SUARA MUHYIDDIN (2):
ANTARA SOALAN KRITIKAL
IALAH POST-MORTEM BEBAS
Dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia baru-baru ini, Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, mencadangkan BN melakukan satu post-mortem terhadap kekalahan teruk BN dalam PRU12.
Lebih penting lagi, post-mortem itu wajar dilaksanakan “secara bebas supaya tidak ada pihak yang mengubah suainya untuk kepentingan sesiapa.”
Bagi mengartikulasikan gagasan Muhyiddin ini, silalah berikan buah fikiran masing-masing mengenai bentuk post-mortem yang bebas ini. Dan, bagaimanakah caranya untuk mengelakkan wujudnya pihak-pihak tertentu dari memanipulasikan hasil post-mortem itu supaya selaras dengan kepentingan mereka.
Teks penuh wawancara Utusan Malaysia dengan Muhyiddin mengenai soal post-mortem bebas ini adalah seperti berikut:
Faktor KJ
MINGGUAN: Apa langkah yang perlu diambil bagi membaiki keadaan?
MUHYIDDIN: Kita akan mengadakan post-mortem dan berharap ia akan dibuat secara bebas supaya tidak ada pihak yang mengubah suainya untuk kepentingan sesiapa. Kita hendak tahu, apakah sebenarnya yang menyebabkan kita kalah teruk walaupun di peringkat awal orang sudah membuat andaian-andaian. Pertama, mereka sebut soal kepimpinan, mereka menyalahkan Perdana Menteri yang juga Presiden parti dan Pengerusi BN. Mereka juga mengaitkan dengan apa yang sering disebut 'fakta KJ'. Mungkin ia tidak betul atau persepsi tetapi dalam pilihan raya dan politik, persepsi itu penting.
Kita boleh kata kita sudah bangunkan negara selama 50 tahun, bawa banyak pembangunan dan nikmat. Tetapi kenapa rakyat tolak kita? Itulah yang harus difikirkan. Apakah mungkin kita memahami ada beberapa perubahan besar dari segi pemikiran rakyat iaitu generasi selepas merdeka dan generasi baru yang umumnya dikatakan tidak menyokong BN?
Ada rakyat yang mengatakan kepimpinan BN tidak menyerlah, lemah dan tidak berupaya menangani keadaan semasa. Ada yang sebut soal-soal berkaitan ketelusan, hak kebebasan dan nilai-nilai baru yang mungkin kita tidak sedari mulai menyerap dalam pemikiran generasi baru. Kita masih berfikiran lama. Orang sudah berubah, kita tidak berubah.
Perubahan
Oleh itu, mereka lebih kritikal terhadap apa yang kita lakukan. Bagi sesetengah pengundi, mereka tidak lihat pembangunan sebagai keutamaan. Mereka lihat aspek-aspek lain seperti harga barang, sistem kehakiman, kebebasan bersuara, soal mengongkong yang dilakukan oleh kepimpinan kerajaan dan macam-macam lagi.
MINGGUAN: Maknanya, kalau BN hendak menarik perhatian pengundi, parti itu perlu melakukan perubahan?
MUHYIDDIN: Ketika ini orang bercakap soal kepimpinan sama ada kepimpinan Perdana Menteri mahupun komponen BN sehingga memungkinkan mereka menolak UMNO, MCA, MIC dan Gerakan di beberapa peringkat. Apakah perlu satu perubahan? Di banyak negara bila ada pilihan raya tema paling popular ialah change dan dalam pilihan raya lalu pihak pembangkang menggunakan tema perubahan.
Di peringkat kita sekarang, harus menilai apakah perlu ada perubahan. Itu persoalan yang cukup kritikal yang perlu ditimbang semasak-masaknya. Ada orang kata kita perlu merombak semula parti untuk menyesuaikan dengan situasi pemikiran dan keadaan semasa. Ini memerlukan satu rombakan dari segi pemikiran dan minda bagi membolehkan UMNO terus relevan.
Tindakan
ANTARA SOALAN KRITIKAL
IALAH POST-MORTEM BEBAS
Dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia baru-baru ini, Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, mencadangkan BN melakukan satu post-mortem terhadap kekalahan teruk BN dalam PRU12.
Lebih penting lagi, post-mortem itu wajar dilaksanakan “secara bebas supaya tidak ada pihak yang mengubah suainya untuk kepentingan sesiapa.”
