Thursday, February 09, 2012

AL-FATEHAH BUAT HAJI ABDUL MANAN ZAKARIA

Sahabat dan mantan pembantu peribadi saya, Haji Abdul Manan Zakaria, 70 tahun, kembali ke rahmatullah pada 6 Februari 2012.

Allahyarham adalah bekas Tentera British di Singapura. Setelah bersara, beliau pernah berkhidmat dengan Jabatan KEMAS di Batu Pahat. Allahyarham juga memainkan peranan dalam mewujudkan sistem Bilik Gerakan Pilihan Raya bagi UMNO Bahagian Parit Sulong.

Jenazah Allahyarham disemadikan di Tanah Pekuburan Islam Kampung Peserai pada pagi 7 Februari 2010. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT dan diletakkan di kalangan orang-orang yang soleh. Al-Fatehah!!!!

6 comments:

PEMERHATI said...

Takziah dari kawan untuk keluarga arwah. Semoga Allah swt tempatkan arwah bersama mereka yang beriman

Tmn Perling
JB

Anonymous said...

Al fatehah!
dan bermulalah cerita cucu Hang Nadim.

Makam Laksamana Hang Nadim di Pulau Bentan: maka anda semestinya sudah bersedia untuk mengarah-perintah khadam-khadam Hang Nadim?

Senang kerja: jaga Johor dan tak bagi muka kepada PR kata pada Hishammuddin your admirer, bro.

Lain pada itu buat penat baca cerit lu gi Bnetan sahajalah.

Take care bro.

Che Det Junior said...

PKR: Gaji sektor awam harus dikaji setiap 5 tahun

Wartawan Sinar Harian
23 Februari 2012





SHAH ALAM - PKR menyarankan agar semakan gaji kakitangan sektor awam dilakukan setiap lima tahun sekali agar perubahannya selaras dengan inflasi dan dapat dilaksana dengan lebih mudah dan adil.

Sehubungan itu, Naib Presidennya Nurul Izzah Anwar berkata, pihaknya mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengkaji syor terbaru dibentangkan Cuepacs semalam iaitu kenaikan antara RM700 hingga RM2,500 bagi kakitangan Gred 1 hingga Gred 54.

"PKR terbuka dengan tuntutan terbaru Cuepacs agar kerajaan memberi kenaikan gaji antara RM700 hingga RM2,500 untuk pekerja-pekerja dalam perkhidmatan awam Gred 1 hingga Gred 54 menerusi skim yang sedia ada sebelum melaksanakan sebarang pembaharuan menerusi skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)," kata Ahli Parlimen Lembah Pantai ini dalam satu kenyataan.

Semalam, Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata, pihaknya menuntut kerajaan memberi kenaikan gaji antara RM700 hingga RM2,500 untuk Gred 1 hingga Gred 54.

Pelaksanaan SBPA ditangguhkan sementara pasukan petugas khas selesai menjalankan semakan.

Omar berkata, kenaikan itu perlu dilaksanakan terlebih dahulu menerusi skim sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum sebarang pembaharuan dibuat menerusi SBPA.

Katanya, tuntutan yang dikemukakan ialah untuk Gred 1 hingga 16 kenaikan sebanyak RM700, Gred 17 hingga Gred 26 (RM1,000), Gred 27 hingga Gred 40 (RM1,500), Gred 41 hingga Gred 48 (RM1,800) dan Gred 52 hingga Gred 54 (RM2,500).

Ekoran rasa tidak puas hati dan bantahan, kerajaan membentuk sebuah pasukan petugas khas untuk melakukan semakan dan kerja-kerja semakan dijangka selesai April ini.

Nurul Izzah berkata, dalam Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat 2012 yang dibentangkan sebelum Bajet 2012 Kerajaan Persekutuan, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi komitmen bahawa sekiranya PR memegang tampuk kerajaan pusat, gaji minimum pada kadar RM1,100 akan dikuatkuasakan buat penjawat awam.

"Ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 300,000 penjawat awam yang masih menerima gaji di bawah kadar tersebut di bawah skim saraan sedia ada," katanya lagi.

Wakil rakyat penggal pertama itu menambah, PR juga komited untuk menyelaraskan tangga gaji perkhidmatan awam secara lebih saksama berikutan pengenalan gaji minima tersebut, selain insentif khas RM500 sebulan bagi setiap guru
sebagaimana dijanjikan dalam Buku Jingga.

Kata beliau, ia berbeza dengan syor awal SBPA yang dibentangkan kerajaan di mana seorang penjawat tertinggi kerajaan dalam kategori Premier akan menerima sehingga RM80,000 sebulan sedangkan kenaikan pemandu serendah
RM1.70 sebulan.

"Mengikut maklumat Laporan 2006 United Nations Public Administration Network Public Service, Malaysia mempunyai nisbah jurang gaji antara yang tertinggi dan terendah yang paling tinggi berbanding negara-negara jiran iaitu sekitar 19.5:1.
"Ini bermakna gaji penjawat tertinggi adalah 19.5 kali lebih tinggi dari gaji pegawai kerajaan yang terendah. Oleh itu, PKR menyeru agar jurang nisbah gaji di antara yang tertinggi dan terendah dirapatkan, dan bersedia untuk bekerjasama dengan semua pihak untuk merealisasikan visi ini," katanya lagi.

