MIKE TYSON KONGKONG MAJLIS
RAMAI KECEWA KELUAR DEWAN?
Pada Rabu, 16 April 2008, Datuk Seri Najib Tun Razak dan rombongan Jawatankuasa Pengurusan UMNO Malaysia mengadakan perjumpaan tertutup dengan para pemimpin UMNO Selangor.
Sumber-sumber memberitahu blog ini bahawa terdapat beberapa pemimpin UMNO Selangor yang meninggalkan dewan pertemuan sewaktu sessi soal-jawab.
Mereka dikatakan kesal kerana Ketua Penerangan UMNO Malaysia merangkap Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib, telah mengonkong sessi tersebut.
Beliau dikatakan telah menunjuk siapa yang perlu diberikan peluang bercakap dan mereka diizinkan bercakap pula diberikan tempoh yang amat singkat untuk meluahkan pandangan atau kritikan masing-masing.
Untuk mengelakkan ketegangan suasana, segolongan hadirin pun dikatakan keluar meninggalkan dewan.
Saya harap info di atas silap. Saya harap Mike Tyson tidak berbuat seperti apa yang dilaporkan ke blog ini. Tapi, kalaulah info ini benar, sebagai ahli UMNO, saya pastinya turut kesal dengan apa yang telah berlaku! – Ruhanie Ahmad
RAMAI KECEWA KELUAR DEWAN?
Pada Rabu, 16 April 2008, Datuk Seri Najib Tun Razak dan rombongan Jawatankuasa Pengurusan UMNO Malaysia mengadakan perjumpaan tertutup dengan para pemimpin UMNO Selangor.
Sumber-sumber memberitahu blog ini bahawa terdapat beberapa pemimpin UMNO Selangor yang meninggalkan dewan pertemuan sewaktu sessi soal-jawab.
Mereka dikatakan kesal kerana Ketua Penerangan UMNO Malaysia merangkap Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib, telah mengonkong sessi tersebut.
Beliau dikatakan telah menunjuk siapa yang perlu diberikan peluang bercakap dan mereka diizinkan bercakap pula diberikan tempoh yang amat singkat untuk meluahkan pandangan atau kritikan masing-masing.
Untuk mengelakkan ketegangan suasana, segolongan hadirin pun dikatakan keluar meninggalkan dewan.
Saya harap info di atas silap. Saya harap Mike Tyson tidak berbuat seperti apa yang dilaporkan ke blog ini. Tapi, kalaulah info ini benar, sebagai ahli UMNO, saya pastinya turut kesal dengan apa yang telah berlaku! – Ruhanie Ahmad
17 comments:
Asmk,
Buat masa sekarang, apakah jawatan yang dimenangi oleh Mike Tyson. Semua jawatannya adalah dilantik. Jadi utk membalas jasa terpaksalah memperlihatkan keadaan yg tidak wujudnya pendapat yg bertentangan dgn org yg melantik. Itu pun jika betul perkara ini berlaku.
Ternyatalah sekarang suara akar umbi tidak diendahkan. Jika sikap sebegini yang Mike Tyson tunjukkan, maka jatuhlah kreadibiliti pengamal perhubungan awam (PR UMNO). Ini bukan nak menyelesaikan masalah tetapi sekadar nak serahkan fail kat bos dengan catatan - beres bos. Perkara macam inilah yg. berlaku pada PRU12 dulu. Semua laporan perisik melaporkan beres bos (walaupun kerja tak buat). Orang yang buat laporan sebegini sebenarnya parasit umpama ulat dlm buah. Nampak kat luar elok je, tapi dlm diam-diam dia mengenyangkan perut sendiri.
Nak tanya sedikit, ada tak kemungkinan fomula peralihan kuasa nanti tidak diserahkan kpd DS Najib. Kalau betul utk menyelamatkan UMNO saya rasa logik. Desakan supaya Pak Lah turun hanyalah berdasarkan anggapan bahawa Pak Lah lembap, dipengaruhi KJ, tdk proaktif, tetapi tiada penglibatan korup (tuduhan). Tetapi DS Najib - Kapal Selam, Altantuya, Sejarah perkahwinan, Kehidupan sosial dsb (tuduhan sahaja).