Bagi mengartikulasikan gagasan Muhyiddin ini, silalah berikan buah fikiran masing-masing mengenai bentuk post-mortem yang bebas ini. Dan, bagaimanakah caranya untuk mengelakkan wujudnya pihak-pihak tertentu dari memanipulasikan hasil post-mortem itu supaya selaras dengan kepentingan mereka.
Teks penuh wawancara Utusan Malaysia dengan Muhyiddin mengenai soal post-mortem bebas ini adalah seperti berikut:
Faktor KJ
MINGGUAN: Apa langkah yang perlu diambil bagi membaiki keadaan?
MUHYIDDIN: Kita akan mengadakan post-mortem dan berharap ia akan dibuat secara bebas supaya tidak ada pihak yang mengubah suainya untuk kepentingan sesiapa. Kita hendak tahu, apakah sebenarnya yang menyebabkan kita kalah teruk walaupun di peringkat awal orang sudah membuat andaian-andaian. Pertama, mereka sebut soal kepimpinan, mereka menyalahkan Perdana Menteri yang juga Presiden parti dan Pengerusi BN. Mereka juga mengaitkan dengan apa yang sering disebut 'fakta KJ'. Mungkin ia tidak betul atau persepsi tetapi dalam pilihan raya dan politik, persepsi itu penting.
Kita boleh kata kita sudah bangunkan negara selama 50 tahun, bawa banyak pembangunan dan nikmat. Tetapi kenapa rakyat tolak kita? Itulah yang harus difikirkan. Apakah mungkin kita memahami ada beberapa perubahan besar dari segi pemikiran rakyat iaitu generasi selepas merdeka dan generasi baru yang umumnya dikatakan tidak menyokong BN?
Ada rakyat yang mengatakan kepimpinan BN tidak menyerlah, lemah dan tidak berupaya menangani keadaan semasa. Ada yang sebut soal-soal berkaitan ketelusan, hak kebebasan dan nilai-nilai baru yang mungkin kita tidak sedari mulai menyerap dalam pemikiran generasi baru. Kita masih berfikiran lama. Orang sudah berubah, kita tidak berubah.
Perubahan
Oleh itu, mereka lebih kritikal terhadap apa yang kita lakukan. Bagi sesetengah pengundi, mereka tidak lihat pembangunan sebagai keutamaan. Mereka lihat aspek-aspek lain seperti harga barang, sistem kehakiman, kebebasan bersuara, soal mengongkong yang dilakukan oleh kepimpinan kerajaan dan macam-macam lagi.
MINGGUAN: Maknanya, kalau BN hendak menarik perhatian pengundi, parti itu perlu melakukan perubahan?
MUHYIDDIN: Ketika ini orang bercakap soal kepimpinan sama ada kepimpinan Perdana Menteri mahupun komponen BN sehingga memungkinkan mereka menolak UMNO, MCA, MIC dan Gerakan di beberapa peringkat. Apakah perlu satu perubahan? Di banyak negara bila ada pilihan raya tema paling popular ialah change dan dalam pilihan raya lalu pihak pembangkang menggunakan tema perubahan.
Di peringkat kita sekarang, harus menilai apakah perlu ada perubahan. Itu persoalan yang cukup kritikal yang perlu ditimbang semasak-masaknya. Ada orang kata kita perlu merombak semula parti untuk menyesuaikan dengan situasi pemikiran dan keadaan semasa. Ini memerlukan satu rombakan dari segi pemikiran dan minda bagi membolehkan UMNO terus relevan.
Tindakan
Contohnya, orang kata parti-parti komponen bersama BN kalah kerana mereka terlalu didominasikan oleh UMNO. UMNO menjadi teras kerajaan dan banyak polisi hanya melibatkan kepentingan orang UMNO dan Melayu sahaja. Jadi saya fikir kita perlu teliti balik kenyataan seumpama ini dan perbaiki.
Kalau kita mahu membantu parti komponen BN kita harus lihat bagaimana hendak membantu mereka. UMNO tidak boleh bersendirian dalam situasi yang sudah berubah ini. Kita memerlukan sokongan masyarakat bukan Melayu. Jadi ini memerlukan rombakan dari segi pengurusan dalam BN. Saya sudah syorkan dalam mesyuarat pengurusan parti supaya kita membentuk pelan tindakan memperkukuhkan semula UMNO dan BN.
