971)

1970 - 76 Pengerusi dan Pengarah Urusan
Bank Bumiputera Malaysia Berhad

1974 - 76 Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS (Petroliam Nasional Bhd)

5.3.76 – 1.8.84 Menteri Kewangan Malaysia

1984 - 87 Menteri Perdagangan dan Perindustrian Malaysia

PENGLIBATAN POLITIK:
1962 – 66 Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kelantan (5 tahun)

1966 – 72 Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan (5 tahun)

1972 - 84 Pengerusi Badan Perhubungan
UMNO Kelantan hingga Jun 1984 (12 tahun)

1973 – 81 Naib Presiden UMNO Malaysia

1973 – 84 Bendahari UMNO Malaysia

1978 – 84 Pengerusi Barisan Nasional Negeri Kelantan

1969 - 74 Terpilih jadi Ahli Dewan Undangan
Negeri Ulu Kelantan Barat

1974 - 90 Terpilih sebagai Ahli Parlimen Ulu
Kelantan di bawah tiket Barisan Nasional (kini Gua Musang)

1987 Bertanding jawatan Presiden UMNO, kalah dengan hanya 43 undi

1988 UMNO diisytiharkan haram oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur

1988 Dipilih sebagai Presiden Parti Semangat 46, sebuah parti yang ditubuhkan atas cadangan oleh Y.T.M Tunku Abdul Rahman untuk menyambung aspirasi asal UMNO.

1990 – 96 Ahli Parlimen Gua Musang (sebelum ini dikenali Ulu Kelantan) di bawah tiket Semangat 46. Terpilih semula sebagai Ahli Parlimen Gua Musang pada tahun 1995 dan terpilih sekali lagi sebagai Ahli Parlimen Gua Musang di dalam pilihanraya kecil 29.8.95)

1996 Bubar Parti Melayu Semangat 46
pada 6.10.96 dan menyertai UMNO pada 8.10.96

1999 Dilantik sebagai Pengerusi Badan
Perhubungan UMNO Negeri
Kelantan – Jun 1999

2004 Terpilih semula sebagai Ahli Parlimen Gua Musang di bawah tiket Barisan Nasional

2008 - Dipilih sekali lagi sebagai Ahli Parlimen Gua Musang di bawah tiket Barisan Nasional.

Rafidi said...

Salam dato'

Saya nak bagi saranan sikit. Perwakilan yang nak mengundi Ku Li dan sahabat-sahabatnya disarankan bersedia takut-takut dipanggil oleh lembaga disiplin kerana sabotaj parti dalam PRU12 dulu. Bukan apa nak dikenakan pengantungan sekejap aje. Mungkin 6 bulan ke. Cukup untuk tidak dapat mengundi masa Persidangan Agung nanti. Hanya sekadar ingatan je sebab benda macam ni kan pernah berlaku dulu.

antubiul said...