Jadi kalau Pak Lah boleh didesak utk turun, nanti DS Najib tdk mustahil akan alami perkara yg sama. Dlm hal ini, utk menyelamatkan UMNO saya rasa TS Muhyiddin paling sesuai - pandangan saya.
jumpa lagi...
Isu-isu Islam Semasa boleh dilawati di: http://pureislamic.blogspot.com
Entry terbaru bertajuk: "Apakah pandangan Lim Guan Eng tentang Islam?"
Blog ini akan memberi laporan harian berdasarkan isu-isu Islam Kontemporari. Adil, Fakta, Tidak berpihak.
Salam Dato'
“Mendengar hujah anda tidak membuat saya akur. Melayan bicara anda, tidak membuat saya alpa. Membeta kata-kata anda, tidak bermaksud kita tidak sehaluan”. Prinsip inilah yang selalu membuat Khaled Nordin (Dato’ – Menteri Pengajian Tinggi) sejak zaman sekolah hingga kini ‘benci tapi rindu untuk bicara bersama’.
Kita semua perlukan pemimpin Melayu yang berani bukan sebab dia ada kuasa tetapi kerana dia ada kekuatan sendiri dan keyakinan peribadi.
Dengan izin Dato' sila lawati:
http://kerajaanrakyat.blogspot.com/
A.kum Datuk,
1. Bila saya fikir2 balik, sebenarnya rombongan Datuk Najib tu seolah-olah macam rombongan 'mengiringi pengantin' saja. Pengantinnya Datuk Seri Rafidah Aziz.
2. Elok juga Tan Sri Mike Tyson buat peraturan macam tu, supaya tak buang masa.
3. Ini kerana apa perkara yang nak dicakap dan nak didesak semuanya sama saja...dah tahu dah apa yang perwakilan nak cakap...nak desak! The same subject..the same problem.
http://www.penyokong-kj.blogspot.com
salam semua
kalau tindakan itu benar , memang sah UMNO kini sedang dalam keadaan pergi tak akan kembali.. teruskan kelakuan pengecut atau hanya berani berkokok tapi najis penuh di kaki,
Mike tyson peninju tu pun dah kena bungkus, inikan pula jaguh ayam tua ni, sedarlah rakyat semua dah cerdik pandai...kang nanti di goreng buat ungkep....
salam ta'zaim
Asmbth Dato'.
Sebagai salah seorang peminat setia Kudakepang saya bersetuju dengan Dato, bahawa jika benar ada kawalan atau sekatan oleh TS Muhamad Taib dalam perjumpaan dengan UMNO Selangor ianya satu kesilapan besar. Kita mahu mencari kelemahan kenapa BN kalah teruk dalam PRU-12, tetapi malangnya tidak dibenarkan untuk ahli memberi pandangan dan membuat pertanyaan.
Selama ini Parti kita UMNO dituduh tidak ada demokrasi. Boleh berbicara hanya jika ada ucapan puji-memuji, ampu-mengampu dan bergurau senda yang boleh mengembirakan hati pemimpin tertinggi.
Perhimpunan Pewakilan UMNO yang diadakan setiap tahun tidak menarik minat kepada golongan muda. Perhimpunan Pewakilan UMNO dianggap tempat membodek pemimpin. Bila berpantun, bersajak, berpuisi tidak boleh lari dari unsur-unsur mengampu dan bodek.
Ketua Perhubungan UMNO Negeri awal-awal lagi memberi amaran kepada wakilnya supaya jangan mengkritik pimpinan. Jika dibiarkan bermakna mencari nahas. Justeru itu Dewan PWTC yang tersegam indah bukannya tempat memberi idea atau kritikan membina untuk UMNO, tetapi dewan untuk bergelak ketawa dengan unsur-unsur bodek.Tidak percaya sama-samalah kita melihatnya nanti.