Ia bukanlah sesuatu yang dibincangkan secara ad hoc. Sebaliknya, satu pasukan diwujudkan bagi menggubal pembentukan semula pendekatan kita, sama ada dalam parti mahupun kerajaan.
Bersambung dalam siri ketiga. – Ruhanie Ahmad
16 comments:
For god sake, why are we still talking about post election. It (post mortem) should have been done much earlier. Just look at other component i.e MCA, they rectified it soon.
I'm actually tired of reading about UMNO whining on the lost.
Move on will ya
A.kum Datuk,
1. Saya cuma ingin memberi komen berkenaan kata-kata ini oleh Tan Sri MY:
"Kita boleh kata kita sudah bangunkan negara selama 50 tahun, bawa banyak pembangunan dan nikmat, tapi kenapa rakyat tolak kita"?
2. Komen saya:
a. Pembangunan yang dibawa oleh BN/Umno cuma pembangunan 'Jasad' yang tidak diiringi bersama dengan 'Roh'.
b. Malah diperhatikan juga kadang-kadang kerajaan BN/Umno itu lebih mementingkan pembangunan 'Keindahan' dan tidak kepada pembangunan 'Kepentingan'.
3. Itulah puncanya kenapa rakyat tolak Bn/Umno.
Kalau faktur KJ adalah persepsi semata-mata tanpa bukti, amat malang sekali. Apapun faktur KJ bukan sebutan orang politik sahaja, orang kampung pun tahu tentang faktur KJ.
Orang Baling masih hairan kenapa bumi bertuah mereka tidak langsung dihurmati, apabila PRU12 dijadikan medan untuk Putera. Seolah orang muda tidak faham bahawa peristiwa Memali adalah fenomena Ustaz dan kesan dalam masyarakat.
Memali adalah gelanggang untuk ustaz dan ustazah. Pusara Memali masih wangi, tapi ingatan orang tua sudah pudar, manakala orang muda tidak tahu apa-apa. Atau Tun Musa juga terbelenggu dengan elegant silence?
Faktur KJ adalah faktur penting, kerana UMNO dengan tiba-tiba tergelincir dari kesinambungan dan sejarah UMNO tidak membawa apa-apa erti lagi. UMNO tak semena-mena berhenti menjadi relevan.
Salam.,
saya hanya nak bercakap pasai kekalahan teruk BN kedah dalam PRU Ke12. post mortem yg nak kena buat dalam BN khususnya UMNO kedah ada dari perkatan MABUK.
1.Mabuk kuasa
2.Mabuk Duit
3.Mabuk Cinta
ini semua kena siasat? kalau betoi mantan MB kedah ada ciri2 nie dia lah puncanya? Boleh kah pak lah ambik tindakan kat mantan MB kedah nie?
I agree with ed; stop the paralysis with analysis, start doing something about it! Do you have to draw pictures ? BN with Dollah failed to sell themselves at 12GE. You buggers better get a new leader, with a new sales pitch before Anwar takes over, not because his medicine is better (most certainly it's not) but because he's busy propping up his helter-skelter hodge-podge anything-goes crowd SELLING.It's the sales pitch,man, but we need a new more credible leader. No one is buying from Dollah anymore.
Rakyat hilang keyakinan terhadap Pak Lah sebelum pilihanraya dan bertambah-tambah hilang keyakinan selepas PRU 12 kerana keputusan Flip Flop dan faktor KJ nya.Apabila berlaku krisis keyakinan ubatnya hanyalah letak jawatan.Janganlah dengar nasihat Nazri Aziz yang
mengatakan pihak yang menyuruh Pak Lah letak jawatan sebagai bodoh lagi pun, katanya lagi bukan semua
menteri cerdik (termasuklah beliau sendiri agaknya).
salam semua
Amanah saham johor juga merupa faktor besar sebabnya UMno johor kecundang beberapa dun dan parlimen.
ASJ merupakan kekejaman kepada pelabur2 yang banyak menjadi muflis akibat menanggung hutang yang besar membuat pinjaman dari pihak bank untuk melabur di dalam ASJ.
Ketua Eksekutif Perbadanan Johor Datuk Mohammad Ali Hashim, telah telah membuat pengumuman terbuka meminta maaf kepada para pelabur ASJ akan kemerosotan saham ASJ itu. Tetapi maaf itu tidak dapat mengurangkan kesengsaraan ke atas 125,000 pelabur ASJ. Yang mana sebahagian besar pelaburnya adalah ahli-ahli Umno Johor.