The PM lambasted Tun Dr Mahathir, Tengku Razaligh and those he claimed sabotaged UMNO during the 8th March election. He blames on TDM for Media control, sacking of Tun Salleh, operasi lallang and the fall of BN. In other word he blamed all his misfortune to Tun Dr Mahathir and for appointing him as the premier. In 2003, TDM left A STRONG UMNO to the hand of Abdullah and also lots of $$$. Infact the 2004 landslide election was due to this STRONG UMNO factor. Who destroy it?. Was it Tun Dr Mahathir snf Tengku Razaleigh.?. Abdullah still doesnt want to admit that the election message was to allow BN to rule with a reduce margin whereby it timefor BN to be tested with a strong opposition and the Putra Jaya door is open for Abdullah to leave and make way to new leadership. A simple message for a stubborn old man to accept. The message is not only meant to Abdullah, but to the other big 2 (MCA, MIC) to make way to other capable leaders. Abdullah still hasn't wake up. There no differences between Abdullah, Tengku Razaliegh, Najib and Anwar Ibrahim, all of them are politician aka oppurtunist!.It is well known that the UMNO President, Vice President, most supreme council and most of the state liason chief are more concerned on their position rather the the grassroot aspiration. The party election should not even postpone to Dec, it should be held on schedule in August.What the UMNO president, vice President and Supreme council should do is to acknowledge the lost of 5 states and accept responsibility Then also accepts that the contest for the top position is on, anyone can be nominated then GET BACK TO WORK to governed Malaysia and ensure we are on the right track. Comming December (s/b Aug) let yourself be challenge and let the members decides rather than now bickering among each other. Oh ya.. for those in the cabinet the like of Muhammad Taib, Shabery, Zahid Hamidi who blame the disolving UMNO was due to TDM may have fogotten that the loser (Team B) dosent want to accept defeat just like what is happening to Abdullah now who was ones of those who's lead to the deregistration of UMNO.Wasn't Abdullah and Tengku Razaliegh in the same team. Abdulah, Anwar Ibrahim, Muhamamad Taib, Zahid was also in Tun time during the operasi Lalang,sacking of Tun Salleh and etc. What was you doing at that time? Open your eyes and ears to the grassroot members that you all have been neglected for the past 4 years. Ah before i forget, now in Selangor we have an EXCO who going to be incharge of 'PIGs' MR Yaakob Sapar. There was at one time the PAS president address Badawi as this quote' Badwi di arab jaga unta, Badawi di Malaysia jaga babi'. Now Mr Pas president, look like one of your Pakatan Rakyat is going to take care of Selangor 'Babi's'or BABI..es!. Welcome Mr Yackob to the land of 'Pigs'. Officially you will bear the title as 'Yaacob penjaja babi' just like what Hadi label Badawi Ha! Ha!.Hey dont blame me for writing these. Good job to Teresa Kok for the roasted pig's in your blog cause now we understand we who voted opposition this year are merely pigs!. Pakatan Rakyat aka DAP managed to wrestled 5 big pigs from BN! ooo yeahh Teresa Kok the season polition who uphold the rights of women and who understand the Malaysian cultural decided to roast 5 pigs for thanks givings and as a gesture to PKR Menteri Besar for passing the RM100Million for moderen pigs farming..oo yeahh and oopps she forgoten that Malays too voted for them and now she used the most jijik things that can be associated with Malays for her agenda.Maybe Anwar is used to walk with pigs therefore he not sensitives, anyway it only pig.Thanks to the Selangor Goverment for passing $100million to rear MODERN pigs in Sepang Selangor. A new name for Selangor ..Welcome to the land of the PIGS'. There are other more meaningfull projects that can used the RM100 million especially to eradate the poor or to maintained the environment for the benefits of all even to developed better utilities for the public.
Yes Teressa , there nothing wrong with PIGs, but there something wrong with you!. You wanted to be a vocal leader and wanted the pigs to walk freely on a sensitive roads where Malays walks too. By the way, the kebaya you wear during your audiance with the Sultan, frankly its not suitable! especially in the eyes of the Malays and in your blog you merely ask your reader 'what they think aiya Teresa angkat bakul sendiri lah apa la lu..there goes another sensitivy. You should mirror yourself in front of the mirror and ask yourself are you going to a cocktail party or a fashion show.Ok guys dont lambasted me ok, it just my opinion, I too voted for the oposition as a protest vote Dont blame me.I marahkan nyamuk kelambu I bakar.
Maaff Datuk, saya pakai Bahasa English.Saya juga menulis perkara ini dlam salah satu blog.Saya pelik mengapa RM100 million dan sikap biadap Teresa Kok memangang 5 ekor babi sebagai tanda kesyukorannya tidak mendapat liputan dia media utama mau pun di blog blok ternama.Cuma AGendadaily yang menyiarkan, mungkin saya silap wallahualam. Adakah ini cara nya untuk menutup atau mengelakkan orang melayu tahu cerita sebenar Pakatan Rakyat. Datuk ,look like this is the begining, more to come, kita tuinggu je lah. Dengan retaknya UMNO sebagai Tulang belakang Melayu maka bongkok lah melayu dan akhirnya akan jatuh menyembah bumi. Diharap pembesar pembesar UMNO memahami rintihan sebenar terutamanya ahli ahli UMNO. Kembalikan decision making to the UMNO menbers bukan pembesar pembesar UMNO. Walau pun isu babi ini nampak kecil, tapi yang kecil hlama lama akan jadi besar, Mau kan kita jadi seperti Singapura dimana kalau pergi di Amoi street atau Lau Pa Sat duduklah makan semeja bersama mereka yang memakan daging babi. Di singapura kuasa melayu tidak ada tapi di Malaysia Kuasa Melayu adalah utuh, jadi perkara makan semeja dengan daging babi masih boleh dielakkan kerana di bawah pemerintahan BN ada toleransi kaum. Orang orang Cina/India memahami sensitivity 'Haram' dikalangan orang Melau. Nampak nya , jika UMNO tersungkur makan Melayu akan sama taraf seperti Melayu Singapura. apabila ada open house Raya Cina/Deepavali tidak segan segan lah mereka menghidangkan babi bersama makanan yang halal untuk dijamah. Adakah ini yang kita mau. Melayu masih relevant dan mesti sensitive.

umno26 said...

i tengok ku li punya pengalaman memang hebat,kalau kita banding pak lah dengan ku li dari segi pengalaman dalam bidang ekonomi dan pertadbiran perdagangan. saya berpendapat ku li lagi hebat.., kalau dia jadi perdana menteri saya rasa banyak perkara dia boleh lakukan. jesteru berilah peluang kepada ku li pentadbir negara ini.apa pendapat anda semuany?dan apa pendapat dato'.

asalbayu said...