Che Det Junior said...

Emel untuk Datuk/Tuan Zaini Hassan

1.Pohon dipaparkan alamat emel kesemua staff Utusan untuk mempermudahkan urusan pendapat melalui emel.


Ulasan Artikel tulisan Tuan bertarikh 22.2.2012 yang dipaprkan di Utusan dan diperoleh di blog rasmi Cuepacs.

Pertama sekali saya ucapkan jutaan terima kasih kerana kesudian Tuan membaca dan kemungkinan membalas di emel serta mungkin mengulas pandangan saya ini di artikel Tuan untuk menyemarakan politik matang di negara tercinta ini.

2. Penulisan ini merupakan pendapat peribadi dan tidak mewakili mana-mana organisasi atau individu sert apa-apa pandangan di dalam penulisan ini tidak menggambarkan pendirian penulis tetapi sekadar idea Inovasi bersempena dengan tahun gerakan Inovasi 2012 dan usaha memakmurkan lagi negara ini ke arah Wawasan yang telah diaspirasikan.

3. Fakta ringkas melalui rujukan kepada JPN akan menununjukkan bahawa Malaysia mempunyai pendudu seramai 28 juta yang berdaftar, dan kemungkinan dalam 2 juta yang tidak berdaftar atas pelbagai sebab dan kemungkinan juga ada lebih kurang 4 juta PATI tidak termasuk pelancong yang jujur. Congakkan mudah akan memperlihatkan ada lebih kurang 34 juta manusia melata di bumi Malaysia ini belum termasuk amanah digalas APMM, Polis, Kastam,Imigresen dan lain-lain agensi mengawal lanun di sekitar perairan negara dan sempadan yang senag diambil kira ada 40 juta manusia untuk dikawal mengikut perundangan sepanjang masa dalam mengawal keselamatan dan aturan awam di Malaysia.

4. Bayangkan kita Cuma ada 1.3 juta penjawat awam untuk mengawal 40 juta orang di Malaysia. Ada pendapat mengatakan kita ini jika disbanding Negara maju, kita terlebih pekerja awam berbanding nisbah penduduk. Negara lain tidak seaman kita, tidak secepat kejayaan kita, tidak majmuk seperti kita, Negara lain di asimilasi, melting pot, regim, dll. UK sendiri dibina atas Perlembagaan tidak bertulis kerana keadaan rakyatnya senang dikawal, kita ini Negara mantap dengan kepelbagaian budaya, agama, perlu lebih penelitian kerana tercuit sedikit 13 Mei jadinya setiap tahun, musnah Negara. Tengok pula 1.3 juta ini berapa ramai yang tetap? Berapa ramai kontrak? Berapa ramai guru? Guru mungkin dalam 400 ribu, tinggal 900 ribu, berapa kerani, berapa pelaksana mid level, berapa ramaki tink tank? Yang pangkat tinggi hanya memilih pilihan yang dibuat tink tank. Jika diperkatakan pekerja awam sudah ramai, berapa ramai doctor? Kenapa MA buat kerja doctor? Dan bermacam lagi argument yang boleh diperdebatkan, namun perdebatan kali ini ialah isu gaji dan SBPA.

Che Det Junior said...