Pihak bank yang memberi hutang tidak kenal maaf. Hutang tetap hutang. Pernyataan maaf tidak boleh melunaskan hutang pelabur. Para pelabur yang meminjam dari bank mesti membayar. Ramai pelabur telah menjadi muflis.
Keadaan ini bertambah serius lagi, apabila pada I April lalu, Pelaburan Johor Berhad (PJB), yang berura-ura mahu menamatkan Skim Amanah Saham Johor (ASJ), PJB telah mengeluarkan Notis Mesyuarat Luarbiasa (EGM) kepada Pemegang-Pemegang Unit ASJ yang akan diadakan pada 24 April ini, notis mesyuarat ini juga turut menyatakan agenda utama mesyuarat ini ialah bagi meluluskan resolusi penamatan Skim ASJ'.
Jika resolusi ini diluluskan maka penamatan skim ASJ akan berkuat kuasa pada 31 Mei 2008,
Perkara ini akan menambahkan lagi UMNO Johor untuk menerima padahnya pada PRU13 akan datang, sekiranya MB Johor berterusan pasif di dalam menangani ASJ ini.
salam ta'zim
Itu hari bila KuLi hantar surat kesemua bahagian minta buat EGM, Muhyiddin Dan Rafidah melengting, "jangan menangguk di air yang keruk( Ikan tak nampak dalam air keruk)"kata mereka berdua. Sekarang Mudyuddin menangguk di air jerneh.
Dia dah nampak clear dalam air, ini masanya dia mesti menangguk.
Sepatut nya semua MKT kena letak jawatan ,kata keputusan bersama (colective responsibility} mana dia.
Kita perlu pemilihan yang baru .Itu saja jalan terbaik, kalau benar iklas nak selamatkan UMNO.
Ramai sekali menyalahkan Tun Dr Mahathir Mohammad atas apa yang berlaku kepada UMNO, BN, Karajan , Kehakiman, ISA dll, Jadi untuk menyenangkan Presiden UMNO, Timbalannya, MT UMNO, Pembangkang, Bar Council dan mereka yang berkenaan dan lain lain disenaraikan dibawah semua kesalahan yang menyebabkan krisis/pembaziran dan rasuah oleh Tun Dr Mahathir semasa zaman beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia untuk kita renungkan bersama dan megambil ikthibar bagaimana untk memperbetukan kesalahan kesalahan beliau yang terlah dijatuhkan hukuman oleh golongan diatas. Senarai penyebab dan nya Tun adalah seperti berikut
NO TUDUHAN HUKUMAN
1. Krisis Kehakiman
2. Linggam Kes
3. Kekalahan BN
4. Kekalahan UMNO
5. Operasi Lalang
6 Pemecatan Anwar
7. ISA
8. Krisis UMNO
9, UMNO Haram
10. Meletak Jawatan sebagai PM
11. Mininggalkan BN/UMNO dalam Keadaan Yang Kuat
12. Megemudi Malaysia keluar dari Krisis Ekonomi 1998
13. Melantik Pak Lah sebagai Penganti Bersalan
14. Meningalkan Kerajaan dengan Kewangan yang Kuat
15. Membina KLCC/Petronas Twin Tower
16 Memnina KLIA/Putrajaya
17. Mengkritik Kerajaan terutama Pak Lah
18. Proton/Perwaja Steel/Tanjong Port Perlepas
19. Meminda Perlembagaan mengurangkan Kuasa Sultan/Raja Raja
20. Sebagai the voice of the Third World
21. Dihormati oleh Pemimpin dunia kerana idealisma beliau
22. Memajukan/Memodenkan Malaysia
23. Membina Lebuhraya/Tol
24. Menkritik Barat
25. Tidak Tunduk Pada Singapura
26. Nama Mahathir lebih dikenali dari Malaysia
27. Pemodenan Pengangkutan Awam MRT/Comuter/LRT
28. Vision 2020
29. Banjir Kilat KL
30. Diiktiraf sebagai Suara Dunia Islam
31. Slogan Malaysia Boleh
32. Mengembalikan Guthrie kepada Malaysia
33. Penyebab Melayu Mudah Lupa
33. The Tarik RM1.50 lebih Mahal dari Roti Canai RM1.00
34. Petrol Naik
35. Menjawat Jawatan Perdana Menteri
36 Kesesakan Lalu Lintas
37. Krisis Mat Rempit
38. Menjadi Presiden UMNO
38. Peningkatan Rasuah
39. Rakyat Hilang Keyakinan kepada Polis
40. Kegagalan Melayu dalam perniagaan
Nyatalah Tun Dr Mahathir atas apa saja yang dilakukannya untuk kemakmuran rakyat Malaysia. Tuan/Puan2, marilah kita memanjangkan lagi senarai ini dengan menyalahkan segala- gala nikmat yang kita perolehi dari zaman Tun Dr Mahathir sebagai malapetaka dan penyebab kepada keadaan sekarang , penyebab kepada krisis Abdulah Ahmad Badawi amnya dan kita pos kan senarai ini kepada Badawi dan gengnya supaya memudahkan lagi kerja mereka untuk membuat tuduhan keatas Tun Dr Mahathir.