Salam Datuk,

Kalau ada pemilihan Tokoh Politik Paling Malang tentulah calon-calonnya ialah:

1. Tun Dr Mahathir

2. Tengku Razaleigh

Kedua-duanya adalah orang lama dalam UMNO tetapi dilabel sebagai penyebab perpecahan dan tidak berbuat apa-apa demi parti.

Demikian pekerti generasi pemimpin masa kini yang mengakalkan budaya BIADAP. Tidak hairan jika kebelakangan ini generasi muda terlibat dengan pelbagai gejala sosial seperti lepak, salahguna dadah, rempit, berkelakuan lucah, seks bebas, buang bayi, rogol, buli dan bermacam-macam lagi. Mereka sudah tetulah berbuat demikian kerana didorong oleh budaya tidak bertamadun kalangan pemimpin yang ada. Wassalam.

nanang said...

Salam Dato,

Siakap Senohong Gelama Ikan Duri
Tamak, Suka Bohong, Gila Kuasa dan Lupa Duri

Siapa pun pemimipin yang amalkan pepatah melayu di atas, pasti akan jatuh tersembam ke bumi akhirnya.

Bekas bekas pemimpin, pimpinan sekarang dan juga pemimpin yang akan datang beringatlah. Masa depan orang Melayu di bahu kamu..

Tetapi.....Melayu memang Mudah Lupa

PROFESSIONAL MALAY said...

Salam dato',

Maslow's hierarchy of needs ada mengatakan konsep tentang golongan pemimpin yang berjiwa mulia sepatutnya berada di tingkat atas hierarchy atas dasar perjuangan rakyat dan pengorbanan ikhlas dari hati nurani. Di Malaysia saya rasa masih ada ramai rakyat Malaysia juga Melayu yang sebenarnya telah termasuk di tingkat itu tetapi kurang menonjol kerana tidak mempunyai authority yang secukupnya dan tidak melaluinya perjuangan politik yang tidak menghairahkan perjalanan careernya. Yang saya nampak, golongan yang sebenarnya masih di tingkat bawah sekali tetapi dirasuahkan untuk kedudukan level yang mulia dengan authority yang angkuh dan sombong kerana hati mereka tidak akan faham dan menerima dengan natural tingkat-tingkat yang perlu sebelum dilabelkan ke tingkat yang paling mulia.....atau bahasa yang kasar sedikit adalah golongan tamak dan mementingkan diri sendiri tapi dalam kepalsuan perjuangan hebat yang penuh mulia dan suci....sya sebagai orang biasa melihat mungkin itulah senario yang berlaku dalam kepimpinan UMNO sekarang.

THE PUREHADHARIST said...

Salam Datuk,

Di samping memulihkan umno, kita juga jangan leka dengan strategi Anwar Ibrahim ini. Sebenarnya untuk Anwar, kita tidak perlu 50 dalil untuk mengatakan dia tidak layak menjadi PM, cukup hanya SATU DALIL sahaja....

Saya akan wacanakan SATU DALIL ini harap sudi-sudilah Datuk layari blog saya dan ianya ada terselit dicelah-celah tulisan-tulisan saya di dalam blog saya itu.

Terima kasih.

Entrepreneur said...

Terkejut juga saya baca surat yang Mahathir pada PM Israel. Macam tak percaya aje. Saya rasa amat kecewa, jika surat ini adalah sah.

http://intrapreneurship6.blogspot.com/

nanang said...

Salam Dato'

Antibiul,

Yaakob tu sahabat saya di Universiti Pertanian M'sia dulu. Memang di ajar cara bela dan pasarkan ternakan haiwan termasuk babi. Sesuai lah dengan tugas yang diberkan oleh Khalid kepadanya.

Cuma tak ada lah belajar cara nak panggang menatang tu. Yang ini dia kena refer kepada Kok yang buat jamuan `Babi Q' 5 ekor tu.

Kepada rakyat melayu Selangor yang mengundi untuk peralihan pada 8 Mac 2008....Selangor Boleh!!!

the indie story said...

Minta Laluan...dengan keizinan dan budi bicara Tuan Punya Blog yang dikasihi,

ARTIKEL:
Sanusi Junid sudah bawa keluar Pedang Samurai...Haaiiittt!

Benarlah sepertimana yang tersebar diseluruh negara satu waktu dulu bahawa, dengan Pak Sanusi ini jangan dibuat main-main; kerana beliau mengamalkan semangat Bushido; yang sering dipegang oleh Samurai Berani Mati dari Negara Terbit Matahari...

Dato' Seri Sanusi Junid yang kini merangkap Presiden UIAM sememangnya ahli politik yang berani dan mempunyai prinsip kesetiaan yang tinggi kepada bekas ketuanya... Haaaittt!