Sekiranya UMNO tidak membenarkan pewakilan memberi idea atau sebarang pandangan dan cadangan demi masa depan UMN, percayalah bahawa UMNO akan menuju kehancuran.
Walaupun sepahit mana kritikan kalau ianya membawa kebaikan kepada UMNO, sama-samalah kita mendengarnya. Jika ubat rasanya pahit tetapi boleh menyembuhkan penyakit, tiada masalah kita sanggup menelannya.
Kepada pemimpin tertinggi, mana satu yang dipilih sama ada mendapat sokongan di depan hanya sekadar berpura-pura tetapi apabila balik/pulang, ahlinya kembali menghentam pemimpin yang kononnya tidak ada demokrasi. Sebagai balasan dan rasa kecewa mereka akan terjemahkan dalam pilihanraya. Akhirnya siapa yang rugi? jawabnya sudah tentu UMNO.
Bila sudah tewas/tumbang barulah mencari puncanya. Tetapi apabila ada perjumpaan ada pula pantang larang supaya tidak boleh bercakap.
Kepada semua ahli UMNO termasuk pemimpin, sesungguhnya kita masih belum terlewat, UMNO masih releven kepada rakyat. Tetapi mulai sekarang perbetulkan mana-mana dasar yang mendapat tentangan dan kritikan rakyat supaya dikaji balik.
Antaranya ialah Wilayah Pembangunan Iskandar dikatakan akan menjadi hak milik asing. Tiada makna sekadar melihat bangunannya tinggi, hebat dan cantik tetapi bukan milik melayu tetapi ianya milik orang asing/bukan melayu.
Selain daripada itu rakyat melayu mahukan UMNO memartabatkan semula kedudukan Bahasa Malaysia dan kembalikan pengajaran Bahasa Inggeris dan Matematik ke dalam Bahasa Malaysia. Contohilah Negara Jepun, China, Rusia, German,Iran, Turki, Sepanyol, Thailand, Arab, Portugis dan lain-lain masing-masing mendaulatkan bahasa ibudanya. Apakah negara mereka mundur kerana mendaulatkan bahasa ibundanya?.
Walaupun kita martabatkan Bahasa Malaysia tidak bermakna kita mengenepikan Bahasa Inggeris. Kerajaan boleh menyusun semula cara pembelajaran Bahasa Inggeris supaya lebih berkesan.
Apakah kita lupa bahawa berapa ramai pelajar kita dulu yang mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke luar negara dimana ramai diantaranya yang mengikuti kursus Bahasa Inggeris, Jepun, Rusia,Arab dan lain-lain bahasa dalam tempoh yang pendek. Pelajar yang terpilih boleh pun menguasai dengan baik. Mereka bukannya diajar daripada kecil( maksud saya semasa sekolah rendah/tadika belajar bahasa-bahasa tersebut) )tetapi mereka boleh bercakap dengan baik walaupun belajar dalam tempoh antara 6-12 bulan.
Kalau dulu bertapa bangganya kita melihat rakyat kita sama ada orang cina atau india bercakap dalam Bahasa Malaysia, TETAPI sekarang bagaimana orang-orang cina/india hendak bercakap Bahasa Malaysia sedangkan orang-orang Melayu sendiri pun tidak mahu bercakap dalam bahasanya sendiri. Oh Melayu bangsaku?. Adakah ini yang dipanggil Melayu baru?.
Jadi janganlah kita marah dan kecewa apabila kita kalah dalam PRU-12. Jangan kita marahkan ketuanan Melayu jika tulisan jawi dan kedudukan Bahasa Malaysia yang dipinggirkan. Ini semua angkara pemimpin UMNO. Apakah kita tidak boleh menerima pandangan cerdikpandai melayu yang mendesak kepada Kerajaan supaya kembalikan kedudukan Bahasa Malaysia sebagaimana termaktub di dalam perlembagaan?.