Datuk,
Adakah Muhyiddin ini di antara golongan Menteri Yang Bodoh seperti yang dikatakan oleh Nazri kerana setakat ini hanya Muhyiddin seorang sahaja berjawatan Menteri yang meminta Pak Lah berundur.
Adakah Nazri juga sekadar ingin memberitahu bahawa pengakuan Pak Lah untuk melepaskan jawatan apabila sampai masanya ( Paklah kata dia mendengar desakan rakyat ) juga merupakan Perdana Menteri Yang Bodoh.
Datuk, saya agak keliru apabila seseorang seperti Nazri boleh bercakap bodoh seperti itu.
Salam dato KK...
Maaf kalau saya lari sikit dari topik...
Pada awal pelancaran ASJ, sebagai anak Johor saya merasa bangga kerana Johor dapat melancarkan sahamnya sendiri. Baru-baru ni saya terbaca bahawa ASJ telah dimansuhkan dan saya sedih kerana terdapat ramai rakyat Johor yang membeli saham tersebut termasuklah ayah saya. Malah ada diantara mereka yang membuat pinjaman bank bagi membeli saham tersebut. Apa yang kesalkan ialah mengapa ASJ boleh rugi sedangkan ianya dijamin oleh kerajaan Johor. Ke manakah duit pelaburan yang disimpan oleh rakyat Johor itu dilaburkan. Tidakkah dato kasihan melihat orang-orang kampung yang melabur di ASJ hilang duit pelaburan tersebut. Bagi pemimpin UMNO, duit simpanan di ASJ itu mungkin tidak menjadi kudis pun kepada mereka. Tetapi kepada rakyat marhaen, walaupun sedikit simpanan mereka, itu merupakan sesuatu yang bernilai dalam kehidupan mereka. Tak perlulah Tan Sri MY nak buat post mortem di peringkat akar umbi. Yang sepatutnya dipost mortemkan ialah pemimpin-pemimpin yang ada di dalam UMNO itu sendiri baik diperingkat cawangan hinggalah ke majlis tertinggi. Memang betul pembangunan yang dibuat di Johor hebat dan boleh dibanggakan. Tetapi bagi penduduk di kampung-kampung, apakah yang mereka boleh dapat dengan pembangunan tersebut. Mereka terpaksa survival untuk hidup. Tnyalah orang-orang kampung, berapa ramai dari kalangan mereka yang tahu tentang WPI. Pastinya jawapan yang diberikan adalah negatif. Bagi penduduk kampung, mereka bukanlah mahukan pembangunan fizikal sahaja, tetapi apa yang mereka mahukan ialah kehidupan yang selesa, keselamatan yang terjamin dan seimbang dari segi rohani dan jasmani.
Para pemimpin UMNO hanya bercerita tentang pembangunan yang mereka buat, tetapi sedarkah mereka itu adalah tanggungjawab yang mereka mesti dan perlu laksanakan terhadap rakyat yang telah memilih mereka menjadi wakil mereka di DUN atau DR. Kalau sekadar nak buat bangunan yang tinggi-tinggi tu, tak perlu jadi pemimpin pun rakyat boleh buat, asalkan ada duit yang mencukupi dan ilmu untuk membinanya.
Kepada Tan Sri MY, cubalah belajar dari kegagalan PRU12 yang lalu. jangan hanya mendengar laporan dari wakil-wakil di peringkat cawangan dan bahagian. Selidiklah keperitan dan kesusahan rakyat di kampung-kampung pendalaman. Kalau sekadar mendengar laporan sahaja tanpa melihat sendiri, maka itulah yang menyebabkan rakyat menolak UMNO/BN kerana pemimpin mereka tidak peka dan prihatin dengan permasalahan rakyat. Jadikah Khalifah Umar Abd Aziz sebagai contoh untuk memimpin rakyat dan negara. Saya rasa Tan Sri MY lebih arif tentang Khalifah Umar Abd Aziz dari saya... adios.