Lihat sahaja keberaniannya mempertahankan Enche' Ghaffar Baba (Tun) daripada serangan bertubi-tubi media yang dikuasai oleh kem Anwar Ibrahim dan juak-juaknya, pada masa perebutan kerusi Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1993; yang penuh berliku dan bersejarah itu.

Sanusi mengepal penumbuk berdiri teguh diatas Rostrum membela Tun Ghaffar Baba habis-habisan biarpun selepas itu beliau kalah mempertahankan kerusi Naib Presiden Tempat ke-3, yang disandangnya pada masa itu. Perhimpunan Agung, tahun 1993 menyaksikan Dato; Seri Sanusi Junid menongkah arus 'Kem Wawasan' yang dikepalai oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim; yang disokong oleh juak-juaknya seperti Mike Tyson, Muhyiddin Yasin dan Rahim Tamby Chik.

Sila baca ulasan seterusnya di :
http://theindiestory.blogspot.com
Check it out!
TQ

adam said...

Salam Datuk,

Alhamdullilah, Datuk sekarang dah ada pun 'platform' perjuangan sendiri yang boleh dianggap hebat, bermutu lagi mendapat perhatian. Tahniah Datuk.

Saya tertarik ingin mengupas sedikit persoalan mengenai EGM yang di'gembur gempur'kan sekarang ini oleh mereka2 yang agak kurang faham akan faktor keperluan serta masa, yang sedang diambil kira oleh pucuk pimpinan UMNO.

Majoriti pemimpin UMNO walaupun faham akan kehendak ramai supaya diadakan EGM, tapi oleh kerana kita semua sudah bersepakat dan bersetuju bahawasanya 'Pemilihan UMNO' diadakan bermula Julai 2008 sehingga Disember 2008; maka adalah dirasakan tidak perlu untuk diadakan apa bentuk EGM sekalipun kerana faktor masa, pentadbiran dan logistik yang akan melibatkan pemilihan UMNO di semua peringkat. Ini akan membebankan ahli2 UMNO sedangkan dalam tempoh masa yang sedikit inilah (sebelum pemilihan UMNO nanti) tinggal bagi pemimpin2 UMNO turun bertemu bahagian2 bagi memberi serba sedikit penerangan dan bagi memberi sedikit taklimat nasihat berkenaan pemilihan UMNO yang akan tiba nanti. Terutamanya dari aspek disiplin perwakilan dan sebagainya.

Menuduh UMNO sebagai UN-DEMOCRATIC hanya kerana sebahagian pemimpin bersuara membantah akan perihal EGM itu, adalah sedikit keterlaluan bagi saya.

Kekadang, penjelasan yang munasabah dan masuk akal pun, kalau dah tak disuka orang, akan tetap ditolak walau apa cara sekalipun.

Kan lebih baik siasah dulu mengapa tak digalakkan EGM, supaya jiwa lebih tenang dan aman. Mengapa harus menurut emosi.

adam said...

Salam Datuk,

Pada pendapat saya, Ku Li berhak mencadangkan diri beliau sebagai calon. Itu adalah hak beliau. Dan bagi ahli2 UMNO yang menuduh sebarangan terhadap Ku li, mereka2 ini adalah dari kumpulan yang tidak faham perlembagaan UMNO dan hak ahli UMNO. Asalkan cukup kuota, Ku Li berhak bertanding. Dia pun bukan calang2 orangnya. Pentadbiran UMNO dan kerajaan dah banyak dalam pengetahuannya sebagai pemimpin dulu.

Ada juga dikalangan ahli UMNO yang menuduh Ku Li mempunyai agenda tertentu. Tapi bagi saya, jangan cakapkan Ku Li. Mana2 pemimpin UMNO pun kalau dah jadi pemimpin, dah ada nama, dah ada yang bersorak dan tolong tolak, takkan takde agenda tersendiri, betul tak Datuk?

Kepada Ku Li, sila teruskan. Cuma kalau dah dapat sokongan cukup dan padat nanti, jangan lak tiba2 ada buat kompromi sana sini konon atas nama perpaduan UMNO. Itu tak patut.

mie said...

pemimpin harus tahu apa yang berlaku dan jangan hanya mengharapkan orang lain..
pemimpin juga harus menyedari hakikat sekarang...
jika tidak negara hancur dan melayu akan hilang..

serilanang said...

To abah and pengkritik

Surat itu adalah palsu.

ayahzu said...

Ku Li ada komen pasal YB BN kutuk Tuk Guru Nik Aziz. Ambo pun ada dengar (kata org, puak2 UMNO sendiri cerita) masa mesyuarat UMNO kelantan di Tumpat sebelum ngundi dulu, bila UMNO menang di Kelantan, dia nak tangkap TGNik Aziz, ikat tehuk (campak) kelaut. Statement macam ni yang buat puak2 UMNO sendiri terkejut beruk!