Syabas kepada UMNO Johor kerana telah membuat resolusi dan cadangan ingin martabatkan Bahasa Malaysia pada setiap kali diadakan Perhimpunan Agung UMNO. Tapi malangnya Kerajaan BN yang mana UMNO sebagai tunggaknya masih berdegil dengan dasar yang diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir. Akibat kemarahan rakyat, tidak pasal-pasal Pak Lah yang menanggungnya.
Cukuplah apa yang berlaku dalam isu Badan Kehakiman, rasuah, AP, gejala sosial , dadah, matrempit,matrojan dan pelaksanaan matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris angkara polisi peninggalan Dr Mahathir yang terpaksa ditanggung oleh MT UMNO. Marilah kita perbetulkan dan jangan ego dengan polisi yang boleh menjejaskan rakyat Malaysia khususnya orang-orang Melayu
Oleh itu kepada pimpinan tertinggi UMNO muhasabah diri masing-masing. Jangan sombong dan ego, kembali kepada rakyat. Dari Rakyat untuk rakyat. Jangan hanya berjumpa rakyat bila dekat pilihanraya sahaja, dah bila menang rakyat diketepikan. Bila rakyat beralih kepada PR kita pula yang naik angin marahkan rakyat. Cukuplah yang berlalu itu tetap berlalu. Hadapilah dengan agenda baru demi menjaga maruah ketuanan Melayu.
Apabila sebut ketuanan melayu bukan sahaja hanya kita tumpukan kepada hilangnya kerusi Parlimen/DUN sahaja tetapi hendaklah meliputi kedudukan Agama Islam, Bahasa Malaysia, Tanah simpanan Melayu, Biasiswa dan lain-lain yang berkaitan dengan orang-orang Melayu perlu dipertahankan termasuk memperbanyakkan lagi kawasan Kerusi Parlimen/DUN untuk orang melayu. Apa yang Tun Dr Mahathir buat Kononnya tambah kerusi Parlimen/DUN di kawasan campuran akhirnya menikam balik kepada UMNO?BN. Yang menyelamatkan UMNO rupanya melayu yang berada di kawasan Melayu.
"Oh melayu buat melayu".
Salam dato KK...
Sekiranya posting datuk tu betul, itulah yang meyebabkan golongan muda lari meninggalkan umno. Jika golongan pemimpin tidak mahu mendengar pandangan dan rungutan pihak akar umbi, mereka (golongan muda) akan mencari alternatif baru bagi menyalurkan pandangan dan idea mereka. itulah sebabnya umno makin jauh dari golongan muda disebabkan sikap beberapa pemimpin umno yang takut dan hanya mahu mendengar cerita yang baik sahaja tentang ketua mereka. dan tidak mustahil jika umno akan hilang kekuatannya kerana pemimpin seperti mike tyson inilah yang menyebabkan kehancuran... hidup Malaysia... adios.
Since the first day he'd been appointed as a Minister, Mike Tyson was acting like a weirdo ambushing everyone whom against his Boss.
I remember the time when he appeared on TV telling the whole world that Umno Liaison of all and each states, have agreed for Pak Lah to still stays and Umno election to be postponed to next year. But the very next day, a few of them told exactly the opposite with non whatsoever consultations or meetings have been made to discuss the matter pertaining to Abdullah. While some openly expressing the need for the Umno election to be held this year without fail.
Biasalah dato...nama pun UMNO mana nak ada kebebesan memberi pandangan dan cadangan. Yang depa nak dengar cuma pujian yang bertalu-talu. Kami anak-anak muda ni dah tak percaya kat UMNO, jgn kan kata bg undi, sokongan moral pun tak nak. Parti haprak mcm UMNo no tunggu masa jer nak tumbang. Org Melayu dah tak percaya pada perjuangan atas nama bangsa ni.