Datuk,
ini adalah pandangan saya sebagai rakyat Malaysia yang tak terikat dgn mana2 parti politik(independen/atas pagar)
saya tak paham istilah 'feels good factor' dari perkembangan ekonomy yang diwar-warkan oleh kerajaan semasa pru08. bagi saya ekonomi yang kukuh, bagus adalah rakyat tak terbeban dgn kos hidup yg makin tinggi. apalah gunakanya jika kdnk 100% jika kos hidup meningkat. harga2 barang naik, harga sewa etc naik tapi gaji masih sama...jgn terkejut jika ada rakyat yg ikat perut sebab kenaikkan harga minyak yg membawa kenaikkan harga brg2 yg lain.
saya suka kj. tapi sy kasihan tgk kj terhanyut dgn kenaikkan pantas dia dlm politik. dia kena buktikan kemampuan sendiri bukan bergantung pada tag 'aku menantu pm'...mukriz juga kena buktikan kemampuan sendiri sebelum jd ketua pemuda. kj boleh pergi jauh tapi silap langkah skrg nampak sukar. all the best
sepatutnya pak lah midterm penggal 2004-2008 semasa rombakan kabinet, pak lah 'bersihkan' kabinet dari menteri2 zaman tdm.kekalkan yg berkebolehan walaupun rasuah mcm kak pidah
dunia siber jangan dikongkong, disekat. makin sekat, dikongkong makin rakyat memberontak
kalaulah rasuah tu betul2 berlaku, saya tak menentang tapi biarlah rasuah tu berpada2. max harga rasuah tu 20% lebih tinggi dr nilai sebenar. bagi2la sesama sendiri. cthnya nilai 1k jadila 1.2k...200 tu bahagi sesama sendiri. jangan nampak sangat rasuah. jangan tamak haloba tahap max. tak dpt nk lari dari rasuah. 'depa bangi hang projek, hang undi/sokong depa masa pemilihan parti' umpama mcm tu la
media arus perdana, jgnla terlalu berat sebelah. muak dgn dasar 'dari kacamata malaysia'
keris oh keris...umno boleh perintah malaysia tanpa parti2 lain.......sebagai bumiputera bukan islam saya takut juga dgn isu keris. sy di antara melayu dgn bkn melayu.tersepit. pernah terfikir nasib bila masuk mana2 group tak dapat diterima/dicuragai?
bila minta kerja'mandarin/tamil' atau 'melayu saja'
tol oh tol...mungkin ada baiknya ada sesetengah perkara disosialiskan seperti tol
tngkatkan mutu pengangkuan awam. petrol naik api public transpot menghampakan. bersesak2 setiap hari. jadual tak menentu...penuh dgn pendatang asing.tak salah kalau
kerajaan naikkan levi pekerja asing
kepada lebih tinggi mcm di uae (usd8k)...takpun kenakan cukai ke atas pekerja asing tak mahir(sounds silly) tapi pekerja asing tak mahir inilah yg menyesakan public transpot. mereka xbyr cukai tp menikmati subsidi
ini pula harapan saya kpd kerajaan penggal ini
---------------
more transparency in awarding tenders/projects
less corrupted and cronism
uphold human rights and freedom
reduce the living-cost
fight crime
free and fair main stream medias (msm)
better management
restore judiciary independent
--------------
more transparency in awarding tenders/projects
tenders/projects should be awarded in capabilities basis but hope there are bumiputeras that can compete with nonbumis
bumisputeras should equip themselves with capabilities, knowledge to compete in this world
now is a world without boundary
aims for higher than just in country
make race, religion, family, country proud at us
get away from spoon-feeded minded
less corrupted and cronism
from rakyat, u come
from rakyat, u fall
rakyat choose you to serve for them not them serve for you
don't want this country become a fail country because of the corruption and cronyisme
DEB is a failed plan.change certain elements in DEB that breed corruptions, cronyism so that everyone can menikmati development and kekayaan negara
no one should be left behind
for 38years DEB has not reached it target 30% bumis equities.just archieved 18%
i am not hyprocrite 'tutup mata sebelah' for the sake i am bumis
uphold human rights and freedom
respect human right and freedom to practice religion, culture, speak, lifestyle etc
promote the tolerance among different religions, races
protect the minority interests from taken away as stated in constitution
protect the bumputeras special rights
reduce the living-cost
reduce the inflation and avoid to hike the oil price as this will bring may consequences
it's possible to cut back the oil price if government willing to increase a bit oil sudsidaries
fight crime
it would be better police's special branch to be used to fight the rising crimes than to spy for federal opposition parties
free and fair main stream medias (msm)
msm should be controlled and used by government for political's motives
rakyat has rights to has access for fair news coverage
better management
increase the stakeholder's in public fund
avoid using taxpayer's money for waste project like angkawasan
manage the waste/garbage wisely
environment friendly development
less development project in high-risked area
restore judiciary independent
no more such lingam's video controversy
let the Agong appoint the judges on his own. not based on prime minister advice
let the judiciary and executive branch separated
Salam Datuk,
Minta tolong Datuk highlightkan BLOGGER RAKAN KARIB ANWAR PROMOSI BUKU SALMAN RUSHDIE - TIDAKKAH INI SUATU PENGHINAAN KEPADA RASULULLAH.