5. SBPA bertujuan untuk mencapai idea Negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, oleh itu mengapa gaji pekerja awam tidak dijadikan model utama penunjuk aras aspirasi ini. Mengapa dalam usaha menjadikan kumpulan JUSA (Tertinggi) dan TURUS (Premier) diexit policykan beberapa ribu orang untuk menaikkan gaji seorang? Yang di exit policykan hendak kerja apa? Dengan pelaung pekerjaaan yang semakain menyusut, dahulu orang kampung yang tua-tua takut menukar kerajaan dari sedia ada kerana katanya nanti pencen tak dapat kini orang muda, tua kampung dan Bandar yang miskin Bandar atau di kampung bercakap perlu tukar kerajaan untuk beri peluang kepada kumpulan politik yang lain kerana pada pendapat laymen ini Selangor ok, Kelantan ok, Kedah ok, dan walau banyak usaha disalurkan agar mereka tidak amuk pada PRU13 ini, mereka telah berkeras untuk pangkah lain dari kebiasaan atau undi rosak atau tidak pergi mengundi atau tidak pergi mendaftar bagi menunjukkan rasa hati tanpa perlu berbicara seperti kata-kata orang putih walk the talk. Ada juga omong-oming kosong berkata jika dapat pun kenaikkan gaji sebelum PRU13, lepas menang PRU13 COLA mungkin ditarik bail untuk seimbang modal kerajaan atau akan ada exit policy secara besar untuk cover pendapatan yang telah dilaburkan. Walau apa pun langkah seterusnya telah menampakkan PR tidak perlu berusaha secara gigih untuk menang kali ini jika tidak hingga tumbang Putrajaya sekurang-kurangnya BN kalah 2 per 3 Dewan kerana usaha penggubal dasar SBPA telah meranapkan masa depan BN. Penggubal SBPA ini waima konsultan atau semua orang yang terlibat telah menjadikan amanah meraka sebagai batu loncatan untuk memperoleh kekayaan secara mudah tanpa perlu rasuah atau salah guna kuasa, mereka ini merasakan mereka ialah kerajaan dan bertindak sewenangnya atas kelembutan DSN, jika dahulu Tun Badawi di paksa serah tampuk kerana diperkatakan gagal, namun dari sudut human touch beliau Berjaya dan beliau ada Panglima Perang KJ untuk memastikan tidak ada mana-mana pekerja awam membulinya Tun bagi memaksa membuat dasar seperti SBPA. Kini DSN hanya ada DSR yang juga Jeneral Perang namun telah terlepas pandang isu SBPA ini. Semua orang walau PKR, PAS, tetap di hati kecilnya ialah UMNO kerana UMNO lah antara berjuang secara kanan untuk kemerdekaan pada hari ini selain perjuamagm kiri seperti PKM, DAP dll. Untuk memastikan PRU13 tidak memberi laluan mudah kepada PR untuk menang kecil atau besar, penggubal dasar SBPA harus di baling fail pangkah besar dan beri kata dua untuk berundur secara terhormat denagn sedikit ex gratia dan pencen, SBPA dimansuh dan tidak perlu membuang masa memikirkan SBPA kerana sistem sedia ada telah lengkap dan hanmya perlu tabah gai ikut peratusan untuk beri semua orang puas hati, mungkin kadar 10 ke 20 peratus sesuai seperti zaman Tun Badawi dahulu.

Che Det Junior said...

Orang ramai melihat tindakan berkait SBPA ini seperti cakap tidak serupa bikin, mau Negara berpendapatan tinggi tetapi pekerja awam tdiak dapat gaji yang setimpal dengan usaha mereka menjayakan GTP, ETP , MEB dll, habuan bekerja keras ialah SBPA dan exit policy seperti kes penyapu di Selangor. Rakyat melihat jika anak sendiri dirumah makan magi, tak kan anak jiran diberi makan nasi beriani gam Johor Mat Top bangi, tak logik kata laymen dan orang yang kurang siuman juga tersenyum sipu melihat perkembangan ini dengan PR bertubi-tubi menguls dan BN hnaya membatu sepi sepoi sepoi bahasa. Rakyat juga marah kerana bila gaji pekerja awam tak naik, mereka juga hilang bisnes kerana pekerja awam suka berbelanja. Jika tiada peruntukkan kewangan, kurangkan kemudahan yang pelbagai yang diberi kepada pelabagai pihak menggunakan sumber kewangan kerajaan, mungkin kurangkan belanja mengurus, belanja pembangunan dan boleh beri kepada kakitangan awam. Saya juga berasa amat kelakar apabila ada Pengerusi sebuah Persatuan dagangan di Malaysia menyatakan bahawa sektor swasta yang mencari wang manakala sektor kerajaan membelanjakannya sesuka hati, sedar tak mereka yang cetek akal ini bahawa kemudahan mereka merebut peluang ekonomi menjana kesenangan ialah kerana effisyennya sistem gorvenance yang ada pada hari ini, jika mahu kerajaan buat duit, boleh sahaja charge mahal pelabgai fees bagi semua perkhidmatan yang boleh dikuatkuasakan melalui lebih 800 Akta yang ada di Malaysia. Boleh sahaja check harta kapitalis-kapitalis ini dan jika ada fraud AMLA sahaja harta mereka dan milik negarakan untuk membayar gaji pekerja awam. Pekerja awam perlu berubaha denagn kemasukkan minima Diploma bagi kerani, Sarjana Muda bagi Pen Peg gred 27 ke 39, 41 ke 48 Master, 52 ke 54 PHD, JUSA 2 PHD, Premier 3 PHD barulah mantap dan bijak berbelanja, berintegriti tinggi, human touch, tidak kejar wang dan sebagainya. Pekerja awam bukan untuk kaya, jika mahu banyak wang buka aja bisnes. Pekerja awam perlu ditambah dari sekarang ke angka 2 kali ganda untuk mengekang beban kerja yang turut boleh meningkatkan hasil. Cuba diukur apa sumbangan kumpulan primer dan tertinggi, semuanya disedia dari bawah, ada ynag menaip laporan pun kurang reti, tulis buku pun tiada, ini berbeza denagn CEO swasta yang boleh buat semua benda, banyak knowledge dll, jadi jangan disamakan mahu sama gaji swasta jadi kena exit policy 1000 orang untuk beri gaji 1 orang tinggi, ibarat kemudahan kelas 1, gaji kelas 1, kerja, hasil, impak kelas 3. Tak logik, naik atau tidak gaji SBPA ini, terus atau tidak SBPA ini telah Nampak ramalan awal PRU13. Syabas kepada penggubal SBPA, anda telah berjaya merobek UMNO dan BN, mungkin anda ialah penyokong PR secara senyap, tahniah.