Dato,
Ingin kami beritahu, sebagai rakyat Melayu,Johor dan Malaysia, amatlah sedih dengan apa yang berlaku sekarang. Kami memang penyokong UMNO dari dulu kini dan sekarang. Kami betul-betul berharap sekiranya UMNO dapat direformasi dari dalam kalangan UMNO sendiri. Jauhi rasuah dan amalkan perbelanjaan berhemah. Kami tidak ada pilihan kecuali mengundi pembangkang pada PRU12 kerana tiada orang UMNO yang mampu melakukan reformasi dalam UMNO itu sendiri. Berubahlah UMNO untuk kepentingan Islam, Melayu dan Malaysia. Insyallah......
Salam Dato,
Saya rasa Dato sendiri pun tahu, ini dah jadi budaya UMNO. Alasannya, sebagai orang Melayu perlu hormat dan patuh kepada pendapat dan tindakan ketua/pemimpin.
Saya bimbang kalau budaya ini terus digunapakai, UMNO akan terus hidup didalam kepompongnya sendiri dan tidak mampu untuk berubah selaras dengan apa yang dituntut oleh rakyat didalam senario politik semasa.
Mungkin UMNO perlu ingat, tanpa UMNO, orang Melayu masih ada alternatif untuk bersatu demi memastikan mereka tidak teraniaya di tanahair datuk nenek mereka ini. Apa caranya? Sokong parti yang dilihat mampu membela nasib orang Melayu pada hari ini. PAS? PKR?
Andainya UMNO terus lena didalam kepompongnya dan PAS/PKR mampu membuktikan bahawa mereka mampu membela nasib orang Melayu di 5 buah negeri yang kini dibawah PR, maka tidak mustahil UMNO akan terus tenggelam di persada politik tanah air.
Salam Dato',
Keadaan beginilah yang membuatkan majlis-majlis sedemikian kurang menarik sekarang.
Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan (mudah-mudahan dapat gelaran Dato' pada sambutan Jubli Emas Sultan Kedah Julai 2008 akan datang) laman blog lebih menarik. Lihat SIASAH 0093.
Semoga BN hilang kuasa pada PRU 13 atau lebih awal lagi.
Suara akar umbi perlulah didengari oleh pimpinan atasan supaya dapat memperbetulkan apa yang salah. Pimpinan atasan bukannya ambil tahu hal orang yang di bawah, asalkan mereka buat kerja ikut je arahan.
Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the Aluguel de Computadores, I hope you enjoy. The address is http://aluguel-de-computadores.blogspot.com. A hug.
Mike Tyson harus menyedari hakikat bahawa perlantikan beliau dalam kepimpinan UMNO bukan melalui pilihanraya. Jangan nak dabik dada bahawa beliau bagus. Percaya tak bahawa rakyat Selangor pun sudah muak dan jemu dengan cara Mike Tyson buat kerja. Baliklah ke Australia buta ladang ternak babi atau unta.
Setiausaha Agung UMNO adalah milik Presiden. Ketaatannya tidak berbelah bagi. Bila Radzi meletak jawatan tempuh hari, ia adalah tanda wujudnya rasa curiga di mana-mana pihak.
Namun Radzi telah melaksanakan tugas dengan cemerlang walau sambil-sambil turun ke utara semenanjung melihat ayam itik. Mahathir telah dinafikan hak bersuara dalam suasana KETERBUKAAN.
Kini giliran Muhamad Taib pula menunjukkan taat setia tak berbelah bagi, selagi tidak ada rasa curiga dimana-mana pihak.
Tentulah Muhamad Taib tidak semudah dulu terperangkap dengan beg berisi wang. Tentu beliau tidak lagi naive seperti dulu. Beliau sudah matang, dan berwaspada dengan "percaya", "taat setia" dan "pisau banyak mata".
The biggest MISTAKE Pak Lah did was to appoint'i kannot speaking engalis laa' fler with 2 Muhamad name as minister..he should be put to rest his political carreer.RIP
Post a Comment