Untuk lebih lanjut di http://pure-hadharist.blogspot.com.
Datuk,
Walaupun sudah 50 tahun negara kita dibangunkan namum masih banyak ruang yang perlu diperbaiki. Walaupun banyak peruntukkan yang diluluskan, kenikmatan yang dinikmati oleh rakyat agak terhad terutama rakyat marhaen. Semakin hari rakyat semakin sedar, mereka juga adalah aset penting dalam pembentukkan sesebuah kerajaan, maka peluang PRU mereka gunakan sepenuhnya.
Sewajar menteri-menteri yang senior macam TS Muhyiddin faham senario politik hari ini. Begitu juga Dato' Nazri yang begitu setia terhadap bossnya. Dalam politik ada seni tarinya. Kalau kita pandai menari dan pelakon dengan baik di atas pentasnya, kita dipuji, kalau kita sumbang, kita dikeji. Ini realiti dunia politik masa kini.
Saya cadang TS Muhyiddin buat post-mortem yang menyeluruh, yang komprehensif. Bukan saja kaji kenapa BN atau UMNO kalah. Kaji juga soal-soal atau masalah yang menyebabkan rakyat benci BN dan hilang yakin kepada UMNO.
Contohnya, soal KJ dan soal Abdullah mungkin betul dari sudut siasahnya. Soal dasar kerajan bagaimana pula? Soal yang babitkan perlembagaan negara macam mana? Soal yang melibatkan kedaulatan negara apa silapnya? Soal yang kena mengena dengan bukan bumiputera apa ceritanya? Soal yang babitkan syiar Islam apa coraknya? Macam-macam lagi kena diselongkar dan dihalusi. Kalau cuma nak bedah siasat soal politik saja, tak guna, tak cukup.
Lagi satu, seluruh kaji bedah ni cuma boleh dilakukan kalau Abdullah dan undur diri. Kalau tak, apa yang dibuat, semua orang tak percaya. Habis masa, habis tenaga saja.
Salam Datuk,
Saya mohon keizinan daripada Datuk untuk bertanya kepada Saudara /i Antubiul. Dia atas sumbangan dan jasa yang panjang lebar saudara/i berikan terhadap TDM, kenapa saya sebagai orang kampung ni tak dapat merasakan apa2 melainkan jalan tar baru, balai raya yang dibaik pulih aje..itupun bila dah dekat pilihanraya baru ada peluang dapat. Setakat kita terkenal seantero dunia tapi rakyat sendiri ada yang terkapai2...apalah ertinya. Agak2 relevan tak dengan peribahasa...Anak kera disusukan, anak sendiri mati kelaparan. Ambik satu contoh ajelah....Menara KLCC dibina....apa yang orang kampung dapat....boleh berniaga ker kat kedai2 tu? Oh...atau mungkin orang kampung hanya dapat beramai2 buat lawatan dan tumpang tengok betapa indahnya KLCC ni...tapi taraf hidup mereka gitu jugak....Entahlah sampai bila kita harus hidup bermegah2 tetapi ianya bagaikan fatamorgana yang hanya dapat dilihat tapi kenikmatannya jauh sekali dapat dirasa.
Fikir-fikirlah sendiri.....
Post a Comment